1. Petak Statik - iaitu potensi diri kita sendiri (dari kecenderungan yang diri mahukan/ jalankan)
2. Petak Warisan - iaitu potensi diri kita yang dipengaruhi oleh fenomena yang berlaku pada ibu bapa iaitu menjelaskan juga perihal latarbelakang kita yang dipengaruhi oleh kehidupan kita hidup dengan ibu bapa semasa kecil.
3. Petak Mewarisi - iaitu potensi diri kita yang tersembunyi/ tambahan iaitu potensi "yang akan datang". Ianya menjadi panduan untuk melihat potensi kita yang bakal muncul dan juga sebagai panduan kepada generasi akan datang (anak/ cucu).
Contoh kes kajian: untuk Dato Eddy, daripada tarikh lahir Dato Eddy yang dibina petak pembayang, petak statik mahupun petak pendua tiada pola 573 iaitu "pola orang kenamaan", jadi selama ini tak dapat menjelaskan mengapa Dato Eddy boleh berpangkat Dato / VIP. Sebelum ini, penjelasan dibuat berdasarkan kepada petak pembayang anak-anak Dato Eddy yang mana mereka memiliki pola 573 di petak pembayang (iaitu anak-anak Dato Eddy mendapat "warisan" orang kenamaan daripada ayah mereka). Tetapi itu adalah di petak orang lain. Kali ini, daripada penemuan kaedah terbaru ini dapatlah menjelaskan bahawa tarikh lahir Dato Eddy sendiri ada pola 573 di petak pembayang bawah (iaitu Petak Mewarisi).
Untuk makluman, bentuk petak sebegini adalah gubahan Dato Eddy dan didapati ramai "guru" metafizik di pasaran menggunakan petak sebegini tanpa kebenaran Dato Eddy iaitu mengajar dalam kuliah/ kelas online, membuat buku memaparkan bentuk petak ini dsbnya yang menyebabkan salah faham orang awam bahawa mereka2 itu adalah team Dato Eddy walhal mereka itu tiada kaitan dengan Dato Eddy dan mereka2 tersebut belum pernah ambil kebenaran daripada kami. Petak Pendua juga telah digunakan oleh mereka2 ini tanpa kebenaran Dato Eddy. Kepada individu2 yang menyatakan diri mereka sebagai "guru metafizik pernomboran" sila berhubung dengan Dato Eddy untuk mendapatkan kebenaran menggunakan petak sebegini. Kepada peminat/ penggiat kaedah metafizik pernomboran, anda hanya dibenarkan menggunakan petak sebegini untuk tatapan diri anda dan ahli keluarga/ rakan secara perbincangan tertutup, itupun perlu memberitahu mereka bahawa petak sebegini berasal dari kami.
Foto beliau hadir program Majlis Berdoa Kekayaan di parkir Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada 2010 lalu.... sudah 8 tahun berlalu.
Dengan plet kereta 7272... Civic, Alphard, Mercedez... potensi beliau adalah networking (pola 72).
Jom pelajari perihal Potensi Kewangan Pola 6 bersama Dato Eddy dan berkesempatan untuk mendapatkan tips kewangan dan perniagaan daripada sdra Nor Edie.
Antara jawapan yang boleh diberi adalah dengan melihat potensi anda berdasarkan tarikh lahir dan waktu jam lahir iaitu GRAF HAYAT. Bagi contoh di atas, formula untuk kedua2 ikon selebriti di atas mudah saja... berada di masa yang betul (Virtuous Star) dan buat yang sepatutnya (Great Entertainer)... dah cukup dua tu memadai jawapan.. tak perlu nak kaji sangat nombor asas atau nombor akar macam2 segitiga segipetak macam mana (tapi mengkaji lah juga arah, pola potensi dll supaya strategi dan perjalanan lebih mudah).. sebenarnya begitu mudah Dia bagi ruang untuk kita manusia untuk cipta kejayaan.
Apa yang patut anda buat:
1. Dapatkan Laporan Graf Hayat - untuk anda mengkaji sendiri dan sebagai rujukan.
2. Hadir ke Kursus Graf Hayat - untuk mendalami perihal Graf Hayat dan berinteraksi soalan2.
3. Dapatkan sesi personal bersama Dato Eddy untuk melihat graf hayat dan zon rezeki anda.
Namun, ramai peserta Graf Hayat bila dapat tahu zon rezeki mereka adalah Great Entertainer, mereka tak dapat akukan.. mungkin segan nak jadi artis atau tak dapat sokongan daripada suami mereka.. dah nak buat macam mana, mengapa lahir pada tarikh dan waktu yang berlaku Great Entertainer... dah nasib la... tetapi sebenarnya ada beberapa pilihan lain selain Great Entertainer itu artis, tak semestinya artis je... dapatkan laporan graf hayat atau hadir kursus atau sesi personal untuk penjelasan.
Itulah pengalaman Dato Eddy pada tahun 2017 lalu berada dalam tahun Virtuous Star dapat bersama team yang mengendalikan projek2 bernilai RM227j dan RM57 bilion yang bakal dilaksanakan dalam 2018 ini insyallah. Jadi, bilakah Virtuous Star anda? SETIAP ORANG ADA VIRTUOUS STAR maka adalah salah mengatakan seseorang itu dilahirkan untuk hidup miskin sepanjang hayat kerana Dia ada bagi peluang untuk semua orang untuk kaya.. cuma sendirilah kaji takkan itupun Tuhan nak bagitau begitu sahaja.... Bagaimana mahu maksimakan Virtuous Star? Nak buat bisnes apa yang Virtuous Star? Bila pula Vacuum Star? Married Star? Boleh ke saya main forex (Wealth Great Strategist), boleh ke saya bisnes (Wealth Great Treasurer) dan macam2 lagi persoalan daripada graf hayat anda! Jom, pelajari di kursus Graf Hayat.
Beginilah hakikat nasib seseorang, bukan semua dilahirkan boleh saja ada jodoh pada usia 20an.. masih ramai yang sudah berusia sekitar 40an masih belum ada jodoh.
Dalam perihal jodoh, sama ada lelaki bujang atau suami orang, adalah jodoh juga. Cuma, biasalah bukan semua wanita boleh benarkan suaminya berkahwin lain untuk menyelamatkan insan2 wanita yang ada diantaranya "perlu" berkahwin dengan suami orang (pola 27), jadi, skop jodoh sudah menjadi sempit terhad kepada yang bujang tetapi jika sudah berumur 40an sukar untuk dapatkan lelaki bujang.
Ditambah pula, memilih jodoh bukan seperti memilih barang di pasaraya kerana melibatkan perasaan. Walaupun "graph-matching" sudah ada tetapi rupa pulak tak ada pun tak jadi jodoh. Walaupun "tarikan jodoh" sudah ada, tetapi perangai pulak yang tak dapat diterima. Jadi, skop jodoh makin mengecil. Walaupun pertunangan sudah dimeterai, last minute sebelum nikah rasa ragu2 nak teruskan dan cancel, pun ada juga kes sebegitu.
Setakat ini belum ada teknologi sains perubatan yang boleh membedah penyakit jodoh, jadi sementara menunggu wujudnya teknologi sains sedemikian mungkin 20-30 tahun lagi, kita ikthiarkanlah beberapa perkara.. seperti berdoa kepada Nya, buat "seri aura" energi dan sebagainya, juga berterusan menambah ilmu tentang cinta dan jodoh... nampak macam pelik tapi takkan tunggu begitu saja penyakit jodoh ini hilang begitu sahaja di umur 80an
Harapan kami di tahun 2050 nanti, wujud satu teknologi sains yang boleh membedah penyakit jodoh ataupun membaiki DNA manusia supaya "matching" jodoh dapat terus dilakukan di usia muda dan jodoh berlaku secara diprogramkan (seolah robot) tak perlu main2 perasaan lagi untuk pilih2 jodoh ... itu matlamat sains teknologi bagi tidak lagi menggunakan metafizik.
Jodoh lewat adalah satu penyakit dan perlu ikhtiar dipulihkan.
Kursus yang disediakan:
- Pola 6 Kenalpasti Potensi Kewangan yang Berkesan.