Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Puncak Kekayaan Pendakian Kejayaan

2/18/2018

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture
Seorang client Dato Eddy yang buka cawangan di Southgate, KL.. pelanggan beliau kalangan artis, VIP dan kerabat2 sultan seperti Sultanah Pahang. Ada menganjurkan kelas... sambutan yang baik di situ.

Untuk cawangan di Southgate ini menggunakan khidmat Dato Eddy untuk audit premis perniagaan untuk susunan dalam kedai, nama perniagaan dsbnya.

Asal kedai ini adalah kedai makeup juga tetapi telah ditutup, setelah diperiksa sejarah kedai ini sebelumnya  ada masalah pada nama perniagaan dan beberapa isu lain. Jadi, daripada analisis itu dibuat strategi untuk tidak mengulangi perkara yang sama bagi pemilik yang baru ini.


Picture
Bersama Dato Dr Boy Iman.

Mengenali lebih dekat perihal masalah perniagaan beliau dan daripada perspektif pernomboran dinamik versi Dato Eddy, mendapati  masalah2 yang selalu dialami oleh para usahawan;
- Kitaran tahun 7 - "tahun kehilangan"
- Dekad 10 tahun masalah kewangan
- Pola 1-9 dalam petak tarikh lahir
- Pola 1-8 dalam petak tarikh lahir
- kiraan nama perniagaan
- nombor telefon
dan lain-lain... dapat kita jelaskan dengan pernomboran.

Walau kejatuhan RM15 juta, beliau kuat dan tabah untuk bangkit kembali.. itu sifat usahawan yang diperlukan di kala menghadapi kejatuhan... beberapa strategi dicadangkan supaya perjalanan perniagaan akan datang lebih baik.

Daripada pengalaman sebegini menjadikan panduan kepada para usahawan sedia ada mahupun usahawan baru untuk membuat perancangan perniagaan dan gunakan juga ikhtiar kaedah penomboran sebagai satu strategi dan seterusnya sentiasa pantau prestasi jangkaan (forecasting and performance monitoring) turun naik perniagaan... sudah pasti setiap perniagaan ada masa kejatuhan, tak kira apa masalahnya sama ada sikit atau banyak, yang penting seseorang usahawan perlu mengenalpasti dan memantau risiko perniagaan daripada pelbagai segi secara berterusan dan berkala.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- konsultansi Perniagaan
- Kursus Pola 696 Potensi Perniagaan Berkesan - Tahap 1, 2, 3
- Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan
- Audit Premis Perniagaan






1-8 PENGHANCUR REZEKI TERKUMPUL... satu kajian dan penemuan Dato Eddy
termasuk pola 8-1 dalam petak tarikh lahir
Picture
Apa yang telah terjadi kepada masalah perniagaan Dato Dr Boy Iman (pola 1-8) menguatkan lagi hasrat untuk mengumumkan di sini bahawa pola angka 1-8 atau 8-1 dalam petak tarikh lahir merupakan satu potensi konflik dikenali "Penghancur Rezeki Terkumpul" (DESTROYER OF WEALTH)... itu nama Dato Eddy sendiri cipta dan letak la untuk mudah ingat :) ... Sudah 5 tahun diperhatikan pola angka 18 / 81 ini, pada mulanya ditemui pada majoriti IBU TUNGGAL tetapi tak ada pula isu ayah tunggal sebab yang lelaki tak pula tunggal apabila fenomena kejatuhan dalam kehidupan.. rupanya, sama ada wanita (pola 18/ 81 potensi ibu tunggal) ataupun lelaki (tak semestinya tunggal) mengalami fenomena masalah kejatuhan kewangan (kerugian/ kehilangan/ tersekat)... tarikh lahir di atas adalah 2 bekas pemimpin negara yang mengalami masalah "kejatuhan kewangan" semasa  krisis kewangan 1997 lalu (itupun 1997 adalah pola 18 juga, begitu juga 1998 adalah pola 18 juga)... dengan kata lain, mana-mana individu, usahawan, pemimpin yang mempunyai pola 18/ 81 yang bertanggungjawab kepada kewangan keluarga/ syarikat/ negara PERLU STRATEGI ATASI FENOMENA POLA 18 YANG BIASANYA BERLAKU SECARA MENGEJUT TANPA DISANGKA. Fenomena pola 1-8 ini tak perlu jampi, bukan saka dan bukan sihir, apapun asbabnya sama ada sabotaj dsbnya, ianya memang satu fenomena semulajadi dan logik untuk kita semua mempunyai strategi kewangan yang berkesan.

Tips: Elakkan daripada mempunyai pola 18 atau 81 ini di dalam tarikh nikah mahupun tarikh daftar syarikat.

Bagaimana fenomena ini berlaku dan bagaimana strategi2 mengatasinya?

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Kursus Pola 6 Potensi Kewangan
- Sesi konsultansi peribadi/ perniagaan.

83 POLA MISTIK PARANORMAL... satu kajian dan penemuan oleh Dato Eddy.
termasuk pola 38 (dan 358 atau 853 dalam petak tarikh lahir). Pola 459 juga dikaitkan dengan perihal fenomena paranormal/ mistik.
The Conjuring is a 2013 American supernatural horror film directed by James Wan and written by Chad Hayes and Carey W. Hayes. ... It grossed over $319 million worldwide against its $20 million budget, making it one of the highest-grossing horror films of all time.
Picture
 Pelakon2 filem Conjuring pun ada pola 83! Berlakon seram jer pun...
Picture
Filem Conjuring dibuat berdasarkan kisah benar keluarga Perron ini yang diganggu fenomena paranormal di rumah mereka... pola 83 dan 459 untuk adik beradik dan ayah mereka.
Picture
Keluarga Perron telah mengupah penyiasat2 paranormal tentang gangguan di rumah mereka.. tentu sahaja ada pola 83 dan 459...
Picture
Picture
Apakah anda dan ahli keluarga anda ada pola 83 (atau 38 atau 459).. dan mengalami fenomena paranormal? Apakah strategi mengatasinya menggunakan ikhtiar kaedah metafizik pernomboran dan metafizik energi. Ini bukan bermaksud sape2 ada pola2 ini confirm sah kena kacau dek hantu, ianya satu potensi dan terdapat faktor2 lain yang mempengaruhi jua.

Dato Eddy pun ada 83 dan 459... tapi tak adalah pengalaman sampai tahap conjuring gaban macam tu... kat rumah tenang saja :)

Picture
Gambar dari internet.
Semasa umur sekitar sekolah rendah dahulu, Dato Eddy pergi ke sebuah gerai menjual pisang goreng yang diusahakan oleh seorang makcik. Kebetulan pada hari tersebut, ada seorang pakcik kemungkinan besar suami beliau. Lelaki itu tengok kat tengkok Dato Eddy dan mengatakan tahi lalat di tengkok ini satu hari jadi orang besar, terkenal macam Menteri Besar.. si isteri yang menggoreng pisang gelak saja sambil komen ada-ada saja cakap macam tu.

Semakin meningkat dewasa hingga bekeluarga, tak ada pula ciri-ciri Menteri Besar, politik pun tak join, apatah lagi sibuk kerja di kilang manalah ada kesempatan bersosial orang luar... tetapi kini bersama2 grup orang2 kenamaan... pejabat sementara sekarang pun di PWTC... apakah yang telah dikatakan lelaki tua itu satu kebetulan? Atau tersirat? Atau ada satu sebentuk ilmu yang dikaji? 


Picture
Kenangan... bersimpuh di pejabat seorang klien industri Oil & Gas di KL... tahun 2013 lalu.. ketika ini klien baru saja menyewa pejabat ini dan mahu ikhtiar menyusun kedudukan pejabat mengikut strategi pernomboran... jadi, daripada tarikh lahir kakitangan dsbnya, dibuat perancangan kedudukan dalam pejabat... tak lama kemudian, klien ini mendapat job RM2 juta dan seterusnya job RM60 juta di tahun seterusnya malah ada orang lain yang mahu membeli syarikat klien ini RM10 juta... kini klien berpindah ke tempat lain, juga disusun kedudukannya... klien ini juga menggunakan kaedah Diari Metafizik untuk diri dan syarikat sebagai ikhtiar mencari sales, menjalankan operasi dsbnya... di kala tahun 2015-2016 menyaksikan kejatuhan industri Oil & Gas, syukur syarikat klien ini masih bertahan dalam tempoh kesukaran tersebut.

Inilah yang dinamakan ikhtiar... kita usahakan sesuatu.


Perkhidmatan Dato Eddy
- Konsultansi Perniagaan.
​- Audit Premis Perniagaan.


Picture
Tahniah kepada kerajaan negeri, agensi2 kerajaan tempatan serta penduduk2 Muar kerana mendapat anugerah ini.

Dato Eddy sinomin dengan bandar Muar Bandar Diraja ini semenjak tahun 2009 lagi.. bermula dengan penganjuran kursus2 di dewan masjid Sultan Ibrahim (Dewan Maharani), program2 ikhtiar energi dsbnya. Kemudian pada tahun 2012 dinaiktaraf menjadi Bandar Diraja. Bandar Muar mempunyai sejarah dan produk pelancongan yang unik... sama2lah kita menjaga khazanah alam ciptaanNya sebaiknya.


Picture
Picture
Untuk pengajian Graf Hayat, sebenarnya ada banyak lagi ilmu Graf Hayat yang belum didedahkan kepada umum.. hampir separuh lagi... ini adalah kerana ilmu2 seterusnya terlalu teknikal secara matematik, fizik dan astronomi  (lihat di atas) untuk diajar atau digunakan secara umum.. untuk membuat analisa yang lebih mendalam, terperinci dan tepat, namun perihal sebegini sangat rumit untuk dibentangkan kepada umum dengan bahasa yang mudah. Oleh yang demikian, ilmu Graf Hayat setakat ini adalah tahap "orang awam". 

Oleh sebab itu, untuk menguasai bidang metafizik dengan baik, seeloknya seseorang itu melalui pengajian sains seperti fizik, astronomi, matematik dsbnya. Ramai orang berminat menjadi "konsultan" metafizik tetapi mereka tiada latarbelakang sains fizikal yang mana ini menjejaskan kredibiliti sains metafizik.. sama ada mereka itu ustaz atau guru sejarah atau pakar ekonomi belum tentu boleh dijadikan konsultan metafizik kerana perihal sains fizik, astronomi, biologi seumpamanya. Majoriti pengamal metafizik di pasaran bukan latarbelakang sains jadi mereka menyampaikan bahan yang dipelajari tetapi tidak mengetahui sains penjelasan disebalik bahan tersebut. Melihatkan foto di atas menunjukkan bahawa metafizik (dikenali sains falsafah) merupakan sejenis pengetahuan yang boleh dinaiktaraf menjadi sains fizikal/ sains teknololgi. Sangat terkilan bilamana ada pihak menyatakan metafizik ini ilmu falsampah pulak.. mungkin mereka itu gagal sains fizik kat sekolah lah tu tuduh begitu pulak dan mereka sekadar lihat metafizik daripada perspektif awam bukan dari aspek teknikal.

Picture

Picture
Sesi personal coaching/ konsultansi peribadi telah berjalan semenjak tahun 2007 lagi.. kini mencecah 10 tahun.. tujuan sesi personal adalah memberi peluang kepada individu yang tidak berkesempatan untuk hadir kursus2 yang dianjurkan kerana kesibukan atau jauh mahupun bajet. Juga untuk individu yang punyai isu tertentu yang elok dibincang secara peribadi berbanding dalam kelas. Sesi personal meliputi banyak perkara iaitu perihal potensi2, konflik2, arah2, tempoh masa, keserasian dan sebagainya.. ianya lebih berbentuk kepada audit diri untuk memastikan apa yang sedang dilalui atau yang bakal dirancang menetapi atau berada dalam perjalanan yang sesuai dengan potensi diri atau tempoh masa atau arah dsbnya... perihal kerjaya, jenis bisnes, jodoh, kewangan dsbnya boleh dibincangkan tetapi khusus untuk diri (jika perlukan sesi pengajian untuk topik tertentu secara personal iaitu belajar untuk potensi diri dan orang lain boleh juga diaturkan). Sesi personal biasanya dibuat di pejabat individu atau di restoran awam untuk tumpang aircond. Sesi di rumah individu ataupun di premis perniagaan boleh juga diaturkan (lebih kepada audit premis).


Picture
Picture
Antara tarikan di satu kawasan yang dinamakan Padang Tok Syeikh di Gunung Jerai adalah melihat pergerakan awan seolah dekat jadi bilamana membuat munajat atau berzikir cara sebegini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Nya... dapat rasa angin bertiup pokok2 bergerak melahirkan suasana damai.. di masjid2 boleh saja selesa dengan aircond tapi sesekali nak outdoor lah pula kerana seluruh bumi ini kan milikNya jua.

Di situ terdapat satu garis panjang, bila diperiksa menggunakan kompas ianya mengadap kiblat.. jadi selalunya kami ke sana sebelah pagi buat solat sunat Dhuha.

Satu pengalaman riadah ibadah outdoor.

Picture
Kehidupan manusia tanpa disedari melalui potensi-potensi yang telah ada pada dirinya... kaedah pernomboran sebagai satu cara untuk kenalpasti potensi tersebut (dalam bentuk angka) lebih awal supaya perancangan dan strategi dilakukan lebih awal dan dipantau sebaiknya.... sebagai graduan sains dan bekas QA Manager yang dilatih secara "objektif" (bukti) untuk sesuatu fenomena adalah penting untuk sesuatu fenomena kehidupan yang berlaku dijelaskan secara fakta/ objektif, mempunyai data dan berlaku secara pattern/ repeatibility/ reproducibility (berulang kali bukan kebetulan sekali).

Melihat daripada beberapa pembentangan kes kajian seperti di atas dan lain-lain2 di sini... apakah pola2 atau fenomena ini sesuatu yang diramalkan? Bagaimana pula kaedah pernomboran menjadi satu tilikan? Apakah Dato Eddy menilik nasib beliau jadi menteri dan meramalkan pelbagai fenomena lain yang berlaku dalam kehidupannya (nak tilik macam mana 1938 ayah sendiri pun belum lahir lagi). Jadi, kaedah pernomboran merupakan satu bentuk kajian untuk mewujudkan satu panduan yang objektif (bukan sekadar teka)... bagi tujuan mempelajari pengalaman orang lain bagi kita bina strategi untuk bisnes, kerjaya, kewangan dan sebagainya berdasarkan pengalaman orang lain. Ini tidak bermaksud individu yang lahir dengan pola VIP memang sah confirm jadi menteri bila besar nanti tetapi menceritakan kecenderungan kepada dunia/ industri yang dinamakan itu (contoh: dunia "VIP") untuk diambil peluang atau dimaksimakan potensi tersebut.

Memang terdapat aliran metafizik versi lain, terutama di dunia Barat, yang membuat ramalan tilikan tetapi tak perlu menghukum semua metafizik sama saja. Juga, semua kajian termasuk ilmu fizik, sains perubatan dsbnya adalah panduan semasa kerana kajian2 terbaru dan teknologi2 terbaru akan datang mampu melahirkan panduan yang lebih baik di masa akan datang.

Picture
Picture
Salam en eddy… slps dnasihatkan saya tlh memilih bidang insuran sbgai kerjaya. Dan telah hampir 3 bulan saya di prudential saya rasa di sinilah kerjaya yg betul betul menepati citarasa saya. Saya telah hampir ke target sale 5K! Yg mendtgkan komiseyn dlm rm1K… diaorang agen2 lama kt sini ckp saya buat laju..

​
.. Alhamdulillah, sekrg ni peningkatan kerjaya sya ke arah positif... syukur alhamdulillah... pd awalnya sya mengadu kt cikgu sya susah sgt nk dpt kerja? kewangan pn agak sesak.... tp, alhamdulillah, sekrg ni sya dh dua bulan bekerja, dan diberikan tanggungjawab yg besar... pd awalnya hnya Admin & HR Asst... pastu Assistant Manager, sekrg ni memangku Hotel Manager


Picture
Alhamdulillah.. terima kasih cikgu.. apa yg cikgu beri ilmu semua saya amalkan.. energi mersing tahun lepas... dia punya power..syukur alhamdulillah rezeki x putus.. pasar malam dapat tambah tapak.. nasi lemak kami diorder pihak sekolah.. tempahan utk kenduri tiap2 bulan.. order dari kilang..hari ni alhamdulillah dapat gerai.. syukur alhamdulillah allah temukan saya dgn cikgu,... group eddyrosyadie.. Terima kasih semua..

Assalamualaikum Cikgu Dah seminggu selepas rawatan Energi di Pantai Mersing. Alhamdulillah & Syukur, kesihatan bertambah baik, Rezeki Berganda & Kebahagian Bertambah. Biasanya bila perjalanan jauh atau outstation saya akan mudah terkejut bila tidur. Alhamdulillah dah kurang terkejut dari tidur. Rezeki semakin bertambah. Mudah berurusan dengan customer dan tidak tertekan bila ada tekanan. Semakin bahagia walaupun ada tekanan di luar & dalam. Saya dah tak peduli siapa pun yang layan kurang baik pada saya. Yang penting saya bahagia. Alhamdulillah & Syukur


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.