Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Hari ini adalah kejayaan!

10/3/2011

0 Comments

 
Picture


Picture
Mempelajari Petak dan Graf Motif Hayat bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk mengenali potensi pasangan anda - suami/ isteri / rakan kongsi, malah anak-anak dengan lebih mendalam. Jadi, anda hadir kelas berbaloi kerana boleh mengkaji diri dan orang lain juga.

Bukan sekadar kenali potensi dari satu aspek (statik) tetapi juga lebih dinamik yang jauh ke depan. Tujuannya bukan untuk menilik (kerana manusia boleh berubah daripada perjalanan asalnya - dengan ikhtiar kita untuk mendapatkan izin-Nya) tetapi untuk memastikan bahawa perjalanan kita dengan seseorang itu berbaloi atau dapat dibawa dengan baik berterusan. Contoh bagi petak di atas, katakan itu petak pasangan anda, untuk 10 tahun pertama tiada angka 6 langsung tetapi masuk 10 tahun kedua banyak pula angka 6. Jadi, anda boleh menggunakan panduan ini untuk meneruskan hubungan anda dengannya dengan mengambilkira perihal kewangan untuk 10 tahun pertama. Maka tidaklah anda menyesal jika anda bersamanya dan mendapati permulaan hidup adalah sukar kerana kini anda sudah tahu perihal perjalanannya dan seterusnya tahu bagaimana untuk mengatasinya. Dengan pengetahuan sebegini, maka anda berdua boleh merancang kehidupan / perniagaan yang lebih berkesan sesuai dengan tangga dan tempoh usia. Kaedah Petak dan Graf Motif hayat adalah kaedah terbaru dalam Strategi Menyusun Kehidupan Yang Lebih Berkesan dari aspek pernomboran. Jom, 16 Oktober! 

Andajuga  boleh lakarkan tarikh nikah anda mahupun tarikh daftar syarikat anda dengan Petak dan Graf Motif Hayat! Untuk mengetahui perjalanan turun naik alam perkahwinan dan perjalanan turun naik perniagaan anda! Dengan cara ini anda memiliki sebentuk panduan untuk menyusun strategi dan menguruskan potensi perkahwinan / syarikat dengan baik.

Contohnya, di bawah ini adalah petak motif hayat untuk usia perkahwinan cikgu A-D bermula tahun 1993. Padanlah dan barulah cikgu A-D memahami kenapa masa mula-mula kahwin dulu asyik duit tak ada je! Sampaikan kami suami isteri rugi puluhan ribu kerugian bisnes malah berhutang kad kredit dan bank beratus ribu akibat projek rumah terbengkalai (angkara Kerajaan Negeri Selangor dibawah BN dulu sampai kini tak diselesaikan: www.desakerayongindah.blogspot.com) kalaulah tahu kaedah ini dulu taklah sengsara sebegitu semasa itu... jadi, lain kali tahulah kita kalau kita nak buat "investment" besar apakah sesuai atau tidak pada masa usia tersebut dan sama ada investment itu berbaloi untuk berterusan bagi tempoh tahun-tahun akan datang.
Picture

Picture
Banjir Besar di Thailand 2011

Takziah kepada rakan & saudara di negara jiran Thailand yang dilanda musibah banjir. Mudah-mudahan fenomena ini berakhir dengan cepat dan semua rakyat selamat.

Baru-baru ini cikgu A-D menerima satu maklumbalas yang tidak berpuashati dan tidak bersetuju dengan kaedah pernomboran yang menyamakan kaedah pernomboran dengan ramalan kaji cuaca, katanya kaedah pernomboran ini masih berbentuk ramalan walau apa namanya dipanggil dan oleh itu kaedah pernomboran adalah sesat dan syirik dan meminta cikgu A-D bertaubat dan tidak lagi menyesatkan orang ramai.

Ingin dijelaskan lagi bahawa kaedah pernomboran sepertimana kaedah kaji cuaca mengambil data dan seterusnya membuat unjuran sama ada hujan atau tidak. Yang menentukan betul hujan atau tidak adalah Yang Maha Kuasa, kita ini berikhtiar untuk mengetahuinya dan cuba untuk menghadapinya dengan baik. Sepertimana kaedah pernomboran, jika kita tahu tahun depan adalah kitaran 5, maka kita sudah boleh bersedia dari tahun ini untuk menghadapinya. Dialah yang menentukan sama ada kitaran tahun 5 kita lebih teruk atau lebih baik tetapi sekurangnya kita telah bersedia untuk menjadikannya lebih baik.

Fenomena banjir di Thailand telah meragut lebih 200 nyawa dan katanya kerugian hampir 18 billion baht, seperti juga fenomena banjir di Malaysia 2007 lalu rasanya kerugian hampir RM5 billion. Jika kita punyai teknologi yang lebih berkesan dalam kaji cuaca, kita boleh menghadapi fenomena alam dengan baik. Fenomena banjir dan taufan di New Orleans dan Shanghai tidak lama dahulu dapat dihadapi dengan baik dengan kajian cuaca berteknologi tinggi di negara sana dapat mengurangkan kerugian dan kehilangan nyawa. Kuasa Tuhan tetap berlaku tetapi dengan menganalisa angka/ nombor atau data kita ikhtiar untuk membuat peningkatan, pembetulan dan pencegahan.

Tentang kaedah pernomboran yang menyesatkan adalah salah jika dilihat dari satu sudut sahaja. Memang betul hadis dan Al-Quran menegah menilik nasib dan banyak kaedah tarikh lahir diluar sana yang benar-benar tilik nasib, tetapi pendekatan kaedah ini berbeza. Kaedah pernomboran versi di sini adalah untuk melihat petunjuk daripada nombor atau angka dan tidak semestinya ialah kekal statik jika kita diizinkan Nya untuk berubah itupun setelah kita ikhtiar. Cikgu A-D dapati ramai orang yang memiliki pernomboran yang kurang baik dari segi teori nombor tetapi sebaliknya mampu hidup berjaya... itupun setelah mengetahui potensi diri mereka dari pernomboran sebagai panduan dan petunjuk kehidupan. 

Tentang menyesatkan orang ramai, itu terpulang kepada orang ramai. Memang ada yang tersesat dalam pernomboran kerana pelbagai sebab seperti belajar tak cukup betul (belajar dari fotostat orang lain punya nota, dll), mengaku kebal angka dsbnya dan itu adalah kesalahan individu bukannya cikgu A-D atau kaedah pernomboran.

Kepada yang tidak berpuashati dengan kaedah pernomboran ini, mohon datang berjumpa cikgu A-D untuk dapatkan penjelasan lisan terus dari cikgu A-D dari aspek falsafah, biologi, psikologi, sosiologi, statistik, akidah dsbnya tidak hanya baca dari internet semata-mata.


Picture
Jiwa Kacau - Ekonomi

Seperti yang cikgu A-D umumkan beberapa bulan sebelum ini tentang fenomena "jiwa kacau" yang bakal menjelang 2012, kini terbukti satu fenomena jiwa kacau iaitu satu demonstrasi "Occupy Wall Street" masih berlaku di New York di Wall Street. Golongan ini memprotes dan menyalahkan "1% orang kaya" yang dikatakan menyebabkan rakyat biasa sengsara tiada pekerjaan dsbnya.


Kita patut bersyukur kerana Bajet 2012 Malaysia yang dibentang oleh YAB PM baru-baru ini meletakkan banyak perhatian kepada rakyat biasa termasuk para pemandu teksi dan para nelayan, walaupun tak dapatlah memuaskan hati semua sepenuhnya tapi sekurangnya ada sentuhan di situ berbanding krisis yang berlaku di luar negara itu. Ini tentunya dapat mengurangkan masalah "jiwa kacau: ekonomi" yang boleh melarat ke Malaysia yang kitaran tahun negara kita pada 2012 adalah 8  (tekanan) iaitu sama dengan kitaran tahun Mesir juga kitaran 8 tahun depan tapi dah berjiwa kacau tahun ini kitaran 7 - cuma yang tak sedap didengari ialah banyak kes "jiwa kacau: emosi"  yang berlaku di dalam negara kita ini saban hari sejak akhir-akhir ini - ramai dah yang sakit mental, sakit hati dsbnya. Malah, terdapat cadangan untuk demonstrasi jalanan di KL sekali lagi.

Setiap kali demonstrasi jalanan menyebabkan kerajaan belanjakan berjuta ringgit iaitu duit dari pembayar cukai iaitu rakyat sendiri juga.  Perhimpunan yang dianjurkan di ibu negara tidak lama dahulu menyebabkan kerajaan terpaksa belanjakan RM2 juta untuk bayar elaun kerja lebih masa, dll kepada pihak berkuasa. Untuk protes di NY itu, setakat ini hampir USD1.9 juta dibelanjakan untuk pihak berkuasa... kalaulah kita dapat semua bekerjasama kan boleh kita jimatkan duit di situ gunakan untuk perkara yang lebih produktif... dari satu sudut, pihak berkuasa dapat duit tambahan dari kerja lebih masa tapi dari satu sudut lain pula kan berita baru-baru bahawa stress kakitangan pihak berkuasa paling tinggi di Malaysia ini berbanding profesion lain... jadi kena seimbangkanlah supaya pihak berkuasa tidak jiwa kacau juga.

Yang penting ialah tak perlu kita semua berjiwa kacau sama ada dariapda aspek ekonomi atau emosi dsbnya, mari kita bersama bina ekonomi dan negara yang lebih makmur dan kaya untuk kebaikan semua... bagaimana anda mahu capai kekayaan dan kejayaan 2012? Jom, kursus Strategi 2012 dari aspek pernomboran.

Ini satu komen terhadap golongan protes di NY itu;

Cain says people who are not rich have only themselves to blame. "Don't blame Wall Street," he told protesters, in an interview with the Wall St. Journal. "Don't blame the big banks. If you don't have a job and you're not rich, blame yourself. It's not a person's fault because they succeeded. It is a person's fault if they failed. And so this is why I don't understand these demonstrations and what is it that they're looking for."

Billionaire New York Mayor Michael Bloomberg said Friday doesn't think too much of Occupiers, either, saying in an interview with New York City's WOR Radio, "If the jobs they're trying to get rid of in the city—the people that work in finance, which is a big part of our economy—go away, we're not going to have any money to pay our municipal employees or clean the parks or anything else."

And another thing, he says: "None of this is good for tourism."



Picture
Petak Potensi & Motif Hayat

Ini adalah petak potensi untuk anak ke-2 cikgu A-D - lelaki. Anda boleh lihat petak statik beliau banyak 87, memang pun beliau merupakan PRS (pembimbing rakan sebaya) merangkap Ketua Tingkatan Kelas 1. Lihat pola untuk tahun 2011 adalah kitaran 6 iaitu kitaran yang baik - semalam beliau menunjukkan surat dari pihak sekolah yang beliau menang 3 kategori tahun ini - Sahsiah Terbaik, Kedatangan Penuh dan Ketua Tingkatan Terbaik. Semasa peperiksaan pertengahan tahun, beliau dapat tempat pertama dalam seluruh Tingkatan. Jika ada rezeki, mungkin beliau akan dinaikkan sebagai pegawas tahun depan.
 
Lihat pola 966 di sebelah kanan iaitu dunia bisnes - memang pun beliau bekerja di koperasi sekolah setiap minggu dan baru-baru ini memenangi Jurujual Terbaik (Pola 279). Dulu semasa di sekolah rendah, beliau buat bisnes komik - melukis komik dan jual kepada rakan-rakannya memang laku siap ada giliran tempahan komik.

Ketika usia ini adalah status kewangan 6, memang pun beliau memiliki simpanan wang yang banyak berbanding adik beradik lain, kebetulan beliau bekerja di koperasi sekolah.

Jadi dengan kaedah pernomboran, dari peringkat sekolah lagi kita boleh bina potensi diri atau bina potensi diri anak-anak dengan lebih berkesan. Dengan adanya petak motif hayat, maka lebih berkesan untuk mengenali potensi dan perjalanan hidup. Jom, kursus Motif Hayat 16 Oktober! Teknik pertama dan satu-satunya seumpama ini di dunia ciptaan cikgu A-D.

Lihat petak tahun 2014 beliau adalah pola cermin 2727, jadi bolehlah bersiap sedia untuk kegemilangan beliau itu nanti pada tahun 2014 nanti. Kan mudah menjalani hidup ini jika kita tahu bagaimana turun naik perjalanan hidup kita - makin kita redha kepada Nya.

Ketiga-tiga anak cikgu A-D adalah 2 orang PRS atau 1 orang Pengawas iaitu individu-individu yang memikul tanggungjawab - itu ada pada petak pendua cikgu A-D. Daripada Petak Motif Hayat anda boleh kaji juga perihal anak-anak dan perihal pasangan anda.

Untuk ketiga-tiga anak cikgu A-D, setiap mereka memiliki pola 573 di sebelah ayah menunjukkan ayah mereka ada kaitan dengan orang kenamaan.


Maklumbalas:

Moga2 Cikgu ingat kami lagi..graf gaung tapi ada pola 38.  Walaupun belum semua yang Cikgu guide kami buat, alhamdulillah kami sentiasa positif malahan kewangan juga bagus.  ....  Kami tak mau lagi simpan cash banyak-banyak even dalam bank nanti ada je yang sedut.  Kami tukarkan jadi Sijil Simpanan Premium dan emas so tak mudah kami cairkan.  Terima kasih Cikgu!

Tentang pola nombor pula, salah satunya saya ada no 537 bergaul dengan VIP.  Rupanya memang benar bila saya kenang sejak zaman sekolah saya berkawan anak dato', bisnesman dan kawan-kawan kolej saya kini bos-bos besar sesebuah organisasi
.

Picture









Tahukah anda bahawa dalam bajet 2012, YAB PM telah mengumumkan tahun 2012 adalah tahun Gerakan Inovasi Nasional? Bagaimanakah anda mahu memanfaatkan peluang ini daripada potensi diri anda? Lihatlah pola angka anda untuk tahun 2012.

Seperti yang cikgu A-D sering beritahu daripada tahun 2010 lagi bahawa tahun 2011 adalah tahun pendidikan, maka anda boleh lihat bagaimana bajet dibentangkan dalam tahun 2011 ini mengumumkan pendidikan percuma dengan peruntukan RM150 juta dan pelbagai insentif dan inisiatif untuk dunia pendidikan, kebetulan? Jadi, untuk tahun 2012 nanti, apakah peluang dan potensi anda - dapatkan jawapan di dalam kursus nanti.

Juga, digabungkan dengan kaedah terbaru cikgu A-D iaitu Petak Motif Hayat untuk mengetahui kedudukan prestasi anda pada tahun 2012 dan dalam tempoh 10 tahun. Bilamana anda belajar ianya nampak mudah sangat tapi kesan daripada itu sangatlah besar. Contohnya, lihat Petak Motif hayat di atas untuk seorang individu. Selama ini hidup antara 2002 - 2011 banyak angka 8 iaitu mengalami tekanan hidup & kegagalan tapi bila tengok untuk 2012 hingga 2018 di atas tiada satu pun angka 8! Ini bermaksud beliau akan masuk ke fasa baru dari 2012 hingga 2018 dengan lebih baik dan boleh buat risiko perniagaan yang lebih baik sebab individu ini kini berada dalam fasa yang lebih baik untuk berjaya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Walaupun cerita ini seperenggan ayat sahaja tapi individu ini boleh buka mata dan bersemangat untuk teruskan semula perniagaan yang selama ini gagal... dengan potensi dan strategi yang betul. Hanya memandang kepada petak motif hayat ini membolehkan anda sudah ada strategi untuk tindakan bagi tahun 2012 (dan seterusnya).  Bagaimana dengan petak motif hayat anda?
 
Modul terbaru (untuk kursus 16 Oktober di Meru, Klang) - arah dinamik 2012.
Memang dalam kursus Strategi 2012 ada membimbing peserta tentang arah dinamik 2012 dan pada kursus kali ini ada satu penambahan baru untuk arah dinamik iaitu penggunaan "elemen alam" pada setiap sudut arah. Tahukah anda bahawa di dalam amalan Feng Shui bahawa Flying Star bagi tahun 2012 angka 6 berada di tengah petak? Bagi pengamal Feng Shui, untuk mengaktifkan angka itu maka dikehendaki meletakkan sesuatu bahan sesuai di situ, namun untuk kaedah pernomboran kami tidak lakukan sedemikian kerana kurang serlahkan tenaga, ada satu strategi yang boleh anda lakukan secara lebih praktikal yang lebih wajar dengan budaya dan agama (tidak semestinya letak barang) untuk aktifkan angka 6 di tengah diri anda nanti. Jom, 16 Oktober.

Tahun depan ada peluang kekayaan besar.. itupun jika anda tahu apa "tol" yang perlu anda lepasi seperti pola 86, 56 dan 67. Jika anda tidak tahu, maka anda berada di pihak yang memberi kekayaan (kepada orang lain), bukannya anda berada di pihak yang mendapatkan kekayaan (daripada orang lain). Kaedah pernomboran 2012 adalah untuk mendapatkan kekayaan daripada orang lain! Jom, 16 Oktober ye!

Picture

Tak perlu adjust mata anda!

Cikgu A-D sering menerima maklumbalas yang cikgu A-D ini nampak lain daripada yang di gambar di MW - lebih muda. Foto di dalam majalah tu adalah 6 tahun lepas, jadi sekarang ni dah lain. Tentang cikgu A-D nampak muda mungkin jiwa dan hati muda cikgu A-D. Walaupun dah nak masuk umur 40 tahun tapi masih rasa macam umur 25 lagi da! Perangai pun macam tu juga... rock! Mungkin cikgu A-D kerap ambil makanan kesihatan sewajarnya seperti mengambil teh cina, bubur oat dsbnya bukan untuk muda tetapi untuk jaga kesihatan. Pernah juga sekali ada bertanya cikgu A-D ni dah kahwin ke belum , juga bila berjalan dengan anak sulung pernah ditanya ni adik beradik ke dan sekali tu cikgu A-D dan isteri bertandang ke satu majlis mereka ingatkan kami ini pengantin baru, padahal anak-anak dan besar dah.

Berbeza dengan anak-anak cikgu A-D, mereka tak rock tapi lebih kepada pengajian dan program agama di sekolah dan masjid. Mungkin ikut jejak ayahnya dulu adalah Setiausaha Badan Pelajar Islam dan Ketua Unit Agama Badan Pengakap di sekolah dulu, (tapi perangai muda cikgu A-D masih menebal masih kekal rock).

Di kala anak sulung kini sudah remaja, selalunya dialah yang jadi imam untuk kami bersolat di rumah kalau kami tak sempat ke surau. Baru-baru ini ada majlis kenduri di rumah jiran, bila bersembang dengan seorang jiran tu pelik melihatkan perubahan kepada anak-anak cikgu A-D tidak seperti dahulu yang kini lebih rapat dengan agama. Alhamdulillah, mungkin itu satu daripada petua yang mana satu petua yang dianjurkan oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah  iaitu membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada setiap ahli keluarga setiap hari. Anda cubalah!

Rumah No 49

Pagi tadi tergamam cikgu A-D bila bertemu dengan rakan isteri yang kini menjual kuih muih pagi. Mereka ini bukannya golongan orang buat kuih pun selama ini dan masing-masing adalah pekerja pejabat / kilang. 2 tahun lepas kami dijemput ke rumah baru beliau bernombor 49. Dalam hati kata nanti tuan rumah ini ada kena mengena dengan makanan satu hari nanti. Nah, tadi dah kenyataan! Memang pelik, kebetulan?

Picture
Samsung Galaxy S2

Kini cikgu A-D menggunakan smartphone ini bagi tujuan memeriksa email, sebagai modem (portable Wi-Fi) kepada PC  tablet (Acer Iconia) dan juga boleh menggunakan software Graf Prestasi Harian dsbnya (tetapi masih dalam proses pembetulan). Tentunya apps Compass membantu mencari arah mata angin  tidak lagi menggunakan kompas biasa.  



Picture

Picture

Picture
Membeli Pakej Pelancongan/ Umrah dan Menjana Pendapatan
Bisnes e-commerce networking dari Singapura.
Tanpa produk atau maintainance.

Lawatilah laman web:
www.richnetint.net

Untuk senarai pakej dan nama hotel - sila klik di ruang Packages dan klik nama negara pilihan.

Satu peluang menjana pendapatan tambahan / passive income, terutama mereka yang status kewangan 3 atau dalam Vaccum Star atau yang tiada angka 7 (malah yang banyak angka 7 lagi bagus) atau mereka yang mahu kelainan dalam bisnes tidak terikat dengan produk atau sesiapa jua yang mahu tingkatkan pretasi kewangan mereka/ gandakan potensi kewangan mereka - inilah program yang tidak menjual sebarang produk fizikal, cuma perkenalkan pakej pelancongan yang boleh digunakan untuk melancong dan dapat pendapatan atau ditebus terus menjadi tunai.

Anda boleh login demo di members login untuk dapatkan maklumat lanjut:
user name: RICHNETDEMO
password  : 12345 dan klik login

Beli 1 pakej (pakej 1: RM750) untuk mendapatkan baucer hotel (atau anda boleh tebusnya kepada tunai) dan seterusnya menjadi ahli untuk membina network untuk menjana pendapatan sehingga USD81,880. Pelan pendapatan yang mudah difahami untuk golongan MLM yang mana anda boleh gabungkan program ini dengan apa jua program/bisnes yang anda sedang sedia ada malah untuk organisasi anda kerana program ini adalah pakej pelancongan/ umrah, satu tambah nilai kepada bisnes/ organisasi anda jua. Individu yang baru untuk mencari pendapatan tambahan juga mudah untuk menyertai program ini yang sesuai untuk semua orang: melancong atau pergi umrah
.  

Buat masa ini program ini masih dalam peringkat baru belum lagi ramai orang terutamanya daripada golongan Melayu baru sekitar 200 orang berbanding kaum lain (bermula pada 11 Mei 2011 di Malaysia) jadi banyak ruang dan peluang networking yang luas untuk anda, tentunya peluang pakej umrah pada harga serendah RM30 mengikut sistem pakej unik (atau anda tebus tunai untuk dapatkan RM4K lebih menggantikan pakej umrah itu) menjadi peluang terbaik untuk golongan melayu/ muslim, manakala pelancongan ke beberapa negara jiran menjadi peluang terbaik untuk semua golongan semestinya.


Saya nak kongsi satu kejadian bersama Cikgu.  Pada 1/9 (hari Raya ke3) jam 5.38 petang anak saya telah kemalangan di mana dia telah dirempuh oleh kereta ( plat no….4038) ketika sedang berbasikal.  Pada ketika itu, saya ingat fakta2 yang sering Cikgu kongsi di dalam blog.  ...Cuma bila tengok semula, graf hayat anak..memang sgt rendah pada usia 9 tahun dan sekarang dalam tempoh usia yang mempunyai Ailing Star. Walau sentiasa beringat namun, malang tak dapat dielakkan tapi sekurang2nya dugaan Allah itu ringan…Alhamdulillah dan anak saya pun dah hampir pulih sepenuhnya. Benarlah kajian Metafizik..dan saya amat berterima kasih pada Cikgu yang telah banyak berkongsi ilmu. 

Ulasan cikgu A-D: Ilmu pernomboran tentunya adalah milik-Nya, cikgu A-D sekadar menyampaikan daripada-Nya, mudah-mudahan kaedah ini adalah sebentuk cara petunjuk yang Dia mahu berikan kepada kita manusia yang sering memohon petunjuk daripada-Nya. Dengan adanya ilmu, kita jadi kuat, tabah, tenang dan redha dalam menghadapi turun naik dan liku kehidupan.

Uniknya... angka 38 di situ! Semalam cikgu A-D menggantikan sebatang mentol lampu dalam bilik yang terbakar dah lebih kurang setahun pasang.... baru tadi perasan yang mentol lampu bulat itu tertulis di kotaknya adalah 38 Watt! Jika anda mahu gunakan pola 38 yang positif dalam hidup anda, di samping menggunakan wangian Aura 38, boleh juga pasangan mentol lampu berkuasa 38 Watt... Cikgu A-D sentiasa ada pola 38 kerana saiz seluar adalah 38, kebetulan?

Picture

    Kajiselidik Doa Kekayaan

    Terima kasih kerana sudi dalam kajiselidik. Saya doakan anda berjaya sentiasa!

Picture


Picture
Dapatkan buku ini mengandungi pelbagai jenis doa dan zikir termasuk doa bertemu jodoh, ayat pemecah kebuntuan dsbnya. Penerbit: Darussyifa.


Picture
Dapatkan buku terbaru ini sangat sesuai sebagai bahan bacaan semua terutamanya untuk peserta kursus pola 6 Potensi Kekayaan lalu. Pelbagai teknik, tips dan strategi serta pesanan yang baik dalam membina kewangan mandiri yang lebih baik.  Penerbit: Telaga Biru.


Picture
Foto cikgu A-D bersama selebriti Indonesia Eddy Brokoli di Jakarta pada 2007 lalu, juga bersama Dato' Dr Roslizam. Kami terlibat menganjurkan kelas pernomboran di sana dulu. Sempat juga kami berurusan dengan MetroTV di Jakarta dan cikgu A-D pernah muncul dalam program The Breakfast Show. Eddy Brokoli juga pernah datang ke KL dan kami bertemu sekali lagi untuk beliau pelajari kaedah pernomboran lebih mendalam.


Ingat lagi cikgu A-D semasa itu tentang potensi si Eddy yang ada Wealth Great Strategist iaitu dunia forex, walaupun beliau seorang artis tapi terlibat juga dengan forex.


Picture
Kursus Teknik Petak dan Motif Hayat + Strategi 2012

Dapatkan graf Motif Hayat anda, kali ini dalam bentuk tahunan untuk anda pantau prestasi tahunan anda. Teknik pertama dan satu-satunya di dunia ciptaan cikgu A-D.


Ini adalah graf motif hayat cikgu A-D yang mana pada terdapat kejatuhan pada umur 22 tahun (berkahwin) dan 28 tahun (rugi puluhan ribu ringgit dalam forex). Masa tu mana ada kaedah ini lagi.. kini kaedah sebegini sudah wujud yang mampu berikan anda panduan untuk melakarkan perjalanan hidup anda supaya tidak membuat keputusan salah pada usia yang salah seperti yang terjadi kepada cikgu A-D pada umur 28 tahun itu.

Pelajari juga Petak Motif Hayat dari umur 20 an - 50 an.

Kemudian, pelajari teknik strategi menghadapi dan melalui tahun 2012. Iaitu  merancang persediaan sewajarnya untuk tahun 2012 mengikut pola angka masing-masing bersesuaian dengan keperluan tahun 2012. Untuk mengatasi fenomena "jiwa kacau" dan meraih kejayaan di ruang konflik 2012.


Picture
Picture

Hiduplah sepertimana yang anda kuasai bukannya dikuasai

Baru-baru ini cikgu A-D ada menerima SMS daripada seorang wanita kini dalam kesempitan hidup sebelum ini bekerja di bank tetapi kini hidup sangat tertekan dari aspek rumahtangga, kesihatan dan kewangan. Walaupun beberapa kali cikgu A-D cuba bantu tapi agak sukar untuk bagi nasihat kepada beliau yang nampaknya tidak mahu memilih untuk menguasai hidupnya sendiri dan mahu melayan kesengsaraan hidup. Satu daripada SMS adalah: Saya dah teruk sekarang. Semua lelaki saya layan. Saje je nak balas dendam sbb suami buat saya

Semenjak dari SMS itu, cikgu A-D tak lagi membantu individu itu kerana beliau membiarkan dirinya sendiri jatuh perangkap walaupun berkali-kali dinasihati. Sebenarnya hidup kita ini ada turun naik, hadapilah dengan kekuatan dan tak perlu nak berperang; yang penting jalankan kehidupan dengan baik, redha, tabah dan tenang dan kuasai hidup sendiri untuk menikmati kehidupan...

Lanjutan dari kisah itu, muncul berita ini di sebuah akhar;

Semua harta disita
KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 tahun lalu, dia layak dilabelkan usahawan bertaraf jutawan kerana mampu memiliki kilang sendiri, namun kini yang tinggal pada dirinya hanya air mata selepas diisytiharkan muflis akibat muslihat suami. Wanita itu pada mulanya menjadi penjamin suami yang membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta, tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis. Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta akan berkahwin lain. Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sofia, 40, berkata sepanjang 20 tahun usia perkahwinan mereka, dia jarang merasai kebahagiaan kerana bekas suaminya yang berusia 50-an itu sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah.

Persoalannya: Apakah anda selesa sahaja dalam kehidupan dan tidak bersedia menghadapi cabaran hidup? Rancangkan kehidupan anda dengan teknik-teknik pernomboran - graf dan petak motif hayat serta strategi tahun 2012.

Picture
PROGRAM MAJLIS BERDOA KEKAYAAN
MEMOHON JADI JUTAWAN SEGERA
(Great Pioneer + PF)




Adakah anda mahu menjadi seorang jutawan? Ya, tentunya mahu.
Apakah anda berusaha untuk menjad seorang jutawan? Ya, tentunya berusaha.
Pernahkah anda berdoa untuk menjadi seorang jutawan? Belum pernah / pernah sesekali tetapi segan / sukar...
Mahukah anda berdoa bersama-sama dengan energi ramai-ramai memohon kepada Nya untuk anda jadi jutawan?.... Jadi jutawan dalam masa "segera"?

Kali ini pertama kali di buat di luar KL - kini di Muar, Johor. Terbuka untuk semua. Lokasi menarik di tepi sungai untuk energi kekayaan dan katanya ramai orang-orang kaya di Muar tu, jadi kita ambil aura dari sit pula...

Pada    : Ahad 27 November 2011
tempat : Akan diberitahu tapi semestinya di tepi Sungai Muar! Mungkin di Tanjung Emas.

Program Majlis Doa Kekayaan Memohon Menjadi Jutawan Segera pernah dijalankan pada Febuari dan Mac 2010 lalu bersama kumpulan Millionaire Mindpower dihadiri Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad. Bermula daripada situ sebagai satu ikhtiar dapatlah membantu MMP sehingga kini sebagai satu organisasi latihan yang terkenal tanahair. 

Seterusnya, beberapa majlis doa kekayaan ada dibuat di Taman Tasik Shah Alam dan Masjid Besi Putrajaya yang dihadiri oleh sdra Noredie pada akhir tahun 2010 yang mana beliau mencapai tahap Crown Manager selepas itu.

Mudah-mudahan dengan berdoa pada tarikh dan waktu yang baik di suasana yang baik membantu usaha berterusan kita untuk mencapai kejayaan.

Kini, atas permintaan ramai, Cikgu A-D akan menganjurkannya lagi tapi di Muar, Johor. Cikgu A-D akan cuba dapatkan beberapa individu berjaya untuk kita doa bersama untuk lebih power. Waktu berdoa kali ini adalah pada waktu siang sekitar tengahari memudahkan untuk kita semua berkumpul berdoa. Beberapa aktiviti menarik juga sedang dirancangkan.

Sesi 1: Taklimat Teknik Berdoa
Sesi 2: Jamuan Makan
Sesi 3: Majlis Berdoa.
Sesi 4: Aktiviti ringkas.

Nantikan pengumuman lanjut untuk mendaftar.


Picture
Foto bersama Puan Nea di depan Trader's Hotel, Muar dengan Camry baru beliau. Daripada kerja makan gaji selama ini kini bekerja sendiri dalam masa 6 bulan sudah dapat memiliki kereta baru berdasarkan keyakinan kepada potensi diri serta panduan dari kaedah pernomboran. Pernah sekali close sale RM380K dalam masa sehari dari teknik doa dan arah. Nombor plet kereta juga dipilih.


Cikgu A-D bila pula nak tukar kereta tu? Kalau anak muridnya sdra Noredie sudah Honda Accord dan yang ini pula Toyota Camry takkan cikgunya naik kereta biasa je kan? Nantilah... cikgu A-D masih bayar 3 buah rumah menyamai ansuran bulanan kereta mewah (1 semi-D, 1 teres dua tingkat, 1 rumah lot banglo) dan baru nak bernafas habis bayar 3 buah kereta sebelum ini.. nak merasai pula hidup tiada komitmen dahulu dengan belaian lambakan cash dalam peti besi tu, dah penat kena Vaccum Star sebelum ini (masa tu belum belajar kaedah pernomboran). Lagipun, selepas ini cikgu A-D akan masuk ke fasa ala Vacuum Star sekali lagi, jadi kali ini cikgu A-D nak lalui dengan persiapan tidak seperti sebelum ini tiada ilmu persiapan.

Ingat ye, setiap orang pasti terkena Vaccum Star, pada umur berbeza. Vacuum Star ada 4 kali muncul dalam hidup kita... tapi ada orang kena 1 kali dan ada orang yang kena 2 kali dalam hidupnya bergantung kepada usianya.


Maklumbalas:

Buku Cinta, Jodoh & Perkahwinan tulisan cikgu A-D:
mmg best la buku ni,banyak info yang saya dapat, buku ni btl2 lain dari yang lain,tq ya cikgu.....

Assalamualaikum Cikgu A-D, Cikgu saya pernah ke consultancy cikgu ... di pejabat cikgu di Meru. Alhamdulillah, sebaik jumpa cikgu, entah bagaimana saya tiba-tiba jadi seorang yg sangat bertenaga dan begitu positif untuk menempuh hidup...

Alhamdulillah, sy dapat hadir dan lulus dalam exam. Seminggu selepas exam, sy ke pantai timur sebab cikgu A-D ada cakap, disana no arah sy 9. Dan yg menarik nya, sy berjaya close sales rm30K-50K walaupun baru pertama kali berjumpa customer untuk unit amanah.

Alhamdulillah berkat doa 16 Sept rezeki amat baik, t kasih banyak.

Aslkm en eddy. Alhamdulillah hari2 kwn order cup cake. tq

tqvm utk info2 bengkel pg ni.. Amat berguna.

    Kursus Batu Pahat 1 Okt 2011

    Picture
    Tahniah kepada individu-individu cabutan bertuah di Batu Pahat. Setiap peserta juga mendapat "duit raya" RM1 nombor siri cantik dari simpanan cikgu A-D serta 2 ketul batu Rose Quartz.

    Picture

    Kursus Muar 2 Okt 2011

    Picture
    Tahniah kepada individu-individu cabutan bertuah di Muar. Setiap peserta juga mendapat "duit raya" RM1 nombor siri cantik dari simpanan cikgu A-D serta 2 ketul batu Rose Quartz.

    Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly