Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kekayaan Mendatang Kejayaan Menanti

3/11/2022

0 Comments

 
Picture
Tarikh kemerdekaan Lebanon ada pola 769 kekayaan. Negara ini pernah kaya satu ketika dulu; ramai bilionair dari Lebanon dan KDNK Lebanon lebih tinggi dari negara2 lain. Beirut antara bandar termahal. Namun tempoh 10 tahun ini perlu melalui tempoh dekad tekanan dan halangan sehinggakan diisytiharkan muflis. Begitulah perjalanan kehidupan walaupun ada pola 769 kekayaan sekalipun tetapi perlu juga melalui tempoh tekanan sebegini. Apapun negara ini pernah mencapai kekayaan.

Yang ini adalah parameter berdasarkan tarikh lahir dan ianya boleh jadi negatif atau positif. Dalam kes sebegini biasanya jadi parameter adalah negatif. Tiada cara lain melainkan ada strategi2 dan juga ikhtiar energi untuk mengatasi parameter yang negatif.

Sesi secara Zoom bersama Dato Eddy Rosyadie.

Kebanyakkan kes adalah perkara2 yang memang sudah di depan mata pun. Cuma apabila dijelaskan lebih meluas dengan kaedah pernomboran akan lebih nampak dan lebih jelas. Tentunya persoalan2 dijelaskan, dapat melapangkan fikiran dan membolehkan kita membuat strategi dan tindakan seterusnya.
Picture

Picture
Picture
Dua perspektif yang berbeza untuk perkara yang sama.
Agama: Hadis Sahih Al-Bukhari tentang bangsa jin.
Sains: Albert Einstein seorang tokoh sains tentang kewujudan entiti.

Metafizik menggunakan kedua2 perspektif ini; sains dan agama. Bagaimana pula metafizik ini dilabel mengarut? Atas dasar sains? Atas dasar agama? Padahal jin/ entiti tidak dapat dilihat dengan mata kasar jadi ianya dikira sebagai tidak logik dan diluar rangka fizikal yang nyata. Sains betul? Agama betul? Begitu juga perihal metafizik energi yang tidak kelihatan pada mata kasar.

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan individu ini ada pola 769 kekayaan. Setelah berpuluh posting tentang Petak Statik Dua Dorongan di sini menunjukkan kaedah Statik Dua Doronga bukan satu kebetulan atau saja2 direka oleh Dato Eddy Rosyadie. Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) pun sudah cukup banyak menceritakan potensi2 dan fenomena kehidupan, apatah lagi Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie) mendalami lagi potensi yang tersembunyi.

Rezeki tidak semestinya dalam bentuk kewangan fizikal semata2. Rezeki dalam bentuk kewangan fizikal seperti duit syiling/ duit kertas adalah dunia fizikal. Dalam dunia metafizikal, kita setiap hari berurusan dalam matawang maya berbentuk energi. Contoh, senyuman yang diberi seseorang itu berbentuk matawang maya berbentuk energi yang dibeli/ diterima oleh orang lain. Jadi, rezeki itu bukan kewangan fizikal semata2. Namun, tentunya energi rezeki yang kita jana adalah untuk kedua2nya; kewangan fizikal dan kewangan maya berbentuk energi.
Picture

Picture
Picture
Program ikhtiar energi rezeki pertama untuk April 2022. Melihatkan Graf Prestasi Malaysia 2022, April 2022 merupakan bulan berprestasi (energi) tinggi. Tiada lagi fasa pandemik maka energi positiviti makin meningkat untuk ekonomi dan kewangan serta juga emosi. Kesempatan ini, kita jana/ tambah/ pulih energi dalam situasi yang baik sebegini untuk aura dan rezeki kewangan.

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769. Akhirnya, ditemui juga individu yang punyai potensi Tahap Kewangan 1 sepertimana modul Pola Kewangan yang dianjurkan oleh Dato Eddy Rosyadie sejak 2012. Dari 3 petak bertanda kuning adalah Tahap Kewangan 1. Ada sebab mengapa pattern sebegitu digelar oleh Dato Eddy Rosyadie sebagai Tahap Kewangan 1. Penjelasan lanjut dalam kelas Pola Kewangan anjuran Dato Eddy Rosyadie (www.eddyrosyadi.onpay.my). Menariknya, dahlah Tahap Kewangan 1 ada juga pola 769 kekayaan.

Walaupun punyai pola 769, 999 dsbnya untuk kekayaan dan bisnes, ada faktor2 yang mempengaruhi perjalanan kehidupan.  Antaranya tempoh dekad, melihatkan juga potensi bisnes secara mendalam dsbnya.

Pola2 769, 999 dsbnya adalah PARAMETER kehidupan (dari tarikh lahir) dan ianya boleh jadi positif ataupun negatif. Tentunya energi rezeki menentukan juga parameter itu berada dalam positif.
Picture

Picture
Picture
Ikhtiar energi Dikasih Sayang hanya ada 1 tarikh pada April 2022 ini berbanding Mac 2022 ada 3 hari. Oleh yang demikian, ambil kesempatan ini untuk jana/ tambah/ pulih energi Dikasih Sayang sempena persiapan untuk raya Mei 2022 yang beri peluang untuk  mengeratkan  hubungan rumahtangga, pasangan kekasih, jodoh, kasih sayang rakan2 pejabat, dengan ketua2/ majikan serta dengan pelanggan2/ prospek2.

Picture
Apabila menempuhi dekad 10 tahun tekanan. Difahamkan beliau juga ada masalah kesihatan mental, perceraian ketika ini. Begitulah parameter tarikh lahir yang boleh jadi negatif. Kita perlu buat strategi dan ikhtiar energi untuk mengatasi tempoh dekad sebegini.

Picture
Picture
Picture
Elemen Water dalam fasa CAUTION untuk Mac-April 2022 antaranya berkaitan manusia dan berkaitan laut. Lakaran ini dibuat oleh Dato Eddy Rosyadie pada tahun lalu 2021.

Berita2 Mac 2022 ini menunjukkan fenomena2 tersebut.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi pakej bulanan. Dapat rezeki dari kerja 3 kali ganda. Kita ikhtiarkan energi rezeki lebih baik walaupun bekerja makan gaji yang tetap saja pendapatan bulanan tetapi ada peluang untuk dapat rezeki lebih. Bukan sekadar kepada mereka yang berniaga dapat untung lebih.
Picture

Picture
Ada potensi usahawan dan ada potensi bisnes jual makanan. Menggunakan platform penyanyi untuk membuka perniagaan makanan.

Apabila berada dalam tempoh tekanan dan halangan mengikut parameter tarikh lahir. Bagaimana menguruskan tekanan atau halangan sebegini? 
1. Berusaha bersungguh2 mengatasi tekanan dan halangan.
2. Teruskan berdoa.
3. Menggunakan kaedah pernomboran dalam membuat strategi mengatasi tekanan dan halangan.
​4.  Menggunakan kaedah ikhtiar metafizik energi sebagai satu ikhtiar atasi tekanan dan halangan.
Picture

Picture
Apabila berada di dalam tempoh dekad dan juga tahun tekanan berpotensi tekanan dalam banyak segi dan perihal. Namun, tentunya kita boleh lalui tempoh tekanan dengan baik jika kita kawal kehidupan dengan baik.

Picture
Picture
Jika metafizik dilabel mengarut kerana ianya perkara yang tak nampak secara fizikal, sains juga ada perkara yang kita tak nampak secara fizikal seperti genetik. Boleh kita nampak genetik dengan mata kasar? Dah jadi benda halus pula.  Seperti artikel ini yang menjelaskan bahawa genetik memainkan peranan sama ada perkahwinan bahagia atau tidak. Kalau begitu, apakata pasangan nak bernikah diuji genetik mereka dahulu. Jadikan ini satu perkara yang wajib sebelum bernikah. Kerana untuk mengelakkan kes perceraian yang terlalu banyak berlaku. Pihak berkuasa kena ikut sains lah. 

Oleh kerana teknologi menguji genetik ini masih belum murah dan belum mudah diakses oleh populasi umum, maka kita gunakan dulu kaedah2 alternatif. Seperti kaedah metafizik pernomboran untuk mengkaji keserasian. Nanti bila teknologi sains DNA adalah murah dan mudah akses, kita gunakan teknologi sains ini sepenuhnya. Tidak perlu lagi lihat betapa kuatnya cinta pasangan tetapi kita periksa keserasian dari genetik2 mereka.

Namun, kaedah pernomboran bukanlah untuk memisahkan pasangan yang tidak serasi sebaliknya untuk MENCARI STRATEGI DAN IKHTIAR untuk menguatkan keserasian pasangan yang sudah suka sama suka.

Apabila keputusan bahagia atau tidak sesebuah perkahwinan terletak pada genetik seseorang, persoalannya bagaimana nak ubah genetik? Makan buah? Bedah orang? Kerana itu metafizik energi adalah ikhtiar energi Dikasih Sayang kepada mereka yang mungkin ada genetik tidak serasi itu.

Picture
Foto majlis perkahwinan anak Dato Eddy Rosyadie pada 27 Mac 2022 lalu.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi Dikasih Sayang pada 20 Mac 2022 lalu. Kita berikhtiar melancarkan urusan kasih sayang.
Picture
Picture

Picture
Walaupun tiada angka 769 kekayaan itu tidak bermakna seseorang itu tak boleh kaya. Banyak cara lain selain pola 769 untuk kekayaan. Tentunya individu ini ada pola 633 iaitu pelaburan (investment) yang membolehkannya memiliki beberapa industri dan konglomerate yang menjadikan kekayaannya.

Picture
Picture
Program pertama bulan April 2022 ikhtiar energi rezeki. Dengan prestasi Malaysia (energi) naik mencanak pada April 2022, ambil kesempatan ini untuk jana/tambah/pulih energi diri terutamanya energi rezeki dan kewangan. Setelah prestasi (energi) Mac 2022 berada pada paras sangat rendah.

Picture
Picture
Picture
Element Water antaranya berkaitan laut berada dalam fasa CAUTION pada Mac-April 2022. Lakaran ini dibuat oleh Dato Eddy Rosyadie pada tahun lalu 2021. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut. 

Picture
Picture
Picture
Element Earth antaranya Property/ Real Estates berada dalam fasa Opportunity pada Mac-April 2022. Lakaran ini dibuat oleh Dato Eddy Rosyadie pada tahun lalu 2021. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut. 

Maklumbalas peserta ikhtiar energi rezeki. Kita ikhtiarkan energi. Selain dari terus berusaha bersungguh2 untuk kejayaan. Sebaiknya ditambah dengan penjanaan/ pemulihan energi rezeki supaya usaha kita berhasil baik.
Picture

Picture
Picture
Picture
Picture
Bulan April 2022 merupakan prestasi tertinggi untuk Malaysia. Kesempatan itu kita jana energi rezeki/dikasih sayang. Bulan April 2022 kita sudah mula beralih ke fasa transisi endemik bermakna energi negatif pandemik dua tahun lalu semakin terputus. Jadi, elok sangat kita jana energi diri untuk aura dan rezeki yang baik.

Juga, bulan April merupakan bulan untuk "pegang wang" seperti yang dipesan oleh arwah KH Maimoen Zubair, seorang ulama Indonesia keturunan ke 37 dari Nabi saw. Jadi, tentunya kita simpan wang dan sebaiknya jana energi rezeki yang baik2 sepanjang April ini untuk simpanan kita itu.

Picture
Punyai potensi yang sama dengan Donald Trump, bekas Presiden USA yang memiliki property (hartanah) yang banyak yang menjadikannya bilionair. Donald Trump pada mulanya menjalankan perniagaan rumah sewa. Begitu juga ada potensi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bekas CEO Guthrie yang pernah menguruskan ladang2 besar Guthrie (property).

Picture
23 Mac adalah Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor.  Tarikh tersebut ada pola kesultanan 38. Dan tarikh itu juga kelahiran ibu saya seorang keturunan kesultanan (Raden Jawa).

Seorang perawat alternatif yang mistik juga tarikh lahir yang sama. Walaupun ibu bukan seorang perawat tetapi pernah dulu mengurut orang, sediakan jamu2 dan perbidanan seolah2 perawat juga. Apa yang ibu wariskan kepada saya? Bukan juga perawat alternatif tetapi perawat energi.

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan menunjukkan elemen beliau sesuai sebagai usahawan dan dengan jenis perniagaan. Untuk memilih bidang bisnes yang sesuai, semestinya perlu ada pola usahawan dan seterusnya kita melihat kepada elemen dan juga pola2 tarikh lahir untuk disenaraikan jenis2 bisnes. Pilihan bisnes terletak kepada empunya tarikh lahir untuk buat pilihan.

Picture
Picture
Anak Dato Eddy Rosyadie dianugerahkan mahasiswa terbaik Universiti Malaysia (Anugerah Pelajaran Diraja) pada 5 Mac 2022 lalu.
Picture
Apabila si anak melanjutkan pengajian di arah yang tertekan dan kini mengalami energi diri (prestasi) yang lemah untuk 3 bulan berturut2 (Jan - Mac 2022) tentunya menyebabkan si anak dan si ibu juga tidak keruan. Si ibu pun tak dapat menghubunginya lagi. Jadi, apa yang boleh dibuat? Tentunya doa berterusan. Juga ikhtiarkan energi untuknya kerana ini perihal prestasi diri (energi) yang lama rendah.

Metafizik seperti pernomboran tarikh lahir, ikhtiar energi, aura seumpamanya adalah satu bidang yang menjelaskan sesuatu fenomena di luar logik akal dan di luar rangka fizikal yang nyata (sebongkah batu adalah fizikal yang nyata).

Namun, sains juga dilihat ada metafiziknya. Sebagai contoh, artikel ini yang tidak logik akal dan luar rangka fizikal yang nyata. Banyak perihal sains masih lagi berbentuk teori malah graviti juga masih teori graviti (theory of gravity):

The Newtonian theory of gravity is based on an assumed force acting between all pairs of bodies

Jadi, sains mengarut jugalah sepertimana metafizik dilabel mengarut. Apapun, sama ada sains mahupun metafizik adalah bahan kajian dan digunakan sebagai panduan kepada kita. Dua2 sama penting. Tentu sahaja kita pilih perihal sains dan metafizik yang aliran baik.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie 2021) individu ini ada pola 769 kekayaan. Petak Statik Dua Dorongan adalah juga Petak Statik yang asal tetapi Petak Statik Dua Dorongan ini lebih mendalam memandangkan personaliti manusia itu rumit - ada personaliti luaran, ada personaliti dalaman dan sebagainya. Jadi, kita mengkaji perihal personaliti dan juga turut sekali mengkaji perihal potensi seseorang. Untuk individu ini ada potensi sebagai fund manager, usahawan dan pelabur yang dimaksimakan potensi2 tersebut.

Picture
Picture
Picture
Carta Year Element Strategy ciptaan dan lakaran Dato Eddy Rosyadie untuk 2022 yang dilakarkan pada 2021 menunjukkan element Water berada dalam fasa CAUTION untuk Mac-April 2022.

Sejak 2-3 minggu Mac 2022 beberapa berita mengenai kapal (element Water) bermasalah. Di sini antara berita2 berkenaan menunjukkan fenomena tersebut.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Sebagai CEO syarikat pemaju dan pembangunan. Tentunya pola potensi tersebut ada dalam petak tarikh lahir dirinya.

Seringkali Dato Eddy Rosyadie memaparkan posting tentang rezeki dan kekayaan dalam laman web ini dan Instagram seolah mengejar sangat kekayaan. Contohnya terlalu banyak posting tentang pola 769 kekayaan. Tentunya semua perkara berkisar tentang kekayaan - nak sihat guna duit, bila sakit pun guna duit, masalah utama perceraian kerana kewangan, nak berniaga pun kena duit modal jadi semestinya perihal rezeki dan kekayaan menjadi perihal utama dalam kehidupan.
Picture

Picture
Picture
Program ikhtiar energi rezeki terakhir untuk Mac 2022 yang mana prestasi negara Malaysia pada Mac 2022 adalah sangat rendah dan April 2022 pula terus mencanak naik prestasinya. Jadi kita ambil kesempatan ini untuk jana/ tambah/ pulih energi rezeki untuk persediaan prestasi tinggi April 2022.

Picture
Picture
Anak Dato Eddy Rosyadie berusia 25 tahun selamat bernikah pada Feb 2022 lalu dengan jodohnya dari universiti yang sama. Mudahnya jodoh. Dato Eddy Rosyadie dan isteri juga dari universiti yang sama di Syracuse University, New York, USA dahulu.
Program terakhir energi Dikasih Sayang untuk Mac 2022. Ini adalah siri ke 3 daripada 3 siri tarikh energi Dikasih Sayang dalam bulan Mac 2022; satu fenomena unik jarang sangat berlaku 3 kali energi Dikasih Sayang. Jadi, kesempatan ini kita ambil peluang untuk jana/ tambah/ pulih energi bagi ikhtiar jodoh, kasih sayang, keharmonian diri dengan pasangan/ ahli keluarga/ rakan2 sekerja/ ketua2 mahupun dengan prospek2/ pelanggan2.

Pakej Ikhtiar Energi 1 bulan April 2022 telah dibuka boleh daftar dahulu sebelum 4 April 2022. Program ini adalah 7 kali Ikhtiar Jana/ Tambah/ Pulih Energi Diri yang dibuat oleh Dato Eddy Rosyadie bagi pihak peserta dalam 1 bulan.

Bulan April 2022 merupakan prestasi negara Malaysia yang sangat2 tinggi untuk 2022. Kebetulan pula pengeluaran Khas KWSP RM10K berjalan pada April ini. Jadi kita ambil peluang tempias kekayaan tersebut dengan jana energi diri kita. Begitu juga, April 2022 merupakan bulan Ramadan sangat sesuai untuk membuat penjanaan diri semasa berpuasa. Jika ada rezeki bajet lebih, ambil dan pilih kod yang tinggi seperti DAE atau DAF atau DAB. Namun, terpulang jika mahu ambil pakej yang lain atau yang biasa juga boleh.
Picture
Picture
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Sebagai usahawan kena pula dengan pola potensi2 yang tersenarai malah boleh pula pelbagai bidang yang berbeza. Tidak semestinya seseorang usahawan kena fokus pada 1 jenis perniagaan semata2. Ada yang boleh buat pelbagai jenis perniagaan seperti individu ini dan ada yang tak boleh pelbagai kena buat 1 jenis perniagaan. Yang penting, periksa dahulu potensi bisnes mahupun kerjaya anda di sini.

1. Dapatkan Laporan Potensi Diri dan Perniagaan setebal 22 mukasurat.
atau
2. Tempah sesi personal konsultansi secara terus dengan Dato Eddy Rosyadie (Whatsapp/ Zoom).

017 769 7946
016 624 9666

Picture
Ada individu yang minat yang mendalam tentang ilmu metafizik pernomboran. Teruskan belajar dan menyelidik serta buat aplikasi untuk tingkatkan potensi diri. Namun ada yang minat juga untuk menjadi tenaga pengajar seperti Dato Eddy Rosyadie.

Untuk makluman, Dato Eddy Rosyadie tidak menyediakan modul khusus untuk tenaga pengajar. Anda boleh saja belajar dan menggunakan pernomboran untuk kegunaan diri sendiri tetapi TIDAK DIGALAKKAN untuk mengajar kepada orang lain mahupun membuat sesi konsultansi kepada orang lain.

Ini disebabkan ilmu metafizik ini mengandungi unsur rawatan. Apabila anda merawat seseorang, anda akan menyerap energi toksik orang itu kepada badan anda menyebabkan anda pula menjadi tidak sihat dari segi fizikal mahupun mental.

Biasanya Dato Eddy Rosyadie memakai baju coat coklat apabila mengajar dan sesi personal. Satu hari, Admin Team Dato Eddy Rosyadie meminjam baju coat tersebut dan tak semena2 termuntah-muntah. Dia dapati terlalu banyak energi toksik diserap. Yalah ratusan orang berjumpa dengan baju coat coklat tersebut. Tetapi Dato Eddy Rosyadie tiada rasa apa2 pun memakai baju coat tersebut. Jadi, Dato Eddy Rosyadie dapat menguruskan sendiri energi2 toksik/ negatif. Namun dikhuatiri perkara yang sama berlaku kepada anda bilamana anda mengajar atau membuat sesi konsultansi dan anda tidak tahu cara untuk menguruskan energi2 toksik tersebut.

Picture
Picture
Picture
Pengumuman kerajaan untuk pengeluaran khas KWSP pada 16 Mac 2022 selari dengan tahun 31+8+2022=9 kejayaan dan pola 769 kekayaan iaitu rakyat Malaysia dapat manafaat daripada inisiatif ini. Begitu juga April 2022, Graf Prestasi Malaysia adalah mencanak naik menunjukkan bulan yang baik untuk kewangan dan ekonomi.

Picture
Sakit berbalik juga pada isu kewangan. Apabila sakit maka berbelanja lebih. Jadi rezeki sihat tidak menjejaskan kewangan. Sebab itu Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 memperkenalkan kaedah pernomboran yang khusus untuk strategi tingkatkan ekonomi dan kewangan. Bermula 2012 pula, Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program Ikhtiar Energi Rezeki bagi membantu masyarakat dalam aura dan rezeki kewangan. Di pasaran memang banyak guru2 atau seminar2 pengurusan kewangan. Di sini Dato Eddy Rosyadie melengkapi secara alternatif kepada usaha untuk kewangan.

Apabila tarikh nikah memasuki kitaran tahun halangan menyebabkan rumahtangga berantakan. Tentu sahaja usaha yang berterusan tanpa putus asa diperlukan untuk membetulkan situasi. Boleh juga ikhtiarkan energi Dikasih Sayang. Selain daripada berterusan berdoa, beristikharah dsbnya.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Namun kekayaan itu dicurigai secara haram di sisi  perundangan. Jadi, kekayaan itu boleh jadi yang positif dan juga kekayaan itu boleh jadi yang negatif. Terpulang kepada anda sendiri!

Tips: terdapat pola potensi terlibat dalam penipuan/ muslihat.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi rezeki 11 Mac 2022. Kita ikhtiarkan energi di samping kita berusaha bersungguh2.
Picture

Picture
Picture
Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi  4 jenis (energi Rezeki, Energi Cemerlang Akademik, Energi Rezeki dan Energi Dikasih Sayang) sejak 2012 lagi. Masa itu sukar nak buktikan hasil keputusan energi kepada orang ramai kerana masih baru lagi.  Tentunya masyarakat mahukan bukti. Dato Eddy Rosyadie sentiasa berterusan konsisten membuat ikhtiar energi. Walaupun selepas itu makin banyak testimoni2 peserta2 tetapi testimoni yang paling puncak adalah pada tahun 2022 pada anak Dato Eddy Rosyadie sendiri.

Anak Dato Eddy Rosyadie telah memenangi Anugerah Pelajaran Diraja (Energi Cemerlang Akademik) yang disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Sultan Perak (Energi Kesultanan Pola 38) dengan wang sebanyak RM7K (Energi Rezeki). Sebelum itu, beliau telah melangsungkan perkahwinan (Energi Dikasih Sayang) bersama rakan seuniversiti UM mudah sahaja jodoh mereka.

Tentu sahaja energi2 sedemikian mengambil masa untuk berada pada usia yang sesuai untuk hasilnya. Yang penting ianya adalah konsisten. Boleh saja Dato Eddy Rosyadie bagi testimoni sendiri tapi nanti dikata orang syok sendiri pula.

Picture
Sudah sampai ke pertengahan bulan Mac 2022. Tentunya tarikh yang dipilih untuk tarikh ikhtiar energi rezeki. Bila join program akan diberitahu tentang masa energi untuk hari energi itu. Dan Dato Eddy Rosyadie akan buatkan (jana/ tambah/ pulih energi) ikthiar energi bagi pihak peserta kerana memahami kesibukan bekerja/ belajar/ berkerjaya. Tentu sahaja ikhtiar energi rezeki selalu dianjurkan memandangkan kos hidup makin meningkat dan perbelanjaan bulanan/ harian yang makin banyak. Jadi, selain kita usaha bersungguh2 kita ikhtiarkan juga energi untuk kewangan sama ada untuk perniagaan mahupun kerjaya.

Picture
Tahun 2022 = 6 kitaran 6 adalah kitaran "keluarga". Sesuai untuk membina satu keluarga bagi mereka yang berjodohan. Juga tentunya menguatkan satu keluarga sedia ada untuk harmoni sama ada pasangan suami isteri mahupun sesama ahli keluarga. Bagi rakan2 sekerja pula untuk satu keluarga pejabat. Bagi mereka yang berniaga, tentunya pelanggan/ pembeli/ prospek membawa keluarga besar mereka sekali berurusaniaga dengan anda.

Bagaimana pula nak berkahwin dah masih bergaduh? Memang berkahwin ini terdedah kepada risiko salah faham kerana perkahwinan menggabungkan dua insan berlainan jantina tentunya berlainan sikap dan dua orang yang asing satu sama lain.

Ikhtiarkanlah pernikahan pada tarikh yang baik seperti 11 Mac 2022 dan tentunya mengenali sikap, sifat, perangai, karakter melalui pernomboran tarikh lahir.
Picture

Picture
Pada usia yang muda terus sahaja bernikah. Kebetulan usia 20an berada dalam tempoh yang tenang tiada tekanan, tiada halangan dan ada pola 72 jodoh. Sebahagian mereka2 yang sudah berusia lewat 30an belum berjodoh disebabkan oleh sama ada tempoh tekanan atau tempoh halangan mahupun tempoh tiada pola 72 jodoh. Jadi, apa yang perlu dibuat? Masuk perut mak dan dilahirkan semula pada tarikh yang cantik? Ataupun menggunakan strategi pernomboran untuk mengenali ciri2 jodoh dan berusaha dari situ. Juga buat ikhtiar energi Dikasih Sayang sebagai ikhtiar "top-up" perjalanan tempoh dekad bermasalah.

Picture
Projek RM40B.

Dunia 2022 = 6 rezeki
Malaysia 31 + 8 + 2022 = 9 sukses dan ada pola 769 kekayaan

Tahun yang baik untuk Malaysia tahun 2022. Tentunya tempias kepada rakyat Malaysia juga. Terutama yang terlibat secara langsung. 

Untuk kita yang tidak terlibat boleh juga ambil "aura" Malaysia yang baik 2022 = 6 rezeki ini. Jana ikhtiar energi rezeki.

Picture
Walau sudah berusia 70 tahun masih kekayaan. Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) ada pola 769. Tentunya tidak sahaja berlakon semata-mata tetapi juga terlibat dalam pelaburan hartanah yang mendatangkan pendapatan berganda2 di lokasi hartanah yang begitu mahal.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly