Bulan Mei, sebagai petunjuk dan pasak untuk perjalanan tahun seterusnya akan berakhir dan bulan Jun merupakan permulaan perjalanan tersebut. Bagi anda yang tak sempat mengikuti program2 bulan Mei (sama ada secara pakej atau tarikh2 pilihan), adalah sebaiknya mengikuti program bulan Jun bagi memperkemaskan perjalanan.
Bulan Mei 2018 kita lalui dengan banyak fenomena yang kurang baik.. kejatuhan satu empayar diikuti dengan kehilangan pendapatan bagi ramai orang merupakan satu petunjuk yang membimbangkan kerana kita bakal melalui tahun Vacuum + Blocking + Terminating Star 2019 nanti (sama seperti 2015 lalu). Bagi yang berjaya naik dan kekal positif dalam bulan Mei berada dalam landasan yang baik bagi melalui bulan2 seterusnya dan tahun hadapan. Bagi majoriti kita ini memerlukan perubahan untuk situasi dan energi yang baik dan positif maka bulan Jun sebaiknya dimanafaatkan sebaiknya.
Nama sudah baik, tempoh hidup sudah baik.. tapi mengapa belum terjadi kejayaan dan belum ada jodoh? Ada pelbagai faktor lain yang diperlukan untuk mencipta kejayaan seperti arah yang baik, keserasian kerjaya/ bisnes dsbnya. Yang dijawabnya adalah perihal sihir... ini menunjukkan terdapatnya unsur mistik yang menggangu potensi kejayaan seseorang itu. Terdapat sebilangan orang yang menolak sama sekali perihal mistik dalam kehidupan di zaman moden ini, karut katanya, tetapi hakikatnya ada individu yang mengalami fenomena sebegini. Sehingga kini sains teknologi belum dapat menjawab fenomena mistik sebegini, jadi takkan nak tinggalkan isu ini begitu saja maka kaedah alternatif seperti rawatan energi seumpamanya sebagai satu ikhtiar. |
Ini satu contoh yang mana perihal kaedah metafizik menjadi sains. Terapi mandi ais merupakan salah satu daripada bidang metafizik yang telah wujud puluhan tahun, dahulunya dan sehingga kini digunakan sebagai ikhtiar bagi tujuan rawatan dan pemulihan energi dan aura seseorang.. rupanya ada kajian sains mendapati ada kaitan antara terapi sejuk dengan senaman (perihal metabolisma). Jadi, golongan pro-sains yang menolak kaedah metafizik buatlah senaman fizikal 1 jam tak perlu buat terapi ais dan tak perlu nak kutuk metafizik bagilah peluang terapi ais bagi individu yang tak dapat buat 1 jam senaman fizikal (orang tua yang sakit saraf dsbnya). |
Yang ini bukan dari metafizik tetapi dari kajian sains. Ada beberapa individu yang bertanya tentang mengira tarikh kematian menggunakan kaedah metafizik pernomboran namun pihak kami tak buatkan kajian sedemikian kerana kami lebih pentingkan tentang kelangsungan dan kejayaan hidup. Memang pernah dibuat kajian tentang tarikh kematian sekitar tahun 2008 lalu namun sukar untuk dijadikan modul analisis memandangkan terlalu banyak faktor dan parameter yang diperlukan. |
Ada individu yang dilahirkan bukan sebagai usahawan sebaliknya kerja sebagai guru, begitu juga ada orang dilahirkan bukan sebagai guru, sebaliknya sebagai usahawan... kan adil begitu takkan semua orang usahawan nanti sape yang mengajar subjek Matematik pulak ya... namun ada yang dilahirkan sebagai usahawan dan guru. Kenali potensi diri bagi memastikan apa yang sebenar dan sepatutnya.. namun dalam kaedah pernomboran, ada strategi untuk mendapatkan tambahan potensi atau potensi yang berbeza... ada cara untuk "adjust"/ "modify" menggunakan kaedah pernomboran juga.. mungkin daripada perihal tempoh masa dsbnya. Tuhan masih bagi ruang untuk kita ikhtiarkan sesuatu tambahan kepada apa yang patut kita lakukan. Perkhidmatan yang disediakan: - Sesi Konsultansi Peribadi. - Kursus Asas Penomboran Potensi Diri. - Buku Kenali Potensi Diri (Biru & Hijau). |