Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan Cemerlang dari Doa, Usaha, Ilmu dan Tawakal

4/22/2012

0 Comments

 

Picture

Foto bersama Datin Ira - kebetulan bertemu di dalam studio RTM untuk program Apa Kata Wanita dalam program yang sama cuma sesi interview yang berbeza. Juga foto bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad ketika Majlis Berdoa Kekayaan di Tasik Shah Alam.

Picture
Foto semasa sesi previu di Petronas Refinery di Sg Udang, Melaka.

Juga, selepas itu previu di kilang Honda, Melaka. Namun, kedua-dua previu tidak membuahkan hasil yang baik. Walaupun respons baik dari peserta tapi biasanya kesukaran untuk mendapatkan kelulusan program daripada orang atasan serta kesukaran komitmen individu.


Daripada pengalaman sebegini, cikgu A-D lebih suka bergerak di persada awam yang lebih bebas. Walaupun modul ini sellable (mampu dijual/ dipasarkan) di peringkat organisasi tapi lebih mudah cara awam (public). Cikgu A-D tidak mahu lagi membuat previu di mana-mana organisasi melainkan orang atasan sendiri yang beri persetujuan.


Picture
Foto di salah satu dewan di UTM, Skudai untuk seminar Graf Hayat dihadiri hampir 350 orang. Kami bawa 3 printer yang mencetak hampir 700 helai graf hayat dalam sehari tu. Nasib baik ada Admin Pernomboran yang tolong.


Picture
Foto di dalam salah satu studio di Angkasapuri, KL untuk program motivasi di AsyikFM dibawah terbitan MEP-JAKIM.


Picture
Pengalaman bawa anak menunggang kuda di Denai Alam, Shah Alam (DARC). Walau bagaimanapun, anda perlu jadi ahli untuk dapatkan kemudahan ini. Juga, terdapat kelas menunggang kuda di situ.
 
Sunnah nabi - menunggang kuda dan memanah. Di situ juga terdapatnya lapangan memanah.


Kisah kematian pelajar universiti dikatakan akibat gangguan mistik atau tekanan perasaan. Kematiannya berlaku pada 21 April iatu hari "Root 3" elemen api.. mungkin satu kebetulan namun 3 sering dikaitkan dengan perihal kegelisahan mahupun mistik atau kedua-duanya.

Menariknya, semasa kursus Arah dan Halatuju Pasaran Perniagaan tempohari, cikgu A-D membentangkan satu teknik mengenalpasti potensi "gangguan mistik" menggunakan kaedah mata angin dan 2 orang peserta mengakui mengalami gangguan sebegitu menyebabkan seorang kerugian besar dalam bisnes manakala seorang lagi hidup tidak tenteram. Jadi, beberapa strategi dicadangkan untuk tindakan pembetulan.

Seperti yang cikgu A-D beritahu dari tahun lepas bahawa tahun 2012 ini tahun jiwa kacau dan terdapatnya potensi perihal mistik atau tekanan naik mendadak tahun 2012. Dalam beberapa bulan ini terdapat beberapa kes gangguan mistik berlaku.. begitu juga kes tekanan perasaan juga dikatakan meningkat.. jadi hati-hatilah ye semua. Lindungilah diri anda dan keluarga dengan zikir dan gelombang/ frekuensi yang lebih berkesan.

Berkenaan dengan minyak zaafaran sememangnya harganya mahal disebabkan untuk menghasikan minyak tersebut dari bijinya. Namun saya ada menjualnya sekitar RM65 untuk 3ml. Penggunaannya hanya sedikit hanya rollkan di kawasan persendian pada anggota badan. Jika berminat bolehlah berhubung dengan saya suyas86@yahoo.com atau soliha72@gmail.com

Picture
salam, buku ni byk bntu sy n pasgn kenali potensi dri n cinta..
terima kasih



Picture
Selamat pergi  dan pulang dengan keberkatan.

Kepada Sdra Master Pak Lah yang akan berangkat ke Mekah untuk  ibadah umrah pada 29 April ini. Beliau akan pulang pada 11 Mei dan kita akan bertemu beliau di kelas 12 Mei di Meru nanti. Di kesempatan itu, cikgu A-D minta beliau buatkan kaedah jalur emas dari Mekah pula. Semoga individu yang telah daftar dalam program tersebut dapat keberkatan terus dari sana.

Cikgu A-D pula menunggu keputusan rayuan yang telah diserahkan ke Tabung Haji. Semoga kami sekeluarga terpilih tahun ini. Tahun ini tahun kitaran 7 buat cikgu A-D, memang elok untuk sesiapa dalam kitaran 7 untuk menyerah diri kepada-Nya untuk membina kekuatan rohani. Perdana Menteri YAB DS Najib menunaikan ibadah haji tahun 2011 lalu ketika beliau dalam kitaran 7.

Allah swt telahpun "beri tiket" untuk cikgu A-D ke Mekah... selama ini mana cikgu A-D penah ada tunai yang cukup untuk ke sana.. kalau ada tunai yang banyak sebelum ini biasanya digunakan untuk pelbagai perbelanjaan itu ini... tapi kali ini ianya berlainan.... Wang simpanan RM50 ribu dah pun ada, bila-bila masa sahaja boleh ke Mekah dah ...menariknya wang tersebut dikumpulkan dari Majlis Berdoa Kekayaan 11 Mac lalu dan juga hasil daripada aktiviti-aktiviti mengumpul duit nombor siri cantik yang diletakkan di kedudukan arah 6 di dalam bilik selama setahun lalu. Jadi, cikgu A-D percaya jika kita ada cara yang betul dengan doa yang betul maka Allah swt memberikan jalan yang mudah untuk kita capai matlamat kejayaan dan kekayaan.

Sebelum ini selalu berhajat ke Tanah Suci tapi ada saja "block" atau halangan.. apa taknya cikgu A-D memang dalam Blocking Star pun sekarang macam orang lain, tapi dengn usaha ikhtiar dan doa dengan pelbagai teknik seperti teknik pola 38 dsbnya maka diberi juga ruang dan peluang untuk mengatasinya. Bila dikenang balik memang sebak dan nak nangis membayangkan bagaimana Allah swt menunaikan permintaan kita... kalau anda perasan, tiap kali kita berdoa kekayaan di dalam teks berdoa tersebut adalah untuk dapat rezeki bagi menunaikan ibadah haji, ianya termakbul, syukur....

Begitu juga dengan perihal Master Pak Lah, sebelum beliau berjumpa dengan cikgu A-D beliau dalam keadaan kesempitan dan kesulitan hidup, tapi berbekalkan panduan kaedah pernomboran seperti arah dsbnya, beliau dapat juga mengumpulkan duit dan seterusnya dapat menunaikan umrah. Seorang lagi, sdra Noredie (Avail) yang sebelum ini hidup kesempitan tetapi setelah menggunakan kaedah pernomboran kini sudah 2 kali mengerjakan umrah.

Pernomboran memberikan panduan untuk berjaya dan bila dah berjaya jangan lupa syukuri Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Jadi, teruskanlah ikhtiar dan doa untuk mengatasi pelbagai rintangan dalam kehidupan!

BEAT THE BARRICADE! OVERCOME THE OBSTACLES! WALKING THE PATH OF GOLDEN SUCCESS! SOAR TO PROSPERITY!
- eddy rosyadie 2012.


Picture

Picture
Pasangan yang selalu bergaduh.

Bila diperiksa lebih mendalam kisah rumahtangga pasangan ini boleh kalahkan filem sedih Ombak Mengganas.

Tapi yang menjadi punca adalah dari satu pola sahaja. Pola lain 927, 235, 19 dsbnya cuma pelakon tambahan aje... tak payah nak cerita lebih2 panjang2 kalau pelakon utama tu dapat diselesaikan.  

Apakah pola tersebut? Selepas diberitahu dengan jelas, barulah pasangan ini memahami kenapa mereka asyik bertelagah dan kini sudah meneroka strategi-strategi kewangan yang lebih baik. Kan mudah cara sebegini dan ianya membantu mendamaikan lebih banyak alam perkahwinan.


Picture
Hidup ini penuh ujian!
Kat sekolah ada ujian bulanan
dalam hidup pula  ada ujian kehidupan setiap hari!
Pelajar cemerlang dalam ujian kerana mereka bersedia awal
Kita boleh cemerlang dalam ujian kehidupan dengan bersedia awal!

Picture
Anda ada anak yang akan menduduki peperiksaan besar tahun ini seperti PMR, SPM dsbnya. Kalau jadi macam kes di sini iaitu graf rendah pada hujung tahun bagaimana nak hadapi SPM dengan baik?


Picture
Ini adalah graf prestasi bulanan untuk pelajar SPM cemerlang Nur Amalina. Graf Nov tinggi, walaupun Dis rendah tapi kedua-dua ada satu pola yang sama yang menunjukkan beliau mampu cemerlang.

Apakah anda seorang pelajar atau anak anda seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dan sudah periksa tentang prestasi bulanan? Apakah satu pola angka yang boleh membantu dalam akademik?


Picture
Graf prestasi bulanan anak cikgu A-D yang menduduki SPM tahun 2011 (kini di MSU, Shah Alam). Bulan Nov beliau ada pola angka tersebut dan pada Dis pula graf tinggi; syukur beliau dapat menduduki peperiksaan dengan sihat dan lancar.
 
Walaupun keputusan 5A sahaja tetapi pada cikgu A-D adalah baik melihatkan graf hayat beliau yang kurang cemerlang sepertimana remaja yang lain juga sebelum proses "pemulihan" dilakukan beliau ada masalah dalam akademik sebelum ini. Salah satu keputusan "A" adalah akaun iaitu satu bidang yang keturunan kami  bukan ada kepakaran tapi beliau ada pola 456, jadi memang betul strategi pernomboran walaupun beliau aliran sains... dengan kata lain, kita boleh buat ikhtiar perubahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan kita atau anak-anak.

Picture

Dalam 8 tahun cikgu A-D berkecimpung dalam dunia pernomboran tarikh lahir membuat kajian mendapati ada beberapa pola-pola angka tertentu yang "menggangu" prestasi bisnes yang mana menyebabkan potensi seorang usahawan tidak menyerlah. Ada seorang usahawan yang asyik kerugian dalam bisnes; satu kali kerugian RM30 ribu, lepas tu rugi pula RM70 ribu, dan macam-macam... sepatutnya bisnes itu sunnah nabi dan sepatutnya menyeronokkan... tapi sebaliknya menanggung beban hutang... bukan kerana beliau tiada potensi bisnes dan tak perlu salahkan "buatan orang"... tetapi beliau ada pola "usahawan pokai" iaitu usahawan yang bisnes siang malam tapi akhirnya tidak berhasil tetapi hutang pula ditanggungnya. Anda sebagai usahawan perlu tahu pola-pola angka tersebut kerana anda tidak perlu tanggung hutang sebaliknya tanggunglah keuntungan berterusan.

Sejak 6 bulan kebelakangan ini tiap kali dalam sesi konsultansi bertemu usahawan bermasalah yang penat  "usahawan penat" berhempas pulas membuat macam-macam bisnes tapi tiada hasil membanggakan maka satu pola yang sama muncul. Padahal syarikat seperti Mc Donald dan beberapa jutawan seperti Tan Sri Tony Fernandes ada pola tersebut boleh pula berjaya dengan pola yang sama... apa pola itu dan bagaimana anda mahu mengatasinya dan mengambil kesempatan daripadanya. Mahukah anda menjadi usahawan yang sering disindir suami / isteri / mentua / kawan-kawan iaitu "apa sebenarnya yang bisnes kau buat ni macam-macam tapi tak berjaya pun?"

Kaedah pengajian kursus ini adalah dari aspek strategi taktikal bisnes bukannya motivasi. Daripada tarikh lahir atau tarikh daftar syarikat anda menceritakan banyak perkara yang baik dan tidak baik dan anda perlu memahami strategi bagaimana menukarkan kesemua perkara yang konflik kepada potensi yang menguntungkan.

SILA BAWA MAKLUMAT JAM MASA ANDA DILAHIRKAN
juga boleh bawa maklumat jam masa sijil Borang 9 syarikat anda dicetak - senang cerita bawa sijil pendaftaran syarikat anda masa mula-mula anda daftar syarikat bukannya yang renewal.

Picture
Kursus 21 April 2012 di Meru, Klang
Arah dan Halatuju Pasaran Perniagaan.

Di dalam kursus ini membimbing para peserta untuk mengenalpasti arah dan hala pasaran; dengan kata lain di tempat mana produk atau perkhidmatan boleh dipasarkan dan di arah mana yang lebih berkesan. Cikgu A-D mendapati ramai usahawan kurang berjaya di dalam bisnes kerana tersalah tempat dan arah pasaran.

Di dapati 4 orang peserta telah tersalah arah dari tempat tinggal ke premis perniagaan atau pasaran mereka menyebabkan sukar untuk mendapatkan keuntungan yang lebih baik. Penyelesaiannya? Ada beberapa strategi yang dibincangkan kalau tak dapat nak pindahkan lokasi premis perniagaan. Ada sepasang suami isteri yang mengalami tekanan di dalam perniagaan mereka, rupanya si isteri adalah angka 8 di tengah mata angin dan salah tempat duduk dalam pejabat manakala si suami adalah arah ke tempat kerja adalah salah menyebabkan beberapa kali kerugian dalam perniagaan. Penyelesaiannya? Ada beberapa strategi dibincangkan untuk betulkan arah dan pasaran.

Di dalam modul ini menggunakan tarikh lahir, juga mengenalpasti lokasi kedudukan produk di dalam premis perniagaan.. ianya ala-ala feng shui sikit tetapi berbeza konsep kerana feng shui lebih kepada meletakkan anda di satu laluan sesuai untuk menerima "tenaga" (chi) yang datang dari sesuatu arah berbanding kaedah pernomboran yang meletakkan anda di tempat sumber tenaga itu sendiri. Di dapati 2 peserta kursus meletakkan produk mereka di lokasi yang salah yang mana produk mereka sukar untuk dijual di dalam premis perniagaan mereka. Penyelesaiannya? Senang aje.. alihkan tempat!


Picture
Duit 1 sen dilelong USD 1 juta... jadi janganlah sepahkan duit 1 sen anda tu :) tapi duit syiling ini tahun 1792. Kalau simpan 1 sen tahun 2012 mungkin tahun 2300 cicit anda boleh kaya :)


Tahukah anda?

Cikgu A-D mempelajari kaedah tarikh lahir pada tahun 2005 dengan yuran RM1,500 untuk 2 hari berkursus, itupun kursus asas. Kandungan kursus semasa itu berbanding modul kursus versi cikgu A-D kini sangat jauh berbeza tetapi yuran untuk kursus asas pula tak lah RM1,500 pula - patutnya makin menaik. Malah kursus tersebut sebelum ini dikatakan yuran RM4,500!

Jadi, anda bertuah kini dengan yuran yang berpatutan - walaupun terdapat beberapa orang yang komplen kursus cikgu A-D terlalu murah tak padan dengan banyak ilmu yang diberikan tapi pada cikgu A-D adalah untuk perjuangan - inilah sumbangan yang cikgu A-D boleh berikan untuk negara dan yuran dikenakan adalah untuk tampung kos.

Semasa itu cikgu A-D terkena Vacuum Star menghadapi masalah kewangan sangat kritikal dan kebetulan dapat bonus RM1,500 terpaksa digunakan untuk bayar yuran padahal jumlah wang sebegitu begitu bernilai ketika itu - hati berbelah bahagi nak pergi ke tak kursus mahal sebegitu, tapi disebabkan mahu mencuba mengubah keadaan maka dicubalah juga bayar dan pergi. Teringat lagi cikgu A-D hadir ke kelas itu dihadiri lebih kurang 9 orang semuanya berbangsa Cina dan penceramahnya berbangsa Cina Kristian. Pada hari pertama mula kursus sampai habis kursus cikgu A-D tak henti-henti istigfar dalam hati untuk elak daripada tersesat belajar ilmu ini. Tapi sifu pandai pula kata Tuhan Allah boleh bantu kita jika kita bermasalah maka berdoalah kepada Nya!

Selepas belajar dari situ cikgu A-D mendalami banyak lagi perihal metafizik hingga membelanjakan hampir RM10 ribu membeli buku-buku impot luar negara, menyertai pelbagai kursus-kursus metafizik dsbnya mencari-cari penjelasan lebih mendalam... tapi kini anda cuma belajar terus dari satu sumber. 

Sempat juga cikgu A-D bekerja dengan beliau selepas itu dalam setahun tapi selepas beliau berpindah maka cikgu A-D memulakan sesi secara sendiri di KL, bermula dengan 2 orang pelajar, masa tu baru nak mula jadi yuran promosi cuma RM50 untuk kursus sepanjang hari. Jadi harga kursus kini sesuai dengan zaman sekarang. Daripada kajian-kajian cikgu A-D sendiri maka terdapatnya penambahbaikian kepada ilmu lama dan kini banyak teknologi dan strategi baru diperkenalkan hasil daripada kajian-kajian.

Yang penting, kami cuba berikan pembelajaran yang praktikal dan mudah. Kalau nak ikutkan silibus sebenar tentang metafizik kenalah bercerita dulu pasal bulan dan bintang serta falsafah metafizik dalam kelas, tapi kini dalam kursus pernomboran kami yang falsafah metafizik itu ditawarkan untuk yang berminat sahaja. Yang penting isi ilmu itu dahulu untuk digunakan secepat mungkin bagi para usahawan, bekerjaya, pasangan berkahwin dsbnya. Nak tahu bulan bintang metafizik kemudian nanti selepas berjaya dengan pengajian2 awal... Kalau dulu bercerita tentang arah cuma tunjukkan kiraan Utara Selatan dsbnya tapi kini dalam kelas siap dengan tafsiran berserta dengan Google Map!

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.