Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan bermula dari hari ini

11/16/2012

0 Comments

 

Punca peniaga Melayu gagal
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 28 Nov. - Kelemahan dalam pengurusan tunai merupakan penghalang kepada usahawan bumiputera mencapai kejayaan lebih besar dalam bidang perniagaan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, usahawan bumiputera harus lebih mahir dalam pengurusan kewangan termasuk menggunakan sumber yang ada secara bijak untuk memajukan perniagaan masing-masing.

''Jika usahawan bumiputera mendapat pinjaman RM1 juta untuk tujuan perniagaan, mereka akan belanja separuh daripadanya untuk membeli kereta mewah atau barangan lain.

''Pinjaman tersebut bukan sahaja tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam perniagaan tetapi mereka juga perlu membayar faedah atas dana yang diperoleh," katanya.... Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, usahawan bumiputera juga didapati gagal menguasai beberapa perniagaan francais di negara ini kerana tidak menguruskan aliran tunai dengan berkesan.

''Peniaga Melayu berkenaan gagal kerana selepas mereka mendapat keuntungan, hasil itu tidak dilabur untuk beli stok atau memajukan perniagaan tetapi digunakan untuk tujuan lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan usahawan bumiputera melakukan usahasama dengan syarikat lain bagi menimba pengalaman dan ilmu yang diperlukan untuk memajukan diri. ''Selain perlu bekerja dengan rajin, usahawan bumiputera juga harus bekerja secara bijak dan untuk tujuan itu, kita perlu menimba ilmu melalui pelbagai kaedah termasuk membaca buku.

''Seterusnya kita mesti mengenal pasti apa yang kita mahu. Kita boleh mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan selepas itu baru fikirkan cara untuk memajukannya," katanya.

Dr. Mahathir turut menggesa usahawan bumiputera supaya meneroka peluang dalam bidang yang berlainan bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan. ''Jangan nampak orang lain berjaya dengan jual nasi lemak, semua orang pun pergi jual makanan yang sama dan akhirnya gagal," katanya.

----------------

Nampaknya, apa yang ditemui oleh cikgu A-D dari kajian masalah usahawan secara pernomboran dapat disokong - sebahagian besar masalah perniagaan adalah kerana masalah pengurusan aliran tunai (jika dari sudut perspektif pernomboran - Pola Duit Berpusing, Pola Menanggung Hutang Berpanjangan, Status Kewangan 3, Vacuum Star, Wealth Great General, Prestasi Bulanan, dsbnya). Sangat-sangat betul pandangan beliau. Pada cikgu A-D, jika seseorang itu mahu bina bisnes berkesan;
1. Tentunya, pelajarilah potensi usahawan - Pola 696 Potensi Usahawan.  Juga, teknik Arah dan Jenis Pasaran dsnya. Barulah bisnes dengan cara bersistematik. Inikan tidak main ikut je orang buat bisnes menyebabkan kita juga kerugian kerana pola atau potensi kita berbeza!
2.  Belajar juga perihal prestasi usahawan seperti Prestasi Bulanan, dsbnya. Dah tahu potensi sahaja tidak mencukupi sebab anda nak berbisnes sepanjang masa, jadi perlu tahu perihal Prestasi, termasuklah Strategi Tahun seperti Strategi Tahun 2013 dsbnya.
3.  Bina dana kecemasan sebanyak dua jenis;
a.  Untuk usahawan, terutamanya yang ada pola 189, mesti perlu ada RM50 ribu simpanan peribadi.
b. Untuk perniagaan, mesti perlu ada sekurangnya 6 x atau 6 bulan simpanan berdasarkan dari kegunaan bulanan. Contohnya, jika overhead atau breakeven bisnes anda sebulan dalam RM15,000 maka syarikat anda perlu ada RM90,000 simpanan back-up. PERLU DIINGAT BAHAWA PERJALANAN HIDUP DAN BISNES ADA TURUN NAIK (bersedia hadapi tahun Kitaran 7, graf bulanan rendah, vacuum star bulanan dsbnya).


Jika anda ada bisnes yang bulanan RM15,000, anda perlu ada sekurangnya RM140 ribu sebagai backup peribadi dan perniagaan.. kalau tak ada simpanan, binalah sekarang!  Kalau boleh sebelum tahun 2014 dijangka tahun Kitaran 7 untuk seluruh dunia!!!


Zaman sekarang, orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang ada simpanan tunai yang besar. Jika anda nak masuk Bursa Saham, kita perlu kaji prestasi tunai syarikat, bukan sekadar naik turun harga saham. Kalau setakat untung puluhan ribu sebulan atau bergaya mewah, tapi hutang/ liabiliti melebihi tunai, itu bukan businessman berjaya sebab semua orang boleh buat bisnes dengan berhutang sebegitu, tapi tak ramai businessman yang boleh jalankan bisnes dengan tunai yang banyak, hutang yang sikit atau terkawal dan pada masa yang sama ada kemewahan/ kekayaan.


Pengajian:
1.  Pola 6 Potensi Kekayaan.
2. Pola 696 Potensi Bisnes Berkesan (termasuk arah, graf bulanan, graf hayat dsbnya).
3. Seminar Bisnes Berjaya Kaya.


Picture
PERHATIAN: Kepada individu yang telah mendaftar untuk bertemu dengan Master Kasyfullah (Pak Lah) di Kota Kinabalu pada 8 & 9 Dis, sila SMS atau hubungi beliau semula 017 504 9786 kerana beliau kehilangan nombor telefon anda tempohari.

Masih ada 2 ruang masa kosong untuk bertemu Pak Lah di Kota Kinabalu (Ming Garden Residences). Manakala masa cikgu A-D telah penuh ditempah.

Picture
Master Kasyfullah (Pak Lah) akan berada di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) Putrajaya pada Sabtu 15 Disember 2012 antara jam 3 pm - 6 pm. Jika ada individu yang  mahu bertemu Pak Lah bagi urusan konsultansi rawatan pemulihan alternatif/ jalur emas, minyak pyrite, batu cincin, dsbnya, bolehlah tempah masa dengan beliau di 017 504 9786.

Pada hari tersebut, cikgu A-D ada program lain di Putrajaya dan Bukit Jalil.


Picture
Tahun 2012 adalah tahun 5 halangan adalah supaya kita buat perubahan. Dengan perubahan (dengan cara yang betul) kita masuk dimensi tahun 2013 tahun 6 tahun kekayaan... perlu diingatkan bahawa tahun 2014 adalah tahun 7 tahun ujian dijangka ramai orang menghadapi masalah kewangan (sepertimana tahun 2007, 2008 dan 2010 lalu). Tahun 2013 adalah masanya untuk kumpul duit, buat dan beranakkan duit sebagai persiapan simpanan tahun 2014 nanti... apa strategi perancangan anda?



Picture
Kenalpasti tahap kewangan anda dari skala 1 hingga skala 2. Pada skala ke-9 seperti contoh di sini adalah kategori "kurang" kerana kedudukan angka 6 di sebelah petak kanan. Adakah ianya petak anda?  Kenapa begitu? Bagaimana cara untuk mengatasinya? 





Adalah mustahil untuk anda lahir semula pada 2 Disember ini dan memang tak sempat anda nak buat anak baru untuk lahirkan dia pada 2 Disember ini (melainkan wanita mengandung yang sedang menunggu hari bersalin mudah-mudahan dapat 2 Disember ye!). Tapi kita boleh ikhtiar berdoa agar kita mendapat "energi" kekayaan yang sama untuk individu yang lahir pada 2 Disember ini... memang hebat 3-in-1! Jom, ikhtiar!

Utk makluman Cikgu, dh byk pkmbangn positif dr segi kemajuan diri, keluarga dan kewangan sejak mengikuti program bdoa Cikgu, wlupn jarak jauh. Terima kasih diucapkn, ckgu....Saya ... agama Kristian. Semasa waktu bdoa wuquf arafah tempoh hr, sya amalkn doa kekayaan dan kejayaan olahan sendiri dgn ayat2 dipetik dari Bible. Olahan doa ini sya gunakn utk waktu2 bdoa yg sterusnya. Sya pcaya yg energy itu mmg ada dan dperkuatkn lg olh ikhtiar dari Cikgu.


Kaedah pernomboran termasuk waktu berdoa adalah bersifat "universal" untuk semua golongan atau agama. Gunakan cara masing-masing dengan cara yang baik, bagi cikgu A-D tentu sekali menggunakan pendekatan Islamik As-Sunnah Wal Jamaah. Klien cikgu A-D ada dari kalangan kaum Cina atau India juga... kita 1Malaysia kan! 


Picture

Picture
Cikgu A-D baru diberitahu bahawa seorang lagi peserta Seminar Bisnes Berjaya Kaya (BBK) 2012 tempohari mendapat tender untuk menjalankan latihan bagi kakitangan seramai 800 orang. Katakanlah beliau boleh jana keuntungan RM100 x 800 orang iaitu RM80,000... memang berbaloi. Beliau juga adalah peserta kursus sekitar Mac hingga Jun 2012 tahun ini untuk pelajari pelbagai tajuk dan strategi bisnes serta menyertai majlis berdoa kekayaan di Shah Alam pada Jun 2012 lalu. Sebelum ini beliau menjalankan perniagaan sejak 5 tahun lalu dan pernah pada tahun 2010 mengalami kerugian besar. Setelah sesi konsultansi pada Mac lalu yang mana cikgu A-D betulkan tarikh perniagaan dan arah perniagaan beliau untuk "menuju" ke Putrajaya, syukur beliau telah menerima beberapa peluang bisnes yang baik.

Sebelum ini seorang peserta Seminar BBK  ditawarkan projek RM72 juta namun terpaksa ditolak kerana kurang mampu menyediakan bon sekuriti RM2 juta.

Ini menunjukkan bahawa SETIAP DARI KITA ini memang berpeluang untuk buat bisnes dan tentunya berpeluang untuk jadi BISNES BERJAYA KAYA.. tapi perlu strategi, pendekatan, arah, gabungan dsbnya yang betul.


Picture
SESI KONSULTANSI/ PERSONAL COACHING DI MELAKA



Couples do not want to pass up chance to tie the knot on 12-12-12
nicholascheng@thestar.com.my

PETALING JAYA: Few folks are going to let the 12th day of the 12th month in the 12th year of this millennium - the last of triple date sequence - slip away without a big bang. Many are planning to have their “big day” on that date (which will only occur again in a hundred years), touting it as an “auspicious time” for marriage and an “easy anniversary date to remember”. For Kelly Liang, 30, and Alex Choi, 31, a 12-12-12 wedding date had always been in their plans, citing the number as their lucky number.

The hotel sales manager in Penang said she was born on Feb 12 while Choi's birthday was on Dec 10, adding that “our first meeting was at noon”. “He was my customer then. We realised that the number 12 has always been significant to both of us so we wanted to make the ultimate day of 12s as our special day,” said Liang.

For Bamani Lingam, 27, and Thevendran Sakruvathy, 31, their Hindu temple priest had recommended that they tied the knot on that date. “When we were picking out the dates, the priest told us that 12-12-12 was a very auspicious date for marriage, according to our religion,” said Bamani, an assistant manager.

Thevendran said the date appealed to him, but for a different reason. “It's easy to remember when anniversaries arrive.” Circulation worker G.V Lekshman, 24, said he would marry his 24-year-old girlfriend Sharon Sugumar on 12-12-12. “It's kind of a historic day for us since there's not going to be a 13-13-13,” he said. “We wanted to do something memorable, which we can talk about in the future.”

Meanwhile, a National Regis-tration Department spokesperson said it was bracing for a “wedding rush” that day. Mass registration events, she added, would be organised at several of its state branches, adding that it was expecting a “record number”.

“On 11-11-11, last year, 723 couples registered to be married nationwide,” she said.

Penang Chinese Town Hall secretariat Koay Eng Seng said over 75 couples had booked to register their marriage on 12-12-12, adding that more couples were expected to come forward. “There's not going to be another date like this in a century,” said Koay, adding that the hall registered 94 marriages last year, on 11-11-11.



Program bersama cikgu A-D pada 1 Disember (MELAKA) dan 2 DISEMBER (SHAH ALAM).

Di dalam kursus/ seminar cikgu A-D, sudah tidak lagi membuat pengiraan petak, arah dsnya kerana tumpuan diberikan kepada isi pengajian terus kepada cara penggunaan petak/ arah. Individu yang mahu mempelajari cara-cara pengiraan manual untuk petak statik, pembayang, pendua, arah, gabungan, kitaran dsbnya, bolehlah tempah untuk belajar dengan Admin Pernomboran di Shah Alam.
Picture

Picture
Minyak wangi dengan batu Pyrite adalah ilham dari cikgu A-D. Setakat ini dalam setahun diperkenalkan hampir 700 botol telah dijual dan ianya tidak dijual di pasaran kerana kami mahu menjaga kualitinya (kebanyakkan bahan-bahan berkaitan energy yang dijual di pasaran telah tercemar). Batu Pyrite adalah pengalir  tenaga dan wangian pula adalah bersifat frekuensi tinggi. Ianya didoakan oleh Pak Habib di Perlis.



Satu contoh kes di sini bagaimana wangian berubah warna gelap apabila berlaku satu kes berkaitan mistik. Juga kes botol pecah kerana dikatakan menyerap energy hitam dsbnya. Kaedah ini adalah satu ikhtiar untuk membantu kita dalam mencapai kejayaan yang mana kadang kala dihalang oleh perihal energy tidak baik. Kegunaan lain semestinya sebagai "pendinding" laluan masuk energy tidak bagus di dalam bilik (arah 3 dan 8). Tentu sekali pemakaian wangi-wangian adalah satu sunnah nabi saw.

Boleh terus tempah dari Master Kasyfullah (Pak Lah) di 017 504 9786 pada harga RM38 sebotol + RM10 kos pos Semenanjung (RM20 kos pos Sabah/ Sarawak/ Brunei/ Singapura).

Dapatkan wangian Pyrite Versi Terhad (versi Doa di Johor) pada harga RM66 sebotol cuma ada stok 10 botol sahaja. Wangian tersebut telah didoakan dalam Masjid Sultan Ismail semasa majils berdoa kekayaan di Muar pada 22 Nov lalu.


Picture
Untuk benar-benar solid kaya berterusan, terdapat 4 komponen utama asas kekayaan. Ianya boleh dikenalpasti dengan perihal pola angka 6 di dalam petak tarikh lahir anda. Jika anda memiliki 4 komponen tersebut adalah berpotensi kaya hebat seperti jutawan lain. Jika anda tidak memiliki 4 komponen tersebut tidak bermakna anda tidak boleh berjaya kaya jika anda tahu cara untuk mengatasinya.






Picture
Pada Mac 2012 lalu (beberapa hari selepas majlis berdoa kekayaan 11 Mac 2012), seorang peserta pernomboran dapat menjual hartanah bernilai RM1.6 juta yang mana untung RM500 ribu, walaupun sedang dalam Vacuum Star, tetapi dapat juga perolehi keuntungan besar. Penjualan berlaku pada bulan dan hari yang sesuai, dengan kata lain jika kita mengetahui bulan yang sesuai untuk membuat untung, maka kita dapat berusaha dengan lebih berkesan. Pelajarilah perihal analisa bulanan termasuk arah dinamik 2013 serta Strategi Tahun 2013 untuk memudahkan anda mencipta kejayaan dan kekayaan pada tahun 2013 nanti.



Picture
Majlis Berdoa Kekayaan "Doa Kekayaan Diraja" pada 22 Nov lalu dibuat di Masjid Sultan Ismail. Sedang elok masjid itu kurang orang dan ada tangga yang tinggi, maka kami dapatlah bertemu dan berdoa duduk di tangga (kebiasaannya berdoa berdiri lama) dan selepas berdoa di tangga masjid boleh terus masuk ke dalam dewan masjid untuk solat hajat dsbnya... sangat memudahkan.Semasa berdoa 11.30 pagi, cuaca cerah dan angin sesekali perlahan berlalu menyebabkan suasana panas . Selepas berdoa dalam 15 minit, angin menderu berterusan tak perlu pasang kipas.

Kebetulan kami berdoa di tangga yang mengadap sungai dan betul-betul mengadap Istana Tanjung.. tapi pada masa berdoa, Tuanku Sultan tiada di situ kerana berada di majlis di Dewan Jubli Intan. Kami tak sempat pula untuk pergi ke majlis jamuan diraja di stadium di sebelah petang kerana kesibukan mengejar masa.

Kepada individu yang terlibat dalam berdoa atau berdoa secara jarak jauh, teruskan berdoa kekayaan pada bila-bila masa.
1.  Baru-baru ini cikgu A-D menerima panggilan telefon menyatakan beliau sering melibatkan diri dalam program berdoa dan setakat ini dah berjaya kumpul dalam RM10 ribu yang sebelum ini perniagaan agak perlahan... berdoa adalah ikhtiar dan kita ikhtiar bersama-sama... berterusan sepanjang masa.
2.  Sebulan lepas semasa menghadiri satu majlis, cikgu A-D ditegur seseorang yang katanya ada datang ke majlis berdoa 3 Jun di Muar lalu. Sebelum itu, beliau telah diumumkan mendapat komisen jualan RM5 ribu... mudah-mudahan sama ada berdoa atau belajar pernomboran adalah pencetus semangat untuk lebih berjaya kaya.


Picture
Pertama kali dalam sejarah 8 tahun, kelas dibuat di sebuah rumah pangsapuri di Pulau Pinang. Kehadiran 10 orang peserta padat penuhi ruang tamu/ dapur untuk pelajari teknik "Arah dan Jenis Pasaran", peserta adalah usahawan-usahawan bisnes, ada yang duduk di kerusi atau bersimpuh di lantai. Yang penting dapat ilmu... boleh dibuat di mana-mana yang selesa.. dari teknik ini, barulah ramai yang memahami kenapa bisnes mereka bermasalah dsbnya adalah kerana perihal arah dan jenis pasaran dan inilah masanya untuk dibetulkan untuk cipta bisnes berjaya kaya.


Picture
Tidak lama dahulu, seorang peserta kursus Graf Hayat mendapatkan Graf Hayat beliau. Satu dari petunjuk yang ada di dalam Graf Hayat beliau ialah tentang zon "property" yang mana menyatakan beliau "mewarisi hartanah tanpa disedari". Jadi, beliau  pun cuba bertanya sana sini dalam kalangan keluarga dan saudara-mara. Akhirnya terbongkar satu penemuan yang datok beliau ada sebidang tanah dekat KL, tetapi sehingga kini tiada orang yang memilikinya. Harga tanah dianggarkan RM1 juta, jadi apalagi beliau kini sedang menguruskan dokumen-dokumen berkaitan.

Dari sekeping Graf Hayat (satu pengajian Graf Hayat), dapat pula RM1 juta.. rezeki tu, itupun petunjuk yang ada dalam Graf Hayat! Kaedah ini adalah ikhtiar untuk percepatkan kejayaan kita!


Picture

Foto cikgu A-D di Majlis SIRIM-INDUSTRY pada 23 Nov 2012 lalu di KLCC, menerima sijil ISO9001 bagi pihak mewakili sebuah organisasi. Kali ini tercipta sejarah peribadi cikgu A-D apabila dapat membantu organisasi tersebut mendapatkan pensijilan sistem kualiti ISO9001 untuk 12 buah pejabat operasi mereka dalam masa 4 bulan. Bukan sijil ISO9001 sahaja tetapi juga pada masa yang sama sijil ISO13485 (untuk sistem kualiti barangan perubatan) untuk organisasi tersebut iaitu 2 pensijilan dalam 1 masa. Pengalaman cikgu A-D adalah di dalam Pengurusan Sistem Kualiti (Quality Management System) selama 15 tahun ini dan kini sedang menyiapkan beberapa pensijilan lain bagi beberapa organisasi. Kerana pengalaman itu dapat diaplikasikan di dalam kaedah pernomboran kerana kedua-duanya dijalankan secara bersistem (Systematic), berfakta (Factual) dan membuat keputusan secara sains (Decision Science).

Kursus pada 2 Disember 2012 di Seksyen 7, Shah Alam, mendedahkan dan membimbing perihal pola angka 6 yang berkaitan dengan kekayaan.
Picture

I-City Water Theme Park, satu tarikan permainan air, kini dibuka di Seksyen 7, Shah Alam, tidak jauh dari tempat kursus kami di Seksyen 7. Jadi, bolehlah datang kelas dan lepas tu/ sebelum tu bersama keluarga bermain permainan air di situ.
Picture

Seminar "Investomillionaire / Invest2millionaire" yang dijadualkan pada 1 & 2 Disember 2012 ditunda ke bulan Mac 2013 depan bagi memberi ruang untuk lebih ramai individu untuk bersedia menghadiri seminar tersebut (5 penceramah jemputan dengan yuran RM3,660). 

Pada 2 Disember itu diganti dengan kursus berikut di Shah Alam (Seksyen 7).  Kursus ini mengandungi majlis berdoa kekayaan sesuai dengan pengajian kursus iaitu Pola Angka 6 Potensi Kekayaan. Kepada individu yang tidak dapat hadir dan mahu bersama dalam program berdoa jarak jauh pada hari tersebut, sila lihat slide dibawah.
Picture

Picture
Adalah program "berdoa dan energy kasih sayang" secara jarak jauh sebagai satu ikthiar untuk tingkatkan keharmonian dan keserasian dalam percintaan kekasih ataupun rumahtangga.

Adalah ikhtiar doa-doa dan energy khas khusus untuk pasangan kekasih/ suami isteri. Yuran dijangka RM172 bagi program untuk kedua-dua diri anda dan pasangan.

Selalunya kita berdoa kekayaan, kali ini berdoa pula untuk kebahagiaan kasih sayang.

Picture
Tahun depan 2013 adalah tahun berpola 19 yang mana dijangka banyak kes perselisihan faham berlaku di kalangan kita dan tempiasnya terkena kepada pasangan kita mahupun diri kita. Dorongan untuk kita semua berselisih faham adalah kuat, maka kita perlu berusaha positif mengatasinya dan pada masa yang sama juga berdoa supaya usaha kita itu membantu kita mengatasi dorongan tersebut. 


Sejak follow 2 program berdoa kekayaan tempoh hari sya telah dinaikkan pangkat. Pada 29nov ini, sya akn ditemuduga utk knaikan pangkat sekali lagi dlm jabatan. Program ini mmg power. 2 kali naik pangkat dlm setahun. Tg cikgu.

Terima kasih maklumbalas karana dapat membantu pihak kami memantau prestasi program. Aktiviti sebegini diteruskan bagi membantu individu yang memerlukan ikhtiar dalam tambahan kepada usaha mereka. Kadang kala dengan berdoa, lebih-lebih lagi berdoa bersama sama ada secara langsung ataupun jarak jauh, dapat melancarkan tenaga kejayaan. Kepada peserta program berdoa kekayaan teruskanlah berdoa kekayaan bila-bila pun kerana jalan sudah terbuka untuk anda tambah usaha mencapai kejayaan.


Picture
2 tahun lepas, cikgu A-D diminta oleh seorang wanita untuk membantu pulihkan semangat suaminya. Dulu suaminya seorang jutawan dan hartawan malah telah hadiahkan isterinya kereta mewah pada hari jadinya. Namun, sekitar awal tahun 2000, beliau kehilangan RM5 juta menyebabkan beliau tidak lagi bekerja, selalu bercakap dan berfikiran negatif dan hidup dengan wang simpanan yang berbaki sedikit juta tetapi makin jadi kurang dan tidak bersemangat untuk bekerja. Setelah bertemu dalam sesi konsultansi di sebuah lobi hotel dan dijelaskan fenomena daripada graf hayat, barulah si suami itu memahami perjalanan liku kehidupan. Keesokkan harinya, si wanita ucapkan terima kasih kerana si suami sudah mula positif dan mula merancang untuk bisnes baru. Kali terakhir SMS diterima daripada si suami nampaknya seolah begitu ceria untuk mencapai kekayaan sekali lagi.


Fenomena yang dilalui oleh si suami itu adalah "Virtuous Star vs Vacuum Star", satu fenomena yang sering menyebabkan manusia tidak sedar tentang satu perangkap hidupnya... seperti biasa, lelaki ini yang kehilangan RM5 juta adalah individu pola 189... 


Pengajian:
- Graf Hayat Tahap 1, 2, 3 & 4 & Intensif
- sesi konsultansi
- Pola 696 Potensi Bisnes Berkesan.

Picture
Picture

Picture

Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.