Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kekayaan Dalam Kejayaan

6/21/2017

0 Comments

 
Picture
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1438H
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.


Picture
Aik... haritu mesej 9 June 2017 beritahu suami bagi RM2K untuk belikan emas, tapi mesej terbaru ni btahu dapat barangan emas RM11K... lain dirancang lain dapat ya... apa pun bersyukur atas rahmat Nya..

Memang sebelum ini ada dibuat ikhtiar Energi Rezeki menggunakan barang emas (Whatsapp gambar) dan majoriti peserta bagi gambar barang emas masing-masing... tetapi puan ini tiada barang emas selama berbelas tahun kahwin cuma ada cincin batu jarum emas sahaja.. bolehlah kita cuba ikhtiar.. namanya pun ikhtiar... tapi... siapa sangka siapa menduga.. dari batu jarum emas; satu impian kekayaan menjadi kenyataan dapat barang emas yang betul! Dengan izin Nya juga, tapi yang penting dah ikhtiar, kalau dibiar tak ikhtiar berpotesi pakai batu berterusan.
Picture
Asalnya, puan ini ada menghubungi Dato Eddy pada 14 April 2017 lalu menyatakan masalah kehidupan dan beliau mahu buat perubahan dan mencuba ikthiar Energi Rezeki... selepas itu 2X join dan kemudian join yang Pakej Bulanan pula... juga berkesempatan untuk bertemu sesi personal consultation bagi mendapatkan strategi2 tambahan... dengan kata lain, ikhtiar energi dan ikthiar strategi..

Ada ketikanya kita sudah terperangkap dalam parameter kesulitan hidup.. bagi kes puan di atas, bukan mudah untuk pindah rumah, beli kereta baru pada kadar segera... namun dah tersedar dan mencuba ikhtiar... dalam 2 bulan sudah nampak hasil dapat barang emas... biarpun langkah ini kecil tapi yang penting memberikan semangat bahawa TUHAN BAGI PELUANG KITA IKHTIAR DAN BERUSAHA WALAUPUN DI KALA KESUSAHAN.

Namun, bukan semua orang dapat hasil yang cepat atau hasil yang fizikal... ada orang dapat hasilnya setelah 6 bulan, ada orang tak dapat duit tapi dapat rumah cabutan undi dari kerajaan negeri dsbnya.. yang penting dalam kehidupan kita ini, sentiasalah kita ikhtiar... bermula dengan amalan2, motivasi/ inspirasi diri, berusaha dari pelbagai faktor seperti ubah arah, pelbagaikan jenis pasaran dsbnya... tentunya berterusan berdoa supaya kita dipilih mendapat izinNya untuk dapat kebaikan.

Tips ikhtiar:
- daripada maklumbalas puan di atas tentang batu jarum emas (rutilated crystal), cuba beli dan pakai sebentuk cincin atau kalung atau batu sahaja buat hiasan meja.. kedai jual batu permata ada dijual.. jika di Central Market, KL ada di ruang bawah.. di GM Klang pun ada satu kedai di tingkat kedua dekat area jual keronsang... atau di Muar depan Traders Hotel seberang jalan ada satu kedai wak jawa jual batu cincin... atau cari dalam online jer... Kalau boleh, pm gambar ataupun bawa batu jarum emas tu kepada Dato Eddy untuk di energikan (kalau boleh pada hari Energi Rezeki juga).

- Puan ini ada pola 38 atau 83 dalam tarikh lahir beliau.. salah satu "kegunaan" pola 38 ini adalah fenomena "mulut masin" iaitu satu peribahasa Melayu yang mengatakan apa yang dicakap/ difikir jadi kenyataan.. ianya seperti LOA (Law Of Attraction)... jadi, janakan energi "mulut masin" tu untuk kebaikan... cer doakan batu jadi emas.. mana tau jadi kenyataan seperti kes puan ini.. puan ni tak pernah mencuba sebelum ini, itulah energi Pola 38 yang sering Dato Eddy warwarkan di sini.. batu jadi emas! guna pola 38.... kalau tak cukup masin kita ikhtiar tambah energi...

Picture
Bila wanita ini beritahu saja yang beliau seringkali terselamat kemalangan 1 saat cepat, terus sahaja Dato Eddy check semula petak tarikh lahir dan mendapati wanita ini ada pola 38 dalam petak tarikh lahir beliau... dahulu pernah seorang pakar Cina memberitahu Dato Eddy punyai fenomena tersebut jadi ini mengingatkan kembali perihal fenomena itu... pola 38 atau 83 ini macam satu "magik" atau kelebihan misteri kepada seseorang.. tetapi boleh jadi isu masalah mistik juga... dan bilamana ada pola 38 selalu berkait dengan kesultanan.. namun, walaupun keturunan sultan tapi kehidupan beliau sekarang kesempitan cuma ada RM3 dalam simpanan... takkan nak gi jumpa sultan mintak duit pulak kan... oleh sebab itulah, antara tujuan Dato Eddy menganjurkan kursus dan program berkaitan energi dan pola 38 adalah untuk aktifkan atau menjana semula energi yang terpendam...keturunan kita dahulu kaya dan ada istana tapi kita kini tinggal tak seberapa, tapi energi kekayaan itu masih ada dalam diri kita... tak dapat kahwin anak sultan pun tak mengapalah sekurangnya seperti kes wanita ini sering terselamat daripada kemalangan dah satu rezeki... itu langkah pertama.. dan berterusanlah kita ikhtiar.

Picture
Kepada individu yang ada pola 38 / 83 untuk ikhtiar aktifkan energi pola 38 anda... ataupun yang tiada pola 38/83 untuk ikhtiar wujudkan energi tersebut, bolehlah join program ikhtiar Energi bulan Julai 2017 ini (secara pakej bulan atau pilih hari tertentu).. ada beberapa hari yang dipilih ada pola 38 contoh 1 Julai, 10 Julai dan 28 Julai.. kebetulan pada 29 Julai adalah Hari Keputeraan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, jadi tema bulan Julai 2017 ada tentang "energi kesultanan"... selain energi rezeki pola 769, energi dikasih sayang mahupun energi cemerlang akademik.

Jika anda skrol ke tahun 2012-2013 lalu dapat baca sering Dato Eddy buat program Energi Kesultanan, biasanya pada hari keputeraan sultan tertentu yang tarikhnya ada pola baik seperti 769 dsbnya seperti Sultan Johor, Raja Perlis, Sultan Selangor, Sultan Pahang dsbnya.... Sanggup drive dari KL ke Masjid Kuala Perlis pada hari keputeraan Raja Perlis semata-mata untuk buat program di situ... memang pelik tak pernah dibuat orang tapi yang pelik itulah yang pertama dan satu-satunya di dunia... sebab ini namanya ikhtiar... pada 2014 dapatlah masuk ke "channel kesultanan"... dan ada peserta2 yang join Energi Kesultanan dapat juga berurusan bisnes dsbnya dengan pihak berkaitan kesultanan.

Cuma, setahun dua ini tak buat Energi Kesultanan kerana belum ada tarikh yang betul2 "power", walau bagaimanapun, masih dibuat pada skala kecil2an dan jarak jauh sepertimana untuk Julai 2017 ini.
​

Assalamualaikum, cikgu.. lps dr kursus kt k.perlis dan brdoa jarak jauh, alhamdulillah sy skrg sudah hamil 2 bulan stlh 2 setengah tahun berkahwin. Stlh balik dr kursus tu pola 38 sentiasa mengekori sy, kebetulan sy sendiri ada pola 38.

Picture
Satu faktor yang utama dalam perihal pernomboran adalah perihal "tempoh masa" (timing).. sebab itu kaedah pernomboran versi Dato Eddy adalah Pernomboran Dinamik berbanding kaedah2 pernomboran lain yang statik (sekadar cerita sifat baik tidak baik seseorang). Bila kita berada dalam tempoh usia atau masa yang baik, kita berpotensi berjaya (tapi ada faktor2 lain juga yang menyumbang kepada kejayaan itu.... kalau tempoh yang bagus tapi buat bisnes yang salah tak jalan juga). Dan ada tahun dan bulan tertentu yang kita hadapi cabaran... Inilah kajian kaedah tarikh lahir versi Dato Eddy yang dijadikan panduan bagi kita untuk melalui kehidupan di sepanjang kehidupan... lihat slide atas, pada bulan Jun Tahun 2017 berlakunya tekanan kepada bilionair ini.. jadi perihal masa itu penting (tips: anda boleh punyai software tarikh lahir anda sendiri yang membentangkan perihal bulan, minggu, hari dan jam yang baik/ tekanan dsbnya - iaitu SOFTWARE INTEGRASI)... anda tahu apakah 10 tahun kekayaan yang sama dengan bilionair tersebut? Apakah tahun mahupun bulan/ minggu/ hari yang tekanan sama dengan kes bilionair tersebut.

Perkhidmatan kami:
- Konsultansi Perniagaan
- Audit Premis Perniagaan.
- Software Integrasi (kiraan auto bulan, minggu, hari dan jam yang baik/ tekanan).. satu2nya dan pertama di dunia versi Dato Eddy.
- Kursus Pola 966 Potensi Bisnes
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya
- Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan dan Jualan.

Tapi... perlu diingatkan juga, bukan semua orang punyai tempoh masa kekayaan seperti tempoh masa yang dilalui (dekad 6 tengah mata angin) seperti bilionair Wang Jialin ini, jutawan Dato Aliff Syukri, jutawan Dato Seri Vida, Tan Sri Fernandes dsbnya... bagi individu yang tak ada tempoh 10 tahun kekayaan sebegitu, reda jer lah dah nasib sape suruh dilahirkan pada tarikh yang tiada power... ATAUPUN, kita ikhtiarkan strategi... ada strateginya untuk kita lalui juga tempoh masa kekayaan seperti mereka2 itu... ikhtiar Energi Rezeki (seperti contoh Ikhtiar Energi Rezeki pada 1 Julai 2017 - lihat iklan memaparkan dekad tengah mata angin 6 untuk 40 tahun!), ikhtiar Software Integrasi dll... Tuhan bagi kita ruang dan peluang untuk kita ikhtiar... mengkaji ini juga satu ikhtiar.

Picture
Picture
Picture
Picture
Tahun 2017.. bagi negara Malaysia agak mencabar ekonomi.. seperti yang diberitahu dalam kelas Strategi Hadapi Tahun 2017 tahun lepas, tahun ini 2017 negara Malaysia dijangka berlaku masalah kewangan dan masalah dalaman.. lihat sahaja petak 31.8.2017 yang tiada langsung angka 6.. begitu juga tengah mata angin pula 5.

Begitu banyak perihal konflik kewangan berlaku pada 2017 ini, daripada berita2 penutupan bisnes2 konvensional mahupun bisnes2 money game... pola 2017 adalah sama dengan 2008 iaitu jika berlakunya krisis kewangan Credit Crunch tahun tersebut (walaupun negara Malaysia tidak terkesan sangat dengan krisis tersebut yang berlaku di USA, tetapi masih berlaku beberapa kes konflik kewangan di Malaysia juga pada 2008 itu).

Oleh itu, bersedia untuk tahun 2026 nanti ya.. sama pattern dengan 2017 dan 2008.

Namun, untuk 2017 ini... apa yang perlu kita buat? Ada kata tunggu tukar pemerintahan tapi tunggu punya tunggu dah makin kurang simpanan ni... jadi kita bertindaklah berusaha dan berikhtiar sendiri.. ikhtiar strategi baru (seperti memulakan bisnes berisiko rendah atau memindah operasi bisnes sedia ada dsbnya), pada masa sama kita ikhtiar juga Energi Rezeki, sekurangnya tidak pun jadi jutawan sekelip mata selepas berdoa, dapatlah kita jalani kehidupan dengan rezeki lain seperti rezeki sihat, rezeki kecukupan dsbnya dengan izin Nya.

Tips: Jika tahun 2018 nanti diizinkan Nya negara Malaysia ini tetiba rakyatnya kita ini kaya raya, ingat... tahun 2019 negara Malaysia masuk ke fasa Vacuum Star.. satu fasa menyerupai tahun 2015 lalu dengan mulanya perlaksanaan GST (Vacuum lah tu). Bersedialah juga untuk 2019 ya...

Picture

Picture
Tahun 2017 ini, Dato Eddy punyai Virtuous Star (lihat Graf Hayat anda)... setelah dikaji sendiri, rupanya Virtuous Star ini memerlukan kita buat perkara yang "bernilai tinggi". Untuk tahun 2017 ini, Dato Eddy agak kurang menganjurkan kelas dan sesi konsultansi kerana terlibat dalam banyak mesyuarat projek2 dengan ikhtiar2 dapatlah bersemuka sendiri dengan projek2 mega berbillion serta punyai akses kepada funding dalam USD6 Trillion. Ini jelas menunjukkan bahawa apabila anda berada di dalam Virtuous Star, ikhtiarkan pergi lebih jauh dalam usaha anda. Tuhan sememangnya beri peluang kepada SEMUA ORANG sebab SEMUA ORANG ADA VIRTUOUS STAR... cuma tempoh usia berbeza (lihat graf hayat).

Tahun lepas ada individu yang mengutuk Dato Eddy di FB kerana menjalankan kursus metafizik bisnes di Alor Setar kerana dakwaan beliau yang memerli Dato Eddy tak patut layan projek kecil (kursus murah di Alor Setar itu) kenapa tak ambil projek juta-juta, katanya. Nah, kali ini bukan setakat juta tapi billion.. namun Dato Eddy masih melayan projek2 kecil kerana ilmu adalah untuk disebar dan dikongsi (sharing) kerana tujuannya untuk perjuangan ekonomi masyarakat... sharing the knowledge, sharing the energy.

Fenomena unik... deret 9999 dan 40 tahun REZEKI MASUK (dari 1.7.2017 hingga 1.7.2056) pada tarikh 1 Julai 2017.  Deret 9999 bagi pengamal metafizik adalah perihal "penjaga kekayaan" sebab 9 di depan dan 9 di belakang seolah satu pagar... Banyak kes orang yang banyak rezekinya tetapi banyak yang keluar.... seolah tidak "berpagar",  jadi jom kita ikhtiar sesuatu pada hari tersebut... dan 40 tahun rezeki... sape yang lahir 1.7.2017 berpotensi senang hidupnya 40 tahun.. yang kita dah dilahirkan ini perlu ambil kesempatan juga.

Sangat2 jarang untuk dapatkan fenomena sebegini... Jadi, kita ikhtiarkan sesuatu usaha seperti membuat aktiviti rezeki, contohnya close sales dsbnya dan juga kita ikhtiarkan juga sesuatu energi pada hari tersebut. Memanglah setiap hari kita buat solat hajat memohon rezeki kepada Nya tetapi untuk sesuatu hari tertentu contohnya, 1 Jul 2017 ini kita ketepikan aktiviti lain (ambil cuti) dan perbanyakkan amalan memohon kepada Nya (sebab tak larat juga nak buat solat hajat yang banyak setiap hari sebab kita pun ada kerja lain). Jika tidak sempat masa kerana sibuk bekerja atau mahukan ikhtiar energi tambahan dari individu yang dah biasa buat perkara ini, maka dapatkan khidmat para ustaz/ ustazah/ tahfiz atau tentu juga kami untuk buatkan untuk anda (pilih kami sebab kami lebih fokus kepada perihal energi rezeki).

Yang penting kita ikhtiar bukannya membiar! Kebetulan energi bulan Syawal yang baik ini. 
Picture

Picture
Picture
MINYAK WANGI PYRITE kini kembali semula... tetapi edisi terhad kerana bahan mentah terhad.

Mereka yang lama ikuti blog ini tahu tentang jualan Minyak Wangi Pyrite di sini yang diperkenalkan pertamanya oleh Dato Eddy pada 2010 lalu (pertama dan satu2nya di dunia) dan minyak wangi tersebut dapat permintaan yang tinggi sekitar tahun 2011-2014. Namun disebabkan masalah pembekal, minyak wangi Pyrite tidak lagi dijual tetapi diganti dengan Minyak Wangi Energi Putih (mengandungi batu kristal).

Kini, minyak wangi yang mengandungi bahan Pyrite kembali tetapi kuantiti terhad. Kali ini setiap botol minyak wangi dimasukkan beberapa ketul kecil (serbuk) Pyrite yang mana bahan Pyrite tersebut di dapati secara unik.. dari dalam sebuah gua di Pahang dari proses gula menjadi Pyrite... misteri dan mistik... yang penting, ini bahan didapati secara unik, setakat beli Pyrite di kedai memang ada tapi kita buat yang kelainanlah... dapat secara energi bukannya beli.

​
Lihat di gambar... bahan serbuk pyrite yang dapat secara terhad (2 pinggan polisterin). Sebahagian serbuk Pyrite telah diserahkan kepada individu2. Batu berwarna-warni itu adalah buah2 anggur yang menjadi batu keras; proses berlaku dalam masa 10 minit.
Minyak wangi Pyrite 3ml kali ini diberikan bekas tin (almaklumlah raya ini kan) berbanding biasanya bekas plastik. Ada 2 pakej iaitu minyak wangi sahaja ataupun minyak wangi dengan seketul batu Pyrite (untuk diletak di meja dsbnya). Boleh pilih salah satu atau keduanya terpulang untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah. Ini adalah satu ikhtiar Energi.

Google taipkan Pyrite dan anda akan dapati banyak artikel membincangkan perihal Pyrite secara saintifik mahupun metafizik. Rujuk wikipedia: A newer commercial use for pyrite is as the cathode material in Energizer brand non-rechargeable lithium batteries. Iaitu bahan Pyrite digunakan dalam bateri Energizer (berkaitan energi kan).

Secara fizik, ianya adalah bahan semikonduktor dan secara metafizik ianya dikatakan sebagai penyimpan tenaga (energi). Jadi, berbanding dengan batu2 semulajadi lain, Pyrite dipilih kerana punyai peranan energi dalam fizik dan metafizik. Bahan2 ini dienergikan seperti doa, zikir, surah dll supaya ianya ikhtiar menyimpan energi yang dipilih seperti untuk rezeki, kesihatan, ketenangan dsbnya. Dapatkan edisi terhad ini kerana bukannya boleh buat Pyrite unik ini lagi. Bilamana minyak wangi ini sudah habis dipakai, usah buang botol tetapi isikan sendiri dengan minyak wangi yang lain (recycle). Untuk buat mandian, cabutkan roller dan tuang minyak wangi ke dalam baldi. Tiada pantang larang cuma usah simpan dalam tandas dan secara terbuka dalam tandas. Terbaik jika botol minyak wangi ini anda letakkan sebelah bahan energi seperti sebelah audio ngaji Al-Quran, botol direndam dalam air zam-zam seumpamanya supaya energi lebih konsisten.

Picture
Picture

Picture
Program Iftar, Munajat dan Sahur di Pulau Besar, Melaka pada 21 Ramadan 2017 lalu bersama kumpulan Cahaya Delima Maharani, Muar (penjaga Rumah Jebat di Muzium Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka).

Satu aktiviti kesenian warisan yang disulami dengan program doa munajat kepada Nya. Sesekali beriadah di tempat terbuka bermusafir keluar mencari redhaNya, di tempat dahulunya pusat pengajian Islam nusantara. Ketika berdoa di padang terbuka, hujan gerimis turun, hujan sebagai satu rahmat... satu pengalaman unik... ikhtiar mencari redhaNya dalam 10 terakhir Ramadan.


38...
Picture
Picture
Picture

Picture
Menggunakan kaedah Arah Mata Angin daripada kiraan tarikh lahir... memastikan TEMPAT TIDUR adalah tempat yang baik mengikut metafizik pernomboran. Majoriti rumah pelanggan yang Dato Eddy periksa meletakkan tempat tidur (katil) di sudut yang "salah" dengan kebetulan menghadapi masalah-masalah kehidupan/ perkahwinan/ perniagaan. Doa memanglah berdoa kepadaNya berterusan, tetapi ikhtiar dibuat juga, mungkin perlukan perubahan katil sahaja dapat selesaikan banyak masalah? Mungkin? Dengan izinNya kita ikhtiar dan doa.

Perkhidmatan kami:
- Konsultansi Peribadi
- Audit Premis Kediaman.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly