Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Menggapai Kejayaan Dari Impian

7/23/2012

0 Comments

 

Picture

PENEMUAN KAJIAN TERBARU: 20 Julai 2012.
Status: boleh digunakan sebagai tafsiran tetapi masih di peringkat kajian akhir.

Untuk mempelajari dan mengetahui penemuan terbaru - akan diceritakan dengan lebih jelas dalam kursus yang berkaitan dan dalam Konvensyen tahunan.
Picture
Penemuan terbaru oleh cikgu A-D tentang Petak Statik dan Pembayang iaitu perihal perkara yang berlaku kepada adik/abang/kakak anda boleh dilihat daripada Petak Statik dan Pembayang diri anda. Jika sebelum ini Petak Statik dan Pembayang telah diumumkan sebagai menceritakan apa yang berlaku dalam sejarah hidup ayah ibu/ datok nenek. Juga kemungkinan besar boleh menceritakan apa yang berlaku kepada keturunan yang lebih jauh seperti datok atau nenek saudara.

Dengan penemuan ini menghampirkan petak ini kepada perihal genetik XY atau XX. Menggunakan penemuan ini dapat membantu seseorang itu malah bekerjasama dengan adik-beradik atau memberi peringatan kepada adik beradik untuk membuat pembetulan dan peningkatan dalam kehidupan mereka. Contoh dari petak di atas, adik lelaki telah bercerai manakala adik perempuan mengalami masalah tulang belakang.

Picture
Dua pola perihal masalah kewangan yang mana muncul sendirian masing-masing atau berdua kini dijadikan panduan untuk mengelakkan masalah kewangan terutamanya dalam kitaran tahun. Ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan fenomena Vacuum Star yang selama ini hanya pada graf hayat tetapi kini kita cuba menggunakan pernomboran untuk menjelaskannya. Kedua-dua pola ini kini digunakan dalam modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan di bawah kategori usahawan bermasalah "berhenti-henti".  Pola pertama ditemui oleh Sdra Saiful dan Nizam (Admin Pernomboran Johor).

Dengan penemuan 2 pola ini dapat menjelaskan lebih baik kenapa seseorang itu lebih cenderung berada di dalam masalah kewangan seperti berhutang teruk. Juga, tentunya apabila dikaitkan dengan keturunan boleh dikaitkan dengan masalah kewangan keturunan yang berhutang teruk. Dengan kaedah ini membantu individu untuk membuat perancangan kewangan yang lebih baik seperti menguruskan perihal hutang dengan lebih berkesan. Contoh dari petak di atas, individu ini memiliki hutang lapok yang berpanjangan tidak dapat habis-habis dan sentiasa bertambah.


"Salam. Trima kasih atas nama yang cikgu bagi tu, jualan telekung saya semakin maju"

Nama asal : IMAI - getaran nama kurang sesuai untuk  jenama produk.
Nama yang dicadangkan: IMARI - mempunyai getaran nama yang 'sejuk' bagi sesebuah jenama untuk menarik pelanggan menyukainya.

Picture

Picture
Tahukah anda?
Nombor 38 disebut dua kali dalam filem Spiderman (2012). Kali pertama angka 38 disebut semasa babak ketua polis memarahi pegawai-pegawai polis yang tidak dapat menangkap Spiderman melarikan diri, katanya mereka adalah 38 anggota polis yang terbaik pun tak dapat tangkap. Kali kedua angka 38 disebut semasa Spiderman memberikan nombor kod untuk buat penawar kepada heroin iaitu kod 12389. ... cuma nombor rumah yang Spiderman tinggal adalah 36...

Juga, di dalam filem Inception lakonan Richard Gere, di akhir tayangan filem, nombor rumah ejen yang menembaknya dipaparkan seperti 38.


Picture
Anda mungkin pernah terlihat iklan beliau di Kosmo atau di laman web  atau pernah hadir ke kelas beliau. Beliau  adalah pelajar cikgu A-D dan kepakaran beliau ialah perihal kelakuan hari dan minit serta pengiraan nama. 

Jika anda seorang peminat tegar kajian nombor dan memerlukan pengiraan yang sangat mendalam boleh belajar dengan beliau. Kaedah beliau lebih mendalam. Walaupun kami sama-sama ada teknik pengiraan harian dan minit tetapi cara pengiraan kami berbeza. Idea untuk merungkai persoalan mengira kelakuan atau fenomena dari tarikh lahir secara harian dan minit  adalah dari cikgu A-D semasa kami berkumpulan dalam Kelab Sains Metafizik di bawah EVIDENCES Resources yang mana cikgu A-D sebagai penasihat dan kami membincangkannya serba sedikit semasa kami beroperasi di Mutiara Damansara dan Setiawangsa dulu. Sempat juga buat kami anjurkan kursus bersama di Larkin pada tahun 2008 lalu. Namun kerana sukar untuk bertemu kerana faktor masa dan jarak, kami tidak lagi berkumpulan.

Pengetahuan kaedah pernomboran ini memang meluas belum ada noktah hentinya dan kajian-kajian masih diteruskan kerana banyak lagi pola-pola angka dan fenomena yang belum diterokai. Ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memiliki kepakaran untuk membangunkan atau meluaskan kaedah pernomboran ini setanding dengan negara lain seperti Indonesia, China dsbnya.  Harapan kami adalah untuk menubuhkan sebuah insitusi penyelidikan pernomboran yang menggabungkan kesemua kepakaran di satu tempat supaya dapat membantu lebih ramai individu menjadi lebih berjaya dan cemerlang.


Individu yang mendaftar untuk program (salah satu atau kedua-duanya) di bawah akan mendapat 2 waktu berdoa untuk hari yang dipilihnya itu. Mudah-mudahan doa kita bersama dalam bulan Ramadan ini memberikan kesan yang baik.

"Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa
menjadikan doa kita mustajab" (Kolum Dr Asri – Yahoo News Malaysia)
Picture
Picture

Picture
Kalau bab masalah klien/ peserta tentang masalah bisnes atau masalah jodoh selalunya mudah je settle... tapi sejak akhir-akhir ini ada beberapa kes pelajar sekolah bermasalah yang sukar settle degan mudah!

Kalau kita ni yang dah berusia terkena Vacuum atau Blocking Star adalah juga strategi mengatasi, tetapi kebanyakkan kes pelajar yang ada masalah Blocking adalah sukar untuk diatasi.

Bukan mudah untuk betulkan arah dan buat strategi dan sebagainya kerana pelajar sekolah terikat dengan jadual dan takkanlah nak tukar sekolah di hujung tahun. Jadi, perihal pelajar bermasalah pelajaran ini memerlukan si pelajar itu datang bersama ibu bapa untuk berbincang strategi bersama. Jika ibu atau bapa yang bertanya adalah kurang tepat nanti strateginya kerana kita perlu tahu juga cerita si pelajar itu juga.

Pihak kami sedang merancang untuk membuat program mudah bagi ikhtiar mengatasi pelajar bermasalah termasuk kaedah Jaluran Bijak Minda (berbanding dengan Jaluran Emas Kekayaan), terutama sekali tidak lama lagi selepas raya ini akan berlangsungnya peperiksaan besar. Nantikan pengumumannya pada bulan September.


Picture
Tengah belek-belek duit di bank tadi, terjumpa duit nombor siri ini. Sebelum ini pernah ada RM5 dengan siri 6666777, tapi yang ini nilai lebih besar RM50 dengan 5 kali angka 6, banyak angka 6 tu... Hmm, angka 366 tu, pelaburan! Memang nak buat pelaburan duit-duit tu sebenarnya. Dalam kursus 21 Julai lalu, untuk sesi cabutan bertuah, 9 keping wang RM10 dengan nombor siri baik telah diberikan kepada peserta-peserta cabutan bertuah, saja nak bagi kepada peserta sebab dah simpan lama sangat dan banyak sangat. yang disimpan.  Kata orang, what you give you get back, jadi Tuhan "pulangkan" duit yang lebih bernilai lagi...

Picture
Pada tahun 2009 lalu, cikgu A-D terima 3 cek dari Affin Investment bernilai puluh ribu setiap satu. Masa tu masuk BSKL di bawah Affin Investment sebelah Klang Parade - menggunakan strategi pola 336. Arah dari rumah cikgu A-D ke Affin Investment adalah arah 6 !
Picture

Picture
Tadi seorang klien bertanyakan perihal ahli keluarganya yang sakit teruk. Memang tahun 2012 ini tahun "panas" dan ramai orang sakit lebih teruk atau lebih berpanjangan daripada biasa.


Daripada Graf Prestasi Bulanan pesakit itu memang mendapati individu itu dalam situasi sakit maka beberapa cadangan diberikan sebagai ikhtiar penyembuhan, selain daripada mengambil ubat moden dan alternatif.

Kaedah Pernomboran bukan sekadar untuk pola bisnes atau jodoh, tetapi juga untuk pola-pola kesihatan.

Kursus Pola Kesihatan:
- Pola 459 Potensi Kesihatan.

Malah, mengikut kajian cikgu A-D tentang satu pola menarik - penyakit anda boleh diketahui daripada nombor handphone anda! Jadi, periksa nombor telefon anda tu! Kenalpasti penyakit berpotensi dan lakukan pencegahan.


From 1998 to 2000, Enron's revenues shot from $31 billion to more than $100 billion, making it the seventh largest company on the Fortune 500. .. Then, the company went down as the  biggest bankruptcy in U.S. corporate history.

Syarikat ini mampu bertahan 54 tahun sebelum mengalami kejatuhan besar. Kebetulan, tahun kejatuhannya pada 2001 adalah kitaran 7 (Dari motif hayat KTD 7 dan KTL juga 7! Kaedah Motif Hayat adalah ciptaan cikgu A-D). Tidak disangka.. dan sememangnya status kewangannya pun adalah 3.

Oleh yang demikian, seorang usahawan mahupun orang bekerja makan gaji perlu MEMANTAU PRESTASI kehidupan. Bukan sekadar KENALI POTENSI semata-mata, tetapi setelah mengenali potensi dan berusaha daripada strateginya, peringkat seterusnya adalah memantau prestasi. Kerana itulah tagline kaedah pernomboran versi cikgu A-D adalah "Potensi |  Strategi  | Prestasi | Produktiviti".

Baru-baru ini seorang klien dalam sesi konsultansi mahukan strategi untuk bisnes barunya setelah mengalami kegagalan 2 tahun sebelumnya walaupun sebelum itu memang hampir jutawan. Setelah strategi arah, pendekatan dsbnya diberi memang nampak ada potensi kejayaan sekali lagi pada bulan akan datang. Namun, apabila cikgu A-D bertanya apakah tindakan pertama beliau jika projek itu berjaya, maka jawapannya adalah untuk membeli aset, hartanah, buka pejabat baru dsbnya. Memang betul dan baik jawapan itu, tetapi untuk beliau itu kes berbeza dengan orang lain iaitu adanya pola "usahawan berhenti-henti" iaitu pola selalu gagal bisnes. Ini bukannya sumpahan atau saka dsbnya, dah memang pola macam tu, maka perlulah strategi mengatasinya. 

Begitu juga dengan ramai usahawan baru terutama usahawan MLM, baru dapat capai target dua tiga kali terus sahaja berhenti kerja tetap dan terus beli kereta baru. Memang betul dan baik cara itu, tetapi cara sebegitu bukan untuk semua orang, terutamanya jika ada pola "usahawan berhenti-henti".  Selama 8 tahun ini cikgu A-D dah bertemu dengan ramai orang kaya MLM yang kini hidup kembali teruk... bukannya salah MLM tetapi tengok dulu pola anda. Jika upline anda mampu beli kereta mewah contohnya, CRV dengan tunai, tidak semestinya anda kena ikut, memang betul dan boleh anda ikut inspirasi kejayaannya itu, tetapi tengok dulu pola anda boleh ke terus beli CRV atau kena tunggu dulu sementara.

Berbalik kepada kes klien tadi, cikgu A-D mengingatkan beliau tentang pola "usahawan berhenti-henti" dan betapa perlunya ada pengurusan kewangan dalam bisnes, yang salah satunya adalah "cash reserve". Cikgu A-D pelik juga ramai usahawan tidak mengetahui perkara ini dan tentunya mereka yang tidak tahu perkara ini adalah calon-calon usahawan bermasalah. Maksudnya di sini ialah adalah bina simpanan back-up dahulu bagi menghadapi sesuatu kitaran tahun yang teruk. Ramai pakar mencadangkan agar kita semua ada 6 bulan simpanan; iaitu jika anda memerlukan RM10 ribu sebulan untuk hidup, maka anda perlu ada RM60 ribu dalam simpanan dulu, barulah anda boleh berbelanja sakan ke dsbnya. Mana tau tahun depan anda masuk kitaran 7, ada ke simpanan secukupnya untuk harungi 6 bulan pertama kitaran 7?

Ada orang sedap menikmati kejayaan dalam kitaran tahun 2, 6 atau 9 dan bila dan kaya lupa pulak nak buat cash reserve. Bila bisnes jatuh dalam kitaran 5, 7 atau 8 atau Vacuum Star tahunan barulah tersedar nak bertaubat dan ianya mungkin terlewat untuk dibaiki (ada cara-cara untuk baiki tapi memerlukan kos tinggi jika anda sanggup). Jadi, pantau prestasi anda. Kaedah pernomboran versi cikgu A-D menggunakan pemantauan prestasi dari tahunan (S18), malah pemantauan dari bulanan dan harian serta jam  (kaedah ciptaan cikgu A-D sendiri).

Baca berita dibawah ini:

KUALA LUMPUR (July 20, 2012): Bank Negara Malaysia's international reserves amounted to RM429.4 billion (equivalent to US$134.4 billion) as at July 13.  The reserves position is sufficient to finance 9.4 months of retained imports and is 4.3 times the short-term external debt.

Kursus Perniagaan/ Jualan:
- Pola 696 Potensi Usahawan Berkesan - tahap 1, 2 dan 3
- Arah dan Pasaran Perniagaan dan Jualan
- Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan dan Jualan - tahap 1 dan 2.
- Pola 336 & 696 Potensi Pelaburan Perniagaan Menguntungkan
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya

Picture
25 Julai 2012
Foto pelajar-pelajar di Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF),  Kuala Lumpur  (dekat Balai Polis Jalan Travers) sebelah Istana Hinggap Perak.

Cikgu A-D telah dijemput ceramah lebih kurang sejam. Bukan perihal pernomboran tetapi motivasi dan tips untuk menjadi pelajar cemerlang. Program kelolaan AsyikFM (RTM).  Selepas itu majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.


Dengan mengenakan pakaian formal berkopiah, memang orang semua panggil Ustaz Eddy pulak.  Untuk makluman, berceramah secara formal memerlukan kemahiran. Lagipun kita tidak boleh sebarang cakap di majlis orang siap berdepan kamera RTM. Untuk berceramah dengan pelajar-pelajar tidak sama dengan berceramah dalam seminar biasa perlu ada skil. Seorang penceramah perlu berlatih teknik Public Speaking (Pengucapan Awam) yang baik. Semasa di Unitec/UiTM dahulu memang belajar Public Speaking dari professor dari USA dan tidak lama dulu dilatih mendalam dengan didikan pakar motivasi/ pidato, Dato' Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin. Jika anda berinspirasi menjadi seorang yang berjaya, kemahiran berucapan awam itu adalah satu keperluan. Mana tau anda perlu berucap atau menjadi jurucakap di majlis dipenuhi VIP dan sebagainya... kalau begitu nanti kami anjurkan kursus Pola 426 iaitu Teknik Rezeki dari Pengucapan Awam.

Asrama ini menempatkan anak-anak yatim atau miskin atau golongan mualaf dari kalangan Orang Asli. Kepada anda yang mahu membuat sumbangan, bolehlah bank in Maybank 564146531574 dan hubungi pihak ASDAF (03-2283 1009) untuk dapatkan resit bagi tujuan pengecualian cukai pendapatan. Pihak ASDAF juga menerima sumbangan bahan-bahan seperti makanan, pakaian dsbnya.

Kepada peserta kursus 21 Julai lalu termasuk peserta berdoa jarak jauh, sebahagian yuran anda disumbangkan kepada pihak tersebut. Semoga amalan kebaikan membawa keberkatan dan kejayaan.


Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan?         

"PENAT dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah sahaja dapat apa yang mereka ingini. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?" Pernah merungut sebegitu? Seakan apa sahaja yang kita nak capai macam susah laluannya, kan? Kadang-kadang sampai putus asa. Pernah rasa begitu?

 Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Pengalaman sangat manis bagi saya apabila Allah SWT tunaikan impian zaman kanak-kanak saya. Allah SWT limpahkan nikmat dua kali ganda pada hajat saya dan wasiat arwah ayah saya. Impian ini baru sekarang Allah SWT tunaikan. Impian semasa usia saya 12 tahun (sehingga sekarang saya masih simpan impian ini). Selepas 27 tahun baru Allah SWT tunaikan dengan kurniaan berganda.

baca kisah seterusnya di laman web berikut:
http://mstar.com.my/variasi/agama/cerita.asp file=/2012/6/29/mstar_agama/20120629103935&sec=mstar_agama

Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya. Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.

Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:
Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT, dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."
Sumber: iluvislam

JOHOR BAHRU 23 Julai - Iskandar Malaysia, kawasan yang bakal menjadi sebuah metropolis kukuh, mapan dan bertaraf antarabangsa memperoleh RM10.67 bilion komitmen pelaburan baru dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini....Beliau berkata, Iskandar Malaysia kini di peringkat persediaan bagi pembukaan Marlborough College Malaysia, Universiti Southampton Kampus Malaysia, masing-masing pada Ogos dan Oktober...

Tahun 2013 tahun kekayaan dan tahun pendidikan, maka peluang besar untuk negara Malaysia tahun 2013 adalah kitaran tahun 9. Dengan suasana kekayaan negara, kita rakyat perlu ambil peluang untuk raih kejayaan dan kekayaan pada tahun 2013 nanti.

Picture
PUTRAJAYA 24 Julai -  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyerahkan pembayaran zakat Kumpulan Felda berjumlah  RM30.6 juta kepada 14 pusat zakat negeri. Jumlah itu adalah untuk pembayaran zakat tahun 2011 oleh Felda Global Ventures Holdings Berhad sebanyak RM10,000..., Felda Holdings Berhad sebanyak RM15,606,057 dan Koperasi Permodalan Felda sebanyak RM5,000,000.

Mudah-mudahan anda sebagai usahawan yang berjaya dapat mengeluarkan zakat yang lebih besar... apabila zakat besar tentunya datang dari keuntungan yang besar.  Usahawan, jangan lupa untuk tunaikan kewajipan anda... baik untuk anda dan baik juga untuk kemajuan komuniti dan negara.


Picture
Perhatian:
Teknik Jaluran Emas / Gelombang Emas / Tenaga Jalur Emas / Pencahayaan Emas serta Wangin Pyrite adalah teknik yang diilhamkan oleh cikgu A-D dan setakat ini hanya seorang sahaja iaitu Sdra Kasyfullah (Pak Lah) adalah individu yang diwakilkan oleh cikgu A-D. Sila rujuk kepada kami berdua sahaja untuk bahan/ program tersebut.


Picture
Sabda Nabi s.a.w: “Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim

“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

Terdapat beberapa penyakit manusia disebabkan kerana kurang penjagaan kesihatan dan kebersihan mulut. Bukan sahaja dalam Islam malah dalam kesihatan umum. Berus gigi dengan ubat gigi, bersugi, berkumur dengan larutan tertentu dsbnya adalah yang dicadangkan untuk menjaga kesihatan. Kini ada satu alternatif yang mudah dibawa dan digunakan iaitu Gel Sugi keluaran Al-Mu'min terdapat di kedai-kedai.


Ramai orang menyatakan bahawa ayat Al-Quran berjumlah 6,666 ayat dan ada yang menyatakannya kurang daripada itu. Yang penting di sini ada angka 6. Terdapat 114 surah dalam Al-Quran (1+1+4=6) dan ayat yang terakhir dalam Al-Quran adalah Surah An-Naas iaitu 6 ayat. Begitulah permainan angka 6 yang sering dikaitkan dengan fenomena kekayaan dalam Al-Quran. Turunnya Al-Quran sebagai rahmat dan "kekayaan" kepada manusia akhir zaman. Kini, bersempena dengan peristiwa Nuzul Quran, anda berdoalah untuk keberkatannya di awal fajar hingga Dhuha. Berdoalah untuk kekayaan, mudah-mudahan menjadi satu ikhtiar. Petak yang diwarnakan dibawah lebih kurang petak orang ke-3 terkaya di dunia dengan posisi 6 di situ. Mudah-mudahan kita berdoa berikhtiar dapatlah kita kekayaan lebih kurang sebegitu. Waktu berdoa di sini diberikan percuma untuk anda semua buat sendiri bersama ahli keluarga, rakan dsbnya.  Kebetulan... jatuh pada 6hb...

Individu bukan Islam boleh juga berdoa kekayaan menggunakan kaedah doa sendiri pada hari dan waktu ini.
 
Nantikan pengumuman waktu-waktu berdoa untuk Ramadan ini dan juga 1 Syawal pun ada!
Picture

Seminar Pola 6 Potensi Kekayaan berserta Majlis Berdoa Kekayaan pada 21 Jul 2012 di Pusat Islam, Masjid UPM, Serdang telah berlangsung dengan baik. Pertama kali dibuat di situ adalah selesa jadi bolehlah kita teruskan pengajian lain kali di situ untuk memudahkan warga KL, Puchong, Seremban, Semenyih, Cheras dsbnya untuk hadir ke kursus-kursus kami. Kursus pada hari pertama berpuasa panas tetapi syukur apabila waktu berdoa dibuat di satu tasik kecil sebelah Masjid UPM ada angin bertiup nyaman sesekali kuat padahal sebelah pagi sebelum kursus dan sebelah petang selepas kursus tiada angin bertiup sebegitu baik dalam cuaca terik. Mudah-mudahan energi kekayaan yang bergerak atas angin yang nyaman itu memberi impak kepada peserta. Manakala selepas itu berdoa secara jarak jauh dibuat dari dalam Masjid UPM kepada individu yang tidak dapat hadir tetapi berhasrat untuk didoakan secara jarak jauh. Semasa doa jarak jauh dibuat, tiba-tiba semua lampu dalam masjid terpasang. Mungkin pihak Maintenance buat kerja-kerja penyelenggaraan tapi seronok juga berdoa dalam suasana terang-benderang padahal waktu siang. Mudah-mudahan "cahaya" tersebut membawa impak energi yang baik kepada semua yang terlibat.

Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan & Jualan
Kategori terbaru: Usahawan Berhenti-henti.


Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada individu yang berstatus atau bergelar usahawan dalam mencari penyelesaian untuk kemelut dan konflik perniagaan mereka. Kini, satu lagi kategori usahawan bermasalah akan diketengahkan iaitu kategori "Usahawan Berhenti-Henti".  Tak tahu nak gelar apa, cuma usahawan dalam kategori ini membuat perniagaan secara berhenti-henti macam perjalanan sebuah bas yang berhenti-henti di setiap stesen bas di sepanjang laluannya iaitu memberi gambaran bahawa ada individu yang menjalankan perniagaan secara sekejap-sekejap tidak dapat bertahan lama; tiap kali buat bisnes hasilnya gagal berulang kali. Sebenarnya ada pola tertentu yang menyebabkan perihal ini sama seperti pola-pola yang menggangu usahawan terperangkap sebagai usahawan penat, pokai atau sepi.

Kali ini, kursus ini akan menampilkan kategori terbaru tersebut supaya keempat-empat kategori tersebut dapat membantu usahawan mengenalpasti dengan lebih mendalam kategori masalah dan seterusnya mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya mengikut kategori. Keempat-empat perihal ini akan dibincangkan di dalam Seminar Menyelesaikan Masalah Perniagaan & Jualan: Intensif yang dijangka dilangsungkan di Kota Kinabalu pada 15 dan 16 Disember depan.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.