Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan adalah Destinasi Abadi

10/24/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Banyak perihal unik tentang angka 38 dan 83 di dalam hidup manusia... dalam kursus Pola 38 pada 13 Nov akan dijelaskan lebih mendalam.

Salam cgu…sy nk share.. semlm bru ptama kali dlm hidup sy buat solat Dhuha.. sblm ni malas n x terasa pn nk buat wlpn ibu sy selalu ceritakan kelebihannye..syukurr

Salam Cikgu. Harap dalam keadaan sihat dan jaya. Alhamdulilah, kami dapat bertemu Cikgu kelmarin. Ia memberi kecahayaan dalam isu2 kami. Setelah laku kan apa yg disarankan oleh Cikgu, berapa hari kemudian kami dapat response dari orang yg hutang kami. Alhamdulilah. Cuma dia belum bayar abis hutangnya. 

Picture
JIWA KACAU 2012!

TOKYO (Reuters) - Japanese electronics maker Panasonic Corp forecast an annual net loss of 420 billion yen ($5.5 billion), its biggest in a decade.


Ini adalah contoh untuk calon jiwa kacau pada 2012. Untuk organisasi ini dahlah kitaran tahun 3 (keresahan, buntu) lepas tu tengah mata angin 8 (tertekan) malah 5 di nombor bakat (banyak halangan) dengan pola 235, 253, 353, 538, 83538 dsbnya memang banyak "api" jadi sebelum "terbakar", elok bina strategi mengatasinya. Ini dah kira bagus sebab organisasi ini sudah buat forecast/ projection awal supaya mereka boleh hadapi 2012 dengan baik. Ramai daripada kita masih belum ada perancangan untuk hadapi tahun jiwa kacau 2012! Ada beberapa strategi yang boleh digunakan untuk anda lalui tahun 2012 dengan baik, malah dapat untung juga, kalau tahu caranya!

Kita juga elok dan perlu membuat unjuran/ sasaran untuk membina strategi yang berkesan.


Senaman Pola 38 - OFFICIAL

Mulai kursus Pola 38 pada 13 November nanti, senaman pola 38 akan diperkenalkan - menggayakan pergerakan anggota tubuh badan dan pernafasan bagi tujuan menghilangkan beban, menguatkan badan dan meninggikan kemuliaan diri. Sebenarnya ianya telah diperkenalkan sebelum ini namun tak dibuat secara rasmi (official) kerana tak perasan bahawa memang ianya adalah 38 pun! Namun, senaman ini (pergerakan anggota badan) adalah untuk peserta Muslim sahaja kerana menggunakan satu surah Al-Quran sebagai dasar pergerakan, tetapi peserta bukan Islam boleh menggayakan teknik pergerakan  yang sama menggunakan bacaan tersendiri menggantikan surah tersebut.

Bagaimana 38? Ini adalah kerana amalannya membaca 3 kali sebuah surah berjumlah 8 ayat iaitu 3 x 8! Dan sebenarnya 3 x 8 = 24 = 2 + 4 = 6 iaitu duit, jadi memang ada kaitanlah amalan surah tersebut untuk dibaca sebelum pergi bekerja (mencari rezeki). Amalan surah itu diperkenalkan oleh seorang guru agama di Perak dan digabungkan pula dengan sejenis senaman pergerakan tubuh badan setelah diajar oleh seorang individu kepada cikgu A-D.

Menariknya, sepotong ayat yang cikgu A-D sendiri ilham mencarinya dan sering cikgu A-D bacakan setiap pagi (dari surah Yasin) rupanya adalah satu daripada amalan-amalan guru agama tersebut yang boleh digunakan untuk tujuan dibaca kepada makanan untuk menjimatkan makanan. 

SEMUA ORANG ADA POLA 38 TAHUN 2012. Persoalannya, apakah pola 38 yang bakal anda miliki adalah sesuatu yang luar biasa positif atau sesuatu yang memudaratkan anda seperti masalah kesihatan, emosi dsnya. Gunakan panduan daripada teknik-teknik pola 38 dalam kursus pola 38 nanti sebagai satu cara untuk tingkatkan daya saing dan kemampuan serta keupayaan anda mengatasi pelbagai cabaran hidup atau mendapatkan laluan mudah kepada impian anda untuk kejayaan.

Agenda Kursus Pola 38 pada 13 November

10 pagi - 2 petang:
pengenalan kaedah pernomboran dan pengenalan pola 38, di selang selikan dengan latihan asas dan senaman pola 38. Serta teknik mendapatkan gerak hati (kiraan daripada nama).

Bonus: anda akan bersama cikgu A-D membacakan doa pola 38.

Rehat & makan tengahari dan solat zohor.

2 petang - 3.30 petang:
Teknik menjana tenaga dalaman pola 38 dan mengikut elemen.

3.30 petang - 4 petang: rehat

4 petang - 6 petang:
Teknik mengenalpasti waktu dan hari sesuai untuk pola 38. Beberapa latihan asas tambahan untuk tingkatkan pola 38.

Bersurai

Picture
November 2011 banyak energi kekayaan!

Rupa-rupanya hari berdoa di Sg Muar nanti pada 27 November adalah Awal Muharram! Jadi, memang best berdoa kekayaan pada hari tersebut 27 November kerana adalah permulaan tahun, mudah-mudahan ada energi untuk berjaya kaya untuk 2012 nanti.


Juga, dalam November ada banyak waktu berdoa kekayaan dan kejayaan.

Waktu berdoa kekayaan (satu waktu diberi percuma di sini untuk semua tidak mengira bangsa atau agama - gunakan cara masing-masing):
Tarikh: Sabtu, 5 Nov 2011
Masa : 930 pagi - 1130 pagi (Semenanjung Malaysia & Singapura)
             900 pagi - 1100 pagi (Sabah, Sarawak & waktu tempatan negara anda)

Kebetulan saudara Muslimin/Muslimat sedang dalam tempoh ibadah haji, mudah-mudahan ada keberkatan (kalau ada kawan atau sedara mara di Tanah Suci mintalah mereka doakan kekayaan untuk mereka dan anda juga pada waktu tempatan di sana). Anda buatlah sendiri atau buat bersama rakan-rakan, kalau nak best berdoa betul-betul di depan bank! Atau di Dataran Maybank kat Bangsar atau di depan Bangunan Perbendaharaan Negara di Putrajaya dsbnya...  kalau susah sangat, carilah mesin ATM dan berdoa di depannya! Depan tasik atau tepi laut pun boleh...

Untuk waktu berdoa kekayaan yang lain dalam bulan November 2011 (terdapat 11 waktu berdoa), sila bank in RM50 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan selepas itu beritahu samada SMS alamat email anda ke 016 624 9666 atau email terus ke qmas304@streamyx.com. Sila tempah sebelum 9 November untuk dapatkan kesemua maklumat waktu berdoa tersebut (jika tempah di tengah bulan contohnya, maka sudah beberapa waktu berdoa sudah terlepas).

Gerhana Matahari 25 November 2011

Juga, gerhana matahari dijangka pada Jumaat, 25 November 2011. Bagi peserta metafizik, anda tahu apa yang perlu dilakukan semasa gerhana itu. Gunakan peluang ini untuk "masuk" ke satu dunia baru yang banyak kejayaan! Jadi, Jumaat 25 November adalah Gerhana Matahari, simbolik masuk dunia baru dan seterusnya pada 27 November adalah Awal Muharram permulaan tahun disulami dengan doa kekayaan.. mudah-mudahan energi kekayaan sebegini membawa kebaikan kepada kita. 

Dibawah ini adalah sample senarai maklumat waktu berdoa bagi November 2011 yang akan anda dapat setelah membuat pembayaran dan pemberitahuan (tentunya maklumat jam berapa itu akan diberikan). Maklumat waktu berdoa untuk 13 November (Kursus Pola 38) dan 27 November (Muar - Doa kekayaan Jutawan Segera) tidak diberikan kerana eksklusif untuk program berkenaan tersebut sahaja.

Picture
Picture
Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 , semalam  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah.memang xdisangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

Latihan Pola 38

Tahukah anda pada 13 Nov 2011 adalah tarikh pola 38? Kepada mereka yang telah mendaftar untuk kursus Pola 38 pada 13 November, kita akan berjumpa di sana dan anda akan dibekalkan dengan waktu berdoa untuk dapatkan "energi" pola 38, mungkin kita akan berdoa bersama-sama. Kali terakhir kita berdoa untuk ikhtiar mendapat kekuatan tenaga dalaman adalah pada 4 Jan 2011 lalu di tasik berdepan Masjid Shah Alam (dihadiri hampir 40 orang termasuk pelajar-pelajar MMP serta Prof Dato Dr Ibrahim juga hadir!) ketika itu jatuh pada waktu yang sama gerhana matahari (sekitar 4 petang dalam cuaca panas siap buat latihan energi universe lagi tu ada yang hampir pitam dan selepas sejam tu hujan lebat turun).

Jika anda telah mendaftar untuk kursus pola 38 pada 13 Nov 2011 ini, anda diminta untuk muat-turun (download) file di bawah ini berbentuk pdf file yang mengandungi di dalamnya  4 latihan tahap 2 untuk anda melatih memulakan atau menajamkan pola 38 (atau tenaga dalaman) anda - latihan ini hanya untuk peserta kursus 13 Nov 2011 yang telah mendaftar sahaja. Jawapan untuk soalan 2 dan 4 di dalam pd ffile tersebut ada di bawah ini (skrol ke bawah ke bawah gambar majalah Solusi).

Tidak memerlukan anda dapat jawab kesemuanya betul, kalau salah atau tidak dapat menjawabnya tidak mengapa; yang penting anda cubalah dulu cara anda yang anda ada/ semampunya untuk menjawab 4 soalan tersebut; nanti di kursus pola 38 akan diberitahu tekniknya. Jika anda dapat/mampu menjawab satu, dua, tiga atau kesemua soalan tersebut, maklumbalas ke: qmas304@streamyx.com
latihan_teknik_pola_38.pdf
File Size: 17 kb
File Type: pdf
Download File


Picture
Tahniah Negeri Sembilan, cuba lagi Terengganu - Bolasepak Piala Malaysia 2011

Arah untuk negara Malaysia untuk Timur Laut adalah 8; iaitu dari KL ke Terengganu! Tertekan Terengganu tahun ini lah tu kot... tak mengapa berjuang lagi... nanti tahun 2015 atau 2016 arah KL ke Terengganu bagus.. tapi tak perlulah tunggu selama itu, berusaha gunakan strategi sewajarnya untuk kemenangan tahun depan juga! Kepada Negeri Sembilan teruskan prestasi anda kerana tahun 2012 arah KL ke Seremban adalah arah yang baik.

Tahukah anda bahawa arah Malaysia
tahun 2010 - angka 6 ke Timur Laut - Kelantan menang
tahun 2009 - angka 7 ke Tenggara  - Negeri Sembilan menang

Menariknya pada tahun 2008, arah tengah (Selangor) adalah 5 kalah kepada Kedah (arahnya 6).

Ini satu daripada formula (teknik arah - namun ada beberapa pengiraan lain juga) yang cikgu A-D gunakan semasa mengkaji perlawanan bolasepak World Cup lalu, walaupun tak dapat tepat 100% keputusannya, sekurangnya dapat menjelaskan Slovakia dan Uruguay boleh sampai ke peringkat yang jauh dan Itali malah Perancis tak dapat lepas pusingan satu (1 fakta menarik: cuma cikgu A-D sukar nak "kira" pasukan England dan Thailand; ada sebabnya, kena tanya sendiri dengan cikgu A-D).


Picture
Sesi Konsultansi Bergerak & Sesi Pengajian Asas di Pulau Pinang 29 dan 30 Oktober 2011

Berlangsung dengan baik sekali dari sesi pagi hingga malam (sebenarnya sampai tengah malam!). Ada yang datang dari Pulau Pinang sendiri, Kepala Batas, Alor Setar, Sg Petani malah Kangar pun ada.

Santai saja sesi dibuat di sebuah rumah apartment yang dijadikan homestay (lihat Facebook - Zinnirah homestay).







Kebanyakkan sesi mendapati ramai orang mengalami masalah kehidupan/ perniagaan adalah disebabkan oleh SALAH ARAH (teknik arah). Ada juga di sebabkan oleh kerana tempoh usia yang sememangnya sedang rendah dan perlu alami banyak dugaan. Ada juga yang sebelum datang ke sesi ini dalam keadaan "blurred" dengan pelbagai kemelut masalah, tapi setelah diberi panduan dapatlah nampak potensi dan strategi untuk membina kejayaan.

Ada seorang individu yang perlu lalui 20 tahun kesusahan hidup (daripada teknik Motif Hayat) dahlah tu arah pindah rumah angka 8 tekanan dan kedudukan bilik dalam rumah juga 8 tertekan! Jadi, pihak kami menawarkan beberapa strategi penyelesaian untuk membaiki / meningkatkan situasi kehidupan.

Mudah-mudahan dengan panduan daripada hasil kajian dapat membantu kita semua untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kehidupan/ perniagaan.

Jumpa anda di Kulim pada Januari nanti dan juga di bandar-bandar terpilih.


Sg Muar...

Tempohari selepas kursus di Muar pada 2 Oktober dalam jam 8 malam selepas maghrib, cikgu A-D bertemu dengan seorang klien cikgu A-D yang kini seorang usahawan bekerja sendiri. Kami bertemu di Secret Recipe di Hotel Traders dan di situ cikgu A-D mengajar beliau tentang lokasi untuk duduk dalam restoran apabila bertemu pelanggan serta lokasi kekayaan dalam rumah. Baru tadi beliau telefon beri maklumbalas yang mana beliau lakukan apa yang dicadangkan itu dan hasilnya baik apabila mendapat tawaran untuk projek seluruh Johor. Juga, beliau baru ditawarkan dengan satu projek bernilai RM50 juta! Kalau jadi projek tu komisennya dekat RM1 juta. Dapat atau tidak projek itu nombor 2 lagipun masih dalam perbincangan. Yang penting beliau terkedu menerima tawaran sebesar itu. Mungkin kesan dari teknik arah lokasi kekayaan? Atau dari niat kami nak berdoa di tepi Sg Muar nanti?

Ini satu kesan yang sangat tinggi. Sebelum ini seorang klien cikgu A-D perolehi jualan RM2.1 juta, kemudian projek RM1 juta dan tahun lepas ditawarkan projek RM9 juta sampaikan beliau panik nak cari modal... nasib baik cikgu A-D ada laluan funder yang sesuai.

Berbalik kepada Muar, nampaknya memang kena kembali ke sana dan buat majlis berdoa kekayaan jutawan segera (yang dijadualkan pada 27 November nanti). Kita jumpa di Muar nanti, kita doakan untuk apa yang telah kita usahakan, mudah-mudahan dengan izin Nya jalan untuk mencapai jutawan itu cerah!

Mungkin ada yang bertanya kenapa cikgu A-D yang dah banyak kali buat majlis berdoa kekayaan tapi sendiri tidak jutawan? Sebenarnya setiap kali selepas berdoa, ada sahaja tawaran kekayaan, contohnya selepas berdoa di Tasik Shah Alam tahun lalu, cikgu A-D ditawarkan projek di Perak untuk melatih 10,000 orang (10,000 x RM 100 x 10 kali = RM1 juta) namun, cikgu A-D masih terikat dengan beberapa tugasan di sini maka tidak tercapai hasrat itu, mungkin belum tiba masanya lagi... yang penting tawaran itu ada.

Memang kita digalakkan berdoa setiap hari, tetapi majlis berdoa kekayaan ini ada kelainan iaitu konsep dan isi kandungan doa, perlu waktu yang sesuai bukan sepanjang hari dan perlu tempat yang betul dan jemaah serta pemimpin bacaan atau jemputan yang betul, barulah ada aura power!

Kita jumpa di Muar nanti! 27 November! Sila bawa bahan yang boleh mendatangkan kekayaan seperti dokumen kontrak atau tender atau surat perlantikan kerja dll, buku akaun, tabung duit, flyers, dsbnya.

Picture
Dapatkan majalah Solusi isu No 37 untuk rencana "Kaya antara realiti dan ilusi" mengupas isu kaya dari pelbagai sudut hati, agama, jutawan, qanaah, zuhud, syukur, dll. Menariknya, ada rencana tulisan Dr Irfan Khairi perihal "Apabila Dilanda Masalah Kewangan". 

Juga artikel "Serah Nasib kepada Allah, Betulkah Sikap Itu",

Jawapan untuk latihan pola 38
Soalan 1
Soalan 2 - MERINDUI
Soalan 3
Soalah 4 - bunyi beberapa keping kunci dilaga-lagakan.

www.bachcenter.com

Tahukah anda bahawa terdapat satu formula Dr Bach yang menggunakan 38 jenis bunga untuk rawatan emosi?

There are 38 remedies in the Bach remedy system. All of them were discovered in the 1920s and 1930s by Dr Edward Bach, a well-known bacteriologist, physician and pathologist.

Sebenarnyanya ada banyak lagi rahsia pola 38 / 83. Jika dipelajari dengan baik dan digunakan dengan positif, maka hasil adalah positif. Kursus Pola 38 adalah satu pengajian untuk meningkatkan keupayaan tenaga dalaman kita supaya hidup kita lebih cenderung kepada kebaikan dan keuntungan. Melatih dan memiliki pola 38 tidak semestinya nampak hasil fizikal seperti boleh terbang buat magik silap mata seumpamanya. Kadang kala kita perlukan sebentuk "pertolongan" unik di kala kita memerlukan bantuan. Hidup kita ini di zaman moden ini dah hanyut dengan barang fizikal padahal Yang Maha Kuasa telah berikan kita sebentuk keupayaan unik diluar aspek fizikal. Contohnya penggunaan alat GPS untuk mencari sesuatu tempat, padahal individu yang ada memiliki kelebihan pola 38 boleh sampai di tempat yang mahu ditujuinya tanpa sebarang alat... tahu-tahu dah sampai!

Pola 38 ini umpama konsep "anda fikirkannya, anda akan dapatkannya". Sama konsep dengan LOA (Law of Attraction) tetapi Pola 38 memasukkan unsur energi dan elemen di dalam Law of Attraction itu supaya ianya bertenaga memberi kesan kepada empunya minda. Manusia dikatakan "menyiarkan" frekuensi / gelombang tertentu daripada badannya dan teknik pola 38 adalah untuk memastikan gelombang tersebut adalah yang baik-baik belaka. Seperti setiap barangan elektronik memiliki bateri, begitu juga manusia dibekalkan dengan "bateri" yang terletak pada dua tempat di tubuh manusia untuk digunakan atau diaktifkan supaya manusia dapat berfungsi dengan baik sepanjang masa. Jom, kursus pola 38!

Tahukah anda bahawa jumlah tulang di tangan anda adalah 38 batang manakala jumlah tulang di kaki anda juga adalah 38 batang?

The 38 hand bones are the 10 metacarpal bones and 28 phalanges (finger bones).
The 38 foot bones are the 10 metatarsals and 28 phalanges (toe bones).
 

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.