Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Mencapai Tahun Kejayaan yang Cemerlang

3/14/2012

1 Comment

 

Kursus-kursus Cikgu A-D seterusnya:

Sila hubungi/ SMS pihak penganjur untuk perihal pendaftaran. Bayaran bank in awal dicadangkan untuk mengelakkan kesesakan semasa sesi pendaftaran (sila bawa resit/ slip bank-in). Boleh bank in ke akaun bank CIMB 12900006910522 atau Maybank 512464228716 (Eddy Rosyadie).

Pengumuman: Kelas Tahap Asas akan dikendalikan oleh pihak RQ Evos Best (Johor dan akan dikembangkan ke banyak tempat) dan KBM (Subang) yang mana cikgu A-D tidak lagi mengajar asas-asas pengiraan dan asas-asas angka kerana cikgu A-D akan fokuskan lebih kepada modul kursus yang berprofil tinggi seperti Kursus Pola 336 & 696. Kursus akan dikendalikan oleh sdra Zuhaili, sdra Saiful & sdra Nizam.

Dicadangkan kepada individu yang baru dalam mempelajari kaedah pernomboran untuk pelajari asas pengiraan dahulu kerana kelas cikgu A-D kini tidak lagi membuat pengiraan asas tetapi terus difokuskan kepada isi pengajian (kecuali pada tajuk/ tempat tertentu). Peserta-peserta yang pernah hadir kursus cikgu A-D tetapi belum pula pernah masuk kursus Tahap Asas dicadangkan untuk hadir ke kursus Tahap Asas – hubungi En Nizam 012 769 3807 untuk tempahan kursus asas.

Majlis Berdoa Kekayaan pada 11 Mac lalu berlangsung dengan meriah dengan kehadiran hampir 100 orang memenuhkan Dewan Maharani. Terdapat sedikit kekalutan berlaku daripada pihak Cikgu A-D yang terpaksa berkejar dari program di sebelah pagi di Hotel Traders. Secara keseluruhan adalah baik dari aspek trafik dan parkir, penyediaan makanan yang pelbagai menu, cenderamata dan lainnya.

Program berdoa bermula jam 3.30 petang di mana kami semua berkumpul di tebing sungai Muar dan setiap peserta dikehendaki mengadap ke arah Tenggara kerana daripada pengiraan Cikgu A-D, “angin” tenaga kekayaan pada hari tersebut datang dari arah tersebut. Apabila majlis bermula, angin bertiup mulai kencang dan menumbangkan satu tiang bunting terkena cikgu A-D. Suasana sebelumnya panas terik menjadi mendung dan majlis berdoa itu berlangsung dengan berselangseli deruan angin yang kuat.

Di majlis tersebut, peserta-peserta mengambil kesempatan dengan membentangkan dan menayangkan dompet, botol air mineral dsbnya di depan kawasan berdoa. Satu sampul mengandungi duit tunai dalam RM70,000 kepunyaan seorang peserta kursus diletakkan di depan serta emas fizikal bernilai RM200,000 juga diletakkan di situ, mudah-mudahan apabila kita berdoa kekayaan tersebut, angin tenaga kekayaan dapatlah menyerap masuk ke dalam tubuh dan minda peserta. Jadi, berbaloi juga dapat hadir berdoa pada hari dan waktu tersebut.

Seterusnya, majlis pelancaran produk / syarikat dengan program “roll-out” bunting. Mudah-mudahan produk / syarikat yang “dilahirkan” dilancarkan pada tarikh dan waktu tersebut memiliki tenaga doa kekayaan dan dapatlah keuntungan berterusan.

Kemudian, peserta diberikan masa bebas untuk berdoa secara sendirian dan seterusnya masuksemula ke Dewan Maharani untuk jamuan makan petang. Selepas Solat Asar, dalam jam 5.15 petang, doa kekayaan dibuat sekali lagi di dalam Dewan Maharani dan kali in  doa tersebut dimasukkan dan disebut nama-nama individu telah yang memohon untuk didoakan secara “jarak jauh” oleh kami. Mudah-mudahan angin doa kekayaan dapat juga sampai kepada mereka.

Pada hari tersebut satu perkara mengejutkan ditemui. Rupanya, baru kami dapat tahu bahawa kolah air di dalam Masjid Jamek tersebut mengandungi 4 keping jubin berwarna hijau yang ditulis Surah A-Fatihah dan beberapa potong ayat yang dipercayai doa/ ayat Syifa’. Air kolah masjid tersebut nampaknya diletakkan unsur penyembuhan, maka dicadangkan untuk kita ikhtiar rmenggunakan air “bertenaga” tersebut bagi tujuan-tujuan yang positif. Dengan kolah yang tidak berbumbung maka air hujan serta pancaran matahari menambahkan aura air kolah tersebut dengan laungan azan, pengajian Al-Quran dsbnya .Nampaknya, memang best berdoa di kawasan Masjid Jamek tersebut, ditambah pula Bandar Muar kini dikenali dengan Bandar Diraja.

Di sebelah pagi 11 Mac berlangsungnya kursus Elit 769 yang pertama kali diadakan (kursus seterusnya mungkin tahun hadapan 2013) di Hotel Traders, Muar di aras 3. Menariknya, bilik solat terletak di tingkat 11 (kebetulan semua angka 11?). Kursus Elit agak berbeza dengan kursus lain kerana mengandungi kedua-dua pengajian pola 38 dan pola 769. Ditambah pula dengan kaedah tereapi tenaga jalur emas serta teknik terbaru frekuensi dengung emas, senaman pola 38 dan sebagainya. Semasa teknik frekuensi dengung emas, seorang peserta tanpa semena-mena mengalirkan air mata tanpa disedari. Peserta juga di berikan peluang melihat beberapa bahan unik dan merasai bauan minyak Zafaran yang bernilai RM25,000 sebotol kecil. Jadi, di dalam kursus Elit 769 tersebut adanya pengajian pernomboran dan tenaga kekayaan dari aspek bauan, pendengaran dsbnya, mudah-mudahan meningkatkan kualiti tenaga kejayaan sertiap peserta untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan berterusan.

Menariknya, setiap peserta kursus diberikan sehelai baju t-shirt putih, baju blazer dan beg yang mengandungi pelbagai bahan seperti pendant 769, minyak pyrite 769, buku doa bersalut kertas emas, replika jongkon gemas, kayu khat berjalur emas, termos air energy dan macam-macam. Seolah-olah seperti majlis pemberian beg sekolah pulak. Seorang peserta menyatakan bahawa ini kali pertama beliau datang ke satu kursus yang diberikan banyak barang yang mana kursus yang berharga tinggi di mana-mana tempat lain tidaklah sebegini. Sebenarnya, yuran kursus yang agak tinggi adalah untuk membeli peralatan-peralatan yang diperlukan untuk kejayaan termasuk software percuma dsbnya. Jika dalam kursus biasa, peserta kursus sekadar mempelajari pengajian dan mungkin pengajian itu sekadar kosong kerana ada peserta yang tidak kuat “energy” untuk mempraktikkan ilmu-ilmu pengajian pernomboran. Maka kerana itulah, kursus Elit 769 diberikan pengajian, peralatan dan terapi tenaga kejayaan / kekayaan dalam satu pakej intensif.

Tahniah kepada semua peserta kursus Elit 769 kerana anda telah menerima Sijil Tamat Kursus dan Pengijazahan yang menandakan anda berada di tahap yang tinggi daripada peserta kursus biasa dan kepada peserta kursus Elit 769 tersebut dicadangkan untuk hadir kelas untuk mengulangkaji atau menghabiskan modul-modul pengajian (pada harga diskaun 50% untuk semua modul) supaya anda dapat memanafaatkan ilmu pengajian ini dengan baik, tetapi terpulang kepada bila masa yang anda ada ruang untukmenghadirinya.

Pada petang 10 Mac berlangsung kursus Graf Hayat: Fenomena Star yang dihadiri hampir 20 orang. Sesi berlangsung dengan baik yang mana peserta-peserta kursus itu kini dapatlah memahami turun naik kehidupan mereka untuk tempoh 10 tahun, tahunan, bulanan dan harian dan seterusnya membuat perancangan yang sesuai dengannya
.


1 Comment
Siti rasidah selamat
3/16/2012 12:57:03 pm

Alhamdullilah semuanya berjalan dgn lancar...walaupun blm sepenuhnya namun saya berazam ke arah kaya n berjaya. Terima kasih buat cikgu eddy,shifu pak lah,saudara zulhaili,saudara nizam,saudara nizam n semua peserta kursus ELIT 769....semoga anda semua bahagia,kaya n berjaya di dunia n akhirat....insyaallah....amin....

Reply

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.