Tahun 2018 ini dapat membantu 2 kes individu yang mengalami fenomena mistik/ misteri yang mereka sendiri tidak memahami dan seolah menakutkan mereka... iaitu kebolehan2 misteri yang mereka dapat lakukan tanpa belajar dengan sesiapa... Setelah dijelaskan, dapatlah mereka menerima dengan minda terbuka. Cara Dato Eddy adalah mengimbangi perihal sains (sebab Dato Eddy lulusan Sains Biologi dari Syracuse University, New York) dan meta-sains/ metafizik bagi setiap fenomena... walaupun ianya perkara misteri, tetapi ianya dapat dijelaskan secara berakademik melalui kajian2 secara objektif ... ini membolehkan masyarakat lebih terbuka minda untuk mendalami perihal misteri kehidupan mereka bukan sekadar suatu ilusi kosong. Bagi anda yang mengalami isu misteri/ mistik dalam kehidupan, bolehlah merujuk kepada Dato Eddy dan kita analisis, kaji dan ikthiar sebaiknya supaya dapat membawa fenomena ini dengan baik. Kita tak mahulah apa2 yang misteri ini membawa kerosakan kepada kehidupan bilamana tidak memahaminya dengan baik. Pernah satu kes tahun 2013 lalu yang mana seorang wanita yang boleh secara tetiba2 kerasukan menjadi puteri yang menyanyi depan orang awam... ianya sesuatu yang memalukan... setelah diikhtiar kini dapat mengawal kehidupan dengan lebih baik. |
Melihatkan graf hayat individu ini yang menjunam jatuh seawal muda hinggalah berusia separuh abad... masalah kehidupan yang berat apabila berada di paras energi (graf) yang paling rendah dan dalam tempoh halangan (Graf Dekad)... ini adalah perihal melalui "tempoh masa yang sukar".. setakat ini belum ada ubat mujarab atau teknologi sains canggih yang dapat membetulkan perihal sebegini... melainkan tunggu masa yang mana graf itu (energi) naik semula dan tempoh tekanan berakhir.. tapi menunggu tu satu penantian yang menyiksakan, maka ikhtiarkan dengan amalan2 yang menambahkan harapan dan bina kekuatan jiwa dan semangat untuk terus berpositif dalam kehidupan. Bagaimana dengan graf hayat anda? |
Tak sempat nak ikthiarkan energi dikasih sayang pada 27 Julai 2018 ini :(
Apapun, kes ini menjadi panduan kepada kita... apakah anda sudah bersedia untuk melalui tempoh Widowed Star? Kalau di kilang2 mengadakan latihan drill kebakaran, manalah kita ini dilatih untuk melalui tempoh Widowed Star.. ianya dipenuhi dengan air mata, kepiluan, kebuntuan, kekecewaan.. satu bentuk Star yang begitu merundum jiwa bagi mereka yang berkahwin terutamanya yang sudah berpuluh tahun berkahwin. Pada masa yang sama, Widowed Star adalah satu fenomena yang menimbulkan keraguan bagi wanita2 bujang untuk ragu2 untuk berkawan atau berkahwin... last2 dibatalkan pertunangan mahupun perkahwinan.
Bagaimana melalui tempo Widowed Star? Apa strategi yang boleh dilakukan? Apa ikthiar yang boleh dilakukan?
Sudahkah anda lihat Graf Hayat anda? Atau Laporan Graf Hayat anda? Tentang Widowed Star ini?
Untuk makluman, Dato Eddy dan isteri kami sama2 melalui tempoh 10 tahun Widowed Star sebelum ini.. alhamdulillah sehingga kini 25 tahun masih berterusan bersama.. Apa strateginya? Apa ikhtiarnya?
BELUM ADA HALATUJU Seperti yang Dato Eddy sering bentangkan di sini tentang bagaimana ramai individu yang tahu dan sedar tentang potensi diri mereka dan tahu strategi untuk berjaya tetapi mereka itu tidak punyai keupayaan untuk buat perubahan... oleh itu ramai yang telah pelajari kaedah metafizik sama ada pernomboran, reiki, feng shui dsbnya tetapi tidak/ belum mencapai kejayaan kerana mereka belum bersedia/ tidak upaya untuk buat perubahan. Daripada kajian Dato Eddy mendapati 80% individu bermasalah sepatutnya bertukar arah seperti berpindah namun berpindah bukanlah satu perkara mudah yang boleh dibuat segera. Mereka masih tersangkut dek kerana kurang kekuatan, banyak komitmen dsbnya. Sebab itulah Dato Eddy memperkenalkan kaedah Ikhtiar Energi bagi membantu individu2 tersebut punyai kekuatan untuk buat perubahan. Hampir setahun individu ini telah mendapatkan khidmat konsultansi dan telah diberikan strategi2 untuk berjaya, namun individu ini telah ambil masa agak lama untuk buat perubahan seperti baru sekarang dapat tukar nombor telefon yang sebelum ini didapati bermasalah. Individu ini tinggal jauh dari KL, jadi Dato Eddy naik flight pergi balik hari untuk bertemu dengan beliau bagi sesi konsultansi peribadi. Oleh itu, kaedah di sini bukan semata2 hanya untuk Ikhtiar Energi sahaja.. memang ada perkhidmatan kelas, kursus, seminar dan konsultansi bagi perbincangan strategi kejayaan tetapi pada masa yang sama ikhtiar energi disediakan bagi membantu ramai yang telah mengetahui potensi mereka untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk berubah. |
BELUM DAPAT ZURIAT 8 TAHUN Seorang individu yang belum dapat zuriat walaupun telah 8 tahun berkahwin... sains perubatan tentu ada penjelasannya tersendiri manakala penjelasan daripada kaedah pernomboran mendapati 10 tahun pertama pernikahan adalah dalam tempoh halangan (kaedah Graf Dekad ciptaan Dato Eddy sendiri). Kes ini sama seperti kes seorang selebriti Dato Sri yang baru mendapat anak perempuan setelah 10 tahun berkahwin, juga kes yang sama iaitu 10 tahun tahun halangan, walaupun Dato Sri itu telah menjalani pelbagai bentuk rawatan kesuburan tetapi bila melepasi tempoh halangan barulah berhasil. Jadi, ini kes yang sama iaitu menunggu tempoh masa. Jadi, apa yang boleh dibuat? Melompat masa memang mustahil sebab belum ada teknologi sains untuk melompat masa. Tunggu sajalah tetapi menunggu pun berisiko kerana belum tentu berhasil begitu sahaja... jadi, eloklah berikhtiar selain memang selalu buat anak secara berterusann. Selain dari usaha yang dibuat untuk tambah kesuburan, boleh juga ikhtiar energi... seperti energi rezeki mahupun energi dikasih sayang pada 27 Julai 2018. Lihat, untuk 20 tahun bagi tarikh tersebut tiada tempoh tekanan, halangan.. semoga ikhtiar dengan formula sebegini membantu... tapi, takkanlah nak cerai hari ni dan kahwin semula pada 27 Julai 2018... oleh sebab itulah, perkhidmatan ikhtiar energi disediakan bagi individu2 yang bermasalah sebegini - menunggu masa lama. |
Lain2 pengalaman kurang baik di Makkah/ Madinah - satu perkongsian supaya kita beringat: 1. Terlupa untuk aktifkan kad bank Al-Rajhi sebelum berlepas ke Makkah. Sudahnya tak dapat gunakan kad ATM di Arab Saudi untuk keluarkan wang. Nasib ada bawak tunai yang agak banyak bolehlah tampung perbelanjaan. 2. Kononnya nak mencuba jalan kaki seorang diri dari Masjidil Nabawi ke Masjidil Quba.. dah kaji peta dan nampak jalan shortcut.. rupanya tersalah masuk jalan dan sesat, jadinya berpatah balik ke Masjidil Nabawi. 3. Nak mencuba satu pakej umrah yang murah, rupanya dapat hotel di Misfalah, Makkah yang agak jauh (500 meter) dari Masjidil Nabawi dan perjalanan berjalan kaki berulang alik merentasi lautan jemaah.. kalau jenis yang kuat sabar bolehlah. 4. Menyukai naik flight Saudi Airways, namun satu kali terkena duduk seat sebelah pak Arab yang berbadan besar dan agak gempal, jadinya masuk sempadan seat rasa sempit. 5. Pertama kali Umrah menaiki chartered flight.. flight bertukar2 tarikh dan waktu.. seat pula dapat yang belakangya dinding dan seat itu rosak tak dapat nak adjust baring ke belakang. Sudahnya duduk tegak sepanjang flight dan sakit belakang. 6. Pertama kali Umrah balik ke Malaysia dari Jeddah yang mana sebelum itu dari Madinah 8 jam terus ke airport... dengan penatnya, laparnya, ramainya orang, beratur panjang, rimas badan.. dugaan betul. Antara pengalaman baik: 1. Kali kedua umrah balik ke Malaysia melalui airport Madinah.. rupanya selesa dan tenang balik ikut airport Madinah. Walaupun ada transit di Riyadh 30 minit tak mengapalah kejap... jadi, untuk umrah kali ketiga dan keempat, balik ikut airport Madinah. 2. Berderai air mata macam sungai apabila pertama kali pegang kelambu Kaabah di umrah pertama.. tak ada sedih apa pun sebelum itu, cuma satu perasaan yang sebak sangat. Perkara terkilan: 1. Semasa umrah kali pertama, ibu ada berkata nak pegang kelambu Kaabah, namun ibu terkena batuk2 dan kurang sihat jadinya tak dapat turun ke Masjidil Haram lagi, tak dapat nak bawa ibu pegang kelambu Kaabah... insyallah satu hari nanti dilaksanakan. Perkara yang paling best sepanjang hayat adalah sempat berjalan bersama bawa ibu bertawaf mengelilingi Kaabah... it is the best experience and feeling of life! | Umrah kali pertama pada tahun 2013 lalu... selfie keletihan mencari isteri yang hilang jejak di laluan saie... Safa dan Marwah... ingatkan berlari2 anak boleh kejar semula tapi hilang terus... satu pengajaran penting dari sini iaitu berpesan masing2 jika terpecah tunggu saja di salah satu tiang di bukit Marwah.. sape yang habis saie dahulu selesaikan cukur rambut dan tunggu di situ. Akibat tiada pengalaman dan belum ada yang berpesan, maka itulah yang terjadi mencari isteri di sepanjang Safa dan Marwah dan tak berjumpa. Setelah 30 minit mencari akhirnya terjumpa di bukit Marwah. Masa itu belum sempat beli simkad Arab Saudi atau upgrade plan untuk oversea jadi wifi untuk whatsapp tak ada, call atau sms pun tak dapat buat. Terdapat 3 tingkat laluan Saie. Laluan paling bawah adalah rata dan nampak kaki bukit Safa (dalam pagar kaca dan nampak ke atas) dan bukit Marwah (bukit terbenam di atas ada siling). Laluan tengah yang biasa kita pergi iaitu ada kecuraman di bukit Safa (dalam pagar kaca) dan bukit Marwah (foto atas bukit Marwah). Laluan ini agak sibuk dan sering terganggu jemaah2 mahupun shuttle melintasi lalu lalang untuk keluar masuk dari Masjidil Haram. Laluan atas semuanya rata tak nampak langsung bukit cuma ada tanda bulatan menandakan atas bukit - di sini agak sejuk dan tak ramai orang. Untuk naik ke tingkat ini ada eskalator. |
Untuk tarikh 24 Julai 2018, berlaku fenomena unik untuk rezeki iaitu 20 tahun "rezeki masuk-rezeki masuk" sepertimana yang dilalui oleh seorang usahawan terkenal Malaysia tersenarai dalam 50 orang terkaya di Malaysia untuk beberapa tahun.. ini bekas boss Dato Eddy dulu.. kalau dalam mangement meeting hari Isnin, tempat duduk Dato Eddy adalah betul2 di belakang beliau.. aura kekayaan :) Kita lahir tak ada tempoh sebegini, jadi kita ikthiarkan untuk dapatkan energi sebegitu pada 24 Julai 2018 nanti. |
Tuhan telah menyediakan sebentuk keistimewaan apabila kita punyai seorang pasangan romantis... suami/ isteri... percuma sahaja untuk energi kebaikan untuk atasi stress seharian dan peningkatan energi yang baik.. namun, mengapa masih bujang? Belum ada yang istimewa ke walau dah berumur 30an ke atas? Kahwin mudah saja.. tanya seorang lelaki dan beritahu anda nak kawin dengan dia.. dah mudah kan... namun, ianya tak semudah itu kerana perihal jodoh ini banyak pula faktor.. isu keserasian, tempoh masa belum sampai, isu halangan dari keluarga dsbnya... jadinya ikut sajalah kata orang, dah jodoh tu nanti adalah tu, kan Tuhan dah tetapkan jodoh.. ye la nasihat macam tu kalau boleh tunggu umur 60 tahun baru berkahwin sebab menunggu jodoh. Kalau graf hayat anda seperti Dato Eddy dan isteri yang mana jodoh kami berlaku pada usia awal 20an dan kami memang berkahwin pada usia awal 20an maka bolehlah kami nasihat macam tu kat orang bujang.. cuba anda yang berumur 30 tahun dan graf hayat anda mahupun graf dekad anda menunjukkan bahawa anda bakal berkahwin pada usia 60 tahun nanti? Nak tunggu atau ikthiar dulu? Sekurangnya dah ikhtiar. Ikthiar yang paling bagus dan berkesan adalah berada di dalam tempoh usia yang baik untuk jodoh, namun kaedah sains teknologi belum ada mesin lompat masa (time travelling machine) untuk kita berada sebegitu, jadi kita cuba ikthiar menggunakan energi yang baik... sebab itu kaedah Ikhtiar Energi Dikasih Sayang diperkenalkan. Jika anda mengatakan kaedah metafizik energi ini mengarut maka kami mencabar anda mintak semua wanita2 yang bujang tanyakan lelaki2 untuk berkahwin dengan mereka! Esok lusa juga mintak mereka bernikah! Selesaikan masalah wanita2 tiada jodoh ini dengan cara anda yang lebih baik daripada kami ini daripada kecam ikhtiar sebegini. Ini adalah ikhtiar berdasarkan kajian daripada pemerhatian dan penyelidikan selama 13 tahun mengapa wanita2 kekal membujang, bukannya tak ada lelaki pun di Malaysia ini.. bangla pun ramai, nepal pun ada, malayu pun boleh... tapi mengapa? Daripada kajian dan penjelasan secara metafizik, bukan secara jin rempit, mendapati ramai wanita melalui tempoh membujang, atau ada fenomena (iaitu pola tarikh lahir tertentu) yang menghalang mereka menemui jodoh. Maka, ikthtiar pada 27 Julai 2018 sebagai satu cara untuk atasi pelbagai isu2 ketandusan jodoh menggunakan formula2 daripada kajian masalah jodoh. |
Tahukah anda.. apabila anda berkahwin maka "cahaya" jodoh anda bukan menyinar terang selama2nya? Ada ketikanya ianya malap (dalam tempoh 10 tahun tekanan atau 10 tahun tempoh halangan) dan apabila malap, tarikan jodoh kita jadi tiada dan ketika itu pasangan mula hilang minat kepada kita dan mencari orang lain yang sedang menyinar seri tarikan jodohnya itu. Bagi kes wanita ini, setelah 10 tahun berkahwin dengan bahagia, 10 tahun seterusnya melalui tempoh halangan... seri cahaya jodoh malap dan suami tertarik dengan skandal.. Bukan semua orang bilamana berkahwin terus sahaja sinar seri jodoh itu terang sampai mati.. ramai daripada kita, ada tempoh malapnya... jadi bagaimana ikhtiar untuk meneruskan sinar seri atau energi jodoh kita itu? Banyak cara seperti setiap tahun bercuti bersama/ menyambut ulangtahun perkahwinan dan harijadi dsbnya.. itu antara ikhtiar energi yang boleh dilakukan. Atau ikhtiarkan secara formula energi jodoh yang dikaji oleh Dato Eddy iaitu memilih tarikh dan waktu yang energi jodoh yang tinggi supaya berterusanlah seri atau aura atau energi jodoh itu untuk 20 tahun akan datang... iaitu pada Jumaat 28 Julai 2018 nanti. Jangan lepaskan peluang untuk berikhtiar bersama2. |
Cukai barangan kembali lagi setelah menyepi sekejap 2 bulan... mungkin kesan percukaian kali ini berbeza dengan GST kerana GST dilancarkan pada 2015 ketika itu negara di dalam tempoh Vacuum Star (duit disedut). Kali ini, cukai SST diperkenalkan pada tahun ini sebelum 2019 tahun depan iaitu tahun Vacuum Star juga untuk Malaysia... jadi ada masa beberapa bulan untuk rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan cukai sebelum duit disedut (Vacuum Star) pada 2019 nanti, Apakah anda telah bersedia untuk lalui tahun Vacuum Star pada 2019 nanti? Vacuum Star 2015 lalu - Harga minyak dunia jatuh, Ringgit Malaysia jatuh, GST diperkenalkan, Kejatuhan industri Oil & Gas, jerebu 3 bulan.. banyak perniagaan gagal dan jatuh. |
Maklumbalas peserta Ikhtiar Energi Rezeki pakej bulanan... memenangi Anugerah Usahawan Berjaya 2018.. di dalam program Ikhtiar Energi Rezeki ada hari dan waktu yang dikira dan dipilih yang punyai energi perniagaan iaitu "Great Treasurer". Jadi, program ikhtiar Energi Rezeki bukan kosong semata-mata tetapi ada pengkhususan seperti energi perniagaan/ usahawan. Adakah anda dilahirkan dengan energi Great Treasurer? Lihat Graf Hayat anda di zone Wealth.. jika tiada Great Treasurer di situ mungkin itu satu daripada penjelasan2 mengapa anda kurang berjaya dalam bisnes/ bisnes2 tak menjadi2/ sukar untung dalam bisnes... sebab terus terang cakap.. anda bukan dilahirkan sebagai usahawan sebaliknya sebagai pembeliwan :) .. takkan semua orang lahir semuanya usaahwan.. ada orang dilahirkan sebagai pendidik, ada orang sebagai pertahanan dsbnya... namun, Dia berikan kita ruang untuk tingkatkan potensi sebagai usahawan juga tapi perlukan ilmu, ikhtiar, usaha dan doa. Apapun, cubalah untuk melibatkan diri dalam perniagaan juga walau kecil2an. |
Seorang peserta program Ikhtiar Energi Rezeki bulanan yang mendapat pembiaya (funder/ investor) untuk projek lombong emas. Sebelum ini, individu ini adalah seorang kakitangan di industri Oil and Gas yang telah bersara, jadinya mencari pengalaman baru dan bisnes baru. Walaupun tiada pengalaman dalam perihal lombong emas namun perjalanan beliau itu agak mudah dengan dapat lombong emas dan kini sudah ada investor yang berminat. Untuk makluman semua, di dalam program Ikhtiar Energi Rezeki terdapat hari dan waktu yang dikira dan dipilih bagi tujuan Investor/ Funder (Pembiaya) iaitu perkiraan "Great Financier". Jadi, bukan semata-mata kosong program ikhtiar Energi dijalankan tapi ada pengkhususannya. Maklumbalas ini menunjukkan bahawa perihal "Great Financier" adalah penting di dalam perihal perniagaan. Adakah anda seorang yang dilahirkan sebagai "Great Financier"? Lihat Graf Hayat anda. Bagi Dato Eddy, petak Main Strucure (iaitu tentang diri) ada Great Financier.. dulu Dato Eddy bekerja sebagai seorang pengurus kilang namun dengan ikhtiar2 kini terlibat dalam bidang funding dalam jutaan, bilion dan terkini trilion (masih dalam proses)... begitulah kita maksimakan potensi diri kita menggunakan kaedah metafizik pernomboran dan metafizik energi. |
Ye la bila lagi kan nak dapat tarikh yang tiada langsung pola 1-8 iaitu pola yang sering ditemui dalam masalah kewangan dan masalah perkahwinan.. dan tarikh tersebut juga 20 tahun tiada pola 1-8. Kebetulan pada tarikh tersebut berlaku Gerhana Bulan terlama dalam abad ini... dalam metafizik energi, Gerhana Bulan adalah simbolik kepada "keluar" dari "dunia lama"... kehidupan yang selama ini penuh sengsara dan seksa, penuh perit dan pokai.. akibat dilahirkan atau melalui tempoh tahun yang ada 1-8 atau melalui tempoh hidup yang tekanan atau halangan... kita ikhtiar, bukan? Daripada termenung kenang nasib... jika diizinkanNya untuk kehidupan kita berubah lebih baik.. keluar dari dunia lama.
Bulan Ogos 2018 adalah satu bulan yang istimewa kerana adanya keraian Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos dan juga hari Ibadah Haji iaitu bulan Zulhijjah yang mana hari Arafah merupakan hari yang baik untuk berdoa kepada Nya. Mudah2an ikthiar kita sebegini dengan cara yang berbeza dan berjemaah seperti ini mendapat izin dan berkat dariNya.
Semalam tarikh 18 Julai 2018 merupakan satu tarikh yang dipilih untuk Program Ikhtiar Energi Rezeki.. dalam Whatsapp Grup Energi Bulan Julai 2018 agak kecoh kerana ramai peserta memberi maklumbalas kesan energi.. ada yang pening, ada yang tak dapat tidur dan ada yang nak tidur... ada yang lapar kebulur, ada yang nampak emas, ada yang dapat duit dsbnya. Sebenarnya, semalam 18 Julai 2018, Dato Eddy mencuba menggunakan kaedah amalan energi yang baru diperolehi dari 2-3 orang guru... ia bertujuan untuk menambah energi dalaman bagi ikthiar kesihatan, aura yang baik dsbnya. Mudah2an ikthiar yang dilakukan ini mendapat izinNya memberikan kebaikan rezeki kesihatan, rezeki kewangan, rezeki kasih sayang dsbnya. |
Bahan2 yang kita pakai seperti cincin, gelang, kalung malah jam tangan "menyerap" atau "merakam" energi yang ada pada individu atau bahan2 itu sendiri punyai frekuensi/ energi tersendiri. Jadi, dengan cara tersebut, kita ikhtiar untuk mengenalpasti energi yang ada pada individu tersebut. Pengalaman Dato Eddy merasai macam2 jenis energi... yang sedih sendu, yang marah garang menunjukkan bahan2 di dunia ini; makhluk ciptaanNya; punyai energi/ semangat tersendiri walaupun tidak zahir hidup seperti kita ini bahkan hidup secara mistikal. Oleh itu, usahlah dimarahkan seketul batu bata yang terjatuh depan rumah kita... ia ada "perasaan" juga. |
Dalam Grup Energi Bulanan terdapat seorang peserta mengikuti program bulanan yang semakin lama semakin hampir mendapat beberapa projek lombong emas... tak disangka seorang yang bekerja biasa2 dapat tawaran2 dari dalam dan luar negara untuk mengusahakan lombong2 emas... begitulah energi rezeki yang diikhtiarkan. Yang ini pula, sebentuk bahan sebesar bolasepak yang dikatakan adalah emas dan cara mendapatkannya adalah secara mistikal, milik seseorang. Bahan2 emas mempunyai energi tersendiri yang unik dan kerana itu satu ikhtiar energi adalah Kaedah Energi Emas. |
Individu yang dilahirkan dengan perlu melalui hidup yang selama2nya dalam tempoh tekanan dan halangan... begitulah ketentuan kehidupan manusia.. ada yang hidup terus kaya berterusan ada yang banyak pula cabaran dalam perjalanan hidupnya. Ini kaedah kiraan Dekad untuk analisis setiap 10 tahun, satu ciptaan dan kajian Dato Eddy sendiri. Daripada kecam kaedah metafizik mengarut cubalah datang sini bantu kami untuk bantu individu2 sebegini yang melalui tempoh2 sebegini untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Anda yang kecam metafizik sebab hidup anda selesa, anda kaya, anda sihat, hidup tak ada cabaran jadi bantu saudara seagama/sebangsa/ senegara untuk kaya dan sihat seperti anda juga. Pengalaman Dato Eddy berjumpa dengan client2 atau peserta kursus yang melalui 10 tahun tempoh tekanan/ halangan pun dah macam hilang arah apatah lagi jika selamanya 100 tahun perlu sebegini. Memang benar individu sebegini redha sajalah terima sajalah kehidupan yang tak seberapa dan berdoalah setiap hari untuk bagi harapan sebagai sebentuk kekuatan... tetapi ayat2 itu umpama menghukum nasib individu tersebut dan individu sebegini juga ada kemahuan untuk mendapatkan kehidupan yang baik bukan sekadar termenung saja tepi pintu rumah setiap hari atau setiap hari berkerja tanpa henti. Kerana itulah kita cuba berikhtiar menggunakan kaedah metafizik pernomboran dan metafizik energi sebagai sebentuk panduan dan strategi. Dalam banyak2 ilmu Nya di dunia ini, kita cari yang mudah, senang, tak banyak prosedur, yang ikut landasan undang2 dan syariat. Memang ada kaedah metafizik yang merapu, biasalah sains kesihatan juga ada yang merapu, jadi pandai2lah kita mencari yang sebaiknya. |
Rupanya, selama ini kita diperdaya oleh sains kesihatan. Tu lah, kita cuba nak gunakan sains sebab ramai orang kecam metafizik mengarut, alih2 sains pun ada yang merapu macam ini dah macam mana tu. Senang cerita, kita tak perlu pakai barang itu barang ini, entah mana satu yang betul dari sudut sains lebih2 lagi yang ada kepentingan komersil nak lariskan produk... kita gunakan intipati energi lagi baik... energi alam.. dalam sains ada menyatakan cahaya matahari merupakan sumber Vitamin D, percuma pulak tu dan dalam kaedah metafizik energi juga cahaya matahari adalah sebentuk energi, jadi kita guna energi cahaya matahari sudahlah, memang sah tak ada gula tambahan, tak ada steroid tambahan, sah tak ada bahan sintetik, tak ada bahan non-halal dsbnya.. cahaya matahari sudah! Tapi, bila kita buat program Upload Energi 38 di Pantai Mersing dengan menggunakan elemen2 alam, maka banyak pula ustaz tak bertauliah hentam kami khurafat. Dato Eddy lulusan jurusan Biologi (Syracuse University, New York, USA) tentu bagi recommendation dari aspek sains biologi.. namun kalau kes Omega-3 ini dah jadi merapu, payahlah nak bagi recommendation selepas ini... senang ikut cara Dato Eddy, setiap pagi kunyah dan telan bunga2 melati putih... menyihatkan dan nampak muda sentiasa :) Mulai sekarang, amalkan PEMAKANAN yang baik seperti banyakkan sayuran dan buahan (dan bungaan). Termasuk juga pemakanan sunnah seperti kurma, habatus sauda.. ambil yang asli bukan sintetik atau yang bercampur gula dsbnya. |
Apa persamaan Iron Man, Captain America, Spiderman termasuk juga Hulk? Mereka ini asalnya dilahirkan sebagai insan biasa tetapi diberikan "energi" yang merubah mereka menjadi insan luarbiasa. Kita ini dilahirkan pada tarikh lahir atau waktu lahir yang tak berapa power maka perjalanan kehidupan kita tak berapa power.. jadi untuk menjadi power maka kita buat tambah energi... apakah tambah energi tu dengan disengat labah2 (jadi Spiderman), atau disuntik bahan kimia (Captain Amerika)... setakat ini kita digigit kucing tak jadi pun kucingman... Jadi, kita ikhtiar menambah energi daripada alam pada tarikh dan waktu yang ada energi yang baik. Boleh saja buat hari2 setiap masa tapi kita ni kan ada komitmen tak dapatlah nak bertapa 30 tahun dalam gua macam orang dulu2. Antara contoh tarikh dan waktu yang ada energi baik seperti hari Jumaat yang berkat dan tarikh 27 Julai 2018 yang ada pola2 yang biasanya terjadinya kebaikan2. Jadi kita ikhtiarkan pada hari tersebut. |
Individu ini ada pola "18" dalam petak tarikh lahir beliau.. selain daripada pola tersebut, ada faktor2 lain yang menyebabkan ada "gangguan" dalam mendapatkan jodoh. Bagaimana untuk menghilangkan pola 18 dalam tarikh lahir kita? Masuk balik perut mak dan lahir semula pada 27 Julai 2018 yang tiada pola 18? Atau pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara dan mintak tukarkan tarikh lahir kepada 27 Julai 2018 yang tiada pola 18? Atau berikthiar sesuatu pada 27 Julai 2018 nanti seperti ikhtiar energi dikasih sayang seumpamanya... dengan manusia tak dapat nak buat apa2 (tukar tarikh lahir), jadi kita mohonlah kepadaNya minta diizinkan walaupun tarikh lahir lain tapi punyai energi 27 Julai 2018 (macam casing Samsung tapi phone Iphone). |
Seorang isteri yang tak keruan apabila mendapati suaminya berkahwin dengan wanita lain secara sembunyi.. namun terbongkar juga rahsianya. Walaupun si suami tiada pola poligami namun si isteri ada pola poligami tersebut seolah "menarik" fenomena berpoligami menjadi realiti iaitu tak semestinya si isteri itu berkahwin lain tetapi beliau menjadi salah seorang isteri2 kepada suaminya itu... oleh itu, tak perlu bengang kepada suami ada pola poligami padahal diri sendiri (si isteri) ada pola poligami yang menyebabkan si suami "terpaksa-rela" berpoligami. Dan bilamana tempoh Widowed Star atau tempoh 10 tahun tekanan dalam tarikh nikah, fenomena gangguan rumahtangga ini menjadi kenyataan dan rumit. Jadi, bagaimana nak hilangkan pola poligami pada suami atau pola poligami pada diri sendiri (isteri), atau betulkan tarikh nikah yang bermasalah? bagaimana nak hilangkan Widowed Star atau tempoh tekanan dalam tarikh nikah? Cerai hari ini dan nikah semula pada tarikh 27 Julai 2018? Atau ikhtiar betulkan atau tambah energi perkahwinan pada 27 Julai 2018. Majoriti pasangan yang ada melalui masalah dalam perkahwinan mempunyai pola 18 sama ada dalam tarikh nikah atau dalam 10 tahun penikahan mahupun dalam tarikh lahir diri sendiri. Maka, kita ikthiar mendapatkan energi yang baik pada hari yang tiada pola 18 seperti 27 Julai 2018 nanti. |
S: Saya lihat ramai orang belajar metafizik selama ini tapi mereka2 tu tak nampak berjaya
J: Masalah utama untuk individu2 yang telah mengetahui apa yang perlu mereka buat untuk betulkan kehidupan adalah untuk membuat perubahan yang dikehendaki. Contohnya, daripada pengalaman 13 tahun Dato Eddy mendapati hampir 80% masalah dan konflik seseorang adalah kerana "tersalah arah" seperti salah arah dari rumah ke tempat kerja. Namun, mereka2 itu walaupun sudah tahu apa yang perlu dibuat untuk membetulkan arah iaitu berpindah rumah/ tempat kerja tetapi ianya bukan satu perkara yang boleh dibuat dalam 1 hari. Ramai yang memerlukan dan mengambil masa yang panjang untuk membuat perubahan tersebut.
Kerana itu, Dato Eddy membuka perkhidmatan Ikhtiar Rezeki dengan harapan supaya dengan energi dan izinNya membolehkan ramai yang "tersangkut" itu mendapat penyelesaian yang lebih cepat seumpamanya berbanding menunggu nasib semata-mata. Juga, diberikan ikhtiar2 strategi seperti kaedah "melencong arah" seumpamanya bagi membantu mereka yang "tersangkut" itu mendapat jalan keluar yang lebih cepat.
S: Saya melibatkan diri dalam program Ikhtiar Energi tetapi tidak merasai kejayaan:
J: Terdapat banyak perkara yang diperlukan bagi menjayakan Ikhtiar Energi namun ianya memerlukan kos tambahan (kelas2 untuk menambahkan pengetahuan tentang energi seperti kelas Aura 38 Tahap 1, 2 dan Outdoor) dan perubahan2 diri yang agak menyukarkan (seperti membuat amalan energi untuk 2 jam padahal waktu kerja pejabat memang tak dapat nak luangkan 2 jam begitu sahaja). Bagi Dato Eddy yang khusus full-time dalam bidang ini boleh saja ambil masa 3-4 jam membuat amalan energi. Oleh kerana peserta2 belum diketahui perihal dirinya secara khusus maka dibuat Ikthiar Energi secara umum. Bagi mereka yang mahu mendapatkan energi secara khusus nanti bila ada rezeki dapatlah dibuat analisis yang mendalam tentang situasi potensi dan energi anda supaya energi yang lebih fokus dan khusus.
Sebagai contoh, ada individu2 yang berada di dalam tempoh halangan 10 tahun, jadi mereka ini memerlukan energi yang berulang2 dan berterusan (umpama menggerudi dinding batu yang tebal memakan masa). Daripada mereka2 itu termenung dengan nasib terhalang 10 tahun, ikthiarkan sesuatu mana tahu izinNya dapat kejayaan lebih awal. Begitu juga 99% orang yang menyertai porgram Ikthiar Energi membawa masalah hidup/ bisnes yang sudah berlaku/ sedia ada menyebabkan memerlukan masa mahupun pengulangan energi untuk "dibasuh" energi yang telah berkarat itu dulu untuk sampai kepada kejayaan. Walaupun tidak nampak kejayaan besar dengan terus, ada kalanya kita ada mendapat rezeki yang tidak disangka dan bukan semata2 dalam bentuk wang ringgit yang bergolek sebaliknya dalam pelbagai bentuk yang kita tak perasan.
S: Mengapa Ikhtiar Energi dibuat pada hari tertentu?
J: Boleh saja kita membuat amalan energi setiap hari setiap masa tanpa memilih hari dan waktu. Namun, bukan semua orang ada ruang kelapangan setiap hari sebegitu kerana kesibukan kerja dan komitmen, jadi kami memilih tarikh tertentu supaya pada tarikh tersebut dapat dijadualkan awal untuk diluangkan masa lebih banyak untuk amalan energi atau membuat amalan energi yang lebih banyak berbanding hari lain yang dibuat secara "cukup syarat". Contohnya, tarikh Jumaat 27 Julai 2018 adalah tarikh yang baik maka bolehlah kita ambil cuti seharian itu untuk amalan energi. Tarikh tertentu dipilih dari kiraan berdasarkan kepada kajian tentang fenomena2 pattern angka yang sama dan waktu tertentu dipilih dari kiraan yang mana energi yang baik. Ini membolehkan kita ambil hari dan masa yang tertentu untuk letak tepi kerja lain dan lebih fokus kepada energi. Namun, jika tak sempat buat juga, peserta yang join program Ikhtiar Energi mewakilkan pihak Dato Eddy membuatkannya bagi pihak peserta.
S: Saya dah hadir Kelas Asas dan tahu bidang saya tapi bila dibuat mengapa tak berjaya dengan besar?
Kelas Asas memberikan kita pengetahuan untuk membina strategi daripada potensi kita (bagaimana?). Seterusnya, kita perlu tahu di arah mana potensi itu berjaya (di mana?), kemudian bila potensi itu boleh berjaya (bila? tempoh masa), seterusnya dengan siapa potensi kita itu boleh berjaya (siapa? keserasian) seterusnya bilamana kita buka syarikat, tarikh daftar apa yang baik (apa?), seterusnya produk apa yang serasi atau sesuai dengan kita (apa?)... dan banyak lagi. Sebenarnya banyak yang perlu diketahui dari pelbagai sudut bukan sekadar membina potensi daripada tahu nombor asas atau nombor akar sahaja. Kerana itu elok pembelajaran dan bimbingan secara berterusan.. buatlah langkah demi langkah mengikut keupayaan dan fasa berperingkat.
Perkhidmatan Dato Eddy (017 769 7946):
- Sesi Konsultansi Peribadi: Pelajar.
- Kursus 426 Potensi Bijak Belajar.
- Graf Otak Kanan-Otak Kiri (S27).
- Ikhtiar Energi Cemerlang Akademik.