Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • Laman Utama
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan Bahan
  • Soaljawab

Kekayaan Adalah Kejayaan

5/11/2015

0 Comments

 
Peserta pakej Energi April dan Energi Mei 2015:

Dari bulan lepas setiap kali berdoa saya doakan abang saya lulus ..alhamdulilh... selesai dah .. sebelum ni dah bayk kali gagal... Lepas ni dia dah jadi doctors pakar bedah...alhadulilah berjaya dah dia.. Tq ye cikgu

PERHATIAN: Mulai hari ini, sdra Pak Lah, salah seorang panel kami perawat/ konsultan alternatif akan meneruskan haluan perjuangan sendiri tidak lagi bersama kami untuk beliau lebih mudah bergerak, oleh itu bagi urusan berkaitan rawatan energi (jalur emas) atau batu cincin boleh terus dengan beliau dan urusan bagi perihal pernomboran/ metafizik tarikh lahir/ metafizik energi alam/ berdoa, boleh terus dengan pihak kami seperti biasa.

Tahun 2016 adalah pola 279 iaitu satu pola yang sering ditemui dan dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang... 2016 adalah 2+0+1+6=9, akhirnya setelah 2015=8 yang tekanan ini, ada ruang baik untuk baiki dan bangkit semula daripada tekanan 2015... seperti yang cikgu Ady beritahu, bulan Mei adalah bulan yang perlu kita positif sebab bulan Mei menggambarkan apa yang berlaku pada 2016 nanti.. tak perlulah kena betul2 berjaya dalam bulan Mei ini tetapi sekurangnya sudah ada "pergerakan" yang positif... niat, impian, azam, langkah pertama, mencari dsbnya... dan bulan Jun juga sepertimana bulan Mei adalah bulan yang menggambarkan tahun hadapan. Jadi, bagi tahun kasih sayang dan cinta pada 2016, mari kita mula berpositif untuk cinta dan kasih sayang!
Klik Utk Hantar

Peserta Energi Alam Gunung Jerai 16 Mei 2015:

Mlm tadi sy mimpi jelas banyak2 tulisan Allah atas langit… berderet2… lps tu sy berjalan dengan langit yg mendung nak hujan.

Picture
Audit Premis Perniagaan

Semasa di Perlis 17 Mei lalu untuk program ikhtiar berdoa, sempat singgah di satu premis perniagaan seorang peserta. Beliau menyewa 3 pintu kedai tapi yang 1 pintu yang aktif dan menguntung tapi kenapa dua lagi tak produktif. Setelah dibuat audit menggunakan kaedah pernomboran didapati sebenarnya setiap satu kedai itu punyai "sifat" berbeza.

Yang satu kedai tu bersifat "untung" maknanya letak apa saja boleh untung. Yang kedai kedua bersifat "promosi" maknanya kena sentiasa ada promosi barulah kedai itu hidup. Sebelum ini bisnes di kedai tersebut tak maju sebab tiada konsep "promosi". Manakala satu kedai lagi bersifat "stor" sebab tu bisnes runcit dan jahitan di situ sebelum ini tak jalan sebab dia bersifat stor menyimpan! Tapi ada strategi walaupun stor boleh juga buat bisnes.

Audit premis perniagaan adalah perlu kerana banyak faktor yang mempengaruhi perjalanan potensi tarikh lahir seseorang usahawan. Usah tengok tarikh lahir semata-mata sebab banyak lagi faktor yang perlu dikaji. Barulah kita faham sekarang kenapa sebelum ini ramai yang pergi ke kelas tarikh lahir tapi tak berjaya sebab walaupun tarikh lahir power kalau premis rumah dan kedai tunggang langgang tak guna jugak!

Untuk tempahan audit premis perniagaan/ kediaman: En Nizam 012 769 3807

Dari Perlis turun untuk balik KL singgah Sungai Petani dulu... untuk satu lagi audit premis perniagaan... kali ini kes lain pulak... iaitu sering ada gangguan misteri dalam premis menakutkan staff-staff. Setelah diperiksa, ada satu bilik yang banyak sangat energi "berkeliaran" macam pesta karnival energi pulak.. energi tak bagus pulak tu.. tuan punya mengakui yang ustaz yang dipanggil sebelum ini juga mengatakan bilik tersebut banyak gangguan jadi confirm lah ye di situ.... setelah siasatan audit mendapati gangguan ini bersifat "ramai kanak-kanak yang nakal bermain sana sini" bukannya tujuan merosakkan kedai cuma main-main nakal... mungkin ini padang permainan mereka kot... dan barang yang disukai rupanya sebentuk "globe" di situ... jadi beberapa strategi dicadangkan bagi menghadapi situasi begini.

Lain kedai lain pula sifat dan energinya.... kalau tak check premis main beli dan sewa je beginilah jadinya! Elok check sebelum sewa/ beli dan sekali lagi selepas beroperasi.

Untuk tempahan audit premis kediaman/ perniagaan: En Nizam 012 769 3807. 


Picture
Tempohari di Terengganu, buat satu audit premis kediaman sebab ada kes anak lari dari rumah serta gangguan misteri di rumah. Setelah audit didapati gangguan yang datang "sekadar lalu" dan tiada kaitan dengan anak yang lari dari rumah. Namun, bagi ikhtiar mendapatkan semula anak, beberapa strategi untuk ikhtiar dibuat dan bagi "gangguan" pula beberapa strategi ikhtiar dicadangkan bagi mengurangkan kes tersebut.


Bagi mereka yang mahu membina/ membeli rumah, elok pastikan / audit dulu rumah bagi mengenalpasti elemen dan warna serta arah yang sesuai untuk setiap seorang penghuninya dan elok juga apabila sudah menduduki rumah, sekali lagi audit dibuat bagi memeriksa jika perlukan pembetulan atau pemantauan.

Untuk tempahan audit premis kediaman/ perniagaan: En Nizam 012 769 3807. 


Picture
Ramai mengadu sukar buat sale/ marketing... kalau kata leader sales selalunya cakap "ikut cara orang yang berjaya" tapi walaupun dah ikut cara yang sama dengan leader berjaya tapi masih tak berjaya... sebenarnya secara logik mana boleh orang berjaya di tempat dan pasaran yang sama.... Tuhan Maha Adil iaitu tiap orang ada arah/ tempat dan pasaran yang berlainan supaya kita semua ada rezeki masing-masing.... jadi secara logiknya lain orang lain tempat, lain pasaran dsbnya... nak tahu perihal perbezaan tempat dan pasaran maka cubalah buat di banyak tempat dan banyak pasaran.. setelah berpenat berpuluh kali mencuba (istilah tiada kegagalan dalam mencuba untuk kejayaan... tapi sebenarnya membuang masa) mungkin dapat tahu tempat yang betul dan pasaran yang betul itupun terhad... jadi ada satu cara "shortcut" tak buang masa dan tenaga adalah menggunakan kaedah kajian daripada tarikh lahir versi cikgu Ady mendapati setiap orang ada arah dan pasaran yang berbeza... jom, pelajari teknik arah, pasaran dan masa dalam membuat sales dan marketing... tak susah pun buat sales, close sale boleh berpuluh ribu... ikut arah, pasaran dan masa yang betul!

Lagi filem Hollywood guna angka 38 / 83... dua filem James Bond..
Die Another Day - serangan Icarus ke garisan 38 sempadan Korea Utara / Selatan
Diamonds Are Forever- berlian seberat 83 karat. 

Minyak wangi pyrite versi doa Energi Alam Gunung Jerai 16 Mei 2015... stok terhad. Minyak wangi yang didoakan oleh Pak Habib (Perlis) dan seterusnya direndam dalam air Telaga Tok Syeikh (bagi ikhtiar energi ketenangan) dan seterusnya dijemur untuk energi matahari (ikhtiar energi kecergasan) di atas seketul batu di Padang Tok Sheikh dan didoakan... tentunya ini versi istimewa kerana terdapat fenomena awan kalimah Allah semasa kami berdoa mudah-mudahan ada tempias energi ke botol-botol yang dijemurkan di situ... mudah-mudahan ini satu ikhtiar untuk kita berusaha secara alternatif...dengan izin Nya jua.

Picture
Produk terbaru Metafizik Energi Alam.
Beras dan biji2 jagung serta batu-batu kristal.. biasanya bahan sebegini digunakan oleh orang tua dulu-dulu untuk ditabur di kawasan rumah/ premis kedai bagi tujuan energi positif untuk rumah/ kedai... cara moden kita letak dalam pasu bunga di rumah / kedai usah kotorkan kawasan dengan beras/ jagung pulak.


Bahan ini kami doakan di Gunung Jerai pada 16 Mei lalu namun bahan ini tidak dijual kepada umum - setakat ini hanya dijual kepada peserta Grup Energi Mei sahaja disebabkan stok terhad (kerana bukan sebarangan beras/ jagung perlu banyak proses dan kos). Insyallah jika ada bahan lagi dan ada kesempatan didoakan nanti akan diberitahu.


Peserta program Upload Energi Alam - Gunung Jerai 16 Mei 2015:
Di padang tok sheikh. Cikgu dan rombongan sembahyang zikir dan tahlil. Dapat lihat awan berkumpul menjadi satu. Kalimah Allah Muhammad.

Program Upload Energi Alam pada 16 Mei 2015 di Gunung Jerai.

Kami sampai dalam jam 9.30 pagi mendapati kawasan parkir di kaki Gunung Jerai sesak ramai orang dan jalan masuk ditutup, rupa-rupanya ada karnival Jabatan Bomba dan Penyelamat di situ serta penganjuran larian di situ... pada mulanya kami bercadang membatalkan program tapi dapat setelah diusahakan dapat juga laluan ke atas... kan 16 Mei energi bagus tu aura ramai orang.

Program pertama adalah program Grounding Energi dan mandi di Telaga Tok Sheikh. Cuaca agak panas ketika kami naik van ke situ... namun ketika sedang membuat mandian untuk seorang peserta, tetiba hujan gerimis dan guruh berdentum terkejut kami, lepas tu cuaca kembali panas... mandian menggunakan set mandi bunga.

Program seterusnya adalah berdoa di Padang Tok Sheikh... ketika kami masuk kawasan, terdapat beberapa orang sedang membuat aktiviti berdoa juga dan kelihatan banyak pepatung berterbangan. Kami buat solat Dhuha dan Solat Hajat dan seterusnya buat tahlil dan berdoa... ketika berdoa makin banyak pepatung berterbangan (lihat foto di atas)... tercapai juga hasrat En Nizam untuk tengok pepatung yang banyak sebab program pertama dahulu banyak pepatung tapi program kedua tiada pepatung, kali ini banyak dan berpanjangan.

Menurut 2-3 orang peserta menyatakan melihat gumpalan awan yang membentuk kalimah Allah bergerak pantas melintasi atas kami sewaktu berdoa namun mereka tak sempat ambil gambar.

Jika ada pihak yang mahu menganjurkan program energi alam di Gunung Jerai bersama kami, bolehlah hubungi kami untuk bersama ke sana.

Picture
Ingatkan cikgu Ady perasan sorang-sorang pakaian busana melayu... alih-alih tadi 18 Mei diumumkan konsert terbaru kumpulan rock Wings di Istana Budaya... konsep busana dan warisan... kena dah tu dengan lagu Inspirasi Taming Sari.


Picture
Menjemput semua klien/ kenalan ke Majlis Anugerah Sijil Penghargaan dan Pemakaian Selempang di Muzium Perkampungan HangTuah di Melaka pada Sabtu 30 Mei 2015. Cikgu Ady akan mewakili kumpulan metafizik kita ini... Ada mini karnival kesenian dengan persembahan silat daripada beberapa wakil pertubuhan serta majlis resepsi perkahwinan ala melayu tradisional... menarik, warisan nusantara.... dijemput hadir.


Program Upload Energi 14 Mei 2014 di Air Terjun Gunung Pulai, Johor.

Kali ini 'berkenalan' dengan seekor lagi rama-rama tapi berlainan jenis... Subhanallah, memang cantik dan memang jinak... tak pernah nampak rama-rama jenis ni seumur hidup... ada sape-sape tau nama rama-rama tu? Sebelum ini, rama-rama lain hijau/ kuning.

Semasa program berlangsung,, langit mendung dan seterusnya gerimis hujan tapi sekejap lepas tu panas terik semula dan nampak suasana di air terjun begitu bersih dan indah serta berseri cahaya dek pancaran matahari bercahaya... segar mandi bunga dengan air yang 'asli' serta doa-doa.... memang menakjubkan energi alam ciptaan Nya.

Jika ada individu/ kumpulan berminat untuk anjurkan program energi di Gunung Pulai Johor, sila beritahu kami.

Masih Sayang.. Zamarul, Diana Rafar Nikah Semula 16 Mei Ini
SEBELUM ini, pergolakkan rumah tangga antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar mengejutkan ramai pihak apabila pasangan ini mengakui sudah sah bercerai secara diam-diam sejak 15 Januari lalu. Namun, ternyata jodoh pasangan ini masih kuat untuk hidup bersama. Memilih untuk ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’, Zamarul dan Diana bakal bernikah sekali lagi pada 16 Mei ini untuk kembali hidup bersama setelah empat bulan berpisah.


-------------

Seperti yang cikgu Ady beritahu tahun lepas bahawa tahun ini 2015 ramai wanita yang "memberontak" dan kes cerai meningkat... namun, cikgu Ady ada berpesan bahawa bulan Mei adalah tingkap untuk melihat apa yang berlaku tahun depan 2016... lihat fenomena yang berlaku itu sungguh terkesan... alangkah baik sangat pada bulan Mei ini kita ikhtiar dan berusaha untuk menjadikan diri kita dalam situasi yang positif.. usahlah fikir yang negatif memang ada pun sentiasa... yang penting LOOK FORWARD FOR SUCCESS!

Kebetulan, 16 Mei 2015 ini, kami akan buat program Energi Alam 38 dari Gunung Jerai.. kebetulan juga energi Hari Guru, serta kebetulan hari Israk Mikraj... jadi memang best program 16 Mei ini! Tak dapat ikut kami naik ke Gunung Jerai? Tak mengapa kita ikhtiar secara jarak jauh, kita berbuat sesuatu daripada tak buat apa-apa untuk bulan Mei ini! Jom, kita rawat hati yang duka lara ini atau sakit yang berpanjangan di dalam bulan Mei ini (sakit mental, sakit dompet, sakit kerja dsbnya), kena ikhtiar untuk kita cemerlang pada tahun 2016 nanti! Takkan nak berdiam diri lagi kot dah nak habis bulan Mei ini dah.

Picture

Picture

Picture
Baru-baru ini cikgu Ady dapat satu kes perihal seorang wanita yang tetiba memberontak menengking ibu bapa dan lari dari rumah serta memboikot keluarga... apalah punya orang, mak bapak sendiri diboikot, dahlah perempuan, kang susah nak dapatkan wali untuk nikah dan berstatus anak derhaka payah lah energi kehidupan nanti.. si ibu dah puas menangis, si ayah dah puas cuba cari berubat dah berhabis RM50 ribu namun belum ada kesan.


Apabila dilihat daripada Petak Motif Hayat (satu kaedah ciptaan cikgu Ady) mendapati individu ini dalam tempoh "tekanan" untuk satu tempoh panjang iaitu 30 tahun BERDERET. Yang peliknya wanita itu seorang graduan universiti dan berkarier besar, dahulu seorang gadis yang ceria.. tak logik jadi anak derhaka, tapi itulah kita bukan tahu perasaan pendam tekanan beliau... jadi di dalam kes ini memang berat dan rumit untuk diselesaikan MELAINKAN DIRI EMPUNYA yang mahukan perubahan.


Bagaimana dengan anda? Pasangan anda? Anak anda? Mahukah anda mahu tahu:
-  siapa yang ada tempoh tekanan dan bila
- siapa yang tempoh tekanan yang panjang
- siapa yang tidak perlu tempoh tekanan.


Untuk dapatkan Graf Motif Hayat ini secara WhatsApp:
1. Bank in RM30 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 7018546381  Eddy Rosyadie
2. Hantar maklumat nama dan tarikh lahir ke 016 624 9666 (WhatsApp).

Perhatian: 
- sila tunggu 2-3 hari mungkin ramai yang menempah jadi ikut giliran.
- anda cuma tahu tentang tempoh tekanan, tempoh halangan, tempoh networking, tempoh rezeki... maklumat lanjut tentang petak dsbnya tidak diberikan. Jika anda perlukan maklumat lebih mendalam ada caj tambahan.
- Untuk kelahiran tahun 1960 ke atas sahaja.


Tempahan 1: 
Minyak wangi Pyrite versi Energi Alam Gunung Jerai 16 Mei 2015 bersempena energi hari Israk Mikraj
Sebotol RM138 + pos RM10 + GST RM0... mana ada GST...

Tempahan: WhatsApp / SMS ke 016 624 9666

Memang tak ada dibuat orang hanyalah cikgu Ady bawa minyak wangi naik ke Gunung Jerai untuk didoakan dan energi alam ciptaan Nya. Foto dibawah adalah batch yang sebelum ini, kini batch seterusnya - seperti biasa stok terhad dan akan tempahan dibuka.

Tempahan 2 
Pek Mandian Bunga iaitu bahan-bahan bunga segar serta "pati 1000 bunga" yang akan didoakan dan energi alam ciptaan Nya di Gunung Jerai juga 16 Mei 2015. Sekali lagi memang tak ada dibuat orang hanyalah cikgu Ady yang bawa ke atas Gunung Jerai, cuma oleh kerana sifat bunga maka tak dapatlah bertahan lama akan layu selepas beberapa hari jadi ianya hanya boleh dibeli pada Ahad 17 Mei 2015 bertemu kami di Masjid Kuala Perlis jam 10.30 pagi - 12 tghari (semasa program berdoa kekayaan di Masjid berkenaan).

Foto dibawah: pek bunga semasa program Energi Ulu Bendul tahun 2014 lalu.


Cara mandian bunga:
Zaman dulu mana ada sabun mandi aromaterapi, jadinya semulajadi orang dulu-dulu menggunakan bungaan segar termasuk limau purut. Zaman sekarang beli je sabun mandi Aromaterapi dan Syampu Limau Purut.. tapi bahan kimia lah kan... kalau mandi di rumah agak sukar sebab confirm tersumbat saluran air bilik air penuh dengan bunga... sebab tu senang mandi di air terjun atau air telaga, lagi real air yang segar dan tak ada klorin... tapi nak buat kat rumah pun boleh... masukkan pek bunga dalam baldi, potong limau dan perahkan ke dalam air atau lumurkan di seluruh badan, masukkan air dan kacau air 7 kali arah lawan jam.. bacalah selawat dan alfatihah... mandi seperti biasa dan bilas... untuk elak saluran air tersumbat,  bungaan ditapis tinggalkan air bungaan sahaja untuk dibuat mandi.



Picture
...sabtu minggu lalu sy brjumpa dgn custmr... calit sikit m.pyrite edisi energy ulu bendul di nadi2 sprt lengan, belakg telinga... mmg customr ini susah nk dengar sebarang produk yg diperkenalkn tpi hari itu dia cukup berminat mndengardan ksi respon yg baik. Katanya dia rasa selesa, nyaman... sy dpt yakinkn custmr dan dia brcadang utk membeli 50gm goldbar 999.9. 
Picture
Assalamualaikum.. Cikgu, saya ada join program Cikgu kt ledang, Alhamdulillah ada perubahan.. sblm ni x penah mandi bunga pn, skg dah faham aura yg dimaksudkan.

Assalamualaikum Cikgu Saya dah hampir 1 bulan buat Rawatan Pantai Emas Mersing. Saya Sampai sekarang bau Bunga yang cikgu bagi untuk mandi tu. 1 minggu nie, saya selalu sangat nampak Seperti Pasir/hujan Emas Menimpa Wajah saya dalam separuh sedar sebelum saya dibuai mimpi. ... saya bersemangat dan bahagia. Saya suka seperti tiada halangan yang datang.

Program Riadah Munajat Energi Alam di Gunung Jerai pada 16 Mei 2015, berkumpul di parkir jam 9.30 pagi.. kita bermunajat di tempat tinggi.. "mencari" Yang Maha Kuasa di "atas" sana.... mengimbau perjalanan Israk dan Mikraj yang mana junjungan Nabi saw menaiki Buraq naik ke langit.

Di zaman dulu orang ketawakan Nabi saw mana boleh bergerak dari Mekah ke Masjidil Aqsa dalam masa singkat... tapi kini naik flight boleh sampai dah, lagi cepat kalau naik jet peribadi... buat masa ini kami belum ada jet peribadi serta laluan pesawat yang dibenarkan ke Masjidil Aqsa langsung dari KL ke sana jadi kita buat di Gunung Jerai dulu ye.

Semasa kami membuat program Energi Alam di Gunung Jerai tahun 2014 lalu, kami dikerumuni oleh puluhan ekor pepatung...sungguh indah...  lihat foto disitu beberapa ekor. Memang indah energi alam ciptaan Nya.
Picture
Kepada yang akan ikut kami naik ke Gunung Jerai pada 16 Mei 2015 nanti, sila bawa;
1.  Satu persalinan basah dan tuala serta plastik untuk pakaian basah. Untuk wanita, pakaian hitam dan bawa tudung
2. Satu persalinan solat / telekung - berpakaian jubah putih digalakkan.
3. Satu bekas kosong untuk isi air.
4. Bawa minyak wangi pyrite, cincin dsbnya untuk dibasuh/ energikan di telaga dan di Padang Tok Sheikh.

Berkumpul di kawasan parkir jam 9.30 pagi, jika boleh dalam keadaan berwuduk - ada surau di tepi parkir.


Picture
Ramai yang bertanya, siapa Kak Kayy dari KBM Asset Berhad? Inilah dia orangnya.. dengan replika cek RM148 ribu buat sales MLM produk Phytoscience sebelum ini... menggunakan kaedah-kaedah pernomboran metafizik seperti teknik Jualan ikut pasaran, ikut arah serta ikut masa yang betul (Diari Metafizik / Software Integrasi).

Kadang tu kesian tengok orang buat MLM (Makin Lama Malap) pergi pagi balik tengahmalam tak dapat sales dan untung pun tak lepas modal..  berbanding Kak Kayy walau sibuk dengan kerja kontraktor boleh je buat sales dari rumah/ pejabat dan dapat untung banyak.. itu belum lagi gambar downline yang lain yang dapat RM90K, RM70K, yang paling rendah RM14K.. barulah MLM (Makin Lama Maju).

Kaedah pernomboran (Arah, Pasaran, Diari) sangat membantu dalam buat sales... jom cuba guna kaedah ini juga melengkapai teknik lain seperti NLP.

Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    cara kiraan dan maksud serta contoh

    ADA STOK
    tempahan: 017 769 7946


    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.