Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kecemerlangan Kekayaan Kejayaan

1/22/2015

0 Comments

 
Picture
Tahun 2014 yang lepas... seorang client mahu berpindah ke pejabat baru, jadi sebelum masukkan barang dan susun staff, satu audit premis dijalankan... beberapa bulan selepas itu diberitahu syarikat tersebut dapat projek jutaan ringgi, seterusnya dapat untung RM1 juta dan terbaru dapat tawaran untuk dibeli ambil alih oleh syarikat lain pada harga jutaan ringgit.... Apakah susunan staff memainkan peranan? Ya atau kebetulan, yang penting susunan itu elok. untuk bisnes... kita ikhtiar!


Picture
Perkhidmatan Cikgu Ady & Admin/ Team berkaitan perniagaan/ usahawan: hubungi En Nizam 0127693807 untuk tempahan:

- Konsultansi Peribadi
- Konsultansi Perniagaan
- Audit Premis Perniagaan
- Kursus Bengkel Arah dan Jenis Pasaran
- Kursus Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan
- Kursus Pola 966 Potensi Usahawan - Tahap 1, 2 dan 3
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya

Nombor / angka sebagai petunjuk, panduan atau peringatan seperti nombor 110 di lebuhraya... Bagi saudara muslimin/ muslimat, 769 mengingatkan anda kepada Surah Al-Araaf ayat 69... baca dan fahamilah maksud ayat tersebut.

Kepada rakan non-muslim,  cari "769" dalam kitab agama anda  (contoh;  nehemiah 7:69)

Tips: bagi saudara muslimin/ muslimat, cetak poster di bawah ini dan tampal di pintu/ dalam bilik/ pejabat dsbsnya.. bagi "aura" 769 juga mengingatkan anda kepada ayat tersebut.

Picture
Salam. Ketika zikir ... dlm prog ikhtiar berdoa pkl 9.30-11.30 seluruh badan saya bergerak2 sehinggakan tangan saya bergerak seperti orang bersilat sedangkan saya tak pernah belajar silat.

-------------

Penjelasan sains: Secara teori Sains Hayat (Biologi), pergerakan anggota badan adalah kerana aliran caj elektrik di saraf (synapses & neutrotransmitter). Mungkin zikir yang  banyak/ serius meningkatkan frekuensi minda (dari tahap alpha ke beta) yang menambah caj elektrik dan aliran tambahan menyebabkan pergerakan anggota badan yang lebih banyak. Dengan alunan zikir yang baik, pergerakan badan mengikut alunan dan mungkin budaya orang Malaysia yang terbiasa dengan melodi silat, pergerakan seolah bersilat.

Penjelasan metafizik: Mungkin "kemasukan" energi ke dalam badan menyebabkan pergerakan yang lebih banyak.

Apapun, tujuan ikhtiar berdoa bukanlah untuk bersilat, tetapi untuk berdoa/ amalan kepada Nya... "kesan sampingan" mungkin kesan tertentu daripada energi tertentu. Yang penting kita berdoa kepada Nya.. satu ikhtiar.

Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Dari satu laman web:
Ya-Allah-Ya-Haiyu (Berzikir 100X sebelum solat Jumaat)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkan.



....Pd Program Ikhtiar Berdoa 21Jan 2015 jam 5.30pm-7.30pm ketika solat Asar terasa ada benda bergerak dari hujung jari hingga ke bahu sebelah kiri. Selepas tu byk idea bagus yg dtg sehingga ada beberapa masalah dpt diselesaikan dgn mudah.

Picture
Selain daripada masalah negara Malaysia yang mengalami Vacuum Star pada tahun 2015 ini, terdapat isu masalah rumahtangga kerana pola 18 untuk tahun 2015 ini... seperti yang didedahkan oleh cikgu Ady tahun lepas lagi. 

Bagi kisah di atas, tarikh nikah tidak sesuai... 

Tahun ini memang banyak cabaran dalam rumahtangga... nak tak nak kita kena hadapinya kerana ini fenomena alam yang menyeluruh.... jom kita sama-sama ikhtiar untuk mengukuhkan keharmonian rumahtangga kita... sekurangnya kita ikhtiar, hasilnya tu cerita nombor 2... namun untuk "tukar tarikh nikah baru" bagi ikhtiar dalam tahun 2015 ini adalah TIADA kerana tiada pola "cantik" untuk nikah tahun 2015 ini, jadi yang dah berkahwin tu dan ada masalah maka kena bersabarlah masing-masing ye dalam menghadapi krisis sepanjang tahun ini. Yang bakal bernikah dalam tahun 2015, pilihlah tarikh yang lebih baik namun walau sebaiknya tarikh yang dipilih untuk 2015 anda perlu teruskan ketabahan dalam perkahwinan kerana energi tahun 2015 adalah perihal "Ketabahan".

Picture
Foto-foto yang dirakamkan oleh cikgu Ady sendiri semasa umrah April 2014 lalu.

Foto: Kelambu Kaabah secara "close-up". Ada "watermark" kalimah Allah bila dilihat dengan dekat... biasanya foto yang kita lihat adalah kain berwarna hitam.

Kepada saudara Muslimin/ muslimat, elok baca doa melihat Kaabah sekarang (walaupun ini sekadar foto tetapi masih lagi sebahagian daripada Kaabah sebgai tanda hormat kepada Baitullah).. doa yang dibaca dalam wirid solat iaitu "Allahumma antassalam wa minkassalam....dan seterusnya".

Picture
Pagar makam Rasulullah saw secara "close-up" (dari laluan Babus Salam).

Untuk ambil gambar sebegini dekat adalah sukar kerana petugas keselamatan tak benarkan kamera digunakan.

Kepada saudara Muslimin/ muslimat, diminta membaca selawat kepada Nabi saw sekarang.

Mudah-mudahan dengan foto-foto sebegini beri inspirasi untuk anda sentiasa ingatkan Allah swt dan Nabi saw dan untuk mengerjakan Umrah nanti.

Lain kaii ikut cikgu Ady ye ke Makkah & Madinah!



PROGRAM ENERGI MAKKAH KALI KETIGA: 20 FEBUARI 2015

Program 1:  
Pakej Ikhtiar Berdoa/ Energi untuk 7x di bulan Febuari termasuk 2x di Makkah
Picture
Picture
Picture
Program 2: Kad Emas Doa Makkah

Membeli kad emas bercetak angka 769 (emas 1g 916) yang akan didoakan di Makkah

1. Diskaun untuk kursus/ seminar pernomboran 
    (tiada tarikh luput).
2. Percuma waktu berdoa 20 Feb dan didoakan di Makkah
3. Percuma minyak wangi pyrite versi Makkah.
4. Sebagai ikhtiar energi kekayaan.

Picture
Program 3:  Mendoakan kad emas di Makkah

Picture
Program 4: Wakaf Al-Quran
Picture
BONUS Program:
Juga ada perkhidmatan rawatan energi, program kad emas, tempahan minyak wangi pyrite dsbnya di sana nanti.
Picture

Picture
Agama: Buka minda, hati apabila ditimpa bencana

Persepsi ujian adalah bala sebagai hukuman semata-mata perlu diperbetulkan. Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin dalam Rancangan Pesona D'zahra di Ikimfm berkongsi tujuh perkara dalam melihat ujian atau bencana alam seperti banjir luar biasa yang berlaku di beberapa negeri di pantai timur, baru-baru ini.

Pertama, walaupun ada banyak tanda-tanda hari kiamat yang semakin menghampiri tetapi ada dua yang banyak disebutkan iaitu air laut membuak-buak dan air laut terbakar. Justeru ketika didatangi musibah alam yang hebat, ambil iktibar dan muhasabah diri daripada ujian yang datang dalam hidup kita mahupun yang menimpa orang lain.

Perbetulkan persepsi memandang sesuatu ujian itu kerana sesungguhnya musibah dan bala yang melanda juga adalah tanda menghampiri kiamat. Lalu, tanyalah diri kita apakah persediaan untuk menghadapi hari kiamat. Elakkan menghakimi orang lain atas ujian dihadapi mereka, sebaliknya hulurkan bantuan dan tunjukkan rasa simpati kepada mangsa bencana.

Bala bukti kekuasaan Ilahi

Kedua, renungi setiap bala, bencana dan musibah yang melanda itu adalah sebagai bukti kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Penghayatan ini hanya akan dapat dilakukan dengan pembacaan dan memahami makna ayat yang terkandung dalam al-Quran.

Allah SWT menceritakan kekuasannya di dalam al-Quran, tetapi manusia tidak memahami dan tidak merenunginya. Maka, Allah SWT menghantar ujian untuk membuktikan kekuasaan-Nya supaya manusia faham dan sedar.  Lihat tsunami di Aceh yang tidak menjejaskan masjid.

Walaupun diuji, Allah SWT tidak akan membiarkan kita bersendirian dalam menghadapi sesuatu musibah.  Bagi hamba-Nya yang bertakwa dan bertaubat, setiap musibah yang melanda  akan diberikan jalan keluar. Allah SWT menghantarkan bantuan dalam menghadapi kesusahan dan memberi kemudahan dalam pelbagai cara.

Ketiga, bencana dan musibah itu didatangkan kerana Allah ingin menggantikan sesuatu dengan yang lebih baik. Bukalah hati dan fikiran untuk melihat bencana itu dari sudut positif. Contohnya, ada yang mungkin kehilangan rumah, insya-Allah akan mendapat rumah baru, kelengkapan baru dan sebagainya.

Sesungguhnya janji Allah pasti benar. Percayalah selagi kita bersangka baik dengan ujian-Nya dan sifat Maha Pengasih Allah SWT, semua usaha untuk bangkit kembali akan dipermudahkan.

Keempat, apabila didatangi ujian, ketahuilah Allah SWT hendak meninggikan darjat mereka yang diuji. Rasul dan Nabi adalah antara yang paling berat diuji. Rasulullah SAW juga bersabda, seberat-berat ujian adalah kepada Nabi. Dan setiap ujian itu berdasarkan kepada tahap keimanan seseorang. Manusia itu lahir dengan nama 'Abdullah' di sisi Allah dan nama-nama lain yang dinamakan kepada kita, tetapi apabila mati kita akan digelar dengan nama-nama yang baik seperti Saifullah, namun tidak kurang juga yang dinamakan nama yang tidak baik di sisi Allah bergantung kepada amalan kita di dunia dan cara kita menghadapi ujian yang menimpa.

Ujian penghapus dosa

Kelima, ujian itu datang kepada kita sebagai penghapusan dosa. Dalam mengharungi kehidupan ini adakalanya kita berbuat sesuatu kesalahan dan dosa, baik yang tidak kita sedari mahupun yang disengajakan dan kadangkala kita tidak memohon ampun kepada Allah SWT.

Mungkin dalam mencari rezeki, ada terambil harta yang tidak jelas sumbernya dan jalan perbelanjaannya. Maka ujian diturunkan bagi menyucikan seseorang itu daripada dosa dan kesalahannya dengan kesabaran dan kepayahan yang datang daripada ujian itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang Mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya" (Hadis riwayat Bukhari).

Sesungguhnya pengampunan Allah itu sangat besar dan ketika dilanda ujianlah kita akan banyak mengingati Allah dan mengharapkan pengampunan dengan sebenar-benarnya. Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah SWT kerana dengan ujian yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya menjadi kifarah (penebus) dosanya. Jadi dengan bersabar dan reda akan membawa kepada ketenangan.

Keenam adalah mengenai bagaimana seharusnya melihat ujian yang melanda, iaitu dengan mengetahui Allah hendak  memberi pahala percuma kepada mereka yang ditimpa ujian.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. "(Hadis riwayat Bukhari).  Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, apabila seorang Muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia pasti dapat memperoleh darjat itu dengan musibah atau penyakit yang dideritai.

Selain itu adakalanya ibadah yang kita laksanakan mungkin kurang sempurna justeru pahala sabar ujian itu akan membantu menyelamatkan kita di akhirat nanti.

Pahala percuma

Pahala percuma juga bukan sahaja diperoleh mereka yang menghadapi ujian, malah akan turut dikurniakan kepada kepada mereka yang memberikan bantuan kepada mangsa bencana. Mereka yang membantu hamba Allah yang sedang dalam ujian itu perlu menyedari bahawa Allah SWT yang memberikan kesempatan dan menggerakkan hati untuk melakukan kebaikan. Maka sebutlah Alhamdulillah selepas memberi bantuan kerana semua kudrat dan bantuan itu adalah rezeki dengan izin-Nya.

Perkara terakhir dalam perkongsian kali ini adalah; ada kalanya walaupun ujian itu memang dilihat seperti bala, tetapi itu bukan perkara utama. Renungilah ujian itu sebagai tanda masa untuk kita bermuhasabah diri dan memperbetulkan diri. Tidak semua ujian itu bala. Berhati-hatilah agar tidak menjatuhkan hukuman kerana kita tidak layak untuk mengukur bahawa setiap ujian itu bala.

Sebaliknya, berbanyak syukur atas setiap ujian, kerana Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih terhadap hamba-Nya dan pasti akan memberikan hanya yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaan-Nya di dunia dan akhirat.


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly