Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan dalam Kekayaan

4/16/2015

0 Comments

 
Picture
Pola-pola pernomboran:
  Pola Dunia Pendidikan; _____
  Pola Dunia Kewangan : _____
  Angka Pemimpin            : __

Pelajarilah dan ketahuilah pola potensi/ konflik anda dalam kursus Asas Pernomboran atau Modul Who Am I.

Pada tahun 2004 lalu ketika cikgu Ady mula-mula belajar pernomboran dengan seorang guru di KL, yuran kursus adalah RM1400 seorang... kini yuran yang rendah bagi memudahkan anda ketahui potensi diri anda lebih cepat... kini kelas secara WhatsApp.

Picture
Foto Sdra Noredie (Edie Katmin), seorang usahawan dan konsultan perniagaan, seorang pelajar cikgu ady yang berjaya kaya, sedang berada di Madinah dan akan ke Mekah untuk umrah kali ke 5, antara 18 - 28 Apr 2015... kebetulan Jumaat ini 24 Apr ini beliau berada di Mekah, jadi kita nak buat sesuatu di Mekah, banyak perkara boleh buat, salah satunya buat wakaf Al-Quran kirimkan kepada beliau belikan dan letak di Masjidil Haram.... satu ikhtiar kita pada hari Jumaat dan hari pola kekayaan 30 tahun, walau kecil tetapi mudah-mudahan kita ikhtiar cara begini pula.



Bulan Rejab: Kemuliaan Dicemari Kepalsuan
Oleh: Dr.Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada ‘al-Ashur al-Hurum’ (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)….”

Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya’ban.” (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata’if al-ma’arif, hlm. 117).

Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut majoriti ulama’ ia berlaku pada 27 Rejab.

Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.

Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab.

Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih.

Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama.

Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab ‘Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk ‘Ada’ ma wajab min bayan wad’ al-wadda’in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)’ dan Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk ‘Tabyin al-‘ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)’.

‘Ata; seorang ulama tabi’in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata’if al-ma’arif, hlm. 11).

Ibnu Hajar al-‘Asqalani menjelaskan, “Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan.

Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang.” (Tabyin al-‘ajab, hlm. 49).

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk ‘Tabyin al-‘ajab bi ma warada fi fadhl Rajab’ : “Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu.”

Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, “Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab…namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk.”

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa’i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi ‘Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin ‘Antarah, dan Farrat bin al-Sa’ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi ‘Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha’ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi ‘Iyash.

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

Al-Mughirah bin Syu’bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka.” (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma’ Ibrahim bin Ismail Ali ‘Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani yang bertajuk ‘Tabyin al-‘ajab bi ma warada fi fadhl Rajab’, ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis.

Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, “Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka”.

Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu.” (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).

Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw.

Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.

Wallahu a’lam. (www.e-fatwa.gov.my)

http://mynewshub.cc/2015/04/20/bulan-rejab-kemuliaan-dicemari-kepalsuan/#sthash.3g22SEyD.dpuf

Picture

Sebelah petang 18 Apr 2015, sempat singgah di Perkampungan Hang Tuah, Melaka bagi menyaksikan Festival dan Anugerah Persilatan 2015.

Perjalanan perjuangan cikgu Ady yang selama ini meredah Gunung Jerai, Gunung Ledang dan Pulau Besar Melaka bagi program energi metafizik (aura 38) membawa perkenalan kepada kumpulan metafizik persilatan. Kebetulan cikgu Ady sedang memantau seorang pelanggan yang menghadapi masalah "kerasukan" / gangguan puteri bunian, jadi bagi memahami situasi ini dari perspektif klinikal dan saintifik, mengembara mencari jawapan. Kebetulan juga ada seorang pelanggan lain yang mengalami fenomena "kerasukan" nenek kebayan.

Apa yang cikgu Ady perhatikan adalah individu-individu yang punyai masalah dalam hidup yang menjadikannya tekanan sangat mudah hadapi fenomena mistik, iaitu tekanan hidup menjadikan mereka terdedah kepada "energi luar" seolah yang kita nampak kerasukan, "jelmaan", gangguan dsbnya. Tentang pelanggan wanita yang kerasukan nenek kebayan adalah punyai masalah keluarga, diri, perniagaan malah merokok. Apabila dalam keadaan tertekan, mereka berubah watak, sama ada benar dirasuk atau kerana perubahan psikologi... Dengan kata lain, individu yang punyai masalah saka, mistik, puteri, nenek kebayan malah panglima sekalipun adalah individu yang ada trauma dalam hidup dan tertekan dalam hidup dan hidup menanggung tekanan.. Tak kisahlah apa kata mereka benar dirasuk atau keturunan ke dsbnya, yang penting, pattern yang sama... tekanan. Oleh itu, jika nak merawat individu yang bermasalah misteri ini memerlukan suasana dan cara yang sesuai, bukannya melabel sebagai gila, ganas dan sebagainya, malah seeloknya elakkan dari rawatan alternatif yang keras seperti memukul badan dengan teras kayu dsbnya... memang "jin" boleh dihalau keluar namun tuan punya badan masih dalam tekanan... Mereka ini sudah mirip masalah Multiple Personality Disoder.

Tidak dinafikan memang ada "kerasukan" secara wujud secara tiba-tiba, contohnya, menjadi pemarah walhal individu itu seorang yang sangat baik hati.. mungkin juga "dirasuk" oleh makhluk lain seperti jin atau entiti lain. Apapun, jika seseorang itu di dalam keadaan negatif, marah dan murung, adalah sangat mudah terdedah kepada energi yang tidak baik (iaitu kerasukan). Jadi, usah-usahlah negatif, fikir sangat masalah sampai jadi tertekan.

Memanglah hidup ini banyak cabaran, dah namanya hidup, jadi hiduplah secara positif seboleh mampu. Memang sukar nak positif berterusan atau positif secara kuat, tetapi mencuba jadi positif adalah lebih baik daripada terperangkap dalam zon negatif. Redha adalah satu kuasa yang sangat-sangat hebat bagi kehidupan seseorang.

Di kesempatan dalam festival tersebut, ada majlis mencuci keris jadi beberapa keris cikgu Ady diserahkan untuk dicuci/ mandi. Rupanya, pesan mereka, keris atau barangan lama elok dicuci dan diberi wangian sekurangnya setahun sekali, terutamanya sekali bahan yang telah ada "isi" atau punyai energi di dalamnya. Ini kerana energi juga perlu dipulihkan, dibersihkan jika tidak menjadi energi tidak baik menyebabkan sakit misteri kepada pemilik dan ahli keluarga terdekat. Logiknya, bahan lama sudah berdebu dan berkarat eloklah "dicuci". Oleh itu, jika ada bahan lama termasuk dulang tembaga dsbnya, elok dibuat pemulihan... menggunakan zikir dan selawat serta ayat Al-Quran.. jika ada kemusykilan, sila datang ke rumah Hang Tuah di Muzium Hang Tuah di Perkampungan Hang Tuah, Melaka (off Jalan Bukit Katil). Kepada pemiik keris, berdirikan keris / bersandar usah dibaringkan kerana sifat keris berdiri untuk bekerja bukan baring menjadi "malas".

Daripada situ, dapatlah ilham kenapa kita manusia juga perlu selalu dipulihkan dan tentu dimandikan/ dicuci/ berwangian... bukan sekadar mandi pagi semata-mata tetapi lebih daripada situ.. penyucian, pemulihan.... Daripada sirah Nabi Muhammad saw juga tercatat riwayat bagaimana Nabi saw dibedah dan dicuci hati baginda dengan air zam-zam oleh Malaikat Jibrail as sebelum peristiwa Isra' Mi'raj. Inilah namanya metafizik, sesuatu perkara yang orang zaman moden tidak fahami.

Juga, di sana mempelajari perihal sifat wangian gaharu dan besi khursani yang digunakan bagi menghindari elemen, entiti atau energi tidak baik. Besi Khursani sinonim dengan Pyrite... dah tentunya salah satu bahan minyak wangi Pyrite, satu wangian cikgu Ady, rupanya ada ikhtiar lain dari pyrite tersebut.. sudah tentu kepada pesakit masalah misteri, pemakanan yang sesuai seperti berpuasa, mengambil kurma nabi (ajwa) yang diriwayatkan sesuai untuk mencegah sihir, serta amalan zikir, doa serta pemikiran yang positif yang memberikan kebaikan kepada diri.

Oli sering bercakap seorang diri, berhalusinasi
WARTAWAN SINAR HARIAN
19 April 2015


JOHOR BAHRU – Anggota keluarga suspek kes tikam menyebabkan kematian seorang pegawai bank HSBC Taman Molek, di sini, kelmarin, mengakui lelaki itu mengalami masalah halusinasi dan kerap bercakap seorang sendiri sejak kebelakangan ini.

Abang suspek yang enggan namanya disebut berkata, lelaki berumur 44 tahun yang dipanggil Oli dalam kalangan ahli keluarganya itu sempat menghubungi kediaman mereka kira-kira setengah jam sebelum insiden yang menyebabkan kematian pegawai bank dan mencederakan seorang yang lain.... Abang suspek berkata, dia mengambil keputusan untuk pergi ke tempat kerja Oli bersama ibu mereka selepas berasa tidak sedap hati dan berasa pelik dengan sikap suspek sebelum dikejutkan dengan insiden terbabit.

Sebelum pergi kerja, Oli juga sempat menyerahkan wang kepada abangnya untuk diserahkan kepada ibu mereka bagi membayar sewa rumah.

Suspek, anak kelima dalam enam beradik itu, masih bujang.

Dia dikatakan mengalami ‘gangguan’ sejak beberapa tahun lalu dan keluarga lelaki itu masih berikhtiar untuk mengubatinya.

Menurutnya, Oli suka menyendiri dan orang yang ingin bercakap dengannya perlu berhemah serta tidak bersikap kasar (kerana ia boleh mempengaruhi responsnya).

Sementara itu, bapa suspek yang berusia 80 tahun berkata,  dalam tempoh seminggu Oli tidak membenarkan keluarga masuk ke biliknya dengan mengunci pintu. “Jika Oli bercakap sorang sorang, kami tak ganggu dia. Malam sebelum kejadian, kami dengar dia ketuk sesuatu benda di dalam biliknya,” katanya.



Tahun 2015... tahun 2+0+1+5=8 tekanan dan pola 18... ramai yang tertekan, marah, beremosi, suami marah isteri, isteri marah suami, bapak marah anak, anak marah mak, mak marah bos, bos marah pekerja... alahai macam macam tekanan... dengan GST ramai mengeluh... padahal inilah ujian Tuhan kepada kita jadi usahlah mengeluh sebaliknya berdoa memohon diberi kekuatan dalam ujian Nya ini, memanglah mengeluh tapi takkan itu saja yang kita nak lakukan untuk 2015 selain banyak usaha dan ikhtiar kita, perlulah juga kembali kepada Nya jua... kita tak perlu pedulikan fenomena tekanan tu.. kenapa nak ikut sangat, ini mesti terpengaruh dengan drama korea dan sinetron.. sikit-sikit tercuit marah, sikit-sikit tegur nangis... jom, kita layan melodi yang lebih bermotivasi... ini dari penyanyi Rahmat Mega, salah seorang student cikgu Ady.. teringat tahun 2007 lalu, semasa kelas dibuat di Dewan NPC, Bandar Baru Uda terperasan seseorang yang ku kenali, ya betul tak sangka.. tak lama selepas kelas ada sesi kelas tambahan personal dengan beliau di Mc Donald Tol Sg Besi kerana beliau mahu gunakan kaedah pernomboran tarikh lahir dalam satu kumpulan jualan... itu cerita lama... jom kita semaikan suasana kasih sayang untuk menampung tahun 2015 ini dan untuk menuju ke tahun 2016.. tahun berkasih sayang.

Tahun lepas saya ada join beberapa program doa jarak jauh yang cikgu buat dan alhamdulillah Allah izinkan 16 orang murid saya score A mata pelajaran b.i dlm UPSR 2014… murid dgn bilangan tertinggi pernah saya bantu hasilkan....sebelum ni cuma setakat 5, 7 & 3 orang sahaja

Picture

Alhamdulillah cikgu..slps ikhtiar berdoa di mersing hr itu..allah bg jln pd sya utk selesaikan hutang2 saya..rasa sprt terlepas satu bebanan yg besar...walaupun masih tidak semua yg dpt diselesaikan..tp sya ttp bersyukur..rezeki Alhamdulillah utk kami sekeluarga.

Picture
Program Ikhtiar Berdoa/ Energi Kekayaan - 18 Apr 2015 di Masjid Sultan Ibrahim, Muar, Johor.

Cuaca memang panas terik di waktu tengahari... apabila program berdoa bermula, awan melindungi terik matahari dan ada sedikit angin menyamankan, syukur dengan lindungan rahmat Nya.

Assalamualaikum...,waktu berdoa tdi sy mcm ngantuk sgt,rasa nk termuntah and sakit kepala


Picture

Picture
Dapatkan majalah SOLUSI siri 78... ada perihal tentang Doa Tidak Makbul... dan banyak lagi pengisian yang menarik.


Picture
Ini adalah motif hayat 30 tahun untuk pengasas Jamu Mak Dara.. cari dan baca kisah hidup beliau ketika umur 20an dan 30an yang banyak hadapi rintangan dan kegagalan namun sekarang sudah menjadi jutawan ada rumah mewah dan kereta mewah. Bila dibandingkan dengan perjalanan hidup seolah kebetulan. Lihat dari usia 41 ke atas seorang jutawan kerana beliau berada dalam tempoh "REZEKI MASUK". Bayangkanlah jika hidup kita ini berterusan sahaja REZEKI MASUK, contohnya pada tarikh 24 April 2015 nanti.

Picture
Picture
24 April 2015... hari Jumaat hari berkat... satu hari yang bahagia bakal menjelma... tak sabar rasanya... sukar nak dapat tarikh yang begini baik 30 tahun rezeki masuk... untuk rezeki dan kekayaan... maka satu aktiviti baik ialah membuat simpanan pada hari baik... salah satunya membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) di BSN. Itu amalan cikgu Ady.. lihat foto sebelah sudah puluhan kali beli pada hari yang baik (jumlah tak leh beritahu lah)... ada yang kata beli SSP dah berpuluh tahun bukan menang pun tapi sebenarnya kita sudah menang kerana berjaya buat simpanan (tapi menang dah dua kali cabutan kecil)... walaupun sudah 3-4 kali SSP ditebus dalam jumlah yang banyak sebab nak pakai duit, cthnya untuk buat belanja umrah tapi yang pelik makin bertambah pula simpanan SSP.. mungkin kekuatan hari yang baik... ada juga yang berkata, percaya sangatlah hari baik... ikut dialah, yang penting beli SSP bukan dosa bunuh orang pun, yang penting simpanan makin kukuh... Memang sukar nak percaya, jadi usah percaya tapi cubalah!

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly