Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Energi Rahmat Kejayaan Ke Seluruh Alam

12/22/2014

0 Comments

 
Picture
Tetiba tersebar dalam WhatsApp tentang perkara ini, tak tahu siapa yang mulakan sebab tak tulis penamanya.

Seperti yang selalu cikgu Ady dedahkan di sini tentang perihal nombor 8 adalah tekanan dan jika dicampurkan 8+8+8+8+8=32 = 3+2 = 5 adalah halangan.. satu kombinasi tekanan dan halangan... memang 3 tragedi ini satu kes yang berat!



Mungkin cara ini adalah secara visual supaya orang boleh lebih nampak tapi sebenarnya tragedi bala dan musibah yang banyak berlaku tentu ada hikmah dan pengajaran... ditambah dengan kemusnahan dari banjir besar ... tahun 2014 adalah tahun 7 iaitu tentang ujian dan kehilangan yang menyuruh kita kembali kepada Nya...sepanjang tahun 2014 ini banyak sangat fitnah, cacian, tuduh menuduh, mencabar undang-undang dan sistem raja/ sultan dan sebagainya berlaku jadi elok sangatlah kita "dihukum" tapi ramai daripada kita masih tak sedar atau tak faham/ tak nak ambil kisah pengajaran daripada fenomena sebegini.

Selamat tahun baru 2015... 2+0+1+5=8... tambah 8 lagi!


Picture
Pada jam 9 pagi, cikgu Ady buat bayaran zakat, syukur tahun ini zakat lebih banyak berbanding tahun lepas iaitu satu peningkatan dalam simpanan. Tips berdoa: mohon dapat bayar zakat yang lebih banyak pada tahun ini berbanding tahun lepas sebab zakat yang banyak adalah dari keuntungan yang banyak.

Dapat pula no 38 dengan hujungnya 6.

Dalam jam 10 pagi selepas itu, terima satu panggilan dari satu organisasi yang memerlukan khidmat latihan cikgu Ady dan harga yang ditawarkan adalah 3 kali ganda dari duit zakat! Subhanallah, Allah swt bayar balik semula begitu cepat dan terlebih pula tu.. syukur dengan rahmatNya.

Jadi, dengan berzakat membawa berkat dan rahmat.. namun ada yang mengadu walau dah bayar zakat tapi kewangan masih susah... ingat, zakat itu satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, jadi usah berharap kepada pulangan. Mungkin juga niat atau cara anda berzakat kurang sempurna? Nak tahu tips berzakat yang membawa pulangan? Tentunya teruskan ikhtiar berdoa dan beberapa strategi yang menggunakan kaedah pernomboran seperti nombor akaun bank yang baik, no siri duit , arah tempat simpan duit,  dsbnya..


Picture
Ikhtiar berdoa kekayaan / rawatan energi, kali ini dengan khasiat jutaan selawat.. insyallah. Ambil peluang ini kerana bukan selalu dapat peluang sebegini.

Picture
Seperti yang cikgu Ady telah beritahu dari awal tahun 2014 bahawa tahun 2015 adalah tahun tekanan kewangan dengan Vacuum untuk negara Malaysia... sudah berbukti... bencana banjir besar Dis 2014 dikatakan menjejaskan dikatakan 190 ribu orang.. memerlukan jutaan ringgit untuk tujuan bantuan dan pemulihan selepas banjir.

Tahun 2014 iaitu tahun 2+0+1+4=7 adalah tahun ujian yang mana ujian tersebut melibatkan kehilangan dan menyebabkan suasana kerohanian... jadi sangatlah sesuai untuk kita terus ikhtiar berdoa... itu yang termampu kita buat dalam suasana bencana sebesar begini... apa lagi musibah kewangan yang menanti kita sepanjang 2015 nanti? GST akan sampai tak lama lagi dan macam-macam... maka ikhtiar lindungilah diri/keluarga anda/ bisnes anda dengan doa/ rawatan energi... jom, ikhtiar berdoa bersama kami dalam program terdekat ini... binalah semula kekuatan dari satu ujian/ kehilangan/ kemusnahan... terus melindungi diri kita..
Picture

Banjir Semakin Serius, 60,000 Mangsa Dipindahkan
Rabu, 24 Disember 2014

Malam ibarat tsunami di Kelantan
 "Makcik ghaso male tu dah supo Tsunami (makcik rasa malam itu sudah serupa Tsunami)," kata seorang daripada mangsa banjir di Rantau Panjang. Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Atiya, 47, menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya dilanda bencana banjir Khamis lepas. Kata Atiya, walaupun dirinya bersama-sama suami dan empat anak mereka sempat menyelamatkan diri, namun harta benda terutamanya peralatan elektrik, perabot, dan katil hampir semuanya rosak akibat banjir berarus deras itu....Apa yang menjadi keresahan makcik Atiya yang mengusahakan kedai membuat gigi palsu di Pekan Rantau Panjang ialah segala peralatan untuk membuat gigi palsu kesemuanya rosak, sehingga menjejaskan sumber pendapatan. Apatah lagi dengan keadaan rumah yang mereka diami itu sebelum ini diubah suai menjadi kedai untuk perniagaan mereka.... Peniaga pinggan mangkuk serta barangan perhiasan kaca yang mahu dikenali sebagai Gan, 40, turut menyifatkan banjir kali ini agak teruk dan menjangkakan kedainya akan dimasuki limpahan air buat kali ketiga. Walaupun perniagaannya terganggu akibat bencana ini, Gan berkata dia sudah pun bersedia kerana segala-galanya sudah pun mendapat perlindungan insurans. "Banjir kali ini teruk, tetapi saya sudah pun mendapatkan insurans. Saya lebih bersimpati dengan mereka yang menjalankan perniagaan kain kerana kalau sudah kena air, habis rosak barangan mereka," katanya.

----------------------

Sejak awal tahun 2014, cikgu Ady memikirkan musibah apakah yang melanda Malaysia untuk 2015 supaya Malaysia menjadi vacuum dan tekanan kewangan sepertimana tahun 1997 dan 2008... tak teringat tentang fenomena banjir... kali ini banjir yang lebih besar dan lebih banyak kerugian... maka Vacuum lagilah rancak melanda Malaysia... kita ini berada di tahun 2014 iaitu 2+0+1+4= 7, tahun 7 iaitu tahun "ujian" yang mana Yang Maha Pencipta menguji kekuatan mental, fizikal dan spiritual kita... pesawat hilang, pesawat ditembak, banjir besar... supaya kita kembali kepada Nya, ingat kepada Nya..tapi tengoklah rakyat Malaysia yang masih bergaduh sesama kaum, sesama sendiri... ahli politik tak yah ceritalah... musibah akan makin melanda makin ganas berskala besar tapi rakyat Malaysia tak sedar-sedar tak insaf buat tak tahu negara makin hancur! Tahun depan 2015 iaitu 2+0+1+5=8 iaitu tahun 8 tahun tekanan... memang banyak tekanan kewangan dah ni! Yang dah sedar, yang dah bersedia baguslah, kita doakan yang terbaik untuk diri kita, keluarga kita mudah-mudahan kita semua mendapat keampunan Nya dan diselamatkan dari bencana Nya.

SELAMAT TAHUN BARU 2015 YANG PENUH TEKANAN (terutamanya rakyat Malaysia).

RM70b outflow seen as ringgit continues to weaken
 December 22, 2014
KUALA LUMPUR: The speculation in the market is that another RM70 billion can be expected to flow out of the country given the weakening ringgit vis-à-vis the USD. This is mainly due to foreign investors winding down their positions in the bond market. The same phenomenon occurred during the last two financial crises in 1998 and 2008. 


-----------------
Jika anda dapat tengok semula pesan cikgu Ady di sini sebelum-sebelum ini semenjak awal tahun ini lagi yang mana tahun 2015 berpotensi menyaksikan kemunculan semula krisis ekonomi gabungan 1997 dan 2008 berdasarkan pattern graf hayat dan pernomboran, ini berita yang baru diterbitkan menceritakannya lebih mendalam.

Cikgu Ady tidak memerlukan jin atau hantu raya untuk mengkaji fenomena ini, kami menggunakan kaedah kajian daripada data-data pemerhatian, analisis berita, rekod, pengalaman  dsbnya. Pernomboran adalah satu cara untuk membina data kajian.

Picture
Pada 3 dan 4 Januari 2015 akan belaku fenomena bulan penuh, dengan izin Nya... kebetulan jatuh pada 12 Rabiuawal, maulidur rasul.

Energi bulan penuh pada hari pola bagus ditambah dengan selawat.. satu hari yang power, elok untuk tambahkan lagi selawat/ ibadah lebih banyak daripada biasa... tapi usahlah hari tu je yang rajin kenalah konsisten tau.





Jan 3 ... It’s generally a fortunate star bringing “Influential public position, favorable for domestic and family matters.”


Sempena cuti hari Sabtu yang mana pola energi yang baik, jom kita buat riadah doa di Pulau Besar, Melaka.. sesekali tukar angin untuk beribadah, bagi riadah sikit bagi lebih sihat... sempena 12 Rabiuawal Maulidur Rasul, kita dekatkan diri kita kepada sirah dan keturunan Rasulullah saw.. lain kali ada rezeki kita berada di Madinah pada 12 Rabiuawal kelak.
Picture
Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Sultanul Ariffin adalah nama yang digelarkan oleh orang ramai terhadap Sheikh Ismail Abdul Qadir. Gelaran tersebut membawa maksud 'Penghulu Orang-Orang Yang Arif'. Sheikh Ismail Abdul Qadir telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama Sheikh Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.


Kembara Energi Metafizik  pada 1 Muharram 1436H: Admin Pernomboran berkesempatan pertama kali ke Pulau Besar, Melaka bagi meninjau kawasan. Tujuan kami bukan untuk melihat keramat tetapi melihat bagaimana tempat ini boleh dijadikan satu kawasan "riadah doa" dalam program kembara Energi akan datang. Semasa kami berada di surau Pulau Besar, seorang pakcik telah menegur kami apakah kami ini pegawai JAIS? Agak terkejut sebab rupa kami tak gaya JAIS, malah JAIS tu Jabatan Agama Islam Selangor, kan ini Melaka, lalu dibuka cerita yang pakcik tersebut sudah 40 tahun datang ke Pulau Besar dan meluahkan rasa kecewa kerana banyak perkara pemujaan  telah datang mencemarkan kesucian tempat ini, beliau seolah sarankan supaya Pulau Besar ini "bangkit" semula sebagai pusat kegemilangan Islam seperti dulu-dulu. Rezeki kami dapat bertemu dengan seorang ustaz dari Selangor yang kebetulan berada di situ, lalu dibawanya kami untuk bermunajat di Gua Yunus. Perjalanan agak jauh dan melalui bukit dan hutan jadi tak sesuai untuk kami bawa warga emas dan individu yang lelah/ asma dsbnya. Gambar insiden "rasuk" yang berlaku di kawasan nenek kebayan, rupanya mendedahkan kepalsuan. Ustaz itu juga beritahu perkara yang sama iaitu kembalikan semula kegemilangan tempat ini sebagai satu pusat Islam.. mudah-mudahan kembara kita ini dapat berikan impak dan sumbangan kepada perjuangan kebangkitan semula tempat yang barakah ini... sayang bilamana tempat kegemilangan Islam ini kini "diambilalih" oleh "golongan lain"... kami tak berminat dengan keramat-keramat yang digembar-gemburkan di sini...yang penting kembara kita ini susur alur kepada keredaan Nya. Banyak ilmu pengetahuan dan kesedaran baru yang kami terima dalam kembara ini; cara berdoa, cara rawatan energi dan sebagainya.

"Hari2 best airini ada sorg dato join 5 unit. 3 hari lps isteri dato join 5 unit. mggu lps kwn sy join 30 unit. Arini ada 15 unit. Hari2 doa org antr duit. best btl ilmu mtfzk nie".

...Alhamdulillah.. td customer order barang rm1900 dengan saya... xpernah2 dapat mcm ni.. syukur.


JOM, KITA "SERANG" SABAH, SARAWAK, BRUNEI tahun depan! Nantikan team kami ke sana... arah yang bagus untuk tahun 2015 dan 2016..termasuk Manila (Filipina).

Tempat: kami cuba dapatkan dewan hotel Imperial Beautec di Plaza Warisan, belakang Gaya Center Point.

Pada Sabtu 10 Januari 2015, pihak kami ada sediakan sesi konsultansi (10 pagi - 8 malam):
1) Konsultansi Advanced bersama cikgu Ady
2) konsultansi Asas bersama Sdra Nizam / Saiful
3) Konsultansi/ Rawatan Energi bersama sdra Pak Lah.

Hubungi En Nizam 012 769 3807 untuk menempah slot masa.
Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.