Satu aktiviti yang Dato Eddy amalkan adalah menyimpan no siri duit 769 sebagai "ibu duit", tapi bukanlah ibu duit itu sekeping tak buat apa2 tetapi dikumpul dan dikumpul, maka jadilah ibu duit yang beranak pinak. Oleh kerana sudah banyak dan lama tersimpan, sudah tiba masanya untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan sebagai satu IKHTIAR. Memanglah nombor tiada kuasa apa2 melainkan Tuhan yang berkuasa, tapi kita kan ikhtiar gunakan angka yang sering "berjaya"... pernah ke anda sebagai ibu bapa suruh anak anda dapatkan kedudukan kelas ke 40? Tak pernah kan, tapi beria-ria doakan anak dapat kedudukan nombor 1 dalam kelas, dapat 10A, dapat markah 100% dsbnya... ha, kan tu dah "minta nombor" dengan Tuhan. Jadi, usahlah nak condemn kami yang menggunakan IKHTIAR angka ini sebagai satu cara untuk kejayaan atau kekayaan, bukannya kami sembah nombor tapi nombor sebagai satu parameter perjalanan untuk kejayaan, nak cepat sampai destinasi di lebuhraya memandu pada kelajuan 110 km/j, itulah 110 sebagai parameter perjalanan.
Ini satu cara dan disiplin untuk kumpul dan bina kekayaan serta simpanan kewangan.... satu IKHTIAR untuk kekayaan, kejayaan iaitu gunakan parameter 769 pula! untuk berjaya dalam perniagaan, untuk berjaya bina kejayaan... 769..
Sila pm untuk tempahan dan cara pos atau hantar by-hand (sekitar Lembah Klang dsbnya dibincangkan).
Assalamualaikum tuan. Terima kasih banyak. Sejak join ikhtiar doa rezeki kami sekeluarga tak pernah putus. Ade je rezeki masuk.
Kaedah Pernomboran yang dikaji berterusan oleh Dato Eddy menjadi lebih menarik apabila kajian Dato Eddy mendapati kaedah pernomboran dapat menceritakan perihal keturunan. Dengan kata lain, tarikh lahir kita menceritakan perihal keturunan kita. Secara logiknya, tentunya kita ini wujud dari ibu ayah dan fenomena yang berlaku dalam kehidupan ibu dan ayah serta keturunan menjadi satu potensi kehidupan kita. Dengan kata lain, kita mewarisi fenomena keturunan. Contoh yang mudah, biasanya penyakit diabetes (kencing manis) adalah warisan keturunan. Begitu juga dengan fenomena-fenomena lain seperti masalah kewangan, masalah perkahwinan dsbnya. Takkanlah sekadar sakit diabetes je yang menjadi cerita keturunan. Perihal keturunan ini dapat dikaitkan dengan sains biologi dan DNA.
ciptaan Dato Eddy Rosyadie 1 Jan 2017
Satu kaedah kiraan terbaru dalam dunia pernomboran oleh Dato Eddy telah dikeluarkan dan kini dalam kajian oleh grup Alumni769. Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengkaji tentang interaksi antara kita dengan orang lain supaya kita dapat kenalpasti apakah hasil sesuatu interaksi tersebut, terutamanya untuk bidang sales dan marketing. Namun, ianya boleh juga digunakan dalam pelbagai kegunaan. Kaedah ini memudahkan untuk membuat kiraan secara ringkas dan secara ringkas juga mengenalpasti potensi dan konflik untuk sesuatu hari bagi tujuan untuk merancang, membetulkan atau mencegah mahupun meningkatkan sesuatu fenomena.
Kaedah ini satu-satunya dan pertama di dunia.
Jika berminat untuk mempelajari cara kiraan kaedah pernomboran yang terbaru ini serta kiraan-kiraan yang lain, bolehlah hubungi kami untuk kelas personal atau kelas berkumpulan di tempat anda.
Terdapat beberapa kelas yang dijalankan menggunakan tajuk Metafizik atau Metafizik Pernomboran, namun ianya tiada kaitan dengan pihak kami. Ada di antara kelas tersebut adalah bekas pelajar Dato Eddy dan ada yang menggunakan bahan-bahan rujukan daripada website ini atau buku-buku keluaran pihak kami. Namun, kami tidak melantik dan tiada kaitan dengan pihak berkenaan. Buat masa ini, jika ada kelas metafizik daripada pihak kami, ianya diiklankan di website ini (dan Facebook Eddyrosyadi.net fanclub).
Terpulang kepada anda untuk mencari seberapa banyak ilmu yang ada di dunia ini, cuma bilamana beberapa tajuk yang dibuat Dato Eddy dan digunapakai oleh pihak lain yang tidak dilantik, dikhuatiri kandungan kursus berbeza. Pernah satu kursus bertajuk Pola 336 (yang biasa diwarwarkan oleh Dato Eddy) iaitu tentang strategi pelaburan namun ada pihak yang tidak dilantik menganjurkan tajuk Pola 336 yang tiada kaitan dengan strategi pelaburan.