Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kekayaan Pintu Kejayaan

7/23/2018

0 Comments

 
Picture
Picture
Program Ikhtiar Energi Kesultanan mula diperkenalkan oleh Dato Eddy pada tahun 2011-2013 lalu. Biasanya dilakukan pada hari Keputeraan YDP Agung/ Sultan/ TYT.  Program seperti Energi Kesultanan Johor dan Perlis yang lalu.

Tujuan program ini adalah ikhtiar untuk mengaktifkan atau membina energi kesultanan, bukanlah nak jadi sultan pun, tetapi punyai energi kepimpinan, pengaruh, kuasa, networking, kekayaan seumpamanya. Dulu2 Encik Eddy adalah orang awam yang bekerja di industri pengilangan yang cuba mencari peningkatan diri.. masa tu tak kenal kerabat istana. Atas ikhtiar2 berterusan dan 2014 bermulalah jalinan ke komuniti kesultanan bila dikurniakan darjah kebesaran dan kemuncaknya adalah pada 11 September 2018 ini bersempena Awal Muharam dan hari Ulangtahun Kelahiran, membuat ikhtiar energi rezeki dan energi kesultanan dari Karaton Surakarta yang mana sejarahnya yang sangat lama. 

Juga tujuan program ini adalah untuk ikhtiar kembalikan energi kepimpinan/ kekayaan kepada keturunan kesultanan yang kini hidup dengan kesukaran. Ada client2 yang berketurunan sultan hebat2 .. dulu2 moyang2 bangsawan dan hartawan tetapi kini client2 hidup di awangan berangan2 kesusahan... puncanya nenek merajuk lari istana la, atuk merajuk tak suka kekayaan la dsbnya.. zaman dulu bolehlah hidup seadanya tetapi kini kita yang dibesarkan dalam metropolitan ini penuh cabaran bisnes, kerjaya seumpamanya perlukan kekayaan, networking dll... dengan adanya energi kepimpinan, networking seumpamanya dapatlah membantu kita dalam kehidupan serba cabaran ini.. Jadi, dengan adanya jejak energi itu dalam keturunan, kita ikhtiarkan diaktifkan semula sebagai ikhtiar kembali semula kepada kegemilangan seperti dulu.. nak kembali semula ke istana yang asal sepertimana moyang dulu memang sukarlah sekarang, jadi kita ikhtiarkan energi.

Smlm sya bermimpi berckp2 ngn Cikgu... sblm tu sya mimpi muntah2... n sya bgtau Cikgu akn hal tu (dlm mimpi jg) Cikgu kata separuh penyakit sya dh klr dr tubuh.. sya jg mimpi melihat baby meninggal... lps tu sya lihat suami sya berjln di tepi sultan/ raja smbil bersembang2 n dikelilingi orang ramai.. sya sndri spt seorg yg kaya atau berpangkat...

Picture
Picture
Picture
Untuk tarikh 11 September 2018 nanti ada satu waktu yang punyai energi rezeki yang baik. Kebetulan pula 1 Muharram 1440H dan kebetulan juga Dato Eddy keturunan Raden akan ikhtiarkan energi dari Karaton energi kesultanan. Ini adalah satu peluang menarik yang sukar untuk dapat dalam sepanjang hayat, jadi jom ambil peluang ini join program ikhtiar energi 11 September 2018 ini.

Wealth - rezeki dari dunia kewangan, pembiayaan (Great Financier) dan kekayaan (Virtuous Star)
Main Structure - Great Pioneer with minor star: menjadi jutawan segera, honourable star (pangkat/darjah kebesaran), Eminent Star (bersama raja/ kesultanan).
Picture
Dah merancang untuk buat ikhtiar energi rezeki 11 September 2018, semalam datang mesej ini... maka dapatlah bawa doa sebegini di tempat energi kesultanan.. kali ini ikhtiar energi dengan komuniti karaton/ kerabat kesultanan untuk kekayaan... 

Picture

Picture
Jodoh.. tunggu sahaja ia datang kan? Kan Tuhan dah tetapkan jodoh masing2, jadi jika jodoh ditetapkan pada usia 60 tahun maka redhalah masing2 usah kalut2.. umur adalah sekadar angka.

Dalam kes ini, tarikh lahir ada angka 8 yang banyak biasanya menunjukkan keperluan menjaga ibu bapa yang mana menyukarkan energi jodoh..  jadi tunggulah ibu bapa meninggal dulu barulah jodoh mudah... itulah hakikat kehidupan! Dan di dalam kajian Dato Eddy, perjalanan seseorang itu boleh dijangka menggunakan perjalanan hidup yang sulung atau yang di atasnya (abang / kakak). jadi jika yang sulung masih belum lepas jodohnya, sukar untuk yang bawah2 lepasinya juga... melainkan perubahan dilakukan daripada termenung menunggu nasib.

Kita ikhtiarkan sesuatu... setakat ini belum ada sains teknologi yang ada ubat atau pembedahan untuk penyakit lambat  jodoh, jadi diikhtiarkan secara alternatif/ metafizik... secara ikhtiar strategi dan energi... dengan ikhtiar kita untuk mendapatkan izinNya, jodoh dibukankan dan dipermudahkan dengan ibu bapa yang masih hidup dan adik beradik juga mendapat laluan jodoh yang baik.

Melainkan Jabatan Pendaftaran Negara boleh beri kerjasama untuk kita ubah tarikh lahir kita contohnya kepada 25 September 2018 yang mana tiada angka 8 langsung (stress) dan tiada angka 18 (masalah kewangan iaitu tak perlu sangat nak dipertanggungjawab secara berlebihan kepada ibu bapa adik beradik... dengan cara tarikh yang baik itu, tak perlu nak ambil ubat, nak mandi bunga dsbnya dah... tapi itu yang mustahil dilakukan di Malaysia.

Picture
Tarikh ulangtahun kelahiran Dato Eddy pada 11 September 2018 ini sangat bermakna dan dipenuhi dengan energi yang menarik. Dapat menyambutnya di Karaton Surakarta dengan energi kesultanan dan bersempena awal Muharam 1440H. 

Kepada peserta yang join program ikhtiar energi rezeki 11 September 2018 ini, sila berikan nama arwah ayah/ ibu atau datuk/ nenek anda bagi dibacakan tahlil di kompleks pusara kesultanan nanti. Semoga doa2 kebaikan cara sebegini di tempat sebegitu diterima olehNya dan ditempatkan arwah2 dan almarhum2 di kalangan orang soleh, begitu juga kita yang masih hidup ini diberkati olehNya jua atas usaha ikhtiar kita ini.

Picture
Tahniah kepada seorang peserta Ikhtiar Energi Rezeki yang memenangi cabutan bertuah SSP Bank Simpanan Nasional sebanyak RM5,000.

Dato Eddy sebelum ini pernah dua kali memenangi cabutan bertuah SSP.

​Semoga ikhtiar sebegini cara mendatangkan hasil dengan izinNya.

Picture
Jumaat baru ini singgah sekali lagi Masjid Muaz b Jabal di Setiawangsa sebelum berjumpa client. Kali ini buat rutin yang sama iatu bersolat sekali lagidi bahagian bawah masjid ada satu bilik kecil tertulis Bilik Pengurusan Jenazah boleh muat dalam 40 orang​... sebelahnya ada tempat wuduk dan tandas.
Selesai solat Jumaat, ambil kesempatan buat zikir, baru dalam 5 minit, tetiba terbau bauan yang sangat kuat. Umpama bau pencuci lantai Fabuloso yang dibuka di sebelah. Toleh belakang ada dua orang sedang rehat, nak kata mereka pakai2 wangian tak juga. Nak kata ada staff masjid cuci lantai tak dengar pula. Bau itu cuma dalam 5 saat. Selepas beberapa minit pergi ke tandas di sebelahnya, tak ada tanda2 orang cuci lantai dan kemudian ke tempat wuduk di sebelahnya pun tak ada tanda2 orang cuci lantai. Kalau ada pun, tentu bau tu masih ada. Solat Jumaat di situ sebelumnya pun tiada apa2 aktiviti cuci lantai. Pelik juga bau itu yang sekejap dan kuat.

Mungkin disebabkan kawasan tersebut tempat pengurusan jenazah, ada perihal "mistik" di situ. Tapi ini siang tengahari dan ramai orang. Apa pun ini satu pengalaman yang menarik menikmati satu energi yang bawa keinsafan diri.

Tarikh nikah memainkan peranan dalam meletakkan satu perjalanan hidup. Ada logiknya di sini iaitu bagi orang bujang perjalanan kehidupan adalah diri sendiri namun apabila berkahwin, perjalan kehidupan diri dipengaruhi  perjalanan alam perkahwinan termasuk perjalanan hidup pasangan dan anak2. Jadi, tarikh nikah merupakan satu laluan perjalanan juga.

Ramai yang mesej Dato Eddy mintak tarikh nikah yang baik. Memang boleh diberikan tarikh nikah baik secara umum namun yang terbaik adalah kiraan secara khusus kerana melibatkan perjalanan individu2 juga (serta arah tempat nikah). Namun, untuk mendapatkan tarikh nikah yang sempurna sememangnya sukar, jadi majoriti pasangan ambil tarikh yang seadanya boleh tampung beberapa perkara namun perlu pantau beberapa perkara yang lain juga... lebih2 lagi bila tarikh nikah ditetapkan oleh ibu bapa ataupun pihak keluarga pasangan tanpa dibuat kiraan. Apapun, sama ada terpaksa atau pilihan tarikh nikah, eloklah mengetahui komponen2 yang terkandung di dalam tarikh dan perjalanan tarikh tersebut.

Ada kalanya, tarikh nikah dipilih bagi membetulkan suasana kewangan atau perihal diri/ keluarga bermasalah. Satu perkara yang sukar adalah tarikh nikah yang bermasalah tidaklah semudah untuk ditukar sepertimana tarikh daftar syarikat. Kalau tarikh lahir diri sendiri yang bermasalah, ada cara lain untuk dibuat pembetulan.. kalau tarikh nikah? Takkan nak nikah semula?
Picture

Picture
Picture
Memang benar kata orang.. "rezeki ada di mana2".. tapi ayat itu tak habis perlu disambung sebegini "rezeki ada di mana2 tapi lain orang lain pula tempat rezekinya".. supaya semua orang tidak tertumpu di satu tempat... logik juga perancangan Tuhan sebegini supaya masing2 ada tempat rezeki tersendiri tidaklah tertumpu satu tempat sebaliknya berselerakan di muka bumi ini.

Dalam minggu ini, 2 kes masalah arah ditemui..masing2 mengadu menghadapi masalah kehidupan... apapun masalah kehidupan akan berlarutan berlaku selagai beraad di tempat yang salah... Selain daripada ikhtiar dan usaha, mereka ini seeloknya ubah arah dengan segera... seperti yang Dato Eddy beritahu bahawa 80% individu2 yang hadapi masalah adalah kerana "salah arah". Solusinya nampak mudah tetapi bukan boleh dibuat pada kadar segera memandangkan perlu adjust banyak perkara seperti perihal tempat kerja dsbnya. Jadi, sementara tunggu dapat bertukar arah yang lebih baik, eloklah buat strategi seperti ubah laluan dan ikhtiar seperti ikhtiar energi rezeki.. daripada terus mengalami masalah kehidupan kerana tersalah arah saban hari.

Elok periksa arah yang anda nak pergi:
- Arah dari rumah ke sekolah.
- Arah dari rumah ke tempat kerja/ premis perniagaan
- Arah dari tempat nikah ke rumah
- Arah dari rumah sewa ke rumah yang dibeli.
- Arah dari pejabat ke tapak projek.
dan macam2 lagi seribu satu macam perihal arah.. sebagai ikhtiar untuk elak melalui masalah kehidupan.

Juga, arah DALAM rumah/ pejabat juga memainkan peranan. Bagi orang Islam tidak digalakkan untuk membuang air mengadap kiblat namun banyak kes premis/ rumah sedemikian dan kebetulan penghuni2 hadapi masalah kehidupan.. tak periksa/ tak tahu arah dahulu. Memang tak ada scientific basis untuk perkara ini tapi ini nasihat ramai ilmuan jadi kita ambil panduan.

Hubungi Dato Eddy bagi konsultansi Arah (017 769 7946)
- Konsultantsi Peribadi/ Perniagaan
- Kursus Arah Statik dan Dinamik.
- Kursus Arah Perniagaan dan Jenis Pasaran Perniagaan



Picture
Seperti yang Dato Eddy bentangkan di dalam laman blog ini sebelum2 ini tentang perihal energi.. energi yang diserap dari orang/ alam, energi yang di download dsbnya malah aktiviti2 energi di Mersing seumpamanya.. terkini satu kajian sains menemukan perkara yang metafizik tentang energi yang boleh dibangunkan secara sains pada masa akan datang. Perhal bioenergy/ bioteknologi ini sesuai dengan Dato Eddy lulusan Biology dari Syracuse University, New York, USA.... metafizik membuka jalan kepada sains.

Perjalanan hidup majoriti manusia ada turun naik prestasi kewangan dalam sesuatu tempoh. Setakat ini kajian secara pernomboran tarikh lahir adalah berskala setiap 10 tahun, bolehlah digunakan sebagai panduan. Namun, pada masa yang sama, seseuatu tempoh itu boleh bertindan / bertindih dengan beberapa tempoh yang berasal dari perjalanan yang lain. Contohnya, bagi individu yang mengalami tempoh 10 tahun masalah kewangan bertindih pula tempoh 10 tahun masalah kewangan daripada perjalanan tarikh nikah, bertindih lagi dengan tempoh 10 tahun masalah kewangan daripada perjalanan2 yang lain.. makin banyakperkara yang kita terlibat makin banyak faktor yang menyumbang kepada prestasi keseluruhan kehidupan. Maka sebaiknya kita kaji dan bina strategi untuk setiap sesuatu perjalanan itu. Namun kita kekurangan masa untuk pantau satu persatu setiap hari, jadi kita perlukan ikhtiar untuk memastikan semua faktor itu dapat stabil... antaranya ikhtiar strategi dan energi secara keseluruhan supaya faktor2 lain dapat berubah stabil mengikut acuan yang besar itu.
Picture

Picture
Bilamana Dato Eddy buat kiraan2 tarikh, masyarakat melabelkan khurafat dan syirik tapi pemilihan tarikh merdeka 31 Ogos 1957 tiada seorang pun melabelkannya khurafat... apa kena mengena planet sebaris dengan merdeka negara? What is the scientific basis? Pulak tu kalau terlepas 31 Ogos 1957 kena pilihan tarikh 31 Ogos 1962, kenapa tak 1 Sept 1957 ke, 11 Sept 1957 ke... jadi, ilmu tentang tarikh ini sudah wujud sebelum merdeka lagi... cuma perlu diupgrade dengan kajian2 yang lebih relevan dengan suasana dan perubahan zaman... nasib baik dapat 31 Ogos 1957 tak lah stress 31 Ogos 1962.. tapi yang ada sekarang ini pun terasa stress jugak... setap tarikh ada konflik dan potensinya maka perlulah difahami dan dibuat strategi yang sesuai... pada zaman 1950an yang dipentingkan adalah harmoni kaum.. negara aman membawa kekayaan kot.. namun kini perihal kewangan juga memainkan peranan.

Picture
PERHATIAN:

Mohon berhati2 dengan sebarang urusniaga yang melibatkan penggunaan nama Dato Eddy kerana dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan mengambil bayaran tanpa kebenaran. Hubungi terus Dato Eddy bagi pengesahan bayaran.  Buat masa ini hanya 4 orang individu sahaja yang diberi kebenaran untuk mewakili Dato Eddy bagi tujuan pemasaran dan ada individu yang dilantik sementara kerana menganjurkan kursus yang dibenarkan oleh Dato Eddy (sila rujuk modul kursus yang dipaparkan di blog ini atau pengesahan Dato Eddy).

Picture
Pola 38/ 83 ditemui pada individu2 Barat yang digelar "mystic" kerana mengalami fenomena "stigmata" iaitu berlaku pendarahan di kedua2 tapak tangan dan lain2 seolah kesan dipaku (merujuk kepada kes Nabi Isa as/ Jesus yang dipaku tapak tangannya di palang salib). Mereka juga mendakwa dapat "berjumpa" dengan Jesus (Nabi Isa as) atau Mary (Mariam as). Sains moden masih belum dapat memberi jawapan fenomena ini cuma seperti biasa menyatakan ianya kecederaan disengajakan, halusinasi dsbnya. 
Picture
Nampaknya maksud pola 38/ 83 perlu ditambah iaitu "individu yang terlibat dengan drama/ filem berunsur seram atau mistik".

​Apakah and dilahirkan dengan pola 38 atau 83? Anda pernah mengalami fenomena mistik?


Picture
Sudah menonton filem Munafik 2? Babak2 dalam gua adalah di dalam Gua Balai iaitu di Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.

Lepas ini tonton pula filem Polis Evo 2 nanti ya.. ada babak dalam gua Balai juga.

Nama Gua Balai kerana keluasan di dalamnya umpama satu dewan (balai) yang besar. Ada banyak tarikan lagi seperti Gua Sanding, Gua Penyu (umpama satu terowong) dan Gua Terang Bulan dll. Jika anda ke sana, kirim salam saya kepada seorang pakcik tua (Pok Chat) yang menjaga pintu masuk (tiket).

​Semenjak 3 tahun lalu, Dato Eddy kerap ke sana bagi tujuan rehat dan riadah energi.

Jom  lawat Pahang... Dirgahayu Darul Makmur.


Picture

Picture
Picture
Pada 31 Ogos 2018, di Ampang, Selangor berlangsung majlis silaturrahim bersama DYTM Daulat yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung yang bakal ditabalkan pada 29 Sept 2018 nanti.

Dato Eddy mewakili Persatuan Waris Keturunan Anak Minang (WAKAM) bersama beberapa kumpulan waris Pagaruyung tentunya Negeri Sembilan malah dari Raub, Pahang dan Kota Bahru, Kelantan serta waris Megat Terawis, Perak.
Picture
Bergambar dengan tetamu kehormat YB Tengku Zulpuri Shah, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
Picture

Perihal pemindahan tenaga (energy transfer) pada spektrum warna iaitu frekuensi (hertz).

Kaedah metafizik energi merupakan perihal energi dan ianya menggunakan frekuensi/ warna secara alternatif.
Picture

Picture
Perkahwinan membawa risiko curang, poligami, bergaduh, selalu tak cukup duit, bercerai dsbnya. Umpama sengaja berdiri di tengah jalan yang sibuk untu dilanggar lori; begitu analoginya berkahwin. Syabas kepada mereka yang berkahwin kerana berani ambil risko dan masih kuat melalui perjalanan yang penuh liku.

Takkanlah pula tak berkahwin? Atau berkahwin cara lain (sejenis dll) yang tiada risiko? Atau diikhtiarkan strategi dan energi bagi mengurangkan risiko atau menguatkan kita mengatasi risiko? Contohnya, sebelum berkahwin, periksa dulu tarikh lahir dan waktu lahir diri mahupun pasangan.. untuk kenali jenis risiko atau konflik.. kemudian membuat strategi yang sesuai.. jika dilahirkan dengan tarikh lahir yang berpotensi bermasalah kewangan maka bina strategi dan ikhtiar serta energi untuk menguruskan kewangan dengan baik.

Namun, orang kita lebih menyukai kata orang seperti dah kahwin nanti banyaklah rezeki tu,.. rezeki tu tak ke mana.. seumpamanya... zaman dah berubah dan pengalaman2 dulu2 mengajar kita untuk buat analisis sebelum membuat sesuatu termasuklah berkahwin!


Picture
Dikala ramai wanita bujang/ janda menggunakan khidmat kami (strategi dan ikhtiar energi) bagi mencari jodoh ataupun para isteri yang mahukan perkahwinan harmoni, ada juga kes yang mana masalah perkahwinan berlaku daripada pihak wanita (isteri) sendiri. Jadi, perkhidmatan kami ini juga dibuka kepada para suami/ lelaki bujang/ duda.

Perkahwinan membawa risiko curang, bergaduh dan bercerai, jadi untuk elak risiko sedemikian adalah sama ada tak perlu kahwin atau berikhtiar supaya dapat perkahwinan yang kurang berisiko. Bagaimana untuk ikhtiar dapat berkahwin yang harmoni? Tentulah memerlukan ujian2, analisis2, risikan2, kajiselidik2 dsbnya yang melibatkan semua ahli keluarga, rakan2 termasuk juga pihak2 berkuasa. Mana tau muka hensem atau cantik jelita tapi memiliki saman kereta berpuluh ribu.

Boleh juga ikhtiar menggunakan kaedah tarikh lahir dan kiraan nama bagi mengenalpasti potensi perjalanan kehidupan bersama. Termasuk juga kiraan untuk tarikh nikah dan perjalanannya... sebagai salah satu bentuk panduan dalam membina perkahwinan yang harmoni.

Picture

    Widowed Star:

Klik Utk Hantar
Adakah Graf Hayat anda mempunyai kod WIDOWED STAR?.. maksud Widowed adalah jelas widowed iaitu janda/duda... lihat usia dan tempoh bila anda bakal menjadi janda/ duda...

Namun, sebenarnya, SEMUA ORANG ada Widowed Star dalam graf hayat mereka cuma lain orang lain pula usia ianya muncul. Antara peranan Widowed Star adalah memisahkan pasangan (perceraian). Adalah kurang tepat bila seseorang pengamal metafizik menyatakan anda bakal bercerai memandangkan semua orang ada Widowed Star... antara anda sanggup tabah bertahan atau tidak saja.

Tetapi, ada satu peranan Widowed Star iaitu menandakan tahun kematian pasangan hidup anda.

Baru2 ini seorang client wanita mendapatkan sesi personal baru kematian suami tahun ini, rupa2nya tahun ini beliau berada dalam tempoh Widowed Star malah anak pertama dan anak kedua beliau berada dalam tempoh Widowed Star juga pada tahun ini..  pasangan yang berpisah mati untuk 3 orang anak beranak pada tahun yang sama.

Namun, kajian tentang kematian bukan dalam bidang kami kerana kami lebih kepada strategi mencipta kekayaan, jadi, gunakanlah Widowed star sebagai panduan dan persediaan. Memandangkan ramai wanita yang bercerai/ kematian suami berada dalam keadaan tidak bersedia dalam aspek kewangan mahupun kelangsungan hidup... ada yang tinggal sehelai sepinggang bila kematian suami.

Dato Eddy dan isteri, kami pernah sama2 berada dalam tempoh Widowed Star sebelum ini, syukur atas izinNya masih bersama dan bernyawa.

Picture
Picture
Sila isikan pola2 yang ditanya tu.. untuk pemilik buku Potensi Diri/ peserta kelas Pernomboran Asas atau Modul Jenis Pasaran/ Kelas Pola 96 Usahawan. 

Jika anda baru lagi dalam dunia pernomboran belum tahu pola2 ataupun potensi diri anda, hubungi Dato Eddyuntuk sesi kenali potensi diri anda (diaturkan sesi personal Konsultansi Peribadi/ Kelas Asas).

Satu lagi bukti menunjukkan kaedah pernomboran ini adalah kaedah kajian daripada pengalaman sebenar.

Apa piihan kerjaya anda jika menceburi industri pembuatan/ perkilangan? Pilihlah di bawah ini :) Dato Eddy dulu pernah bekerja  di Production dan QA.. pernah semasa Production tak balik rumah tidur kat surau kilang bekerja 2 hari berturut2 untuk siapkan stok. Di QA pula, perlu menjaga hal2 QA untuk 20 blok kilang dan menjaga perihal audit sebanyak 60-70 audit setahun... rugi tak ambil offer Marketing sebelum tu :)

Jadi, jika anda stress di Production, dah memang stress pun situ.. redha jelah tabah sebab sanggup jadi production.. lain kali mintak finance :) tak pun warehouse...
Picture
Picture

Picture

Picture
Pesilat negara ini pertalian anak saudara jauh (sebelah ibu) kepada Dato Eddy.

Picture

Picture
Ibu pernah bercerita yang keturunan kami dari satu kraton di Jawa Barat,.. sudah beberapa kali planning ke Surabaya untuk mencari satu kraton di situ tapi tak lepas2 sebab komitmen masa. Akhirnya, ketentuanNya melorongkan Dato Eddy untuk ke Kraton Surakarta pada hari yang baik 9 September 2018 (hari Keputeraan Agong Malaysia) dan seterusnya pada 11 September 2018 menyambut ulangtahun kelahiran di situ bersamaan hari awal Muharram.. satu permulaan baru yang menarik.

Kalau ada sesiapa yang nak ikut pergi ke Kraton itu pada 9-11 september 2018, pm tepi... atau kalau tak dapat ikut, Dato Eddy boleh "bawa" anda ke sana iaitu bawa nama anda untuk didoakan dan dienergikan di sana... ambil aura kesultanan yang berasal dari kerajaan Mataram... mungkin anda keturunan kesultanan Jawa?  jadi ini ikhtiar "kembali" kepada keturunan dulu yang hebat dan kaya tapi sekarang kita hidup tidak hebat dan tidak begitu kaya jadi dengan ikhtiar kesultanan sebegini jatuh pada hari Awal Muharram dan tarikh 11 Sepetember 2018 itupun tarikh kekayaan, maka kita ambil/ jana semula kegemilangan kita yang dulu2... bagi anda yang bukan keturunan raden jawa  atau mana2 kesultanan pun boleh jer join tumpang energi Dato Eddy sebab itu program ikhtiar energi dibuat. Elok bagi mereka yang punyai pola 38 atau 83 dalam petak tarikh lahir, atau yang punyai Main Structure SUN (dari graf hayat)... Dato Eddy adalah Main Structure SUN dan ada pola 38 dalam petak tarikh lahir (di petak pembayang sebelah ibu) atau jika tiada pola2 tersebut tetapi mengetahui yang keturunan bekaitan kesultanan/ bekerja dengan kesultanan atau yang teringain nak kawin puteri/ putera raja :)   tak semestinya kahwin lah, mungkin untuk urusniaga bisnes dengan kesultanan, untuk bekerja dengan kesultantan seumpamanya...kita ikhtiar.. bila lagi nak dapat peluang keemasan sebegini?? 11 September 2018!

Picture
Picture

Picture
Setiap tarikh ada perjalanan potensi tersendiri. Seeloknya kita mengetahui apa yang terkandung dalam tarikh tersebut untuk kita memilihnya. Terpulang kepada anda untuk memilih apa jua tarikh yang disukai contohnya 18.8.18 sebagai tarikh nikah, cuma ketahui apa yang terkandung di dalamnya bukan sekadar tarikh dipilih kerana ianya angka yang unik atau sedap menyebutnya.

Jika anda menyukai dan memilih satu tarikh untuk dijadikan tarikh nikah yang mana terkandung perihal "duit bocor" maka hiduplah sederhana bermula dari pernikahan itu. Usahlah mencuba bermewah seperti orang lain kerana anda memilih potensi sederhana. Jika anda seorang yang suka cabaran hidup dan menyukai dan memilih satu tarikh yang terkandung dalamnya banyak cabaran hidup maka tabahlah bawa cabaran hidup itu dengan baik bermula dari tarikh pernikahan itu... hidup ini anda yang pilih tetapi ketahuilah apa yang anda pilih itu. Jika pilih tarikh A, ketentuan B, jika pihak tarikh B, ketentuannya B.

Atau kita ikhtiarkan pilih satu tarikh nikah yang sebolehnya membawa aspek ketenangan, rezeki yang baik, mudah zuriat seumpamanya.

Picture
Picture
Dato Eddy ada satu grup dari pelajar2 Dato Eddy yang berminat dalam aktiviti2 energi di Pulau Besar. Pada 23 Ogos 2018, ada seorang pelajar yang pergi ke sana membawa rakan2 beliau... tetiba terasa satu energi "keris" dan berpesan kepada beliau.. rupanya satu keris misteri milik seseorang di situ dikeluarkan dan ditunjukkan kepada beliau dan rakan2nya... Dato Eddy sendiri belum pernah tengok keris itu walhal kenal dengan pemiliknya di situ.

Begitulah perihal energi yang kita sebenarnya ada dalam diri kita dan boleh dijanakan dan diasah melalui aktiviti2 energi.

Picture

Picture

Picture
Jika orang pro-sains mengatakan kaedah energi metafizik mengarut, jom kita sokong geng pro-sains dengan bagi kejutan elektrik kepada pelajar2 bermasalah. Boleh jer kita buka kaunter kat pasar malam dan bagi perkhidmatan percuma sebegini. Kaedah ini juga nampak pelik tapi itulah dia namanya sains.

Mungkin dalam 10 tahun lagi ada teknologi sebegini sebesar jam tangan plug-in USB untuk punca elektrik... dah tak perlu air jampi, tak perlu ubat cerdas otak, tak perlu vitamin bagai... tapi sementara tunggu 10 tahun tu, pelajar2 yang ada sekarang pun dah habis sekolah... eloklah kita gunakan ikhtiar alternatif sementara tunggu teknologi sains sebegini muncul.

Individu lelaki ini bertemu Dato Eddy sekitar tahun 2008 dan sehingga kini sudah 10 tahun masih bertanya tentang keserasian beliau dengan beberapa calon isteri sepanjang 10 tahun ini.. tetapi semuanya tak menjadi. Asalnya pada tahun 2008, beliau datang bersama isteri beliau untuk bertanya perihal masalah perkahwinan mereka dan akhirnya mereka bercerai juga. Daripada kiraan graf tarikh lahir beliau didapati jodoh sebenar beliau ini berumur 50an nanti. 

Ini menunjukkan jodoh ada tempoh masanya. Kata orang, Tuhan dah tetapkan jodoh kan jadi tak payah susah2 kira tarikh lahir mandi bunga bagai, tapi kalau ditetapkan pada usia 50an atau 60an bagaimana ya? Tunggulah ya? Atau kita ikthiarkan sesuatu... mungkin ubah arah tempat tinggal, mungkin ubah cara hidup, mungkin ikhtiar energi dan pelbagai lagi. Namun, perihal jodoh ini bukannya mudah sepertimana membina bisnes online kerana melibatkan perasaan dan tanggungan besar.

Pengalaman Dato Eddy untuk beberapa client yang dapat jua melangsungkan perkahwinan walaupun tempoh sebenar di usia lewat...kita "paksa" ikhtiar memandangkan usia mereka pun dah lewat... Ramai lagi client pula yang masih belum berpunya kerana mereka mencari yang terbaik kerana yalah kawin ini semestinya nak elok sekali sahaja kekal harmoni selamanya, jadi naklah yang terbaik, lagipun nak memenangkan hati ibu bapa family pun satu hal juga untuk calon2 yang berpotensi.

Jadi, jodoh itu terletak pada TIME (tempoh masa), bukan pada paras rupa atau kekayaan (tapi itu juga diambil kira). Jika kedua lelaki dan perempuan bertembung yang mana kedua2 berada dalam time yang sesuai, maka jadilah ia.

Dato Eddy dan isteri... walaupun kami pernah ditemukan pada usia 19 tahun di kolej di Malaysia tetapi masing2 ada calon masing2 tetapi pada umur 21 tahun bertemu sekali lagi di New York, USA menjadilah jodoh kami hingga sekarang sudah 25 tahun. Rupanya daripada graf didapati kami berdua berada dalam tempoh jodoh yang sama.
Picture

Picture
Ikhtiar energi rezeki di premis dan audit premis... transformasi kedai makan yang biasa2 kepada yang meriah dan ramai pelanggan... kita ikhtiar dan berharap Dia izinkan... kesudian pemilik yang sudi menggunakan cara pendekatan Dato Eddy.. membetulkan nama di papantanda mengikut kiraan, nama jalan pun kita "adjust" dan beberapa perubahan dilakukan di premis tersebut... asalnya tempat tu tak hidup malah projek sebelumnya di situ juga gagal...kini lebih meriah dan hidup... ikthiar kita dengan izinNya jua.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Perniagaan.
- Audit Premis Perniagaan.
​- Ikhtiar Energi Rezeki (boleh diatur untuk dibuat di premis perniagaan).

Picture

Picture
Salah satu perkhidmatan ikhtiar energi yang disediakan adalah ikhtiar energi cemerlang akademik dan bagi peserta yang join pakej sebulan akan dapat juga ikhtiar akademik di samping ikhtiar rezeki dan dikasih sayang.

Program Ikhtiar Energi untuk bulan September 2018 kini dibuka untuk pakej 1 bulan. Ianya termasuk 3 jenis energi iaitu Rezeki, Dikasih Sayang dan Akademik (untuk anak2 pelajar/ diri sendiri). Jadi, dengan sekali daftar untuk pakej 1 bulan memudahkan tidak perlu berulang kali daftar.. program secara pilihan hari masih beroperasi seperti biasa.

Untuk bulan September 2018 adalah istimewa memandangkan hari kelahiran Dato Eddy 11 Sept punyai tarikh baik untuk rezeki dan ianya juga  adalah hari Awal Muharram 1440H... satu tarikh yang baik untuk satu permulaan tahun ...1440=9 Sukses, kita tinggalkan 1439=8 Stress... dan Dato Eddy bakal menyambut hari kelahiran 11 Sept di Karaton Surakarta, Indonesia... satu tempat aura kesultanan... Hari Keputeraaan Agong juga dalam bulan 9 ini dan semestinya Hari Malaysia juga bulan 9... bulan Sept 2018 ianya tentang aura kesultanan dan kerajaan - kepimpinan, pengaruh, kekuasaan, kekayaan, networking.. jom ambil peluang untuk energi2 sedemikian yang baik ini.
Picture

Picture
Nama pun PN17 iaitu 1+7=8 stress... perjalanan sesuatu syarikat ada turun naik bagi tempoh tahun tertentu mahupun dekad tertentu. Kaedah Graf Dekad (atau dikenali Graf Motif Hayat - ciptaan Dato Eddy) merupakan satu kaedah bagi mengenalpasti perjalanan bagi tiap 10 tahun adalah satu cara bagi memantau prestasi dan membina strategi yang sesuai setiap 10 tahun. Bagi kes kajian ini, syarikat yang punyai pola 769 sememangnya pernah berada di kategori kejayaan bagi satu tempoh yang lama, namun turun naik prestasi perlu juga akur.. ini sebagai pembelajaran kepada kita supaya bukan sahaja potensi dipilih baik tetapi juga perjalanan juga berada dalam landasan yang baik.

Picture
Tarikh mula tayang pada 9 Ogos 2018.. iaitu tarikh yang sebelum itu dipilih oleh Dato Eddy sebagai tarikh ikhtiar energi rezeki bagi 10 tahun kekayaan (graf dekad 10 tahun ciptaan Dato Eddy).

Inilah kajian yang dijalankan oleh Dato Eddy bagi mencari formula rezeki dan kekayaan secara kaedah pernomboran tarikh... ianya sebagai sebentuk ikthiar bagi kita memilih tarikh yang baik bagi membina energi rezeki dan juga bagi tingkatkan prestasi rezeki dalam bisnes mahupun kerjaya kita.

Picture

Picture

Picture
Picture
Perkara ini diulang lagi... bukan apa, sudah banyak artikel yang memaparkan perkara sama tentang 2019 nanti.. sepertimana yang Dato Eddy bentangkan di sini yang Malaysia bakal melalui tahun Vacuum Star pada tahun 2019 iaitu sama seperti tahun 2015 yang juga Vacuum Star... kali ini Vacuum Star berada di tempat asalnya di petak tahun 2019, berbanding tahun 2015 yang "meminjam" Vacuum Star dari petak 2019... dengan kata lain, dijangka Vacuum Star 2019 lebih ganas daripada 2015.

Dato Eddy bukan untuk menakutkan tetapi tahun 2014 lalu Dato Eddy dah bagitau tentang Vacuum Star 2015 tetapi ramai yang tak peduli... sudahnya ramai yang diberhentikan kerja (terutamanya sektor Oil and Gas), bisnes/ kedai rugi dsbnya pada tahun 2015 lalu... jadi, kali ini kita belajar daripada pengalaman! Apa persediaan anda untuk 2019 nanti? Sudah bersedia strategi dan energi?

Perkhidmatan Dato Eddy (0197697946):
- Konsultansi Peribadi.
- Konsultansi Perniagaan.
- Seminar Hadapi Tahun 2019 Tahun Vacuum Star (boleh diatur untuk kelas personal/ berkumpulan)


Picture

Picture

Ada individu yang menghadapi masalah kehidupan tetapi apabila diperiksa potensi tarikh lahir adalah baik. Rupanya potensi daripada tarikh lain seperti tarikh nikah, tarikh daftar syarikat, tarikh surat tawaran kerja seumpamanya memberi kesan kepada kehidupan juga.

Jadi, untuk mengenali poternsi perjalanan hidupbukan sahaja dikaji tarikh lahir senditi tetapi juga tarikh nikah seumpamanya. Bagi mereka yang bujang, potensi perjalanan hidup adalah berdasarkan kepada tarikh lahir sendiri tetapi apabila melangsungkan perkahwinan, potensi perjalanan hidup boleh berubah yang dikaji juga perjalanan tarikh nikah.

Oleh itu, sebaiknya memilih tarikh nikah, tarikh daftar syarikat, tarikh surat tawaran kerja dsbnya pada tarikh yang berpotensi baik. Daripada pengalaman kajian mendapati tarikh nikah yang kurang berpotensi membawa masalah kepada pasangan manakala tarikh nikah yang berpotsi baik meningkatkan keupayaan potensi pasangan.

Sebagai contoh, diri Dato Eddy tiada pola orang kenamaan tetapi tarikh nikah Dato Eddy ada pola kenamaan jadi itu membantu Dato Eddy berada pada tahap sedemikian.

Kiraan tarikh nikah seumpamanya bukan sahaja kiraan untuk tarikh itu semata tetapi juga perjalanan untuk 10 tahun (Graf Dekad - ciptaan Dato Eddy sendiri).

Bagaimana jika anda telah berkahwin? Apa strategi pembetulan? Jika belum berkahwin, ikhtiarkan dapat tarikh nikah yang berpotensi baik.

Picture

Picture
Tiap kali mengerjakan umrah, tidak dilupakan membawa koleksi cincin2 untuk dibawa solat dan tawaf dalam suasana Masjidil Haram... sebagai sebentuk memori kenangan bilamana tiap kali menunaikan solat... bila solat baju, sejadah dan kain memang bertukar2 tapi cincin itulah yang dipakai sama sebagai kenangan.

Baru2 ini, bertemu dengan seorang client wanita yang baru kematian suami dan beliau akan ambil alih syarikat arwah suami, jadi beliau mahukan strategi yang sesuai untuk membawa perniagaan tersebut. Di kesempatan itu, Dato Eddy minta izin untuk memeriksa cincin yang dipakainya, rupanya itu cincin nsuami. Bila diperiksa energi cincin itu, terasa tenang. Rupanya arwah dulu terlibat dalam program pembangunan masjid, surau dan sekolah tahfiz. Kebetulan pula cincin tersebut dibeli di Madinah... mungkin ini antara penyebab cincin tersebut menyimpan energi tenang yang baik dari pemiliknya... seolah ada "link" dengan arwah pula yang mengatakan masih sayang isterinya itu dan ada rasa terkilan ada satu perkara yang tak sempat dibuat bersama.. rupanya menurut client wanita itu, mereka dah merancang dan sepatutnya pergi Eropah bercuti namun tidak kesampaian arwah dijemput olehNya... mudah2an cinta mereka itu kekal abadi hingga kiamat hingga ke syurga.

Picture
Picture
Seperti yang Dato Eddy sering bentangkan di sini bahawa Malaysia bakal lalui tahun Vaccum Star untuk tahun 2019 nanti... Malaysia pernah lalui tahun Vaccum Star pada tahun 2015 lalu jika anda masih ingat betapa peritnya suasana ekonomi ketika 2015 itu.

Adakah anda sudah bersedia untuk hadapi tahun 2019 Tahun Vacuum Star?
Adakah diri anda juga Vacuum Star pada 2019 nanti?
Apakah syarikat anda berada dalam Vacuum Star pada 20189 nanti?
Apakah strategi anda untuk hadapi dan tempuhi tahun Vacuum Star?


Memang benar kata orang bahawa jodoh telah ditetapkan oleh Tuhan maka bersabarlah jodoh tetap ada.. tetapi orang tersebut tak habis cakap.. ianya berbunyi; jodoh telah ditetapkan oleh Tuhan mungkin jodoh anda pada usia 40an atau 50an atau 60an maka bersabarlah hingga ke umur tersebut... Jodoh itu ada waktunya (pada usia tertentu) bukan sepanjang zaman jodoh begitu sahaja wujud.

Maka, apakah kita perlu menunggu umur 50an untuk melangsungkan perkahwinan? Boleh saja berkahwin pada usia 50an tetapi adalah lebih baik dapat berkahwin pada usia 20an atau selewatnya 30an, Apakah kita boleh berikhtiar? Tentu sahaja kita diberikan ruang dan peluang untuk berikhtiar dan membina strategi yang sesuai dengan diri kita.

Begitu juga, tempoh jodoh ada timbul tenggelam. Bagi mereka yang berkahwin tidak semestinya potensi jodoh anda berterusan baik kerana ada di antara kita potensi jodoh hilang di pertengahan usia. Oleh yang demikian, adalah menjadi keperluan untuk kita sentiasa berterusan membuat amalan yang baik, menjana energi yang baik dan membuat strategi yang baik berterusan bagi memastikan kita sentiasa konsisten dalam perihal jodoh.

Picture

Picture
Sejak 2-3 tahun ini, industri metafizik menjadi perlahan. Mungkin kerana kelembapan ekonomi maka masyarakat menangguhkan dulu perihal potensi diri. Satu sebab lagi adalah kerana industri ini dirosakkan oleh beberapa individu yang tidak membawa ilmu metafizik dengan baik. Walaupun Dato Eddy dah tegur dan berpesan beberapa kali namun kerosakannya telah menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat kepada perihal metafizik.

Sebelum ini, metafizik tergugat apabila seorang individu yang membawa pangkat tinggi menjadi pengajar usahawan2 tetapi pangkat itu berdasarkan jurusan metafizik dari luar negara. Tetapi apabila terdedah palsu, nama metafizik terpalit. Begitu juga individu2 yang membawa hal kontroversi dalam industri metafizik.

Kerana itulah, Dato Eddy tak mahu melahirkan tenaga pengajar atau konsultan metafizik. Baik Dato Eddy terus kongsi ilmu untuk masyarakat menjadi berjaya kaya daripada mengajar orang jadi guru metafizik pula. Ada banyak risiko untuk membawa tugasan pengajar/ konsultan metafizik jadi biarkan Dato Eddy meneruskan bidang ini selagi mampu manakala anda semua ambil manafaat ilmu metafizik untuk membina perniagaan dan kerjaya serta perkahwinan yang cemerlang baik.

Konsultansi Perniagaan / Audit Premis Perniaagaan untuk satu pusat kecantikan di Selangor. Pengusaha mengadu mengalami masalah kewangan yang merundum akibat kekurangan jualan dsbnya. Sebelum ini mampu menjana RM700-RM800 sehari dan jualan daripada produk2 hingga RM50 ribu sebulan kini nak dapat seorang pelanggan seminggu pun sukar.

Daripada pemeriksaan tarikh lahir didapati pengusaha ini melalui tempoh 10 tahun tekanan. Beliau juga ada potensi masalah kewangan Tahap 12. Daripada pemeriksaan perihal syarikat di dapati beberapa perkara yang tidak serasi seperti lokasi dsbnya.

Beberapa cadangan diberikan bagi membetulkan semula perjalanan perniagaan.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Perniagaan.
- Audit Premis Perniagaan.
- Kursus Pola 96 Potensi Bisnes Berkesan.
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.



Picture
Adalah amat perlu bagi seseorang usahawan untuk mengenalpasti perjalanan perniagaan secara jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Perniagaan yang meningkat maju dan berterusan untung hingga mampu membeli rumah dan kereta mewah tidak bermakna bisnes anda itu mampu kekal maju terutamanya apabila melalui tempoh tekanan. Semua usahawan sepatutnya membuat persediaan awal dari aspek kewangan dsbnya.

Picture
Picture

Maklumbalas peserta ikhtiar Energi Rezeki 27 Julai 2018 lalu... kadang kala rezeki itu bukan dalam bentuk wang.. jika wang boleh habis sehari tetapi rezeki ilmu buat duit lebih berkekalan.. kita cuba ikhtiar... dengan izinNya.
Picture
Picture
Picture

Picture

Sesi Konsultansi Perniagaan dan Audit Premis yang berlangsung di Negeri Sembilan. Pengusaha restoran ini terpaksa berpindah kerana tuan punya tempat naikkan sewa kedai sebanyak 3 kali ganda... begitulah cabaran dalam bisnes, terutamanya yang ada pola 18.. tetiba ada perbelanjaan yang tak disangka.. nasib baik pengusaha ini telah buat strategi yang dicadangkan jadi tak terasa sangat untuk keluarkan kos pindah dan renovate tempat baru.

Audit premis untuk menyusun tempat seperti dapur, kiosk seumpamanya berdasarkan kepada petak mata angin dari tarikh lahir/ daftar syarikat. Juga pemilihan tarikh pembukaan yang baik... juga mencari ikthiar supaya perniagaan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Perkhidmatan disediakan:
- Konsultansi Perniagaan
- Audit Premis Perniagaan.

Picture

Picture
Anak kedua di  Hong Kong, mewakili Universiti Malaya untuk hadiri satu Konvensyen . Baru balik dari Vietnam sebulan, belum pun balik rumah dah berangkat ke Hong Kong pula.

Sebelum ini pergi ke Georgia (Russia) mewakili Malaysia dari Universiti Malaya untuk Olympiad Matematik dan kemudian ke India untuk Konvensyen Sains di sana mewakili Universiti Malaya juga.

Picture
​Foto di Pulau Besar, Melaka 11 Ogos 2018.

Salah satu sebab pergi lagi ke Pulau Besar kali ini adalah berjanji untuk "membuka" pergerakan silat seorang individu dari Johor. 3 minggu sebelum itu, ketika duduk santai2 bersembang di kawasan khemah di Pulau Besar, Dato Eddy terasa aura dari badan individu ini yang seolah mahu bersilat. Bila ditanya belajar silat apa beliau menceritakan yang beliau minat bersilat tapi tiada silat yang dipelajarinya malah beliau pernah diminta keluar dari gelanggang silat dan guru2 silat enggan mengajarinya silat. Walaupun ada beberapa perawat/ guru silat yang "scan" beliau mengatakan beliau boleh bersilat tetapi beliau tak tahu bagaimana mahu melakukannya. Oleh kerana masa sudah suntuk pada hari tersebut, maka kami berpakat untuk bertemu semula pada 11 Ogos 2018.
Pada hari tersebut, kami mengajar beliau cara2 untuk "membuka" langkah silat... iaitu menjana energi pergerakan... sedang pembantu membantu menjana energi, Dato Eddy pula mengumpan beliau untuk bersilat dengan memberi asakan bertubi2 tetapi dapat ditepis seolah bersilat. Setelah dapat buka sedikit pergerakan maka ditamatkan sesi tersebut... sekurangnya individu ini tahu dan faham bagaimana caranya untuk membuka langkah silat. Menariknya, individu ini menepis serangan2 di kala mata tertutup kerna sedang memfokus diri dalaman. Bila ditanya macam mana tahu pergerakan lawan dengan mata tertutup, beliau mengatakan ikut bunyi tumbukan. Yang peliknya, ketika sesi berlangsung angin menderu kuat dan bunyi gendang yang dimainkan kuat, bagaimana pula boleh "mendengar" pergerakan?

Pengajaran daripada kes kajian ini;
1. Ada individu yang punyai energi dalaman yang baik tapi "terhalang". Jadi, potensi terbaik terpendam tak dimaksimakan. Mungkin anda telah ada energi kekayaan atau kasih sayang yang baik dalam diri anda tapi terhalang dan terpendam.. memerlukan "dibuka" secara aktiviti/ energi.
​
2. Membuat aktiviti2 menjana energi (jump start) untuk membuka energi dalaman iaitu tambahan potensi diri. Ini adalah konsep Kod A (jana energi) yang ditawarkan didalam program2 ikhtiar energi. Seterusnya meneruskan penjanaan energi tersebut.

3. Badan anda mengeluarkan aura/ energi... kalau badan anda mengeluarkan aura yang kurang baik macam mana orang nak mendekati anda? Kalau badan berbau boleh letak perfume tapi aura badan anda yang kurang baik macam mana nak tutup dengan bedak apa? Malah, rang ramai menjauhkan diri pula dari anda.. jadi sales anda tak menjadi kerana prospek lari kernaa terasa aura badan anda yang kurang baik itu atau teman2 tak nak teruskan berkawan seumpamanya. Maka bina energi dalaman yang baik supaya mengelurakan aura badan yang baik untuk tarikan sales, kasih sayang, kepimpinan seumpamanya.

Jika ada individu/kumpulan yang berminat untuk "membuka" pergerakan/ energi dalaman, bolehlah hubungi kami untuk diatur pertemuan (ada kos bagi pengangkutan kami dsbnya). Sebaiknya dibuat di Pulau Besar kerana suasana santai pantai yang baik dan tidak begitu terdedah kepada umum.

Picture
​Satu sebab lagi program di Pulau Besar, Melaka pada 11 Ogos 2018 adalah membantu seorang individu yang terasa dapat menarik energi rezeki... beliau kata seringkali ada saja duit syiling di rumah dsbnya lalu dikutip2  disimpan tabung sudah banyak juga. Jadi, kali ini Dato Eddy nak uji dan buka energi beliau. Pada malam 11 Ogos 2018 sekitar jam 230 pagi, kami membuat munajat dan zikir. Setelah 30 minit berlangsung, sesi ditamatkan. Individu ini berkata semasa berzikir kedua2 tangannya seolah terpaku memegang sesuatu seolah bakul.
Esoknya, ketika kami nak bertolak balik naik feri, individu ini menyeluk poket seluar untuk mencari kunci kereta. Tetiba beliau terasa ada segumpal duit RM1 sebanyak 12 keping. Beliau hairan bagaimana ada duit sebanyak itu di poket beliau yang kosong sebelum ini dan agak tak logik ada 12 keping RM1 sebegitu seingat beliau tak ada transaksi sebegitu. Rupanya, pertemuan kami di situ ada 12 orang! Jadi, setiap seorang dibagi RM1 sebagai tanda "tamat latihan"... jadi "ibu duit"... Individu ini nampaknya lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti zikir dan tarik energi rezeki... mana tau boleh tarik juta2 pula :)

Pengajaran dari kes ini;

1. Ada individu yang punyai kelebihan untuk energi rezeki tapi energi tak kuat maka takat tarik duit syiling je la.. bisnes pun takat untung kecik dan simpanan pun sikit2 sebab energi rezeki tak kuat... maka kita ikhtiarkan jana dan booster energi untuk tarik duit RM1 pula.. lepas ini lagi banyak... dengan izinNya.

2. Konsep "booster" energi ada di dalam program2 ikhtiar energi (kod B).

3.  Walau RM1 itu pun rezeki juga. Dalam metafizik kita ikhtiar supaya RM1 mampu dibuat belanja barang dapur 1 bulan berbanding dunia material fizik yang mana RM1 tak logik boleh belanja barang2 dapur sebulan, tetapi jika ada izinNya boleh saja RM1 mencukupi untuk sebulan... itulah konsep energi dan metafizik.


Jika ada individu/kumpulan yang berminat untuk "membuka" pergerakan/ energi dalaman, bolehlah hubungi kami untuk diatur pertemuan (ada kos bagi pengangkutan kami dsbnya). Sebaiknya dibuat di Pulau Besar kerana suasana santai pantai yang baik dan tidak begitu terdedah kepada umum.


Picture
Jika anda masih ingat, tarikh 9 Ogos 2018 tempohari merupakan satu tarikh ikhtiar energi rezeki (kombo ambil tarikh 8 Ogos dapat 9 Ogos).

Picture

Picture
Pada 11-12 Ogos 2018 lalu, Dato Eddy membawa rombongan pelajar2 pernomboran ke Pulau Besar, Melaka... memang selalu Dato Eddy selalu ke sana bagi tujuan riadah dan munajat / energi.

Pada ziarah kali ini, ada kelainan iaitu terbau haruman gaharu di surau dan beberapa tempat di sana. Haruman yang biasa iaitu kasturi hitam juga ada tetapi sangat sedikit sahaja... Mungkin ada perubahan suasana pada kali ini.

Pada 12 Ogos 2018, Dato Eddy diperkenalkan dengan seorang individu yang berasal dari Jawa Timur yang bekerja di Malaysia tetapi sesekali ziarah ke Pulau Besar untuk bersantai. Apabila ditanya lebih lanjut, rupanya berasal dari Surabaya. Gembira juga dihati bertemu orang Surabaya memandangkan datuk sebelah ayah dari Malang, Surabaya manakala moyang sebelah ibu dari Surabaya juga. Dia juga gembira dapat bertemu dan rasa sebak kerana dapat bertemu dengan seorang Nigrat (kerabat raja).
Kisahnya, dalam 2-3 tahun lepas, beliau bermimpi bertemu seekor harimau putih yang mana tangan kanan beliau berada di dalam mulut harimau itu tetapi harimau itu tidak mengigit dan nampak baik. Lalu beliau bertanya kepada seseorang tentang mimpi itu lalu diberitahu satu hari nanti bertemu dengan seorang Nigrat (kerabat raja). Sepanjang perjalanan kehidupan beliau bertemu dangan beberapa orang biasa mahupun kenamaan tetapi hati beliau tidak dapat mengaitkan mereka itu sebagai Nigrat. Namun, pada pertemuan dengan Dato Eddy ini, kata beliau, inilah Nigrat yang dicari selama ini... dan Dato Eddy digelar olehnya Dato Harimau Putih pula.

Rupanya individu ini ada kemahiran perubatan alternatif seperti mengubat dan mengurut secara energi. Lihat foto beliau sedang merawat seorang pelajar, nampak seperti dipicit kaki tetapi sakitnya terasa seperti dihiris2 pisau di bahagian badan dan kepala.

Lalu, Dato Eddy menghadiahkan seutas gelang Pyrite yang dipakai Dato Eddy (yang dipakainya sebelah tangan kanan)... makin "meraung" pelajar kerana tambahan energi. Kemudian, seorang pembantu Dato Eddy hadiahkan pula seutas gelang Pyrite (yang dipakai sebelah tangan kiri).. makin "meraung" pelajar tu kerana terasa seolah hirisan yang dalam. Malah, individu Jawa itu menunjukkan badan beliau berpeluh dan rasa lebih bertenaga dengan memakai gelang Pyrite. Cuma beliau beritahu gelang pyrite yang dihadiahkan Dato Eddy lembut energinya manakala yang satu lagi keras energinya... mudah2an dengan ada dua jenis energi begini dapatlah membantu beliau dalam urusan perubatan alternatif.

Jika anda mahu mendapatkan gelang pyrite, dapatkan di rumah Pameran Keris Hang Jebat di Muzium Hang Tuah (berdekatan Perigi Hang Tuah). Beritahu penjaga rumah itu yang anda tahu perkara ini dari Dato Eddy. Jika anda mahu energi tambahan kepada gelang pyrite, bolehlah hubungi Dato Eddy untuk diaturkan caranya.


Picture

Picture

Picture
POLA 38 DAN 573,... JODOH DENGAN KETURUNAN/ KERABAT KESULTANAN

Setakat ini kajian dan pemerhatian Dato Eddy mendapati satu pattern yang unik.. antara contoh adalah seperti di atas.. suami kepada seorang kerabat sultan dan isteri kepada seorang kerabat British.

Namun, ini tidak semestinya perlu berkahwin dengan individu berstatus kerabat tetapi juga keturunan sedemikian (iaitu yang tidak lagi berstatus kerabat tetapi ada pertalian darah atau keturunan). Contohnya, tarikh lahir isteri Dato Eddy yang punyai kedua2 pola tersebut (rujuk petak di atas kiri). Semasa perkahwinan tahun 1993 dulu manalah ada kajian pattern sebegini dan masa itu tak tahu ada keturunan kesultanan.

Jadi, ini menunjukkkan keperluan untuk mengetahui keturunan... bertanyalah kepada orang-orang tua dulu. saudara mara dll... ini adalah satu ikhtar memandangkan Meghan Markle pernah berkahwin sebelum ni namun bercerai kerana bukan keturunan kesultanan.

Picture

Picture
Gambar Google Image.

MEMBERSIHKAN BARANGAN KEMAS PERHIASAN

Baru2 ini dalam satu sesi Konsultansi untuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka. Bagi membincangkan masalah perniagaan mereka yang hampir musnah. Daripada punyai beberapa pintu kedai kini tinggal satu pintu kedai itupun yang ada makin tenat. Si isteri sebagai pengusaha perniagaan mula menunjukkan tanda2 sakit misteri serta hampir masalah rumahtangga. Setelah diperiksa rupanya si isteri berada di dalam tempoh tekanan manakala si suami berada dalam tempoh halangan. Si anak pula yang membantu juga dalam temph tekanan.. semua ini menggunakan kaedah Graf Dekad (Ciptaan Dato Eddy sendiri). Jadi, beberapa strategi dan ikhtiar dibincangkan bagi membantu memulihkan perniagaan mereka.

Dato Eddy pula memerika gelang emas yang dipakai si anak perempuan itu dan dapat clue tentang seorang kanak-kanak. Lalu ditanya apakah si anak sukakan kanak-kanak dan dijawab mereka ya malah si anak perempuan sangat berminat untuk membuka perniagaan taska. Oleh kerana si anak perempuan membantu ibunya mengusahakan perniagaan yang hampir gagal itu, jadi Dato Eddy mencadangkan untuk menggunakan elemen kanak-kanak di dalam perniagaan mereka.

Apabila diperiksa gelang emas yang dipakai oleh si ibu, mendapati energi sedih "dalaman". Tentulah dengan stress pernigaan yang hampir musnah dan juga latarbelakang keluarga si isteri yang kurang baik semenjak kecil lagi mungkin dalaman beliau sedih dan sakit juga. Oleh itu Dato Eddy cadangkan untuk bersihkan gelang emas beliau itu supaya tidak terbawa2 energi sedih berterusan.

Daripada kes ini, dapatlah kita pelajari adalah elok bagi kaum wanita yang memiliki barangan emas perhiasan seperti gelang emas, kalung atau cincin untuk sentiasa bersihkan barangan tersebut di kedai emas (tukar baru lagi baik) terutama jika berada dalam tempoh stress yang berpanjangan... maka ada alasan bawak suami pergi shopping kedai emas :)

Seloknya diperiksa dahulu energi yang "dirakam" dalam barangan tersebut iaitu jika ada yang baik maka terusan pakai cuma diberishakan secara ala kadar. Jika punyai energi yang kurang baik maka bersihkan secara serius atau tukar kepada yang baru.


​

Picture
PERHATIAN:

Ada seorang "sifu" di pasaran yang menjual buku kami pada harga RM238! Sebelum ini, individu tersebut membuat photocopy buku ini dan menjualnya pada harga tinggi... kedua2 cara tersebut bukan cara kami... Padahal anda boleh dapatkan buku ini yang asli pada harga RM70 dari sini secara langsung.

Individu begini telah merosakkan industri metafizik pernomboran dengan menjual buku cara photostat  "merompak" kami sebagai pemilik asal dan masyarakat. Walaupun beliau tampilkan gaya hidup yang berjaya mewah namun cara  beliau sedemikian membawa energi yang kurang baik untuk masyarakat yang mengikutinya.

Picture
Maklumbalas peserta Ikhtiar Energi pada Jumaat 27 Julai 2018 lalu.

Ikhtiar energi dan seterusnya menggunakan warna merah sebagai satu ikhtiar tambahan, memandangkan semenjak awal Julai 2018 lagi terasa energi merah.. rupanya ada beberapa kisah unik tentang warna merah dalam bulan Julai/ Ogos ini.


Picture
Melalui tahun halangan untuk sedekad 10 tahun (kaedah Graf Dekad ciptaan Dato Eddy)... ini merupakan lumrah alam bagi majoriti manusia yang perlu melalui tahun2 cabaran... tetapi ada insan yang punyai sedekad 10 tahun dan ada yang 50 tahun malah ada yang selamanya melalui tempoh usia yang mencabar.. seeloknya ketahui perihal sebegini lebih awal untuk membuat persiapan dan persediaan lebih awal dengan strategi dan ikhtiar yang sebaiknya.

Picture

Maklumbalas seorang client berbangsa Cina yang menggunakan perkhidmatan kaedah pernomboran. Bagi menjayakan sesuatu perniagaan, bukan sekadar lihat nombor akar/ asas semata-mata, banyak perihal yang perlu diambil kira, salah satunya nama FB juga dikaji.

Tahukah anda, daripada kajian dan pemerhatian Dato Eddy mendapati ramai usahawan yang bermasalah mempunyai masalah yang sebegini (dalam perihal nama):

1. Nama panggilan tak serasi.

2. Nama jawatan tak serasi (cth: Pengurus Jualan).

3. Nama syarikat tak serasi / bermasalah.

4. Nama FB/ IG tak serasi/ bermasalah.

5. Nama produk tak serasi/ bermasalah.

​6. Nama lokasi premis tak serasi.

Yang mana satu kategori anda jika sedang mengalami masalah perniagaan?

Perkhidmatan Dato Eddy (017 769 7946):
- Konsultansi Perniagaan
- Kursus Pola 96 Potensi Perniagaan Tahap 1, 2, 3 atau Intensif
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.


Picture
Seperti yang Dato Eddy bentangkan di sini beberapa kali tentang persediaan untuk hadapi tahun 2019 bagi Malaysia yang bakal melalui tahun 3 bom serangkai dari fenomena Graf Hayat  (Vacuum + Blocking + Terminating Star) sama seperti tahun 2015 lalu.

Tahun 2015 lalu.. 2+0+1+5=8.. stress (dunia - kejatuhan harga minyak dunia)
Tahun 2019 .. kemerdekaan Malaysia ke 62.. 6+2=8... stress (isu kewangan?)

Bagaimana persediaan anda dari aspek strategi dan energi? Betulkan perjalanan bisnes/ strategi kehidupan anda, juga betulkan/ tambah energi rezeki anda.
Picture

Picture
Di kenduri perkahwinan anak Chef Norzailina Nordin (rujuk wikipedia)... pangkat makcik kepada Dato Eddy (sebelah ibu).

Keturunan sebelah ibu banyak terlibat dalam bidang makanan malah datuk sebelah ibu pernah ada perniagaan sate dulu dan ibu Dato Eddy pernah ada perniagaan tempahan / warung makanan. Dato Eddy pernah bekerja di restoran A&W semasa menunggu keputusan SPM dan bila balik ke Malaysia setelah tamat pengajian di US, pekerjaan pertama adalah di Malaysia Milk (pengilang Marigold dan Vitagen)... memang Dato Eddy ada pola potensi makanan.

Picture

Picture
Anak bongsu - Prestasi peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini.. no 2 dari 787 orang (sekolah pelajar paling ramai di Malaysia). Alhamdulillah semua matapelajaran dapat A.

Berterusanlah kita memberikan doa dan energi kepada anak-anak kita supaya dapat cemerlang di sekolah; akademik dan juga ko-kurikulum serta cemerlang di aspek jatidiri, semangat berjuang, produktif dan progresif... dihormati guru dan rakan pelajar serta masyarakat.

​



Terlepas program Ikhtiar Energi Dikasih Sayang pada Jumaat 27 Julai 2018 tempohari? Yang mana tarikh itu ada potensi 20 tahun tiada pola 18 yang biasanya ditemui dalam masalah perkahwinan dan punyai pola 72 untuk 20 tahun? Jika terlepas atau mahu tambah lagi energi adalah pada 26 Ogos 2018 iaitu masih tiada pola 18 dalam perihal perkahwinan, cuma untuk 10 tahun bolehlah lama tu.. dan kali ini kedua2 tarikh asal serta 10 tahun punyai kedua2 pola 72 (kasih sayang) dan 769 (kekayaan)... satu fenomena yang menarik dan jarang berlaku... mudah2an dengan ikhtiar sebegini dengan izinNya dapat memulihkan atau membina perihal keserasian, kebahagiaan, kewangan dalam rumahtangga mahupun dalam perihal masalah jodoh, masalah bertunang  termasuk juga masalah kasih sayang antara adik beradik, dengan anak2, dengan ibu bapa, kawan2 dan sebagainya... kasih sayang itu tidak semestinya untuk pasangan suami isteri tetapi juga apajua hubungan kita dengan manusia lain.
Picture

Picture
Maklumbalas peserta grup Ikhtiar Energi Rezeki (termasuk Energi Dikasih Sayang).
Picture
Alhamdulillah, tahun 2018 ini dapat menjalankan tugas membantu beberapa individu yang sebelum ini bermasalah jodoh untuk berkahwin jua.

Untuk kes ini, lebih kurang 1 tahun juga melayan membantu memberi tunjuk ajar dan motivsi serta membuatkan Ikthiar Energi DiKasih Sayang beberapa kali atas permintaan beliau.. sudah berusia lewat 30an belum berkahwin.. jadi, client ini mencubalah kaedah metafizik ini pula.. kan daripada termenung nasib baik berikhtiar sesuatu... ada 2 jejaka yang boleh dijadikan sebagai pilihan namun satu jejaka yang tinggal berhampiran berada di arah yang salah, jadi jejaka yang berada di bandar lain di arah yang betul pula yang membuat lamaran. Apapun, sudah mau ke peringkat seterusnya semoga Dia mengizinkan kelancaran urusan sehingga ke hari pernikahan.

Picture
Picture
RISIKO PASANGAN DALAM TEMPOH BERMASALAH

Satu lagi risiko di dalam perkahwinan adalah mendapat pasangan yang perlu melalui tempoh masalah kewangan dan ianya memberi kesan kepada perkahwinan.

Jadi, selain melihat ketampanan atau kejelitaan seseorang itu, sebelum mahu mengorbankan diri anda ambil risiko untuk hidup dengan seseorang yang asing buat anda itu, periksa tarikh lahir pasangan. Di sini menggunakan kaedah Graf Dekad (ciptaan Dato Eddy sendiri; satu2nya dan pertama di dunia), dapatlah memberi panduan sepertimana kes ini.. hidup dengan pasangan yang 20 tahun dalam tempoh masalah kewangan.

Menggunakan kaedah Graf Hayat juga boleh dan terbaik jika kedua2nya Graf Dekad dan Graf Hayat digunakan dalam analisis kajian.

Terbaik adalah menggunakan kaedah pernomboran sebagai satu cara membina perancangan dalam perjalanan perkahwinan... bermula dari perihal keserasian ke tarikh "dating" ke tarikh bertunang ke tarikh nikah serta susunan dalam rumahtangga dsbnya.  Sangat sukar nak cari tarikh lahir yang betul2 baik dan betul2 serasi jadi mana yang kita dapat tu walaupun kurang baik tetapi dengan analisis kajian dapatlah kita bina strategi dan ikhtiar untuk kita cuba melayari kehidupan berumahtangga yang selesa.

Bagaimana jika sudah berkahwin dan daripada mula kahwin hingga sekarang mungkin sudah 10 tahun masih bermasalah kewangan? Tukar tarikh nikah? Nikah yang lain? Mencari strategi baru? Membuat ikhtiar?

Perkhidmatan yang disediakan (017 769 7946):
- Sesi Konsultansi Peribadi
- Kursus Pola 27 Potensi Jodoh, Nikah dan Cerai.
- Laporan Keserasian dan Perkahwinan (12 m/s)
- Ikthiar Energi Dikasih Sayang & Rezeki.

Picture
Picture

Picture

Individu ini telah setahun lebih menyertai program Ikhtiar Energi Rezeki dan akhirnya dipermudahkan jalan olehNya untuk membuat perubahan di dalam kehidupan.

Semasa sesi konsultansi 2-3 tahun lalu, di dapati individu ini mengalami pelbagai masalah kehidupan.. dalam aspek kerjaya yang selalu mencabar, aspek perkahwinan, aspek kekeluargaan serta masalah kewangan yang berpanjangan. Rupanya beliau berada di dalam tempoh Vacuum Star 10 tahun sebelum ini, namun walaupun tempoh Vacuum Star baru habis 1-2 tahun lepas,  kehidupan masih belum baik sepenuhnya. Antara satu faktor utama adalah individu ini sudah "tersalah arah" apabila tinggal di Lembah Klang ini dan sepatutnya kembali ke Johor Bahru semula iaitu tempat tinggal sebelum berpindah ke Lembah Klang. 

Namun, seperti yang selalu Dato Eddy beritahu di sini bahawa ramai orang bermasalah hidup tahu apa nak buat untuk berubah jadi berjaya tapi bukan boleh berubah senang begitu sahaja. Seperti kes individu ini, bukan boleh senang2 berpindah terus ke Johor Bahru memandangkan ada komitmen kerja, anak2 bersekolah, jauh daripada adik beradik/ibu bapa dsbnya. Jadi, daripada tersangkut termenungkan nasib begitu sahaja, maka kita gunakan kaedah ikhtiar energi... tentunya memohon kepadaNya supaya usaha dan ikhtiar2 untuk betulkan kehidupan secara pindah arah.

Alhamdulillah dengan izinNya, baru-baru ini dapat juga beliau kembali ke Johor Bahru... ditawarkan gaji yang lebih tinggi di sana... Mudah2an dengan ikhtiar dan strategi betulkan arah ini dapat membantu beliau bina kehidupan yang lebih baik di tempat yang betul.

Picture
Apakah anda berada di tempat yang betul? Maksud tempat yang salah/ betul adalah daripada petak mata angin daripada kiraan petak tarikh lahir... Terdapat 6 peringkat analisis arah untuk memastikan kita berada di arah/ tempat yang betul.. ini memerlukan sesi perbincangan personal untuk lebih berkesan, memandangkan majoriti kita bakal bawa keluarga bersama untuk berpindah maka memerlukan analisis bagi setiap ahli keluarga juga.

Perkhidmatan yang disediakan (017 769 7946):
- Sesi Konsultansi Peribadi (Kehidupan)


Picture
Dilahirkan dengan potensi yang baik, punyai potensi keturunan yang baik2, tempoh masa untuk berjaya kaya sudah diberikan tetapi... mengapa tidak berhasil berjaya kaya.. ada beberapa faktor yang perlu diteliti seperti apakah arah rezeki yang betul, apakah kerjaya yang betul dan sebagainya. Kaedah tarikh lahir bukan sekadar mengetahui bahawa kita punyai potensi yang baik tetapi dengan komponen2 tarikh lahir yang dipecahkan kepada perihal arah, tempoh masa dsbnya kita perlu buat strategi dan ikthiar untuk jadikan potensi itu lebih baik, lebih cepat berjaya dan lebih berkesan.

Apakah anda tahu potensi baik anda? Adakah anda berada di arah yang betul? Tempoh masa yang sesuai untuk bertindak? Jika arah salah atau tempoh masa belum sesuai, bagaimana strategi dan ikthiar untuk mendapatkan kejayaan juga?

Perkhidmatan yang disediakan (017 769 7946):
-  Sesi Konsultansi Peribadi
- Kelas Asas Pernomboran (Secara aplikasi Telegram atau kelas berkumpulan boleh diatur).

Picture
Ingat lagi tentang tarikh ikhtiar energi dikasih sayang (dan rezeki) yang dilakukan pada 27 Julai 2018? Mengapa tarikh 27 Julai 2018 itu dipilih? Sebab daripada kajian dan pemerhatian Dato Eddy mendapati tarikh tersebut tiada pola "1-8" dll. Lihat pasangan ini yang melalui alam perkahwinan selama 90 tahun! Gabungan mereka tiada pola 18 serta tiada langsung angka 5 mahupun 8. Jadi, formula sebeginilah yang dicari dan digunakan oleh Dato Eddy dalam pelbagai aspek ikthiar dan energi. Walaupun tarikh nikah mereka "kurang baik" kerana beberapa pola konflik namun itu tak semestinya bila tarikh tak elok maka tak bagus perkahwinan. Ada faktor2 lain yang dikaji dan dicari, ye la, tarikh nikah tak boleh diubah begitu sahaja, jadi kita ikhtiar pelbagai strategi dan ikhtiar lain pula. Sebaiknya kita mencari setiap satu perihal itu yang terbaik tetapi adalah agak sukar untuk mendapatkannya setiap satu terbaik jadi dapat salah satu komponen yang baik dapatlah sekurangnya membantu.

Bagaimana perihal alam perkahwinan anda? Sudah sampai 90 tahun? 50 tahun? 30 tahun? Sudah melepasi 20 tahun? 10 tahun pun tak lepas  ke? Apakah ikhtiar dan strategi anda?

Perkhidmatan yang disediakan (017 769 7946):
- Sesi Konsultansi Peribadi (Jodoh / Perkahwinan) - perihal keserasian/ tarikh nikah dsbnya.
- Kursus Pola 27 Potensi Jodoh, Nikah dan Perceraian - Tahap 1 & Tahap 2/ Intensif.
- Ikhtiar Energi Dikasih Sayang.
- Laporan Keserasian dan Perkahwinan (11 halaman) - laporan analisis keserasian dll.

Picture

Picture

Picture
Picture
Picture
Semenjak Dato Eddy diberikan "amanah" oleh seorang guru untuk "menjaga" Gua Kota Gelanggi (diberi gelaran Panji Kota Gua Gelanggi) disebabkan Dato Eddy berasal dari Pahang, selalulah Dato Eddy ke sana ziarah... ada perubahan baik yang memperkenalkan lokasi tersebut.. antaranya drama "Our Girl" dari UK.. sempat singgah melihat crew2 penggambaran cuma tak masuk ke kawasan penggambaran... begitu juga filem Munafik 2 dan Polis Evo 2 yang menggunakan lokasi sama... mari sama2 ramai2 saksikan filem2 ini nanti bagi sokongan kepada industri drama dan perfileman.

Ada beberapa posting di sini yang terpaksa dipadam jadi tak dapat dikongsikan banyak kisah2 yang berlaku...posting di sini makin hambar dengan kisah2 yang biasa2 kes curang la kes bisnes la... nak buat macam mana, yang sensasi tak dapat dikongsikan lagi. Yang peliknya kes kajian yang dibentangkan adalah secara umum tetapi ada individu yang mampu "mengorek" lebih mendalam kisah yang dipaparkan dan kemudian dengan baik hatinya dihantar kepada client.. seolah ada agenda tersendiri.. tau pulak mana nak cari... dah ada perisik dan penyiasat tak bertauliah pula dah tapi lebih hebat. 

Tujuan kes kajian dipaparkan di sini adalah untuk kesedaran masyarakat. Jadi, kepada yang membaca bahan2 di sini baca sajalah untuk buat panduan diri, tak perlu siasat2 bagai, menjaja berita sana sini dan bukannya sebagai bahan viral. Jika perlukan kepastian, hubungi terus Dato Eddy. Dipersilakan untuk berikan komen dan teguran tapi terus kepada Dato Eddy.


Picture

Picture
Ikhtiar Energi Jumaat 27 Julai 2018... pada hari bulan mengambang.. di Pulau Besar, Melaka... dari pagi sudah ada peserta yang terasa energinya.., foto diambil ketika waktu maghrib.
Picture
Perkhidmatan Ikhtiar Energi yang disediakan bagi membantu individu2 yang memerlukan energi tambahan bagi tujuan energi rezeki, kasih sayang dan akademik anak2. Kaedah yang dibuat secara alternatif dan jarak jauh "menghantar" energi kepada peserta2... ada peserta2 yang merasai energi sedemikian namun ianya bukan wajib setiap orang perlu rasainya... yang penting, ianya wujud... ini adalah sebentuk ikhtiar dan tentunya kita mohon kepadaNya untuk mengizinkan kejayaan yang diusahakan kita.

Picture
Sesi Konsultansi Peribadi 2 jam yang berlangsung di KFC Ayer Hitam, Johor.

Biasanya sesi dibuat di KFC/ McDonald berdekatan dengan tempat client sebab tumpang aircond... jika di Kota Bharu, Kota Kinabalu dsbnya, biasanya di KFC airport... kalau nak aturkan sesi di Secret Recipe, Papparich dsbnya juga boleh.. untuk aturkan sesi di rumah atau pejabat/ premis perniagaan sememangnya dialu-alukan.

Picture
​PENEMUAN TERBARU - 1/8/2018
Kajian Dato Eddy


Satu daripada kriteria untuk satu gabungan harmoni berpanjangan seperti gabungan suami isteri adalah terdapatnya semua angka 1 hingga 9 di dalam petak gabungan - contoh di sini... ada angka 1 hingga 9.

Secara teori dan pemerhatian didapati pasangan suami isteri yang punyai gabungan nombor lengkap 1-9 biasanya punyai kehidupan yang serasi, lebih saling memahami dan berterusan baik (namun, turun naik emosi sesekali memang ada cuma secara keseluruhannya adalah baik).

Secara teori dan pemerhatian didapati petak gabungan pasangan suami isteri yang kekurangan angka mengalami masalah perkahwinan yang lebih banyak/ kerap/ berpanjangan.
Apa situasi petak gabungan anda:
suami isteri
anda dengan ibu/ ayah
anda dengan ibu/ ayah mertua
anda dengan bos
anda dengan kakitangan
anda dengan anak
anak sulung dengan bongsu
dsbnya

Apakah cukup semua angka 1 hingga 9?

Jika tak cukup satu atau lebih angka, apa yang perlu dilakukan?




Picture

Picture
Dato Eddy mula aktif mengajar kaedah metafizik pernomboran dari tahun 2004 bersama seorang guru berbangsa Cina. Bermula 2006, Dato Eddy mula bergerak sendiri dan membuat kajian sendiri berterusan sehingga ke hari ini. 

Pada tahun 2007-2008, Dato Eddy perkenalkan pola 456 yang dikaitkan dengan rasuah yang mana ketika itu peristiwa  bekas PM Thailand Thaksin yang didapati bersalah kerana rasuah.  Tafsiran pola tersebut adalah dari syallabus pengajian tahun 2004 yang diajarkan oleh guru tersebut.

Namun, kajian Dato Eddy berterusan mendapati pola 456 bukan semestinya rasuah... tetapi ramai pengajar metafizik lain yang menggunakan nota lama Dato Eddy masih menggunakan pola tersebut yang merujuk kepada rasuah.. sudah 10 tahun dah! 
Picture
​Oleh yang demikian, jika anda masih belajar yang pola 459 adalah rasuah / Thaksin maka anda belajar pola yang sudah outdated dan tiada kena mengena dengan perihal membina potensi diri. Yang mengajar anda itu bukan dari team Dato Eddy dan tentunya tak berikan yang updated kepada anda.

Terdapat pengajar2 metafizik lain yang mengambil nota lama Dato Eddy yang sudahpun "outdated" menyebabkan ramai pelajar baru yang mempelajari kaedah pernomboran tidak temui strategi bina potensi... pengajar2 itu merosakkan industri kaedah metafizik pernomboran dengan memberikan yang outdated kepada orang ramai. Maka, marilah sini belajar kaedah pernomboran yang lebih updated dan sesuai untuk membina potensi diri.. bukan ambil dari nota lama orang lain yang sudah outdated. ​

Sentiasalah bersama kami di sini untuk mendapatkan versi updated. Dato Eddy sentiasa menjalankan kajian berterusan bagi menambahbaik pengajian pernomboran.

Picture
Picture
Picture

Sangat sukar untuk mencari tarikh yang punyai kedua2 pola 769 dan 6 Rezeki Masuk... jadi, daripada menungu2 tarikh sebegitu muncul entah bila, baik kita ikhtiarkan juga sesuatu, maka satu ikhtiar energi untuk gabungan kedua2 pola tersebut 769 dan 6 Rezeki Masuk akan dibuat pada 2 hari sebelah menyebelah iaitu 8 dan 9 Ogos 2018... marilah join program ikhtiar energi ini untuk dapat 2 hari program pada yuran 1 program (iaitu 1 kod tetapi dapat 2 kali program). Satu inisiatif ikthiar yang progresif... mudah2an ikhtiar mendapat izinNya.
Picture

Picture

Picture
Maklumbalas peserta Ikthiar Energi Rezeki 27 Julai 2018.

Picture
Picture
Picture
Pada pagi Jumaat 27 Julai 2018, sedang kami berehat di khemah bersama seorang kenalan, tetiba didatangi satu pasangan suami isteri seolah Arab. Mereka sudah 3 bulan lebih "merayau2" satu Malaysia untuk mencari satu jawapan mengapa mereka mengalami satu ilham yang unik di negara mereka. Di Pulau Besar ini, mereka sudah 2 bulan berada di sini tercari2 jawapan dan juga mencari2 seseorang rupanya orang yang dicari ada bersama kami iaitu kenalan kami di sini, pada Jumaat yang berkat 27 Julai 2018 barulah dapat ditemui kebetulan kami berada di situ dapat mendengar luahan suami isteri tersebut dari Afrika... Setelah beri salam dan memperkenalkan diri, si lelaki mengadu beliau tidak faham apa maksud ilham tersebut.. setelah kenalan kami menceritakan panjang lebar, barulah mereka memahaminya dengan jelas.. ada sesuatu yang menarik perihal satu "kebangkitan" di nusantara  yang sering digembar-gembur dalam internet... selama ini kita beranggapan ianya omong dan ilusi kosong, tapi bilamana seseorang dari Afrika mendapat ilham tersebut tentang negara Malaysia, tentu ada ianya sesuatu yang menarik hingga mereka ini sanggup berkelana mencari jawapan.
PROGRAM ENERGI 27 JULAI 2018 - BULAN MENGAMBANG + GERHANA + JUMAAT DI PULAU BESAR, MELAKA.

Alhamdulillah, program ikhtiar energi yang dilangsungkan dari Pulau Besar, Melaka berjalan lancar. Program bermula 26hb malam lagi dengan solat berjemaah dan bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Pulau Besar, seterusnya Solat Hajat... alhamdulillah, terbau haruman kasturi hitam ketika sujud terakhir solat hajat... mudah2an doa2 kita diaminkan oleh jemaah2 untuk dimakbulkan olehNya.

Selepas solat Isyak, ada jamuan di tempat makan surau. Tak sangka pula dapat makan satu meja dengan Dato Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen  Baling, Kedah (bekas Pengerusi Tabung Haji). Sempat bersembang sekejap... selit sikit senario politik :) yang menariknya, Dato Seri Azeez selalu datang ke Pulau Besar semenjak berusia 5 tahun lagi! Dan beliau selalu singgah di sini. Masya Allah begitu besar komitmen beliau padanlah begitu besar dan banyak kebaikan yang diperolehi beliau dariNya... ini memberi inspirasi dan semangat kepada kami untuk teruskan mengunjungi Pulau Besar ini. Jika orang kenamaan terkenal begitu komited di sini, maka kita pun ambil inspirasi yang sama. Ditanya apa amalan istimewa Dato Seri di sini, kata beliau buat yang biasa seperti tahajud, berdoa dsbnya.

Pengalaman melayari bulan mengambang terbit dari ufuk sehinggalah fenomena bulan gerhana di awal pagi memberikan satu pengalaman yang indah seumur hidup.

Jodoh yang lewat boleh dipulihkan dengan menunggu masa.. dah tiba masa yang sesuai maka secara teorinya jadilah jodoh.. tapi itu satu kenyataan mudah.. namun tanpa menggunakan panduan, maka tunggulah ramai wanita bujang tak pasti bila jodoh sampai... menggunakan kaedah pernomboran (Graf Dekad) mendapati individu ini selama ini menempuhi tempoh tekanan untuk 30 tahun, dengan maksud lain jodoh tidak berlaku dalam tempoh tersebut... sekurangnya menggunakan kaedah pernomboran dapatlah dikenalpasti tempoh masa bermasalah dan dibina strategi dan ikthiar yang sesuai bagi mengatasi masalah lebih awal.

Alangkah baiknya jika hidup kita ini tiada perlu melalui tempoh 10, 20, 30, 40, 50, 60 mahupun selama2nya tekanan atau halangan. Hidup kita ini untuk 60 tahun atau selamanya tiada langsung tempoh tekanan atau halangan... boleh buat begitu, iaitu dapatkanlah tarikh lahir yang baik untuk 60 tahun... namun, ini satu fantasi mana mungkin kita dapat dilahirkan semula dari perut ibu pada tarikh yang bagus untuk 60 tahun... sebab itu kita ikhtiar ambil "pati energi" pada tarikh terpilih. Contohnya, tarikh 27 Julai 2018 untuk "susur keluar" ke satu laluan perjalanan yang lebih lancar berbanding laluan sekarang... itu yang dapat kita lakukan memandang sains belum ada teknologi untuk padamkan tempoh tekanan kita begitu sahaja.
Picture
Picture

Picture
Picture

Picture

Picture
Picture
Kenangan manis 1 November 2014.. pagi menang cabutan TV, petang pula menang emas. Bila diperiksa maklumat Prestasi Harian dan Jam daripada kiraan tarikh lahir di dapati jam 10 pagi ada potensi untuk menang dan seterusnya pada jam 5 petang iaitu ketika majlis cabutan utama... itulah penggunaan Diari Metafizik atau Software Integrasi yang memaparkan maklumat prestasi harian (untuk Software Integrasi ada paparan maklumat prestasi Jam).

Picture
Dulu program Ikhtiar Energi Rezeki (dikenali sebagai Doa Kekayaan) dibuat secara bertemu, biasanya di parkir Masjid Sultan Ibrahim, Muar. Namun didapati kesukaran untuk peserta2 yang datang dari jauh untuk berkumpul dan kadang kala tempat kurang selesa. Jadi, majoriti program Ikhtiar Energi kini dibuat secara jarak jauh iaitu tidak berkumpul. Cuma sesekali dibuat berkumpul atau dibuat di premis atas jemputan.

Picture
Terserempak dengan penyanyi Iwan Syahwan di surau Pulau Besar, Melaka tahun 2015 lalu.

Dato Eddy selalu ke Pulau Besar bagi bermunajat untuk tingkatkan energi diri. Kerap kali bauan kasturi hitam muncul secara angin lalu di surau ini walhal tiada jemaah di dalamnya... malah baru-baru ini ketika bersujud di karpet surau terbau kasturi yang sangat kuat seolah sebotol wangian tertumpah atas karpet. Bila diniatkan supaya tidak menggangu konsentrasi terus hilang pula bauan itu seolah tak ada pula kesan tumpahan jika benar2 ada botol yang tertumpah. Apapun, ini semua dariNya sebagai satu hiburan hati/imbuhan dalam mencari redhaNya.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.