Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan dalam Hakikat Kehidupan

5/18/2012

0 Comments

 
Picture

Menggunakan kaedah analisa pernomboran, kita dapat ikhtiar mencari tahun, bulan dan hari yang sesuai untuk membuat sasaran yang berkesan dalam mencari kejayaan. Contoh di atas adalah satu kajian untuk seorang klien yang mahu mencari Virtuous Star dalam tahun 2013 dan di dapati beliau memiliki peluang yang sangat baik untuk tahun 2013 pada bulan dan hari tertentu serta strategi dan arah yang bersesuaian. Kita doakan beliau berjaya pada tahun 2013 kebetulan juga tahun kekayaan. Dengan kaedah ini dapatlah beliau bersedia untuk tahun 2013.

Kaedah pernomboran adalah satu kaedah analisis seumpama seorang jurutera menganalisa data-data dalam proses pengilangan. Cikgu A-D dahulunya adalah seorang tenaga pengajar dalam Statistik dan juga sebagai seorang yang terlibat dalam dunia Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System) yang mengaplikasikan statistik dan analisa dalam program Lean Six Sigma, SPC dsbnya. Pendekatan sebegini digunakan di dalam kaedah pernomboran supaya sebarang keputusan kita adalah "factual approach" iaitu keputusan berdasarkan fakta daripada data-data yang dikumpul dan di analisa. Kaedah pernomboran adalah kaedah "Factual Decision Making" iaitu membuat keputusan berdasarkan fakta - seperti membuat keputusan untuk melabur atau tidak (Vacuum / Virtuous Star), untuk berkahwin dsbnya.

Seminar Strategi Menghadapi Tahun 2013 Dengan Berkesan Tahap 1 dan Tahap 2.
pada November / Disember 2012 di Meru, Klang, Muar dan bandar-bandar terpilih nanti.
Tempahan: En Nizam 012 769 3807.

Picture
Wangian PYRITE sebagai "pendinding"

Kajian cikgu A-D mendapati kebanyakkan kes melibatkan perihal paranormal atau mistik berlaku pada tempat di arah angka 3 atau 8 di dalam sesuatu bilik atau kedai, seolah-olah itu adalah pintu portal masuknya atau port tempat lepak  gangguan tersebut.

Cikgu A-D baru dapat satu ilham yang menyatakan bahawa satu cara untuk "mendinding" arah tersebut ialah menggunakan pelekat wangian PYRITE - contoh gambar di sini adalah kertas putih simple sahaja, kalau rajin buatlah gambar apa-apa yang sesuai dsbnya.



Kenapa Wangian Pyrite?
Wangian versi kami telah didoakan oleh seorang guru agama dari Perlis sebagai ikhtiar doa. Pyrite pula adalah sejenis bahan yang boleh mengalir tenaga dan menerima frekuensi (rujuk Wikipedia).  Jadi, jika anda "gangguan mistik" maka ianya dikatakan mampu mengesan dan menghalang - kemungkinan ada perubahan warna dsbnya.

Untuk tempahan wangian Pyrite (RM38 sebotol) hubungi Master Pak Lah 017 504 9786.

Langkah-langkahnya;
1. Dapatkan cetakan S01 atau S18 yang memaparkan arah mata angin anda, atau pasangan anda , atau anak-anak anda atau tarikh daftar syarikat anda dsbnya - sesiapa saja yang anda nak "dindingkan".
2. Berdiri di tengah bilik / rumah / kedai sambil memegang kompas dan cari arah mata angin seperti Utara, Selatan dsbnya.
3. Bandingkan arah mata angin tersebut dengan arah kompas untuk mencari sudut/ dinding mana yang arah 3 atau 8.
4. Ambil sehelai kertas putih (atau apa-apa kertas bergambar bunga ke pun boleh) dan leretkan wangian Pyrite di atas kertas tersebut dalam kedudukan melintang  kertas sebanyak tujuh garisan. Elok juga baca doa tertentu seperti Surah An-Nas dan Al-Falaq atau apa jua doa yang sesuai.
5. Lekatkan kertas tersebut di dinding arah 3 atau 8 tersebut. Tukar kertas setiap 3-4 hari atau jika ada perubahan warna dsbnya.

Mudah-mudahan ikhtiar, cubalah. Lagipun, apabila wangian tersebut diletak di dinding, ianya juga dapat mengharumkan bilik anda juga..


Picture
MONEY LOVES ME

Dengan 3 buah album no siri duit cantik dan sijil simpanan premium BSN - jumlah lebih kurang RM70 ribu di sini.

Dalam hidup cikgu A-D tak pernah dapat simpan tunai sebanyak ini untuk tempoh begitu lama. Cikgu A-D bukannya ada bisnes MLM besar-besaran; cuma kumpul sikit-sikit dari jualan buku kecil-kecilan, seminar kecil-kecilan dsbnya.

Ini menunjukkan bahawa kita semua memang boleh dan ada cara menyimpan wang dengan berkesan tak semestinya perlu bisnes besar (tapi kalau bisnes besar pun lagi baik cuma ditunjukkan di sini contoh cara dari aspek yang kecil). Uniknya di sini, kita menggunakan kaedah pernomboran. Kalau dari segi logiknya nak menyimpan duit, simpan ajelah tolak tepi duit gaji sikit setiap bulan... tapi cara sebegitu mungkin sukar dibuat secara realitinya.. jadi kita ikhtiar menggunakan kaedah pernomboran.


Berkat ikhtiar dari;
1. Disiplin memilih dan mengumpul duit no siri cantik.
2. Menyimpan duit di arah angka 6.
3. Majlis Berdoa Kekayaan - juga doa-doa harian.
4. Membuat pembelian sijil premium / simpanan pada mata harian 2, 3 atau 8  (memilih hari yang bagus untuk tingkatkan kewangan).
5. Membuat kaedah "Vacuum Star" setiap pagi dan tentunya bersedekah/ berzakat.
6. Membuat sasaran yang betul untuk membuat simpanan (teknik Sampul Surat)

Kaedah pernomboran di sini merupakan konsep "Money Loves Me" iaitu dengan kata lain anda menjadi tarikan duit yang mencari anda - bayangkan jika anda sebagai isteri / suami disayangi oleh pasangan setiap hari, begitu juga duit yang sayang nak tinggalkan anda! Dengan cara itu, duitlah yang menyayangi anda bukan sekadar sebaliknya. 

Dalam konvensyen / Re-union pada 3 Jun (Muar) nanti akan dijelaskan bagaimana "membiakkan" wang anda menggunakan kaedah duit no siri. Tiada guna juga kalau simpan berterusan duit no siri cantik banyak-banyak tanpa digunakan itu tidak produktif, lagipun tidak lama lagi duit baru akan keluar menggantikan duit lama.

Memang terdapat banyak tawaran di pasaran untuk anda dapatkan "ibu duit" seperti no siri duit ganjil dsbnya tapi ibu duit itu biasanya sekadar "ibu tunggal"... ibu duit versi cikgu A-D adalah kaedah displin untuk menjadikan ibu duit itu bunting setiap kali dan beranakkan lagi banyak anak-anak.. bukan sekadar melipat duit simpan dalam dompet tetapi teknik aturcara dan alirannya (flow) umpama sungai mengalir makin banyak membawa pasir dari hulu dikumpul di kuala. Duit anda perlu dibuntingkan dan diberanakkan barulah ibu duit yang berkesan.

Tip dari Bank Negara: dinasihatkan duit tidak dilipat atau diconteng kerana ianya merosakkan duit - bayangkan jika anda melipat dan menconteng pasangan anda manalah pasangan anda nak sayangkan anda kan? Anda sayangkan gambar pasangan anda maka anda letak dalam album kan.

Tip dari pakar ekonomi: dinasihatkan duit perlu bergerak dalam sistem dan dalam komuniti supaya suasana kekayaan itu dapat dirasai - dengan sistem pernomboran dapatlah duit itu digerakkan sebaiknya.


Picture
Perisian MS Excel "Jejak Prestasi Harian"
(kod S20)

Kini pihak kami telah tingkatkan keupayaan Graf Prestasi Harian yang biasa kepada keupayaan melakarkan data untuk setiap hari berbanding Graf Prestasi Harian sekarang yang sekadar data sesuatu hari yang dipilih. Ini membolehkan pengguna untuk membuat analisa harian dalam bentuk diari untuk merancang hari ke hadapan. Diletakkan juga 3 jenis graf untuk pengguna memeriksa tahap "untung/ rugi" setiap hari.

Perisian ini (S20) tidak akan dijual adalah kegunaan admin sahaja dan individu yang berminat untuk mendapatkan cetakan Graf Harian 30 hari tersebut boleh hubungi En Nizam (email maklumat tarikh lahir anda/ tarikh daftar syarikat ke
evos2u@yahoo.com) dengan caj RM30 (bank in CIMB 010-90000086-105) yang akan dihantar dalam bentuk file PDF.


Perisian ini akan diberikan percuma kepada peserta Seminar Bisnes Berjaya Kaya (7 & 8 Julai di Kuala Lumpur) untuk membolehkan peserta seminar memiliki alat (tool) untuk membuat perancangan harian dengan lebih berkesan untuk menjadi bisnes berjaya kaya.


Picture

Picture
Berdoa "Jarak Jauh" 3 Jun 2012

Foto Majlis Berdoa 11 Mac 2012 lalu di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di tepi Sg Muar.

Untuk majlis berdoa 3 Jun nanti, semua peserta di minta mengadap arah BARAT LAUT. Dijangka angin  "kejayaan" datang dari arah tersebut untuk kita sedut udara kejayaan.  


Atas permintaan beberapa individu yang tidak dapat hadir ke Konvensyen / Reunion 3 Jun di Muar atas urusan keluarga, individu/ pelajar yang tinggal jauh spt di Sabah dan individu yang belum pernah hadir kursus atau konsultansi tetapi mahu turut serta dalam majlis berdoa kekayaan, maka kami buka ruang untuk anda turut serta di dalam program tersebut secara "jarak jauh" iaitu pihak kami akan membacakan nama anda dan mendoakan anda dalam satu sesi doa khas (kami akan minta guru agama untuk mendoakan nama anda juga), sepertimana yang biasa kami lakukan sebelum ini. Yuran anda akan diserahkan kepada sekolah anak yatim juga.

Jika anda mahu join sama maka berikut adalah langkah-langkahnya;
1.  Bank in RM38 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 atau Affin Islamic 10-664-000079-1 (Eddy Rosyadie).
2.  SMS taip DM (nama penuh anda) (nama penuh ibu anda) hantar ke 016 624 9666. Anda juga boleh emailkan ke qmas304@streamyx.com

Nota: Jika ada 2 nama atau lebih (mungkin sekeluarga), sila tambahkan jumlah yuran mengikut bilangan individu (RM38 per individu) dan SMS nama mengikut cara di langkah 2 di atas.

Pada 3 Jun sebelum waktu zohor, anda bolehlah berada dalam keadaan yang bersih dan tempat yang baik, kalau boleh berada di masjid / kawasan lapang yang berangin / tepi kawasan air yang berangin dan berdoalah hajat anda manakala kami di Muar pula mendoakan anda dari sana. Mudah-mudahan.

Kami mengesyorkan anda memakai cincin atau wangian PYRITE semasa berdoa sebagai satu ikhtiar kerana batu Pyrite dikatakan sebagai pengalir tenaga dan penerima frekuensi (rujuk wikipedia), mudah-mudahan "tenaga doa" kami sampai jua kepada anda walaupun kita berjauhan cuma angin yang akan menghubungkan kita. 


Picture
Kenapa berdoa 3 Jun 2012?

Sekarang ini sedang hangat  promosi Seminar Bisnes Berjaya Kaya (26 Jun / 7&8 Julai) yang mana kita ketengahkan konsep pola BBK iaitu 669, 769, 279, 366, 339, 456, 573, 83 dll.

Rupanya pada 3 Jun nanti ada kesemua pola BBK itu! Jadi, kita berikhtiar berdoa memohon kepada Nya  supaya kita diberikan izin, keberkatan & kekuatan untuk kita serlahkan pola BBK.

Ini masanya kita menjadi bisnes berjaya kaya, bila lagi kan? Takkan kita masih mahu kekal merangkak dalam membina bisnes tapi kita nak ekspres maju untung berjaya cepat, maka inilah ikhtiar kita. Jadi, program ini adalah sebagai satu permulaan untuk pola Bisnes Berjaya Kaya, bukan sekadar berdoa biasa sebegitu sahaja. Kebetulan esoknya 4 Jun adalah Gerhana Bulan iaitu sebagai satu titik untuk "keluar" dari dunia lama - iaitu keluar dari dunia bisnes tak bermaya, keluar dari kesulitan dalam kewangan dsbnya. Jadi, kita berdoa dulu pada 3 Jun supaya kita mampu "keluar" dengan satu terjahan yang laju terus meluru kepada kejayaan bermula program tersebut. Tahun 2013 adalah tahun rezeki maka kita perlu meluru keluar ke arah kekayaan!


Istimewa: individu yang datang dari arah utara (seperti Ipoh, KL, Seremban, Melaka) menuju ke Muar apabila anda pulang dari majlis berdoa maka anda menuju ikut arah kejayaan. Jadi, bertuahlah individu yang datang dari KL, Ipoh, Seremban dan Melaka kali ini.

Perkhidmatan bas sewa dari KL (berkumpul di Masjid UPM jam 7 pagi 3 Jun 2012) RM40

Puan Syuhada: 019 769 9946
Maybank: 1628 5204 5162 (Hasnor Syuhada)


PERHATIAN:
MOHON MAAF - KURSUS 9 JULAI (GRAF HAYAT) DAN 10 JULAI (POLA 336) DI MUAR DIBATALKAN.
Cikgu A-D ada program keluarga pada hari tersebut. Tarikh seterusnya tidak pasti mungkin Disember 2012.
En Nizam: 012 769 3807

Picture
Tahukah anda nombor 38 disebut di dalam filem "12 Monkeys"?

Kisahnya adalah kemusnahan 5 billion manusia di dunia ini akibat sejenis virus yang dilepaskan oleh satu individu jahat. Di akhir filem adalah babak di dalam lapangan kapal terbang yang mana individu jahat akan melepaskan diri ke luar negara. Di situ pihak hero mengejar individu jahat tersebut yang dikatakan akan masuk ke Pintu 38. Namun, hero ditembak oleh pihak penguatkuasa manakala individu jahat dapat masuk ke dalam kapalterbang.. tentunya virus kemusnahan bermula dari situ... 38?


Picture
Seminar Bisnes Berjaya Kaya

Seorang lagi yang ada pola BBK - hampir kesemua pola yang dikehendaki ada pada beliau - 336, 573, 669, 769 cuma kekurangan pola 279 dan 339 tetapi ada cara untuk mendapatkannya.





Beliau "berada" hampir setiap sudut di mukabumi ini, jadi anda yang ada pola (ataupun tiada pola) BBK tersebut mestilah ikhtiar untuk meletakkan diri anda di persada yang lebih tinggi daripada sekarang. Anda tidak perlu menjadi pengikut selama-lamanya, tetapi kini anda boleh menjadi seorang pemimpin sekurangnya untuk komuniti kecil anda mahupun boleh di peringkat global.


Picture
Seminar Bisnes Berjaya Kaya

Satu sebab kenapa modul baru ini diperkenalkan adalah untuk mendalami lagi potensi bisnes bukan sekadar melihatkan kepada satu pola 669 sahaja. Sebelum ini pola 669 dianggap sebagai "nombor bisnes", tetapi kajian mendalam mendapati perlu ada pola-pola lain yang perlu difahami dan digunakan sebaiknya supaya pola 669 itu lebih berkesan.

Sungguhpun tiada pola 669, seseorang itu masih boleh mencipta bisnes berjaya kaya.

Seorang lagi personaliiti yang kita kategori sebagai "Bisnes Berjaya Kaya" dipapar di sini - semua pola Bisnes Berjaya Kaya dia ada di situ, padanlah beliau sebegitu. Kalau ikut logik ramai lagi motivator di luar sana tapi kenapa tidak menonjol seperti beliau - mungkin fesyen rambut lain kot? Sebenarnya terletak pada pola dan juga bagaimana menggunakan pola-pola tersebut. Kini giliran anda pula untuk menjejak kejayaan mereka kerana anda juga punyai pola-pola sebegitu cuma belum mengetahui strateginya. Takkan selama-lamanya anda mahu jadi pelajar sahaja, maka mulai sekarang anda pula boleh berdiri sama tinggi (atau mengatasi?) mereka.

Kepada yang tiada pola BBK (Bisnes Berjaya Kaya)  anda akan ketinggalan jauh walau anda telah cuba sedaya upaya kerana anda memang bukan dilahirkan untuk "Bisnes Berjaya Kaya", tetapi jangan kecewa, ada cara untuk mengatasinya.

Seminar Bisnes Berjaya Kaya: Pengenalan Bahagian 1 pada 23 Jun (Butteworth).
Puan Indah: 012 469 1786

Seminar Bisnes Berjaya Kaya: Intensif (Lengkap) pada 7&8 Julai (Kuala Lumpur).
Puan Syuhada: 019 769 9946
Maybank: 1628 5204 5162 (Hasnor Syuhada)


MENCARI INDIVIDU (LELAKI ATAU WANITA) YANG LAHIR PADA 11 SEPTEMBER 1972. tidak kisah dari negara atau bangsa atau agama apa. Jika ada sila hubungi di email: qmas304@streamyx.com. Bukan nak tuntut hutang ke tapi nak bertanya beberapa soalan kajian. 

Alkisah yang bernama "R"

Semua orang tahu yang nama cikgu A-D ada R iaitu Rosyadie. Ibu kepada cikgu A-D namanya bermula dengan R. Keluarga ibu cikgu A-D semua bernama R seperti Roslan, Rosli dll.

Kisah cinta yang "rasmi" pertama cikgu A-D bermula di sekolah menengah dengan seorang yang bernama R iaitu Rashidah. Pada mulanya di kampung dulu ada juga seorang gadis bernama R yang anggun tapi tak boleh nak buat awek sebab dia tu sepupu. Berbalik kepada Rashidah, kebetulan kami berdua ditempatkan dalam satu unit majalah sekolah yang sama jadi sering bertemu untuk berbincang kerja tapi kadang kala bersenda dan saling bertukar makanan.. Kebetulan 2-3 bulan perkenalan kami muncullah lagu Wings Taman Rashidah Utama..wah cinta monyet meleleh... Tapi satu hari terserempak si R sedang berdating dengan seorang jejaka tapi katanya itu abang angkat dia... so kita angkat kaki lah dan bertemu dengan R seterusnya iaitu Rozana juga satu jabatan majalah yang sama tapi lain unit tapi kami sering bertemu di pejabat, bermesra dan selalu bertukar surat luahan rasa... Memanglah lagu Search Rozana menjadi lagu tema lah tu.. sampai raya sanggup naik motor ke rumahnya dalam 20 km tak de lesen pulak tu... sanggup. Tapi ada orang menabur cerita sebenarnya dia tu milik orang lain, alahai kita ni pemain simpanan lah sehinggalah terserempak si R itu dengan lelaki yang dimaksudkan.. jadi bawalah diri... Seterusnya ada beberapa wanita yang "touch n go" seperti ZaRxxx dan NoRxxxx (juga ada R tapi bukan dipermulaan nama)... letih dan kecewa saling berganti-ganti macam larian ganti berganti tak ada yang setia jadi satu hari tu bernekad berjanji sesiapa wanita yang datang kepadaku akan ku layan macam seorang isteri! Tidak lama kemudian bertemulah seorang wanita bernama R dan akhirnya menjadi isteripun dah 18 tahun.. ibu kepada isteri memang juga bernama R manakala adik beradik isteri semua juga bernama R! Rasanya nak kena buka R n R lah ni!

Entahlah kebetulan.. ada satu artikel yang dibaca yang menyatakan seseorang lelaki itu serasi dengan wanita yang mempunyai nama lebih kurang sama dengan nama ibu lelaki itu.. ya lah kot? Anak-anak cikgu A semua bermula dengan "A" ada juga R di dalamnya.

Picture
Ini adalah satu petikan dari sebuah akhbar tidak lama dahulu (tak silap Pancaindera Mingguan Malaysia terlupa tarikhnya) satu temubual dengan seorang selebriti berstatus Dato.

Apa kena mengena nombor plet kereta dengan kejayaan & bisnes? Ada maksud dan formulanya... nantikan penjelasan dalam Seminar Bisnes Berjaya Kaya Intensif 7 & 8 Julai (KL).


Picture
Setia City Mall di Setia Alam, Shah Alam kini dibuka.

Dah dekat dengan pejabat cikgu A-D malah anda akan lalu di depannya dalam perjalanan ke pejabat cikgu A-D (Meru, Klang). Juga berdekatan dengan Tesco Setia Alam, Giant Klang Sentral dan tentunya Klang Sentral pusat perhentian bas untuk Klang (Terminal B adalah terminal khusus untuk Sani Ekspress).

Pelbagai bisnes seperti Parkson, Courts Mammoth, Uniqlo, Habib Jewels, Harvey Norman, Guess, MPH dsbnya di situ. Anda ada pola 336? 459? 999? 235? ha kat situlah anda ditemui. Golden Screen Cinema dan Wangsa Bowl pun ada.. jadi kini kalau datang ke Meru dah tak "kampung" ye. Bolehlah si suami datang berkursus dengan cikgu A-D di Meru sementara si isteri ber"kursus" di Setia City Mall :)

Satu klien cikgu A-D berada di situ: D'Rias... dah siap berbincang menggunakan arah kejayaan dsbnya untuk kedudukan dalam kedainya.

www.setiacitymall.com


Picture
Minyak wangi Pyrite adalah idea cikgu A-D dan boleh di dapati dari Master Pak Lah pada harga RM38 sebotol (017 504 9786). Minyak tersebut didoakan oleh seorang guru agama di Perlis dan “dimasukkan tenaga” kebaikan di dalamnya adalah satu ikhtiar untuk tingkatkan tenaga dalaman bagi pemakainya. 

Baru-baru ini diceritakan seorang pemilik sebotol minyak iaitu seorang usahawan mendapati botol minyaknya telah pecah terbelah dua. Secara logiknya kaca botol itu agak tebal bukan jenis mudah pecah dan bagaimana boleh terbelah seolah terpotong dua menjadi misteri.



Ada pihak mengatakan "anasir tidak baik" secara mistik telah datang dari luar cuba untuk menceroboh kawasan usahawan tersebut tetapi telah dapat "dihalang" oleh anasir kebaikan menyebabkan botol itu pecah. Wallahualam. Biasalah tu dalam dunia perniagaan ada cabaran tertentu. Yang penting kita ikhtiar menggunakan cara yang praktikal dan sesuai. 


Picture
Anda sering melihat mereka dalam akhbar Harian Metro setiap minggu. Anda pernah hadiri kursus-kursus mereka. Anda mengagumi kejayaan mereka. Anda telah belajar tips dan ilmu pengetahuan daripada mereka. Kini, giliran anda pula untuk berjaya kaya seperti mereka. Mereka ada pola kejayaan bisnes. Anda juga ada pola sedemikian namun anda belum mengetahui bagaimana untuk menggunakannya - apa strateginya, di mana titik atau tempat permulaannya dsbnya. Atau anda tiada pola tersebut dan mahu juga ikhtiar untuk mendapatkannya, ya anda boleh dapatkannya juga pola tersebut. Maka Seminar Bisnes Berjaya Kaya adalah untuk anda (Seminar Pengenalan Bahagian 1 pada 23 Jun di Butterworth dan Seminar Intensif 7 & 8 Julai di Kuala Lumpur).

Mereka pernah hadiri kursus cikgu A-D (DA: 2006 dan DI: 2010) dan kini anda pula hadiri kursus cikgu A-D, jadi anda boleh mengikut jejak langkah kejayaan mereka. Binalah  kejayaan dan empayar bisnes anda buat kali ini, tahun 2012 adalah tahun perubahan dan tahun 2013 tahun kekayaan.. dah tiba masanya untuk anda bina bisnes yang berjaya... dan kaya... anda dah ada ilmu dari mereka dan kini perlu bergerak menggunakan strategi pernomboran dari cikgu A-D pula sebagai booster kejayaan.

Lihat pola-pola angka yang ada pada mereka. Ada penjelasan kenapa orang berebut-rebut datang ke seminar mereka, jadi dengan penjelasan yang sama kita bandingkan dengan pola potensi anda. Jika anda ada pola tersebut, maka kenapa tidak gunakannya? Jika anda tiada pola tersebut, bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Hint: untuk Dr. A ada pola cermin manaka untuk Dato I ada angka 7 - nanti dalam seminar akan dijelaskan supaya anda memahami bagaimana mereka boleh berjaya dan bagaimana anda juga boleh berjaya dengan cerita pola yang anda ada.

Soalan: Kenapa cikgu A-D tidak buat kursus besar-besaran seperti mereka jika benar cikgu A-D memulakan revolusi transformasi kejayaan mereka?
Jawapan: Cikgu A-D mahu menjayakan kumpulan kecil kerana daripada kajian mendapati lain orang lain dos kejayaan mereka walaupun pola yang sama, maka perlu sentuhan peribadi untuk melihatnya dan memastikan mereka dapat berjaya sebaiknya.

BATCH PERTAMA: Seminar Bisnes Berjaya Kaya (Pengenalan) pada 23 Jun di Butterworth.
BATCH PERTAMA: Seminar Bisnes Berjaya Kaya (Intensif) pada 7&8 Julai di KL.

Elok tidak lepaskan peluang menjadi batch pertama! Batch pertama Elit769 11Mac2012 lalu berjalan dengan baik dan ramai pesertanya dapat kejayaan (ada yang mendapat tender RM2 juta) tapi batch kedua Elit769 masih belum dibuat lagi walau ada permintaan ramai, jadi batch pertama perlu diambil peluang.

Perhatian:
Perbezaan Seminar Bisnes Berjaya Kaya - Pengenalan: 23 Jun (Butterworth) dan
Seminar Bisnes Berjaya Kaya - Intensif: 7&8 Julai (Kuala Lumpur)

Seminar Bisnes Berjaya Kaya - Pengenalan: 23 Jun (Butterworth)
Objektif: memberi pendedahan awal tentang kaedah pernomboran di dalam kejayaan bisnes.
- Konsep pernomboran dalam bisnes.
- Penggunaan Pola 669 dan 769 yang berjaya
Layak dan elok untuk hadir Seminar Intensif pada 7 & 8 Julai atau pada tarikh selepas raya pada diskaun RM100 nanti.
Daftar: Puan Indah 012 469 1786.

Seminar Bisnes Berjaya Kaya - Intensif: 7&8 Julai (Kuala Lumpur)
Objektif: memberikan pengetahuan mendalam tentang strategi pernomboran di dalam mencipta bisnes yang berjaya dan kaya.
- Konsep pernomboran dalam bisnes
- Penggunaan Pola 669 dan 769 yang berjaya.  -- sama seperti bahagian pengenalan 23 Jun.
- Penggunaan Pola 339, 336, 456, 357, 279 yang berjaya
- Teknik arah 769, 339, 336, 456, 279 yang berkesan.
- Waktu berdoa kekayaan bisnes dalam seminar.
- Teknik Jalur Emas untuk bisnes dalam seminar.
- Ceramah Pembiayaan Geran-geran Khas untuk usahawan (cikgu A-D baru saja mohon geran RM400K untuk satu projek RM10 juta, kini anda juga boleh mohon geran juga, jom).
- Penginapan dan 6x makan sehari.
- Ceramah motivasi.
- Bahan-bahan percuma (cenderahati dll).
- Software "Jejak harian" Prestasi Harian percuma (tiada dalam pasaran).
Layak (jika mahu) untuk hadir Kursus Pola 696, Pola 729 atau lain-lain modul berkaitan bisnes pada harga diskaun.
Daftar: Cikgu A-D (deposit RM100 sblm 25 Jun dan bayaran penuh 3 Julai).
Untuk penduduk Johor boleh juga daftar: En Nizam 012 769 3807.

Picture
Ini adalah graf hayat untuk saudara Nor Edie (Avail), memang beliau dalam graf "gaung" sebelum ini (tahun 2008) mengalami kesulitan hidup tetapi walaupun kini masih gaung namun setelah pelajari teknik Pola 696 Usahawan dan beberapa kursus lain, beliau mampu berubah. Dengan kata lain, kita ikhtiar belajar dan berusaha serta berdoa untuk kejayaan. Perubahan bermula dari pilihan anda.

Ketahuilah skrip perjalanan hidup anda (dari Graf Hayat) untuk anda tahu strategi yang sesuai pada usia-usia tertentu untuk tingkatkan kehidupan dan kekayaan anda.

Kursus Graf Hayat Tahap 1, 2 dan 3 pada 9 Jun 2012 di Muar, Johor
(En. Nizam 012 769 3807)


Picture
Individu ini bakal menduduki peperiksaan utama pada tahun 2015 nanti namun daripada pola-pola didapati beliau mungkin menghadapi masalah besar untuk skor yang terbaik. Jadi, jika anda sudah mengetahui dari awal maka strategi dan persediaan sewajarnya dapat dilakukan.

Kursus Bijak Bistari membimbing perihal potensi akademik, arah kejayaan, kitaran tahun dan beberapa lagi teknik kejayaan untuk bantu pelajar / anak-anak berjaya dalam dunia akademik.


Picture
Foto cikgu A-D di luar Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar selepas majlis berdoa kekayaan pada 1 Muharram 1423H lalu (27 Nov 2011) bersama tiga buah kereta milik pelajar kaedah pernomboran.

Lihat di belakang -  awan mendung  semasa majlis sebelum itu panas terik menjadikan suasana majils di luar tidak panas walau jam 3.30 petang. Berdoa sekali lagi pada 11 Mei dengan angin kencang serta mendung sedikit juga.

Majlis Berdoa kekayaan dan Konvensyen Re-Union pada 3 Jun 2012 di Muar
9.00 pagi - 4 petang
Hubungi En Nizam 012 769 3807 untuk pendaftaran (RM83 seorang)
Untuk perkhidmatan bas sewa dari KL ke Muar (RM40): Puan Syuhada 019 769 9946


Adakah program berdoa untuk orang Islam sahaja?
Hari dan waktu berdoa boleh untuk sesiapa sahaja tidak mengira agama dan doa boleh ringkas yang penting ada niat dalam hati memadai tanpa sebarang upacara di mana-mana tempat. Berdoalah mengikut kepercayaan masing-masing. Oleh kerana kami adalah Muslim perlu buat cara Islamik. Jika ada rakan bukan Islam yang mahu berdoa bersama kami pun boleh kerana kami berdoa di kawasan parkir masjid cuma perlu jaga adab yang sesuai dengan majlis.

Kenapa buat program majlis berdoa?
Berdoa adalah satu ikhtiar yang dilakukan setelah kita menimba ilmu pengetahuan dari kaedahpernomboran seperti graf hayat, pola 669 dsbnya dan berusaha di atas strategi yang telah dipelajari itu seperti buat bisnes di arah kejayaan, halatuju pasaran dsbnya. Ianya satu keperluan untuk mendapatkan keberkatan ilmu dan usaha tersebut dan memohon bantuan dan izin dari Yang Maha Kuasa untuk kejayaan.

Kenapa berdoa di masjid Muar?
Bandar Muar dipilih kerana nilai sejarah dan lagenda dan terutamanya ianya telah ditabalkan sebagai Bandar Diraja baru-baru ini oleh KDYMM Sultan Johor, jadi “aura” Diraja di situ. Uniknya kami pernah buat majlis berdoa di Muar pada Nov 2011 sebelum itu Muar bandar biasa dan beberapa bulan selepas itu Muar ditabalkan sebagai Bandar Diraja. Masjid Jamek yang bersejarah itu juga berada di sebelah sebatang sungai berdekatan dengan laut.

Kenapa berdoa di tepi kawasan air?
Di dalam jurusan metafizik menggunakan konsep “tenaga” yang berada di alam semesta dan tenaga  alam itu dikatakan bergerak melalui angin dan terkumpul di kawasan air. Jadi disamping selalu berdoa di mana-mana tempat, kita berikhtiar berdoa sesekali di tepi kawasan air, terutamanya dalam kawasan masjid itu lebih afdal. Kita berdoa di luar kawasan masjid untuk beri peluang kepada wanita uzur berdoa bersama.

Kenapa berdoa pada hari dan waktu tertentu?
Doa boleh dibuat di mana-mana pada sepanjang hari dan waktu. Dalam kajian kaedah pernomboran  mendapati ada pengiraan yang merujuk kepada fenomena kekayaan pada hari dan waktu tertentu. Jadi, di samping kita berdoa di sepanjang hari atau waktu, kita berikhtiar berdoa pada hari dan waktu yang dikira tersebut.

Kenapa berdoa beramai-ramai?
Doa boleh saja dibuat sendirian pada bila-bila masa di mana-mana. Sesekali berdoa secara beramai-ramai seperti berkongsi tenaga saling melengkapi satu sama lain.

Bolehkah buat amal ibadat lain atau doa-doa lain semasa waktu berdoa kekayaan?
Waktu berdoa kekayaan dikira untuk dua jam jadi bolehlah maksimakan masa dengan perkara kebaikan dengan apajua ibadat atau doa. Cuma waktu doa yang dipilih adalah doa kekayaan maka doalah berkaitan rezeki, kekayaan seumpamanya.



Picture
Khusus untuk orang Utara! Kini kami di Buterworth pada 23 Jun 2012 untuk mempromosikan program Seminar Bisnes Berjaya Kaya. Seminar 23 Jun ini adalah bahagian 1 pengenalan menjelaskan tentang kegunaan, baik-buruk dsbnya untuk dua pola iaitu pola 669 dan 729 (jika mahu lebih mendalam dengan pelbagai strategi dsbnya bolehlah teruskan hadir ke Seminar Intensif pada 7 dan 8 Julai di Kuala Lumpur atau kita boleh set tarikh lain untuk Seminar Intensif di negeri Utara - peserta yang hadir pada 23 Jun ini layak mendapat diskaun RM100 untuk hadir ke Seminar Intensif nanti).

Tidak kira apa jua pengajian anda atau anda sebagai pelajar mana-mana penceramah bolehlah sambung pengajian anda di sini. Sama ada anda seorang pelajar Dr Azizan atau Dato Dr Ibrahim atau kedua-duanya adalah digalakkan untuk hadir kerana kedua-dua mereka itu pun pernah belajar dengan cikgu A-D juga. Yang belum pernah belajar lagilah digalakkan hadir - surirumah / mahasiswa / bakal usahawan / usahawan dsbnnya. Jadi, anda belajar dengan pelbagai sumber adalah lebih baik. Jika anda mahu tahu bagaimana mereka berdua jadi dari seseorang yang kurang dikenali sebelum ini kepada seorang yang berjaya sekarang ini pun boleh dijelaskan di dalam Seminar Bisnes Kaya itu nanti - rahsia pola 669 untuk mereka berdua! (shh.. jangan beritahu rahsia ini kepada sesiapa tau!)

Untuk Elit769 batch 11Mac2012, anda akan membayar yuran seperti biasa RM150 (tiada diskaun cuma diskaun untuk Seminar Intensif nanti).

Picture
Seminar terbaru!
SEMINAR BISNES BERJAYA KAYA
... pertama kali seumpamanya dan batch pertama di Kuala Lumpur pada 7 & 8 Julai 2012

Daftarlah dan beri deposit (RM100) di dalam mana-mana kursus cikgu A-D untuk dapatkan harga istimewa (dalam kuliah 19 Mei di Meru, 20 Mei di Subang, 27 Mei di Kulai, 3 Jun di Muar, 9 & 10 Jun di Muar, 23 Jun di Butterworth). Atau daftar di luar kursus juga dapat harga istimewa tetapi daftar dan deposit (RM100) sebelum 25 Jun 2012. Untuk Elit769 (batch 11Mac2012) yuran adalah RM1,976.

Seminar ini pertama kali menggabungkan kesemua pola yang ada di dalam modul bisnes, pelaburan dan jualan serta kekayaan iaitu 769, 669, 279 seterusnya 336, 357, 456 dan 339. Sebelum ini modul yang diajar adalah satu-satu pola seperti apa itu 669, apa itu 336 dsbnya dan kali ini ianya adalah penjelasan tentang gabungan kesemua pola-pola dan bagaimana untuk mencipta kejayaan. Individu terkaya di dunia iaitu Carlos Slim Helu memiliki kesemua pola tersebut dan seminar ini akan membimbing anda bagaimana untuk melariskan dan meluaskan perniagaan anda berdasarkan kegunaan kesemua pola-pola tersebut.

Salah seorang klien cikgu A-D adalah usahawan terkemuka nasional dan beliau sebenarnya memiliki kesemua pola-pola tersebut yang dibincangkan, jadi beliau boleh menjadi sebegitu berjaya dan kaya. Bermula dengan satu program cikgu A-D pada Oktober 2009 lalu di Skudai seterusnya cikgu A-D menganjurkan majlis berdoa khusus untuk kumpulan beliau, maka potensi beliau memang menyerlah selepas itu... Anda pula bagaimana? Kini, giliran anda pula untuk kami transformasikan menjadi seorang usahawan, bukan sekadar usahawan biasa tetapi usahawan berjaya malah usahawan berjaya kaya...

Potensi anda bagaimana? Apakah anda punyai pola-pola tersebut dan apakah anda tidak punyai pola-pola tersebut? Di dalam seminar bisnes berjaya kaya akan ditunjukkan strategi untuk kedua-duanya; sama ada anda ada pola-pola itu atau tidak. Juga, sepertimana pendekatan yang kami bawakan semasa Kursus Elit769 pada 11 Mac lalu iaitu dimasukkan program tenaga jalur emas dan majlis doa kekayaan - syukur ada peserta yang berjaya dapat tender RM2 juta dan beberapa peserta lain yang mendapat kejayaan yang baik daripada situ. Jadi kali ini, pendekatan pengajian yang sama tetapi kali khusus untuk kejayaan bisnes pula berbanding Elit769 untuk kejayaan holistik.

Ingat, tahun depan 2013 merupakan tahun kekayaan, jadi buatlah persiapan dan strategi yang berkesan untuk mengecapi kekayaan yang lebih besar tahun depan.

"Facebook priced its offering at $38 a share on Thursday" merupakan petikan berita tentang IPO Facebook yang dilancarkan pada 18 Mei 2012 . Lihat, kebetulan pola 38? Dan jika anda perhatikan semula pola petak orang terkaya di dunia di atas juga ada pola 38!

Di dalam seminar Bisnes Berjaya Kaya akan mengupas satu persatu dan digabungkan maksud pola-pola iaitu;
1. Bagaimana anda dan syarikat anda dapat meluaskan empayar kekayaan - pola 336, pola 339, pola 456 - setiap satu pola ada maksudnya dan ada caranya. Sebelum ini kita selalu membicarakan tentang pola 339 yang merbahaya kepada bisnes, tetapi sebenarnya ianya diperlukan untuk luaskan empayar bisnes anda - nanti dijelaskan strateginya yang lebih praktikal.
2. Bagaimana anda dan syarikat anda dapat mengumpulkan ramai pelanggan - ada pola tertentu dan bagaimana menggunakannya.

Tidak kira latarbelakang pendidikan anda atau apa jua seminar yang telah anda hadiri sebelum ini dengan penceramah atau motivator lain maka sambung pengajian anda di sini juga untuk strategi yang lebih mendalam untuk memantapkan lagi kekuatan bisnes anda. Gabungkan ilmu yang anda pelajari dari penceramah bisnes lain dengan teknik strategi bisnes di sini. Matlamat kami adalah supaya anda memiliki bisnes yang berjaya dan seterusnya kaya - gabungan berjaya kaya bukan sekadar kaya sahaja atau berjaya sahaja.

Lihat, kedua-dua usahawan di atas ada pola 67, tetapi masih boleh mampu berjaya kerana ada caranya.. itu akan ditunjukkan di dalam seminar ini.

Seminar ini adalah batch  yang pertama dan pertama kali seumpamanya menggabungkan kesemua pola-pola dan pengajian secara intensif bagi usahawan yang mahukan kejayaan lebih segera atau usahawan yang kesibukan masa untuk belajar pernomboran satu persatu. Ini masanya untuk anda re-charge tenaga dan strategi kekayaan anda bagi kejayaan seterusnya.

Seminar ini 2 hari 1 malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur (akan diberitahu nanti) yang mana peserta akan menginap dan pelajari sepenuhnya 2 hari tersebut. Pihak kami cuba dapatkan beberapa penceramah untuk hadir beri motivasi kejayaan kepada anda.

Juga, di dalam seminar ini pihak kami telah mengenalpasti satu organisasi yang boleh membantu anda dalam mendapatkan geran pembiayaan dari RM100K - RM1.5 juta (tanpa bayaran balik) dan wakilnya telah dijemput untuk berikan maklumat tersebut kepada anda - jika anda nak dapatkan sendiri bahan tersebut perlu biasanya menjadi pelajar mereka dengan yuran RM2,500, tetapi kali ini mereka boleh berikan maklumat tersebut kerana wakil mereka bersedia membantu anda untuk berjaya kaya! Cikgu A-D sendiri baru saja memohon geran RM400K untuk satu projek bisnes, jadi kali ini giliran anda pula..

Jadi daftar awal kerana tempat terhad 30 orang sahaja. Cara pendaftaran;
1.  Bank in RM100 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 atau Affin Islamic 10-664-000079-1 (Eddy Rosyadie).
2.  SMS taip BK (nama) hantarkan ke 016 624 9666 berserta maklumat bank in. Atau boleh berikan maklumat ke email: qmas304@streamyx.com 
3.  Bayaran penuh seminar perlu dijelaskan pada 3 Julai 2012 untuk kami tempah bilik penginapan yang cukup.

Bonus:
1.  Anda akan mendapat perisian pernomboran yang dikenali sebagai "Jejak Harian" iaitu pengiraan graf prestasi harian secara otomatik untuk 30 hari! Perisian tersebut sebenarnya tidak dijual dan tidak akan dijual kepada sesiapa kerana ianya kepunyaan Admin tetapi bagi merealisasikan kejayaan anda, perisian itu akan diberikan kepada batch ini sahaja.

2.  Dapatkan sepotong ayat Al-Quran yang boleh anda amalkan yang mana terdapatnya perkataan "... perniagaan yang tidak akan rugi" di dalamnya. Mudah-mudahan anda tidak mengalami kerugian dalam perniagaan(terutamanya jika anda adalah usahawan yang memiliki Graf Hayat Wealth AF atau Wealth Great General).

Konvensyen / Re-Union 2012 - 3 Jun 2012 di Muar
Hanya untuk peserta kursus pernomboran dan pelanggan konsultansi sahaja (termasuk peserta kursus asas pernomboran 28 April dan 27 Mei di Kulai). Individu yang belum pernah hadir kursus atau belum pernah konsultansi tidak digalakkan hadir kerana konvensyen ini mendalami / tambahan kepada apa yang peserta/ pelanggan telah pelajari.

SILA BAWA CETAKAN GRAF HAYAT ANDA DAN CETAKAN PETAK S01 (Statik dan Pembayang).
(jika anda terlupa bawa kami boleh cetak semula di sana tapi ada bayaran).

Beberapa teknik terbaru akan dibentangkan untuk anda pelajari lebih mendalam kaedah pernomboran;
1.  Teknik mengatasi Vacuum Star, Blocking Star dll - hanya perlukan 15 minit setiap pagi. Juga beberapa petikan doa yang khusus terhadap Vacuum atau Blocking Star dll.
2.  Penemuan terbaru tentang beberapa pola seperti pola 83459, penjelasan lebih mendalam pola 426 / 456 / 459 dsbnya.
3.  Teknik pola 336 dalam pelaburan hartanah dan pelbagai lagi pengajian tambahan.

Tentunya majlis berdoa kekayaan !
Picture

Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly