Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan menghasilkan Kekayaan

4/22/2013

0 Comments

 

Picture
Jika minyak pyrite bertukar dari jernih ke warna merah, sila buangkan botol tersebut dan tidak sesuai lagi digunakan... dapatkan sebotol yang baru..


Semangat Nombor Siri ! Ada  cover handphone yang ada poket, maka sesuai letak duit dengan nombor siri duit cantik dan kad emas GD 2796... dan kini trend lelaki memiliki dompet panjang yang ada banyak poket supaya boleh diselitkan dengan duit nombor siri cantik... tiap kali membuka handphone atau dompet.. ianya sebagai peringatan dan inspirasi...

Picture
Program berdoa kekayaan / Rawatan Jalur Emas / Cleansing Pola 38 telah dijalankan dengan baik. Suasana 26 April begitu baik dengan rezeki yang baik berlaku kepada ramai orang.

Master Pak Lah yang membuat rawatan Jalur Emas memberitahu berlakunya satu kejadian unik iaitu beliau merasakan satu energi yang besar datang kepadanya pada waktu tersebut.


Untuk pelajar atau pengamal kaedah energi seperti Reiki, Ilmu Makrifat, Kundalini dsbnya boleh menggunakan waktu berdoa kekayaan bagi tujuan rawatan, upload energi dan sebagainya. Master Pak Lah yang telah berguru dengan pelbagai guru Reiki tanahair menyatakan bahawa gabungan pengajiannya dengan kaedah pernomboran menjadikan ilmu yang dipelajarinya menjadi lebih hebat. Kalau dulu Master Pak Lah buat rawatan untuk 3-4 orang dalam sehari dah rasa pancit keletihan, tetapi semasa program berdoa Wukuf Arafah tempohari, beliau mampu buat rawatan untuk 90 orang tanpa rasa letih! Dan kini tiap kali sesi rawatan bersama cikgu Ady beliau mampu buat rawatan untuk 20 - 30 orang dalam sehari dengan cergas ... Gabungkanlah pengajian anda dengan kaedah pernomboran seperti Teknik Pola 38, Arah Kejayaan dsbnya.

Salam cikgu, masa berdoa tu sye buka pintu..tetiba bau daun pandan.. wangi sangat... sepanjang tempoh tu mmg x mengantuk.. siap rasa skjap nye tempoh yg diberi...

Tentang bau wangian yang harum ketika waktu berdoa pernah berlaku sebelum ini bilamana seorang peserta sedang solat hajat dan wangian itu menyelubungi bilik padahal bilik tersebut tertutup dan pejabat itu berada di tingkat atas.. beliau rasa seram kerana keseorangan... tidak lama selepas itu beliau dapat satu peluang dan menjalankan bisnes ratusan ribu ringgit hingga mampu beli kereta BMW.

Pelajar Sabah - peserta kursus Investomillionaires 20 April dan selalu join berdoa kekayaan + jalur emas:
Assalamualaikum cikgu Ady.. alhamdulillah syukur... pagi ini rezeki tidak d sangka dapat sejumlah wang rm16410.. syukur dipermudahkan.. terima kasih cikgu Ady, terima kasih Pak Lah kerana membantu sy dlm rawatan selama ini dgn izin Allah swt.


Picture
Minyak Pyrite berubah warna dari jernih ke warna keemasan.

Perkara ini jarang berlaku dan jika ianya berlaku boleh terus gunakan seperti biasa. Biasanya ia adalah petunjuk yang baik.


Meet the New $100 Bill, the World’s Most Popular Bank Note
Picture

Picture
KUALA LUMPUR 24 April - Iskandar Malaysia telah merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM111.37 bilion sejak 2006 sehingga 31 Mac 2013, iaitu meningkat sebanyak RM5.06 bilion berbanding Disember lalu.... "Khususunya pelaburan di dalam industri pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan," katanya dalam kenyataan itu.

© Utusan Melayu (M) Bhd 


KUALA LUMPUR: In an unusual move, four prominent local and foreign corporate figures have teamed up to jointly undertake a property development project in Iskandar Malaysia.

Property developer and master developer UEM Land Holdings Bhd (ULHB) sold two plots of land 29 acre and 14.7 acre for RM211.1mil and RM189.6mil respectively to Liberty Bridge Sdn Bhd. ULHB is a Khazanah Nasional Bhd-controlled company.

The corporate figures who have equal stakes in Liberty Bridge are Thai national Tan Sri Surin Upatkoon, Malaysian planter Tan Sri Lee Oi Hian, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, and chairman and managing director ofUOB-Kay Hian Holdings Ltd Wee Ee Chao.

They have teamed up to buy the freehold land located within Puteri Harbour, Iskandar Malaysia around the Commercial North and Private Marina precincts. Iskandar Malaysia is three times the size of Singapore.

They have plans to build serviced apartments in the fastest developing corridor in Malaysia.



Picture

Program Berdoa Jarak Jauh:
S: Apakah maksud program berdoa jarak jauh?
J: Program berdoa jarak jauh adalah satu daripada program berdoa bagi sesuatu tujuan seperti doa kekayaan, doa kasih sayang, doa anak pandai dan sebagainya. Program ini satu-satunya di dunia di sini. Biasanya program berdoa dibuat dalam satu kumpulan yang bertemu di satu lokasi pada satu hari dan waktu tertentu seperti di Masjid Jamek Muar atau Masjid Terapung Kuala Perlis. Namun, tidak semua program dapat dibuat secara berkumpulan di sebabkan kekangan hari bekerja dan sebagainya maka program berdoa di buat secara jarak jauh. Anda akan diberikan hari dan waktu berdoa dan anda berdoalah apa yang anda mahukan dan pada masa yang sama pihak kami juga mendoakan dari versi kami pada masa yang sama; seolah kita semua berdoa pada waktu yang sama cuma lokasi berbeza tetapi destinasi berdoa tentunya ke tempat yang sama kepada Nya.

S: Berapa kali saya patut melibatkan diri dalam program berdoa jarak jauh?
J:  Terpulang kepada keperluan anda. Pihak kami sentiasa berterusan membuat program berdoa supaya memberi peluang kepada anda untuk mendoakan keperluan semasa, contohnya, anda baru sahaja dapat satu peluang tender dan mahu didoakan kejayaannya. Seeloknya terlibat dalam program berdoa secara berterusan supaya sentiasa dalam suasana positif berterusan.

S: Apa perbezaannya dengan Rawatan Jalur Emas?
J: Rawatan Jalur Emas adalah teknik membetulkan aura dan gelombang diri secara alternatif supaya "cahaya" gelombang dalam diri kita ini bersinar lebih baik. Ianya sebagai "booster" kepada aktiviti berdoa kerana kadang kala doa kita sukar berkesan disebabkan dalam diri kita ini punyai aura yang kotor dari pemikiran negatif atau nafsu atau emosi yang tidak baik. Dengan gabungan berdoa, maka ikhtiar berdoa itu menjadi lebih tinggi kerana diri kita dalam suasana aura yang lebih bersih.

S: Bagaimana keberkesanan program berdoa?
J: Keberkesanan bergantung banyak faktor antaranya faktor fenomena yang berlaku seperti Blocking Star yang menyebabkan doa seolah lambat dimakbulkan, namun berdoa adalah satu ikhtiar, maka kita tidak melihat sangat kepada hasilnya tetapi kesungguhan kita merealisasikan ikhtiar kita itu. Jika dapat hasil yang baik dengan sekali berdoa itu adalah rezeki yang baik, namun kadang  kala perlu berdoa beberapa kali untuk dapat satu hasil. Lagipun berdoa itu adalah satu ikhtiar yang lebih baik daripada tidak buat apa-apa langsung ketika waktu energi yang baik. Kadang kala hasil itu bukannya terus duit datang bergolek, tetapi kadang kala dalam bentuk peluang yang perlu kita usahakan untuk dapatkan hasilnya. Berdoa berterusan adalah satu cara tingkatkan aura dan tenaga dalaman secara berterusan.

S: Apakah program berdoa untuk orang Islam sahaja?
J: Ianya terbuka kepada semua orang dan masing-masing gunakan kaedah kepercayaan masing-masing.

S: Bagaimana kalau saya sedang sibuk pada waktu berdoa?
J: Apabila tiba waktu berdoa, tidak semestinya kena angkat tangan ke langit dan melaungkan doa. Anda boleh berniat dalam hati, menulis atas diari, membaca mahupun menonton sesuatu berkaitan dengan doa dan sebagainya walaupun sedang bermesyuarat atau sedang memandu mahupun dalam penerbangan. Yang penting adalah niat dalam hati pada waktu yang betul dan sekurangnya dapat satu sedutan nafas ketika berniat itu untuk "memasukkan" energi waktu baik ke dalam diri anda. Jika anda sedang tidur atau tertidur atau terlupa, itu gunanya doa jarak jauh dari pihak kami. Semestinya jika dapat lakukan amalan dan ibadah seperti solat hajat lebih baik.

S: Kenapa memerlukan nama dan nama ibu?
J: Kaedah sebegini sudah lama dilakukan oleh orang-orang terdahulu maka kami ikut sahaja supaya ianya konsisten.

S: Kenapa waktu berdoa perlu bayaran?
J:  Untuk mengira hari dan waktu berdoa memerlukan masa dan membuat berdoa juga memerlukan masa dan tenaga. Ini adalah satu perkhidmatan maka ianya ada kos seerti kos internet maka anggap ianya sebagai satu sumbangan untuk kami meneruskan perkhidmatan dan perjuangan ini. Kadang kala waktu berdoa diberi percuma.

Picture
Beberapa tahun lalu, seorang wanita pernah datang bertemu cikgu Ady dan mengadu masalah kehidupannya. Itulah pertama kali cikgu Ady bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kulit yang bertompok hitam sampai ke muka dan beberapa masalah diri. Daripada tarikh lahir dapatlah dikenalpasti potensi dan seterusnya strategi penyembuhan yang sesuai.

Picture
Dua tokoh perubatan alternatif negara pernah menjadi klien cikgu Ady iaitu Dato' Dr Anaz (2008) dan Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad (2010). Beberapa panduan dan kaedah metafizik pernomboran atau metafizik energi digunakan untuk strategi perniagaan mereka dan tentunya digunakan bagi tujuan perubatan - mengenalpasti masalah dan mencari penyelesaian penyembuhan yang sesuai.


Picture
Individu yang tiada pola 38 langsung juga diberi ruang dan peluang untuk jadi "38". Lihat contoh pelakon Adlin yang tiada pola 38 langsung tetapi pada tahun 2004 untuk filem Puteri Gunung Ledang sebagai Sultan Melaka, tentunya ada pola 38.

Jika anda ada pola 38 sudah tentunya... jika anda tiada pola 38 boleh diikhtiarkan untuk memilikinya secara berpanjangan.




Pelbagai teknik praktikal yang mudah untuk energi pola 38 pada kursus 1 & 2 Jun nanti. 

Dalam kajian cikgu Ady, hampir 70% individu berpola 38 ada kena mengena dengan kesultanan atau raja.. namun mereka ini hidup tak macam raja yang biasanya di Istana dan dihormati sepertimana keturunan mereka itu, sebaliknya ramai individu pola 38 tinggal di apartmen usang dan di pandang rendah orang.. lemah, murung, bermasalah... apakah anda pola 38 mahu terus menerus sebegitu? Anda "pernah kaya" suatu ketika dulu, maka "ambil" semula kekayaan itu...kini genetik itu dah ada pada anda, kita ikhtiarkan untuk anda lebih berjaya kaya.

Bukanlah kita nak jadi sultan nak tuntut kerajaan tetapi kita nak jadi lebih bertenaga tinggi dalam diri kita untuk lebih berjaya dalam bisnes, kehidupan dan kekeluargaan kita iaitu "kerajaan" atau komuniti kita sendiri... dengan adanya tenaga tinggi, kita mampu lebih produktif dan menjadi individu yang berjaya kaya dan dihormati... ANDA PERNAH KAYA SUATU KETIKA DAHULU! 

Individu yang tiada pola 38 juga boleh "upgrade" diri anda.. seumpama seorang prebet jadi jeneral, seumpama operator jadi CEO, begitulah anda juga upgrade dari tiada 38 jadi 38.. dari biasa kepada luar biasa! Dari hidup dan bisnes bermasalah kepada hidup berjaya kaya bahagia beriman.



berkat doa di mekah sejarah kat kedai org print sekali kene bayar RM3000! paling tinggi pun rm700++

Kaedah pernomboran melalui program berdoa kekayaan / jarak jauh adalah satu ikhtiar untuk tingkatkan energi peserta program untuk rezeki lebih baik daripada biasa... luar daripada kebiasaan... pengiraan hari dan masa yang mana energi tinggi ditambah pula dengan suasana atau tempat yang berkesan, mudah- mudahan... maka teruskan berdoa kekayaan dan sentiasalah positif dalam kehidupan.

Picture
Kad Emas GD 2796 telah siap.. emas 1g bercetak angka 2796 telah didoakan di Mekah pada 20 Mac lalu dan sekali lagi pada 20 April lalu di Muar.

Kad ini akan diposkan kepada pembeli mulai hari ini secara berperingkat. Mungkin sampai kepada anda  selewatnya sebelum 1 Mei.





AKAN DATANG: Emas 1g bercetak Aura 38 yang akan didoakan pada 1 Jun 2013 di Mekah oleh Sdra Noredie - aura usahawan & marketing,  virtuous star/ jutawan... percuma untuk setiap peserta kursus pola 38 dan orang awam juga boleh membelinya. Nantikan pengumuman.


Foto tempat berkursus Pola 38 pada 1 Jun nanti.. bertempat di Nasuha Herbs & Spices, Pagoh, Johor lebih kurang 10 minit dari susur keluar Tol Pagoh (Exit 238) Tempat ini juga merupakan Pusat Latihan PLKN. Jumpa anda pada 1 Jun jam 9 pagi di sana! 

Ladang Rempah Ratus dan Herba
KM19, Jalan Muar-Pagoh, 84500 Muar,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: 06-9737 231 / 06-9737 035


Tempat penginapan disediakan (tandas didalam, ada aircond dan peti sejuk serta loker) untuk program 9 pagi 1 Jun hingga 2 petang 2 Jun. Makan 6 kali pada 1 Jun dan pada 2 Jun makan 3 kali termasuk satu jamuan majlis penyerahan sijil menu nasi beriani serta door gift.

Jika anda datang sehari lebih awal dinasihatkan untuk menginap di bandar Muar atau bandar lain berdekatan dahulu.

Tempat yang menarik dengan 6 elemen alam di sini untuk pelajari teori dan banyak latihan praktikal Pola 38 dan kita akan lalui satu teknik aromaterapi Eucalyptus semulajadi asli percuma terus dari pokok-pokok di sini!

The Mental Benefits of Eucalyptus Aromatherapy
Due to the pleasing smell of eucalyptus, many aroma therapists use eucalyptus to help clear the mind. Those who use aromatherapy for the purpose of improving our personal feelings will use it to resolve disagreements between people, as it eucalyptus is known for ‘clearing the air’ due to its refreshing smell. Eucalyptus aromatherapy can be used to re-energize people. It is believed that the aroma of the oil reduces mental fatigue and increases brain activity


Picture
Kebetulan pola 38! Dahlah tarikh pola cermin 2222... tentunya ada 383 di situ. Kita akan makan tengahari 2 Jun nanti di restoran yang sama. Jumpa di sana 1 Jun!

Picture
Teknik Pola 38 bukan sekadar kaedah metafizik energi yang kosong tetapi dikaitkan dengan sains moden kerana cikgu Ady jurusan Sains Kajihayat (Biology). Contohnya, penemuan cikgu Ady tentang satu kajian sains yang mendapati satu bahagian otak ACC diaktifkan untuk kita mendapat "amaran awal" atau gerak hati  / bayangan awal. Dengan kata lain, diri kita ini sendiri punyai alat untuk menjana "amaran awal" yang digunakan dalam pelbagai situasi seperti dalam kehidupan, perniagaan dsbnya. Nanti dalam kursus Pola 38 akan dijelaskan dengan lebih mendalam dan yang menariknya kursus kali ini adalah berbentuk Outdoor yang melibatkan elemen untuk menjana tenaga dalaman anda yang berkesan!

Picture
Tarikh-tarikh di atas diambil dari sumber internet hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui tarikh yang tepat... setakat dari data-data yang ada menunjukkan sedemikian pola 38. Jika benar tarikh di atas, menariknya mereka berdua adalah Root 9 iaitu tentang kemanusiaan (humanity)... pola 38 adalah satu teknik energy metafizik yang dikaitkan dengan hubungan dengan ketuhanan... mereka berdua ada mukjizat... kita tak perlulah belajar pola 38 sampai tahap mukjizat tu... yang penting kita dapat membina kekuatan dalaman kita yang lebih baik daripada sekarang. 

Atas permintaan ramai kerana ada individu yang mahu datang bersama pasangan/ anak-anak rakan kumpulan ke kursus Pola 38 pada 1 Jun nanti, maka di sini adalah struktur yuran mengikut jumlah peserta yang anda bawa, beserta diskaun yang diberikan. Bank in bayaran penuh seperti biasa dahulu mengikut jadual, nanti pada 1 Jun bayaran balik berdasarkan diskaun akan dibuat. 

Seeloknya bank in deposit RM338 (seorang) sebelum 25 April ini untuk join sekali program cleansing pada 26 April ini. Jika mahu hadir kursus 1 Jun tetapi belum bersedia untuk deposit RM338 atau RM200 pada 25 April, boleh juga deposit selepas 26 April (tapi sebelum 25 Mei) dan bayaran seperti biasa selepas 26 April tetapi sayanglah tidak dapat join program cleansing 26 April tu pula.
Picture

Selain dari bakal peserta kursus pola 38 yang akan buat cleansing pada 26 April, peminat metafizik yang lain yang bukan bakal peserta boleh juga join program berdoa jarak jauh / jalur emas seperti biasa bersama-sama kami pada 26 April ini. Waktu berdoa (awal pagi 26 April) akan diberitahu nanti pada 25 April sekitar 6 petang, jadi daftar awal sebelum waktu tersebut.

Salam... sy ada wat ijazah alfatihah ngan pak lah d opis edie avail... tq berkat usaha n saya amalkan amalan, rezeki alhamdulillah.

Picture
Foto Kursus Investomillionaire pada 20 April 2013 lalu di Hotel Traders, Muar... kursus potensi pelaburan pola 636 Tahap 3 yang pertama kali dianjurkan dan tentunya satu-satunya dan pertama di dunia.

Pelbagai teknik Pola 636 yang advanced belum diceritakan dalam tahap 1 dan 2 seperti teknik "triple power" dsbnya. Juga, penceramah-penceramah jemputan membentangkan perspektif instrument pelaburan seperti CPO dan emas dengan penjelasan yang mudah dan ringkas.

Perisian / software khusus untuk peserta I2M:

Untuk semua peserta kursus Investomillionaire tersebut (kini dikenali sebagai I2M 200413), perisian/ software graf hayat automatik akan dibuka untuk jualan mulai Mei ini (pihak kami akan maklumkan kepada anda melalui SMS). Seperti yang diberitahu dalam kelas, dengan adanya software tersebut, anda tidak perlu membaca graf hayat atau pelbagai petak nombor dengan rumit tetapi dengan mudah anda dapat melihat data-data serta analisis untuk setiap hari secara automatik. Kalau dulu atau di kelas Pola 636 Tahap 1 dan 2 (atau di kelas-kelas lain), kita perlu kira secara manual seperti lompat setiap petak, lompat petak lain pula, buka graf itu, buka graf ini... semua tu dah tak perlu kerana semuanya dah disatukan dalam satu analisis yang ringkas. Jadi, anda peserta I2M adalah batch pertama dan yang bertuah kerana software tersebut adalah produk terbaru kami dan belum dipasarkan.

Software tersebut sebenarnya untuk kegunaan kami Admin dan nilainya tinggi kerana bayangkan kalau 12 bulan x RM50 = RM600 seorang untuk data setahun yang mana kami boleh untung besar dari situ tetapi tak mengapa kami lepaskan kepada anda memudahkan anda untuk kaya juga.  Software itu boleh digunakan sepanjang hayat anda (beli sekali sahaja dan boleh guna sampa bila-bila dah tak perlu nak cetak graf hayat dari kami sepanjang tahun dsbnya) tetapi software tersebut sudah "locked" atau dikunci untuk nama anda sahaja (tidak dapat digunakan untuk orang lain). Seperti yang dijanjikan, ada diskaun iaitu RM900 sahaja khusus untuk peserta I2M. Software ini belum dijual kepada orang lain (jika dijual mungkin pada harga RM2,000 seunit) kerana kami telah key-in data anda semasa kursus I2M lalu. Untuk bayaran, boleh bayaran penuh atau ansuran (software diserahkan setelah bayaran penuh) bank in Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan selepas itu SMS maklumat bank in ke 016 624 9666 dan makluman bayaran dsbnya.

Picture
Contoh cetakan software LGH (Laporan Graf Hayat)... kami tak mahu anda dipenjara dengan kerumitan teknikal data-data kerana kesibukan masa anda... cuma baca analisis untuk memudahkan urusan anda untuk mendapatkan kekayaan/ kejayaan.


Picture
Foto program berdoa kekayan dan berdoa jarak jauh pada 20 April 2013 lalu. Pertama kali dibuat di balkoni tingkat 3 di Hotel Traders, Muar... satu tempat menarik untuk berdoa kerana dari situ dapat pemandangan Sg Muar, Masjid Jamek, Istana dan kebetulan berhadapan dengan HSBC Bank.





Berdoa sebegini lebih didapati berkesan daripada berdoa seoang diri di rumah kerana suasana yang mantap (elemen angin, air dsbnya) dan berjemaah bersama-sama dengan adanya beberapa peserta yang pernah uruskan projek mega duduk bersama dengan peserta biasa bolehlah kongsi energi bersama-sama. Namun, individu yang tidak dapat hadir tetapi ikhtiar berdoa jarak jauh dari sini, mudah-mudahan ikhtiar daripada tiada buat apa-apa pada waktu berdoa yang baik.

Selepas program berdoa, seorang peserta kursus menjalani rawatan jalur emas bersama Pak Lah. Ketika rawatan sambil menutup mata, beliau nampak kalimah Allah berwarna emas muncul seketika. Sebelum tu cikgu Ady menegur beliau memakai baju kurung bertema emas... Peserta ini sudah beberapa kali join majlis berdoa dan jalur emas dan syukur sehingga kini dalam setahun sudah banyak kejayaan dan kekayaan yang lebih baik dinikmati... kita ikhtiar dengan ilmu, usaha dan doa.

Pada sebelah malam pula ketika kami makan malam, seorang peserta kursus dapat satu tawaran projek besar dari seorang peserta kursus yang lain, sebelum itu peserta itu ada buat projek bernilai RM4 juta manakala peserta yang seorang lagi tu buat projek RM6 juta dan pernah ditawarkan projek RM72 juta... ni macam program business matching pulak... yang penting, hasil dari ikhtiar program sebegini dapat meluaskan peluang kejayaan dan kekayaan seperti yang selalu didoakan.


Daif selepas tiga tahun bersara jika tiada RM1 juta
 
KANGAR 21 April - Pesara di Malaysia memerlukan simpanan melebihi RM1 juta  sekiranya mahu menjalani kehidupan yang selesa dan mengekalkan corak berbelanja  yang sama sebelum bersara.

Pengurus Besar Tune Ins Holdings Sdn. Bhd., Sasitharan Krishnan berkata,  sekiranya pesara mempunyai jumlah simpanan kurang daripada RM1 juta, mereka akan hanya menjalani kehidupan 'cukup-cukup makan' sahaja.

Pakar perancangan kewangan itu menambah, berdasarkan pengalaman beliau,  pesara akan menggunakan secara purata RM150,000 dalam tempoh tiga hingga lima  tahun pertama persaraannya.

 "Perkembangan ini kurang baik kerana kebanyakan pesara akan mengalami masalah kewangan dan terpaksa bekerja, sedangkan usia semakin lanjut," katanya pada  Seminar Khas Kewangan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) sempena Minggu  Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali-14 di sini hari ini. Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad,  Datuk Idris Kechot.

Menurut beliau, berdasarkan statistik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,  sebanyak 2.2 peratus atau 137,149 pencarum aktif memiliki simpanan lebih  RM300,000 manakala 11,174 orang pencarum mempunyai sekurang-kurangnya RM1 juta  dalam akaun mereka. Sebanyak 87 peratus daripada 6.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini mempunyai simpanan kurang daripada RM100,000.

Katanya, adalah sangat penting setiap rakyat Malaysia yang mempunyai  pendapatan melaksanakan perancangan kewangan supaya tidak jatuh miskin selepas  bersara.

"Perkara ini memang ditakuti kerana sebenarnya kita memerlukan lebih banyak  wang selepas bersara terutama untuk menanggung kos kesihatan yang semakin meningkat.

"Oleh sebab itu, saya mengesyorkan supaya setiap orang mempunyai  sumber-sumber pendapatan selepas persaraan yang boleh dilaksanakan melalui  pelbagai sumber pelaburan," ujar beliau.

Jelasnya, sumber pelaburan itu bagaimanapun perlu dipastikan selamat agar  tidak mengalami kerugian besar.
 
©  Utusan Melayu (M) Bhd

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly