Kisah seorang wanita dari Pulau Pinang yang mengusahakan perniagaan makanan barat dari rumah.. bimbingan secara Whatsapp sahaja sebab tak sempat nak ke Penang... bimbingan tentang potensi, nama jenama dan arah lokasi sesuai berniaga dll termasuk tarikh daftar perniagaan yang sesuai... mencuba dan ikthiar dan dapat hasil yang baik.
Bagaimana anda pula yang mahu berniaga atau sudah berniaga tetapi kurang berjaya? Ikhtiarkan cara Strategi Pola 96 pula. Ketahui apakah itu Strategi Pola 96 dalam perniagaan dan kemudian pelajari perihal Strategi Perniagaan bagi tahun 2017... apakah cabaran, apakah peluang.. bidang apa yang sesuai tahun 2017 nanti?
Semasa Dato' Eddy muncul di TV1 rancangan Feminin tahun lalu bicarakan perihal kiraan jodoh, terus sahaja ada ustaz komplen kepada RTM. Sehingga kini ustaz tersebut tak hubungi kami dan berikan penjelasan mengapa seorang wanita berumur 54 tahun masih belum berkahwin. Daripada kiraan tarikh lahir didapati wanita umur 54 tahun ada "isu angka 8" iaitu tanggungjawab. Selepas rancangan TV itu, wanita yang sama hubungi kami dan mengesahkan beliau ada "isu tanggungjawab" yang sukar diselesaikan.
Di dalam kursus Jodoh, seorang wanita telah jalinkan hubungan dengan seorang lelaki lebih 10 tahun namun tidak kesampaian perkahwinan...
Alaaa senang saja bagi alasan dah tak ada jodoh dah ketentuan nak buat macam mana tunggu sahaja lah... tapi itu bukan cara kami dan daripada kiraan didapati isu dan ikhtiar boleh dilakukan iaitu perihal masalah tempoh dekad dan arah tempat tinggal.
Seorang wanita pula bermasalah dengan teman lelaki yang sentiasa syak dan cemburu menyebabkan perselisihan faham... daripada Graf Hayat didapati wanita ini dapat pasangan yang suka syak kepada beliau. Jadi, wanita ini akan selamanya menarik jenis lelaki sebegitu... Tetapi kita kan ada ikhtiar... dah tahu perkara sebegini, barulah faham mengapa berlaku dan barulah tahu strategi atasinya daripada berterusan berselisih faham.
Seorang wanita pula sepatutnya berkahwin pada 25 Sept 2016 iaitu pada hari kursus! Tapi tak jadi.. khabarnya ada perselisihan faham... daripada kiraan didapati gabungan mereka tidak sesuai dan belum tiba tempoh jodoh.. kan ada penjelasan yang objektif, barulah boleh dibuat ikhtiar pembetulan sewajarnya nanti.
Seorang wanita pula sentiasa rasa "terbeban" dengan pasangannya dan apabila dilihat Interaksi Elemen rupanya interaksi mereka berdua yang membebankan.. kebenaran itu pahit tapi bilamana sudah tahu punca maka mudah untuk redha dan buat ikhtiar sewajarnya.
Semua ini adalah IKHTIAR... kita cuba cari penjelasan dan cuba memahami perjalanan kehidupan menggunakan banyak cara dan satu caranya adalah daripada kaedah tarikh lahir. Ianya sebagai satu cara memahami dan setelah memahami dapatlah kita bertindak sewajarnya..
---------------------------------------
Antara kesan daripada ikhtiar doa/ energi adalah sakit kepala dan sendawa/ loya.. ini adalah perkara yang biasa terjadi dan sering terjadi di dalam program ikhtiar energi. Namun, bukanlah wajib semua orang kena sendawa baru boleh kaya. Ada peserta yang tak rasa apa-apa tapi yang ini menunjukkan energi itu wujud dan mungkin yang terasa kesan memerlukan ikhtiar tambahan. Perkara ini menunjukkan si pendoa mungkin tersekat energi rezeki, jadi proses energi "mencuci" energi lama.. ini kan ikhtiar.. individu ini adalah non-muslim jadi program ikhtiar energi/ doa terbuka untuk semua bangsa dan agama.
Pakej bulanan telah dibuka dan boleh daftar dahulu sebelum 2 Oktober 2016.