Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • Laman Utama
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan Bahan
  • Soaljawab

Kekayaan berterusan kejayaan berpanjangan

12/3/2014

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture
Cikgu Ady lahir di Mentakab, Temerloh, Pahang, jadi ini hal Temerloh mari..

Daripada tarikh lahir Dato, didapati pada bulan Disember adalah satu bulan yang baik untuk rezeki malah pada 7 Disember 2014 adalah hari yang baik untuk rezeki... clue: tengah mata angin 6.

Kemudian, dalam graf hayat Dato pula, untuk bulan Disember 2014 memang ada kod yang bagus: Virtuous Star, Performing Star, Charming Star... iaitu satu fenomena yang Dato pernah dapat semasa umur 15-24 tahun masa tu asyik menang anugerah je.. kali ini fenomena yang sama muncul pada Disember 2014.

Ini adalah satu lagi kes kajian untuk kaedah merancang kehidupan menggunakan kaedah Graf Prestasi Bulanan dan Graf Prestasi Harian (ciptaan cikgu Ady; satu-satunya seumpamanya di dunia) disulam dengan kaedah Graf Hayat... Kini dizahirkan dalam bentuk Diari Metafizik atau Software Integrasi membolehkan anda sekadar tengok dan cari tarikh yang diperlukan, tidak lagi macam dulu kena cari secara manual.

Jadi, kalau nak buat sales ke, nak buat apa-apa yang menguntungkan maka rancanglah lebih awal... gunakan sistem kaedah Prestasi secara pernomboran... versi cikgu Ady lain daripada yang lain, lagi lebih detail... orang lain hanya ceritakan potensi sahaja tetapi kaedah cikgu Ady menceritakan potensi DAN PRESTASI dengan terperinci.

Nah lihat, apa jua dalam kaedah pernomboran adalah menggunakan kes kajian yang real.. sengaja bahan kajian didedahkan kepada umum, walaupun diciplak orang lain, supaya orang tahu bahawa kaedah pernomboran adalah kaedah kajian dan ada fakta membuktinya.

Program berkaitan:
Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
Kursus "Apakah Saya Berada di Masa Yang Betul"?
Kursus Kaedah Graf Prestasi (Tahunan, Bulanan, Mingguan, Harian dan Jam)
Kursus Graf Hayat


Picture
Minyak wangi Pyrite Versi Energi Pasir Emas Mersing, Johor.

2 perempuan ada fenomena 459... sorang diberi minyak pyrite. Bila genggam tapak tangan rasa dicucuk2 & dia rasa minyak pyrite panas. Bila diurut sedikit petapak tangan dia, perempuan lagi seorang terus berubah muka jadi muka sakit & nak muntah... terus saya suruh perempuan nak muntah tu keluar. Dia terus keluar drpd tempat tu & buang semua. Kemudia baru dia ok..niat nak tolong je.. tak sangka effect dia kuat...kena sihir tu..yg pegang genggam minyak pyrite tu.. yg nak muntah tu katanya mak bapak dia ambil jin...

Seperti yang cikgu Ady beritahu bahawa tujuan minyak wangi pyrite adalah sebagai "aura ketenangan" dan telah dibacakan doa-doa, selawat dan sebagainya... tentu sahaja sebagai satu sunnah nabi saw untuk berwangi-wangian terutama dalam solat... ada kesan jika ada energi yang tidak baik... begitulah kehidupan, kadang kala kita sukar berjaya dek kerana hidup kita disulami denga perkara mistik yang pelik... pada cikgu, usahlah bermain dengan energi toksik seperti mengambil jin dsbnya... tak perlu jin boleh berjaya juga, gunakan energi diri sendiri yang boleh dijana sendiri... juga kita sentiasa perlu ada frekuensi energi yang tinggi dalam badan supaya kita dilindungi oleh anasir-anasir energi toksik... minyak wangi pyrite adalah ikhtiar dan medium.. Hanya Dia yangBerkuasa di atas makhluk ciptaan Nya...


Picture
Membeli sijil SSP di BSN Ayer Keroh, Melaka pada 5 Disember 2014 lalu (hari pola kekayaan)... cantik nombor..

Tahukah anda... jika anda ada simpanan SSP di BSN, anda boleh keluarkan wang tersebut di BSN apabila anda perlukan.. contoh, anda orang KL bercuti di Kota Kinabalu, tetiba perlukan duit, maka pergi ke BSN Kota Kinabalu dan tunjukkan kad pengenalan untuk proses pengeluaran wang.


Picture

PERANGKAP 5 DAN PERANGKAP  8

Terdapat ramai client yang masih menghubungi cikgu Ady mengadu masalah hidup walaupun telah sesi konsultansi, hadir kursus, upload energi dsbnya.. bukan sekadar kelas cikgu Ady, kelas orang lain pun dah sampai tahap tinggi tapi masih bermasalah... tak pelah, cikgu Ady ini mendengar tapi usah ambil masa cikgu Ady lama-lama sebab cikgu pun ada client lain juga... tapi tulah, mengadu dan mengadu dan mengadu... banyak ikhtiar dan dibuat tak lepas, dah berdoa, dah mandi bunga, dah mandi garam... dah macam-macamlah.. tapi sikit saja hasilnya.

Antara mereka yang mengadu sebegitu adalah mereka yang tinggal dalam "perangkap 5" atau "perangkap 8".. contoh dahlah tinggal di Block 5, kerja di Seksyen 5, alamat rumah 50 atau 18, 28, 58 dan apa-apa yang sewaktu dengan 5 dan 8... SELAGI ANDA TIDAK PINDAH KELUAR DARI PERANGKAP TU, ANDA MASIH LAGI TERPERANGKAP DAN MASIHLAH ANDA MENGADU... tapi teruskanlah ikhtiar doa, solat hajat, positif seumpamanya mudah-mudahan jalan keluar anda itu mudah dan cepat.

Picture
JODOH YANG RUMIT

Rentetan daripada kemunculan cikgu Ady di TV1 lalu untuk rancangan FEMININ bertajuk Jodoh Yang Rumit yang mana seorang ustaz Zamri telah melabelkan cikgu Ady sebagai khurafat kerana menggunakan tarikh lahir.

Nah, ustaz, sila jawab bagaimana wanita ni dah berumur 54 tahun tapi belum berkahwin.. biasanya kita senang je cakap ala jodoh tak kemana... ye lah tak kemana tapi dah 54 tahun dah! Atau, jodoh itu di tangan Tuhan... ye lah tapi dah 54 tahun kat mana tu? Nak selesaikan macam mana lagi... mandikan wanita ini bergelen mandi bunga pun tak jalan! Sebabnya adalah kerana angka 8 di tengah tu... ustaz tak tengok TV yang saya ceritakan tentang angka 8 tu dalam TV1 yang kenapa jodoh seseorang itu rumit terus sahaja kata kita khurafat... kan saya dah kata kaedah tarikh lahir adalah sebagai satu cara, panduan.... sekurangnya bolehlah kita kenalpasti apa masalah dan cadangkan penyelesaian yang sesuai.. apa yang khurafatnya tu ustaz!


Memang benar wanita berumur 54 tahun ini belum berkahwin lagi adalah kerana "8" itu adalah tanggungjawab... walaupun cikgu Ady dah cadangkan beberapa strategi penyelesaian, beliau masih tak nak berganjak dengan "tanggungjawab" tu.. itulah.. jodoh memang rumit..

DARIPADA PEMERHATIAN CIKGU ADY, MAJORITI WANITA YANG MASIH BELUM BERKAHWIN SEHINGGA UMUR MELEBIHI 30 TAHUN ADALAH KERANA TINGGAL/BERTANGGUNGJAWAB DENGAN IBU/ BAPANYA.... walaupun ramai peserta wanita yang dah join program berdoa kasih sayang sebelum sebelum ini tetapi masih sampai sekarang belum sampai jodohnya adalah bukan kerana tiada jodoh, tetapi diri anda terhalang dek kerana tanggungjawab maka anda terpaksa tolak energi jodoh tersebut... ikhtiarkanlah terus ikhtiar daripada tidak berbuat apa-apa. 

Program berkaitan:
Konsultansi Peribadi
Kursus Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian daripada perspektif Metafizik.


Picture
Seperti kebiasaan, biasanya bulan Disember sebagai penanda cukup haul setahun, maka kita tunaikan zakat pendapatan... bolehlah kita claim dengan LHDN nanti bagi mereka yang bekerja dan dikenakan cukai pendapatan.

Salah satu indikator rezeki kita meningkat, berkat adalah meningkatnya bayaran zakat dari setahun ke setahun... biasanya untung banyak/ duit banyak maka zakat adalah banyak.. jadi, sebab itu salah satu tips berdoa adalah mohon Allah swt bagilah kita peluang untuk bayar zakat lebih banyak.. secara tidak langsung maknanya untung banyak.

Sila berurusan dengan pejabat zakat.. usah main teka je zakat berapa rm... sebab zakat ini adalah satu sistem pengurusan kewangan... sape kata Islam tak pentingkan harta, duit. kekayaan, nak berzakat pun kena ada sistem.. gunakan saluran yang betul.. banyak persoalan tentang zakat dari simpanan Tabung Haji lah, zakat bagi terus kepada orang miskin dsbnya... usah memandai bagi zakat kepada orang miskin begitu sahaja sebab bukan semua orang miskin layak dapat zakat tau! Senang cerita pergilah pejabat zakat.. asyik pergi Shopping Mall boleh je.. pejabat zakat tak pernah jejak kaki, sendiri tanggunglah bila bisnes dropped...

Ada juga yang mengadu dah bayar zakat tapi hidup masih bermasalah kewangan.. alahai, zakat itu tanggungjawab kena tunaikan tanggungjawab.... beli rim tayar RM5 ribu boleh pulak.... kalau betul ikut cara dan semangatnya, anda akan memahami keindahan kekayaan dalam Islam menggunakan zakat... yang penting Islam mengajar SISTEM PENGURUSAN KEKAYAAN! Yang kewangan anda bermasalah walau dah bayar zakat itu perlulah tengok faktor-faktor lain juga.

Picture
Pada Jumaat 5 Disember 2014 lalu berlangsung sesi berdoa kekayaan di Kulai, Johor.. ada 3 waktu berdoa dan seorang peserta telah key-in sales beliau dalam waktu berdoa sebelah malam... beliau bersyukur dapat untung RM14K pada malam tersebut dalam masa 2 jam...yuran berdoa RM38 sahaja sebagai cover kos... itulah, kita berikhtiar termasuk ikhtiar berdoa... barulah kita dapat rasa kebesaran nikmat Nya dengan lebih berkesan atas usaha dan ikhtiar itu.


Picture
Semalam pihak DM Synergy, yang sebagai agen kepada Raudhah Travel dan Mawar Sari telah memberikan cikgu Ady 30 keping voucher... setiap satu voucher bernilai RM200 yang boleh digunakan untuk tambang umrah atau percutian... Masyallah, 30 keping x RM200 dah jadi RM6,000! Bermakna, cikgu Ady boleh pergi umrah PERCUMA lah.. Ya Allah, memang ada jalan untuk ke umrah selain daripada sekadar menyimpan tabung.. itu belum lagi "bonus" jualan yang dapat sebab cikgu Ady daftar "dua lot"... jadi, tak ada alasan kata sukar nak simpan duit pergi umrah... kita buatlah berniaga sikit-sikit kan berniaga tu sunnah Nabi saw... alang tu dapat untung, dapat pergi umrah percuma... 

Memang Allah swt permudahkan jalan bagi mereka yang mencari keredhaan Nya.

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, hubungi Puan Roha 017 700 0696.. sila beritahu yang anda tahu perkara ini daripada website cikgu Ady ye.

Pada 6 Disember 2014 lalu, bertempat di Kampung Permatang Duku, Benut, Johor, cikgu Ady dan Admin/ Team telah dijemput untuk menghadiri majlis Hari Keluarga Keturunan Bentan... cikgu Ady diberikan tugas untuk membaca doa pembuka majlis dan kemudian ditugaskan untuk membaca selawat Nabi saw di akhir program perasmian...sempat bergambar dengan Sri Paduka Tribuana Kesultanan Bintan Darul Masyhur di Kepulaun Riau, Indonesia.

Cikgu Ady bukan keturunan Bentan sebaliknya keturunan Raden dari Surabaya.. tak pelah, janji kita ini bersaudara serumpun nusantara, walau daripada komuniti berbeza tetapi saling menyatukan satu sama lain untuk kesejahteraan umat.

Menariknya, cerita kawasan kampung ini yang pernah menjadi pusat perdagangan semasa zaman British lalu dan semasa perjalanan keluar kampung terperasan 2 buah rumah yang dipasangkan papan tanda kecil berwarna kuning.. tak ingat apa tulisannya tetapi katanya persinggahan Tuanku Sultan Johor semasa Kembara Mahkota Johor sebelum-sebelum ini... padanlah jalan kampung bertar macam jalan baru je... kampung ini katanya pernah menang RM300 ribu untuk satu pertandingan keceriaan kampung dsbnya.

Memang aura kesultanan hari tersebut.

Picture
Picture
Bulan mengambang penuh... cantik betul ciptaan Nya... pada malam 6 Dis 2014 di Dataran Johor Bahru menghadiri Majlis Qasidah... suasana yang begitu baik energinya... 

Alhamdulillah cikgu... org yang cikgu rawat tu menang Pertandingan Inovasi & Kreatif... suami dia dinaikkan pangkat sebagai Pengarah... sekarang dia nak bahagia dan berjaya... dia happy dan bahagia..

Ikhtiar rawatan Berdoa Kekayaan + Transfer Energi... kali ini ikhtiar berdoa pada hari dan waktu yang "dikira".

Seorang pelajar pernomboran akan menunaikan umrah kali ke-2 pada pertengahan Disember ini dan beliau juga adalah peserta beberapa pakej energi... syukur dapat buat umrah kali kedua dan baru dinaikkan pangkat... alang-alang beliau berada di Mekah nanti kebetulan pada 19 dan 21 Disember 2014 adalah hari berdoa pola kekayaan daripada perspektif pernomboran, jom kita buat amalan... PROGRAM DERMA/INFAK/ WAQAF AL-QURAN KE MASJIDIL HARAM... mohon sumbangan dibuat selewatnya 10 Disember 2014.

Mereka yang join program (kod SW / DW / MW) akan diberikan waktu berdoa kekayaan pada 19 dan/ atau 21 Dis... Ini peluang untuk kita buat amalan di hari yang baik...selama ini kita sekadar berdoa di sejadah kali ini berdoa/ beramal ditambah dengan waqaf Al Quran.. di Masjidil Haram pulak tu! Jom..

Tarikh 21 Dis 2014 adalah tarikh 10 tahun kekayaan "duit masuk-duit terkumpul",,, macam ni punya pola sukar nak cari.. Mudah-mudahan sumbangan kesungguhan kita kepada Nya dapat keberkatan rezeki untuk 10 tahun, kita ikhtiarkan... Manakala tarikh 19 Dis pula banyak tarikh yang baik untuk tingkatkan prestasi perniagaan, pelaburan, networking dsbnya... Jumaat pulak tu! Memang best memang power. Jom ikhtiar.  
Picture

Testimoni penggunaan Software Integrasi di dalam trading forex/ gold... sekurang-kurangnya ada panduan dalam trading bukan macam dulu main ikut sedap hati je... beli lah satu software sekarang! Inilah satu-satunya seumpama di dunia.. memang unik tak pernah dibuat orang.. gubahan dan kajian cikgu Ady untuk kejayaan anda!  Hubungi En Nizam 012 769 3807.
Picture

Picture
PENEMUAN TERBARU CIKGU ADY 2014

PERHATIAN!! AWAS!!
Kepada mereka yang bekerja di hospital, klinik atau pusat perubatan, termasuk tukang urut/ refleksologi.


Seringkali kita dengar mereka ini selalu serap dan bawa balik energi negatif / toksik daripada pesakit ke dalam diri mereka dan tempias kepada ahli keluarga... biasanya ikhtiar adalah cleansing seperti grounding tanah, mandi air garam, doa, zikir dsbnya... namun, walaupun mereka dah buat cleansing tetapi energi toksin masih ada.

Rupanya, daripada pemerhatian cikgu Ady mendapati bahawa: BAHAN-BAHAN MILIK KAKITANGAN/ PEKERJA PERUBATAN/ KESIHATAN JUGA MENYERAP ENERGI TOKSIK DAN PERLU DI"CUCI"


Kes ini berlaku apabila seorang bekas jururawat sebuah hospital mendapatkan khidmat cikgu Ady...dah tak bekerja hospital dah setahun lebih... baru duduk berjumpa terus sahaja cikgu Ady sakit kepala menunjukkan gelombang aura energi beliau tidak bagus... tetapi beliau dah berpuluh kali mandi garam dan macam-macam cleansing lah... jadi cikgu Ady pun buatlah sedikit cleansing untuk beliau dan ianya ok.... tapi apabila beliau menyerahkan wang yuran, terus tersentap sakit kepala sekali lagi... kini baru faham, bahawa barang-barang milik kakitangan seperti dompet, name tag, tali pinggang, kasut dsbnya perlu juga "cleansing" sebab bahan-bahan itu pun masuk hospital juga kan... ye lah, uniform dan stokin dan pakaian dalam dah cuci dobi tapi dompet, name tag macam mana nak dobi?

Banyak cara ikhtiar.. nanti belajar dalam kelas cikgu Ady/ konsultansi. Satu cara seperti berikut;
1.  Beli sekotak sabun tanah liat seperti sabun Taharah, sabun Nasuha Samak & Sertu atau Cosway Dead Sea Soap seumpamanya... janji tanah! Ataupun ambillah tanah kat luar rumah tu sikit.
2. Basahkan dengan air sedikit, kalau boleh air zam-zam, kain putih yang bersih.
3. Colek/ calit kain tu atas sabun dan sapu atas dompet, name tag, kasut dsbnya.
    Tak perlulah basuh dompet macam mandikan kucing.. kang beg kulit tu terkopak haus terkena air....
     Sekadar basah sambil lalu je... bacalah selawat sepanjang proses, niatkan energi toksik keluar.
4. Keringkan dengan lap kain putih yang kering.

Ala, macam proses sterilization (menyahkuman) menggunakan oven steam untuk  spatula dll tu kan.. kali ini takkan nak masak ikan stim pulak dompet dan kasut tu tapi sekadar macam samak/ basahkan ringkas sambil lalu seolah mengeluarkan energi yang toksik... buatlah seminggu sekali atau kerap kali...

Kat rumah jika ada barang barang hospital seperti tropi anda menang hari sukan hospital pun kena "cuci" dulu, apatah lagi kalau stretcher pesakit pun anda bawak balik rumah buat tidur atau kereta ambulan anda parking dalam rumah...semua itu membawa energi toksik! Bukan sekadar badan anda sahaja! Motor dan kereta yang anda parking dalam hospital pun ada tempias jugak... tu yang buat sales pakai kereta yang dibawa ke hospital macam tak menjadi je sebab kereta itu ada energi toksik! Cuci dengan tanah sikit...


Picture
AWAS KEPADA PARA ISTERI! DAN WANITA YANG SEDANG BERTUNANG 2015.

Selain tahun 2015 cikgu Ady jangka tahun krisis ekonomi (dari awal tahun 2014 dah cakap), satu lagi krisis 2015 adalah tentang MASALAH RUMAHTANGGA... ini disebabkan tahun 2015 ada pola 18 yang sering ditemui pada ibu tunggal.

Dengan kata lain, untuk tahun 2015 ini, dijangka ramai wanita yang join group Ibu Tunggal... marahkan/ benci suami, lari dari suami, minta dicerai dari suami seumpamanya.... tak dinafikan para suami pun mesti mainkan peranan tapi fenomena 2015 ini lain macam sikit,,, kalau dulu isteri boleh bersabar banyak tapi nak masuk 2015 ini dah habis ubat sabar tu... relaks puan-puan sekelian... bawak bertenang, usah terus beremosi ambil jalan perpisahan... sabor jelah untuk 2015 ini, lantaklah suami tu buat perangai, nanti 2016 kita cerita lain! Yang penting, usah jadikan anda sebagai mangsa... kesian wanita jadi mangsa permainan kitaran dan fenomena alam...

Menariknya, bila tahun 2015 tahun ramai wanita jadi ibu tunggal kan, bila tahun 2016 adalah "tahun tarikan" iaitu potensi berkasih, bercurang dsbnya.. maka wanita-wanita ini akan cari suami-suami orang untuk mengisi kuota empat yang ada pada tahun 2016.. seolah tahun 2016 macam satu pesta tahun berpoligami pulak... Jadi, apakah anda sebagai wanita mahu turut serta dalam permainan alam sebegini? Atau anda mahu memperkasakan diri anda wanita sebagai seorang insan yang berjiwa pejuang? Usah mengalah!

    Tahun 2015 Isteri Bermasalah

Klik Hantar

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    cara kiraan dan maksud serta contoh

    ADA STOK
    tempahan: 017 769 7946


    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.