Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan bermula dengan Impian

5/5/2012

0 Comments

 

Picture
Berita mengejutkan - kerugian USD2 B
dalam pasaran saham oleh sebuah syarikat kewangan terkemuka US.

Memang terkemuka; lihatlah pola 336 dan 966 tu, tapi kenapa boleh juga rugi?

Rupanya ada penjelasan... menggunakan satu teknik kaedah ciptaan cikgu A-D.



Dapatkan penjelasan dalam kursus Pola 336 & 696. Pelajarilah Teknik Pola 336 & 696 supaya anda dapat elak kerugian dalam pelaburan / perniagaan anda. Usahawan / bakal usahawan / pelabur kecil, besar atau sederhana elok pelajari Teknik Pola 336 & 696 supaya perniagaan / pelaburan anda menguntungkan bukan merugikan.

Teknik Pola 336 & 696 adalah kursus satu-satunya dan yang pertama di dunia seumpamanya. Anda bertuah dapat pelajarinya kerana ianya ada di sini dekat dengan anda.. lain kali syarikat tu kena belajar kaedah ni pulak, HQ di New York tak mengapa cikgu A-D boleh ke sana dulu belajar di New York.


"my company dpt projek .... di sabah n sarawak worth rm170 k sebulan... syukur pada Allah swt n berkat ilmu yang dipelajari dari cik gu"

Cikgu A-D: RM170K sebulan kalau setahun dah RM2 juta tu! Syukur, ini adalah ilmu Allah yang cikgu A-D diamanahkan untuk sampaikan kepada anda. Syukur juga kerana Allah telah memilih individu yang sudi buat perubahan - percayakan kepada ilmu Allah dan percayakanlah kepada kuasa dan izin Nya. Kaedah pernomboran cuma membantu anda nampak petunjuk walhal sebenarnya Allah itu Maha Penyayang dahpun letak petunjuk di sekeliling atau depan mata kita tapi kita tak nampak dengan berkesan. Menggunakan pernomboran kita "nampak" petunjuk Tuhan dengan baik (dalam bentuk visual angka atau nombor), maka bersyukurlah kepada Nya yang telah bagi anda peluang dan ruang untuk nampak petunjuk Nya dengan lebih baik. 

As salam cikgu AD , saya salah seorang peserta 769 , juga yg menyertai rawatan jalur yg Pak Lah buat pd 7hb may 2012, dan tepat pd pukul 10.17am terima panggilan yg sykt saya terpilih ke peringkat akhir permilihan Tender, dan pada pukul 4;31pm saya telah terima panggilah yg Sykt saya telah berjaya menerima Tawaran Tender Pembekalan Bernilai RM2,316,666,60. dan pada hari ini saya telah terima pangila drp Kementerian yg SST ( surat stuju terima ) telah di keluar dan di pos kn, 

Alhamduilah, untuk makluman semua Saya sekarang berada pada,blackhole,admiring star,blocking star, TERIMAKASIH cikgu AD, TERIMAKSAIH Pak Lah.... hanya allah saja yang dapat membalas jasa kalian amin

Cikgu A-D: Waduh, best juga dapat banyak angka 6 tu. Macam ini bolehlah buat selalu dapat selalu projek juta-juta... Ini maklumbalas pertama untuk program pertama kali iaitu Teknik Jalur Emas dari Madinah (7 Mei lalu) hasil gabungan kaedah pernomboran dan kaedah rawatan gelombang metafizik. Syukur ada maklumbalas yang baik untuk program tersebut maka bolehlah kita teruskan program seumpamanya lagi... kita berikhtiar meningkatkan kualiti hidup dan perniagaan kita. Nantikan program seterusnya seperti Majlis Doa Kekayaan pada 3 Jun 2012 (Muar) dan 21 Julai 2012 (UPM, Serdang) nanti.

Pada 16 Mei ini antara 3.30 petang - 5.30 petang (3 petang - 5 petang untuk Sabah, Sarawak dan Brunei) bolehlah anda berdoa kekayaan anda sendiri. Nantikan program Berdoa & Tenaga Jalur Emas Jarak Jauh pada 25 Mei (Jumaat) nanti.
 

Picture
Rawatan Tenaga Jalur Emas
bersama Master Pak Lah
pada Sabtu, 12 Mei 2012
di pejabat cikgu A-D di Meru, Klang.
Masa: 11 pagi - 6 petang.

Yuran: RM138 seorang
(rawatan dlm 10 minit)

Untuk peserta kursus Pola 336 pada hari tersebut dan terbuka untuk orang awam boleh datang walk-in.

* kepada individu yang menjalani rawatan tersebut, Pak Lah akan hadiahkan minyak wangi atau tasbih. Juga, kepada individu yang memiliki cincin / loket batu pyrite atau kayu batu, Pak Lah boleh "recharge" bahan tersebut pada harga RM6 setiap satu.

Dapatkan ikhtiar rawatan tenaga gelombang/ frekuensi secara Islamik untuk tingkatkan kelancaran tenaga rezeki anda. Master Pak Lah baru pulang dari Umrah (11 Mei), jadi beliau bawa balik "energi kekayaan" yang lebih bertenaga daripada biasa. Ambil peluang dari tenaga dari Tanah Arab yang berkat itu.


Picture

Picture
Tahun 2012 yang "mistik"

Seperti yang cikgu A-D beritahu dari tahun lepas 2011 dalam "Seminar Menghadapi Tahun 2012 dengan Berkesan" bahawa dijangka banyak kes mistik dan paranormal muncul. Bukan maksud toyol keluar jalan-jalan, tapi maksudnya ialah "kuasa kejahatan" sangat banyak dalam tahun 2012 ini. Setakat ini sudah banyak kes berkaitan gangguan mistik atau orang bertindak di luar kebiasaan orang siuman.

Seolah tahun 2012 ini nak muncul "ketua mistik" atau seolah tahun 2012 ini seperti preview tayangan kuasa kejahatan atau seolah satu percubaan untuk geng "kuasa kejahatan" muncul. Mengikut kepercayaan orang Islam sepertimana petikan hadis nabi saw bahawa di akhir zaman muncul seorang "Dajjal" yang menawarkan dirinya sebagai penyelamat dunia huru hara tetapi dirosakkan pula manusia... tapi mungkin 2012 ini baru nak keluar sekutu atau bala tenteranya. Tahun 2012 ini seolah-olah nak cari calon-calon bala tentera dan anda boleh perasan calon-calonnya daripada pelbagai peristiwa seperti rusuhan dsbnya... yang penting anda janganlah jadikan diri anda sebagai seorang bala tenteranya - jauhkan daripada sifat "kuasa kejahatan"...

Apa yang cikgu A-D nak jelaskan di sini bahawa dalam tahun 2012 penuh dengan "kuasa kejahatan" - orang saling membenci, saling tuduh menuduh dsbnya menyebabkan kuasa kejahatan gelak ketawa je melihat gelagat manusia itu baru dicuit je perasaan manusia dah berperang. Jadi, eloklah kita bertahan dengan pelbagai "cuitan" mainan kuasa kejahatan yang cuba memporak-perandakan bumi ini. Ada je isu yang cuba depa timbulkan untuk kita saling bercakaran. Yang tak sedapnya depa muncul dalam bentuk ilmu batin mistik / benda ghaib yang sukar kita orang moden untuk atasinya melainkan perlu merujuk kepada ahli agama atau pakar alternatig. Kini, anda perlu 10 kali lebih kuat dan tabah dan bertenang daripada biasa sebelum ini. Hindari pemikiran negatif dan bersabarlah dan elak buat keputusan yang boleh merosakkan diri atau orang lain. Biarlah kita bertenang dulu untuk tahun 2012 ini di samping kuatkan semangat dan benteng diri 10 kali ganda! Kepada orang Islam, elok sangat jika tahun ini banyakkan amal ibadah untuk kuatkan mental dan jiwa kita untuk menghadapi kuasa-kuasa kejahatan.


Picture

Picture
Cikgu A-D telah diminta oleh seorang usahawan restoran untuk datang ke restoran beliau (cawangan ke-3) di PJ yang baru dibuka awal 2012. Katanya ada masalah dengan restoran ini banyak "gangguan" kepada pekerja dan pelbagai masalah berbanding dengan dua cawangan lain berniaga dengan baik.
Walaupun dah dipasang CD ayat Ruqyah, tapi CD tu pun boleh rosak.

Daripada pelbagai analisa dan perbincangan, di dapati usahawan tersebut berada dalam kitaran 8 tahun ni, padanlah, dan menggunakan kaedah Graf Prestasi Bulanan (ciptaan cikgu A-D) mendapati 4 bulan 2012 yang pertama adalah graf rendah, jadi itu menjelaskan kenapa prestasi kurang.

Lepas tu diperiksa pula pelbagai perkara dan akhirnya mendapati punca kenapa restoran tersebut bermasalah adalah disebabkan "arah dalam restoran" yang bermasalah. Jelas di dapati "elemen tak kena" dengan alamat dan suasana sekeliling dsbnya menyebabkan suasana dalam restoran "panas", berbanding dua cawangan yang lain yang mempunyai elemen yang boleh membantunya maju (menariknya, satu cawangan di Bangi memang menguntungkan sebab arah yang betul dan kedua-dua restoran yang menguntungkan berada di dalam elemen air yang betul). Setelah dijelaskan, maka dapatlah penyelesaian dan tindakan sewajarnya untuk betulkan suasana.
 
Usahawan tersebut dah nak pergi berjumpa bomoh dan pakar feng shui tapi kawan baiknya beritahu beliau tentang cikgu A-D dan minta berjumpa cikgu A-D dulu. Katanya pakar feng shui nak charge RM1,000 konsultansi dan RM3,000 untuk designing dalam restoran... alahai kalau cikgu A-D tahu sebelum itu boleh juga caj mahal sikit lagi :) ... tapi tak pe yuran kita rendah dah ada standard charge - yang penting tugas cikgu A-D dapat membantu masyarakat dan usahawan. Kalau mereka nak berjumpa pakar lain boleh tak pe, sekurangnya mereka dah rujuk dulu kaedah pernomboran untuk lebih faham apabila berjumpa pakar yang lain. 

Kursus untuk usahawan / bakal usahawan:
1. Pola 696 Potensi Usahawan Menguntungkan (3 hari).
2. Arah dan Halatuju Pasaran dan Jualan (1 hari).
3. Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan dan Jualan (1 hari) - Bhgn 1, 2 dan 3.

Tambahan:
1. Pola 729 Potensi Juara Jualan.


Negara Perancis kini telah berubah pemerintahnya. Tahun 2012 adalah tahun perubahan! Namun, jika dilihat kepada kitaran tahun untuk kedua-dua calon Presiden, masing-masing adalah dalam kitaran 7, memang salah seorang akan hilang / kalah, tetapi kenapa calon satu lagi menang walaupun kitaran 7? Apabila diperiksa menggunakan kaedah Graf Motif Hayat (ciptaan cikgu A-D), rupanya calon yang kalah adalah kitaran luar 7 dan kitaran dalam 5 berbanding calon yang menang walaupun kitaran luar sama 7 tetapi kitaran dalam adalah 9 (kejayaan).

Ini adalah satu teknik yang digunakan untuk mendalami fenomena apabila dua atau lebih pihak memiliki pola yang sama nak tengok siapa yang lebih menonjol.

Kursus Graf Motif Hayat (1 hari) - kursus ini agak advanced, jadi elok ada asas pernomboran dahulu. 
1. Mengkaji potensi diri dalam 6 jenis petak.
2. Mengenali potensi diri, keturunan, anak dan pasangan.
3. Mengenali perjalanan hidup - peluang, konflik dan status kewangan; dari umur 1 tahun hingga 60 tahun (kajian setiap 10 tahun).

Cikgu A-D terjumpa bacaan selawat ini di dalam buku "Menjadi Kaya dengan Rezeki yang diberkati Allah" (kebetulan mukasurat 76!). Bila dibaca rasa macam kenal je bacaan ini. Rupanya dulu semasa di sekolah menengah, cikgu A-D sering mengalunkan selawat ini sebelum melaungkan azan di surau sekolah (sebagai bilal atau kadang tu imam surau sekolah - masa tu sebagai Setiausaha Badan Pelajar-Pelajar Islam & Ketua Unit Agama Pasukan Pengakap), cuma pada masa itu sebagai pelajar kita ikut jelah ustaz manalah tahu bacaan ini apa maksud dan tujuannya dan bila dah besar ni tak amal dah. Kini dah tahu! Tujuannya dikatakan untuk mendapat rezeki berterusan dan dihilangkan musibah dalam kehidupan. Ikhtiarlah! Jom kita kaya bersama beriman!

Master Pak Lah yang kini berada di Arab Saudi berjaya dapatkan stok terhad (10 botol) minyak wangi "Kelambu Kaabah" (mengandungi cebisan kain Kelambu Kaabah yang lama)gred tinggi berbanding minyak wangi kelambu Kaabah yang lain di pasaran, ianya yang juga mengandungi sehelai benang jalur emas dari Kelambu Kaabah di dalamnya. Sangat sukar dicari dan sukar ditempah oleh orang biasa dikatakan ditempah oleh kebanyakkan orang kenamaan Dato atau Datin dari Malaysia / Indonesia. Tujuannya sebagai ikhtiar untuk pelarisan networking, cahaya keuntungan dan seumpamanya (ingat: minyak wangi adalah bahan asbab yang kita sandarkan ke Allah jua untuk kekuasaannya).

Harga sebotol: RM996 (untuk Elit769 adalah RM976 sebotol).

Boleh lihat sampel & dibeli / ditempah pada 12 Mei ini di kelas 12 Mei apabila Master Pak Lah balik dari Madinah 11 Mei ini.


Picture
Bulan April 2012 untuk Malaysia adalah satu bulan yang agak tertekan dengan beberapa kes nasional.. tengoklah petak bulanan untuk negara Malaysia pada April adalah Root 8! Padanlah...

Picture
Lepas tu, diperiksa pula 28 April 2012. Cuba tengok 28hb tu grafnya jatuh mata 1 yang terendah, dengan kata lain ada sesuatu yang tidak baik berlaku. Petak 28 April 2012 pula banyak angka 1 menunjukkan penguatkuasaan iaitu polis dan tengah mata angin pula 3 iaitu cepat marah. Hm... memang 28 April tu tarikh yang tak ong lah, lain kali pilihlah tarikh bagus yang lebih sesuai untuk berhimpun! Gunakan teknik Graf Prestasi Bulanan & Harian ciptaan cikgu A-D sendiri.


Picture
Dahlah tahun ini Malaysia adalah kitaran tahun 8 tahun tertekan. Alahai, boleh tak kita semua cool jangan gaduh2 lagi tahun ni. Sendiri yang tertekan sendiri yang susahlah. Kekalkan keindahan dan keamanan negara tempat kita berlindung ni boleh tak.

Negara kita aman dan kekalkan sebegitu. Teringat dulu masa cikgu A-D tinggal di New York berlakunya kes satu bangunan kerajaan US di Oklahoma diletupkan, terus saja orang ingat orang Islam yang letupkan. Jadi, rumah kami dan ramai lagi dibaling batu, ada orang mencemuh, kenderaan dirosakkan dan semasa kami solat jumaat terpaksa ada orang berkawal di luar masjid kerana khuatir keselamatan... rupanya seminggu lepas tu dapat ditangkap orang depa sendiri yang letupkan. Jadi, janganlah kita jadikan rumah kita di Malaysia ini dibaling batu dsbnya.. eloklah dapat kita sama-sma bina kekayaan dengan selesa di bawah naungan KDYMM SPB YDP Agong kita.


Picture
Ha, ramai kata bulan 6 pilihanraya. Tapi bila tengok graf bulan Jun naik ngeri jugakla! Apalah lagi cabaran ye kat bulan tu. Mungkin graf rendah tu sebab orang sibuk sangat kot.. yang penting C-O-O-L.


Picture
Ramai orang di Malaysia ini mengeluh tentang masalah duit & kekayaan... tahukah anda di Malaysia ini terdapat RM42 billion duit yang belum dituntut oleh sesiapa. Mungkin duit anda ada di situ?

Itulah kes wasiat di Malaysia - harta beku. Padanlah tarikh lahir Malaysia tiada angka 6 langsung.


Dulu, cikgu A-D dan isteri pernah menjalankan program produk wasiat, namun diperli oleh seseorang yang kami jual produk orang mati. Tak mengapa, mungkin dia tak tahu bahawa negara Malaysia ini sebenarnya kaya dengan duit tapi duit beku. Ramai orang ingat kalau dah meninggal dunia maka faraid akan uruskan dengan sendiri, tapi hakikatnya tak begitu. Pernah satu kes kematian seorang suami dalam umur 50an meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak - seminggu lepas tu muncul seorang wanita mengaku dirinya isteri keduanya dan menuntut juga sebahagian harta. Masalahnya, si suami tak buat wasiat maka terjadilah kes mahkamah yang berpanjangan untuk tuntutan tersebut sebab tentunya isteri pertama tak puas hati. Masalahnya juga jika si isteri pertama tak agihkan dengan dengan isteri kedua maka boleh menyebabkan si isteri pertama dan keluarganya mungkin makan harta orang lain.

Kes kedua pula seorang suami usahawan jutawan duit banyak meninggal dunia dan apabila beliau meninggal dunia, secara otomatik semua hartanya dibekukan maka bisnesnya tersangkut dan disebabkan tidak buat wasiat / tidak melantik wasi, maka tuntutan harta makan masa yang lama, jadi si isteri terpaksa pinjam duit ratusan ribu untuk jalankan bisnes arwah suaminya tapi disebabkan masa terlalu lama menyebabkan duit yang dipinjam tak cukup dan bisnes pun bungkus dan kini anak beranak hidup merempat di rumah kawan... juga beberapa kes walaupun dah ada wasiat tapi tak dibuat dengan cara betul... Selepas kes pening macam ini, kami dah tak lagi buat program wasiat - jika anda nak uruskan wasiat, banyak  wakil Amanah Raya atau pejabat Amanah Raya boleh uruskan. 

Jadi, pengajaran daripada cerita ini.. bukannya Malaysia ni tak kaya.. memang kaya pun.. kaya terbeku... sendiri yang menyebabkan diri kita, keturunan kita dan negara kita yang tak kaya... ingat, jika anda meninggal dunia esok dan satu-satunya harta yang anda ada adalah sepasang kasut maka itulah yang kena faraid! Bukan suka-suka kawan atau adik boleh ambil kasut tu, mungkin ada bahagian untuk orang lain daripada kasut itu yang anda gunakan secara haram.


SMS dari Master Pak Lah - 7 Mei 2012 - salam, rwtn baru selesai utk saya, isteri saya, cikgu edy dan semua nama yg cikgu bg ari tu, alhamdulillah dlm masjid nabawi kawasan sahabat dan Rasulullah sering solat, bersebelah dgn raudah dan dkt dgn makam Rasulullah

Rawatan yang dimaksudkan adalah program tenaga jalur emas untuk individu yang telah tempah tempohari. Rasanya inilah pertama kali di dunia ini program "hantar energi" dilakukan dari Madinah, biasanya pengamal energi metafizik "hantar energi" dari rumah mereka, tapi kali ini di dalam grup cikgu A-D ada kelainan. Syukur, Yang Maha Kuasa memberikan ilham kepada cikgu A-D untuk mewujudkan program sebegini sepertimana Dia mengilhamkan cikgu A-D untuk mengadakan program Majlis Berdoa Kekayaan. Didoakan berjaya kepada mereka yang tempah program tersebut. Jika ada rezeki lagi, bolehlah kami anjurkan program sebegini selalu dari Mekah/ Madinah. Ambil peluang untuk Majlis Berdoa Kekayaan pada 3 Jun (Muar) dan 21 Julai (UPM, Serdang).

Mohon maaf: Kursus Pola 336 & 696 adalah Sabtu 12 Mei (9.30 pagi - 5.30 petang) di Meru, Klang, bukan 19 Mei.

Picture
Peserta seminar 12 Mei akan diberikan sebuah bahan percuma (setebal 273 mukasurat) mengandungi banyak pengetahuan tentang jenis pelaburan dan strategi pelaburan.

Kepada individu yang pernah hadir kursus Pola 336 di tahun 2009 - 2012 yang lalu (Meru, Shah Alam atau Skudai), anda dijemput hadir untuk ulangkaji kerana sudah banyak perkara baru untuk ditambah pengetahuan anda. Yuran adalah RM150 sahaja. Apabila anda daftar, sila nyatakan anda pernah hadir seminar yang di mana dan tarikh bila untuk kami mengesahkan rekod lama.

Perkara-perkara baru dalam pola 336 akan dibentangkan juga di dalam Konvensyen / Reunion pada 3 Jun di Muar nanti.


Picture
Pengerusi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM), Norizam Tukiman... mengadakan seminar dan tuisyen bagi mendidik orang ramai yang mahu melabur di Bursa Malaysia... Norizam menerusi syarikatnya, Zamsaham Training & Consultancy beralamat di No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, Johor Bahru.






PERKHIDMATAN:
Bengkel Jutawan Saham (BJS), Bengkel Jutawan CPO (BJCPO), Tuisyen Saham, Unit Amanah, ESOS, Terbitan Saham Baru, Permohonan Khas Saham Bumiputera, Penyenaraian Saham ke Bursa Malaysia
JAWATAN: Pengerusi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dan remiser OSK Investment Bank Bhd
LAMAN WEB: www.zamsaham.com
PENDIDIKAN: Diploma Analisis Pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Ahli bersekutu Chartered Market Technician (CMT) Di New York, Amerika Syarikat.
LESEN: Perunding Unit Amanah Saham Federation Of Investment Managers Malaysia (FIMM), Wakil Niaga Saham Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lesen Wakil Niaga Pasaran Hadapan (Index) dan Pasaran Hadapan Minyak Mentah Sawit Malaysia Bursa Malaysia

Cikgu A-D tidak pernah berurusan dengan beliau dan nampaknya elok dihadiri oleh para pelabur / bakal pelabur / usahawan / usahawan pelaburan disebabkan oleh kredibiliti beliau. Seeloknya selepas pelajari Teknik Pola 336 versi cikgu A-D, tambahkanlah pengetahuan anda dari pelbagai buku dan seminar untuk memantapkan keupayaan anda dalam pelaburan sama ada daripada beliau atau daripada internet atau dari sesiapa jua pakar pelaburan di luar sana - jangan berhenti belajar untuk tingkatkan keupayaan diri anda.

Kaedah Pola 336 digunakan seiring dengan teknik saham yang anda pelajari di luar sana. Pada tahun 1999 lalu, cikgu A-D memang pelajari dunia saham dan libatkan diri dalam urusniaga saham (ketika itu belum pelajari pernomboran). Beberapa minggu permulaan trade/ transaksi ada untung yang bagus tapi tak semena-mena  pada satu hari mengejutkan cikgu A-D kerugian hampir RM40 ribu akibat saham jatuh teruk dan dari situlah hidup makin sesak (lepas tu barulah terjumpa kaedah pernomboran asas). Bila kenang balik sejarah tengok graf, padanlah masa tu ada Vacuum Star! Padanlah rugi... kalaulah kaedah pernomboran dah wujud tahun 1999 lagi... Dengan kata lain, dengan pengetahuan anda dalam saham dan pelaburan seperti teknik Candlestick, 5 Min Moving Averages, dsbnya ditambah dengan teknik pola 336, membolehkan anda lebih berkesan sebagai pelabur yang berjaya.


Picture
Beliau adalah pakar dalam dunia saham, uniknya beliau tiada pola 336 pun. Memang sejarah hidup beliau dengan pola 494 pernah berlaku dan masalah kesempitan hidup beliau sekitar tahun 1990an juga boleh dijelaskan daripada Graf Motif Hayat beliau. Berbalik kepada kes pola 336, mana pola tu dalam hidup beliau?

Picture
Apabila diperiksa daripada petak Pendua, barulah ada pola 336 dan 696. Untuk makluman, Petak Pendua (ciptaan cikgu A-D tahun 2009) menjelaskan tentang "TINDAKAN" yang perlu dilakukan oleh seseorang dalam hidupnya.



Daripada pola tersebut, jelaslah tindakan beliau dalam hidup adalah untuk mengajar (pola 24) dunia pelaburan (pola 336 & 696). Di situlah jawapannya... Jadi, pelajarilah teknik petak Pendua (dari kelas asas atau dari sesi konsultansi). Jika Petak Pendua anda ada pola sebegini, maka elok juga anda mahirkan dalam dunia pelaburan, atau anak anda ada pola sebegini maka eloklah dari persekolahan didedahkan dengan dunia perniagaan dan pelaburan. Anak kedua cikgu A-D ada pola 336 & 696 memang beliau merupakan ahli dan peniaga koperasi sekolah yang aktif.

Untuk makluman, sebenarnya dalam kaedah tarikh lahir versi cikgu A-D ada 6 petak tafsiran! Berbanding pengajian dulu-dulu dan pengajian yang ada di pasaran sekadar 1 rajah segitiga sahaja. Cikgu A-D mengkaji tarikh lahir lebih mendalam sehingga ke 6 petak (Petak Statik, Petak Pembayang, Petak Pendua, Petak Pentiga, Petak Perempat dan Petak Perlima). Malah petak Pentiga dikatakan boleh menjelaskan potensi pasangan anda. Jadi, dalam kaedah pernomboran versi cikgu A-D memang mendalam tak dapat nak cerita sekejap 30 minit kena cerita sekurangnya 5-6 jam untuk keseluruhan cerita untuk seseorang.

Namun, tidak semestinya anda mesti ada pola 336 baru boleh melabur atau terlibat dalam pelaburan perniagaan. Tuhan Maha Pemurah maka sebenarnya setiap orang diberikan peluang pada tahun atau bulan malah hari tertentu untuk kita perolehi keuntungan dalam pelaburan, dan sebenarnya banyak strategi lain yang boleh digunakan untuk dapatkan pola 336 atau kuatkan pola 336 anda. Yang penting, ketahui potensi kejayaan anda!


ARE YOU REACHING YOUR POTENTIAL?... YET?
HAVE US ASSIST YOU TO DEVELOP YOUR SUCCESSFUL POTENTIAL
Wealth & Success Inspired by EddyRosyadi.net

Kursus 12 Mei - Temui Puan Khatijah yang akan menceritakan pengalaman dan teknik beliau untung RM600K menggunakan Teknik Pola 336. Merupakan seorang usahawan dalam projek IT menggunakan kaedah pernomboran untuk mencipta suasana pejabat yang kondusif serta mengira setiap tarikh tender menghasilkan banyak kejayaan yang unik.
Picture

The PowerNumber of Investment
The 3 "Dragons" of Investment Numbers (Pattern 336, 696, 769) is here NOW for you!
Picture
Lihatlah kuasa pola 336 & 696! Ditambah dengan kuasa pola 769! Ini bukan omong kosong tapi REALITI! Anda masih menafikannya?

Tak bergunalah buku-buku atau seminar-seminar pelaburan yang anda beli jika anda tidak bertindak sekarang dengan lebih bersistematik.

Anda ada pola 336 tapi kenapa tidak menggunakan kuasa tersebut? Anda suka hidup susah dengan pola 336?  Anda sendiri yang tidak mahu menggunakan kuasa pola anda itu! Bertindaklah sekarang! Kini strategi telah ada! Anda memang boleh jadi jutawan dengan pola 336 & 696 dan apabila anda tiba tahun kitaran 6 dengan pola 769! Anda tiada pola 336 dan perlu merintih sedih kerana dilahirkan miskin? TAK! Anda BOLEH UBAH dengan strategi yang betul.. anda boleh berjaya walaupun anda tidak dilahirkan dengan pola 336! Cikgu A-D tiada pola 336 tetapi boleh meraih keuntungan dalam BSKL apabila tiba masanya untuk untung kerana cikgu A-D tahu dah tiba masanya untuk untung! Anda tahu bila pola 336 anda bawa keuntungan?

Di mana tahap anda sekarang apabila pada tahun 2013 nanti adalah tahun 6 kekayaan?

Ramai orang silap percaturan dan mengalami kerugian dalam pelaburan dan perniagaan kerana tidak buat strategi yang betul dari awal! Jika dah terperangkap dengan Vacuum Star, ianya akan melibatkan kos besar untuk mengubahnya. Jadi, buatlah pelaburan yang menguntungkan dengan strategi dan persiapan yang betul! Jom, kursus Pola 336 & 696!  

Picture
Tahun 2006.

Sebelum anda mengenali ramai motivator terkenal di akhbar-akhbar... sebelum anda mendapatkan khidmat mereka dan berjaya dengan mereka.... cikgu A-D telah berada di hadapan mendahului. Kemudian, seorang demi seorang daripada mereka mendapatkan khidmat cikgu A-D dan akhirnya mereka dan anda dipandang berjaya di persada nasional... cikgu A-D pula? Masih tenang berjuang kecil-kecilan membantu masyarakat sikit demi sedikit.

Tahun 2006.

Permulaan... dapat sekeping cek RM200K dari Affin Securities (kini dikenali Affin Investment) hasil dari saham di BSKL... bermulanya pola 336!


Tahun 2012 kini... dan seterusnya..
Giliran anda pula untuk mencipta kejayaan dan kekayaan! Awal tahun  2012 Puan Khatijah meraih untung bersih RM600K melepasi jauh pencapaian gurunya, jadi tidak mustahil anda boleh menjadi jutawan yang berilmu, beriman dan berkebajikan selepas ini! Sudikan diri anda pelajari teknik pola 336, satu-satunya pertama dan seumpamanya di dunia tiada orang lain yang mengajar kaedah pola 336 ini dalam alam semesta ini setakat ini.


Picture
Tarikh 16 Nov 2006 adalah tarikh deposit cek sebelah pagi.  Cek tersebut diambil pada petang 15 Nov 2006, cuba anda tengok tarikh 15 Nov 2006 itu ada pola 336!

 

Jom, cikgu A-D nak anda pula bank in cek ratus ribu setiap minggu! Jika cikgu A-D boleh, jika puan Khatijah boleh maka anda juga boleh! TRANSFORMASIKAN KEJAYAAN DIRI ANDA!

Tahukah anda cikgu A-D mendapat RM200K manakala Puan Khatijah pula RM600K menggunakan pola 336 ketika kami berada dalam Vacuum Star? Jadi, jangan kata hidup anda tidak boleh diperbaiki!

Anda selalunya bank-in duit yuran dsbnya ke akaun Cikgu A-D tersebut yang pernah mengandungi dan menyaksikan kemasukan ratusan / puluhan ribu ringgit di dalamnya, maka jadikanlah akaun bank anda pula masuk ratusan / puluhan ribu ringgit selepas ini!

Buka satu akaun pelaburan pada 7 Mei 2012 (bermula 1.30 petang ke atas) atau 16 Mei 2012 (antara jam 1.30 petang - 3.30 petang) dan mulakan pengembaraan kekayaan yang baru!

Picture
Dalam kursus Strategi Melalui dan Menghadapi Tahun 2012 Dengan Berkesan yang diadakan pada tahun lepas 2011, ini adalah satu daripada slide kursus tersebut (nantikan kursus Strategi Melalui dan Menghadapi Tahun 2013 Dengan Berkesan pada Nov & Dis 2012). Ramai pakar menceritakan tentang tahun 2012 yang kaya tapi ramai orang awam tidak mengetahui strateginya (arah, masa, gabungan, dsbnya).

Tahun 2012 ini boleh buat duit banyak... cikgu A-D dapat kumpul RM60K untuk persediaan haji, Puan Khatijah dapat RM600K dan ramai lagi pelajar kaedah pernomboran yang untung segera.. Tahun 2012 ini masih berbaki beberapa bulan lagi jadi keluarkan "naga sakti kekayaan" anda segera. Mulakan dengan berdoa kekayaan, juga pola 336, boleh juga pola 696, boleh juga pola 769 atau 666 dan sebagainya... kekayaan yang besar bermula dari satu impian yang besar! Anda nak berjaya kaya?

Picture
Organisasi ini ada pola 336, jadi memanglah power dikenali. Tapi kenapa pula ada masalah tu? Anda akan pelajari teknik garismasa dalam pola 336... sesuatu yang ramai orang tak perasan dan ramai pakar tidak beritahu anda... jangan sekadar tengok potensi tapi juga PRESTASI!


Picture

Picture
Batch seterusnya pada 27 Mei 2012 untuk mereka yang terlepas batch tempohari pada 28 April.

Seperti biasa, Elit769 yang perkenalkan dan bawa pelajar baru ditawarkan insentif; sila hubungi En Nizam 012 769 3807.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly