Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan Dari Doa, Impian, Ilmu dan Usaha

5/13/2012

0 Comments

 

Perhatian:
 
Graf hayat 19 Mei 2.30 petang (Meru, Klang) - sila bawa Graf Hayat atau maklumat jam masa lahir. Kepada mereka yang belum ada graf hayat, sila berikan SEGERA maklumat tersebut kepada penganjur atau emaikan ke qmas304@streamyx.com untuk cetakan awal.

Bijak Bisteri 20 Mei 2.30 petang (di Bdr Pinggiran Subang sebelah Lembaga Getah Malaysia, Sg Buloh) - sila bawa pelan/ lakaran rumah dan lakaran bilik tidur anak - kalau boleh tandakan mana arah utara, selatan, timur atau barat di dalam rumah atau sekurangnya arah kiblat (anggaran Barat Laut).

Picture
Pola "healer" dan mistik.

Peserta kursus yang telah pelajari kaedah pernomboran boleh lihat dan memahami pola-pola tersebut dan bagaimana pola-pola tersebut berfungsi - kesihatan, mistik, rezeki dari membantu orang juga sifat pemurah dan status kewangan 3.

Akan dibincangkan lebih lanjut di dalam Konvensyen / Reunion pada 3 Jun nanti di Muar.



'Psychic Surgeon'  Heals Thousands in Brazil. Source: News24.com

Every week using mainly his hands but also armed with scissors,  a knife and scalpel, Joao Teixeira de Faria, a self-styled Brazilian medium and  "psychic surgeon", treats thousands of sick people who claim to be cured... Born on 24 June 1942.. is an adept of spiritism... he communicates with spirits when he goes into a trance. He diagnoses diseases, prescribes medication and conducts surgeries, either with his hands, or with kitchen knives, scalpels or scissors... "Since the age of eight, God has given me this energy. I don't  heal. God heals," the spiritual healer said ... He receives about 1,000 people a day...There is no charge for the treatment. His centre maintains that its income comes from donations, sales of natural remedies and purified water...


Hari ini 16 Mei seorang ahli keluarga jatuh sakit masalah dalam perut dan cikgu A-D hantar beliau ke hospital. Bila diperiksa tarikh lahir beliau untuk Graf Prestasi Bulanan untuk Mei 2012 adalah rendah manakala Graf Prestasi Harian untuk 16 Mei 2012 jatuh mata 1 rendah. Dari petak bulan Mei 2012 tiada angka 5 biasanya menunjukkan masalah sekitar perut. Kebetulan cikgu A-D pula petak harian 16 Mei adalah 5 (ada halangan) dan kedua-dua petak harian 16 Mei dan petak bulan Mei 2012 ada pola "perubatan & kesihatan".

Gunakan kaedah Graf Prestasi sebagai panduan di dalam perancangan kehidupan kita.

Picture
Terima kasih kepada para guru saya yang telah memberikan laluan kejayaan kepada saya dan kami semua. Setiap hari disedekahkan Al-fatihah kepada para guru saya sama ada beragama Islam ataupun tidak yang telah memberikan kekuatan dan kepercayaan untuk meneruskan perjuangan.

"Hari ini adalah perjuangan, esok adalah pengharapan dan lusa adalah kemenangan"
- Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggoff, guru pidato Nusantara. 

Gerhana Matahari - Gerhana Cincin - 21 Mei 2012

Di dalam jurus Metafizik, Gerhana Matahari diibaratkan sebagai satu titik untuk "masuk ke dunia baru". 

Kepada para Muslimin / Muslimat digalakkan untuk solat sunat gerhana.

Peserta kursus yang telah pelajari teknik Gerhana sebelum ini boleh lakukannya untuk tujuan "dunia baru" tersebut.

Tawaran pakej:
Kepada individu yang membeli cincin / pendant PYRITE dari 16 Mei - 30 Mei akan dapat menghadiri program Konvensyen / Reunion pada 3 Jun 2012 dengan PERCUMA. Hubungi Master Pak Lah 017 504 9786.

Picture
Anda mengenali selebriti ini dan seperti selebriti lain kenapa pula beliau menjadi lebih kaya daripada selebriti lain? Jawapannya ialah beliau sedang alami Virtuous Star ketika ini... bilakah Virtuous Star anda? Sayang jika anda tidak mahu tahu bilakah Virtuous Star anda kerana itulah peluang untuk anda kaya! Hadirlah kursus Graf Hayat Tahap 1 dan 3 pada 19 Mei ini.

Picture
Ada orang memilki graf hayat sebegini teruk... jika dia tidak tahu bahawa situasi hidupnya perlu sebegini maka dia akan menjalani kehidupan yang perit dan dia berpotensi akan menyalahkan diri, orang dan Tuhan kenapalah hidupnya susah, padahal jika dia sudah tahu situasinya begitu maka ikhtiar PENYELESAIAN dibuat.. apakah anda membiarkan hidup anda berserah kepada kuasa alam semata-mata? Adakah anda mahu sekadar berdoa semata-mata? Ikhtiarkanlah juga!


Tuhan sememangnya beri peluang untuk anda pelajari dan fahami perjalanan hidup anda dan seterusnya Tuhan beri peluang untuk anda buat ikhtiar perubahan. Maka kenalilah hidup anda dan kuasailah hidup anda! Kursus Graf Hayat - terdekat pada 19 Mei 2012 ini.

Graf Hayat adalah umpama peta perjalanan hidup kita sepertimana panduan perjalanan lebuhraya untuk kenalpasti mana bukit, mana gaung, mana R&R, mana kawasan kemalangan dsbnya... masalahnya orang ramai ikut je perjalanan tanpa perancangan menyebabkan perjalanannya sesak, lambat atau susah - begitu juga dengan kehidupan kita tidak merancang. Hidup anda ada peta, maka gunakanlah peta tersebut untuk merancang perjalanan hidup anda supaya lebih berkesan. Anda tahu di mana usia berpotensi kekayaan, di mana usia berpotensi kemiskinan dsbnya.. fahamilah perjalanan hidup anda dan seterusnya kuasailah hidup anda. Kursus Graf Hayat...
satu-satunya di dunia dalam Bahasa Malaysia diajar disini!

Kaedah ini adalah untuk anda memahami perjalanan hidup anda umpama anda mengetahui kod-kod DNA dari sel-sel badan anda mengetahui tahap kesihatan anda. Bagaimana jika pihak doktor mendapati ada tumor markers atau kandungan acid uric tinggi dalam ujian darah anda - apa yang anda nak lakukan? Dah nasib biar jelah kalau ok hiduplah... Gerenti aku nak mati lepas ni sebab ada benda ini... itu bukan sifat positif yang dianjurkan oleh Tuhan. Anda mengetahui konflik hidup ada dan berusahalah.. sebab ada kes individu yang lumpuh kaki boleh kembali pulih! Apakah ini namanya menyerah kepada nasib semata-mata?

Kaedah Graf Hayat boleh menjelaskan persoalan kenapa dalam kehidupan - kenapa aku jadi kaya dengan tiba-tiba? Kenapa aku rugi tiba-tiba? Kenapa kali ini sakit aku berpanjangan tak macam dulu sihat? Kenapa sejak akhir-akhir ini aku asyik bergaduh dengan suami padahal dah 20 tahun kahwin? Kenapa aku belum naik pangkat padahal kawan dah naik pangkat? Kenapa aku belum kaya? Kenapa jodoh lambat? Kenapa jodoh cepat? Dan macam-macam lagi persoalan yang memerlukan jawapan yang memerlukan penyelesaian.

SILA BAWA GRAF HAYAT atau bawa maklumat JAM MASA DILAHIRKAN (sila beritahu maklumat jam masa lahir kepada pihak penganjur lebih awal untuk cetakan awal).


Picture
PENEMUAN TERBARU !
oleh Cikgu A-D: 15 Mei 2012

Pada dasarnya kaedah ini telah dikaji oleh cikgu A-D sendiri sejak 2 tahun lepas namun belum dapat dipastikan kegunaannya. Hari ini, kajian dimuktamadkan sebagai penemuan terbaru iaitu pendedahan tentang menganalisa keupayaan potensi minda manusia iaitu potensi Otak Kanan dan Otak Kiri. Terdapat kaedah psikologi yang boleh menentukan keupayaan potensi Otak Kanan dan Otak Kiri tetapi ianya boleh menjadi terpesong "bias" kerana menjawab soalan yang boleh dipilih. Kini, menggunakan tarikh lahir, yang pertama dan satu-satunya seumpamanya di dunia, kita menggunakan sebentuk panduan untuk kenalpasti potensi Otak Kanan dan Otak Kiri dan seterusnya menggunakan berbagai kaedah untuk meningkatkannya. Buat masa ini kaedah warna akan diperkenalkan dahulu.

Kaedah ini akan diajar semasa kuliah Bijak Bistari pada 20 Mei ini adalah batch yang pertama digunakan untuk membantu pelajar untuk tingkatkan keupayaan otak kanan dan otak kirinya menggunakan warna. Menggunakan kaedah ini, kita dapat pastikan dahulu sama ada anak atau pelajar kita mengalami masalah atau berpotensi besar untuk Otak Kanan atau Otak Kiri dan seterusnya membuat ikhtiar meningkatkannya.

Contoh di atas, adalah warna untuk kedua-dua anak cikgu A-D. Kebetulan, warna bilik/ aksesori dalam bilik mereka adalah mengikut warna-warna tersebut. Dengan menggunakan warna yang betul, ianya meransang saraf mata dan tentunya meransang otak. Dengan kata lain, kaedah ini adalah satu kaedah ikhtiar untuk meningkatkan keupayaan otak kanan dan otak kini dengan warna yang sesuai.

Mungkin ada orang kata kalau warna ikut jelah warna baju ikut nombor akar (root nuimber) namun masalahnya, mata kita bukannya memandang baju badan je - takkan nak tunduk tengok baju je sentiasa kan. Jadi, warna yang DILIHAT oleh mata seperti di dinding atau langsir dsbnya memainkan peranan penting untuk meransang saraf yang betul - barulah kaedah ini berbentuk sains. Warna-warna perlu disusun dengan betul sama ada kiri atau kanan supaya meransang dengan betul otak kiri atau otak kanan. Barulah anak-anak kita dapat belajar dengan baik dan dapat tingkatkan akademik mereka atau minda mereka - inilah teknik terbaru Kaedah Pernomboran versi Cikgu A-D.

Mari pelajari kaedah warna untuk tingkatkan keupayaan Otak Kanan untuk kreativiti, imaginasi dan memori jangka panjang manakala Otak Kiri untuk logik, sains, matematik dan memori jangka pendek. Kita gunakan warna dahulu sebagai ikthiar.

Di internet, terdapat pelbagai cara motivasi untuk tingkatkan otak kanan atau otak kiri boleh juga digunakan dan semestinya gunakan juga kaedah pernomboran ini untuk lajukan lagi potensi anak atau pelajar dan boleh juga untuk diri kita sendiri!

Kaedah Pernomboran - Bijak Bistari!

Picture

Picture
Pendaftaran masih dibuka dan masih banyak tempat kosong - sila daftar sebelum 30 Mei untuk kami pastikan jumlah peserta untuk disediakan makanan yang mencukupi.

Kepada individu yang mahu menaiki bas  sewa dari KL ke Muar (berkumpul di Masjid UPM, Serdang pada tepat jam 7 pagi 3 Jun) sila hubungi Puan Syuhada 019 769 9946 (tambang pergi balik RM40 seorang - bayaran penuh perlu bank-in).

Majlis kali ini ada beberapa kelainannya;

1. Tambahan kepada bacaan doa oleh cikgu A-D - kali ini teks bacaan doa makin bertambah tebal hampir 30 mukasurat, seorang guru agama dibawa khas dari Perlis untuk membacakan doa keberkatan rezeki dsbnya kepada anda. Untuk majlis doa kali ini, cikgu A-D akan bawa RM60K untuk dihamparkan sebagai ikhtiar doa kekayaan (di majlis berdoa kekayaan 11 Mei sebelum ini kita meminjam duit sdra Noredie RM70K).

2.  Program diadakan di dalam sekolah anak yatim dan RM5 dari yuran anda diserahkan kepada sekolah anak yatim sebagai satu amalan jariah untuk ikhtiar keberkatan kekayaan.

3.  Banyak teknik-teknik terbaru akan dibentangkan bagi mengatasi pelbagai fenomena hidup seperti Blocking Star, Vacuum Star, Kitaran Tahun 5, 7, 8 dsbnya serta pelbagai kaedah untuk kekayaan.

Anda boleh juga bawa bahan-bahan rezeki seperti album duit no siri cantik, replika tabung emas, buku-buku akaun, bil-bil hutang, dokumen tender dsbnya. Kita doakan semua itu, mudah-mudahan menghasilkan sesuatu yang baik.

Juga, anda boleh bawa bunting syarikat anda untuk kita lancarkan dan didoakan di sana. Mudah-mudahan memberkati perjalanan bisnes anda.

Picture
Bonus: untuk berdoa kali ini, anda semua akan berkongsi minyak Kelambu Kaabah dengan benang emas (setiap seorang diminta untuk mencalitkan sedikit minyak itu di tangan masing-masing sebelum berdoa) yang diperolehi dari Mekah tempohari - ehsan dari cikgu A-D bertujuan membantu proses berdoa - minyak gred ini  sukar didapati dan biasanya dibeli oleh orang kenamaan pada harga ribuan ringgit kerana saiz botolnya besar serta mengandungi beberapa jalur benang emas di dalamnya. Mudah-mudahan ikhtiar ini membolehkan kejayaan rezeki lebih banyak.


Tahun 2012 Gangguan Mistik

Lanjutan dari perbincangan tentang jangkaan yang cikgu A-D mengatakan bahawa tahun 2012 mengandungi fenomena gangguan mistik didapati tahun 2012 kerap berlaku dan ianya sangat kuat berbanding tahun-tahun biasa. Isu ini sengaja didedahkan bukan untuk menakutkan tetapi untuk menyeru semua orang bagi tingkatkan lagi kekuatan dalaman diri dari biasa untuk melindungi diri dari ancaman perkara ghaib terhadap diri, keluarga dan bisnes anda.

Pagi tadi selepas solat subuh di masjid, cikgu A-D dan anak-anak singgah di sebuah restoran. Kebetulan datang seorang kawan lalu bukalah cerita yang beliau ditugaskan untuk membuang satu bekas tembikar yang mengandungi satu jin yang ditangkap dikeluarkan oleh rakannya. Beliau bercadang nak buang ke dalam sebatang sungai di Meru ni tapi cikgu A-D tak setuju kerana sungai di Meru terdedah kepada rumah-rumah orang di sepanjang laluannya dan dicadangkan untuk dibuang ke muara laut. Sempat juga tengok bekas tembikar yang dibalut kain kuning. Katanya jin itu berusia tua semenjak zaman nabi Sulaiman as lagi diambil dari seorang ustazah yang mengadu tidak selesa semenjak dua tiga bulan. Walaupun dah ikhitiar berubat dengan beberapa pakar namun tidak berhasil. Rupanya si jin itu berkomunikasi dalam bahasa Hebrew dan kawannya itu katanya pandai sikit berbahasa Hebrew. Tidak diketahui dari mana jin itu datang dan kenapa menggangu seorang ustazah pulak tu. Semasa mereka membacakan surah Yassin untuk menghalau jin itu dari badan ustazah tersebut boleh pula si ustazah tu siap membaca sama dan membetulkan bacaan mereka. Setelah beberapa syarat diberikan, maka jin itu menyerah diri secara sukarela dan diperangkap ke dalam bekas tembikar tersebut.

Cerita ini pelik dan unik tetapi yang ingin ditekankan di sini adalah keperluan untuk kita semua meningkatkan amalan-amalan yang bersesuaian. Tak cukup sekadar menghafal sepotong ayat tetapi mesti buat lebih daripada itu berterusan. Untuk para wanita, adalah sangat tidak dicadangkan untuk anda berada di luar rumah dari waktu senja hingga ke subuh untuk tahun 2012  ini kerana waktu malam adalah waktu yang dikatakan sesuai untuk gangguan. Jika terpaksa juga berada di luar rumah, terutamanya dalam keadaan uzur, maka sebaik sahaja balik masuk ke rumah bersihkan diri anda - mandi atau basuh anggota badan, tukar baju dan jika boleh beberapa kaedah "cleansing" atau "grounding" mengikut kaedah metafizik seperti mandian garam dsbnya, serta bacaan ayat-ayat suci yang sesuai.

Untuk para wanita dalam keadaan uzur yang tidak dapat menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran maka aktiviti pembersihan mestilah kerap. Boleh juga ikhtiar memakai cincin atau pendant batu PYRITE yang dikatakan sebagai ikhtiar untuk grounding (rujuk kepada banyak laman web luar negara tentang batu PYRITE), juga kini di dapati dalam bentuk wangian Pyrite. Hubungi Master Pak Lah 017 504 9786 untuk tempahan (beritahu anda tahu perkara ini dari laman blog cikgu A-D). 

Picture
Pengumuman: Pertukaran tajuk dan isi kandungan kursus untuk kursus Graf Hayat pada 19 Mei ini. Oleh kerana beberapa siri kuliah sebelum ini telah menggunakan sedikit kaedah graf hayat maka untuk mengelakkan berlakunya pengulangan modul, maka kuliah ini DITAMBAH modul supaya dapat menampung modul terdahulu yang telahpun dibentangkan dan dipelajari oleh peserta-peserta kuliah pada 28 April dan 12 Mei lalu - ianya modul tahap 1 dan 3 (tahap 2 agak rumit iaitu berkenaan dengan fenomena "Great" yang memerlukan masa kuliah yang lain - namun yang penting untuk majoriti orang ramai adalah tahap 1 dan tahap 3 dahulu) walau bagaimanapun modul terdahulu iaitu Star Tahunan, Bulanan dan Harian masih dibentangkan juga untuk peserta yang baru belum pelajari Graf Hayat. Dengan ini, kuliah Graf Hayat pada 19 Mei ini sesuai untuk peserta baru belum pelajari Graf Hayat serta peserta yang mahu mendalami Graf Hayat.

SILA BAWA GRAF HAYAT ANDA atau maklumat jam masa anda dilahirkan.

Nota: Pihak kami bercadang untuk mengadakan kursus Graf Hayat Tahap 1, 2 dan 3 (Kuliah Penuh) di Muar, Johor pada 9 Julai nanti. Yuran dijangka promosi 50% RM490 (Harga Admin sepatutnya RM980) termasuk makan tengahari disediakan. Untuk Elit769, ditawarkan RM400 sahaja. Pendaftaran belum dibuka, tetapi jika anda mahu tempah atau pertanyaan boleh hubungi sdra Nizam di 012 769 3807.

Picture
Terdapat banyak kes pelajar atau mahasiswa yang menghadapi masalah di dalam pembelajaran seperti masalah di sekolah, sukar belajar dsbnya. Uniknya, kaedah Pernomboran mendapati ada penjelasannya dan penyelesaiannya seperti masalah salah arah, masalah salah tempat tidur atau tempat belajar, masalah pembelajaran, masalah koordinasi otak kanan dan kiri dsbnya.

Sila berikan maklumat jam masa anak anda dilahirkan kepada Puan Khatijah untuk dicetak Graf Hayat anak anda.

Pelajari pelbagai fenomena seperti nombor bakat 4, Clever Star / Great Logician, Arah angka 4, 5 atau 8, Pola 38 dalam pelajaran, kenapa pelajar Root 7 sukar nak membaca buku dsbnya. Bahan atau jenis batu yang sesuai untuk ikhtiar akademik anak dsbnya. Juga, dapatkan Graf Prestasi Bulanan atau Harian untuk anak anda terutamanya untuk bulan peperiksaan bagi memastikan anak anda

3 BONUS PERCUMA - PROMOSI:
(1) 1 tarikh dan waktu untuk berdoa untuk anak agar menjadi cemerlang dalam akademik (Great Logician / Great Litterature).
(2) 1 bentuk batu kristal sebagai ikhtiar kecemerlangan akademik - boleh lihat contoh batu yang asli yang cikgu A-D gunakan untuk bilik tidur anak-anak.
(3) 1 ebook setebal 200 mukasurat teknik meningkatkan kekuatan memori (beserta banyak latihan praktikal di dalamnya). 

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.