Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan Disemai Kekayaan Dituai

1/10/2018

0 Comments

 
Picture

Picture
Ikhtiar Energi Dikasih Sayang.. tidak semestinya untuk pasangan muda yang dalam percintaan atau yang bujang mencari jodoh bagi ikthiar kasih sayang, boleh juga untuk pasangan yang sedang menjalani alam perkahwinan ikhtiar menghidupkan energi kasih sayang... 

Tarikh ikhtiar energi 6 Jan 2018 punyai pola dan energi dikasih sayang... tarikh seterusnya adalah pada 24 Jan 2018 untuk ikhtiar energi kasih sayang.

Picture


Picture
Picture
Seorang client wanita melangsungkan perkahwinan.. berumur 32 tahun... sekitar September 2016 beliau hubungi untuk mendapatkan strategi kerjaya dan kehidupan.. semasa sesi konsultansi didapati beliau berada dalam situasi yang rumit dalam perihal kerjaya yang tidak menentu dan belum punyai pasangan... beberapa strategi dan ikhtiar diberikan... dan pada 6 Jan 2018, berlangsung perkahwinan beliau.

Jika diikut dari teori kiraan tarikh lahir, dari Graf Dekad, tiada parameter untuk jodoh dari 2006 hingga 2025... dengan 20 tahun dalam tempoh halangan dan tekanan... namun, ikhtiar dan strategi serta dengan izinNya jua, boleh buat perubahan mengatasi tempoh sukar untuk membina keluarga dan kerjaya yang baik serta bakal membeli rumah baru.. perubahan yang berlaku sebaiknya.

Picture

Baru-baru ini bertemu dengan seorang pengamal rawatan komplementari alternatif... membelek satu buku rujukan terbitan tahun 1998 yang dipenuhi dengan kod-kod rawatan... menariknya kod untuk pemulihan DNA adalah angka 6... kan pada kami angka 6 itu rezeki! Tak sangka ada kebetulan pula dengan pernomboran, dengan kata lain, jika DNA atau genetik kita sempurna 100% tentulah kita punyai kuasa kekayaan.. namun, manusia sudah ditakdirkan untuk punyai DNA yang diaktifkan secara berlainan.. ada orang DNA atau genetik yang baik menyebabkan cergas mampu bekerja siang malam untuk kumpul kekayaan manakala ada orang punyai DNA atau genetik yang lemah menyebabkan kerja sikit pun dah ciput penat macam mana nak kaya. Ada yang berenergi tinggi umpama Superman ligat membuat duit sana sini namun ada yang berenergi rendah merangkak2 mencari sales.

Masih menunggu teknologi pemulihan DNA secara sains perubatan.. bilamana teknologi tersebut ditawarkan di hospital atau makmal sains, kita dapat baiki DNA kita untuk jadikan kita seumpama Superman - tak ada sakit perut untuk ambik m.c. selalu, tak de nak penat2 bila bekerja, sentiasa boleh bekerja buat macam2 dalam masa singkat untuk bina kekayaan... tapi teknologi sains tersebut masih belum ada lagi setakat ini, jadi kita ikthiarkan setakat ini apa yang ada.. komplementari, alternatif, doa, usaha, ilmu, tabah hati kering, bersabar dsbnya.

Menarik juga bila diberitahu kod-kod berkaitan angka 5 berkaitan masalah kanser... sesuatu yang boleh dikaji ni...
Picture

Picture
Mengkaji DNA manusia secara sains untuk membiakkan generasi manusia yang lebih baik genetik / DNA yang cergas, kekal muda, sihat, kaya dan bahagia... nanti tak perlu lagi metafizik, alternatif, jampi, ubat demam, ubat batuk dsbnya.
Picture

Picture
Picture
Pada masa yang sama mengkaji teknlogi sains DNA, usah dilupakan terdapat fenomena metafizik/ alternatif seumpama "telepati", "aura" dsbnya... bagaimana seseorang itu dapat merasai sakit orang lain.. kedua2 post di atas dari individu yang sama. Tentunya sains tidak dapat menjawab fenomena ini dan belum ada peralatan teknologi untuk mengukur atau mengesan perihal ini mahupun mencipta fenomena sebegini... lalu, jika kita dapat menggunakan "kuasa metafizik"yang sebegitu untuk perihal seperti bisnes (mengetahui bila untung rugi sesuatu bisnes/ saham lebih awal) dan sebagainya, maka membantu kita di dalam perkara yang teknologi sains masih belum dapat menciptanya sebegitu... setakat ini tahun 2018, sains meterologi (iaitu sains kaji cuaca atau dikenali ramalan cuaca) teknologi sains cuaca dapat menjangkakan hujan dan ribut dengan tepat tapi belum lagi ada teknologi sains bisnes untuk menjangka untung rugi bisnes dengan tepat.

Picture
Ada pembaca wanita di sini yang meminati atau tertarik (tarikan) suami orang? Ia boleh juga berlaku kepada wanita yang sudah berkahwin yang menyukai  suami orang.

Ianya bukan sihir sebaliknya secara realiti adalah perkara semulajadi, terutama bagi wanita yang punyai pola potensi untuk meminati suami orang.


Bagaimana untuk mengatasi perasaan atau tarikan itu? Setakat ini belum ada ubat mujarab yang boleh membuang tarikan sebegitu dan belum lagi wujud teknologi pembedahan DNA bagi membuang tarikan tersebut... maka, ikhtiarlah kita dengan energi alam, rawatan alternatif dan sebagainya.

Daripada perspektif metafizik, walaupun seseorang wanita ada pola potensi untuk tarikan suami orang, ianya perlu berlaku bilamana tiba masanya seperti fenomena Married Star (rujuk Graf Hayat anda), jadi secara alternatifnya, jika ikhtiar dapat "pulihkan" fenomena Married Star tersebut, perihal sebegini dapat diatasi dengan izinNya. Setakat ini belum ada data saintifik di bahagian DNA yang mana satu untuk dipotong  fenomena sebegitu, jadinya kita ikthiarkan kaedah2 komplementari.


Picture
Membaca penyataan di atas memang benarlah hidup ini penuh dengan pengajaran dan pengalaman. 

Daripada ribuan peserta kursus atau client Dato Eddy, setakat ini ada seorang individu yang mengalami masalah di atas.. kisah beliau terpaksa makan sekeping roti canai dipotong dua setiap hari untuk 6 bulan akibat kehilangan pekerjaan dan masalah bisnes tak menjadi.. adalah kerana beliau berhenti kerja pada usia yang tidak sesuai (graf gaung, kitaran tahun masalah) manakala walaupun pernah berpendapatan RM15K sebulan untuk simpanan tetapi simpanan habis secepatnya (masalah tahap kewangan 12 bahaya). Namun, atas kesungguhan beliau setiap hari solat Dhuha dan Surah Yassin  di Masjid Besar Johor Bahru, mungkin kasih sayang Nya itu membawa kepada kisah beliau meminjam kereta dan meminjam wang untuk hadir ke kursus Dato Eddy di Skudai pada tahun 2007. Setelah mengenalpasti potensi, beliau mula bangkit dan dalam masa 6  bulan mencapai jualan RM500 ribu.. seterusnya... sehingga kini pendapatan 6 angka dengan jualan sekitar RM1 juta sebulan... itulah kisah sdra Nor Edie (SCM Avail Johor).

Kerana itu, kursus2 disediakan seperti Pola 6 Potensi Kewangan dan Kursus Strategi Graf Hayat bagi membantu individu untuk membuat strategi dan pilihan... apakah punyai potensi kewangan yang baik untuk mulakan bisnes atau terus sahaja makan gaji? Apakah sesuai berhenti kerja dan buat bisnes? Bilakah masa yang sesuai dan apakah persiapan2 dari perihal potensi kewangan.
Picture
Picture

Picture
Jika anda pembaca blog ini sekian lama atau skrol ke posting tahun lepas, Dato Eddy ada dedahkan perihal masalah sakit "mental". Peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan pola "sakit mental". Inilah yang dinamakan kajian bagi membentuk panduan dan strategi bagi kita semua. Dan tentunya potensi sedemikian berlaku apabila ada asbab atau faktor penyumbang seperti masalah dalaman perkahwinan, kerjaya, bisnes dsbnya. Oleh kerana itu, bilamana seseorang ada potensi sedemikian maka perlu membina perjalanan kehidupan yang kondusif kerana jika seseorang itu ada potensi sedemikian tidak semestinya akan pasti bermasalah sebaliknya ianya "diaktifkan" oleh sesuatu peristiwa penyumbang juga.

Ada seorang individu selebriti yang punyai pola yang sama dengan beliau tetapi setakat ini menjalani kehidupan yang baik, kerana itulah perlunya ketabahan berterusan dan membina perjalanan kehidupan yang kondusif bagi tidak mengaktifkan potensi bermasalah.

Picture
Perjalanan kehidupan majoriti daripada kita melalui tempoh bagus dan kurang bagus begitu juga perjalanan perkahwinan ada yang melalui tempoh bagus dan kurang bagus. Bagi kes kajian ini, bakal kehilangan satu perkahwinan setelah 20 tahun iaitu satu tempoh yang panjang bagi sebuah perkahwinan. Daripada kaedah pernomboran menggunakan Graf Dekad 10 tahun (ciptaan Dato Eddy), didapati beliau melalui tempoh tekanan dalam perjalanan kehidupan dan juga dalam perjalanan perkahwinan berdasarkan tarikh lahir dan tarikh nikah beliau.

Daripada kajian2 yang dijalankan selamai ini oleh Dato Eddy mendapati bahawa untuk pengiraan tarikh nikah bukan hanya untuk sesuatu tarikh nikah yang "baik" sahaja tetapi juga untuk perjalanan 10, 20, 30 malah 40 tahun bermula daripada tarikh nikah tersebut - dapatkan Graf Dekad 10 Tahun/ Graf Motif Hayat daripada Dato Eddy.

Kita bukan sahaja mengenali potensi perkahwinan tetapi juga perihal PRESTASI perkahwinan dan strategi2 bagi menjalani perjalanan bukan sahaja untuk hari bernikah tetapi juga untuk sepanjang hayat. Bagaimana untuk anda yang telah berkahwin, apakah boleh ditukar tarikh nikah? Setakat ini belum ada kaedah untuk bertukar tarikh nikah begitu sahaja di dokumen pernikahan melainkan membuat perubahan, strategi dan ikhtiar dan tentunya memohon kepadaNya.

Perkhidmatan kami:
- Konsultansi Peribadi - Perkahwinan - perihal keserasaian gabungan, potensi pasangan pemilihan tarikh nikah dsbnya.
- Kursus Pola 27 Potensi Jodoh, Perkahwinan & Perceraian.
- Laporan Keserasian Pasangan (dalam 10 mukasurat).
- Ikhtiar Energi Dikasih Sayang (secara jarak jauh atau secara langsung)


Picture

Picture
Kebanyakkan budaya mempunyai cara tersendiri untuk memastikan keserasian hidup berpasangan... terpulang kepada individu untuk menggunakan begitu sahaja atau mengambil petua itu dan membuat strategi kepadanya.

Di dalam kajian Dato Eddy, ada saja pasangan yang berbeza unsur yang dapat hidup berpasangan dengan bahagia, begitu juga pasangan yang sama unsur terutamanya "api dengan api".

Di dalam kaedah versi Dato Eddy, terdapat banyak faktor dalam keserasian dan membandingkan unsur adalah satu daripada beberapa perihal keserasian. Terdapat faktor lain yang boleh diikthiarkan seperti tarikh nikah yang "baik", arah pernikahan, arah berpindah, nombor rumah, susunan katil dalam rumah/ bilik dan sebagainya. Apa yang penting adalah MENGIMBANGI PERBEZAAN dalam memahami keperluan masing-masing. Untuk mencari persamaan mahupun keserasian yang mutlak adalah sukar, jadi kita merangka strategi2 dalam perihal perkahwinan. Ikthiar "energi dikasih sayang" diperkenalkan kerana kadang kala bukan mudah untuk melaksanakan strategi2 begitu sahaja mengambil masa kerana perbezaan individu. Apapun, ada ikthiar untuk membina kehidupan yang bahagia ke akhir hayat.


Pola 459 berkaitan dunia kesihatan.. tak semestinya kena jadi doktor di hospital.. berbisnes dengan industri kesihatan juga adalah pola 459 juga. Contoh di sini.
Picture

Picture
Picture
Picture
Pada 10 Jan 2017 telah diminta oleh seorang client  bagi membuat audit premis perniagaan di Southgate, KL. Bertujuan untuk memastikan apakah boleh mereka menyewa lot kedai ini yang berharga RM4K sebulan berbanding lot kedai sebelah depan yang kosong RM2K sebulan. Setelah audit dijalankan didapati mereka boleh meneruskan mengambil lot kedai ini tetapi beberapa adjustment kecil perlu dibuat. Sekarang ini mereka punyai kedai di Berjaya Times Square namun lot kedai adalah kecil dan bercadang membuat satu cawangan di sini. 

Pemeriksaan juga dibuat mengapa penyewa sebelum ini tidak bertahan lama di kedai ini wadan didapati kiraan nama syarikat sebelum ini tiada potensi untung. Kebetulan nama syarikat usahawan ini ada potensi bermasalah, jadi bagi mengelakkan perkara sama berulang, usahawan ini diminta untuk menggunakan nama baru.

Picture
Dapat berita ini terus sahaja mencari tarikh lahir wanita terkaya di China tetapi setakat ini belum ditemui tarikh lahir beliau cuma dinyatakan lahir tahun 1981. Bila dikaji rupanya kekayaan dari ayah beliau, jadi dicari tarikh lahir ayah beliau. Namun bila dilihat tarikh lahir statik pola potensi si ayah, tak ada pula tentang usahawan dan hartanah. Apabila dibuat kiraan kaedah terbaru yang ditemui Dato Eddy iaitu Petak Mewarisi, barulah dapat nampak pola usahawan dan hartanah serta angka 6 yang berderet 565 (kekayaan). Dengan kata lain, dapatlah kita jelaskan bahawa si ayah mewarisi legasi kekayaan dan hartanah kepada generasi seterusnya.

Jadi, apakata anda kira Petak Mewarisi ayah atau ibu anda... mereka ada potensi ke untuk mewarisi legasi kekayaan kepada anak-anak? Jika tiada, maka bina strategi untuk membuat pembetulan mahupun pencegahan. 

Ini juga mengukuhkan kajian penemuan Dato Eddy bahawa sekadar membuat satu petak tarikh lahir statik (segitiga atapun petak) untuk mengenali potensi diri tidak cukup untuk menjelaskan potensi kita secara keseluruhan. Kajian Dato Eddy membuka penemuan kepada Petak Warisan dan Petak Mewarisi bagi membolehkan kita membuat strategi yang lebih fokus.

Picture
Persediaan kewangan perlu ada jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.. terutama sekali bilamana sampai tempoh bersara yang mana pendapatan bulanan sama ada dapat separuh/ pencen ataupun tiada lagi pendapatan. 

Pengajian Pola Potensi Kewangan sebagai satu ikthiar untuk mengukuhkan kewangan mahupun kekayaan... sesuai bagi yang baru bekerja, mahupun yang bakal bersara ataupun yang mendapat VSS seumpamanya. Dan tentunya kepada para usahawan yang penat mencari duit untuk menikmati/ mengumpulkan dana hari tua nanti.


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.