Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan adalah penjana Kekayaan

3/8/2013

0 Comments

 

SOALJAWAB:

Soalan: Salam cikgu Ady... semasa saya sentuh skrin pada program pola 38 tempohari saya tak rasa apa-apa ... sesuai ke saya dengan program tersebut?

Jawapan: Tujuan utama program pemantapan pola 38 tempohari dan akan datang adalah untuk ikhtiar menyalurkan energi dari kami kepada peserta dan melatih peserta untuk menjana tenaga dalaman sendiri. Sama ada rasa atau tidak itu bukan tujuannya. Yang penting, ada orang merasa sesuatu menunjukkan program ini ada maklumbalas yang baik. Jika tidak merasa apa-apa maka ada beberapa faktor antaranya mungkin anda baru join berbanding orang lain yang sudah beberapa kali melatih/ ada amalan tertentu yang berterusan dsbnya. Yang penting bukan merasakan sesuatu tetapi adalah melatih energi dalaman anda. Peserta-peserta yang beri maklumbalas kerana merasai sesuatu atau dapat hasil yang cepat mungkin ada amalan yang mereka lakukan atau sudah punyai/warisi tenaga dalaman yang tinggi. Sekali lagi, yang penting program pemantapan pola 38 bukan untuk merasai sesuatu atau dapat hasil fizikal yang cepat tetapi untuk tingkatkan tenaga dalaman secara berterusan. Hasil yang datang tidak semestinya duit datang bergolek tetapi dalam bentuk peluang, petunjuk, kesihatan yang baik, keberkatan rezeki, keselamatan diri dan sebagainya yang kita tidak sedari. Teruskan join program pemantapan ini sehingga ke bahagian 6 dan jika boleh hadiri juga kelas pola 38 pada 1 & 2 Jun nanti.


Soalan: Apakah kaedah cikgu Ady pola 38 sama dengan kaedah lain seperti Reiki dan lain? Apakah cikgu Ady menggunakan teknik-teknik yang sama... ?

Jawapan: Kaedah cikgu Ady ini adalah berbentuk energi universal dan ianya tidak bernama, tidak ada punca (hanya datang dari Yang Maha Kuasa) dan tiada formaliti khusus. Kaedah pola 38 adalah satu kaedah melengkapi (compliment) atau pemangkin (booster) kepada kaedah-kaedah energi yang lain. Malah cikgu Ady mendapati ramai individu yang telahpun pelajari ilmu-ilmu lain masih kurang menyerlah kejayaan mereka maka pelengkap/ pemangkin dari kaedah pola 38 membantu tingkatkan keupayaan. Contohnya, kaedah pola 38 menganjurkan program pemantapan "upload" energi bagi membolehkan semua orang dapat "jump-start" energi yang ada di dalam diri mereka yang mana kaedah-kaedah lain tidak menganjurkan sedemikian. Oleh itu, gunakan / pelajari kaedah pola 38 bagi melengkapi apa jua pengajian anda.

Picture

Salam. Memang tk masuk akal. Energy pola 38 x 2 menng power. Pegawai mbb call bg offer buat loan tnpa cagaran tnpa penjamin.. ... rm100K smpai rm500K. Tk tau saper yg gler!? Lepas upload 38 yg pertama tetiba melintas kereta plat 3877.. dan selepas upload keduanya mlm terasa lesu sangat

...join jgak upload 38 yg prtama... niat nk wat jualan rm1ribu hritu. Memng dpt rm1,100. Pd hal selalu nk cecah 8 ratus pn sakit.


Picture
Foto ckgu Ady bersama Sdra Shukor Hashim (www.jutawanemas.com) dan sdra Faeez (www.uncangemas.com) dalam kursus cikgu Ady di Skudai pada awal 2011 lalu... aura Gold!


Picture
Ada beberapa pelajar mengadu bisnes mereka perlahan dalam bulan Mac ini walaupun telah buat tindakan pembetulan selepas kursus Pola 966 atau sudah doa jarak jauh/jalur emas pada Feb lepas.


Satu daripada sebab kenapa bisnes perlahan adalah kerana graf negara Malaysia berada pada paras terendah pada Mac 2013. Apabila graf negara terendah menunjukkan prestasi negara menjadi rendah (kes pencerobohan Lahad Datu dsbnya) iaitu aktiviti kewangan atau perniagaan dalam negara Malaysia menjadi rendah. Seterusnya ia memberi kesan kepada kita rakyat Malaysia yang mana bisnes menjadi perlahan. Dengan kata lain, prestasi bisnes kita sebenarnya terletak juga pada prestasi sekeliling kita, dalam kes ini, prestasi energi negara kita. 


Seeloknya, semua rakyat Malaysia kena di energikan seperti didoakan (27 juta orang) dan jalur emas, barulah energi dalam negara meningkat bolehlah bisnes jadi rancak... kursus Cikgu Ady yang sepatutnya di buat pada 10 Mac lalu pun dibatalkan. Namun, walaupun sedemikian, masih ada ruang untuk buat duit / tingkatkan bisnes, sebab itulah cikgu Ady buat 2 kali program pemantapan pola 38 secara percuma dalam bulan Mac ini, semata-mata mahu membantu para pelajar untuk tingkatkan energi dalam melawan energi rendah negara, hasilnya ada pelajar beri maklumbalas mereka dapat rezeki yang bagus dalam bulan Mac ini.

Ilmu pola 966 yang telah anda pelajari pada Feb lalu serta doa / jalur emas yang dilakukan Feb lalu (termasuk dalam Mac ini) adalah ikhtiar bekalan supaya kita dapat lalui energi rendah Mac ini dengan baik... serta bekalan untuk bulan April depan... tengok graf tu semula.. bulan April 2013 adalah graf negara yang paling tinggi! Itu peluang bisnes maju tu... jadi kita dah bersedia kan?


Picture
Penjualan emas 1 g bercetak angka 2796 DIHENTIKAN buat sementara... untuk membolehkan pihak pengeluar ada cukup masa menyiapkan tempahan supaya dapat diserahkan kepada cikgu Ady untuk bawa ke Mekah minggu depan (untuk didoakan dahulu sebelum diserahkan kepada pembeli). Mohon maaf kerana kesuntukan masa sebegini.





Picture

Picture

Picture
Assalamualaikum Cikgu Ady, ... Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi Cikgu semlm dpt rm2000 dan pada hari ini sy dpt rm4000 baru habis bercakap dlm hfon yang orng sy tu kata dia sdh bankin jam 2.45...tkasih Cikgu Ady.

Salam Cikgu. Alhamdulillah doa pola bhgn 2 disertai dgn hujan lebat...berada di showroom Honda dlm kereta crv baru sambil menekan petak energy guna galaxy notes. Energy meresap di seluruh bdn & impian thn ini juga utk beli crv akn tercapai. Bank call inform full settlement kereta sedia ader dan boleh untung 20K for trade in. Tq Cikgu.

Program pemantapan pola 38 (kali ini dengan niat untuk rezeki masuk) akan diteruskan dengan beberapa lagi siri ujian (sehingga ujian ke 6) sebelum kita masuk ke Kursus Pola 38 pada 1 Jun depan. Ini selaras dengan tujuan cikgu Ady bahawa setiap kita ini sebenarnya mampu untuk jana energi kekuatan sendiri.

Cikgu Ady, sy nk tanya sdh 2x waktu brdoa energy 38 ni badan sy rasa panas, berdenyut2 mencucuk badan tpi hati sy lapang dan tertusuk d kalbu sampai mengalir airmata ingat ibu dan ayah, suami dan anak2... 

Kaedah "upload" energi yang digunakan adalah secara kaedah "air" iaitu menggunakan emosi "air" sebagai platformnya bertujuan untuk berikan ketenangan dan air sebagai simbolik rezeki dan individu yang terasa boleh merasai emosi ketenangan yang mendalam. Badan rasa panas dan seumpamanya adalah reaksi tindakbalas terhadap kemasukan energi di dalam badan, kemungkinan besar apabila energi itu masuk ke badan menyebabkan darah mengalir lebih laju menyebabkan badan rasa panas, itu tandanya menyihatkan.

Sudah 2 kali program ini dijalankan menggunakan kaedah sentuhan di skrin komputer atau smartphone... sangat tidak logik dari segi sains dan akal... tetapi itulah izin Yang Maha Kuasa..

Nanti kita pelajari teknik-teknik energi pola 38 ini dengan lebih mendalam dan secara praktikal pada 1 Jun nanti. Anda mampu buat sendiri malah buat untuk ahli keluarga sendiri nanti.. bukan semestinya anda perlu jadi perawat merawat masalah orang sakit tetapi gunakan energi anda sendiri untuk bantu kejayaan anda dalam bisnes/ kerjaya, keharmonian, tentunya untuk kekayaan dan kejayaan. 


Picture
Kejadian unik berlaku pada 12 Mac (hari berdoa pola 38). Ketika waktu berdoa tersebut, cikgu Ady keluar rumah untuk ke surau untuk buat doa jarak jauh. Semasa membuka pintu pagar rumah, terserempak dengan pembaca meter TNB... naik motor plet 3827... lepas tu dia beri bil elektrik kepada cikgu A-D bernilai RM389.65... satu kebetulan yang sangat pelik.. bukannya selalu terserempak dengan pembaca meter TNB pun malah dua angka 38 muncul serentak.


Wanita banyak sakit mental“


INI merupakan satu trend yang membimbangkan dan daripada senarai penyakit serius di negara ini, penyakit mental dalam kalangan wanita mencakupi 12.1 peratus berbanding hanya 10.4 peratus yang dihadapi kaum lelaki," jelasnya dalam ceramah bertajuk Perbezaan Gender dan Penyakit Mental, baru-baru ini.

Ceramah tersebut telah dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Wanita Hospital Gleneagles yang dikenali sebagai Women To Women Well-Being Tea Talk yang diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Nor Hamidah berkata, wanita hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan.

Wanita mampu memikul semua tanggung jawab dengan baik dan pada masa yang sama boleh menyeimbangkan tuntutan sebagai isteri, ibu dan ahli kepada masyarakat.

Beliau turut mengambil contoh situasi balu yang suami masing-masing terkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.

Nor Hamidah menelaskan konsep keseimbangan iaitu perasaan sedih dan pada masa yang sama berbangga menjadi isteri kepada wira negara yang terkorban bukanlah satu yang mudah untuk dicapai.

“Bukan senang menerima kehilangan orang tersayang, kesedihan yang tidak diurus dengan baik akan memberikan kesan negatif pada kesihatan mental wanita.

‘‘Namun dalam hal pengorbanan perajurit negara, kita bersyukur kerana pihak berkuasa seperti tentera dan polis juga mempunyai kumpulan sokongan malah pakar psikiatri dan kaunselor juga ada untuk membantu mereka menghadapi masa-masa sukar.

‘‘Cuma yang kita risaukan bagaimana nasib wanita yang berhadapan dengan kehilangan, lalu meratapi kehilangan tersebut tanpa mendapatkan nasihat sewajarnya. Itu pasti akan memberi kesan buruk pada kesihatan mental mereka," jelasnya.

Nor Hamidah menambah, keadaan wanita kini berbeza daripada sepuluh tahun dahulu dengan emegang peranan pelbagai tanggung jawab berat dan jawatan penting dalam negara bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga.

“Kini isu menuntut hak kesaksamaan gender bukan lagi fokus utama bagi wanita. Jika seabad lalu mungkin ramai yang tidak percaya wanita mampu memegang jawatan tinggi seperti ketua pegawai eksekutif, editor, doktor dan pelbagai lagi jawatan penting lain.

‘‘Namun kini wanita terutamanya di Malaysia diiktiraf dalam pelbagai pencapaian dan memegang jawatan penting di dalam sektor korporat dan awam.

“Malangnya selari dengan pencapaian itu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai isu kesihatan termasuklah masalah mental.

‘‘Hakikatnya walau bagaimana maju pun wanita di dunia ini, masih ada wanita yang nasibnya tidak begitu baik terutamanya di nagara mundur seperti di Myanmar.

‘‘Isu kesihatan mental wanita memang berbeza bagi setiap wanita. Lain negara, lain pula fokusnya. Sebagai contoh di negara seperti Korea, wanita sanggup menghabis beratus ribu ringgit semata-mata untuk kecantikan. Ini juga salah satu isu yang melibatkan kesihatan mental apabila mereka tidak lagi mempunyai keyakinan pada diri sendiri," jelasnya.

Ada ‘harga’ yang perlu dibayar

Menurut Nor Hamidah, apabila banyak kuasa yang diberikan kepada wanita, ada beberapa perkara yang wanita perlu seimbangkan dan kegagalan mencapai stabiliti inilah akan mengundang beberapa tekanan.

“Hanya dua daripada lima wanita yang mengalami masalah kebimbangan merujuk masalah mereka kepada pakar. Sebenarnya dari segi gender, peluang risiko lelaki dan wanita untuk mendapat penyakit mental adalah sama, tapi wanita lebih cenderung menunjukkannya.

“Mengapa wanita tidak ramai yang merujuk kepada doktor mungkin kerana pelbagai sebab seperti tradisi keluarga, kesusahan mendapatkan perkhidmatan yang sesuai dan pelbagai masalah lagi," jelasnya.

Nor Hamidah menambah, penyakit mental yang biasa dialami wanita ialah kemurungan, kebimbangan dan complain somatic yang bermaksud kerap mengadu sakit pada bahagian tubuh seperti lenguh-lenguh, pening dan lesu. Bayangkan satu daripada tiga wanita Malaysia menghadapinya.

“Selain penyakit mental yang disenaraikan di atas, wanita perlu tahu bahawa penyakit Unipolar Depression juga bakal menjadi masalah di seluruh dunia menjelang tahun 2020 dan sudah tentu kebimbangan ini melibatkan penambahan jumlah pesakitnya di kalangan wanita.

“Kita juga bimbang penyakit kemurungan yang dialami mereka yang sedia berpenyakit sebagai contoh penyakit kanser menambah lagi kesukaran untuk penyembuhan sepenuhnya.

“Kajian juga menunjukkan wanita hidup lebih lama dari lelaki dan atas sebab itulah maka wanita harus menjaga kesihatan mental agar tidak terlibat dengan penyakit tua seperti nyanyuk menjelang hari tua kelak," katanya




Picture

Salam sifu ady.. trima ksh d ats kesudian sifu mberi upload percuma pola 38.. masa sy sentuh skrin tu dan pjam mata.. ada warna kuning keemasan  y sy nampak masa tu dlm 3 minit..

Salam.. Cikgu ada mcm denyutan dan tarikan magnet kuat semasa saya sentuh skrin semalam.. cube juga dengan jari lain.. ada.. tp paling kuat dgn jari telunjuk… mmg itu kah indicator bahawa tenaga baik sedang di alir masuk ke tubuh penerima

Picture
Salam ckgu... masa sntuh skrin mcm ada trikan magnet di jari menyucuk2 dn trasa kebas sbelah tngan kanan adkh pkara ni tndkblas dr tnaga yg di upload tu? Kmdian ptg ni apa y t'lnts d hati alhmdllah sya dot, t'ngn nk mkn kueh bauhulu tp nk yg bentk ikan subhanallah mmg ttba ada jurujual dtg menjaja kueh mg bentuk ikan mcm tk cya.





Ya, inilah tujuan utama program pemantapan energi pola 38 iaitu pihak cikgu Ady bersama Master Pak Lah upload secara "elektronik" terus kepada anda dan apabila energy itu wujud dalam diri peserta maka ianya membantu peserta untuk punyai tenaga dalaman yang baik untuk memudahkan peserta mencapai sesuatu tujuan dengan cepat. Inilah yang cikgu Ady ilhamkan konsep LOEA iaitu "law of energy attraction" yang mantap.

Sejak 2-3 bulan kita asyik cerita pasal pola 38 yang mana kursus 1 Jun di Johor... yang mana pada 8hb 3 adanya pola 38... kebetulan hari 8 Mac ini ada berita tentang Sultan Johor.

Sultan Ibrahim titah semua masjid adakan solat hajat
JOHOR BAHRU 7 Mac - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya diadakan solat hajat di semua masjid di negeri ini selepas solat Jumaat esok

Dan kebetulan program kita bermula 3.30 petang iaitu selepas solat Jumaat maka solat hajat dari masjid seluruh Johor dan tambahan banyak lagi masjid (termasuk masjid di Meru, Klang juga) menjadikan waktu itu "power"... banyak kebetulan.

Picture
Juga, kebetulan mesej SMS yang cikgu Ady terima pada jam 3.30 petang adalah sebanyak 138.

As salam cikgu... alhmdllah dpt rasa satu arusan elektrik masuk dari umbun kepala hingga seluruh badan bkn sekejap tp dpt rasa seluruh bdn aliran elektrik...

Salam cikgu Ady. Terima kasih & alhamdulillah. Energy begitu tinggi pada jam 3.30 ptg semasa berdoa...

Picture
Foto seorang peserta pernomboran bergambar di depan Kaabah baru-baru ini. Sebelum 2012 beliau mengusahakan perniagaan lebih dari 5 tahun tetapi kurang memberangsangkan malah sering kesempitan wang.. naik kereta nasional lama ... tapi 2012 bermula Mac, selepas hadir kursus dan konsultansi, didapati ada beberapa kesilapan yang dibetulkan seperti tarikh daftar syarikat dsbnya dan adanya virtuous star pada 2012 untuknya... selepas itu mula dapat projek ratusan ribu ringgit dapat tukar kereta yang ratusan ribu ringgit dan dapatlah jejak kaki di Mekah... apabila kita berjaya maka tidak dilupakan Dia yang mengizinkan kita berjaya...

Antara individu yang dapat jejak Mekah selepas mengaplikasikan kaedah pernomboran (kursus/ konsultansi) seperti sdra Noredie (dah 2-3 kali pergi), Master Pak Lah (dalam masa 5 bulan dah berjaya) dan ramai lagi peserta kursus/ konsultansi... mudah-mudahan lebih ramai lagi (muslim) yang dapat jejak Mekah, satu tanda kejayaan dan kesyukuran...


Wanita Disaran Jangan Ambil Mudah Masalah Kemurungan - Pakar Psikiatri

KUALA LUMPUR: Kaum wanita dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah masalah kemurungan kerana ia boleh memudaratkan diri jika dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan, menurut seorang pakar psikiatri.

Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, berkata masalah kemurungan boleh dirawat namun ramai wanita di negara ini enggan atau keberatan untuk mendapatkan rawatan.

Golongan wanita perlu mengikis rasa malu untuk berjumpa pakar psikiatri kerana mereka takut dipandang rendah oleh masyarakat atau bimbang akan dipulaukan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Kesihatan Mental Wanita' sempena Hari Wanita Sedunia di hospital berkenaan di sini, Sabtu.

Dr Nor Hamidah berkata berdasarkan statistik terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 41.9 peratus wanita mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki iaitu 29.3 peratus.

Menurutnya masalah kemurungan bukan setakat rasa sedih malah ia boleh melarat kepada simpton lain seperti perasaan pesimistik dan mudah putus asa, hilang minat terhadap kerja, rasa 'lebih baik mati', dengar suara berbisik dan akhirnya mengundang perkara tidak diingini seperti mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Dr Nor Hamidah berkata tiga tahap kemurungan iaitu rendah, sederhana dan serius yang berpunca daripada pelbagai faktor termasuk perubahan hormon, perubahan hidup, masalah rumah tangga dan masalah tempat kerja.

"Bagi tahap permulaan, pesakit boleh mengikuti sesi kaunseling tetapi bagi kes sederhana dan serius, mereka perlu mengambil ubat untuk tempoh tertentu bergantung kepada tahap kepulihan pesakit," katanya.

Sebagai langkah mengatasi masalah kemurungan, beliau berkata wanita boleh mengamalkan cara hidup sihat seperti melakukan aktiviti riadah, mendekatkan diri dengan Tuhan, mempunyai ikatan yang baik antara keluarga dan rakan-rakan.



Dari laman Mymetro:

Pernah rugi RM40,000
Oleh Hajah Farhana Tarmudi

Wanita lain seusianya apatah lagi memegang segulung ijazah, lazimnya lebih gemar bekerja di dalam pejabat berhawa dingin.

Namun, keselesaan itu bukanlah perkara penting bagi wanita kecil molek ini yang lebih rela bekerja di bawah terik matahari bagi memastikan perniagaannya berkembang maju.

Bau minyak dan bunyi bising di bengkel sudah menjadi perkara biasa yang dihadapinya setiap hari. Dia juga lebih banyak berada di luar premis sebagai pengedar barangan kereta untuk menambah pendapatan syarikat yang diusahakan bersama suami. 

Kali pertama bersua muka dengannya, terasa wanita berusia 31 tahun ini mempunyai semangat tinggi dan tidak mudah berputus asa lantaran mahu mengecap kejayaan seperti usahawan lain yang terbabit dalam dunia perniagaan.

Impian yang disemat dalam diri sejak remaja lagi membuatkan Norliyana Samsudin terus berusaha bersungguh-sungguh walaupun terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk mengumpul modal permulaan bagi membuka perniagaan.

“Keluarga saya bukanlah dalam golongan berada, tetapi untuk menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain, saya perlu menunjukkan semangat yang tinggi untuk berjaya. 

“Ini kerana saya percaya sembilan daripada 10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan dan impian ini harus diteruskan. 

“Selepas tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang pentadbiran perniagaan, saya menjadi tenaga pengajar secara sambilan sementara mencari pekerjaan lain,” katanya.

Selain mengajar, dia melakukan pekerjaan sampingan dengan menjual kereta sebagai cara permulaan untuk mempelajari selok-belok perniagaan.

Berani dan tahan lasak, semangat wanita berusia 31 tahun ini semakin membara apatah lagi suaminya juga mempunyai impian sama. 

Walaupun berkahwin di usia muda, ia tidak dijadikan batu penghalang kejayaan malah semakin percaya untuk mengecap impian ditambah dengan sokongan suami, Salehen Abas, 31. 

Bergabung tenaga dan usaha, akhirnya pada 2008 Norliyana berjaya membuka bengkel kereta yang menawarkan khidmat menukar atau memasang peralatan gas asli kenderaan (NGV) di Bandar Puchong Utama, Selangor. 

Idea bersama suaminya untuk membuka bengkel tercetus tatkala kegawatan ekonomi melanda dan semua orang mahu mencari alternatif terbaik bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

“Pada waktu itu, saya dapati harga minyak naik dan mula terfikir untuk menyediakan khidmat kelengkapan NGV bagi menjimatkan kos perbelanjaan kereta.

“Dalam tempoh sebulan pertama, saya dan suami bekerja sehingga malam tidak mengira hari kerana ramai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat NGV di bengkel kami,” jelasnya. 

Pada 2009, bengkel yang hanya menyediakan khidmat menukar atau memasang peralatan NGV ditambah dengan servis tayar bagi mendapatkan pendapatan sampingan syarikatnya, Sahan NGV and Services (SNS). 

Pada awal 2009 juga, perniagaannya sedikit merosot namun disebabkan dia dan suami memahami perniagaan yang ada pasang surutnya itu, mereka perlu bijak mengurus kewangan setiap masa.

“Kami pernah menghadapi kerugian kira-kira RM40,000 pada awal 2009 dan hanya memiliki baki sebanyak RM5,000 saja dalam akaun.

“Malah, kami juga pernah menerima notis untuk keluar dari kedai yang disewa itu. Keadaan itu juga membuatkan kami terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan perniagaan kerana ketika itu wang simpanan tinggal sedikit,” katanya.

Berkongsi juadah bersama suami dan tidak memikirkan hiburan untuk diri sendiri menjadi perkara biasa baginya kerana ada perkara penting lain yang perlu diberi tumpuan.

Berjuang hingga ke titisan terakhir, itu matlamatnya apatah lagi dia juga harus memikirkan nasib tiga pekerjanya. Lantas Norliyana menebalkan muka mengunjungi bengkel berlainan untuk menjadi pengedar barangan keperluan NGV dalam usaha mengumpul semula modal.

Baginya, dia tidak kisah terhadap pandangan sinis yang dilemparkan kepada dirinya kerana perkara penting adalah mencari duit untuk keperluan keluarga.

Ditambah pula dengan minatnya dalam pekerjaan yang mencabar, dia sentiasa meneruskan usaha mencari jalan lain bagi memastikan bengkel yang dibangunkan dapat dikembangkan. 

“Perniagaan banyak mengajar saya supaya sentiasa berfikiran kreatif untuk bersaing dengan orang lain yang melakukan perniagaan sama. 

“Walaupun saya memegang jawatan sebagai pengurus bengkel, ini tidak bermakna saya hanya duduk di dalam pejabat tetapi perlu selalu keluar bagi mencari pelanggan dan meninjau barangan keperluan bengkel,” jelasnya yang turut memiliki cawangan bengkel di Johor Bahru. 

Walaupun hanya bermula dengan modal RM60,000 yang dikumpul sejak 2003 bersama suami, kini dia nampak usaha dilakukan pasti akan terus berjaya. 

Di samping mencari alternatif lain untuk menambah keuntungan, syarikatnya merancang untuk membuka cawangan lain bagi mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan sejak lima tahun lalu itu. 

Membuka perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan dalam masa singkat, tetapi harus memikirkan pelaburannya sehingga lima tahun ke hadapan.

“Selepas membuat keputusan membuka perniagaan ini, saya hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana rezeki yang datang itu milik-Nya. 

“Saya juga mempunyai kad visi yang ditampal di rumah untuk mengingatkan diri setiap matlamat yang ingin dicapai dalam kehidupan selepas ini,” jelas anak sulung itu lagi. 

Walaupun adat perniagaan ada pasang surutnya, dia juga memerlukan seseorang yang sentiasa menyokong untuk menaikkan semangat tatkala menghadapi kesulitan.

Tentunya, Norliyana beruntung kerana mengahwini jejaka yang turut mempunyai semangat tinggi untuk berjaya dalam dunia perniagaan.


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly