Mulai 16 Dis 2011, nama kaedah Pernomboran gubahan cikgu A-D akan dikenali sebagai
Kaedah Strategi, Potensi, Prestasi dan Produktiviti Secara Pernomboran Statik dan Garismasa Dinamik
Nama baru ini dimasukkan perkataan "Garismasa" atau "Timeline" kerana kaedah pernomboran versi cikgu A-D bukan sahaja mendalami perihal statik untuk potensi dan dinamik dalam perihal potensi dan prestasi tetapi juga aspek garismasa "timeline" (matters over the time) berbentuk dinamik untuk perihal masa sebelum dan ke hadapan, sesuai dengan konsep utama iaitu "projection" atau "forecasting" secara matematik/ statistik yang sering diketengahkan dan selari dengan maksud "Envision" iaitu nama syarikat.
berlangsung di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor dihadiri 31 orang peserta pada Ahad 18 Dis lalu, berjalan dengan suasana baik dan lancar, cuma ada kekalutan di awal pendaftaran kerana tempat seminar dibuka di saat akhir dan ramai pula peserta 'walk-in' menyebabkan urusan cetakan dsbnya berlarutan sedikit lewat. Untuk masa akan datang, mohon peserta untuk daftar awal dan SMS maklumat anda awal untuk mengelakkan kelewatan dalam pembelajaran.
Walaupun kelas kecil tidak ramai peserta tetapi memudahkan untuk kami turun ke perincian yang lebih mendalam untuk setiap peserta, juga ramai peserta yang menyukai kelas yang kecil untuk dapat perhatian lebih banyak.
Kursus ini pertama dan satu-satunya membicarakan tentang masalah yang sering dihadapi oleh para usahawan dalam aspek metafizik pernomboran. Dalam kajian cikgu A-D selama 8 tahun mendapati usahawan bermasalah boleh dikategorikan dalam 3 kelompok;
1. Usahawan Perit.
2. Usahawan Pokai
3. Usahawan Sepi.
Jika anda mempunyai masalah perniagaan, tengok dulu anda kelompok yang mana satu dan kemudian penyelesaian yang lebih khusus dapat diberikan kepada anda. Memang benar majoriti masalah perniagaan ada kaitan dengan masalah kewangan tetapi tidak semestinya semua masalah itu memerlukan penyelesaian kewangan berterusan, tetapi lebih kepada sistem iaitu Garismasa, Pendekatan, Penempatan dan Pasaran.
Di dalam kursus Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan Bahagian 1 ini membicarakan tentang pola-pola masalah yang sering dihadapi oleh para usahawan bermasalah dari aspek individu itu sendiri dari perspektif Garismasa, Pendekatan dan Penempatan, dan kemudian memberikan penjelasan sebab/ punca dan seterusnya memberi teknik penyelesaian.
Dari kursus modul tersebut didapati sebahagian peserta kursus tersebut adalah dalam kelompok gabungan kedua-dua jenis Usahawan Perit dan Pokai! Sebahagian yang lain adalah Usahawan Perit sahaja dan cuma ada beberapa individu sahaja dalam kategori Usahawan Sepi.... anda pula kategori yang mana satu dan apa penjelasannya juga penyelesaiannya... penyelesaiannya amat mudah dan praktikal seperti menyusun kembali strategi mahupun lokasi simpan stok.
Cikgu A-D sudah berada dalam bidang kajian ini selama 8 tahun dan tiap kali sesi konsultansi atau seminar, para pelanggan/ peserta di dapati mempunyai pola-pola masalah yang sama, jadi perjuangan cikgu A-D kali ini bukan sahaja untuk membantu masyarakat membetulkan masalah mereka (corrective action) tetapi juga untuk mencegah daripada konflik yang sama melanda usahawan-usahawan baru supaya masalah sebegini tidak berpanjangan (preventive action). Jadi, modul ini adalah sesuai untuk kedua-dua golongan usahawan sedia ada mahupun bakal usahawan. Cikgu A-D tak mahulah anda sebagai usahawan terjebak dalam masalah kerugian, kepenatan, kekusutan dsbnya, kalau dah tahu awal buatlah persediaan dan strategi kan?
Ada 2-3 orang usahawan di dalam kursus di dapati terpaksa melalui garismasa 20 tahun tempoh susah, jadi jika usahawan tersebut tidak terbuka hati untuk belajar kaedah ini, maka tidak dapat dibayangkan bagaimana peritnya mereka itu dalam perniagaan.
Menariknya, beberapa contoh usahawan berjaya ditampilkan untuk menunjukkan bagaimana pola-pola usahawan bermasalah sebenarnya adalah senjata untuk kejayaan seperti usahawan Ybhg Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal - ikon hartanah EMKAY Group serta jutawan Perancis Bernard Arnauld, cerita pola-pola Air Asia, 7 Eleven, Sir Richard Branson dan banyak lagi. Jadi, walaupun anda mempunyai pola-pola bermasalah sebenarnya jika anda dapat ikut cara mereka itu, pola-pola tersebut anda dapat kawal dan jadikan sebagai cara perniagaan yang berkesan.
Modul ini mempunyai bahagian kedua yang meliputi pengajian untuk masalah-masalah perniagaan yang seterusnya melibatkan dunia mistik, masalah pekerja, masalah pembekal dan sebagainya. Bahagian kedua akan dibuat tidak lama lagi.
Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan Bahagian 1 Secara Pernomboran Dinamik.
Ahad, 1 Januari di Meru, Klang
2 ptg - 6 ptg
RM150 seorang / berdua RM200.
Sila bawa maklumat JAM DILAHIRKAN - anda akan pelajari teknik tahunan dalam Graf Hayat.
Daftar: SMS taip MM (berapa ramai orang yang datang bersama) ke 016 624 9666.
tempat terhad 20 orang.
Sabtu 4 Febuari di Kulim, KEDAH
120, Tgkt 1, Pusat Perniagaan Putra, Jalan Kilang Lama, Kulim, Kedah
2 ptg - 6 ptg
RM150 seorang / berdua RM200.
Sila bawa maklumat JAM DILAHIRKAN - anda akan pelajari teknik tahunan dalam Graf Hayat.
Daftar: SMS taip KM (nama) (tarikh lahir) (jam dilahirkan) ke 016 624 9666.
SMS untuk setiap individu yang akan hadir untuk kami cetak graf-graf lebih awal.
tempat terhad 40 orang.