Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan kepada yang berminat untuk berjaya!

6/20/2011

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam 1Malaysia.

Semasa di KLIA, cikgu A-D telah berjaya dapatkan senaskah buku stok terakhir bertajuk “HOW TO SELL ANYTHING TO ANYBODY” karya Joe Girard iaitu World’s Greatest Salesman (Guiness Book of World Records). Harga buku RM90 dengan kandungan yang sangat menarik dengan kisah hidup beliau sebelum menjadi seorang jurujual berjaya serta pelbagai taktik jualan yang mudah dan praktikal. Jika anda terlibat dalam sales (MLM, insuran, unit trust, dsbnya) dapatkan buku ini. Atau dapatkan sinopsis perkongsian isi-isi penting buku ini di Kursus Pola 729 Potensi Juara Jualan di Batu Pahat pada 24 Julai nanti yang akan dibentangkan oleh cikgu A-D, jadi anda tak miliki masa untuk membacanya, maka dapatkanlah terus isinya di sini.

Tahukah anda tarikh lahir Joe Girard adalah 1-11-1928 mengandungi pola 753, 729, 755 dan 786 iaitu 4 kali ganda angka 7 pola networking! Padanlah, bagaimana dengan anda pula? Adakah anda memiliki pola-pola sedemikian atau satu pun pola 7 tiada, jadi bagaimana caranya untuk berjaya dalam sales/ MLM? Batu Pahat, 24 Julai!

Jadual Kelas/ Workshop Cikgu A-D
04 Julai – Kota Damansara – Majlis Berdoa Kekayaan Superpowerwealth.
09 Julai – JB - Kelas Pernomboran Asas di Setia Tropika, JB
10 Julai – JB - Klinik Konsultansi Bergerak di Larkin, JB – PENUH
16 Julai – Meru - Workshop RM50 – Teknik Arah dalam Rumah/ Pejabat

17 Julai – Meru – Klinik Konsultansi Bergerak - PENUH
SMS ke 016 624 9666 untuk tempah masa. Caj RM150 seorang / RM200 jika suami isteri.

Jika anda ingin pelajari Pernomboran / Graf Hayat Asas  boleh bersama tenaga pengajar Encik Zuhaili/ Puan Zuhaida (hubungi 016 206 3496 untuk temujanji)

23 Julai – Batu Pahat - Kursus Pola 38 Bahagian 1
24 Julai – Batu Pahat – Kursus Pola 72 Potensi Juara Jualan
30 Julai – Workshop RM50 – Graf Hayat Tahunan, Bulanan dan Harian.

31 Julai – Meru – Klinik Konsultansi Bergerak
SMS ke 016 624 9666 untuk tempah masa. Caj RM150 seorang / RM200 jika suami isteri.

09 pagi – kosong
11 pagi – kosong
02 ptg – kosong
04 ptg – kosong
06 ptg – kosong
08 mlm – kosong.

Jika anda ingin pelajari Pernomboran / Graf Hayat Asas, juga boleh bersama tenaga pengajar Encik Zuhaili/ Puan Zuhaida (hubungi 016 206 3496 untuk temujanji)

Testimoni Teknik Pola 38 yang diasaskan oleh Cikgu A-D,
satu-satunya di dunia: Testimoni ini daripada Dr. Aniza, pakar perubatan alternatif Islamik yang kini memiliki sebuah klinik di Subang.

Assalamualaikum Cikgu Eddy
… 
Akak terpanggil untuk bercerita sedikit hal akak berkaitan dengan ilmu 38 ni. Akak nak sangat pergi kelas tempoh hari … tetapi keadaan tidak mengizinkan ketika itu. Jadi akak minta … cerita dekat akak ..  Dia beritahu akak ada 2 vacuum star, Akak tak terkejut kerana akak dah terima keadaan akak yang susah nak kumpul duit tetapi akak yakin ada penyelesaiannya dari ilmu astronumerology kaedah Cikgu Eddy.

Masa itu akak baru balik dari umrah dan di sana ada seseorang yang beritahu akak tentang pentingnya maksud pernafasan kita… akak cuba gabungkan semua ilmu yang didapati dan amalkan  teknik pernafasan bersama zikir. Petunjuk datang seperti kilat - cara untuk mengatasi 2 vacuum star itu adalah dengan menguasai diri dan menguasai 2 star itu. …yang 38 itu melambangkan keturunan yang hebat-hebat dan memang keturunan akak ada yang begitu.

Jadi akak pun berfikir, akak pun mesti hebat; jika tidak akak akan tertindas dengan kekuatan dan kekuasaan yang ada pada pola 38 sendiri. Kalau dari pandangan tak hebat pun kena berfikir dan terima hakikat yang akak ni hebat seperti nenek moyang akak dahulu. Akak dapat rasa yang perubahan pada akak berlaku dengan serta-merta. 

Akak terus berfikir, bagaimana hendak menguasai vacuum star? Datang ilham dari Allah swt..jika vacuum
star itu sangat berkuasa menyedut segala yang saya ada, maka sedutlah segala kejahatan termasuk jin-jin dan penyakit yang ada pada pesakit-pesakitku. Mungkin Allah nak tunjuk kebenarannya, akak dihadapi dengan beberapa kes kronik dan acute ketika itu termasuk seorang patient jantung yang dah koma 2 hari.

.Akak buat secara imajinasi dan "mind power' proses penyedutan itu dan syukur alhamdulillah, semua kes yang akak rawat mendapat izin Allah dan dapat diselesaikan. Pesakit koma tu sedar dan doktor yang merawatnya terkejut besar kerana dia sudah berpesan supaya panggil semua saudaranya untuk melihatnya kali terakhir. MasyAllah Cikgu, akak selalu berdoa supaya Allah beri petunjuk bagimana hendak dapat kekuatan untuk merawat dengan lebih baik lagi dan ini lah yang Allah beri pada akak. Vacuum star tu..kerana Allah yang menciptakannya. Kita hanya kena cari ilmu dan ilmu Ckgulah yang membawa  kebenarannya, wallahualam.

 Pagi tadi, first time akak mandi dengan minyak 38 setelah mendedahkannya pada tenaga gerhana dan sebaik saja akak keluar dari mandian, dapat sms dari kawan akak yang anak akak diterima bekerja … di … Petronas. insyAllah akak akan hadir pada sesi berdoa yang akan diadakan di Kota Damansara pada 4 Julai... Akak baru perasan yang nombor handfon akak pun ada 38. Bagaimana untuk memaksimakan tenaganya Cikgu?

SubhanAllah, ye lah Cikgu, dan tengahari tadi akak pandu kereta sambil bercerita pada kawan baik tentang 38 ni, kami lalu sebuah kereta yang parking tepi jalan no plet 8308. Selepas dapat sms tentang tawaran kerja anak, ada kawan lain pula yang telefon, dia beritau yang anaknya yang belajar di cambridge england dapat 1st class honours jadi caranya untuk menunjukkan kesyukurannya dia telah halalkan hutang saya kepadanya.

Tengahari tadi pula akak pergi jumpa supplier sabun buat pertama kali dan dia telah beri akak stok secara consignment. Sungguh tak angka masih ada yang sanggup dahulukan barang. Semua ni berlaku selepas mandi minyak 38. Wallahualam.

Ulasan Cikgu A-D: Teknik Pola 38 adalah sebentuk ikhtiar untuk menjana tenaga dalaman untuk mengatasi masalah kehidupan. Kita sememangnya telah diberikan sebentuk “kuasa” oleh Maha Pencipta untuk kita jadi lebih berjaya dan lebih hebat. Kepada mereka yang telah pelajari tekniknya diminta teruskan berlatih manakala kepada mereka yang belum hadir kelas, elok dapat hadir ke kelas Pola 38 nanti.

Tahukah anda? Sebuah organisasi mendakwa tarikh lahir Nabi Isa a.s. adalah 21 Ogos, 7 BC, tentunya 21 Ogos adalah pola 38! Begitu juga laman Wikipedia menyatakan tarikh lahir junjungan Nabi Muhammad saw dikatakan pada 20 April 570, dan tentunya ada pola 38 juga!

Kenapa anda perlu tunggu untuk meningkatkan prestasi hidup anda menggunakan teknik pola 38? Batu Pahat, 23 Julai!


Kursus Pola 38 Bahagian 1;
Tarikh: 23 Julai 2011
hari yang ada pola 38 dan semua peserta berdoa pola 38 bersama cikgu A-D.
Masa: 10 pagi – 5 petang.
Tempat: Pusat Bisnes Avail, No 16, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
(bersebelahan UTHM sebaris kedai makan Azhar).
Yuran: RM138 seorang (tiada diskaun).
Daftar: SMS taip PT dan hantarkan ke 016 624 9666. Bayaran di sana nanti.

Yuran: RM38 kepada bekas peserta kursus Pola 38 di JB pada 17 Oktober 2010 yang lalu (di pejabat Lynjb, Tampoi) untuk hadir mengulangkaji teknik dan maklumat terbaru. SMS taip PTA dan hantarkan ke 016 624 9666. Bayaran di sana nanti.

Nantikan Kursus Pola 38 Bahagian 1 (RM138) dan Bahagian 2 (RM238) di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada Oktober nanti.

Kursus unik ini adalah satu-satunya dan yang pertama seumpamanya di dunia dibangunkan sendiri oleh cikgu A-D daripada kajian beliau selama 5 tahun di dalam arena sains metafizik. Teknik Pola 38 adalah satu teknik awalan dan permulaan di dalam kaedah menjana tenaga dalaman. Kaedah tenaga dalaman sememangnya telah wujud berkurun lamanya tetapi di dalam arus pembangunan moden, kehidupanya yang lebih mementingkan aspek fizikal menyebabkan keupayaan dalam aspek metafizik makin dilupakan dan kini Teknik Pola 38 diperkenalkan untuk membangunkan semula khazanah ilmu yang penuh rahsia di luar rangka logik yang nyata.

Kaedah tenaga dalaman adalah satu cara untuk meningkatkan keupayaan diri secara metafizik dan kerohanian di dalam cara mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dengan lebih yakin dan lebih lancar. Di dalam perspektif metafizik, setiap orang termasuk kita ini pasti mengalami kejatuhan tenaga dalaman secara semulajadi pada tahun atau usia tertentu yang menyebabkan prestasi dirinya atau tuah kehidupannya tidak lagi bagus seterusnya mengalami kejatuhan, kegagalan atau kesusahan dalam bisnes, kerjaya, rumahtangga, kewangan, kesihatan dan sebagainya. Ketika di saat kejatuhan itulah maka pandangan, pendengaran dan perasaan kita seumpama “ditutup” secara misteri daripada melihat banyak petunjuk kejayaan yang terdapat di alam sekitar yang demikiannya kita mula terperangkap dan buntu di dalam pelbagai masalah kehidupan.

Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa berada dalam tenaga dalaman yang tinggi untuk mengelakkan kita daripada terdorong kepada fenomena kejatuhan tersebut untuk kita terus menerus menjejaki kejayaan. Maka, untuk meneruskan atau meningkatkan momentum tenaga dalaman yang baik, perlu ada cara untuk menjana tenaga dalaman secara berterusan menggunakan kesemua deria yang ada secara fizik dan metafizik. Oleh itu, teknik pola 38 mengandungi beberapa latihan untuk menjana dan mengekalkan tenaga dalaman. Teknik pola 38 ini membantu jurus metafizik yang lain seperti Reiki, Aura, NLP dan sebagainya. Sama ada anda memang memiliki pola 38 di dalam tarikh lahir anda atau tidak, anda perlu ada kekuatan tenaga dalaman supaya tidak membazirkan usia dalam kejatuhan hidup. Ramai orang terkenal berjaya sememangnya memiliki pola 38 di dalam tarikh lahir mereka seperti Donald Trump, Warren Buffet, Dato Siti Nurhaliza dan sebagainya. Oleh itu, jika anda mempunyai pola 38 di dalam tarikh lahir anda, maka marilah maksimumkan kekuatan anda untuk kejayaan. Jika anda tidak mempunyai pola 38 anda sepatutnya ditinggalkan jauh di belakang tetapi marilah juga anda mempelajari teknik tersebut supaya anda juga setaraf dengan mereka yang berjaya yang lain.

Teknik Pola 38 seolah menajamkan keupayaan metafizik anda untuk telepati, gerak hati, “mulut masin” dan teknik visualization (Law Of Attraction). Teknik ini boleh digabungkan dengan teknik tenaga dalaman yang lain seperti Reiki, Silat dan sebagainya. Apabila tenaga dalaman anda tinggi, anda dapat melihat, mendengar, merasa dan menyentuh pelbagai petunjuk yang ada di alam sekitar anda untuk mendapatkan kejayaan. Teknik Pola 38 adalah teknik-teknik ringkas yang tidak memerlukan banyak pergerakan atau bacaan upacara seperti teknik tenaga dalaman yang lain. Ianya sangat mudah digunakan walaupun di meja pejabat tempat anda bekerja atau duduk di dalam bas ekspress atau ketika memandu di tengah kesesakan lalu lintas.

Testimoni peserta kursus Pola 38:
“Salam cg a-d. smlm sy try jwb soalan utk latihan pola 38. sy just tarik nafas dlm2 dan set minda apa abjad 2. lps tu terbyg huruf C warna kuning. X sangka plk mmg huruf C”.

Assalamualaikum cikgu A-D, tanpa ragu-ragu saya meneka jawapannya adalah "C". Ternyata tepat sekali. Apakah ini satu kebetulan atau kerana saya memiliki pola 38?

Maklumat kursus:

Bahagian 1 – 23 Julai 2011
Untuk bahagian pertama adalah siri pengenalan kepada mereka yang belum pernah menghadiri kursus teknik pola 38 atau mereka yang ada bajet untuk siri pengenalan dahulu sebelum mahu ke bahagian 2. Di dalam bahagian 1 adalah mempelajari konsep dan beberapa teknik ringkas awalan.
a.  Pengenalan mengenali konsep Pola 38.
b.  Mengenali Punca, Cara Pengiraan dan Aplikasi.
b.  Mengenali 2 Teknik Utama Menjana Tenaga Dalaman Pola 38.
c.  Latihan Awalan 5 Teknik Pola 38 secara sendirian.

Bahagian 2 – tarikh akan di beritahu nanti.
Percuma: CD Brainwave dan Sebotol haruman Auralife 38.
Bahagian 2 adalah sambungan kepada Bahagian 1 yang mengandungi pelbagai jenis latihan praktikal.
a.   Memahami Konsep 38 di dalam bisnes, kerjaya dan keluarga.
b.   Sambungan 5 Teknik Pola 38 secara sendirian dan berkumpulan.
c.   Teknik Menjana Tenaga dari Elemen Alam daripada Root Number.
d.   Teknik Terapi Pendengaran (CD Brainwave).
e.   Teknik Mendapatkan dan Mengetahui Masa Sesuai Pola 38.
f.    Teknik Mengawal Konflik Tenaga Dalaman.

Apa yang anda dapat daripada Teknik Pola 38?

Memiliki sebentuk kelebihan metafizik yang boleh membantu anda di dalam urusan bisnes, kerjaya, kewangan, kasih sayang, kehidupan dan sebagainya. Dengan mengamalkan teknik ini, ianya dapat mempercepatkan proses kejayaan anda dan sekurang-kurangnya menjimatkan masa dan tenaga anda untuk mencari-cari potensi. Contohnya;

1. Anda boleh memilih pelanggan yang betul-betul berminat dengan jualan anda berbanding anda tercari-cari pelanggan hinggakan kepenatan dan balik kosong.

2. Anda mampu berinteraksi dengan pelanggan anda tanpa menelefonnya dan pelanggan anda tahu bahawa andalah yang beliau cari untuk produk atau perkhidmatan yang diperlukan.

3. Perjalanan hidup anda selalu menempuhi jalan mudah terutamanya di waktu mengalami kesulitan – ada orang yang membantu di kala kesusahan, mendapat parkir di kawasan sesak dan mudah mendapat pelanggan di tempat yang sukar.

4. Anda mampu terperasan dengan pelbagai jenis petunjuk tentang kehidupan anda yang membawa anda kepada kejayaan dan menjauhkan anda daripada kesusahan.

Money Relieves Pain
Through six experiments, psychologists and a marketing professor probed the power of money as a proxy for social acceptance. Among their results, they found that merely touching bills or thinking about expenses paid affected the participants both physically and emotionally. Because it affects pain, money may be a clue to how the brain evolved to process social interactions, the researchers wrote in a paper published in the June edition of the journal Psychological Science.

Setakat ini sudah ada 2 artikel penyelidikan menyatakan bahawa dengan memegang wang mengurangkan kesakitan!. Apakah anda memiliki album duit seperti cikgu A-D dan selalu melihat nombor siri duit seperti yang selalu cikgu A-D buat setiap hari? Adakah anda memiliki mangkuk kekayaan seperti yang disarankan? Jadi bukannya perkara mengarut perihal album duit seumpamanya. Ubat yang paling murah dan berkesan!

Kursus Pola 729 Potensi Juara Jualan:
Tarikh: 24 Julai 2011. Percuma software Graf Prestasi Harian ciptaan cikgu A-D.
Masa: 10 pagi – 5 petang.
Tempat: Pusat Avail, No 16, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
(bersebelahan UTHM sebaris kedai makan Azhar).
Yuran:
RM350 seorang
RM300 seorang jika datang suami isteri/ adik beradik
RM300 seorang jika datang bersama 3 rakan
Daftar: SMS taip JJ dan hantarkan ke 016 624 9666.
Bayaran: bank in Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie).

Kursus ini pernah dihadiri oleh Sdra Nor Edie, Crown Manager Avail sekitar April 2009 dan kini Mei 2011 telah berpendapatan 5 angka dan pangkat ke 6 tinggi dalam Avail dalam masa 2 tahun sahaja menggunakan potensi, strategi, arah dan prestasi yang betul secara pernomboran. Juga pernah dihadiri oleh ramai sales yang kini berjaya dalam industri masing-masing. Kini, giliran anda pula mendapatkan pengetahuan dalam modul yang lebih baru, interaktif, terkini dan mantap serta dengan software terbaru serta teknik-teknik terbaru termasuk teknik yang belum pernah diajar dalam modul ini iaitu teknik Arah kejayaan di Meja Rundingan semasa membuat jualan.

Anda ingin berjaya dalam sales / jualan – jom bersama di sini!

KURSUS 1 HARI INTENSIF: POLA 729 JUARA JUALAN BERKESAN
Anda mahu berjaya dalam jualan? Anda mahu sentiasa lebih dari sales target! Ya, anda mahu berjaya dalam dunia jualan! Anda mahukan perubahan SEGERA. Kursus ini adalah untuk anda!

TRANSFORMASI JUALAN & KEJAYAAN: DARI KECIL KEPADA BESAR

Modul kursus ini telah dibangunkan dan dibimbing sendiri oleh Cikgu Eddy Rosyadie, satu-satunya modul sebegini di dunia. Semenjak modul ini diperkenalkan pada tahun 2008, ramai jurujual dan ahli pemasarantelahmendapat manafaat yang besar dan berkesan dalam meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan mereka.

Antara peserta kursus yang berjaya adalah Sdra Nor Edie, Crown Manager dari Avail yang kini berpendapatan 5 angka lebih kurang RM30,000 sebulan. Juga, Puan Wan Nea yang berjaya close sale RM300 ribu dalam masa 3 jam dengan komisyen RM10,000.

 Apakah yang membezakan kursus Juara Jualan ini dengan Seminar Perniagaan atau Seminar Pemasaran yang lain?Terdapat perbezaan di antara perniagaan, pemasaran dan penjualan. Kursus Pola 729 adalah teknik, taktik dan strategi membuat jualan/ menjual yang berkesan. Sesuai untuk mereka yang terlibat dan mahu menjual / menjadi jurujual dengan berkesan. Berbanding seminar perniagaan atau yang menceritakan langkah untuk berniaga atau seminar pemasaran yang membincangkan skop pemasaran selalunya tidak menjuruskan kepada teknik jualan.

Cikgu A-D  telah membimbing ramai jurujual dan pegawai pemasaran dari pelbagai industri biasanya MLM seperti Avail, Amway, Rafa, Uptrend, Vemma, Hai-O, termasuk Prudential, Public Mutual, MAA, Takaful Ikhlas, MMP, DIGI dan sebagainya.

Tahukah anda jurujual terhebat dunia (rekod dunia Guiness Book of World Records) adalah JOE GIRARD? Dapatkan sinopsis taktik jualan beliau yang akan dikongsikan dalam kursus Juara Jualan supaya anda boleh menjadi Juara Jualan!

Kandungan Kursus 1 hari - satu-satunya kursus di dunia yang menggunakan TEKNIK PERNOMBORAN DAN GRAF DINAMIK – anda perlukan pasaran yang betul, arah yang betul, hari yang betul dan pendekatan yang betul untuk betul-betul dapat close sale yang lumayan!

Perhatian: Kursus ini bukan seminar motivasi. Kursus ini adalah kursus taktikal strategi untuk kenali arah yang betul, pasaran yang betul, hari menjual yang betul daripada tarikh lahir, nombor handphone, nombor kad pengenalan dan nombor plet kenderaan anda! Sangat unik dan menarik.Mudah diamalkan.

Cikgu A-D telah transformasi beberapa individu dan organisasi seeprti MillionaireMindPower (MMP) di bawah pimpinan Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad untuk menjadi organisasi jualan yang hebat di masa kini. Dengan teknik jualan seperti arah dan sebagainya, MMP menjadi sebuah organisasi yang terkenal dan berjaya. Kini giliran anda dan organisasi anda untuk berjaya!

Kandungan kursus:
1. Mengenali Pasaran Jualan yang Sesuai dan Yang Tidak Sesuai.
2. Mengenali Arah Kejayaan Statik dan Dinamik termasuk Arah Tekanan untuk dielakkan
3. Teknik Pendekatan Jualan Pola 7
Kenapa Pola 786 adalah pelaris jualan yang lebih baik dari pelaris 729, dan cara poster pola 786 berbeza dengan pola 729.
4. Teknik Memilih Tarikh-tarikh Menjual Yang Menguntungkan
Percuma: software kiraan Graf Prestasi Harian ciptaan Cikgu Eddy
5. Kenali Konflik Diri dan Cara Atasi
Istimewa! Teknik kenali prospek dari no. hdphone & plet kenderaan. Ciptaan Cikgu A-D.
Istimewa! Teknik Arah Kejayaan Duduk di Meja Rundingan. Ciptaan Cikgu A-D
Istimewa! Teknik NLP VAKO Mata-Tangan dalam teknik menyakinkan prospek.
Istimewa! Sinopsis buku ”How to Sell Anything to Anybody” karya Joe Girard. Ketahui taktik jualan beliau seperti birddog, direct mail dan sebagainya.

Dan banyak lagi taktik dan teknik serta strategi jualan....kitaran tahun, bulanan, mingguan dan sebagainya. SATU-SATUNYA KURSUS SEBEGINI DI DUNIA. Jom daftar segera! Tempat terhad 30 orang.

Perlukah anda pakai warna baju yang betul untuk membuat jualan? Root Number yang macam mana bagus buat sales ... dan macam-macam persoalan tentang teknik menjual yang berkesan...

Anda sebagai seorang sales perlu taktik dan teknik untuk berjaya dalam bidang anda. Pengalaman cikgu A-D pernah menjadi seorang salesman dengan memiliki pola 459 dunia kesihatan iaitu menjual peralatan makmal di hospital kini mendapati jika taktik dan teknik sales seperti pernomboran dsbnya diberikan kepada seseorang sales maka pulangannya lebih besar daripada sekadar membuat pemasaran sebegitu sahaja mengikut skrip syarikat. Pengalaman manis sebagai sales dulu ialah unit kami mendapat tempahan peralatan RM2 juta.

Jika anda ada strategi yang lebih mantap, pakai selipar jepun berkain batik pun boleh close sale ribu-ribu ringgit dengan mudah! Anda tentu mahukan cara yang ringkas dan praktikal! Batu Pahat, 24 Julai!
Senarai kursus di laman TERKINI (klik link)

    Memaklumkan Untuk Hadir Kursus

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly