Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Energi Kekayaan Pencetus Kejayaan

4/5/2015

0 Comments

 
Assalam cikgu Pg ni ank akk pegi interview sbg guru kafa. Mula2 d beritahu result interview selasa mggu dpn Tp tiba2 mrk cl minta ank akk start mengajar ptg ni jge. Syukur nya cikgu Slm ank akk yg ni lh bersama akk d Maqam Tuan Tulis. Dia lh bersama akk baca yasin n dia yg baca kn tahlil slm Syukur ..Allah percepat kn rezeki nya utk mengajar..aamiin.

-------------

Makam Tuan Tulis merujuk kepada satu makam yang terletak di dalam kawasan Masjid Tuan Tulis di kg Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan Tokoh Ulama Negara. Jika anda lalu di Kuala Pilah, singgahlah rehat di rekreasi Ulu Bendul dan juga singgah solat di masjid berkenaan dan sedekahkan Al Fatihah/ Yasin/ Tahlil kepada beliau... memberi sedekah kepada yang telah meninggal dunia terutama tokoh ulama sebagai satu usaha mendekatkan kita kepada Nya di samping sedekah biasa kita seharian.

Memang dalam program Energi Ulu Bendul kami menziarahi 3 tempat iaitu jeram Ulu Bendul, Masjid Tuan Tulis dan Istana Seri Menanti.

T.kasih cikgu...Alhamdullilah.berkat panduan dan ilmu cikgu kongsi..satu demi satu rezeki dtg.

Filem Hollywood yang memaparkan angka 38 atau 83:
Glory Road - memaparkan satu poster bertulis 38 mungkin merujuk kepada nombor stesen radio.
The Monuments Men - menyebut tahun 1938, kebetulan senario perang dunia kedua.
Million Dollar Arm - memaparkan kelajuan balingan bola pemain baseball adalah 83. 

Picture
PERHATIAN KEPADA PELAJAR/ KLIEN KAEDAH PERNOMBORAN CIKGU ADY

Mulai hari ini, anda diminta untuk dapatkan sekeping atau lebih duit kertas not matawang luar negara seperti USD, Brunei Dollar, Singapore Dollar, Australia Dolla, Saudi Riyal dsbnya dan letakkannya di dalam dompet anda, kalau boleh juga dalam tabung, selit dalam buku akaun, dalam buku album duit no siri cantik dsbnya.

 Ini adalah kerana tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk bisnes luar dari negara Malaysia yang sedang Vacuum, jadi dengan ikhtiar meletakkan duit sebegini adalah sebagai satu "tarikan" untuk energi kewangan yang baik dan untuk menampung energi Vacuum dsbnya.... mudah-mudahan kita ikhtiar cara sebegini pula.


Kalau boleh, not matawang negara luar tu elok yang bersiri nombor cantik seperti banyak angka 6 dsbnya.


Picture
Kenali pola-pola potensi di dalam tarikh lahir anda... tahukah anda yang mana satu pola yang dimaksudkan... yang dah belajar tu dah tahu... yang belum tahu, jom masuk kelas asas secara WhatsApp.. kan mudah belajar cara ni.
Picture

Picture
PENEMUAN TERKINI: Kajian oleh Cikgu Ady.

Sejak akhir-akhir ini cikgu Ady menerima pelanggan yang bermasalah dan didapati beberapa orang daripada mereka tinggal di rumah bernombor 23. Daripada pernomboran 2+3=5 iaitu 5 adalah "halangan" maksudnya menghadapi cabaran/ halangan dalam hidup. Oleh yang demikian, sila elakkan membeli rumah nombor 23... juga termasuk rumah no 14, 41. 

Namun, jika anda sudah terbeli atau mahu juga membeli rumah no 23 seumpamanya, boleh sahaja beli tiada dosa atau tiada sial pun, cuma kena banyak bersabar, bertenang berbanding nombor yang lain. Juga boleh pasang strategi seperti kedudukan bilik/ katil dsbnya untuk menjadikannya lebih tenang sama dengan yang lain.


Picture

Picture
Picture

Picture
Tarikh Jumaat 24 April 2015 adalah satu hari yang begitu dinanti-nantikan oleh penggemar kaedah metafizik pernomboran kerana berdasarkan sejenis pengiraan (Graf Motif Hayat ciptaan cikgu Ady) mendapati tarikh tersebut membawa kepada 30 TAHUN REZEKI MASUK.. apa orang nak kata ikutlah dia bukan dia nak kaya pun... yang penting kita ada ikhtiar.

Satu kempen untuk aktiviti kekayaan pada 24 April 2015 ini adalah "Kempen Smartfund" yang dianjurkan oleh KBM Asset BERHAD... sebuah syarikat BERHAD yang membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ahli KBM dan mendapatkan perkongsian keuntungan daripada aktiviti perniagaan KBM Asset Berhad.... ini ikhtiar kita, join sebelum atau pada 24 April 2015. Anda boleh hubungi para KBM USAHAWAN mengikut zon yang diberikan dibawah bagi pertanyaan dan pendaftaran. Di bawah ini contoh program Smartfund tersebut.


Jika banyak soal/ tidak yakin tentang program ini, pergilah tambah pelaburan anda di ASB ke Tabung Haji ke dsbnya pada 24 April 2015 nanti. Ini cuma satu program alternatif yang pembayaran setiap 2 minggu dan bertempoh 6 bulan sahaja.


Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Bot yang kami naiki dari Jeti Umbai ke Pulau Besar, Melaka pada 4 April 2015 lalu (program Gerhana Bulan)... kebetulan bernombor 00385... memang kami bawa bendera kami Aura38.

Picture

Program berdoa di Masjid Sultan Ibrahim, Muar (22 Mac 2015)....Muar, Bandar Diraja Johor, masjid di tepi Sungai Muar.... tempat favourite kami sebelum Muar diisytiharkan sebagai Bandar Diraja... jumpa lagi nanti di sana!

Alhamdulillah....doa pada gerhana haritu utk org bayar hutang..arini dah dpt balik.janji bln 11 aritu dapat

Assalamualaikum Cikgu Saya dah hampir 1 bulan buat Rawatan Pantai Emas Mersing. Saya Sampai sekarang bau Bunga yang cikgu bagi untuk mandi tu. 1 minggu nie, saya selalu sangat nampak Seperti Pasir/hujan Emas Menimpa Wajah saya dalam separuh sedar sebelum saya dibuai mimpi. ..   Bila saya sebut nama Anak murid cikgu seperti Azizan Osman, Edie Katmin dan yang lain, saya bersemangat dan bahagia. Saya suka seperti tiada halangan yang datang.

Pada 17 Apr - 28 Apr, sdra Noredie (Edie Katmin) akan berangkat mengerjakan umrah kali ke 5.. dah LIMA kali.. begitulah kehidupan usahawan yang memiliki perniagaan yang lumayan serta kereta mewah, rumah mewah, wisma dsbnya.... beliau kini pun dalam Graf Hayat Puncak dan dalam Virtuous Star 10 Tahun (kekayaan), maka kita link dan tumpang energi beliau... dan kita minta beliau buatkan waqaf Al-Quran di sana bagi pihak kita.

Jom, kita ikhtiar berbuat sesuatu untuk energi diri kita, sudah tentu semestinya kepada umat Islam kenalah berkait dengan Mekah. Sumbangan waqaf Al-Quran kerana di Mekah tiada tabung masjid, jadi satu cara untuk memberi sedekah bagi ikhtiar energi adalah sumbangan Al-Quran. Ada yang bertanya kenapa waqaf ke Masjidil Haram kenapa tidak waqaf kepada sekolah tahfiz di Malaysia... sebenarnya ikutlah sendiri punya citarasa nak ke tahfiz pun bolehlah, ini kan ikhtiar cara lain ke Mekah sebab kita bukannya dapat ke Mekah selalu... khabarnya Al Quran waqaf akan diserahkan kepada masjid-masjid lain pula... tak kisahlah apa yang terjadi, kenapa itu, mengapa ini... waqaf sahajalah dengan niat sebab yang penting adalah keikhlasan kita berikhtiar kepada Nya.

Selama ini kami buat waqaf Al-Quran yang versi biasa RM30 namun ditegur oleh para pelajar Universiti Madinah menyatakan bahawa adalah lebih elok belikan yang versi Madinah (yang dicetak di kilang di Madinah) kerana versi biasa mungkin datang dari luar tanah Arah... namun terpulang kepada bajet anda, jika nak yang terbaik tentu buat yang terbaik, jika sekadar kemampuan boleh juga terpulang.

Mohon daftar sebelum 17 April sebab sdra Noredie akan berangkat ke sana nanti menyukarkan untuk menyerahkan sumbangan... anda akan dapat maklumat waktu berdoa pada JUMAAT, 24 April 2015 yang akan diberikan pada malam sebelumnya.

Umum mengetahui bahawa tarikh 24 April 2015 adalah satu tarikh yang baik sekali untuk rezeki, dahlah hari Jumaat dan pola pengiraannya adalah 30 TAHUN REZEKI MASUK. Nah, kita tunjukkan kepada Nya yang kita bersedia untuk terima energi kekayaan 30 tahun!

Picture
Picture

…bekas peserta energy Makkah 15 kod MKA yg lalu…Cikgu, sejak saya mengikuti program tsbut, bonus saya dpt 2 bln gaji, selalunya 1 bulan dan kenaikan gaji 6 peratus thn ini berbanding thn-thn yg lalu hanya 2 @ 3 % shj, syukur sngt, tq cikgu.

Picture
Program Energi Gerhana Bulan 4 April 2015 - dari Pulau Besar, Melaka

Foto sebentuk awan yang menyerupai kalimah ALLAH...  foto tidak jelas sebab kamera handphone dan awan mula berpecah, jika lihat dengan mata kasar memang nampak pelik kepulan awan seperti gumpalan tali yang membentuk huruf tidak seperti gumpalan awan yang biasa... ada 2 bentuk sebenarnya satu lagi di sebelah depan... jika dipandang di sini macam terbalik tapi jika di pandang dari sebelah sana dalam keadaan baring nampak jelas... begitulah kuasa Nya, sebelum itu kami buat program munajat di satu kawasan dikenali Gua Yunus... kenampakkannya di sini iaitu ketika program Cleansing Air Laut sekitar jam 6 petang, yang kebetulan adalah waktu energi yang cikgu berikan kepada peserta yang join program/pakej berdoa... ketika itulah kami nampak bentuk-bentuk awan tersebut.
3 pm: Foto program munajat di Gua Yunus, Pulau Besar, Melaka... perjalanan mendaki bukit dan hutan... berada di dalam gua mengadap laut. Seronok bermunajat kepada Nya dengan suasana alam... buat tahlil ringkas, berzikir, berselawat, berqasidah... boleh je nak buat kat  masjid tapi rumah orang lah... di sini bebas... ya bebas bermunajat, merayu kepada Nya tiada gangguan...
6 pm: Foto program Cleansing Air Laut... di kawasan situ seronoknya terasa ada kawasan air terasa panas dan air terasa sejuk di satu tempat, laut tidak berombak jadi  air tenang macam kolam renang jadi mudah untuk bergerak...ada seorang peserta yang mendakwa terkena sihir selama ini dah berpuluh rawatan dibuat, mula batuk-batuk dan nak muntah, terasa sesuatu tersangkut di tekak tapi tak keluar-keluar, itulah perasaan beliau selama ini berubat rasa sesuatu yang tak mahu keluar, setelah didoakan dan direndam air laut di situ, beliau mula muntah, terasa satu benda keluar dari hidungnya pedih dan pedas... dan beliau rasa sangat lega dan jelas nampak beliau gembira sangat bermain-main dalam air dengan riang selepas muntah tu... energi yang negatif tersangkut dapat dikeluarkan... ini baru real mandi garam yang asli garam laut... sekadar mandi garam kat rumah tu kita curahkan air ke badan manalah energi negatif nak keluar dengan berkesan, muntah pun tidak.. boleh buat macam tu sebagai pemulian sementara .. nak berkesan mari berendam dalam laut bagi muntahkan keluar energi negatif, nak lagi berkesan, berendam pada hari dan waktu dan tempat yang dicadangkan.... dengan syarat kena "puasa putih" beberapa hari sebelum program berendam tersebut..

Jika ada peserta yang mahu buat program secara persendirian / grup private, sila hubungi kami... tak semestinya perlu join program umum sebegini mungkin anda segan dengan orang luar jika beramai sebegini.

Lokasi lain untuk energi dalaman (elemen alam);
Gunung Jerai, Kedah.
Pulau Besar, Melaka
Jeram Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly