Pernah sekali kami berdua berada di masjid Batu Uban, Pulau Pinang nak test mengesan energi dan satu bintik hijau muncul dan paparan skrin muncul perkataan "angel" (malaikat?). Sebelum tu sebelah pagi kami berada di sebuah rumah untuk buat program jaluran gelombang emas... memang banyak bintik merah muncul sebab didapati ramai peserta yang memiliki energi tidak baik... tapi selepas itu semua jadi bintik putih atau hijau.. selepas program tersebut, paparan skrin muncul perkataan "fierce" - seolah-olah ada "sesuatu" yang "marahkan" kami... mungkin sebab kami buat pemulihan jaluran emas yang menyingkirkan sesuatu tu kot...

Pada 29 Dis ini di Kulaijaya, Johor ada dua sesi tentang strategi merancang tahun 2013 menggunakan kaedah Graf Prestasi Bulanan (10 pagi - 11 pagi) dan kemudian Graf Hayat (12 tghri - 1 petang). Anda boleh hadir untuk kedua-dua atau salah satu sesi. Yang penting anda ada satu bahan panduan untuk buat strategi tahun 2013 nanti.
Untuk Sesi Graf Hayat 2013 (contoh di atas) adalah menggunakan kaedah Graf Hayat yang dikhususkan untuk membaca fenomena bagi tahun 2013 - SILA BAWA MAKLUMAT JAM MASA ANDA DILAHIRKAN.

Hidup kita ini mendorongkan kita kepada sesuatu perkara/ kejadian, maka kaedah pernomboran Dinamik digunakan untuk memahami dorongan itu supaya potensi atau konflik dapat dibawa dengan berkesan. Kaedah Pernomboran Dinamik adalah satu kaedah kajian terhadap pola-pola angka berdasarkan pengalaman orang yang mana ianya dijadikan sebagai sebentuk panduan.

Pengajian berkaitan:
- Pola 6 Potensi Kekayaan
- Pola 769 Potensi Kejayaan Kekayaan
- Pernomboran Asas Tahap 3.
- Pola 696 Potensi Bisnes Berkesan.

Untuk jadi usahawan/ jualan yang berkesan, tidak sekadar pada Root Number sahaja tetapi pelbagai faktor perlu dikaji dan dibuat strategi.
Walaupun ada pola 696 (usahawan) tetapi beberapa perihal lain juga diambil perhatian supaya lebih berksan.
9/10 kekayaan adalah dari perniagaan dan perniagaan adalah satu sunnah Nabi saw - maka setiap dari kita hidupkanlah suasana perniagaan ini secara kecil atau besar sama ada kita sebagai usahawan sepenuh masa full time atau separuh masa part time (masih makan gaji atau masih menuntut). Kursus ini juga sesuai untuk usahawan yang mahu membetulkan halatuju perniagaan mereka untuk kejayaan lebih baik tahun 2013 ini.
Untuk tahun 2013, satu modul baru dimasukkan ke dalam pengajian Pola 696 iaitu perihal Root 4 atau perihal "membina empayar bisnes" berbanding pengajian pola 696 sebelum ini yang menekankan aspek strategi keusahawanan. Ianya masih perkara yang sama tetapi dengan tambahan modul baru ini dapatlah memberi perspektif yang lebih luas tentang perihal keusahawanan dan seterusnya perihal membina empayar bisnes.
Seperti yang cikgu A-D beritahu sebelum ini bahawa tahun 2013 adalah tahun pola 69 iaitu tahun kekayaan perniagaan, maka pengajian ini dianjurkan untuk membantu usahawan baru/ bakal usahawan ataupun usahawan "veteran" untuk tingkatkan keupayaan bisnes dengan lebih berkesan dan lebih menguntungkan.
Untuk versi 696: Root 4, cikgu A-D dapat perhatikan bahawa ramai usahawan yang berjaya dalam membina satu empayar perniagaan adalah individu Root Number atau Nombor Akar atau Nombor Utama adalah 4. Oleh itu, cikgu A-D sangat-sangat mengalu-alukan individu Root 4 untuk bina potensi dalam perihal perniagaan, sama ada bermula dari kecil ataupun besar-besaran. Jadi, kami berikan peluang ini untuk individu Root 4 membina potensi kejayaan tersebut. Individu yang bukan Root 4 masih juga boleh belajar dan dijemput bersama belajar untuk mengetahui bagamaina perihal membina empayar bisnes - terdapat 5 kes studi (5 contoh usahawan seperti Donald Trump dll) akan dibawakan di bawa kelas untuk pengajian tersebut. Individu Root 4 sangat digalakkan untuk hadir supaya anda boleh berkongsi potensi anda bersama individu bukan Root 4 juga - bina bisnes bersama dan berjaya bersama!