Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan Adalah Sasaran Utama Kehidupan

2/13/2012

0 Comments

 

Picture
Dari Harian Metro.

Adakah anda mahu menempuhi kehidupan berpasangan begini yang penuh dengan drama? Tu belum lagi perihal tentang kekayaan... Pelajarilah kaedah pernomboran dan graf dinamik (pada 18 Feb 2012) untuk kenali pelbagai perihal tentang potensi jodoh dan perkahwinan. Anda kuasailah diri anda dan kehidupan anda dengan pendedahan dan teknik-teknik yang unik dan praktikal.

Perkahwinan atau hidup berpasangan adalah satu risiko. Anda perlu belajar untuk memahami risiko dan memahami cara bertindak ke atas risiko, umpama anda risiko melabur di dalam sebuah syarikat, barulah anda seorang yang berkesan mengendalikan perihal kehidupan yang sentiasa mencabar ini. Jika anda telahpun berkahwin, kini pelajarilah tentang penjelasan dan teknik penyelesaian serta teknik peningkatan untuk kehidupan berpasangan yang lebih berkesan.


Picture
Pola 769 dalam gabungan

Cuba periksa gabungan anda ada tak pola 769? Kalau tak de memang padanlah anda tak seperti depa tu.. jadi kalau selama ini anda suami isteri gaduh je / hidup susah je yang mana gabungan anda tiada 769 memanglah begitu perjalanannya, jadi tak payah lagilah gaduh-gaduh kerana anda berdua memilih untuk membiarkan diri anda berdua untuk hidup tanpa pola 769, jadi tak ada  gunanya nak penat berperang sebaliknya berubahlah bekerjasamalah untuk dapatkan pola 769 dalam diri dan gabungan serta ahli keluarga supaya anda semua dapat menjalani kehidupan yang baik.. ikhtiarlah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bermakna... kan lebih positif tu.

Ada pelbagai cara untuk dapatkan atau aktifkan pola 769.... nanti dibincangkan mendalam dalam kelas pola 769 pada 11 Mac depan, juga akan dibincangkan sedikit dalam kursus Teknik Kasih Dua Hala pada 18 Feb ini.


Perhatian: Kepada semua individu yang mempunyai graf hayatnya di bahagian MAIN STRUCTURE adalah SUN, dapatlah kiranya anda dapat hadir ke Majlis Berdoa Kekayaan pada 11 Mac 2012 kerana pada tarikh dan waktu yang dipilih memang adalah MAIN STRUCTURE "SUN". Jika anda tidak pasti tentang graf hayat, boleh ajukan email ke [email protected] untuk diperiksa - berikan maklumat nama, jantina, tarikh lahir, jam masa dilahirkan dan negeri kelahiran. 

Individu MAIN STRUCTURE SUN biasanya didapati mempunyai susur galur keturunan sultan atau raja, contohnya cikgu A-D adalah Main Structure SUN. Kerana kebetulan Majlis Berdoa 11 Mac nanti adalah di Muar, Bandar Diraja! Ini adalah masanya untuk anda serlahkan, sumbangkan atau tingkatkan energi SUN anda itu.

Juga, individu yang mempunyai Day Master Yang Fire juga digalakkan hadir untuk tingkatkan keupayaan kepimpinan anda secara kaedah berdoa nanti.

Testimoni:

Alhamdulillah, syukur close cash RM495,000 sale today. berkat ilmu yg kak belajar dari cikgu dan buku quran law of attraction. Kebetulan agaknya no giliran utk transaksi kat bank tadi 1238.

Ulasan cikgu A-D: selepas mendapat mesej SMS di atas, klien di atas adalah ejen unit trust di Muar menelefon dan menyatakan beliau dapat cash in tambahan RM50 ribu daripada seorang lagi pelanggan, jadi jumlah sale cash hari ini adalah RM545,000 yang mana komisen untuk satu hari ini adalah sekitar RM18 ribu - bayangkan satu hari bekerja sudah RM18 ribu. Menggunakan teknik arah dan halatuju serta teknik arah kejayaan dalam bilik (akan dibentangkan dalam kursus Klinik Usahawan di Pontian pada 18hb Feb ini). Kaedah pernomboran adalah satu kaedah ikhtiar membantu individu untuk berjaya jika disertakan dengan ilmu, doa (klien ini telah hadir di majlis berdoa kekayaan di Muar pada 27 Nov 2011 lalu serta selalu mengamalkan waktu berdoa kekayaan yang cikgu A-D berikan), kesungguhan dan kekuatan dalaman yang positif.

Juga, tentang angka 1238 itu iaitu 38 adalah berkaitan dengan "tenaga dalaman" yang positif, juga berkaitan dengan "law of attraction". Di dalam kursus Pola 769 pada 11 Mac depan ada satu sesi tentang teknik pola 38.  Mudah-mudahan kita persiapkan diri kita dengan ilmu, doa dan tenaga dalaman yang baik untuk kita menjalani kehidupan yang lebih berkesan. Tambahan pula kali ini kursus 769 serta berdoa 11 Mac nanti kini berada di sebuah Bandar Diraja.

Assalamualaikum mstr pak lah.. slpas solat maghrib td saya mbaca surah yassin dan di dalam doa saya tnampak dgn jelas wajah seorg sheikh @ kiai bjubah putih tsenyum sambil menuju ke arah saya..

Alhamdulillah setelah berjumpa dgn cikgu byk yg terbaik dari Allah yg saya temui. Saya akan manafaat kpd semua - master pak lah.


Picture
KLINIK USAHAWAN Siri 1: TEKNIK ARAH HALATUJU PASARAN PERNIAGAAN BERKESAN Secara Kaedah Pernomboran.

PUSAT KHIDMAT AADK DAERAH PONTIAN, LORONG SURAU, KG RIMBA TERJUN, 82000 PONTIAN

Sabtu, 18 Febuari 2012


Picture
KURSUS TEKNIK KASIH 2 HALA & KESERASIAN GABUNGAN CINTA EMAS secara Kaedah Pernomboran dan Metafizik Tenaga

Dewan MPJBT, Bangunan MPJBT, Skudai, Johor.

Sabtu, 18 Febuari 2012


Picture
Foto Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, Johor  di sebelah malam dirakam oleh cikgu A-D pada 11 Febuari lalu. Lokasi tempat berdoa pada 11 Mac nanti.

Sila daftar sebelum atau pada 2 Mac 2012 untuk kami tempah beberapa Door Gift yang bertulis Aura769. Jika terlewat daftar, cuma dapat Door Gift tiada bertulis.


Soalan:
bolehkan waktu berdoa kekayaan pada 11 mac nanti di buat secara jarak jauh oleh saudara eddy(di kenakan charge)?

Jawapan:
Ya boleh, sila emailkan (ke [email protected]) nama anda dan nama ibu anda. Kami akan menyebut nama anda itu dalam sesi doa kami itu. Charge adalah RM138 untuk satu nama dan untuk nama-nama seterusnya (jika satu keluarga) adalah RM83 setiap seorang. Walau bagaimanapun adalah sangat digalakkan untuk hadir kerana energy berdoa di situ nanti lebih kuat  (tetapi jika saudari jauh seperti di Sabah atau sedang ada program lain pada hari itu ke tak mengapalah sekurangnya ada ikhtiar juga untuk berdoa). 


Picture
Testimoni kaedah berdoa mengikut hari dan masa secara kaedah pernomboran. Alahai, ada juga individu yang salahgunakan kaedah pernomboran ni. Berdoalah untuk kekayaan & kejayaan yang sewajarnya. Mudah-mudahan berhasil...

Picture
Graf Hayat Whitney Houston

Dunia hiburan antarabangsa kehilangan seorang lagi diva dan ikon iaitu kematian Whitney Houston. Walaupun beliau seorang yang terkenal pada awalnya, namun sejak  sekitar tahun 2000, kehidupannya berubah kepada kehidupan yang kaya duit tapi merana jiwa dengan masalah perkahwinan dan personaliti seperti pengambilan dadah.

Tentu sekali kita mencari penjelasan kenapalah seseorang itu perlu menghadapi situasi perit sebegitu. Rupanya, daripada graf hayat beliau (waktu lahir yang diberikan didapati daripada sebuah laman web) mendapati beliau sekarang mengalami beberapa fenomena konflik hidup seperti Vacuum Star dsbnya (untuk penjelasan mendalam akan diberitahu di dalam kelas Graf Hayat nanti). Barulah kita faham bahawa beliau secara tidak sedar agaknya memilih untuk membiarkan hidupnya dikuasai alam daripada beliau sendiri menguasai dirinya mengatasi konflik daripada alam. Beliau mahu menggunakan dadah dsbnya sebagai satu cara jalan keluar keperitan jiwa (kan tahun 2012 ni pun tahun jiwa kacau) tetapi pilihan sebegitu tidak membantu.

Menggunakan Graf Hayat bukan bermaksud kita menilik bila kita akan mati (kita boleh mati bila-bila masa sahaja) tetapi menjelaskan bahawa apabila seseorang itu sedang menempuh tempoh usia yang perit, jika tanpa ada kekuatan jiwa dalaman, seseorang itu cenderung untuk memilih ke jalan kehancuran. Sebenarnya, jika kita sentiasa berusaha dan ikhtiar dalam positif dan tenaga dalaman yang kuat (dengan kata lainnya seperti memiliki iman yang kuat), kita mampu mengatasi sebarang tempoh usia yang perit. Fahamlah kita bahawa memang hidup kita ini perlu melalui tempoh sukar, tetapi lain orang lain jenis kesukaran dan lain tempoh usianya. Padanlah ramai orang bermasalah seperti penagih dadah, individu muflis dsbnya melalui hidup yang sebegitu kerana terjatuh di dalam tempoh usia perit.

Sejak sesi konsultansi sebulan dua ini, cikgu A-D didatangi oleh ramai usahawan yang mengadu menghadapi masalah perniagaan walaupun sebelum ini mereka adalah usahawan yang menguntungkan. Rupa-rupanya mereka itu didapati baru atau sedang memasuki tempoh usia perit seperti Vacuum Star.

Tahukah anda seorang selebriti terkenal tanahair yang mengeluarkan produk kecantikannya sendiri kini juga dalam Vacuum Star, tetapi sehingga kini nampak begitu baik perjalanan perniagaan. Ini bermakna tidak semestinya Vaccum Star itu memeritkan jika kita ada persiapan sewajarnya seperti selebriti terkenal tersebut yang memiliki kekayaan sebelum menempuh Vaccum Star.

Oleh yang demikian, cikgu A-D perlu hidupkan semula kursus Graf Hayat ini yang selama ini dipendamkan kerana sudah terlalu ramai yang menghadapi situasi perit dalam kehidupan dan mereka tidak menyedari bahawa mereka sedang melalui tempoh perit itu. Ramai usahawan yang mengalami keperitan itu cuba mengembangkan perniagaan mereka ketika Vacuum Star atau dalam beberapa tempoh usia perit yang lain dan akibatnya kesusahan datang menjerat mereka sendiri. Bukannya tidak boleh buat sesuatu semasa Vaccum Star tetapi perlu ada STRATEGI ikhtiar untuk melaluinya dengan baik.

Satu contoh yang cikgu A-D ada tentang tempoh usia perit graf hayat adalah kisah hidup sdra Noredie (Crown Manager Avail), memang beliau hidup sangat susah pada tahun 2008 dengan kereta ditarik rumah dilelong (walhal sebelum ini beliau adalah seorang jurutera bergaji RM10K). Rupanya beliau sedang melalui fenomena "graf gaung". Namun setelah beliau cuba untuk bangkit daripada kesukaran dengan salah satunya hadir ke kursus cikgu A-D di PUSMA, Skudai pada Disember 2008 dengan bayar yuran pinjam duit orang, kini beliau adalah usahawan yang berpendapatan tinggi. Jika ikut teori graf hayat, beliau sepatutnya masih perlu hidup perit untuk beberapa tahun lagi sebab graf gaung masih ada lagi, tapi dengan kesungguhan, ikhtiar, berfikir positif walaupun dicaci kerana jenis perniagaannya itu, berdoa (sdra Noredie telah hadir 2 kali majlis berdoa kekayaan), tambah ilmu (3 kali hadir kursus-kursus cikgu A-D dan buat sesi konsultansi), beliau telah dapat keluar daripada teori kegagalan tersebut. Dengan kata lain, kita masih ada ruang untuk tingkatkan kehidupan kita ini jika kita memilih untuk membuat perubahan, tapi dengan strategi yang betul (gunalah kaedah pernomboran).

Cikgu A-D sebelum belajar kaedah Pernomboran telah terkena Vacuum Star sekitar awal 2000, itu yang tercari-cari penyelesaian dan sentiasa berniat untuk mati, tetapi syukur Tuhan menunjukkan kaedah Pernomboran yang membantu menjelaskan situasi dan seterusnya memberikan beberapa strategi penyelesaian. 

Sesiapa yang belum menghadiri kelas Graf Hayat adalah penting untuk menghadirinya sebagai satu kaedah mempelajari bagaimana membina strategi menyusun kehidupan. Contohnya, bagaimanakah caranya untuk anda lalui tempoh usia perit seperti tempoh Vacuum Star dsbnya. Jika anda ada perniagaan, apakah strategi yang boleh digunakan untuk terus untung dalam bisnes walaupun dalam graf gaung atau Vacuum Star? Terdapat banyak lagi fenomena perit seperti Blocking Star, Widowed Star, Terminating Star, dsbnya.

Menariknya, jika daripada pengiraan dari graf hayat untuk 11 Feb 2012 bagi Whitney Houston  iaitu pada hari kematiannya adalah satu hari yang sangat perit juga. Dalam kelas Graf Hayat nanti anda akan dapat lihat bagaimana terseksanya hidup beliau menempuhi hidup dengan banyak fenomena STAR yang perit. Sekali lagi diingatkan, bukan bermaksud apabila adanya hari yang perit bermakna anda akan mati, kerana hari perit itu bukannya sekali datang tetapi beratus kali datang dalam hidup kita (takkan kita mati beratus kali pula), cuma kita tak perasan dan tentunya sikit-sikit perit lama-lama terkumpul menjadi penyakit serious pula.

Ada orang sedang menjalani tempoh usia hidup tidak perit pula seperti selebriti Justin Bieber yang kini sedang dalam tempoh Virtuous Star (star jutawan). Jadi, marilah hadir kursus Graf Hayat untuk mengetahui perjalanan hidup anda untuk anda sediakan strategi sesuai apabila sedang dalam tempoh usia bagus ataupun dalam tempoh usia perit.

Kursus Graf Hayat:  Mengenali Fenomena "Star" Untuk Menjalani Kehidupan Yang Berkesan

Untuk makluman, kursus Pola 769 yang mengandungi pola 38 juga (serta kelas pola 38 yang terdahulu) adalah satu daripada teknik untuk tingkatkan kekuatan dalaman supaya kita dapat mampu menempuhi tempoh usia sukar yang macam mana sekalipun. Graf Hayat sebenarnya mengukur "energy" seseorang, kerana itulah kaedah Pernomboran bukan sekadar belajar teknik dan strategi tetapi pada masa yang sama ikhtiar membina energy yang kuat (seperti teknik Jalur Emas, teknik Pola 769 / 38, dsbnya).

Kita menggunakan kaedah Pernomboran dan Graf adalah untuk memahami perjalanan hidup kita dan ikhtiar untuk meningkatkan kehidupan. Memang benar hidup kita telah ditakdirkan tetapi kita ikhtiarlah memahami perjalanan takdir itu seperti bila masanya kita perlu hidup sukar untuk kita ikhtiar atasinya dan bila pula kita boleh ambil peluang untuk berjaya. Apabila anda berada di tahap metafizik yang lebih tinggi yang mana anda akan menjalani kehidupan dengan positif, ketika itulah Graf Hayat Vacuum ke, angka apa ke tidak lagi ada kesan untuk anda kerana anda telah menguasai kehidupan anda. Anda mampu untuk hidup dalam keredhaan dan keikhlasan yang lebih mendalam kepada Yang Maha Kuasa berbanding sekarang ini yang perit dan sesekali menyalahkan Nya pula.

Hidup... adalah untuk kita kuasai perjalanan kehidupan,
supaya kita melaluinya dengan redha dan tabah dipenuhi saat dan peluang kejayaan,
supaya destinasi terakhir kita nanti adalah syurga kedamaian,
Hidup yang penuh dengan senyuman dan kegembiraan,
Bukannya hidup yang penuh dengan tekanan dan ketakutan,
Mati pula dengan kehormatan dan keimanan,
Bukannya mati dengan kehinaan dan kepayahan.
- Cikgu A-D


Picture
Program Bijak Bistari Secara Kaedah Pernomboran di UTHM, Batu Pahat pada 11 Febuari 2012.

Foto cikgu A-D dan Team Admin Pro769 di pintu utama UTHM.

Terima kasih kepada Puan Haiza dan suami serta Puan Aspa dan kakitangan UTHM.

Picture
Mahasiswa / i dalam dewan kuliah sedang menjalani "game" kaedah pernomboran. Terdapat 4 jenis "game" yang diberikan supaya para pelajar dapat memahami aplikasi kaedah pernomboran. Satu daripada game adalah duduk di arah kejayaan dalam kelas mengikut arah mata angin masing-masing.




Cikgu A-D difahamkan terdapat segelintir pelajar bermasalah, rupanya majoriti mereka arah dari hostel penginapan ke kampus adalah arah tekanan! Padanlah... seterusnya kita berikan beberapa teknik untuk atasi masalah akademik dan masalah arah tersebut!

 

Picture
Jika berada di Parit Raja, mestilah kena bertemu Sdra Noredie, testimoni kejayaan kaedah pernomboran, yang mana pejabat beliau bersebelahan UTHM je. Di sini beliau menceritakan perihal testimoni kejayaan beliau kepada para pelajar bertujuan menyuntik semangat dan memberi gambaran positif kepada para pelajar tentang dunia perniagaan dsbnya. 


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly