Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan adalah Satu Perjalanan

10/19/2012

0 Comments

 

Picture


SARAJEVO – Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

“Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

“Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad.

“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. – AFP



Picture
Foto ketika Majlis Berdoa Kekayaan di Muar pada 2011 dengan kehadiran Honda Accord plet 7272 milik peserta kursus/ berdoa dan pada majlis berdoa kekayaan di tempat yang sama 2012 kereta tersebut diganti dengan Alphard Vellfire plet 7272... tak sampai setahun... kita ikhtiar berdoa.. walaupun dah kategori berjaya jangan rasa selesa.. bab nak jadi kaya biar tamak dengan positif iaitu kalau berdoa jangan sekadar minta rezeki banyak tapi berdoalah rezeki dapat berganda-ganda! ... kini kita bersama-sama ikhtiar berdoa kekayaan Wukuf Arafah 25 Oktober pula...


Picture
Picture
Picture

Picture
Shah Alam: Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari, menyertai Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota masyarakat ... Farid Kamil berkata, beliau akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan. ..

Dah memang beliau ada pola polis pun !

Picture
.


Picture
Ini tarikh lahir seorang pelajar kursus 336 sekitar 3-4 tahun lalu di Shah Alam, Beliau seorang anak peneroka Felda di Perak. Bila diberitahu beliau ada potensi pelaburan 336, beliau bercakap seolah tidak dapat menerima hakikat itu, yelah, anak peneroka yang sepanjang hayat tinggal di tanah Felda manalah berpotensi dalam dunia pelaburan berbanding individu yang tinggal di KL. Lagipun, pola 336 itu ada di sebelah ayah, lagilah beliau tercengang macam mana ayah beliau sekadar seorang peneroka yang tinggal di tanah rancangan boleh terlibat dalam pelaburan!



Tapi, itu dulu, semenjak FGVH disenaraikan di Bursa Saham tahun 2012 ini, ayah beliau dapat duit RM5K malah ditawarkan untuk membeli saham FGVH, jadi ayahnya pun minta si anak tu juga buat pelaburan beli saham FGVH. Jadi, memang benarlah pola 336 tu wujud!

Kisah ini menunjukkan bahawa jika potensi anda sudah ada, ianya kadang tu menunggu masa untuk terjadi, namun kadang tu berlaku di usia lewat dah rugi nak jadi kaya... sebab tu dalam kaedah pernomboran dinamik, kami tidak mencari ketepatan tetapi mencari ruang untuk menjadikan setiap pola yang berpotensi dimaksimakan keuntungan daripadanya lebih cepat... tak perlu tunggu untuk kaya, tak perlu tunggu untuk berjaya... lebih-lebih lagi jika dah ada pola-pola cantik tu maknanya potensi dah ada... bertindaklah... sama ada bertindak besar-besaran atau kecil-kecilan itu bergantung pula sesi pembelajaran/ konsultansi pernomboran yang lebih mendalam.... tapi yang penting ialah BERTINDAK. Jangan sangka anda ada pola tertentu yang rasa tidak logik dengan diri anda maka ianya tidak relevan atau tidak tepat.. kenapa tidak gunakan ruang untuk memaksimakan potensi anda itu!

Picture
Picture

Picture
Sudahkah anda mencuba permainan teka lokasi gambar duit di salah satu abjad (lihat makluman di bawah). 

Menariknya, beberapa orang berikan jawapan yang betul dan dapat "merasai" sebentuk tenaga di abjad untuk jawapan yang betul apabila diletakkan jari di situ. Memang tak logik dari segi sains.. macam mana pula orang boleh rasa gelombang pada skrin komputer yang berbeza, hari berbeza dsbnya. Sebelum itu, cikgu A-D akan "memasukkan" sebentuk tenaga di salah satu abjad tersebut.

Ujikaji ini menunjukkan bahawa memang terdapat satu kaedah ikhtiar metafizik yang boleh kita gunakan dalam usaha kita bekerja mendapatkan sesuatu. Ikhtiar metafizik seperti berdoa, jalur emas, dsbnya, terutamanya yang "jarak jauh" memang wujud dan tidak dapat dilihat atau diukur dari sains. Namun tidak semestinya semua orang mesti merasainya kerana lain orang lain tahap sensitivitinya tetapi menunjukkan bahawa memang kaedah ini ada kewujudannya. Memang misteri! Macam mana "tenaga" boleh dipindahkan secara jarak jauh, kini dalam bentuk skrin komputer... mungkin juga ada "teori konspirasi" mengatakan bahawa kita mampu mempengaruhi minda orang daripada skrin TV, skrin touchscreen smartphone dsbnya... ujikaji ini menunjukkan perkara ini wujud dan boleh dilakukan walaupun tidak dapat dibuktikan dengan sains... zaman sekarang ni "ilmu kebatinan" guna skrin komputer atau smartphone je, memang moden...  setakat ini blog cikgu A-D ni yang pertama di dunia membuat ujikaji ini dan menggunakan kaedah sebegini... 


Salam ckgu, sy nk cb bg jwpn u teka pd abjad tp ntah btl ke tak jwpan dia, dkt abjad tu ada mcm tarikan mdan magnet ltak ja jari mcm nmpk byng duit abjd lain gelap ja... tapi mmg btl sy ltak di abjad 2 mmg ada rasa denytn mcm semut2 dn trikn lbh ke abjad tu dr abjd lain dn pjam mata mcm nampak byng ntah apa2 note duit tk jelas ble tebyng, ajaib mmg ajaib...

Tanpa disangka-sangka, tekaan saya tepat sekali. Mula-mula baca tu rasa macam, aish saya mana ada reti semua ilmu kepakaran yang cikgu citerkan tu...saya main teka ikut gerak hati je la.....last sekali jumpa jawapan teka teki tu....wow ! biar benar ?? tekaan saya betul ? emm...x sangkanya

Sy nk bgtau encik eddy,sebaik shj dpt meneka dgn betul (iaitu E) jantung sy berdegup laju. Maunye tidak,mcm x pcy sy dpt teka dengan betul 


Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Picture

Picture
Salah seorang pelajar cikgu A-D 
(2 kali kursus + 1 sesi konsultansi). Memberi peluang kepada rakan-rakan beliau yang lain untuk turut serta belajar kaedah pernomboran supaya mereka boleh berjaya bersama.... 


Kita teruskan usaha... ikhtiar juga berdoa...


TEKA LOKASI DUIT... menguji keupayaan SIXTH SENSE / Mindpower anda!

Di dalam gambar bongkah emas di bawah ini, salah satu tempat bertanda A hingga J terdapatnya satu gambar duit yang diletakkan dibawah salah satu abjad tersebut.

Gunakanlah keupayaan anda... reiki?, pola 38?, mindpower?, ilmu makrifat?, law of attraction?, alpha wave? dsbnya untuk cari imej tersebut. Jawapan ada di bawah (skrol ke bawah hingga ke buku CInta, Jodoh, Perkahwinan).

Anda boleh letakkan jari anda di setiap abjad, gunakan teknik-teknik yang anda ada...boleh juga cuba berdoa kekayaan ke dsbnya dulu... dan salah satu abjad anda boleh "merasai" gelombang gambar tersebut yang cikgu A-D telah masukkan baru tadi .

Jika dapat jawapan yang betul beritahu cikgu A-D di qmas304@streamyx.com untuk dapatkan hadiah misteri.

Jika tidak dapat jawapan yang betul, tak mengapa, nanti kita ajarkan teknik-teknik seperti pola 38 dsbnya untuk perkemaskan lagi keupayaan anda itu.
Picture

Picture

Rasulullah SAW bersabda bermaksud ;“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” 
( Riwayat Tirmizi ). 

Doa-doa untuk 25 Oktober Program Berdoa Kekayaan Wukuf Arafah  - dapatkan buku-buku doa atau layari internet untuk doa-doa khusus dalam kekayaan dsbnya. Berikut antara link;

Doa Malam Arafah adalah doa ketika jemaah haji berada di Padang Arafah pada 09 Zulhijjah. Doa ini tidak hanya dibaca oleh jemaah haji tetapi juga dianjurkan bagi semua kaum muslimin. Dengan doa ini diharapkan kita terjaga dari segala bencana, dan disampaikan oleh Allah SAW pada hajat dunia dan akhirat yang kita harapkan. Lebih khusus lagi dengan doa ini kita doakan semoga ibadah haji saudara-saudara kita menjadi haji yang mabrur, diredhai oleh Allah SWT, diberi kesihatan yang baik dan diselamatkan dari segala bencana. Berikut ini di antara bahagian dari rangkaian kalimat doa Malam Arafah: http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/04/doa-malam-arafah/ 

http://spirithaji.com/berbagi/1526-doa-panjang-ketika-di-tanah-suci-dan-wukuf-di-arafah.html 

http://mariafirdaus.blogspot.com/2012/02/travelog-haji-part-72-doa-arafah.html 

Picture
Picture

Picture

DITANYA&DIJAWAB: Program Wukuf Arafah 25 Oktober 2012

S: Apakah tujuan program itu?
J: Dalam kaedah metafizik, sama ada metafizik Islamik atau metafizik biasa (metafizik dunia Barat / Timur dsbnya), ikhtiar untuk menjana atau "mendapatkan" sebentuk "tenaga" dilakukan bagi membantu manusia untuk tingkatkan keupayaan diri seterusnya mendorong seseorang itu kepada fasa bertuah dalam hidup. Dengan kata lain, apabila ada tenaga yang dimasukkan ke dalam badan seseorang, individu itu lebih ceria, bersemangat, bertuah dan sebagainya. Terdapat banyak cara dari kaedah metafizik Islamik atau metafizik Barat / Cina / India dsbnya (salah satunya seperti kaedah Feng Shui).

Program Wukuf Arafah ini adalah gabungan kaedah Pernomboran Dinamik, berdoa dan terapi alternatif gelombang tenaga (untuk Pakej PA dan Pakej PB yang ada terapi tersebut). Berbanding dengan ikhtiar metafizik yang lain yang mungkin sekadar berdoa sahaja atau terapi sahaja. Dari pandangan kaedah pernomboran dinamik, terdapat hari dan waktu tertentu yang dikatakan mengandungi "tenaga" yang baik khusus untuk kekayaan dan ianya jatuh pula pada hari yang sama pada hari wukuf itu iaitu 25 Oktober 2012.

Tujuan program ini adalah untuk membantu membekalkan seseorang itu dengan tenaga yang baik secara ikhtiar metafizik. "Tenaga" itu dibekalkan dengan cara metafizik, iaitu bukannya dengan cara fizik seperti penghantaran surat dalam pos kepada seseorang dsbnya tetapi seumpama terapi jarak jauh. Dalam program Wukuf Arafah ini, tenaga yang dikhususkan adalah untuk perihal kekayaan seperti bertambah rezeki, rezeki lebih baik, lebih kaya dan seumpamanya. Ianya juga boleh digunakan untuk perihal lain seperti ketenangan hidup dsbnya tetapi program ini lebih khusus kepada perihal kekayaan.


Sememangnya kita disarankan untuk berdoa sepanjang masa tidak mengira waktu maka teruskan cara sedemikan dan tambahkan pula dengan waktu berdoa cara pernomboran pula.

S:  Jika terlepas 25 Oktober ini, apakah ada lain program seumpamanya?
J:  Program berdoa kekayaan sentiasa ada berterusan pada hari-hari lain tetapi lain program lain suasana tenaganya. Untuk 25 Oktober ini adalah jatuh pada hari wukuf di Padang Arafah yang mana ianya satu hari yang sangat-sangat dimuliakan dalam Islam - hari yang sangat baik berdoa. Dari perspektif biasa, pada hari tersebut, lebih kurang 2 juta orang berkumpul di Arafah. Oleh yang demikian, selepas 25 Oktober ini, kenalah tunggu hari wukuf pada tahun 2013 depan. Maka, jika terlepas 25 Oktober ini, maka kena tunggu setahun lagi iaitu sudah dibazirkan masa setahun.

Namun, dari sudut pandangan pengiraan kaedah pernomboran untuk hari wukuf 25 Oktober 2012 ini adalah berbeza untuk hari wukuf akan datang kerana ianya mengandungi pola-pola yang dikaitkan dengan kekayaan berbanding hari wukuf lain. Kebetulan, kehadiran KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong Malaysia dan SPB Raja Permaisuri Agong berada di Arafah pada 25 Oktober ini, maka kita tidak dapat untuk pastikan Agong yang sama atau Agong yang lain akan berada di Arafah pada tahun-tahun akan datang. Dengan kata lain, 25 Oktober ini sangat istimewa  sudah pasti.

S: Apakah keberkesanan kaedah ini?
J: Dalam kaedah pernomboran, kami tidak menjanjikan kesan melainkan ini adalah satu ikhtiar tambahan kepada usaha anda dalam mencari/ mengharap kekayaan. Pada kami, lebih baik berikhtiar daripada termenung sahaja. Ikhtiar ini adalah satu tambahan kepada usaha dan pengharapan/tawakal kita dalam mencapai sesuatu matlamat. Sekurangnya kita telah berada di satu langkah di hadapan daripada tindakan termenung. Ikhtiar dengan cara berganda (berdoa bersama, terapi jalur emas, hari & waktu pola kekayaan dsbnya) adalah cara untuk menggandakan ikhtiar kita berbanding ikhtiar sendirian.

Anda boleh saja berdoa sendiri (pakej PD menerima 1 waktu berdoa manakala pakej lain dapat 5 waktu berdoa) atau minta sesiapa doakan untuk anda, namun ikhtiar berganda daripada kami yang sememangnya berada dalam "frekuensi" atau minda kekayaan lebih mendorongkan ikhtiar itu kepada kekayaan berbanding dengan berdoa sendiri atau minta orang lain yang doakan yang mungkin bukan atau kurang  khusus sangat  dalam kekayaan.

S: Kenapa kos mahal?
J: Oleh kerana ini adalah kaedah berganda, maka beberapa pihak terlibat sama dan saguhati diberikan kepada mereka yang bantu dalam program kami. Lagipun beberapa aktiviti khusus untuk program ini dibuat yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan kerja-kerja kami yang lain untuk 2-3 hari dan pampasan sewajarnya dibuat bagi menampung kos. 

Terdapat alternatif lain selain pakej PA iaitu boleh PB RM183 (didoakan) atau PD RM38 (1 waktu berdoa) untuk individu yang belum dapat untuk sertai pakej PA (tetapi sayanglah, sebab ini adalah satu program sangat unik berbanding program berdoa yang lain kerana melibatkan KDYM SPB Yang Dipertuan Agong Malaysia secara tidak langsung).

S: Apakah keunikan program ini?
J: Seperti berikut;

1.  Program berdoa sebegini adalah lanjutan daripada beberapa siri berdoa+jalur emas yang telah cikgu A-D laksanakan sejak 2 tahun lagi, jadi kami ada pengalaman yang luas dalam pemilihan hari, waktu, modul program dsbnya berbanding organisasi lain. Malah, cikgu A-D merupakan orang yang pertama di dunia yang menganjurkan kaedah ini 2 tahun lalu. Sejak 2 tahun lalu, beberapa individu telah memberikan maklumbalas yang positif daripada program berdoa ini maka program ini diteruskan pada 25 Oktober pula.

2.  Malam 25 Oktober adalah malam Jumaat yang sering dikaitkan dengan kemuliaan ibadah dan pahala dengan kata lain "tenaga" yang baik (mengikut Islam, bermula maghrib sudah masuk hari seterusnya). Kebetulan pada malam tersebut, terdapat satu waktu berdoa untuk "jadi jutawan segera" dari sudut pernomboran dinamik, maka berganda-ganda "tenaga" yang baik. 

3.  Pada 25 Oktober adalah hari Wukuf di Arafah yang sememangnya dimuliakan dengan pahala iaitu tenaga yang baik. Malah, 2 juta orang akan berdoa  "bersama" kita (selalunya kita buat majlis berdoa di Muar/ Putrajaya/ Shah Alam sekadar 30 - 90 orang sahaja yang hadir berdoa bersama, tapi kali ini memang gerenti 2 juta berdoa bersama!). Menarik sekali, kehadiran KDYM  SPB Yang Dipertuan Agong di situ (sebelum ini paling hampir kita berdoa dekat dengan kerabat raja ialah pada 3 Jun lalu di Muar bersebelahan Istana yang mana kebetulan pada waktu akhir berdoa kita itu helikopter Sultan mendarat di Istana).

Jadi,  perihal-perihal inilah yang menambahkan keunikan kaedah ini, ditambah pula hari Khamis adalah hari yang disunatkan berpuasa, kebetulan Khamis itu adalah 9 Zulhijjah yang disarankan berpuasa, maka berganda-ganda pahala atau tenaga yang baik. Kebetulan, hari selepasnya iaitu 26 Oktober adalah Hari Raya Aidil Adha yang mana ibadah korban juga menambahkan lagi ikhtiar kita untuk tenaga kekayaan, kebetulan pula jatuh hari Jumaat iaitu hari yang dimuliakan juga (Hari Raya Aidiladha di Malaysia jatuh hari Jumaat pada tahun 2005 lalu, kini 2012 dan seterusnya tahun 2020 nanti! Memang dah terlepas sangat dah... lagipun pernomboran untuk tahun 2020 mahupun 2028 "kurang power", jadi tarikh program Wukuf Arafah seterusnya ialah pada 7 Febuari 2036! Kalau masih hidup!

Picture
Picture
Picture
Arah kiblat dari Asia Tenggara (Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura) adalah lebih kurang BARAT LAUT. Pada hari 25 Oktober, kedua-dua tarikh Masihi (25 Oktober) dan Hijrah (9 Zulhijjah) adalah angka 7 dan 6 memang terbaik!
Picture
Picture

Picture
Hari dan Waktu Berdoa "Wukuf Arafah" yang paling sangat best seterusnya adalah pada 7 Febuari 2036, dari segi pernomboran tarikh ini mengatasi 25 Oktober 2012... kalau umur panjang :) ... kita buat program ini lagi... tahun tu umur cikgu A-D dah 70 tahun. Buat masa ini kita ambil kesempatan 25 Oktober 2012 dahulu...


Picture
TIPS untuk berdoa pada hari dan waktu berdoa kekayaan program Wuquf Arafah 25 Oktober 2012.

Kepada mereka yang telah / akan mendaftar untuk program ini sama ada pakej PA, PB, PC atau PD, berikut adalah tips untuk berdoa pada waktu yang akan diberikan (akan SMS pada jam 7 petang 24 Oktober) - terdapat 5 waktu berdoa (untuk individu pakej PD akan diberikan waktu berdoa untuk no 5 sahaja - malam).

Maksud berdoa kekayaan adalah melakukan aktiviti yang memohon kepada Yang Maha Kuasa untuk kekayaan - sama ada berzikir, berdoa, solat hajat dsbnya. Jika anda sedang bekerja atau wanita yang uzur tidak boleh buat ibadah, boleh berdoa secara biasa seperti membaca doa dalam hati dsbnya tidak semestinya perlu ada ibadah. Juga, membaca mahupun menonton bahan yang berkaitan kekayaan seperti artikel di majalah kewangan atau menonton drama kisah orang kaya pun boleh juga seolah anda berdoa untuk mendapatkan impian tersebut.

Doa kekayaan pada waktu (1)  - iaitu pagi
Waktu sepertiga malam untuk berdoa, Kepada saudara seIslam eloklah jika boleh buat aktiviti Qiamulail (kepada wanita yang uzur, tidak mengapa jika anda dapat bangun sebentar dan berdoa begitu sahaja) manakala kepada rakan-rakan bukan Islam anda bolehlah berdoa mengikut cara anda. Berdoa untuk rezeki yang masuk berganda dan rezeki yang terkumpul berganda serta dipelihara kekayaan daripada anasir tidak baik, juga dipermudahkan cara untuk kaya dan dielakkan daripada bebanan kewangan.

Doa kekayaan pada waktu (2) - iaitu pagi
Sama seperti waktu (1) di atas.

Doa kekayan pada waktu (3) - iaitu pagi
Waktu ini adalah penting untuk anda berdoa supaya anda dipayungi, disinari dengan limpahan cahaya "bintang jutawan" supaya apa jua ikhtiar anda membuahkan keuntungan yang besar bak jutawan. Juga, berdoa supaya anda menjadi seorang pemimpin yang  berjaya kaya.

Doa kekayaan pada waktu (4) - iaitu malam
Sama seperti waktu berdoa (1) di atas.

Doa kekayaan pada waktu (5) - iaitu malam
Waktu ini sangatlah penting sebab satu daripada permohonan yang boleh diberatkan ialah "menjadi jutawan segera". Untuk makluman, cikgu A-D pernah dijemput oleh pihak MMP (MillionaireMindpower) di bawah Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad untuk sesi berdoa pada Feb 2010 (Tasik Titiwangsa, KL) dan Mac 2010 (Pulau Tioman). Doa yang dipilih ialah "menjadi jutawan segera" sesuai dengan perjuangan MMP... mulai 2010 sejak itu kita dapat lihat bagaimana MMP dan peserta MMP ramai yang mendapat kejayaan besar.

Oleh kerana waktu (5) adalah malam Jumaat, maka bacalah Surah Yasin kalau boleh berjemaah di masjid dan selepas itu berdoa pada waktu ini untuk "menjadi jutawan segera". 
Tips:
1.  Mohon supaya anda dipilih dan diberi kekuatan/ jalan untuk menjadi seorang jutawan segera.
2.  Mohon diberi petunjuk kekayaan sebagaimana jutawan-jutawan yang sedia ada.
3.  Bacalah doa-doa berkaitan kekayaan (dari buku doa atau di internet).
4.  Ada masa terluang, tataplah majalah/ bahan bacaan berkaitan kekayaan dan jutawan seperti majalah JUTAWAN, laman web jutawan2 dsbnya.

Makluman: matlamat berdoa menjadi jutawan segera adalah ikhtiar, tidak mengapa hasilnya bagaimana rupanya tetapi usaha anda telah dizahirkan kepada Nya yang menyatakan kesediaan anda untuk melakukan perubahan.

Kepada peserta pakej PA, PB dan PC, pada waktu (5) ini akan dilakukan sesi berdoa dan jalur emas dari tempat kami masing-masing iaitu jarak jauh (individu pakej PB tiada jalur emas) mudah-mudahan ikhtiar kita bersama nanti lebih berkesan.

Semoga teknik ini dapat membantu dalam ikhtiar kita untuk mencapai kejayaan.

Ambil peluang ini kerana adalah sukar untuk mendapatkan wukuf arafah pada hari Khamis/ Jumaat, (terutamanya hari Jumaat, kerana untuk tahun-tahun akan datang, wukuf arafah jatuh pada hari biasa dan mungkin pengiraan pernomboran kurang power sebaik yang ada pada 25 Oktober 2012 ini.

Menariknya, untuk "alignment" tenaga dengan berdoa ke arah Arafah pada tarikh tersebut adalah kehadiran KDYMM SPB Yang Dipertuan Agung dan Permaisuri Agong yang akan berada di Arafah pada tarikh tersebut. Maka secara metafizik, kita "alignment" tenaga kita dengan power orang kenamaan dsbnya ke situ, jadi itulah kelebihan tarikh 25 Oktober 2012 yang arah mata angin 7 (Barat Laut) dan Tengah juga 7 serta dari pengiraan Hijriah arah mata angin 6 (Barat Laut). Sangat sukar untuk cari kombinasi dan fenomena sebegini cantik, mudah-mudah power berkesan.

Picture
Picture

Picture
HABIS STOK.
Pihak penerbit telah memaklumkan bahawa buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan telah habis stok dan belum pasti cetakan seterusnya. Stok cetakan pertama telah habis 2 tahun lepas dan kini cetakan kedua baru sahaja habis. 

Mohon maaf, buku ini tiada lagi stok dan tiada lagi di pasaran.

Untuk peserta SEMINAR SERI MAHARANI, pihak kami akan cuba dapatkan bahan percuma yang lain.


Picture
JAWAPAN TEKA LOKASI GAMBAR DUIT: E 


email jawapan anda ke qmas304@streamyx.com


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.