Tahun depan 2019, Malaysia akan masuk ke tempoh Vacuum Star iaitu sama seperti Vacuum Star 2015 lalu... pemantauan tentang apa yang terjadi pada 2019 bermula Mei 2018 ini dan berterusan... setakat ini berlaku perang tarif barangan US dan China, serta beberapa petunjuk tentang kelemahan industri kelapa sawit... apa pun kita perlu bersedia untuk menghadapi Vacuum Star 2019 nanti... pengalaman 2014 dulu buat endah tak endah tentang Vacuum Star 2015 rupanya memeritkan bila Vacuum Star benar2 muncul pada 2015 itu... kejatuhan harga minyak dunia, kejatuhan RM, kenaikan harga barang2 dek manipulasi peniaga atas GST, jerebu 3 bulan... memang perit Vacuum Star 2015! |
Memang benar jodoh telah ditetapkan dan setiap orang pasti ada jodoh yang menunggu.. cuma yang ditetapkan itu mungkin pada usia agak lewat.. jadi, penyataan jodoh itu ada dan telah ditetapkan adalah kurang sesuai kerana ianya ayat umum... untuk lebih spesifik, kita cari jalan untuk kenali potensi yang lebih spesifik. Satu cara yang kami bawakan di sini adalah perihal Metafizik Pernomboran. Bagi individu ini, jodoh ditetapkan pada usia 45-54 tahun (daripada kajian), tetapi peluang masih ada pada usia antara 35-44 tahun namun, tersekat pula oleh perihal kod AF. Jadi, perihal jodoh sebegini agak rumit.. menanti masa tetapi pada masa yang sama halangan juga ada.. Kaedah Graf Hayat ini adalah berdasarkan kepada perihal energi.. jadi, antara ikhtiar yang dicadangkan adalah program Ikhtiar Energi... banyak lagi ikhtiar energi yang boleh dilakukan seperti mandian bunga, rawatan jodoh dan sebagainya... semua itu berbalik kepada satu perkara... energi. Seumpama kita bersiap nak keluar pergi bekerja di awal pagi, jika energi kita lemah rasa malas nak pergi kerja, padahal tempat kerja wujud saja. Walau secanggih mana kereta dan sedekat mana tempat kerja, jika energi lemah, sukar nak ke tempat kerja. Begitulah tentang jodoh... jodoh ada saja di mana2 cuma energi dalaman diri itu belum melonjakkan untuk mendapatkan jodoh yang banyak di luar sana. |