Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan, Kekayaan, Kebahagiaan, Keharmonian

11/4/2011

0 Comments

 

Tahniah diucapkan kepada anak bongsu cikgu A-D di Tahun 4 yang mendapat kedudukan no 1 dalam kelas (1/46) dan no 1 dalam darjah (1/551). Ya, memang 551 orang iaitu lebih kurang 11 kelas untuk Tahun 4. SRK Meru merupakan sekolah yang paling ramai murid di Malaysia (lebih kurang 3300 murid), walaupun terdapat 2 lagi sekolah rendah berdekatan.

Untuk anak bongsu ini telah dididik dari kecil untuk berdoa di pagi bersama ibunya dan bapa sebelum ke sekolah. Doa untuk keselamatan, kesihatan dan kecemerlangan dalam akademik - kena sebut doa dengan khusus seperti sekolah dapat nombor 1 dsbnya... Anda amalkanlah juga untuk anak-anak. Juga, tiap pagi cikgu AD pasti akan melalui kedua-dua sekolah ini jika keluar, jadi tiap kali lalu cikgu AD bacakan Al-Fatihah dan sedekahkan untuk anak-anak dan doakan mereka sihat dan cemerlang di sekolah - ini petua dari Dato' Dr Fadzilah Hj Kamsah. Amalkanlah juga untuk anak-anak anda untuk kecemerlangan mereka dan anda jua.

Fenomena "Jiwa Kacau 2012" .... Dari Ekonomi dan merebak kepada yang lain!

Adakah anda bersedia untuk tahun 2012? Bagaimana caranya anda bersedia? Gunakan panduan daripada teknik pernomboran dan graf dinamik dalam kursus "Strategi Menghadapi Tahun 2012 dengan Berkesan" pada Sesi Petang 2 pm - 6 pm di Saleng, Kulai, Johor. Hadir jugalah di sesi pagi untuk belajar Asas Permulaan.

SYARIKAT pembekal memori kilat yang menjadi nadi sistem elektronik dunia...kegiatan pengeluaran akan dihentikan di kilang Shah Alam menjelang akhir suku pertama 2012...kini mempunyai tenaga kerja lebih kurang 660 orang.

TOKYO (AP) -- Toyota said its quarterly profit slid 18.5 percent to 80.4 billion yen ($1 billion) on plunging sales caused by parts shortages from the tsunami disaster in northeastern Japan and warned it faces a new challenge from flooding in Thailand.

TOKYO (AP) -- Mazda reported its fourth straight quarterly loss Wednesday after vehicle sales slumped amid a sluggish global economy and high yen. The company now projects a big annual loss instead of a profit.

TOKYO (Reuters) - Sony Corp warned of a fourth straight year of losses, with its television unit alone set to lose $2.2 billion on tumbling demand and a surging yen, sinking its U.S. shares and raising concerns about the viability of its high-profile TV business

TOKYO (Reuters) - Losses on securities investments at the core of a scandal rocking Japan's Olympus Corp may have once exceeded $1 billion, the Nikkei newspaper said on Wednesday, as the firm's share price plunged due to doubts about its future.

Picture
Foto Seminar Strategi 2011 pada Januari 2011 di UPM, Serdang untuk kakitangan UPM.

Cikgu AD telah berpesan tahun 2011 adalah tahun pendidikan maka sepanjang tahun 2011 banyak perihal tentang pendidikan mendapat manafaat.


Picture
Foto cikgu AD bersama sdra Noredie semasa Majlis Berdoa "Jutawan Kekayaan + Pemimpin Terkenal" (Main Structure Sun + Wealth) pada Dis 2010 yang lalu di perkarangan Masjid Besi, Putrajaya memang di tepi tasik Putrajaya. 5 bulan selepas itu, sdra Noredie naik pangkat jadi "pemimpin besar" di Avail dengan pendapatan 5 angka dan tak lama lagi wisma berharga RM1 juta bakal dibuka di Tebrau City.

Jelas menunjukkan usaha + ilmu dan berdoa menyumbang kejayaan anda. Jom terus berdoa sepanjang Nov ini dan yang kemuncaknya pada 27 Nov 2011 nanti di Muar. Sdra Noredie menyatakan beliau akan hadir di majils itu bersama beberapa tetamu lain.. mudah2an aura kekayaan itu melimpah kepada kita nanti.

Berdoa pada 5 Nov lalu, seperti biasa, hasil yang cikgu AD dapat biasanya 5-6 hari selepas berdoa. Tadi pagi 9hb dapat panggilan ada bayaran RM6,000 akan masyuk! Walaupun tak banyak tapi syukur sebab itu projek tertangguh lebih 8 bulan ingatkan kena tunggu 3-4 bulan lagi baru dapat payment, tapi tadi tak sangka ada durian runtuh yang cepat. Lagi baki RM3,000 akan dibayar kemudian, syukurlah hasi berdoa bukan sekadar 5 Nov tetapi banyak lagi teknik (akan diajar semasa taklimat teknik berdoa pada 27 Nov nanti 10 pg -12 tghari). Tapi jenuh jugalah buat bisnes konvensional jadi orang tengah kena tunggu payment lambat tu yang kena pelbagaikan bisnes. Untuk payment tersebut cikgu AD bercadang untuk masukkan 1 lagi unit air-cond di pejabat Meru dan mungkin nak tukar karpet lantai pejabat Meru untuk tambah keselesaan kepada peserta kursus atau pelanggan konsultansi di situ nanti.

Sebenarnya, malam 8hb tu cikgu A-D berkesempatan singgah di ibupejabat Avail atas jemputan sdra Noredie, rupanya setiap Selasa malam dibuat taklimat di situ. Ramai juga pelajar cikgu AD di situ dan ada di antara mereka dah berpendapatan 4 angka sebulan!Ada seorang tu kursus tahun 2009 lalu masih ingat dan kini mampu memiliki kereta mewah besar... Syukurlah, itu yang selalu cikgu A-D doakan kepada setiap pelajar cikgu A-D setiap pagi sekitar 8.30 pagi, semoga anda juga mendapat kejayaan bersama. Juga disitu berkesempatan berbincang dengan SCM En Azman Bidin, seorang klien cikgu A-D juga, yang kini sudah tahap tertinggi SCM orang pertama sampai tahap tersebut. Banyak projek-projek yang beliau ada dan ada juga tawaran kepada cikgu AD (agaknya ini peluang hasil dari berdoa 5 Nov lalu).

Menariknya juga, selepas itu dapat bertemu dengan Pengarah Urusan/Pengasas Avail, dapat tengok tarikh lahirnya, padanlah kaya dan berjaya! Pola 87, 72 dsbnya. Walaupun beliau dulu dalam bidang perbankan, tapi disebabkan pola 459 beliau kini dalam industri kesihatan, kebetulan? Kami berempat berbincang di pejabat beliau - teruja juga duduk dikelilingi dengan usahawan-usahawan yang berpendapatan 5-6 angka sebulan!  Beliau menceritakan sebelum ini pernah hidup dalam kesusahan teruk, rupanya bila tengok graf hayat padanlah masa usia itu ada Vacuum Star. Menariknya, perkara yang sama diberitahu oleh seseorang lebih kurang 7 tahun lalu bahawa beliau hidup perlu susah dahulu dan akan berjaya mulai umur 36 tahun ke atas. Menggunakan graf hayat dah dapat tengok memang pun semasa muda ada Vaccum hingga umur 35 tahun! Jadi, menggunakan kaedah pernomboran dan graf hayat terus kita dapat jawapan dan tentunya kita tahu strategi apa yang diperlukan untuk mengatasi masalah dan tingkatkan potensi. Jadi, jika anda Vacuum Star ke, graf gaung ke dsbnya, ada cara penyelesaiannya! Juga, jika anda ada pola 78, 72 dsbnya, maka gunakanlah potensi anda itu dalam networking.

Pada Selasa 15hb Nov 2011, adalah giliran sdra Noredie untuk membuat presentation di situ, jadi dijemput anda semua untuk hadir dan seterusnya dapat bertemu secara bersemuka dengan beliau, sdra Azman malah Pengarah Urusan Avail sendiri di situ - ini semua businessman berjaya yang nak kongsi tips. Dapatkan tips-tips kejayaan mereka.. mereka ini  bermula dari kepayahan untuk sampai ke tahap kejayaan maka mereka tidak sabar-sabar untuk berkongsi strategi kejayaan mereka (kalau tak sempat 15hb boleh datang mana-mana malam Selasa 9 malam). Tak kisahlah apa bisnes mereka tak kena bisnes anda... yang penting ilmu tu! Kalau boleh beritahulah anda dari grup Cikgu AD supaya anda mudah dikenali oleh sdra Noredie di sana nanti.

Alamat: Wisma Avail, no 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya - dekat dengan satu kedai Curry House dekat Courts Mammoth. Kawasan ini berdepan IOI Mall Puchong.



 


salam cikgu AD, sy pembaca baru blog cikgu, sy pun mencuba berdoa kekayaan pada pg 5 nov lepas... pastu sy pi cimb alor gajah untuk kuar duit.. ada 3 mesin atm, ada ramai org, sy pun guna yg kiri sekali, tetiba byk duit digit 6 n 9 yg sy dpt, yg peliknya tetiba dua2 mesin atm yg lain rosak hanya yg sy guna elok (sebelum tu ok), semua org beralih ke belakang saya pulak... pelik n aneh...TQ cikgu AD

Picture
Ramai pemimpin dan individu terkenal dunia  memiliki pola 38. Tak perlu pergi jauh ialah YAB PM kita sendiri. Ada satu sebab kenapa pola 38 berada di sebelah kiri petak beliau. Jawapannya di kursus pola 38.

Walaupun YAB bukanlah peserta kursus pola 38, anda sebagai peserta kursus pola 38 mampu pelajari teknik daripada pengalaman orang-orang tua untuk anda jadikan diri anda lebih berkesan. 

Jadi, telah ramai individu pola 38 mencapai kejayaan, bagaimana pula dengan diri anda mungkin anda tidak tahu bahawa anda sebenarnya ada pola 38 dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Begitu juga mungkin anda tidak tahu anda sebenarnya tiada pola 38 jadi anda kurang berjaya dalam kehidupan berbanding rakan-rakan lain yang mungkin ada pola 38.

Sama ada anda telah dilahirkan dengan pola 38 ataupun tidak ada pola 38, eloklah anda tingkatkan tenaga dalaman anda untuk menjadikan diri anda lebih hebat dan berkesan kerana Tuhan telah anugerahkannya ke setiap orang, cuma kita yang belum menjadikannya hebat, jom berlatih.

Tahukah anda bahawa SEMUA ORANG ADA POLA 38 pada tahun 2003 yang lalu dan kini pada tahun 2012? Masalahnya, pola 38 juga boleh jadi negatif secara semulajadi jika kita tak tahu mengawalnya, seperti kes David Ray Parker pembunuh kejam yang ada pola 38 serta kes Anneliese (yang kisahnya dijadikan filem seram Emily Rose) juga ada pola 38, kerana itulah kursus pola 38 akan membimbing anda untuk menggunakan secara positif dan produktif. Oleh itu, jom, kita belajar dan jadikan peluang pola 38 di tahun 2012 sebagai platform untuk anda lebih berjaya dalam hidup, kerjaya dan perniagaan!

Menariknya, teknik pola 38 digunakan untuk tujuan bisnes dan praktikal dalam kehidupan supaya memudahkan kita laluan yang baik untuk lebih berjaya dalam akademik, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan dan organisasi.

Berikut adalah antara maklumbalas ujikaji teknik pola 38 yang dibuat tahun lepas menunjukkan bahawa kaedah cikgu A-D adalah kaedah kajian. Menarik sekali ramai yang mampu "melihat" dan "mendengar" jawapan dengan betul walhal ujikaji ini dibuat secara online yang mana soalan diumumkan 2-3 hari sebelumnya. Saintis tak akan dapat menjelaskan bagaimana fenomena ini boleh berlaku; yang penting cikgu A-D percaya bahawa kita semua memang telah dianugerahkan kehebatan cuma belum dilatih atau diamalkan. Maka, gunakan kekuatan daripada dalam diri anda untuk berjaya. Yang best ialah maklumbalas yang ketiga di bawah tu.... ada pulak angka 383 dalam nombor handphone! Tapi tak perasan selama ini beliau ada kebolehan/ keupayaan... itulah, Tuhan dah tunjukkan kepada kita tapi kita yang tak perasan sebab tulah kita gunakan angka dan nombor untuk jelaskan petunjuk itu dengan visual.

Salam. Jwbn sy betul. Bila sy tutup mata sy dengar cikgu sebut ‘hebat’

Askm, en AD baru kali ni sy berkesempatan melatih guna pola 38 utk dptkn jwpn soalan en AD, jawapan tepat ‚bunyi duit syiling 20 sen jatuh ke lantai’

Salam. Sy bc blog en eddy dn teka KAYA bila tgk jwpn betul pulak.kebetulan kot - 01X-XXX7383


Picture
Berdoa Kekayaan 5 Nov 2011

Seperti yang diumumkan, 930 pagi tadi 5 Nov 2011 ada waktu berdoa kekayaan. Jadi, cikgu A-D pergi mencari tempat untuk berdoa. Dekat sahaja iaitu di salah sebuah tasik di Setia Alam berdekatan dengan Meru, Klang.





Setia Alam / SP Setia memang terkenal dan Setia Alam di sini unik memiliki Malaysia Book of Record iaitu "Pasar Malam paling panjang di Malaysia! Datanglah setiap Sabtu malam. Di sini ada beberapa tasik kecil dan besar.

Walaupun tempat yang cikgu AD pilih airnya agak "kurang menarik" tetapi bolehlah menepati syarat dan tempat itu di seberang jalannya ada 5 buah bank! Juga kawasan komersial perniagaan termasuk KFC jadi adalah "aura" kekayaan tu. Dapatlah berdoa di atas tasik itu yang ada sebuah gondola di situ; air tasik agak penuh kerana hujan lebat sebelum ini. Walaupun berdiri bersendirian di tasik itu tetapi sebenarnya cikgu AD berdoa "on-line" pakai speakerphone bersama En Nizam dan En Saiful yang berada di sebuah tasik berdekatan Senai Airport. Jadi, kami ini sebenarnya berdoa "antara benua".

Menariknya selepas berdoa di tasik itu, cikgu AD pergi ke bank CIMB untuk satu urusan tetapi mesin ATM di situ bermasalah, jadi terpaksa menapak ke AMBank tetapi ATM di situ bermasalah juga, kemudian menapak ke Hong Leong Bank, juga ATM bermasalah di situ dan selepas itu menapak ke Maybank barulah dapat buat urusan tapi urusan lain. Dah macam saie safa dan marwah, tapi ok juga sebab dah pergi ke setiap bank dan berdoa di setiap bank!. Memang Maybank cepat benor duit bocornya! Kalau anda perasan, kami geng pernomboran menggunakan akaun CIMB yang didapati seolah mampu lebih "menyimpan". Ini bukannya nak promote bank tapi realiti itu dikongsi, jadi eloklah anda ada beberapa akaun bank jua supaya anda boleh pergi berdoa di setiap bank!

Picture
Waktu berdoa kekayaan seterusnya pada 9 Nov dan seterusnya 13 Nov 2011 iaitu pada hari Kursus Pola 38 di Cheras, KL. Kita akan berdoa bersama-sama di situ. Seterusnya banyak lagi waktu berdoa kekayaan dalam November 2011 ini (boleh buat tempahan untuk dapatkan senarai waktu berdoa) dan yang kemuncaknya ialah pada 27 November iaitu kekayaan Jutawan Segera di Muar.



Dari aktiviti ini cikgu AD dapat satu idea. Lain kali untuk sesi waktu berdoa kekayaan bolehlah kita buat secara "online" sahaja. Cikgu AD di Tasik Setia Alam manakala anda cari dan pergi mana-mana tasik berdekatan dengan kawasan anda dan kita berdoa bersama secara "on-line". Nanti cikgu AD cuba eksperimenkan untuk set-up group teleconference sama ada secara talian telefon atau secara web (mungkin web lebih mudah seperti YM dsbnya tapi anda kenalah pakai smartphone atau PC mobile broadband/ netbook ataupun IPad2 untuk sambungan ke internet). Walau bagaimanapun, berdoa bersama-sama dalam satu jemaah lebih baik sebenarnya kerana kalau "on-line" mungkin "tak sampai" auranya tu. Tapi sesekali tu boleh lah buat macam ni dan sesekali juga kenalah berjumpa bersama juga.

Selepas waktu berdoa itu tadi cikgu A-D dapat tawaran untuk satu projek di Kuantan dan Ipoh... jumpa anda nanti di sana!

Picture
Foto Majlis berdoa kekayaan 5 Nov secara "on-line" ini satu tasik dekat Senai manakala cikgu A-D di satu tasik di Setia Alam, Selangor.


Picture
Dapatkan majalah Availain Vol 4 daripada stokis atau pengedar Avail.

Cikgu A-D berkesempatan untuk melatih sdra Noredie adalah CM Johor yang pertama sebelum beliau masuk ke perniagaan tersebut hingga kini menjadi CM manakala cikgu A-D telah dijemput untuk berbincang perihal potensi pernomboran dengan sdra SCM Azman Bidin di kediaman beliau di Shah Alam bersama CM Mohd Zahir di akhir tahun 2010 lalu. Ketiga-tiga individu tersebut ada dipaparkan di muka depan dan di artikel di dalamnya.






Apa taknya SCM Azman adalah Super Crown kerana beliau kini sedang Virtuous Star dan graf menaik! Walaupun CM Noredie graf hayat gaung tetapi beliau telah buat perubahan untuk menjadi berjaya dan akan tiba Virtuous Star tidak lama lagi.

Jelas di sini menunjukkan bahawa jika anda tahu;

1.  Peluang dan potensi anda untuk berjaya, maka kenapa tidak lakukan yang lebih baik (seperti contoh SCM Azman dalam Virtuous Star).

2.  Anda berada dalam situasi konflik, sengsara dan gaung, maka kenapa tidak lakukan usaha & ikhtiar yang lebih baik untuk mengubahnya (seperti contoh CM Noredie yang dalam graf hayat gaung). Dapatkan ilmu, berusaha dan berdoa.

Maka, jalanilah kehidupan anda dengan lebih kuasa 4T - Tabah, Tenang, Tersusun, Tawakal dengan bekalan 4P - Panduan, Pengetahuan, Perkongsian pengalaman, Perancangan. Buatlah perubahan yang positif dan produktif untuk penghasilan K - kejayaan, kebahagiaan, keharmonian dan kesihatan serta keimanan yang berkesan!

Untuk maklumat lanjut tentang peluang perniagaan bersama Avail, hubungi
Johor: En Nizam - 012 769 3807


Rencana di Harian Metro 4 Nov 2011 lalu di ruangan Bisnes memaparkan satu konsep perniagaan jualan air bersih minuman. En. Shahril dari Melaka merupakan klien dan peserta kursus cikgu A-D, kini dalam kitaran tahun 6 sedang meluaskan perniagaan beliau ke seluruh negara dan mencari rakan perniagaan baru. Juga boleh hubungi En Megat 012 792 7254.
Picture

Napoleon Hill International Convention 2012
Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)
14 - 15 Mac 2012
Yuran: RM2,800 seorang - ada special rate istimewa untuk group cikgu A-D (ENVISION).
Bayaran boleh dibuat secara cek / kad kredit.
Terbuka untuk rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura serta Indonesia.

Dengan sukacitanya, cikgu A-D telah dilantik untuk bekerjasama dengan Napoleon Hill Associates dan telah mendapatkan special rate untuk para klien / peserta kursus Cikgu A-D untuk hadir ke satu konvensyen gilang gemilang mendalami motivasi / tips kekayaan dan kejayaan yang dihadiri oleh ramai personaliti terkenal / jurulatih kejayaan / mentor yang berwibawa yang mana penceramah jemputan utama adalah Dr. Deepak Chopra, individu akademik yang sangat terkenal di dunia Barat.

Cikgu AD telah mendapatkan special rate untuk;
1.  Yang mendaftar awal sebelum 15 Disember 2011.
2.  Yang mendaftar berkumpulan lebih 10 orang.
3.  Student rate - untuk mahasiswa/i universiti; terutamanya UiTM, UPM, UM, UKM dan UTM.
4.  Kakitangan UiTM, UPM, UM, UKM dan UTM.

Untuk mendapatkan special rate / diskaun tersebut, sila nyatakan nama ENVISION atau nama Eddy Rosyadie sebagai rujukan apabila menghubungi Ms Penny Ong (03 2144 1818) atau email: penny@napoleonhill.com.my

Konvensyen ini juga menawarkan ruang pameran / jualan (booth) di KLCC. Untuk maklumat dan tempahan ruang, hubungi individu di atas. Dijangka 3,000 orang menghadiri konvensyen istimewa ini. Jadilah sebahagian daripada gerakan dan transformasi ilmu kejayaan dan kekayaan bersama Napoleon Hill - Think and Grow Rich!
Picture
.

Picture
Tahukah anda nombor telefon pejabat pentadbiran untuk Istana Negara adalah 03-20788311.

Pola 38 atau 83 sering ditemui pada fenomena sebegini dan pelbagai fenomena unik di luar fizikal atau logik yang nyata.
 
Setiap manusia dibekalkan dengan keupayaan unik dan dengan kesedaran dan latihan, keupayaan itu dapat dikeluarkan dan digunakan untuk menjadikan kehidupan kita lebih berkesan.

Hadirlah kursus Pola 38 di Kuala Lumpur untuk mengetahui bagaimana anda juga boleh tingkatkan keupayaan anda ke tahap lebih tinggi.

Kisah 83 Hertz
Not paling rendah untuk sebuah guitar standard ialah 83 Hz.

Di dalam dunia metafizik chakra, frekuensi 83 Hz dikatakan untuk membuka "mata ketiga" (3rd Eye) yang dikatakan terletak di dahi antara dua mata manusia. Begitu juga frekuensi 8.3 Hz digunakan untuk tingkatkan keupayaan melihat objek secara visual dan gerak hati.

Juga, kajian sains mendapati frekuensi bumi adalah sebanyak 7.83 Hz (Schumann resonance) kelajuan cahaya dibahagi dengan ukurlilit bumi. Dikatakan di frekuensi inilah kita berada di dalam situasi yang sangat tenang (mungkin itu sebabnya ibadah malam?)


Picture
Kursus Asas & Strategi 2012 di Saleng, Johor

Pelajari kaedah pernomboran dari tahap asas permulaan mengenali lebih mendalam maksud angka dan pola nombor, seterusnya hadir ke sesi petang untuk pelajari kaedah pernomboran untuk bina strategi kejayaan dan bersedia untuk tahun 2012.


Lihat Graf Prestasi bulanan 2012 untuk negara Malaysia (kaedah ciptaan cikgu AD dan setiap peserta akan dibekalkan dengan graf bulanan untuk dipelajari) maka apakah aspek persediaan yang diperlukan untuk melalui tahun 2012 nanti terutamanya menghadapi konfik yang berkemungkinan pada Jun 2012 dan potensi cemerlang pada Mac 2012. Bagaimana dengan prestasi tahun 2012 anda nanti?

Tarikh    : Sabtu, 26 November 2011
Tempat : Dewan Ballroom,  TJ MART KULAIJAYA
                 Lot 5035, Batu 17 1/2, Jalan Air hitam, Saleng, 81400 Senai,Johor.
                 (Tingkat atas - masuk melalui pondok pengawal TJ MART)
                 Berhampiran KFC Saleng Dan Masjid Jamek Saleng.

Sesi Pagi: 9 pagi – 1 petang
Kursus Asas Pernomboran: Maksud Angka dan Pola-Pola Angka
Pelajari maksud atau tafsiran angka dan nombor dalam kaedah pernomboran, bermula dari maksud 1 angka kepada maksud 2 pola angka dan seterusnya maksud 3 pola angka. Cara membaca angka dan pola daripada apa jua pernomboran seperti tarikh lahir, nombor handphone, nombor plet kereta serta nombor siri duit, nombor akaun bank, dsbnya. Juga teknik pengiraan asas Petak Statik dan Pembayang.

Sesuai dihadiri untuk semua golongan; individu yang baru mahu mengenali dan mahu mendalami kaedah pernomboran, para pelajar / mahasiswa/i, pensyarah, surirumah, para profesional, serta bekas peserta kursus yang lama (dari tahun 2006 - 2011) untuk ulangkaji memahami dan mengemaskini maksud dan cara membaca kod-kod pola nombor.

Sesi Petang: 2 petang – 6 petang
Kursus Strategi hadapi Tahun 2012 Tahun Jiwa Kacau Dengan Berkesan
Membina strategi kejayaan dan kekayaan untuk tahun 2012 secara kaedah pernomboran. Memastikan bahawa anda seiring dengan kehendak tahun 2012 untuk mengaut kejayaan pada tahun 2012 dan mengelakkan kerugian pada tahun 2012. Seterusnya, mengelak diri anda atau organisasi anda menjadi antara calon individu/ organisasi ber"jiwa kacau". Kajian tahunan dan bulanan untuk diri anda termasuk arah-arah statik dan dinamik 2012 untuk memastikan anda berada di landasan yang betul untuk berjaya.

Sesuai dihadiri oleh semua golongan sama ada yang baru mengenali atau bekas peserta lama; para usahawan terutamanya, golongan pekerja swasta/ kerajaan, pelajar, pensyarah, surirumah, para profesional dan sebagainya.



Picture
Majlis Berdoa Kekayaan Jutawan Segera di Muar, Johor
Secara Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik (Pola 6 & Main Structure Great Pioneer + PF)

Pertama kali di Johor dan pada hari awal Muharram !




Tarikh    : Ahad, 27 November 2011.
Tempat : Dewan Maharani, Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, Johor (masjid lama).

Objektif Majlis:

1.   Di dalam kaedah Pernomboran, pendekatan DUIT iaitu Doa setelah Usaha dengan Ilmu dan Tawakal/ Tabah.

2.  Memohon kepada Nya supaya dikurniakan kekayaan dan kebebasan kewangan terutamanya “menjadi Jutawan Segera”.

3.  Berdoa di dalam satu kelompok jemaah yang ramai di tempat yang sesuai yang meningkatkan energi kekayaan.

Kali ini, skrip doa kekayaan bacaan cikgu A-D akan ditambahbaik dengan ditambah ayat-ayat suci Al-Quran/ zikir-zikir yang bersesuaian, teknik bertasawwul dan sebagainya. Nampaknya skrip teks untuk baca doa mungkin sudah setebal 6 mukasurat dah macam berkhutbah!

Sesuai dihadiri oleh semua golongan dan lapisan masyarakat. Majlis Berdoa Kekayaan ini adalah siri ke 6 yang dianjurkan oleh Cikgu A-D, kali ini pertama kali diadakan di Johor. Majlis Berdoa Kekayaan “Jutawan Segera” yang pertama kali diadakan di Tasik Titiwangsa, KL pada Febuari 2010 bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad (MMP) dan seterusnya sekali lagi bersama kumpulan MMP di Pulau Tioman pada Mac 2010 yang mana seterusnya Program MMP meletup berterusan di pasaran sehingga kini. Majlis Berdoa seterusnya dibuat di Tasik Shah Alam (3X) dan Kota Damansara pernah dihadiri oleh sdra Noredie yang kini menjadi Crown Manager pertama untuk Johor (dalam 2 tahun sahaja) dan berbagai lagi testimoni kejayaan. Kini, peluang berdoa dan kekayaan ada di Johor, jom kita sama-sama rebut peluang.

Kelainan di dalam Majlis Berdoa 27 November 2011;

1.         Kebetulan tarikh tersebut adalah Awal Muharram, jadi sangat elok untuk berdoa pada permulaan tahun mudah-mudahan sepanjang tahun 2012 kekayaan adalah milik anda (Tahun 2012 adalah tahun Water Dragon iaitu Kekayaan).

2.         Dibuat di tepi Masjid dan di tepi Sungai Muar.

3.         Selalunya untuk majlis-majlis berdoa sebelum ini hanya 30 minit taklimat tapi kali ini adalah Taklimat/ Kursus pendek 2 jam diberikan untuk membimbing teknik-teknik dan tips-tips teknik berdoa secara metafizik seperti  berdoa kepada  teknik Doa Yin dan teknik Doa Yang dan banyak lagi. Juga, penjelasan kenapa doa dibuat dalam kumpulan dan kenapa doa dibuat di tepi aliran air. Serta beberapa ayat Al-Quran dan zikir-zikir berkaitan kekayaan akan dikongsikan.

Bonus: 2 ayat terbaru untuk amalan seharian

4.         Kali ini, skrip doa kekayaan bacaan cikgu A-D akan ditambahbaik dengan ditambah ayat-ayat suci Al-Quran/ zikir-zikir yang bersesuaian, teknik bertasawwul dan sebagainya. Nampaknya skrip teks untuk baca doa sudah setebal 6 mukasurat dah macam berkhutbah.

Beberapa tetamu istimewa telah dijemput mudah-mudahan kehadiran mereka menambahkan lagi aura doa kekayaan kita nanti.

Jika anda serius untuk kaya/ bebas kewangan, ini adalah ikhtiar seterusnya!

Salam Master AD... Alhamdulillah lpas majlis berdoa tepi tasik shah alam bri ni rezeki saya dtg mencurah2. On the way nk dtg hari tu saya dpt invitation utk bg talk kt 600 orang di Melaka... last month saya dapat peluang perniagaan bernilai 100K...

Salam, en eddy. Syukur, waktu berdoa yg en eddy bagi hari tu, Alhamdulillah, kami dpt komisen rm8900




0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.