Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan Dicari Kekayaan Disusuli

2/26/2022

0 Comments

 
Picture
Ikthiar Energi Rezeki sentiasa dianjurkan oleh Dato Eddy Rosyadie pada setiap awal dan akhir bulan sejak 2010 lagi. Ini kerana aura dan rezeki kewangan kita sentiasa turun/ naik. Tentulah kerana ada saja perbelanjaan bulanan/ harian seperti belanja raya, belanja road tax/insurance kereta, belanja anak sekolah, belanja dapur dsbnya. Oleh yang demikian, ikhtiar Energi Rezeki memang kerap diadakan. Boleh saja ikthiar Energi Rezeki dilakukan setiap hari tetapi amalan ikhtiar ambil masa lebih kurang 1-2 jam dan kita pula sibuk bekerja/ belajar/ bekerjaya jadi kita pilih hari2 tertentu yang parameter tarikh yang cantik dan waktu energi yang telah dikira baik untuk rezeki.

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Tetapi bukanlah kekayaan itu dengan satu potensi sahaja. Kadang tu kita perlu melalui banyak pengalaman dalam pelbagai industri dan mencuba beberapa potensi untuk melihat sama ada potensi itu serasi dengan kita ataupun tidak, sama ada sesuatu industri itu relevan dengan pasaran semasa. Tetapi mestilah potensi kita itu selari dengan pola tarikh lahir kita.

Kadang tu ada orang tiada potensi tertentu seperti disihir tetapi dalam perjalanan hidup menggunakan kaedah graf dekad, kita dapat kenalpasti masa/tempoh tersebut dan dapatlah kita buat jangkaan sama ada kes tersebut berpanjangan atau cuma 1 tahun/ 10 tahun (dekad). Apabila pola potensi dari parameter tarikh lahir memberikan impak kepada perjalanan hidup.
Picture

Picture
Ahli politik ini memegang portfolio yang sesuai dengan pola potensi tarikh lahir beliau. Memang kita tak sedari langsung kita melalui pola potensi tarikh lahir tetapi dengan pendedahan awal sebegini sebenarnya kita dapat membuat perancangan bisnes/ kerjaya yang sesuai, terutama bagi anak2 muda. Yang berusia boleh juga kenali potensi tarikh lahir sama ada telah lalui sebelumnya dan analisa untuk sama ada potensi tersebut membawa kejayaan dan lain2 perancangan.

Picture
Picture
Kenapa dengan tarikh 12 Mac 2022 ini? Ini adalah tarikh PRN Johor pada 12 Mac 2022 dan ini adalah tarikh lahir calon2 untuk satu kawasan pengundian yang telah dikira mengikut kaedah kiraan tarikh lahir dinamik harian (ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Boleh tahu sangat dari sini siapa menang dan siapa kalah. Namun, Dato Eddy Rosyadie tidak mendedahkan siapa menang siapa kalah sebelum PRN sebenar. Ini kerana mungkin yang sepatutnya menang itu tarik diri/ meninggal dunia dsbnya jadi yang sepatutnya kalah menjadi menang. Sebab itu analisa dibuat selepas keputusan rasmi. Apapun, menggunakan kaedah pernomboran yang sepatutnya kalah bina dan buat strategi sewajarnya dan ikhtiar energi. Begitu pula yang sepatutnya menang juga buat strategi sewajarnya dan ikhtiar energi juga.

Tentunya alam perkahwinan ada surut/pasang turun/naik. Menggunakan kaedah pernomboran, kita dapat menjangka bilakah tahun masalah/konflik itu menjadi sangat serius. Lalu dengan mengetahui kitaran tahun yang konflik, dapatlah kita buat strategi perdamaian dan ikhtiar energi kasih sayang yang sesuai dengan kitaran tahun tersebut.
Picture

Mulai hari Energi Dikasih Sayang 11 Mac 2022, gambar perkahwinan anak Dato Eddy Rosyadie akan digunakan dalam flyer Energi Dikasih Sayang. Sebelum ini gambar Google Image digunapakai. Ini adalah selari dengan kaedah energi dikasih sayang yang dijalankan sendiri oleh Dato Eddy Rosyadie sebagai bukti energi Dikasih Sayang.

Tahun 2022 = 6 kitaran tahun 6 adalah keluarga. Satunya membina keluarga (berjodohan/ berkahwin) mahupun menguatkan keluarga yang rapat (harmoni suami isteri/ ahli keluarga) juga keluarga di pejabat/ premis perniagaan (rakan2 sekerja/ majikan/ pelanggan/ prospek).
Picture

Picture
Pada 5 Mac 2022, anak Dato Eddy Rosyadie telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja (APD), Universiti Malaya yang disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Sultan Perak. APD umpama pelajar terbaik. Rekod cemerlang; 
Sekolah Menengah - Tokoh Pelajar 2014
Asasi Sains Universiti Malaya - Pelajar Terbaik
Universiti Malaya - Anugerah Pelajaran Diraja (pelajar terbaik)

Ikhtiar Cemerlang Akademik telah dilangsungkan sejak tahun 2012 oleh Dato Eddy Rosyadie dan hasilnya baik. Kita ikhtiarkanlah selain dari memantau pengajian anak2 dan menasihati anak2 belajar bersungguh2. Bulan Mac 2022 ini menyaksikan Peperiksaan SPM dan pelajar2/ Mahasiswa/i akan memulakan pengajian/semester yang baharu.
Picture
Picture

Maklumbalas peserta ikhtiar energi rezeki pakej 1 bulan. Kita ikhtiarkan. Walaupun ikhtiar energi tu untuk rezeki (kewangan) tetapi maksud rezeki itu sebenarnya luas termasuk rezeki sihat badan dari gangguan.
Picture

Picture
Petak Statik Tarikh Nikah (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) pasangan ini ada potensi konflik. Tentunya setiap pasangan punyai pengalaman konflik dan cabaran dalam berpasangan. Tak kisah tarikh nikah itu ada konflik mahupun tiada konflik adalah menjadi tanggungjawab pasangan untuk kekal hadapi cabaran secara bersama. Namun, terpulang juga pilihan masing2.

Pesanan arwah Kiyai ini yang berketurunan dari Nabi saw (rujuk Wikipedia) untuk kita semua memahaminya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Menggunakan resipi, pengilangan dan pemasaran serta platfom perniagaan yang strategik membolehkannya dapat menjual produk cecah jutaan ringgit. Tentunya usaha bersungguh2 menyerlahkan potensi kekayaannya.

Picture
Elemen API berada dalam fasa CAUTION pada Jan - Feb 2022 antaranya adalahTelco. Berita ini menunjukkan fenomena tersebut.
Picture

Picture
Bagaimana pula peluang (opportunity) dan cabaran (Caution) untuk Mac-April 2022 pula? Ada peluang baik bagi projek2 berkaitan tanah/hartanah dan konflik untuk buat persediaan awal untuk industri berkaitan air dan manusia (seperti human resource).

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Tentunya kekayaannya itu adalah dari titik peluhnya kerjaya sendiri.

Tips: untuk kekayaan yang lebih besar, tentunya memerlukan satu platform orang ramai, satunya adalah Televisyen (TVB) namun kini sudah ada media sosial untuk platform2 sedemikian. Maksudnya, jika dahulu hanya orang2 tertentu yang kaya kerana berlakon dalam TV tetapi kini sesiapa pun boleh berada dalam platform orang ramai dengan media sosial.

Jika diukur pada simpanan KWSP, majoriti berada dalam paras kemiskinan. Itu sahajalah simpanan yang sedikit untuk mereka pada hari tua nanti. Tentunya untuk tingkatkan simpanan mereka itu mereka kena naik pangkat lebih tinggi dan dapat gaji yang lebih banyak. Tetapi untuk tujuan sebegitu amat sukar dan hanya segelintir yang boleh capai.

Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 perjuangkan kaedah metafizik untuk tingkatkan ekonomi, simpanan dsbnya kerana mengetahui perkara sebegini adalah perihal yang sukar dan kritikal. Selain dari kita bekerja bersungguh2, gunakan juga strategi pernomboran dan ikhtiar energi untuk membantu menambahkan aura rezeki dan kewangan.
Picture

Picture
Picture
Tahun 2022=6 rezeki.

Kebetulan Malaysia pula kitaran 9 iaitu kitaran elemen KAYU salah satunya adalah pertanian. Dan Malaysia pada 2022= 6 rezeki ini ada pola 769 kekayaan.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia tentu dapat tempias. Namun, bukan semua rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kelapa sawit, jadi kita ikhtiarkan energi rezeki yang baik melimpah kepada kita juga.

Picture
Tidak semestinya untuk kaya perlukan pola 769 kekayaan. Ada banyak cara kekayaan yang lain. Satunya adalah kitaran 6 kitaran rezeki.

2022=6 rezeki
27+9+2022 = rezeki.

Apabila kena dengan pola potensi dan kena pada waktunya, kekayaan dapat dicapai dengan baik. Apakah anda melakukan potensi berdasarakan pola tarikh lahir anda? Adakah sudah tiba waktunya kekayaan anda?

Al Fatihah.

Sekitar tahun 2000 lalu, saya dan isteri beraya di sebuah rumah saudara di Sg Pinang, Klang. Beliau ditemani  seorang individu berusia yang saya tak kenali. Dia tanya saya anak siapa dan saya jawab anak sekian sekian. Lalu saudara saya tu  menyatakan saya cucu sekian. Individu itu pun beritahu semasa kecil dulu2 main pondok2 dengan moyang kepada saya yang bernama Raden Suratmi. Dia perkenalkan dirinya sebagai Haji Kamsah bapa kepada Dato Dr Haji Fadzillah. Dan dia juga beritahu yang DDHF tu pangkat atuk saudara (embah) kepada saya.

Setelah beberapa tahun, barulah terbuka cerita yang saya ini adalah keturunan Raden dari Jawa. Pada 2018, pertama kali saya jejak di Karaton Kasultanan Pajang di Solo, Indonesia dan Makam Diraja Imogiri, Yogjakarta ziarahi kesultanan dan almarhum2 di sana.
Picture

Picture
Program ikhtiar energi rezeki pertama untuk bulan Mac 2022 kebetulan pada hari Jumaat yang mana Prestasi Malaysia adalah sangat rendah untuk Mac 2022 bagi prestasi kewangan serta emosi. Untuk perihal sedemikian tentunya kita perlu berusaha bersungguh2 dan tambah dengan ikhtiar energi rezeki bagi memantapkan aura rezeki dan kewangan.
Picture

Picture
Selain dari energi rezeki dijana pada hari Jumaat, kita ikhtiarkan jana/ tambah/ pulih energi dikasih sayang bagi mereka yang mencari jodoh atau untuk keharmoniaan rumahtangga. Bukan itu sahaja, energi dikasih sayang untuk perihal keutuhan kekeluargaan, rakan2 sekerja mahupun bos/ketua.

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Namun, kekayaan itu diuji dengan perceraian yang mana tarikh perkahwinan berlaku pada tarikh ada konflik. Tidak semestinya kekayaan itu otomatik menyebabkan kehidupan menjadi serba baik. Tentunya perihal perkahwinan juga diambil perhatian. Walau bagaimanapun, harga perceraian individu ini setaraf dengan kekayaannya.

Salah satu sebab kenapa kita perlu buat senaman energi adalah kerana untuk "membebaskan" energi dari badan kita. Menurut sains fizik, energi bergerak dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Jadi adalah normal untuk badan bergerak2 semasa bermeditasi. Apabila tidak melakukan senaman energi menyebabkan energi terperap dalam badan dan badan tidak selesa.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Kebiasaannya kekayaan itu menyebabkan pembelian rumah/ hartanah yang berharga tinggi. Tidak dapat dipastikan sama ada ingin tinggal di situ atau sebagai pelaburan hartanah dan sebagainya

Picture
Picture
Kali ini ikhtiar energi pakej 1 bulan Mac 2022 terdapat 3 kali energi Dikasih Sayang iaitu satu fenomena yang jarang berlaku. Perihal energi Dikasih Sayang ini mengambil kira 20 tahun fenomena memandangkan kasih sayang adalah berpanjangan sekurangnya 20 tahun. Tentang energi rezeki pula ianya boleh berlaku dalam pelbagai cara dan fenomena berbanding energi Dikasih Sayang yang terhad cara dan fenomenanya.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly