Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Inspirasi Kejayaan Dari Sebuah Impian Kejayaan

6/24/2012

0 Comments

 

salam c.gu. syukur, semenjak c.gu & p.lah dtng ke kedai adik saya di pdg.serai hari tu, biz yg dua tiga minggu lps slow sgt (dlm sehari dpt kadang2 tak sampai RM50) tapi sekarang dah mula ok, pelanggan pun dah mula ramai. ada yg dah mula booking baju. semoga berkat berdoa di waktu berdoa kekayaan dan iktiar dgn kaedah yg diberi membawa rahmat dan rezeki yg melimpah dan berterusan. AMIN.

Maklumbalas dari seorang peserta kursus/ klien konsultansi yang mana cikgu A-D dan Pak Lah telah dijemput datang ke kedai pakaian adiknya untuk diperiksa perihal pernomboran tentang perniagaan. Kebetulan ada waktu berdoa kekayaan, maka kami pun sama-sama berdoa kekayaan dalam kedai tu... mudah-mudahan berjaya sentiasa berterusan. Ini menunjukkan bahawa sebarang bisnes boleh menjadi lebih berkesan jika diberikan ruang dan peluang untuk menggunakan pola dan arah sebaiknya, juga doa juga diperlukan untuk bisnes lebih berjaya. Matlamat: Bisnes Berjaya Kaya!

Maklumbalas dari Individu "RM6 Juta"

... Agak sibuk sikit sbb pada 25hb June 2012 dapat lagi satu projek 400K...


Memang sibuk kerana tahun ni kitaran 9... awal tahun dapat jual hartanah RM1.6 juta, lepas tu projek RM400K, lepas tu tender RM6 juta... lepas tu.. three kot!! Walaupun Vacuum! Masih boleh ikhtiar - doa, usaha, ikhtiar, tabah & tawakal.

Temui beliau dalam SEMINAR BISNES BERJAYA KAYA pada 7 & 8 Julai nanti! Semoga dapat berdoa bersamanya nanti pada 8 Julai untuk dapatkan aura kekayaan daripadanya juga!

Picture
Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka Blackberry, RIM menghadapi masalah kewangan... Dari perspektif logik, memanglah ada persaingan dengan Apple dan Samsung dsbnya.  Dari perspektif pernomboran pula,   data menunjukkannya menuju  ke arah kejatuhan teruk. Kebetulan?



Melihatkan kepada Graf Motif Hayat (kaedah ciptaan cikgu A-D sendiri - satu-satunya dan yang pertama di dunia) didapati RIM akan masuk ke fasa terakhir status kewangan 6 ke status kewangan 3 bermula tahun 2014 yang mana pada tahun 2013, RIM akan memasuki fasa KTD dan KTL yang sangat serius iaitu 7 / 7 iaitu tahun 2013 menjadi satu titik perubahan kepada kejatuhan, maka perlu tindakan strategi segera. RIM dikatakan sedang merangka strategi baru mengatasi masalah mereka dan semoga pendekatan tersebut dapat membantu. Untuk pola 2013 sebenarnya ada banyak angka 8 iaitu tekanan, dengan kata lain tahun 2013 menjadi satu ruang perangkap untuk kejatuhan... jika tidak dibuat strategi yang lebih baik mulai sekarang. Perjalanan RIM selama ini agak perlahan berbanding dengan firma lain kerana Root 5 dan Tengah Mata Angin 5, memang benar "dihalang" oleh Samsung dan Apple, juga termasuk Motorola.

Bagaimana dengan kisah anda / organisasi / perniagaan anda? Anda mahukan anda/ syarikat anda terbiar jatuh pada tahun 2013 padahal tahun 2013 adalah tahun kekayaan? Kenapa biarkan sahaja anda/ syarikat anda menjadi mangsa permainan alam / kitaran tahun padahal anda telah diberi ruang dan peluang untuk betulkan situasi? Jom, SEMINAR 2013!

Di dalam SEMINAR MENGHADAPI TAHUN 2013 TAHUN KEKAYAAN kita akan menggunakan kaedah Motif Hayat ini supaya memastikan anda dapat melalui tahun 2013 dengan lebih berkesan dengan persiapan awal.


Picture
Seminar Menghadapi Tahun 2013 kali ini dibuat di hotel di KL.

Ianya merupakan gabungan 6 cabang pengajian;
1.   Kaedah Kenali Potensi daripada Pola-pola.
2.   Kaedah Kitaran Tahunan & Bulanan.
3.   Kaedah Graf Prestasi Bulanan.
4.   Kaedah Graf Hayat Tahunan, Bulanan & Harian.
5.   Kaedah Arah Statik & Dinamik.
6.   Kaedah Graf Hayat Fenomena Star.


Oleh yang demikian, pengisiannya padat dan banyak tetapi akan dibentangkan dalam cara yang mudah difahami dan boleh dikaitkan terus dengan pengalaman peserta itu sendiri. Terbuka kepada semua golongan sama ada baru atau lama dalam dunia pernomboran. Yang penting, seminar ini bertujuan untuk menyiapkan peserta bagi menghadapi tahun 2013 tahun kekayaan dengan lebih awal, lebih praktikal dan lebih berkesan.

Terdapat ramai individu yang "terperangkap" dalam kesulitan hidup atau perniagaan dalam tahun 2012 ini, rupanya mereka tidak perasan bahawa tahun 2012 memang merupakan satu perangkap untuk mereka - agak terlewat untuk mereka patah balik ke jalan selamat melainkan jika tahu perkara tersebut terlebih dahulu. Begitu juga ada beberapa segelintir individu yang mempunyai peluang besar kejayaan pada tahun ini telah dapat manafaatnya sehinggakan boleh meraih tender RM2 juta - RM6 juta. Dengan kata lain, dengan adanya pengetahuan untuk tahun 2013, kita boleh bersedia dengan apa jua potensi dan dapat membuat keputusan yang berkesan dalam hidup atau perniagaan.


Picture
Ketika tahun 2007-2008 yang lalu, cikgu A-D ada menerbitkan sebuah buku berwarna hijau bertajuk "Kuasailah Diri Anda". Pernah sekali buku versi tebal 400 mukasurat hardcover pada harga RM200 habis dijual 30 naskah dalam masa kurang 5 minit semasa di satu seminar di Shah Alam.

Daripada buku tersebut, terdapatlah beberapa individu yang didapati menggunakan ayat-ayat yang betul-betul sama daripada buku tersebut dan mengajarnya atau menerbitkannya dalam bentuk buku atau nota kuliah tanpa kebenaran cikgu A-D... kalau ye pun, ubahlah sikit jangan bulat-bulat gunakan ayat yang sama, kalau sikit tu oklah tapi ini keseluruhan perenggan pun ada... dan tidak merujuk semula kepada cikgu A-D.... ha nanti tak berkat ilmu tu kang...

Buku tersebut kini tidak lagi diterbitkan kerana sukar untuk ada masa lapang untuk kemaskini. Namun, banyak kandungan dalam buku tersebut kini tidak lagi relevan dengan ilmu pernomboran sekarang. Contohnya, cerita perihal status kewangan 3, 6 atau 9. Sebelum ini pengetahuan kita agak terhad sebab baru dalam dunia pernomboran. Tetapi kini baru kita sedar bahawa tak kiralah berapa status kewangan kita masih boleh cipta status kewangan yang terbaik! Hidup... jangan biarkan ia menguasai anda, tetapi anda menguasai kehidupan anda!


Picture
Tahniah atas penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia. Apa pun kontroversi, yang penting kekayaan telah dapat dicipta.. ianya  satu ikhtiar perubahan, terutamanya warga FELDA yang selama ini sekadar "orang felda" tetapi kini mampu berdiri setaraf dengan korporat lain... itulah perubahan kepada kekayaan... Menariknya, PM menyatakan inilah cara untuk menjana kekayaan... bila kenang balik, eh tahun depan kan tahun kekayaan.. jadi kenapa kita masih belum bergerak untuk menjana kekayaan? Dah bina strategi untuk kaya berjaya tahun depan 2013 ni? Felda dah mula awal-awal lagi dah..


Tarikh 28 Jun 2012 akan dikenang kerana telah dapat transformasikan Felda menjadi sumber kekayaan baru... itu tarikh BBK - iaitu ada kesemua 7 pola Bisnes Berjaya Kaya! Mahukah anda mahu menjadi Bisnes Berjaya Kaya? Pelajarilah secara Intensif pada 7 & 8 Julai di Hotel Putra, KL nanti.

FELDA Global Ventures Holdings Bhd's (FGVH) shares continued  to perform impressively, gaining 76 sen compared with its offer price of RM4.55  on its first day of listing on Bursa Malaysia... It opened at RM5.39 for a premium of 84 sen... The listing of the world's second largest initial public offering (IPO) after Facebook Inc's float raised US$16 billion (RM51.05 billion) and attracted global  attention... It also marked an important milestone for the nation, especially for Felda settlers.


Picture
Anda sudah maklum tentang perihal seorang peserta pernomboran yang menang tender RM6 juta. Beliau mendapat panggilan itu pada 22 Jun dan daripada pola & arah harian mendapati adalah hari yang baik bagi "pelaburan" (pola 336 dan 69). Juga, mata angin 6 iaitu "duit masuk" dan arah dari rumah/pejabat ke tempat tender adalah Tenggara 7 (Networking).

Bagaimana strategi anda untuk tahun 2013 nanti? Giliran anda menang tender besar / dapat projek besar pula nanti pada tahun 2013? Tahun 2013 adalah tahun kekayaan maka bersedialah dengan strategi kejayaan.

Seminar Menghadapi Tahun 2013 Tahun Kekayaan.
Puan Syuhadah: 019 769 9946


Picture
Majalah OIC Today isu ke 38 memaparkan foto bilionair pengasas Bank Al-Rajhi iaitu Sheikh Suleiman. Ada artikel mengenai perjalanan hidup dan kejayaan beliau serta artikel tentang orang terkaya di Arab Saudi iaitu Putera Al-Waleed Talal.


Picture
Dapatkan buku ini - bahan bacaan untuk setiap usahawan / bakal usahawan / mahasiswa pentadbiran perniagaan. Mengandungi ringkasan kepada idea dan konsep oleh ramai individu terkenal dalam kaedah perniagaan seperti Napoleon Hill dan Warren Buffet.

Jika anda seorang bisnes / bisnes berjaya kaya... maka tambahlah pengetahuan anda dari sini.


Picture
Untuk SEMINAR HADAPI TAHUN kali ini (untuk tahun 2013), penekanan dibuat untuk membantu peserta menganalisa pola dan arah SETIAP BULAN dengan lebih mendalam berbanding dengan seminar-seminar tahun sebelum ini. Ini adalah untuk membantu peserta menggunakan ruang dan peluang kejayaan dengan lebih berkesan. Dengan kata lain, kita akan analisa bersama-sama setiap daripada pola bulanan anda supaya kita dapat mengenalpasti dengan mendalam perihal bulan yang positif atau negatif dan cara penyelesaiannya.

Mana tahu, anda ada pola bulanan untuk dapat tender yang besar seperti yang dialami oleh Puan K (RM6 Juta) untuk tahun 2012 ini, atau mana tahu anda ada pola bulanan yang cermin, dsbnya malahan bulanan yang perlu anda awasi.


Picture
Dalam sesi konsultansi di pejabat Meru, Klang mendapati seorang klien memiliki tahun 2013 yang boleh cemerlang. Ini disebabkan kerana pola tahun 2013 daripada kaedah graf motif hayat mendapati adalah pola cermin "2-4-2-4". Pola ini sama dengan pola Dr Azizan (tapi untuk beliau adalah 10 tahun). Dengan kata lain, individu ini mampu menjadi "terkenal" boleh setaraf di tahap tinggi dengan strategi yang betul. Walau bagaimanapun, daripada graf hayat beliau pula untuk tahun depan adalah kurang baik serta kitaran tahun kurang baik. Jika kita dapat mengasingkan potensi baik dengan konflik buruk, maka kita boleh meningkatkan potensi kita untuk lebih cemerlang berbanding hanya berharap apa jua yang berlaku di sepanjang tahun tanpa apa-apa halatuju....

Bagaimana dengan strategi anda untuk tahun 2013? Anda sudah ketahui pola tahun 2013 anda?
SEMINAR MENGHADAPI TAHUN 2013 TAHUN KEKAYAAN DENGAN BERKESAN!

Seminar Menghadapi Tahun 2013 Tahun Kekayaan.
1 Julai 2012 - Hotel Putra, Kuala Lumpur - berhadapan IJN / belakang Hospital Pusrawi.

Akan membentangkan beberapa analisa untuk anda seperti;
1.  Potensi dan peluang kekayaan untuk tahun 2013 - dari kaedah pernomboran dan graf hayat - analisa bulan demi bulan.
2.  Konflik dan masalah untuk tahun 2013 - dari kaedah pernomboran dan graf hayat - analisa bulan demi bulan.
3.  Perihal konflik kewangan, rumahtangga, kos dan sebagainya.
4.  Analisa lebih mendalam tentang transisi dari tahun 2012 untuk ke tahun 2013 dan seterusnya untuk tahun 2014.
5.  Arah statik dan dinamik yang berkesan untuk tahun 2013.
6.  Strategi dan penyelesaian bagi pelbagai potensi kejayaan tahun 2013.
7.  Analisa kitaran tahun 2013.

Tahukah anda tahun 2013 adalah pola 69 iaitu pola perniagaan, oleh yang demikian, dijangka potensi perniagaan menjadi lebih berkesan seperti bisnes berjaya kaya, seeloknya kita ambil kesempatan ini untuk bina bisnes yang lebih berjaya untuk tahun 2013 nanti.

PESERTA SEMINAR MENGHADAPI TAHUN 2013 ditawarkan diskaun 50% untuk 1 kursus terpilih bagi tahun 2013 nanti.

Picture

Picture
Pada 24 Jun sebelah pagi ada kesempatan tempahan sesi konsultansi untuk 2 buah kedai. Satu kedai menjual pakaian di Padang Serai dan satu lagi restoran di Kulim. Di Padang Serai, kebetulan tiba waktu berdoa untuk 24 Jun, maka kami berdoa kekayaan di dalam kedai... ini pertama kali berdoa dalam kedai klien ...  mudah-mudahan dengan strategi yang diberikan membantu dalam kejayaan.

Selepas itu cikgu A-D dan Pak Lah kami ke masjid Kulim untuk melakukan doa dan tenaga jalur emas jarak jauh kepada peserta yang menempah untuk 24 Jun.

Kedua-dua kedai melihatkan dari aspek bagaimana untuk menarik lebih ramai pelanggan dari perihal susun atur produk serta kaedah perihal gangguan mistik menggunakan kaedah arah mata angin.


Masalah Bas!

Bas ekspress yang dinaiki oleh cikgu A-D dari Penang Sentral ke Kuala Lumpur pada malam 24 Jun lalu terkandas di Lebuhraya Persekutuan, KL dekat Angkasapuri. Dahlah ketika itu jam 4 pagi... setelah menunggu agak lama, cikgu A-D pun ikhtiarlah menggunakan kaedah pola 38 mengharap bantuan... kalaulah ada satu teksi yang lalu... selang 2-3 minit kemudian, sebuah teksi kosong lalu dan perlahan-lahan bergerak mencari penumpang, apalagi, cepat-cepatlah cikgu A-D ambil peluang maka dapatlah cikgu A-D balik terus ke rumah.

Di sebalik kesukaran ada peluang dan kesenangan... jika kita tahu caranya dan ikthiar serta berdoa!

Picture
Seminar Bisnes Berjaya Kaya
(23 Jun, Hotel D Garden, Butterworth)

Telah berlangsung dengan baik dengan pengisian kaedah pernomboran perihal pola 669 dan 279 beserta Majlis Berdoa Kekayaan di dalam dewan, ceramah perihal geran pembiayaan bagi usahawan serta teknik jalur emas asas. Mudah-mudahan dengan ikhtiar ilmu, doa, usaha dan tawakal membolehkan kita dapat meningkatkan keupayaan kita dalam perihal perniagaan.


Majoriti peserta yang hadir adalah individu yang baru dalam kaedah pernomboran dan sebahagian besar daripada peserta terlibat dalam pemasaran seperti MLM dsbnya. Hanya sebilangan kecil yang terlibat dalam perniagaan konvesional / runcit. Kaedah BBK Pola 279 dan 669 merupakan gabungan pemasaran dan perniagaan supaya urusan jualbeli atau perniagaan seorang usahawan itu boleh melonjak naik ke tahap yang lebih besar atau tinggi. Dalam kaedah BBK yang sebenar (iaitu terdapat 7 pola) merupakan gabungan bukan sahaja pemasaran dan perniagaan, malah dari aspek pelaburan, pembiayaan, pengembangan bisnes dsbnya.

Ini adalah kerana daripada pengalaman cikgu A-D dalam 8 tahun kaedah pernomboran mendapati ramai usahawan di Malaysia ini adalah usahawan "statik" iaitu seolah terperangkap dengan sesuatu perniagaan yang menyebabkannya sukar untuk maju atau berkembang lebih besar, malah lebih kritikal apabila terpaksa bergelumang dengan perniagaan yang sedia ada atau bertukar-tukar perniagaan tanpa ada fokus utama. Oleh yang demikian, kaedah pola BBK (7 pola) membimbing peserta untuk menyiapkan diri mereka kepada satu bentuk perniagaan yang lebih besar, maju dan berkembang. Kita tidak mahu lagi seseorang usahawan itu hanya berpusing di tahap sama selama-lamanya, perlu ingat bahawa kita makin berusia dan makin bertambah komitmen kepada keluarga, jadi perniagaan kita perlu berkembang bersesuaian dengan realiti kehidupan kita.

Seorang peserta memberitahu beliau kini selesa dengan bisnes MLM beliau dan nampak seolah keberatan apabila dicadangkan beberapa strategi untuk meningkatkan perniagaan beliau. Bukannya kami nak paksa peserta itu berubah, tetapi membantu peserta membuat perubahan sebagai usahawan yang lebih berkesan kerana bisnes yang beliau lakukan itu didapati adalah bisnes dan produk orang lain yang boleh berubah tanpa disedarinya, pelan yang boleh diubah orang lain dan pelbagai faktor naik turun syarikat orang lain punya. Seorang usahawan yang berkesan boleh bermula atau meneruskan dengan produk atau bisnes orang lain, tetapi ianya lebih berkesan apabila usahawan itu  mempunyai daya saing dan keupayaan sebagai seorang usahawan, bukan sekadar seorang penjual produk semata-mata.


Berdoa Kekayaan

Di dalam beberapa siri  majlis berdoa kekayaan sebenarnya ada "kisah" berlaku di dalamnya. Pada mulanya keberatan kami nak ceritakan kerana mungkin disalah anggap oleh orang, namun elok jugalah kami ceritakan supaya ianya tidak menjadi salah anggap.

Baru-baru ini di dalam sesi majlis berdoa kekayaan 23 Jun di Hotel D Garden, ketika cikgu A-D sedang membacakan teks berdoa kekayaan, seorang peserta wanita ternampak bayangan wanita bertelekung putih datang kepadanya dan membawa banyak kertas seolah dokumen-dokumen seperti mahu menyerahkan kepadanya. Tetapi selepas itu bayangan itu hilang.

Semasa majlis yang mulia, kemungkinan ada peserta yang boleh melihat bayangan tersebut, juga dalam bentuk lelaki berjubah dsbnya dan itu adalah perkara biasa dan normal (tapi tak semestinya anda perlu nampak bayangan semasa berdoa - kalau tak nampak tak mengapa). Merujuk kepada pakar-pakar, mereka mengatakan itu adalah sebentuk petunjuk atau anugerah yang baik maka bersyukurlah kepada Nya. Dengan kata lain, tidak perlu takut dan anggaplah ia sebagai satu fenomena kejadian Tuhan jua. Apabila ditanya kepada peserta wanita itu apakah amalannya maka diberitahu bahawa beliau sering solat dhuha dan mengamalkan zikir atau doa. Mudah-mudahan dengan usaha dan kesungguhan itu dalam ibadah, dapatlah petunjuk yang baik. Pihak kami sebelum dan semasa majlis berdoa kekayaan cuba ikhtiar untuk elakkan unsur "energi tidak baik" mengganggu majlis berdoa tersebut.

Kini kursus pernomboran asas di Butterworth! Hubungi pihak penganjur untuk tempahan sebelum 12 Julai 2012. Hadirlah untuk sesi pagi atau kedua-dua sesi pagi dan petang.
Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly