Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan dari Ikhtiar Berterusan

10/1/2012

0 Comments

 

Picture
Picture
Di petak hijau ini cikgu A-D ada "meletakkan" energi gelombang "akademik" cikgu A-D di situ untuk ikhtiar bagi para pelajar semua.
Anak-anak, sentuh jari kanan anda di petak hijau itu sambil tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.  Tenang fikiran tutup mata. Bayangkan  aliran energi  mengalir dari petak itu semasa menyedut nafas ke dalam diri anda. Kalau ada pakai baju/ tudung/ warna hijau. Lakukan untuk 1-2 minit bila-bila.... mudah-mudahan ianya bantu anak-anak untuk berjaya dalam peperiksaan kelak



Picture
Foto anak cikgu A-D bersama rakan-rakan PMR di rumah cikgu A-D yang biasanya menjadi tempat study group mereka setiap malam. Lihat dinding warna hijau di sebelah tepi. Sebelah petang rumah cikgu A-D riuh dengan mereka main ping pong di luar dan yang lepak-lepak main piano dan gitar di situ.

Anakku dan rakan-rakanmu, semoga kalian tenang semasa peperiksaan dan berjaya mendapat kecemerlangan kelak.


Picture
KUALA LUMPUR - Seramai 776 individu mengalami kerugian berjumlah RM15 juta apabila menjadi mangsa penipuan sindiket peminjam wang yang tidak wujud sejak tahun lepas hingga sekarang. 



JANGAN BIARKAN KEKAYAAN ANDA / BISNES MENJADI MANGSA DIANIAYA - PAGAR EMAS KEKAYAAN !


Ikhtiar berdoa supaya kekayaan yang anda miliki sekarang ini atau akan datang "dipagar" dari elemen tidak baik. Selama ini kita sibuk berusaha dan berdoa kekayaan tapi kekayaan masih bocor juga kerana memang boleh banyak masuk tapi banyak pula yang keluar juga - pagar kekayaan anda!

Kes 1 - seorang wanita yang mengusahakan kedai runcit menanggung hutang yang banyak kerana si suami baik hati sangat bagi barang free/ benarkan hutang kepada customer! Memang elok sedekah dan bantu orang, tapi kalau sendiri yang tertanggung hutang dengan supplier kalau mati jap lagi gerenti roh tergantung di tengah langit sape nak langsaikan hutang supplier dan bank? Customer yang bagi hutang tu ke nak bayar? Kebetulan si usahawan wanita itu berpola 189 - jadi penat kerja pagi sampai malam kadang tu tak sempat nak makan dan solat tapi customer yang datang berhutang dapat beribadah dengan aman di masjid... Jadi, si usahawan wanita itu ikhtiarkanlah untuk "pagar kekayaan".

Kes 2 - seorang lelaki anak sulung 30an yang bekerja siang malam untuk mencari rezeki bagi menanggung keluarga 5 beranak dan pada masa yang sama biayai 2 adik di universiti dan kadang kala bantu mak ayah di kampung berbelanja... kesian penat bekerja letih tapi duit gaji sekadar "touch-and-go".. ikhtiarkan supaya pagar "touch-and-go" tu tak terbuka lagi dan kekayaan dapat dinikmati sewajarnya untuk semua orang dibawahnya dan dirinya sendiri juga.

Kes 3 - seorang usahawan suami isteri yang menjalankan perniagaan bernasib malang - 2 kali kena rompak, sekali kedai terbakar litar pintas dan 3 kali kedai masuk air..nak pindah kedai belum mampu lagi... di samping ikhtiar untuk kumpul modal pindah ke tempat baru pada masa yang sama pagar kekayaan supaya perihal kurang baik tidak mengganggu prestasi perniagaan.

Kes 4 - Puan M, mahu sangat berniaga sebab tak larat nak kerja makan gaji dah bosan, tapi tiap kali join perniagaan tiap kali tulah rugi, belum berniaga duit entah ke mana... ikhtiar pagar kekayaan.. supaya kali ini perniagaan yang akan diceburi bulan depan adalah perniagaan yang tidak makan duitnya lagi...


MAJLIS BERDOA KEKAYAAN + SEMINAR TAHUN 2013 TAHUN KEKAYAAN

Alhamdulillah, kita tak jadi buat Majlis Berdoa Kekayaan di Johor Bahru, sebaliknya kita buat di Muar, kerana pihak kami difahamkan Tuanku Sultan berada di Muar nanti, jadi tidak memerlukan surat kebenaran kerana Masjid Jamek terletak sebelah dengan Istana Sultan. 

Sekali lagi, Muar Bandar Diraja menjadi destinasi untuk berkumpul bagi berdoa kekayaan dan pada masa yang sama diadakan juga Seminar Tahun 2013 Tahun Kekayaan bagi mereka yang belum menghadiri seminar tahunan. Tahun 2013 adalah satu tahun yang ceria untuk kaya dan sememang dan sepatutunya kena jadi kaya sebelum tahun 2014 tahun masalah kewangan. Jadi, perancangan dan strategi untuk tahun 2013 kena betul. Kita akan pelajari perihal analisis bulanan dan arah bulanan untuk pola pernomboran anda.

Bila lagi kita nak ambil kesempatan berdoa kekayaan pada satu hari yang power 6, ditambah pula jatuh pada hari Keputeraan Sultan dan di Bandar Diraja dan di sebelah Istana... memang susah nak cari pakej sebegini rupa!

PERHATIAN 1: KEPADA PENDUDUK NEGERI LAIN/ NEGARA LAIN ANDA DIMINTA BERSEDIA UNTUK MENDAFTAR SYARIKAT PADA HARI TERSEBUT (Hanya Johor yang bercuti). ANDA BOLEH DAPATKAN WAKTU DAFTAR DENGAN KAMI NANTI DAN KAMI AKAN DOAKAN SYARIKAT BARU ANDA ITU JUGA PADA HARI TERSEBUT SECARA JARAK JAUH.

PERHATIAN 2: Tidak sesuai untuk tarikh nikah pada tarikh ini.

Pakej A: Hadir berkumpul untuk Majlis Berdoa Kekayaan secara berjemaah (berkumpul 10.30 pagi)
Picture
Pakej B: Hadir datang kelas dan seterusnya bersama dalam Majlis Berdoa Kekayaan.
Picture
Pakej C: Berdoa Jarak Jauh

Untuk individu yang baru atau yang mahu mengulangkaji - CARA PENGIRAAN kesemua jenis petak (statik, pendua, pentiga, perempat, perlima), pengiraan petak arah, pengiraan petak kitaran tahun, pengiraan petak gabungan seumpamanya. Sesi ini adalah untuk mempelajari CARA MENGIRA PETAK secara manual. Untuk mendalami pola, maksud, strategi dsbnya adalah bersambung ke kelas-kelas seterusnya yang berkenaan.
Picture

Picture
Baru-baru sebuah perniagaan emas telah diserbu oleh pihak berkuasa. Biasalah tu bisnes di Malaysia ni selalu diserbu, jual cendol pun boleh kena serbu apakan pula bisnes juta-juta, jadi salah satu perkara yang businessman di Malaysia ini perlu mahir ialah TEKNIK ELAK DISERBU :) ... dalam bisnes memang ada teknik yang digelar "Espionage and Sabotage" dalam beberapa buku bisnes yang terhad... tak pasti serbu tu kerana sabotaj atau memang saje nak serbu...


Ramai tak tahu bahawa salah satu teknik dalam bisnes ialah sabotaj syarikat orang lain, tapi secara halus bukannya ganas seperti bakar terus kedai orang tu dah kira sabotaj brutal dah... kerana itu syarikat kena bersedia perkara-perkara sebegini dengan 

Tak pelah, nak buat macam mana, ini kan negara tanah tumpah kita, susah nak komplen2... kita ikhtiarlah berdoa dan energykan untuk pagar kekayaan dan bisnes kita daripada dianaiaya. Jom, berdoa 9 Oktober.


Picture
Memanglah tahun ini ada problem sebab tahun 5!

Anda sebagai usahawan perlu mengetahui perjalanan prestasi anda secara tahunan, bulanan, malah harian atau jam, jika mahu.

Jadi, bila anda ketahui tahun/ bulan bila prestasi rendah, maka buat strategi berkesan. Juga, kita ikhtiar dengan beberapa cara.


Satu ikhtiar adalah teknik berdoa kekayaan dan terbaru adalah Pagar Kekayaan... untuk individu yang akan masuk kitaran tahun 5 dan 7 tahun depan atau mana-mana tahun sangat2 digalakkan untuk ikhtiar Pagar Emas untuk melindungi perniagaan dan kekayaan anda... Individu dalam kitaran tahun 1, 4 dan 8 boleh juga join memagar kekayaan... yang dalam kitaran 2, 6, dan 9 tak payah pagar2 dulu, teruskan dengan jalur emas untuk rezeki masyuk berterusan macam air hujan tak henti-henti..

Pengajian:
- Berdoa & Jalur Pagar Emas Kekayaan
- Graf Prestasi Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam - Pernomboran / Graf Hayat.


Picture

Picture

APA STRATEGI PERNIAGAAN ANDA?


Semalam sahaja, cikgu A-D menerima 3 panggilan daripada usahawan bermasalah - seorang rugi RM500,00, seorang lagi bisnes tak maju-maju dah 6 tahun dan seorang lagi baru hilang modal RM50,000. .. macam mana ni? Sepatutnya bisnes itu boleh kaya iaitu 9/10 kekayaan daripada perniagaan dan bisnes adalah sunnah nabi saw... jadi, bukan salah untuk buat bisnes tetapi apabila diperiksa mereka itu semua salah strategi.. salah arah, salah cara niaga, salah cara uruskan kewangan dsbnya... belajarlah daripada pelbagai ilmu dan seminar perniagaan dan pemasaran yang banyak di pasaran dan tambah dengan keadah pernomboran. Seorang usahawan bermasalah tersebut mengeluarkan modal ratusan ribu tidak kena pada masa (timing) memang tengah Vacuum dsbnya... timing tak betul tak tengok kitaran, star dsbnya dahulu... tak berbaloi betul dah rugi dan jadilah penat berhutang.... kalaulah ada cara untuk mengkaji masalah sebelum terjadi... memang ada caranya! Di sini!


Seorang pelajar cikgu A-D (tahun 2008) kini sudah memiliki Alphard Vellfire, tiada hutang dengan bank dan wisma berharga RM2 juta selama 4 tahun niaga tak pernah pula dia mengadu masalah perniagaan... adalah kerana beliau ada halatuju, strategi, ilmu, motivasi diri, sentiasa mengemaskan kemahiran dsbnya yang melonjakkan beliau menjadi usahawan berjaya.. anda bagaimana? Apa strategi bisnes anda?


Pengajian:
- Pola 696 Potensi Bisnes Berjaya - Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 & Intensif.
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya (2 hari 1 malam)
- Pola 336 & 696 Potensi Pelaburan & Perniagaan


Walaupun kursus Pola 696 biasanya agak mahal dari standard yang biasa tetapi berbaloi juga dengan pulangan berlipat kali ganda atau sekurangnya tidak rugi besar walau untung kecil.. matlamat: boleh survive, cukup keperluan dan bebas hutang.
Picture

Picture

Salam cikgu eddy, ikhtiar dan berdoa kekayaan bln jun haritu, rezeki dah mula masuk, yg terbaru dpt withdrawal untung trading, power.

PRODUK TERBARU: Kaedah Tenaga Gelombang dan berdoa 
"PAGAR EMAS" KEKAYAAN 969

Program terbaru dari Cikgu A-D, merupakan satu kaedah lagi ikhtiar untuk kekayaan, kali ini adalah untuk memastikan kekayaan atau kemewahan atau wang ringgit anda "dipagar" dari diambil orang - dicuri, dianiaya, diminta-minta, ditikam belakang dsbnya. Mudah-mudahan wang rezeki anda itu milik anda boleh tersimpan lebih lama setelah anda berhempas pulas bekerja mendapatkannya takkan nak senang-senang dilepaskan kepada orang yang bukan haknya (melainkan untuk sedekah, zakat, hadiah). Juga untuk "memagar" bisnes atau projek tender anda atau kerja anda  dsbnya supaya tidak dianiaya orang. Boleh juga kalau anda nak ikhtiarkan supaya Alphard atau Ferrari yang baru beli tu tak dicuri orang pun boleh juga didoakan, atau basikal mahupun pokok betik depan rumah takut dicuri orang atau kebun kelapa sawit/ kebun durian ke... kalau kekasih atau suami dicuri orang itu doa lain lah... ini khusus untuk pagar kekayaan anda.

Memang terdapat kaedah pernomboran yang digunakan untuk ikhtiar kaedah "pagar" ini berdasarkan kepada pola-pola nombor tertentu dan arah-arah tertentu dsbnya... tapi yang tu kena masuk kelas... di sini adalah satu lagi jenis ikhtiar tambahan iaitu BERDOA dan juga program tenaga gelombang aura/chakra untuk memagar kekayaan anda.

Semasa berdoa berada di tengah bilik (sama ada di tengah masjid atau tengah bilik atau tengah rumah atau tengah ruang tamu). Untuk non-muslim, anda berada tengah kawasan ibadat dalam rumah anda atau di tengah-tengah  rumah ibadat anda.

Terdapat satu mazhab pernomboran yang menggunakan pola angka 969 yang dikatakan untuk memastikan kekayaan adalah stabil kerana angka 6 kekayaan itu diapit oleh dua angka 9 sebagai benteng kekayaan.

Sila daftar sebelum 7 petang 8 Oktober untuk mengelakkan kelewatan mendapat maklumat.

Cara-cara untuk menyertai program ini;
1.  Seperti biasa, pilih sama ada untuk didoakan sahaja (Pakej B) atau didoakan dan ditenagakan (Pakej A).
2. Buat bayaran seperti tertera dibawah.
3. SMS maklumat yang diperlukan ke 016 624 9666.
4. Sehari sebelum hari tersebut, SMS anda akan dijawab dengan maklumat berikut;
a.  Waktu berdoa (sebelah larut malam).
b. Untuk sdra muslim sahaja: 1 ayat dari Surah Al-Fatihah, 1 ayat dari Surah Yasin dan 1 nama Asmaul Husna untuk diamalkan ketika waktu berdoa.
5.  Ketika berdoa, letak semua kekayaan anda di hadapan anda (buku akaun, dompet, dokumen tender, sijil daftar syarikat dsbnya, kalau letak peti besi yang banyak duit pun boleh jugalah kalau larat angkat), mangkuk kekayaan/ tabung dll, doakanlah supaya rezeki anda itu selamat dan dilindungi. Cikgu A-D dan Master Kasyfullah akan doakan/ energykan anda dari jauh.
6. Download ayat Pagar Emas 969 dibawah dan print dan kemudiannya letak di premis perniagaan atau di tempat anda menyimpan kekayaan atau sekurangnya di rumah anda pun boleh. Tak perlu minta Maybank letak ayat tu kat mesin ATM mereka :) sebab duit mereka dilindungi pun...

Picture
Letak cursor mouse anda di atas imej dibawah ini dan kemudian klik sebelah kanan untuk download atau SAVE IMAGE AS atau COPY IMAGE pun boleh. Selepas download, print di kertas A4 dan tampal di tempat yang sesuai dengan kekayaan.. untuk dipagari... mudah-mudahan ikhtiar.
Picture
Picture
Bayangkan ianya satu "kunci" kekayaan anda 9966969 iaitu 9 depan dan 9 belakang. Apa guna duit banyak masuk tapi asyik hilang je kena curi, kena ditipu, kena dianiaya dsbnya, penat kerja berterusan, duit banyak, gaji besar tapi tak dapat-dapat kumpul kekayaan.. maksudnya kuncilah kekayaan yang duit banyak masuk tu... lindungilah kekayaan anda.

Ini kunci dari atas sampailah ke bawah 9966969, ianya kunci atau lock bahagian atas dan kunci bahagian bawah. Mudah-mudahan ikhtiar...


Salam, en eddy. Syukur, waktu berdoa yg en eddy bagi hari tu, Alhamdulillah, kami dpt komisen rm8900 

Tq eddy. Td lepas sembahyang solat duha dan berdoa, ramai pula pelanggan masuk kalau semalam buka kedai satu hari dapat rm40 ja, la ni kul 2.30 dah dapat RM250. Tq, tq  

Picture
Kursus Pola 729: Arah Jualan, Jenis Pasaran & Taktik Pola 7 Serta Teknik Kenali Prospek dari No Handphone dan Nama
30 Sept 2012 - Shah Alam.


Dalam kursus ini peserta dibimbing dengan teknik-teknik untuk membantu dalam membuat jualan yang berkesan. Menggunakan satu format khas gubahan cikgu A-D yang menyenaraikan prospek dan pelanggan mengikut pola, arah dsbya menjadikan seseorang itu dapat membuat jualan dengan bersistematik dan berdisplin, seterusnya dapat memantau prestasi jualan dengan berkesan.

Juga, beberapa perkara berbangkit dibincangkan seperti masalah menjual produk secara on-line mengikut pola dsbnya serta beberapa perkara baru juga diumumkan seperti  jenis-jenis majalah atau slot TV untuk menyiarkan iklan yang berkesan mengikut pola pernomboran.

Teknik-teknik yang diberikan tersebut sebenarnya membolehkan seseorang itu menjual apa saja produk. Ramai orang masih beranggapan bahawa masalah perniagaan mereka disebabkan oleh produk yang tidak serasi dengan mereka (namun bila diminta untuk jual produk yang dicadangkan, mereka masih cari produk lain juga) dan tercari-cari "killer product" yang boleh terjual sendiri, namun ianya bukan begitu, tetapi adalah CARA JUALAN - pendekatan, arah, jenis pasaran dsbnya. Jika kena tekniknya, jual belacan pun boleh jadi jutawan.

Kelas Pola 729 yang seterusnya akan mendalami beberapa perihal yang lebih mendalam seperti teknik closing  harian dan jam, teknik FOLDER presentation mengikut pola, arah harian dan pelbagai teknik dan taktik pernomboran. Pastikan anda pelajari tahap asas dahulu kerana jika terus masuk kelas Pola 729 yang mendalam maka anda ketinggalan sangat jauh. 

Pengajian:
- Pola 729 Potensi Juara Jualan Tahap 1, 2 dan 3 & Intensif.


Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly