Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan Diraih Kekayaan Dicipta

3/12/2021

0 Comments

 
Picture
Ikhtiar energi kasih sayang sebegini adalah sebagai tambahan kepada usaha anda mencari jodoh/ membetulkan perkahwinan yang bermasalah.

Kita ikhtiarkan energi kasih sayang.
Picture

Picture
Ikhtiar energi rezeki adalah tambahan kepada usaha anda berniaga, berjualan malah bekerjaya mahupun surirumah untuk meningkatkan kualiti kewangan kepada yang lebih baik - simpanan, keuntungan, pendapatan yang baik, perbelanjaan mencukupi, langsaikan hutang dsbnya.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi rezeki pada 3 Mac 21 lalu. 
Picture

Picture
Tarikh daftar syarikat yang melalui tempoh tekanan memberikan kesan kepada pemiliknya seorang bilionar. Kerana itu tarikh daftar syarikat perlulah dipilih dengan sebetul2nya dan memerlukan strategi untuk melayari perjalanan perniagaan. Bagaimana dengan tempoh perjalanan syarikat anda?

Individu yang melalui 10 tahun tempoh halangan (graf dekad 10 tahun ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Nampaknya selaras fenomena halangan2 itu dengan tahun2 halangannya.
Picture

Picture
Tahun 2021 berada dalam kitaran tahun 8 tahun tekanan. Berlaku kebakaran (8 = Api) menyebabkan pengeluaran cip terjejas. Bukan sahaja untuk pengunaan tempatan malah serata dunia! 

Tahun 2010, En Eddy Rosyadie menyatakan tahun 2011 tahun pelaburan.
2011 harga emas naik melonjak

Tahun 2019, Dato Eddy Rosyadie menyatakan tahun 2020 tahun pelaburan
2020 harga emas naik melonjak

Pattern seterusnya berpotensi pada tahun 2029 nanti, maka buat persediaan awal.
Picture

PENEMUAN TERBARU
oleh Dato Eddy Rosyadie bin Mohd Samsury
25 Mac 2021 - 11:26 pagi

PETAK STATIK DUA DORONGAN
(LUAR/ DALAM)
Bentuk Petak Statik ciptaan Dato Eddy Rosyadie
Bentuk Petak Pembayang/ Warisan ciptaan Dato Eddy Rosyadie
Bentuk Petak Statik (tahap 2) ciptaan Dato Eddy Rosyadie


Selama ini Dato Eddy Rosyadie beritahu bahawa Petak Statik (yang dibawah tarikh lahir) merupakan pola2 dorongan diri kita yang membawa kita melayari potensi kita dalam perjalanan hidup kita. Petak Pembaayang/ Warisan (yang di atas tarikh lahir) adalah ciptaan Dato Eddy Rosyadie untuk menjelaskan fenomena dalam keturunan dan potensi tambahan.

Namun, petak statik masih tidak lengkap lagi kerana tidak dapat menjelaskan potensi2 yang dilalui seseorang. Jadi, Dato Eddy Rosyadie membawakan kaedah yang dikenali Petak Statik Dua Dorongan. Iaitu dorongan dari luaran dan dorongan dalam dalaman.

Sebagai contoh; anak kedua Dato Eddy Rosyadie lahir 7.11.1997 adalah;
1. Seorang Leftenan Muda semasa di UM.
2. Seorang Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah.
3. Seorang tutor tuisyen.
Namun, dalam petak statik TIADA ketiga2 pola tersebut. Tetapi apabila dilakarkan secara dua tahap/ dua dorongan oleh Dato Eddy Rosyadie maka terdapat KETIGA2 pola tersebut dalam Petak Statik Dua Dorongan.

Oleh yang demikian, petak statik dan pembayang/ warisan kini dikembangkan menjadi Petak Statik Dua Dorongan dan Petak Pembayang/ Warisan. Ianya dapat menjelaskan lagi lebih banyak pola2 potensi yang boleh diceburi dan dimaksimakan dalam kehidupan.


Picture
Adalah dimaklumkan, bentuk petak sebegini adalah ciptaan dan milik persendirian Dato Eddy Rosyadie sejak 2010 dan digunakan oleh ramai pengamal metafizik di pasaran tanpa kebenaran bertulis dengan Dato Eddy Rosyadie. Jadi, kepada pengamal metafizik di pasaran dilarang menggunakan petak sebegini untuk tujuan latihan, paparan di media sosial/ internet dan sebagainya. Gunakanlah bentuk2 lain yang bukan sepertimana petak sebegini.

Oleh kerana begitu meluas petak statik di gunakan di media sosial dan internet oleh orang ramai, maka tiada pengajian setakat ini untuk membuat kiraan dan membaca pola2 Petak Statik Dua Dorongan. Tempah sesi 1 jam/ 2 jam bersama Dato Eddy Rosyadie untuk membaca pola2 Petak Statik Dua Dorongan dan Petak Pembayang/ Warisan.

​





Picture
Tarikh perkahwinan yang sempurna tiada satu pun pola konflik dan punyai pola 27. Satu perkahwinan yang bahagia dan harmoni.

Bagaimana dengan tarikh perkahwinan anda ada masalah perkahwinan, tidak bahagia tidak harmoni juga masalah kewangan? Apakah strategi usaha dan ikthiar?

Picture
Bukan sahaja untuk kasih sayang pola 27 (harmoni, ketenangan, kebahagiaan) malah juga untuk rezeki kekayaan 769 untuk 20 tahun. Ini 2 dalam 1; satu peluang terbaik untuk cipta atau top-up perjalanan tarikh lahir yang sukar jodoh atau perjalanan tarikh nikah yang sukar harmoni/ masalah kewangan. Kita ikhtiarkan sesuatu daripada tidak berbuat apa2.

Ada antara kita yang mengalami situasi sebegini; 20 tahun dalam tempoh halangan menyebabkan sukar untuk jodoh lekat. Jika diikutkan, memang kita kena berserah lah dan redha saja lah. Namun masih ada peluang dan ruang untuk kita usahakan dan ikhtiarkan.

Usahakan;
1. Strategi membetulkan potensi diri terutamanya tentang mengenali jodoh.
2.  Strategi membetulkan diri secara positif (dari Google/ You Tube).
dan sebagainya.

Ikhtiarkan;
1. Doa2 dan solat2 hajat berterusan.
2. Ikhtiar energi kasih sayang.
dan sebagainya.
Picture

Kadang kala potensi jodoh itu sudah ada menunggu seseorang. Namun disebabkan trauma perpisahan, perkahwinan terdahulu dsbnya maka ditolak pencarian jodoh tersebut. Tetapi bukan semua orang punyai tempoh jodoh yang panjang. Kisah jodoh dan rezeki adalah dua perkara berbeza. Tentang rezeki boleh saja ambil janji bersih tetapi tentang jodoh adalah rumit; kena bersih, kena ada hati dan perasaan, kena ada minat, kena ada keserasian dsbnya.
Picture

Picture
Daripada kiraan dekad tarikh lahir, ada saja potensi untuk jodoh bila2 hingga umur 60 tahun nanti. Malah betul kata beliau yang bukan suami orang kerana potensi tarikh lahirnya adalah bukan suami orang tetapi bujang (belum berkahwin). Pada usia sebegitu agak sukar untuk mencari lelaki bujang. Ada tetapi sukar dicari. Apakah perlu menunggu ataupun perlukan strategi, usaha dan ikthiar energi kasih sayang?

Tips: tarikh lahir ada pola 38 tentang kesultanan. Perkahwinan sebelum ini dengan kerabat kesultanan.


Picture
Secara umumnya, daftar syarikat, buka akaun bank, sign up keahlian, deposit duit dalam bank, beli SSP BSN, launch produk, launch promosi di FB / IG dsbnya pada 30 Mac 21 ini. Ditambah juga dengan join ikthiar energi rezeki untuk memantapkan usaha kita tersebut.

Maklumbalas peserta ikthiar energi rezeki Febuari 2021 kod BED. Kita ikhtiarkan. Dapat apa yang dimohon dan solat pun sudah sempurna. Berterusanlah jadi positif untuk rezeki yang lebih baik.
Picture

Maklumbalas peserta ikthiar energi rezeki pada 12 Mac 21. Baru bermula perniagaan jadi lebih bermotivasi bilamana perniagaan ada rancaknya.
Picture

Picture
Dilema wanita penjual kiosk barang mainan di sebelahnya ada lelaki jual barangan mainan yang sama dengannya. Dan penjual lelaki banyak gunakan psikologi untuk tarik perhatian pelanggan2. 

Rupanya dari tarikh lahir wanita ini dalam tempohd dekad tiada tarikan pelanggan. Jadi beberapa strategi dilakukan termasuk menyusun barangan jualan mengikut potensi tarikh lahir dirinya.

Kita ikhtiarkan. Untuk ikhtiarkan energi barangan/ premis kedai secara jarak jauh (gambar) sila klik di atas untuk terus ke Whatsapp Dato Eddy Rosyadie.
Picture

Pihak tokong di Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan jarak jauh berbayar untuk menyempurnakan upacara. Di kala pandemik ini tidak boleh rentas negeri dan kesukaran kawal orang di tanah perkuburan menyebabkan mereka menganjurkan secara jarak jauh berbayar.

Dato Eddy Rosyadie telah lama buat program ikhtiar energi secara jarak jauh. Memandangkan masing2 kesibukan masa untuk berkumpul dan buat secara langsung. Jadi dibuat secara ikhtiar jarak jauh.

Sebelum2 pandemik memang ada Dato Eddy Rosyadie pergi terus ke premis kedai malah kebun pu ada. Tapi pandemik dan PKP ini membataskan. Boleh saja hantar gambar barangan/ premis/ kebuh untuk dienergikan oleh Dato Eddy Rosyadie. Nanti dah habis PKP bolehlah mulakan semula ikhtiar energi secara bersemuka/ langsung.
Picture

Picture
Dua kes tarik balik telur ayam dalam bulan Mac 21.

Berdasarkan Year Element Strategy 2021 yang dicipta dan dilakarkan oleh Dato Eddy Rosyadie pada 2020 lalu menunjukkan makanan (FIRE) berada dalam CAUTION dalam Mac-April 2021. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut.
Picture

Picture
Kesultanan Pajang di Jawa Tengah, Indonesia cuma bertahan 30 tahun tetapi ianya berperanan penting dalam sejarah kesultanan Jawa. Setelah Majapahit jatuh, Demak naik dan apabila Demak jatuh, Pajang pula naik. Kemudiannya Pajang diambil alih oleh kesultanan Mataram sehinggalah hari ini dikenali sebagai kesultanan Yogjakarta dan Surakarta.

Dalam artikel ini menyatakan pengasas Kasultanan Pajang iaitu Jaka Tingkir bertemu gurunya Sunan Kalijaga. Ada artikel menyatakan beliau adalah cucu kepada Sunan Kalijaga. Apapun Pajang ada kaitan dengan Sunan Kalijaga.

Pada 2018 dan 2019 lalu, Dato Eddy Rosyadie menziarahi Yayasan Kasultanan Karaton Pajang dan dilantik sebagai ahli karaton.  Kasultanan Pajang dihidupkan semula bukan kerana kesultanan tetapi untuk hidupkan semula warisan dan sejarah Pajang.

Picture
728... 7+2+8=8 tanggungjawab besar menyebabkan stress. Begitulah agensi kerajaan ini yang memainkan peranan penting dalam kawalan negara. Syabas dan Tahniah. Tarikh agensi ini ada pola makanan dan penguatkuasaan.

Pakej Ikhtiar Energi Bulan April 2021 telah dibuka. Seperti biasa ada 7 kali (atau lebih) program ikhtiar energi. Kali ini TIADA ikhtiar kasih sayang yang dapat dilakukan memandangkan parameter untuk tempoh masa yang panjang untuk ikhtiar tersebut adalah tiada yang sesuai. Daftar dahulu sebelum 5 April 2021 untuk program bermula pada 6 April 2021. Masih ada tarikh berpola 769 kekayaan dan juga tarikh tengah mata angin 6 rezeki banyak/ besar masuk. Kita ikhtiarkan kewangan kita dalam situasi yang baik.

Bulan April sesuatu tahun merupakan "bulan permulaan" yang mana jika di negara2 Barat, April bermaksud  musim berbunga. Jadi dengan aura musim berbunga menghasilkan energi yang baik2 untuk kita janakan.

Juga, ada strategi kewangan untuk bulan April iaitu mengikut pesan Kiyai Maimoen Zubair dari Indonesia supaya kita memegang wang tunai sepanjang April mudah2an setahun kewangan kita baik. Perihal ini Dato Eddy Rosyadie sudah amalkan beberapa tahun dan ianya berkesan. Jadi, untuk ikhtiar energi bulan April adalah untuk kewangan dan simpanan yang baik sedemikian.
Picture
Picture
Picture

Maklumbalas peserta ikhtiar energi pakej Bulan Mac 21. Sejak dari 2009, Dato Eddy Rosyadie menawarkan program Ikhtiar Energi bagi membantu masyarakat dalam meningkatkan prestasi kewangan mereka. Di samping usaha yang dibuat berterusan dan ilmu yang didalami berterusan, tambah dengan ikhtiar energi.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir ada potensi dunia kepolisian. Dan tarikh2 perlantikan juga meneruskan potensi tersebut dengan adanya potensi dunia kepolisian.

Menunjukkan bahawa sebaiknya tarikh perlantikan kita punyai potensi kerjaya supaya ianya kekal dalam kerjaya tersebut dan ada peningkatkan dalam posisi/ pangkat.

Picture
Mengapa berterusan hadapi sahaja masalah jodoh dan masalah rumahtangga? Salah satu cara ialah ikthiar energi. Kerana parameter perjalanan tarikh lahir/tarikh nikah yang sedang tekanan/ halangan menyebabkan jodoh lambat atau perkahwinan tak harmoni. Tiada cara lain melainkan tukar tarikh lahir/ tarikh nikah namun itu adalah mustahil dilakukan. Jadi kita ikhtiar energi supaya top-up parameter tersebut dengan 20 tahun pola kasih sayang. 

Picture
Sejak berkahwin, ada saja kontroversi individu ini. Kita bukannya nak masuk campur kemelut kehidupannya tetapi sebab ia dijadikan sebagai umum (public) terpaksa kita hadap. Ada saja orang lain berkahwin dengan baik2 sahaja. Mungkin tarikh nikah beliau ini adalah  8 tekanan. Pelbagai jenis tekanan beliau melaluinya.

Berada dalam tempoh halangan luar dan dalam. Menyebabkan kehidupan terjejas dalam perkahwinan mahupun kewangan.

Ini menunjukkan bahawa apabila berkahwin tidak menjanjikan kita keharmonian dan kekayaan sebaliknya ada risiko musibah. Secara logik, kita perlu berterusan setiap hari mempertahankan perkahwinan dan kewangan.

Bina strategi perjalanan perkahwinan dari awal perkahwinan lagi. Tidak semestinya tunggu ada masalah baru nak bertindak.
1. Gunakan kaedah pernomboran dan graf hayat untuk meneliti jenis2 cabaran dan cara atasinya serta tempoh masa.
2.  Sesekali buat Ikhtiar Energi untuk membantu usaha berterusan kita itu.
Picture

Picture
Sebahagian daripada kita dilahirkan dengan petak tarikh lahir potensi kewangan yang kurang baik dan kita sendiri tidak dapat mengawal kewangan kita. Sebahagian daripada kita pula dilahirkan dengan pola 769 kekayaan tetapi sekarang ini berada dalam tempoh tekanan tak dapat merealisasikan kekayaan namun teruskan berusaha. Tambah usaha anda itu dengan ikhtiar energi rezeki yang berpola 20 tahun 769 kekayaan yang baik.

Picture
Picture
Petak tarikh lahir dalam Tahap Kewangan ke 12 paling rendah dan paling bahaya. Walaupun masih kecil telah terkena konflik kewangan tersebut. Jadi, kita atasi konflik tersebut dengan ikhtiar energi dan juga mengenali potensi kewangan, tahap kewangan dsbnya.
Picture

Sesi personal coaching bersama Dato Eddy Rosyadie untuk mengenali kerjaya/ bisnes,

Apabila petak tarikh lahir ada dua atau beberapa potensi maka sebaiknya direalisasikan potensi2 berkenaan dengan maksimum. Walaupun jauh beza bidang2 tersebut tetapi boleh dilakukan sewajarnya.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir ada pola 769 kekayaan. Kehidupan manusia ini pelik ada yang usia 20 tahun dah kaya, ada yang usia 20 tahun masih bekerja. Ada saja industri yang boleh diceburi secara meluas di dunia ini tetapi apakah yang membezakannya. Antaranya adalah tarikh lahir ada pola 769 kekayaan yang memudahkan lagi perjalanan kekayaan.

Picture
Picture
Baru2 ini FB Dato Eddy Metafizik terima kecaman tag seseorang. Itupun Admin page FB berkenaan yang beritahu memandangkan Dato Eddy Rosyadie tak aktif FB. Apapun kita anggap itu adalah luahan peribadinya yang emosional mendombakan perhatian secara sosial media. Khidmat Dato Eddy Rosyadie adalah memberi panduan kepada para masyarakat. Terpulang bagaimana risiko yang perlu diambil.

Picture
Petak tarikh lahir adik beradik ada pola 769 kekayaan. Kali ini dapat satu artikel tentang adik beradik yang berjaya membangunkan syarikat bernilai 70 juta pound. Mereka berdua mencipta satu sistem/ platform/ aplikasi di Internet.

Kaedah Graf Prestasi Bulanan ciptaan Dato Eddy Rosyadie digunakan sebagai panduan bagi menjelaskan fenomena2 yang dialami pada sesuatu bulan. Tentunya ada fenomena2 tekanan yang terjadi. Dan tentunya ada fenomena2 yang baik pada bulan2 tertentu untuk diambil peluang sebaiknya.
Picture

Lain orang lain pula cara menguruskan dan menyimpan kewangan. Kadang kala puas diberitahu tapi tak menyimpan2. Ini ada kena mengena dengan tarikh lahir seseorang itu. Bagi Dato Eddy Rosyadie yang berbintang Virgo adalah seorang penyimpan. Jadi, sesuailah ikhtiar energi rezeki dari Dato Eddy Rosyadie.

Untuk lebih lanjut, layari www.pinkvilla.com
Picture

Usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi amat dialu-alukan untuk membantu para usahawan menjadi jutawan yang berjaya dalam perniagaan.

Dari segi pernomboran versi Dato Eddy Rosyadie, khidmat kaedah kenal potensi usahawan, lokasi premis perniagaan, tarikh daftar syarikat dsbnya adalah diperlukan juga untuk memantapkan usaha kementerian tersebut.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir ada pola 769 kekayaan dan pada tahun 2021 melancarkan album menjadi pecah rekod kerana ada pola 769 juga. Ini menunjukkan tempoh masa (dekad/ tahun/ bulan/ minggu/ hari) yang sesuai adalah satu lagi strategi untuk kejayaan.

Hari-hari terakhir bulan Mac 2021 ada tarikh energi. Sama ada hari ulangtahun kelahiran anda/ hari ulangtahun perkahwinan anda / tarikh ulangtahun anda daftar syarikat dsbnya, kita sama2 ikhtiarkan supaya energi dijana pada hari tersebut untuk diri anda supaya rezeki berpanjangan selama 20 tahun (pola 769 kekayaan selama 20 tahun).

BULAN APRIL 2021 TIADA TARIKH ENERGI YANG ADA POLA 769 KEKAYAAN SELAMA 20 TAHUN. Jadi ambil kesempatan ini untuk menjana energi rezeki berpanjangan.

Picture
Selama ini dari tahun 2010, Dato Eddy Rosyadie menemui dan mengajar petak statik 6 di tengah mata angin sebagai sumber kekayaan. Kini, rupanya ada pola 769 kekayaan juga. Salah satu pola berkenaan boleh saja sebagai potensi dan strategi untuk kekayaan. Ada dua2 lagilah power.

Maklumbalas Peserta Ikhtiar Energi 3 Mac 2021
Picture
Picture
Picture
Warna energi yang hadir kepada Dato Eddy Rosyadie ketika jana energi pada 3 Mac 21 adalah warna UNGU. Ianya dikatakan warna untuk relaxing (ketenangan). Jadi, ramai peserta yang memberi maklumbalas mengantuk ketika dalam waktu energi. Program ini dibuat secara jarak jauh oleh Dato Eddy Rosyadie. Mengantuk dikatakan sebagai mengatasi perasaan tekanan. Tetapi selepas mengantuk itu rasa segar dan bertenaga untuk buat aktiviti rezeki yang lebih banyak.

Perhatian: tidak semestinya SEMUA peserta kena merasai kesan energi. Bergantung kepada situasi energi diri semasa dan amalan sedia ada.

Waktu energi biasanya dipilih sebelah siang kerana peserta boleh melakukan aktiviti kewangan / rezeki pada sebelah siang. Namun, kadang kala waktu energi adalah sebelah malam tidak dapat dielakkan.

Ada had nilai untuk seseorang itu menjadi "gembira" dalam kehidupan. Kurang dari nilai tersebut adalah tidak gembira. Malangnya di sini tiada data untuk negara Malaysia. Apapun, kebahagiaan/ kegembiraan itu kini ada nilai wang. Sebolehnya lebih tinggi nilai lebih baik dan tentunya lebih gembira. Jadi, kita berusahalah dan berikhtiarlah supaya kita mendapat keuntungan/ pendapatan/ pelaburan yang tinggi supaya kita jadi lebih gembira.
Picture

Kasih sayang/jodoh boleh terhalang, tertekan dsbnya adalah kerana parameter perjalanan tarikh lahir dan tarikh nikah/tunang/ tarikh lahir yang ada tempoh halangan atau tekanan. Kita ikhtiarkan energi pada 30 Mac 21 supaya tempoh pernikahan ataupun tempoh untuk mencari jodoh itu berpanjangan 20 tahun.

BULAN APRIL 2021 TIADA TARIKH ENERGI YANG ADA POLA 27 KASIH SAYANG SELAMA 20 TAHUN. Jadi ambil kesempatan ini untuk menjana energi kasih sayang yang berpanjangan.

Picture
Individu ini dalam tempoh tekanan untuk 10 tahun. Begitulah sesetengah manusia walaupun hebat mana sekalipun tidak lari dari aspek tekanan; popular seantero dunia tetapi rumahtangga musnah. Jadi kita ikhtiarkan supaya kita tidak perlu menempuhi tempoh tekanan sedemikian. Sama ada buat strategi pernomboran atau/dan ikhtiarkan energi.

Antara Apps digunakan seperti myHeritage.

Gambar orang yang kaku boleh bergerak2 berpaling, tersenyum dan mata berkedip kedip. Lebih2 lagi gambar orang yang sudah meninggal dunia. Mungkin teknologi ini satu hari nanti membolehkan gambar (orang mati) itu bercakap2 dengan kita.

Kami pengamal metafizik pun tidak boleh hidupkan orang mati tetapi sains dan teknologi makin lama makin membolehkan ianya jadi satu kenyataan. Walaupun tidak hidup kembali secara total tetapi secara virtual pun hidup jugalah.

Kini, sains mengatasi metafizik dalam perkara2 yang pelik dan mustahil. Jikalau dulu orang anggap metafizik ini mengarut tetapi kini sains lebih mengarut. Jadi, usah kecam metafizik yang benar2 digunakan untuk  membantu masyarakat. Memang benar ada aliran metafizik yang tidak betul tetapi bukan semua metafizik itu mengarut.
Picture

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Dato Eddy Rosyadie adalah "energikan produk/premis" secara jarak jauh. Client diminta hantar gambar stok produk/ premis dan Dato Eddy Rosyadie akan energikan pada hari dan waktu energi rezeki.

Hantarkan gambar stok produk/ flyer/ premis / senarai harga barang dsbnya ke:
017 769 7946
016 624 9666

Sumbangan ikhlas bank in ke;
Maybank 512464228716
CIMB 7018546381
Eddy Rosyadie bin Mohd Samsury
Klik imej di bawah ini untuk Link ke Whatsapp
​017 769 7946:
Picture
Picture

Picture
Antara contoh kegunaan Zodiak untuk mengenali seseorang. Usah gunakan zodiak untuk meramal apa yang terjadi sebaliknya gunakan zodiak untuk kenali personaliti, sifat dan sikap orang. Contoh di sini Ustaz Ebit Liew yang terkenal dengan sifat pemurahnya adalah berzodiak Sagittarius. Artikel dari Pinkvilla itu disediakan oleh pihak di luar negara yang tidak tahu menahu tentang sifat pemurah UEL cuma Dato Eddy Rosyadie gabungkan kedua2nya di slide di sini. Dari pernomboran tarikh lahir juga didapati UEL adalah seorang yang pemurah.

Sekurang2nya kita dapatlah gunakan kaedah zodiak ini untuk kenali seseorang sama ada diri kita, pasangan atau rakan kerja mahupun bos. Ada kalanya ianya tidak tepat memandangkan ada seksyen (house) lain yang berkaitan, namun secara umumnya dapatlah digunakannya.


Picture
Picture
Picture
Pola 38 atau 83 merupakan satu pola yang unik. Dikatakan ianya menunjukkan abundance dan material gain (kewangan). Ini adalah maklumbalas klien. Juga terdapat kursus pola 38 tersedia dalam Grup Telegram (tahap 1 dan 2).

Picture
Petak tarikh lahir ada pola 769 kekayaan. Tentunya yang ini melibatkan perniagaan dan pelaburan. Juga pola potensi yang lain yang memenuhi perjalanan kehidupannya.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi 17 Feb 21 lalu. Kita ikhtiarkan.
Picture

Tekanaan mental dan perasaan juga berlaku dikalangan remaja. Namun mereka kurang nak dapatkan perkhidmatan psikologi kerana ada perasaan malu dengan rakan2 dan mereka tidak punyai pendapatan. Tetapi dengan dorongan diri sendiri atau daripada ibu bapa yang menyokong dari aspek emosi dan kewangan, bolehlah mereka dapatkan bantuan dari pihak psikologi.

Kaedah pernomboran versi Dato Eddy Rosyadie adalah sebahagian daripad kaedah psikologi dalam membantu remaja yang tertekan mungkin kerana salah arah, mungkin kerana salah tempat sekolah, mungkin tempoh tekanan dsbnya. Ada strategi yang dibincangkan dalam sesi personal bersama Dato Eddy Rosyadie.

Picture

Hari terakhir energi kasih sayang dan rezeki untuk bulan Mac 21. Tarikh 30 Mac 21 adalah 20 tahun berpola 72 kasih sayang dan 20 tahun berpola 769 kerezekian. Untuk ikhtiar energi kasih sayang bagi perkahwinan harmoni dan pencarian jodoh. Juga ikhtiar energi rezeki untuk kewangan yang positif berpanjangan.

Secara UMUM, sesuai untuk melangsungkan pernikahan dan untuk pendaftaran syarikat. Di tambah dengan ikhtiar energi untuk memantapkan perjalanan pernikahan dan perjalanan perniagaan. Boleh juga untuk yang bekerjaya (tiada perniagaan) untuk memantapkan kewangan dan simpanan peribadi dan keluarga.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi kasih sayang Jumaat 12 Mac 21 anjuran Dato Eddy Rosyadie. Pertama kali join.

Perhatian: tidak semestinya semua peserta kena rasa kesan energi. Bergantung kepada amalan sedia ada dan situasi energi diri semasa.
Picture

Picture
Rupanya ada kaitan DNA genetik manusia dengan kepuasan dalam perkahwinan. Maka kepuasan dalam perkahwinan boleh dimanipulasi dengan membuat perubahan kepada DNA genetik manusia. Satu hari nanti teknologi sains yang begitu canggih memudahkan urusan sedemikian maka SEMUA yang berkahwin berpuas hati dengan perkahwinan - tiada lagi gaduh, tiada lagi bercerai. Cuma sementara tunggu teknologi sains tersebut murah dan mudah didapati mungkin dalam 50 tahun lagi, kita usahakan strategi2 perkahwinan harmoni dan ikthiarkan energi2 kasih sayang.

Peserta program Mandi Bunga Jumaat 12 Mac 21. Bahan2 disediakan oleh peserta cuma gambar bahan dihantar kepada Dato Eddy Rosyadie untuk dienergikan.

Kes individu ini jin "dihantar" sihir oleh seseorang. Dibuang masuk balik, kita tak dapatlah nak balas pelaku sihir tersebut. Jadi, kita ikhtiar bina energi diri. Bagi jin yang jenis tak memahami bahasa dan tak lut kena hentam, kita gunakan energi ketenangan dan ianya tidak menyukai energi ketenangan.
Picture
Picture
Picture
Antara koleksi gambar2 bahan2 mandi bunga yang dihantar kepada Dato Eddy Rosyadie untuk dienergikan pada Jumaat 21 Mac 21. Bermacam2 versi peserta2 sediakan tapi yang penting adalah aktiviti mandi tersebut dengan bahan2 semulajadi.
Picture
Picture
Picture

Picture
Picture
Picture
Ketiga2 individu disebut di atas kena dengan potensi yang mereka jalani. Tidak salah ada 2-3 kerjaya tetapi potensi yang utama diserlahkan.
- Sarah Michele Gellar - dunia makanan.
- Chuck Noris - bekerja dalam tentera udara dan pakar seni pertahanan diri.
​- Peter Ostrum - perubatan (haiwan).

Kata orang, cukup2lah dengan apa yang ada tak payah susah2 nak cari pendapatan tinggi. Tapi mengikut sains Psychology ini menyatakan pendapatan tinggi mendatangkan perasaan keyakinan dan bermaruah. Jadi, kita usahakanlah dan ikthiarkanlah untuk dapat pendapatan/ untung niaga yang tinggi.
Picture

Picture
Dato Eddy Rosyadie kelahiran Virgo. Nampaknya kena dengan cara energi Dato Eddy Rosyadie untuk program ikhtiar energi rezeki menjana, menambah dan memulihkan energi rezeki untuk orang lain.

Potensi berdasarkan kepada tarikh lahir. Untuk menetapkan kerjaya/ perniagaan yang sesuai dengan minat dan keupayaan kita.
Picture

Tarikh lahir anak tersebut adalah Status Kewangan 3 Duit Keluar. Tarikh lahir seseorang ada kaitan dengan fenomena yang melanda kepada keluarga/ ibu bapa sewaktu kelahirannya. Oleh yang demikian, jika mahu mengandung pastikan situasi kelahiran anak tersebut (tempoh 9 bulan) berada dalam keadaan yang positif.
Picture
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly