Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kekayaan Gerhana Kejayaan 

10/18/2013

0 Comments

 
Picture
BERHATI-HATI UPLOAD ENERGY SECARA TOUCHSCREEN HANDPHONE

Semasa program Upload Energy tempohari (menggunakan video api) pada awal pagi 5 Oktober lalu, seorang peserta beri maklumbalas bahawa telefon beliau rosak selepas buat aktiviti tersebut. Selepas sentuh skrin dan upload energy beliau rasa mengantuk dan tertidur sehingga subuh. Selepas solat subuh beliau mahu menggunakan telefon tetapi ianya telah "off" dan tidak boleh lagi "on". Pergi ke kedai telefon tukar charger dan tukar bateri pun tak boleh, jadi beliau pergi ke Samsung Centre untuk pemeriksaan. Pihak center menyatakan dalaman handphone beliau rosak seolah DISAMBAR PETIR. 

Beliau agak hairan bila pulak masanya handphone kena petir... tapi teringatkan program upload tersebut. Nasib baik masih dalam waranti bolehdi baiki percuma cuma data-data penting dah hilang.

Mungkin Upload Energi terlalu "kuat" terlebih power menyebabkan litar pintas/ terbakar atau mungkin individu itu sendiri yang memang punyai energi yang sudah kuat yang menyebabkan barangan elektronik/ elektrik mudah rosak bilamana ditambah energi. Jika anda memang jenis pegang barang elektrik/ elektronik cepat rosak (atau ada rasa renjatan elektrik statik bilamana pegang tombol besi pintu atau apa jua barang besi), maka anda perlu sekadar sentuh skrin sekejap sahaja (kurang dari 1 minit) untuk elak terlebih "power surge".

Untuk program Upload Energi seterusnya nanti,  kalau boleh gunakan skrin desktop atau laptop untuk elakkan masalah di handphone anda, atau pastikan handphone anda telah disimpan semua data-data penting sebelum buat Upload Energi. Setakat ini dalam program Upload Energi ini pertama kali kes dimaklumkan. 

Apakah kegunaannya jika sudah "terlebih power elektrik" tu? Dari perspektif sains hayat (biologi), pergerakan manusia memang menggunakan arus elektrik di saraf (rujuk perihal synapses, neurotransmitter dsbnya). Malah, terdapat banyak alat terapi arus elektrik statik di pasaran untuk tujuan pemulihan untuk pelbagai jenis masalah kesihatan. Jadi, jika anda sudah ada energi yang baik sedemikian, ianya memberikan anda kesihatan badan yang segar dan anda lebih ceria untuk berusaha dan aura lebih baik untuk dapatkan kejayaan. .. seolah-olah anda terapikan diri anda sendiri menggunakan kaedah Upload Energi.


assalamualaikum cikgu ad.saya dah guna minyak pyrite 38... .alhamdulillah ada perubahan positif dalam diri.salah satunya waktu solat sy lebih khusyuk+ suka solat awal. saya bru guna seminggu tp kesan dia sangat positif.Tidur pun xterganggu coz sblm ni sy ada masalah gangguan tidur.

Terima kasih Cikgu. Kitaorg rasa happy sgt Cikgu sudi dtg kedai hari tu. Aura Cikgu mmg power lepas balik fuh melimpah rezeki Alhamdulillah. Terima kasih tinggalkan aura yg bagus sgt kt kedai kami.

Antara perkhidmatan team cikgu Ady adalah "energikan premis perniagaan" yang mana anda boleh minta cikgu Ady seorang atau bersama team datang untuk memeriksa permis perniagaan. Bukannya kami nak periksa lesen perniagaan anda tetapi melihat aspek pernomboran seperti arah kedudukan barang dan cashier dalam kedai serta transfer energi ke kedai dsbnya... ini adalah konsultansi perniagaan "site visit" yang lebih tepat kerana dilakukan di premis jadi banyak perkara yang boleh diperiksa/ audit dan diperbetulkan mana yang perlu.


Smlm sya bermimpi berckp2 ngn Cikgu... sblm tu sya mimpi muntah2... n sya bgtau Cikgu akn halt u (dlm mimpi jg) Cikgu kata separuh penyakit sya dh klr dr tubuh... lps tu sya lihat suami sya berjln di tepi sultan/ raja smbil bersembang2 n dikelilingi orang ramai.. sya sndri spt seorg yg kaya atau berpangkat...

Setakat ini ada beberapa maklumbalas individu yang bermimpikan cikgu Ady, tapi semuanya mimpi yang baik seperti mimpi cikgu Ady bagi emas dsbnya... mimpi tu bukannya cikgu Ady yang sengaja datang ke dalam mimpi, itu mungkin ingatan anda... cikgu Ady tidak menggunakan sebarang "perantara"... apabila bermimpi perkara yang baik maka buatlah doa dan solat hajat mohon mimpi menjadi kenyataan.. sebaliknya jika bermimpi yang buruk maka buatlah doa dan solat hajat juga mohon dijauhkan dari musibah yang cuba ditunjukkan lebih awal itu.

Askum... cikgu Ad saya n suami ucapkan tkasih byk2... sjak sya join sama cikgu hidup saya bertambah baik. Satu masa doa wukuf di Arafah lepas berdoa suami terbayang byk jongkong emas begitu byk sekali...

Jika dapat "melihat" bayangan maka ianya satu kesan dari kaedah transfer energi/ jalur emas - seperti bayangan emas, cahaya warna purple dsbnya... malah 2 kes bayangan "disembur api"... ianya membayangkan energi sedang "masuk" ke diri empunya badan... mudah-mudahan energi yang baik membantu dalam usaha kita untuk meningkatkan kualiti hidup.

Picture
Ada bonus tambahan iaitu energi tambahan yang diberikan kepada minyak Pyrite 83WH. Pada 20 Okt lalu, bersempena kursus Pola 6 Kekayaan dan Pola 7 Jualan di buat di Batu Pahat di pejabat Sdra Noredie, jadi kesempatan diambil untuk "serap energi" dari aura Sdra Noredie tu, Botol-botol minyak 83WH telah diletakkan di dalam pejabat Sdra Noredie - di dalam pejabat beliau terdapat banyak piala anugerah dan alunan ayat Al-Quran sentiasa bermain tanpa henti dan di situ ada frame keratan kelambu Kaabah...ini pejabat individu yang jualan RM1 juta serta berpendapatan puluhan ribu, jadi energi bisnes dan sale yang baik...  mudah-mudahan ikhtiar energi Pyrite 83WH dapat membantu kita dalam jualan dan perniagaan yang lebih baik.


Slm sejahtera cikgu Ady. Tq di atas minyak pyrite tempoh hari. Dh hmpr 3 mggu sya gunakn. Hr ni td isteri sy menang cabutn btuah barangan elektrik dan baucer bnilai rm10K kat pasaraya. Agen pn tkejut krn xpnh org mnang 2 hadiah dl satu masa. Wlupn sya yg gna, tp isteri pn kena tempias... Tq cikgu Ady.

Tq maklumbalas - seorang pengguna dari Sarawak yang menggunakan minyak pyrite versi 138 iaitu energi 38 dari program 1 Jun lalu (serta program berdoa jarak jauh termasuk doa wukuf) - walaupun beliau seorang beragama Kristian tetapi yang penting di sini adalah energi yang dimasukkan adalah energi alam yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Jika energi seseorang itu baik, maka suasana sekelilingnya jadi baik... inilah salah satu konsep metafizik versi cikgu Ady iaitu setiap orang mampu jana energi yang baik dan daripada situ suasana sekelilingnya jadi baik... dalam kes ini, tak payah nak susah susah cari duit belanja isteri, energinya membantu supaya isterinya dibelanjakan! Kan bahagia hidup suami isteri  :)

Stok minyak wangi pyrite (tambah RM10 kos pos Semenanjung / RM20 Sabah Sarawak):
Edisi Biasa 38         - RM38 - ADA STOK
Edisi Khas 83          - RM83 - doa wukuf 2013 - ADA STOK
Edisi Khas 96          - RM96 - doa semasa dinner Public Gold (Aura Emas) - HABIS STOK
Edisi Khas 138      - RM138 - energi semasa 1 Jun 2013 (Hari Keputeraan Agong) - HABIS STOK
Edisi Khas 138SJ - RM138 - energi semasa 22 Nov 2013 (Hari Keputeraan Sultan Johor) - 
Tempahan dibuka mulai 20 Nov

Q&A: Zakat emas di pajak gadai Islam
Ustaz Hamizul Abdul Hamid

Soalan: Baru-baru ini saya ada terdengar dari satu ceramah, bahawa orang yang menggadaikan emas perhiasan mereka di ar-rahnu atau pajak gadai Islam juga wajib membayar zakatnya. Benarkah begitu? Bukankah apabila digadai, maka seseorang itu sudah tiada hak milik atas emas perhiasan berkenaan. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan: Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan keampunan dan maghfirah-Nya ke atas kita semua, disebabkan kesungguhan kita untuk mendalami ilmu Allah SWT khususnya dalam bab mensucikan harta kita daripada milikan orang lain dengan menunaikan zakat ke atasnya. Mudah-mudahan, jawapan yang diberikan ini mampu memberikan pencerahan terhadap isu emas perhiasan yang diletakkan di pajak gadai Islam, yang hari ini sudah menjadi suatu yang popular dalam kalangan umat Islam.

Allah SWT menjelaskan di dalam surah al-Ma’arij (70) ayat 24 dan 25: “Dan orang-orang (yang menentukan bahagian) pada hartanya menjadi hak yang termaklum (bagi golongan tertentu); (iaitu) bagi orang-orang miskin yang meminta-minta dan yang menahan dirinya (daripada meminta-minta).”

Namun begitu, sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, maka ada baiknya untuk kita menelusuri dahulu beberapa definisi perkataan yang berkait rapat dengan pergadaian dalam Islam, yang mungkin sebelum ini difahami secara tidak tepat oleh sebahagian orang awam.

Pertama, apakah makna ar-rahnu? Ar-Rahnu bermaksud, suatu kontrak yang menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran untuk menjamin pelunasan sesuatu hutang. Dalam kontrak ini, penggadai menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pegadai (pihak yang memberikan hutang). Mengikut syarak, cagaran hendaklah diserahkan oleh penggadai kepada pegadai. Cagaran akan dijual oleh pegadai untuk melunaskan hutang sekiranya hutang itu gagal dibayar oleh penggadai setelah tamat tempoh. Kemudahan ini membolehkan penggadai memperoleh pinjaman kecemasan, pinjaman perniagaan dan pinjaman untuk pembelian input. Perkataan yang sinonim bagi rahnu ialah gadaian. (Rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di http://prpm.dbp.gov.my)

Keduanya, apakah tujuan ar-rahnu ini diwujudkan? Ya, institusi pajak gadai Islam atau ar-rahnu ini ditubuhkan dengan konsep rahnu dan qardul hasan, iaitu untuk memberikan pinjaman secara yang baik di sisi syarak dan tidak menindas. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba (yang menjadikan keseluruhan transaksi adalah haram dan berdosa). (Ibid)

Oleh itu, dalam bahasa orang awam yang lebih mudah difahami oleh kita, ar-rahnu adalah suatu kaedah bagi kita untuk meminjam wang dari sesebuah institusi yang menawarkan pinjaman yang halal, dengan cara kita mestilah meletakkan suatu cagaran (biasanya emas perhiasan) demi membolehkan kita mendapat pinjaman berkenaan. Apabila kita gagal atau tidak mahu membayar kembali wang yang dipinjam daripada institusi berkenaan, maka mereka akan mencairkan (menjual) barangan yang kita cagarkan, dan mereka akan mengambil jumlah yang dihutangkan kepada kita berserta dengan upah simpanan barangan (atau apa-apa servis perkhidmatan yang sesuai) dan lebihan daripadanya, akan diserahkan kembali kepada orang yang meminjam (penggadai).

Jadi, perbezaan ar-rahnu dengan pembiayaan peribadi di bank ialah, dalam pembiayaan peribadi tiada cagaran; dan dalam ar-rahnu, ada cagarannya.

Baiklah, saya juga ingin menarik perhatian di sini, bahawa dalam konteks membuat hutang di ar-rahnu, ada dua kondisi yang perlu diperhatikan.

Pertama, orang yang memang terdesak atas sesuatu keperluan, maka dia pun membuat pinjaman di ar-rahnu, emas perhiasannya dicagarkan dan sepanjang tempoh emas itu di dalam simpanan ar-rahnu, dia tidak mampu mengambilnya kembali kerana memang dia tidak mempunyai wang, maka di sini dia tidak mempunyai satu syarat wajib zakat, iaitu sempurna milik. Maka, tidak wajiblah dia berzakat atas emas yang disimpan di ar-rahnu itu.

Begitu juga, wang yang didapati hasil pinjaman itu juga, tidaklah wajib dikeluarkan zakat pendapatan ke atasnya, kerana wang itu memang diperlukannya untuk tujuan kehidupannya yang terdesak. Ini kerana, mengikut fatwa zakat pendapatan di Selangor (tahun 2010), wang hasil pinjaman juga wajib dizakatkan, kecuali ia sudah mempunyai keperluan khusus, misalnya untuk tujuan perubatan dan sebagainya.

Kedua, orang yang membuat hutang di ar-rahnu dalam kondisi dia tidak memerlukan atau bukan dalam keadaan kecemasan, sebaliknya dia menggunakan ar-rahnu sebagai tempat untuk menyimpan emas perhiasannya dengan selamat dan sengaja membiarkannya tanpa ditebus, agar apabila genap setahun disimpan, maka semasa itu harga emas sudah naik dan dia pun mendapat untung atas emas perhiasannya yang dicairkan oleh pegadai.

Maka, dalam konteks ini, dia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menebus, tetapi sengaja enggan menebus, maka hakikatnya dia mempunyai syarat sempurna milik, maka wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat ke atas emas perhiasan yang disimpan di pihak pegadai (ar-rahnu). Andai dia membiarkan hingga setahun, dan selepas itu dicairkan, dan pihak pegadai memberikan untung kepadanya, maka dia juga wajib mengeluarkan zakat ke atas keuntungan berkenaan. Begitu juga, wang pinjaman yang dia peroleh dari pihak ar-rahnu itu juga, hendaklah dikeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus (sebagai zakat pendapatan), kerana dia mendapatkannya bukan untuk tujuan tertentu yang terdesak seperti dalam kes yang pertama.

Maka, apa yang penting adalah, kita perlu melihat kepada dua kondisi di atas, iaitu adakah orang yang melakukan hutang di ar-rahnu itu adalah mereka yang dalam kesempitan kewangan, yakni mereka terpaksa berhutang demi mendapatkan wang dengan kadar segera dan dengan itu, mereka pun dapat segera melunasi keperluan-keperluan yang berbangkit dengan segera juga; ataupun mereka yang bergadai dengan maksud menjadikan ar-rahnu sebagai satu tempat melabur demi mencari keuntungan berganda di masa hadapan? Sudah pastilah natijahnya adalah berbeza.

Kesimpulannya, wajib zakat jika digadai demi pelaburan semata-mata (mencari keuntungan) dan tidak wajib zakat jika digadai atas keperluan terdesak dan kecemasan.Wallahua’lam.

http://www.hamizul.com/


-------------------

Ada beberapa individu yang "rugi" dalam pelaburan emas - buat pinjaman bank dan lepas tu beli emas banyak dan lepas itu masukkanya dalam Ar-Rahnu supaya dapat buat sistem "jualan" di situ tetapi tersangkut kerana beberapa faktor peribadi... nak melabur emas pun kena tengok Graf Hayat/ Kitaran Tahun/ Dekad dsbnya (iaitu masa & potensi pelaburan)... tapi walaupun emas dah tersangkut di Ar-Rahnu dan pinjaman bank perlu terus dibayar maka jangan lupa anda perlu buat zakat ye! ... berdasarkan kesimpulan di atas... 


Pejuang hartanah

Usia tak halang miliki hartanah di bandar raya besar 

Tatkala kebanyakan anak muda lain memilih berseronok dengan sebahagian besar sumber pendapatan dunia pekerjaan, Ahyat Ishak pula sebaliknya menongkah arus dengan membeli sebuah hartanah komersial di tengah pusat bandaraya. 

Nekad memiliki hartanah pertama berupaya pangsapuri perkhidmatan di Pusat Perniagaan Cheras pada usianya baru 23 tahun, langkah yang pada awalnya dianggap rakan-rakan sebaya seperti ‘mencengkam’ kantung kewangannya bagaimanapun kini dilihat mampu menggandakan sumber pendapatannya. 

Anak muda sekarang gemar berbelanja lebih daripada kemampuan dan membazir tanpa sesuatu sebab yang perlu. Tidak guna bergaya kalau tidak berharta. Orang barat mengajar kita istilah work smart menggantikan work hard sedangkan bagi saya istilah itu hanya membuatkan kita menjadi malas." Ahyat Ishak.


Malah, bukan lagi suatu rahsia betapa usaha pertama Ahyat yang jarang-jarang dilakukan anak muda Bumiputera seusia sebenarnya menjana pendapatan hingga akhirnya mencambah aset hartanah daripada semasa ke semasa.

Selepas 11 tahun berkecimpung dalam bidang pelaburan hartanah, bapa kepada dua cahaya mata itu kini boleh berbangga dengan keputusan berani hingga membolehkan beliau memiliki puluhan kategori hartanah di sekitar Lembah Klang, Johor, Melaka dan Pahang. 

Dengan taburan aset hartanah pelbagai kategori miliknya, terdetik di hati apakah rahsia hingga dirinya berani membuat keputusan yang jarang-jarang dilakukan anak muda seusianya sekali gus mengubah hidupnya menjadi senang lenang?

Menceritakan pegangannya itu, anak jati Subang Jaya, Selangor itu berkata dia tidak segan menuntut ilmu dan bertanyakan kepada individu yang pakar dalam urusan pemilikan hartanah. 


“Andai kita cenderung mendalami sesuatu bidang, tentulah kita patut mendalami ilmu dengan individu yang arif. Begitu jugalah halnya dalam dunia hartanah, saya banyak belajar daripada mereka pakar. 

“Ilmu mereka inilah yang saya manfaatkan untuk menambah pemilikan hartanah serta menggandakan jumlah aset sedia ada,” kata Ahyat yang ditemui di pejabatnya di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bumiputera rebut peluang

Mengakui yang Bumiputera jarang-jarang berkecimpung dalam dunia pemilikan hartanah, Ahyat yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Model Pelabur Hartanah Strategik mahu golongan itu berusaha keras, bagi membolehkan mereka merebut peluang memiliki hartanah pada usia muda.

Beliau berkata, langkah awal pemilikan hartanah bukan semata-mata perlu terus memiliki sebuah hartanah sebaliknya cukup sekadar mengubah corak perbelanjaan seharian dan merangka kedudukan kewangan.

“Andai kita berfikir setiap duit yang mengalir keluar itu untuk tujuan apa, sambil berfikir apakah yang hendak kita bayar itu benar-benar berbaloi untuk dibelanjakan, dengan sendirinya kita mendidik diri menjadi lebih bertanggungjawab.

“Apabila kita memiliki kesedaran ini, saya percaya setiap orang daripada kita mampu mengubah tabiat perbelanjaan dan tidak mustahil mampu memiliki kediaman sendiri,” kata Ahyat yang mahu orang Islam bertindak sebagai juara ekonomi dunia seterusnya membantu mereka yang memerlukan khususnya untuk kebajikan umat.

Graduan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dalam jurusan Teknologi Maklumat (IT) berkata lagi, dia berusaha mengubah stigma Bumiputera yang cenderung memilih untuk terus menyewa.

“Apabila saya mengadakan ceramah hartanah, jarang saya lihat orang Melayu mengambil bahagian. Saya terfikir mengapa mereka tidak mahu merebut peluang ini dan memahami kepentingan memiliki hartanah. 

“Bukan hanya sekadar memiliki hartanah, tetapi beralih menjadi pejuang hartanah untuk membolehkan mereka menambah aset dan pendapatan pada masa depan.

“Mungkin agak kasar bunyinya, tetapi bagi saya apalah maknanya Bumiputera itu andai tidak memiliki hartanah sendiri.” katanya penuh makna mendalam sebagai memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada anak bangsa untuk bangkit dan bekerja keras. 

Penyakit orang muda

Sempat juga Ahyat berkongsi masalah umum golongan muda hingga akhirnya sukar memiliki hartanah sendiri. Memberi contoh maklumat perbankan pada 2011, empat sebab utama rakyat Malaysia muflis ialah pinjaman kenderaan, kad kredit, pembiayaan peribadi dan keempat barulah pinjaman perumahan.

“Ketika saya memberikan ceramah di Singapura, orang Singapura sampai tergelak sebab tidak percaya yang sebab utama rakyat Malaysia muflis ialah kerana pinjaman kenderaan. Kata mereka harga kereta di Malaysia masih lagi murah dan tidak patut sampai boleh muflis.

“Apabila saya melihat aliran ini pula, saya tidak pelik kerana sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan kita meletak sesuatu kebendaan itu sebagai keutamaan hingga akhirnya menjerat diri sendiri,” katanya yang tidak faham mengapa perlu seseorang mengukur kebendaan sebagai suatu nilai harga diri.

Bagi Ahyat, penting untuk anak muda berbelanja mengikut kemampuan dan tidak terlalu terikut-ikut perkembangan semasa semata-mata untuk bergaya.

“Tidak guna bergaya kalau tidak berharta,” katanya lagi akan cuba membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan keluarga kerana kesuntukan masa memenuhi undangan ceramah dan motivasi.

Begitupun ujar Ahyat, beliau bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami dan menyokong untuk terus berjaya. Malah, dia juga mendapat sepasukan tenaga kerja yang benar-benar komited memajukan syarikat.

“Jika ada kelapangan, saya akan menghabiskan masa dengan keluarga dan cuba mendekati anak-anak untuk turut membesar dengan mereka. Saya juga kerap pulang ke rumah nenek di Shah Alam kerana sukakan hubungan yang akrab,” katanya.

Kerja keras sejak muda

Mula membantu keluarganya menguruskan sebuah cafe di Puchong dengan pendapatan sebanyak RM500 sebulan, jumlah itu bagi Ahyat sudah dikira berpatutan sekali gus membantunya mempelajari selok belok dunia perniagaan.

Baginya, usia muda juga bukan penghalang untuk menempa kejayaan asalkan rajin berusaha. 

“Kalau kita memanfaatkan sepenuhnya masa itu, tentu terdetik rasa membazir kalau sekadar membuang masa begitu saja. Sebab saya sejak usia muda lagi sudah bekerja keras hingga tiada masa berseronok dan menghabiskan waktu.

“Sejak dulu saya jarang menghabiskan masa bersama rakan kerana memberi tumpuan kepada perniagaan keluarga,” katanya.

Tatkala perniagaan keluarganya berkembang maju, Ahyat mulanya agak terkejut dengan tindakan emaknya menambah aset hartanah sedangkan ketika itu ibunya boleh saja membuat pilihan untuk membeli kenderaan baru.

Dengan memilih sebagai pejuang hartanah, ujar Ahyat emaknya terus setia memandu Proton Wira.

“Apabila sudah berkecimpung sama dalam dunia perniagaan barulah saya nampak betapa apa yang dilakukan oleh emak saya dulu itu adalah keputusan bijak dan tepat.

“Bayangkan, kalau kita lihat emak boleh saja menukar kereta baru dengan jumlah kewangan yang kukuh, tetapi beliau sebaliknya memilih untuk kekal memandu sedia ada, sebaliknya melaburkan wang untuk hartanah,” katanya yang banyak membaca buku motivasi dan menyelidik menerusi internet selain mendapat didikan pejuang hartanah berpengalaman lain terutama berbangsa Cina untuk berjaya dalam dunia hartanah. 

Malah kini Ahyat boleh berbangga kerana telah melahirkan buku mengenai pelaburan dan membina keuntungan berterusan yang diterbitkan olehnya sendiri.

Buku hasil tulisan dan terbitannya sendiri ini hasil inspirasi dari pengalamannya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Malah dia berbangga kerana ibu bapanya, Barupawati Utamaju Baharum dan Ishak Ahmad sentiasa menyokong dan memberi sumber inspirasi.

Selesa bersederhana

Di tebak dengan soalan yang beliau kini turut memandu kenderaan mewah, Ahyat berterus terang yang beliau sebenarnya mengidamkan kereta BMW F10 5 Series yang berharga lebih RM400 ribu.

“Memang kalau diikutkan selera dan minat memang mampu pada BMW F10, tetapi selepas berkira-kira balik C Class juga sama saja dan kereta juga... Sampai juga ke destinasi. 

“Jadi, dalam pada saya mulanya nak membayar pendahuluan F10, saya sebaliknya terus membayar duit muka sebuah apartmen,” katanya yang turut menyarankan seseorang itu membeli hartanah kos murah dan sederhana sebagai permulaan asas menjadi pejuang hartanah.

Akui Ahyat, penting untuk ‘berkira’ dalam urusan perbelanjaan seharian kerana setiap ringgit yang keluar itu ada nilainya dan membawa kesan besar jika dikumpulkan dalam suatu tempoh lama.

Memberi contoh perabot di pejabatnya, beliau berkata yang mejanya saja yang paling mahal di pejabatnya iaitu di beli pada harga RM599. Manakala kerusinya pula berharga RM299.

“Selesanya sama saja. Seorang kawan saya di Bangsar, membeli kerusi buatan Itali berharga RM5,000. Saya tidak mampu berkata apa-apa sebab itu selera dia. Bagi saya kerusi tetap kerusi dan cukuplah membeli yang selesa.

“Sebab apa yang saya lihat, anak muda sekarang gemar berbelanja lebih daripada kemampuan dan membazir tanpa sesuatu sebab yang perlu,” katanya yang bakal menerbitkan buku berkaitan selok-belok perniagaan harta tanah dalam edisi berbahasa Inggeris pada waktu terdekat.

Pencinta peta dan nombor

Sesuatu yang menarik mengenai Ahyat ialah kecintaan beliau terhadap peta serta nombor. Memiliki set peta besar yang memenuhi ruang dinding di bilik pejabatnya, ralit pula dibuatnya apabila melihat gelagat pemuda itu membelek kedudukan peta sambil bercerita dengan penuh minat setiap kedudukan peta, fungsi serta taburan penempatan penduduk di kawasan Lembah Klang.

Menceritakan lebih lanjut mengenai kepentingan peta berskala besar itu, kata Ahyat penting bagi seorang pakar dan pemilik hartanah untuk memahami faktor geografi dan kedudukan sesebuah penempatan sebelum berhasrat membeli sesebuah hartanah.

“Sebab itu dengan adanya peta yang berskala besar ini, saya dapat mengkaji, seterusnya memahami prospek nilai hartanah dan keuntungan yang boleh dijanakan melalui peta ini,” kata Ahyat yang turut tidak lekang dengan kalkulator di tangan bagi menunjukkan formula pengiraan untuk seseorang menjadi pelabur hartanah.

Banyak lagi ilmu menarik dikongsi Ahyat terutama dalam usaha membantu Bumiputera bergelar pejuang hartanah. Malah, sepanjang temuramah dijalankan, berkali-kali Ahyat menasihati orang Melayu Bumiputera untuk belajar berjimat cermat dan bekerja keras.

“Orang barat mengajar kita istilah work smart menggantikan work hard sedangkan bagi saya istilah itu hanya membuatkan kita menjadi malas. Selalu saya pesankan pada kakitangan mahupun ketika mengadakan ceramah betapa penting untuk kita memperkasakan work smart dan work hard itu untuk terus berjaya,” kata Ahyat yang turut memiliki segmen khas di stesen TV Alhijrah menerusi segmen Jihad Hartanah.

-------------------------

Jika anda hadir sesi konsultansi  atau kelas cikgu Ady, tentu sahaja satu bahan penting digunakan oleh cikgu Ady sejak 9 tahun lagi - peta! Menentukan arah kejayaan adalah amat penting. 

Kursus berkaitan:
- Konsultansi Perniagaan / Peribadi
- Kursus Arah dan Jenis Pasaran.
- Kursus Pola 636 Potensi Pelaburan Menguntungkan.

Pelaburan komersial di lokasi perdana: PHB umum 500 juta unit lagi dana Amanah Hartanah Bumiputera 

Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mengumumkan tambahan 500 juta unit dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera menyertai pelaburan dalam hartanah komersial di lokasi perdana. 

Ia menjadikan jumlah keseluruhan saiz dana itu kepada dua bilion unit daripada 1.5 bilion sebelum ini. 

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman, berkata langganan bagi unit tambahan AHB yang ditawarkan pada harga RM1 seunit itu dibuka semalam. 

Beliau berkata, penambahan saiz dana itu disokong oleh suntikan hartanah baru dalam portfolio pelaburan PHB iaitu Menara BT di Bangsar South; Menara SapuraKencana, Solaris Dutamas; kompleks beli-belah dan pejabat, Jaya 33 di Petaling Jaya dan Blok C di Peremba Square, Shah Alam. 

“Bagi tahun ini kami melabur kira-kira RM800 juta untuk membeli hartanah siap. Suntikan hartanah baru itu membolehkan kami meningkatkan saiz dana kepada dua bilion unit,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan dana AHB yang kedua bagi 2013 di Kuala Lumpur semalam. 

Yang hadir sama, Ketua Eksekutif Maybank Asset Management Sdn Bhd (Maybank AM), Nor' Azamin Salleh. 


AHB dan Maybank AM, iaitu pengurus AHB mengumumkan pengagihan pendapatan kedua bagi 2013 sebanyak 3.25 sen seunit. 

Kedua-duanya juga mengumumkan pengagihan bonus khas sebanyak satu sen seunit untuk dibayar kepada pemegang unit yang setia. 

Bonus khas 

Ini menjadikan jumlah pulangan yang diagihkan kepada pemegang unit dana itu bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2012 sebanyak 7.50 sen seunit. Pengagihan bonus khas itu akan dibayar bersama-sama dengan pengagihan pendapatan akhir pada hari ini. 

“Pengumuman bonus khas ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada sokongan serta kesetiaan pemegang unit AHB terutama mereka yang melabur sejak dana ini dilancarkan. 

“Dengan pembayaran keseluruhan sebanyak 7.5 sen, kami berharap akan memberikan motivasi kepada lebih ramai Bumiputera untuk melabur dalam pemilikan hartanah perdana menerusi AHB,” katanya. 

Sementara itu Nor' Azamin berkata, unit tambahan dana AHB itu dijangka mendapat sambutan memberangsangkan berdasarkan prestasi yang dicatatkan sebelum ini. 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan unit tambahan itu akan dilanggan sepenuhnya dalam tempoh lima bulan berikutan meningkatnya kesedaran dalam kalangan Bumiputera mengenai manfaat melabur dalam dana amanah hartanah itu, terutama dengan mengambil kira rekod kadar pengagihan pendapatannya yang kukuh sejak ia dilancarkan pada 2010 itu. 

“Permintaan untuk dana AHB sangat menggalakkan. Tambahan 500 juta unit pada Oktober tahun lalu telah habis dilanggan dalam tempoh lima bulan. Berdasarkan prestasi itu, kami jangkakan unit tambahan kali ini akan turut mencatatkan rekod yang sama,” katanya. 

Beli hartanah strategik 

Melangkah ke hadapan, Kamalul berkata, PHB akan terus meninjau peluang untuk membeli hartanah strategik di lokasi perdana bagi menjamin arah aliran pendapatan yang tetap dan konsisten, pada masa sama mengekalkan modal pelaburan pemegang unit. 

Beliau berkata, PHB kini dalam rundingan untuk membeli tanah di satu kawasan strategik untuk dibangunkan dengan projek hartanah pada masa depan. 

“Kami berharap dapat memuktamadkan rundingan bagi pembelian tanah itu dalam tempoh terdekat ini,” katanya. 

Ketika ini, PHB mempunyai 11 hartanah siap dalam portfolio pelaburannya bernilai RM2.4 bilion.


-----------------

Tiada alasan lagi tidak pandai atau tidak mampu dalam pelaburan hartanah! Jika tak mampu beli banglo RM1 juta untuk dibuat pelaburan, maka melaburlah dalam AHB, laburlah juga tu namanya cuma dalam bentuk lain.. dapatlah juga 7.5 sen seunit dividen agak tinggi dari ASB (kalau ada dua-dua lagi baik!). 

Ingat, Bill Gates, individu terkaya dunia, ada pola 636 (pelaburan) dan beliau ada 19 buah syarikat yang beliau laburkan - anda ada berapa? ASB pun ciput, Tabung Haji baki RM200 pun keluar masuk... jadi, tak perlu salahkan orang lain jika anda tidak kaya... peluang sentiasa ada... laburlah dalam ASB, Tabung Haji, AHB, Sijil Premium, Unit Trust, Takaful with Investment, BSKL dan macam-macam lagi lah... sasaran 19 buah tempat nak dilaburkan! Goyang kaki je sebab dividen-dividen dari pelbagai sumber bertalu-talu masuk berterusan.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly