Selepas program audit premis perniagaan untuk satu premis perniagaan. Tahun 2018 lalu, pemilik ini mendapatkan khidmat Dato Eddy bagi mencari ikhtiar membangkitkan jualan yang suram. Rupanya tersalah arah dan beberapa isu lain. Jadi, pemilik bersetuju untuk berpindah dan jualan 4 bulan baru ini mencecah hampir RM1 Juta. Syukur ikthiar berjaya. Untuk menambahbaik perjalanan bisnes yang agak tertekan, audit dibuat dan dicadangkan untuk buat beberapa pembetulan dan penambahbaikian kepada susunan dsbnya di dalam premis. Di dalam menjalankan perniagaan, perihal pernomboran bukan sekadar kenal potensi Root Number semata-mata untuk tahu perniagaan apa yang sesuai. Ramai yang bertanya bisnes apa yang sesuai dengan tarikh lahir mereka namun itu baru langkah pertama. Banyak perkara lagi seperti arah, keserasian produk, tarikh daftar syarikat, susunan produk dsbnya yang perlu difahami dan ianya memerlukan sesi konsultansi (secara bertemu lebih baik atau secara online) dan audit premis (sebelum, semasa dan selepas buat perubahan dan seterusnya berkala setiap tahun bagi mengenali turun naik perniagaan). Perkhidmatan disediakan (017 769 7946): - Sesi konsultansi Perniagaan - Audit Premis Perniagaan - Kursus Pola 966 Potensi Usahawan - Seminar Bisnes Berjaya Kaya |
Antara kajian yang dijalankan oleh Dato Eddy tentang pola 769 yang dipelopori oleh Dato Eddy pada 2010 lalu dan kini menjadi ikutan ramai pengamal metafizik yang menggunakan angka 769 dalam perniagaan mereka. Dan pattern sebegini dijadikan sebagai panduan untuk usahawan seterusnya dan juga sebagai satu bahan untuk program ikhtiar energi rezeki. Mahukah anda atau syarikat anda punyai 20 tahun pola 769 seperti syarikat terkenal ini? Jom, kita ikhtiarkan sesuatu pada 28 Mei 2018. |
Maklumbalas peserta ikhtiar energi - rezeki dan kasih sayang pada 19 Mei 2019 lalu. Dapat berpeluang pada tarikh yang baik untuk rezeki dan kasih sayang berada di tempat yang sangat baik iaitu di Masjidil Nabawi, Madinah. Tentunya berdoa terus kepadaNya bagi rezeki yang baik dan kasih sayang yang harmoni. |
Daripada pemerhatian Dato Eddy mendapati bulan Mei dan Jun merupakan bulan2 penting yang memberi clue atau petunjuk untuk tahun depan. Iaitu bulan Mei-Jun merupakan bulan untuk kita berada dalam situasi dan energi yang positif. Serta punyai perancangan, strategi dan azam seumpamanya. Semoga ikhtiar kita untuk bulan Jun pula membantu kita meneruskan kelangsungan kewangan, perniagaan seumpamanya bagi bulan2 seterusnya dan tahun depan.
Lagi berita tentang fenomena yang menunjukkan kepada kaedah Year Strategy yang dicipta oleh Dato Eddy pada 2018 lalu. Untuk May 2019 ini adalah Opportunity (1st Choice) bagi elemen Metal iaitu berkaitan Finance/ Kewangan. Kaedah ini diilhamkan oleh Dato Eddy pada 2018 lalu bagi mencari panduan untuk mengenalpasti industri sesuai pada tempoh tertentu sebagai sebentuk "forecasting" untuk bisnes dan industri. Apabila dilihatkan bulan Mei-Jun 2019 adalah baik untuk kewangan, maka eloklah kita bina strategi dan ikhtiar untuk kewangan seperti meningkatkan simpanan kewangan, menambahkan pelaburan (yang mengikut undang-undang) membuat ikhtiar energi rezeki dan seumpamanya. |
Kaedah Pernomboran versi Dato Eddy bukan semata2 pada angka tarikh sebaliknya meliputi angka atau nombor2 lain seperti nombor akaun bank, nombor premis dan banyak lagi, kerana itu dinamakan kaedah PERNOMBORAN. Banyak kes yang dibincangkan dengan client2 yang hadapi masalah kewangan membawa juga angka atau nombor akaun bank yang kategori kurang baik. Bagaimana cara untuk atasinya kerana memang mustahil untuk pilih nombor akaun bank? Ada cara, strategi dan ikhtiar yang boleh dibuat bagi membina simpanan yang baik dalam bank. |
Kaedah Pernomboran juga dapat sedikit sebanyak memberi clue tentang ciri/ potensi jodoh. Ianya sebagai sebentuk panduan terutama bagi individu bujang yang masih mencari pasangan yang serasi atau sesuai. Ada individu yang punyai pilihan terhad dan ada individu yang punyai pilihan yang banyak bergantung kepada pola angka tarikh lahir mereka. |
Kehidupan manusia ini sudah tertulis tetapi bagaimana nak tahu apa yang tertulis itu? Secara logiknya kita perlu jaga setiap inci hidup kita namun kita ini insan biasa banyak perihal negatif yang perlu kita lalui dan atasi di sepanjang kehidupan. Maka kaedah Pernomboran merupakan satu kaedah ikhtiar yang digunakan sebagai panduan. Menggunakan tarikh lahir sebagai parameter untuk kajian dan seterusnya dibina kategori, Petak Dekad dsbnya bagi mencari tafsiran serta strateginya. |