Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Energi Kekayaan Kitaran Kejayaan

4/13/2015

0 Comments

 
Picture

Picture

Picture
Ada individu yang perlu melalui jalan kehidupan yang sukar kerana begitu sudah perjalanannya (sudah dilahirkan begitu/ sudah takdirnya)... tambah lagi peningkatan kos dan masalah kewangan negara (Malaysia dalam Vacuum Star untuk tahun 2015)... bagi kes di sini  gabungan suami isteri dan tarikh nikah menunjukkan ada masalah kewangan, begitu juga dengan perihal diri sendiri. Tapi jalan penyelesaian bukannya mudah - mana boleh tukar tarikh nikah dan bagaimana nak ubah gabungan suami isteri... ada strategi dan ada ikhtiar.... Yang penting fahami dahulu mana silapnya supaya pembetulan dapat dibuat dengan betul bukan sekadar tukar kerja dan sebagainya. Apa yang ada dikekalkan namun dibetulkan untuk peningkatan.

Bagi kes di atas, beliau menyatakan kawannya yang "pandai mengira" memberitahu beliau tidak sesuai bekerja di tempat itu tapi kena tukar tempat lain kerana perbezaan elemen diri dengan tempat kerja... bagi cikgu Ady, cara itu tidak benar dan salah... masalah bukan kerana elemen tetapi perkara-perkara lain yang dibetulkan dahulu... usah dengar dari satu pihak sahaja dan usah dengar dari pihak yang tiada pengalaman dalam kaedah pernomboran... rujuk kepada kami untuk lebih tepat.

Perkhidmatan;
Konsultansi Peribadi/ Keluarga/ Perniagaan
Audit Premis Kediaman / Perniagaan
Kursus Pola 6 Potensi Kewangan dan Kekayaan
Program Ikhtiar Berdoa/ Energi Kekayaan

Program Berdoa Kekayaan 12 Apr 2014 - Kota Kinabalu:
Suami sya bgtau td ada dpt email.. So, sya tlg dia chek.. Alhamdulillah.. Dpt senarai kerja2 pembaikan utk bbrpa negeri.. Dlm rm600k lbh.. Senarai ni yg dia dok tggu.. Alhamdulillah syukur sgt2... Mgkn berkat berdoa hr tu & sya turut mendoakn utk dia.


PERHATIAN: PROGRAM PULAU BESAR

Apabila cikgu Ady buat program di Pulau Besar, Melaka (sudah tiga kali), ada orang bertanya dan mengaitkan dengan ajaran sesat di sana. Untuk makluman, cikgu Ady tidak terlibat dengan mana-mana tarekat mahupun makrifat dan kami tiada amalan tarekat apa pun. Setakat ini kami juga tidak berjumpa dengan apa-apa kumpulan Islamik yang "pelik" di sana. Apa yang kami buat di sana adalah solat2 wajib dan sunat di surau dan ziarah kawasan perkuburan disebelahnya bersedekah Al-Fatihah dan doa arwah seperti yang biasa orang buat... biasalah menghormati arwah-arwah yang telah pergi kepada Nya.... Kemudian, kami pergi mendaki ke satu kawasan untuk bermunajat sebab kawasan tersebut mengadap laut dan sesuai dengan suasana alam. Munajat kami menggunakan zikir dari buku tahlil dan zikir/ selawat yang biasa dalam buku-buku yang dijual di kedai buku... tiada kitab-kitab pelik yang kami pakai.


Tidak dinafikan terdapat  perkara khurafat di sana, tentu kami tak ke sana, setakat ini yang kami nampak non-muslim di situ mungkin itu cara mereka atau orang Islam dari luar negara yang mungkin mazhab/ tarekat berbeza. Pernah ada seseorang berpesan kepada kami supaya kembalikan aktiviti Islam di pulau tersebut usahlah sekadar non muslim sahaja aktif di sana, jadi aktiviti "riadah munajat" kami ini sebagai satu sumbangan untuk ceriakan aktiviti keislaman di pulau tersebut. 

Tujuan kami ke Pulau Besar, Melaka sebab suasana alam yang menarik, dekat dan mudah... kalau nak ke Pulau Tioman jauh sangat naik bot 2 jam, ke Pulau Langkawi kena naik flight kos pulak, ke Pulau Ketam, Selangor pelik kawasan orang Cina non muslim.... senang ke Pulau Besar, Melaka yang pernah jadi tempat pengajian Islam dahulu kala. 

Salam Cikgu, sebelum ni, saya mimpi, hantu kerap dtg ajak berlawan, saya pun tak tahu kenapa, tapi selepas hadir program doa energy lailatul qadar, esokknya saya mimpi ramai hantu nak minta pertolongan saya pula, saya pun tak paham situasi ini sebenarnya... selain tu alhamduilllah banyak projek dan rezeki mendatang selepas raya ni yang cfrm, Alhamdulillah, terima kasih Cikgu Eddy... tapi saya x knal mereka, semasa ajak berlawan tunjuk muka yg huduh, dan bila minta pertolongan smua muka cantik.


Salam cikgu Ady... mngenai brang2 phiasan milik sya yg sya minta ckgu energykn d 16 jan lalu. Ada 1 kjadian pelik sya alami. .. sya pakai gelang tngan perak yg dienergikan buat ptama kali... smasa nk pkai.. bila sentuh je gelang tsebut... tiba2 ada sesuatu bsuara dlm hati mngatakan supaya jgn pakai gelang tsebut sbb nanti hilang kjap lg. sya mhiraukan amaran tsebut... namun smasa nk langkah keluar dr bilik.. suara hati tsebut bsuara lg. Sya hiraukn juga dn terus keluar dr rumah. Malangnya... gelang tsebut sya sedari dh hilang...


My sis bgtau suaminya dah dpt kerja ok… then lampu kat hall umah dia selama ni bertahun x menyala… dah menyala… since tukar arah…hidup ini keajaiban… so touching doa sya utk prmudahkan segala galanya… finally jumpa cikgu

Ehem... apa pulak cerita tentang jodoh dan cinta ni... orang tengah sayu dengan GST dan masalah kewangan nak cerita tentang jodoh pulak.

Tahun 2016 adalah tahun  "berkasih sayang".. tahun depan tu.. tahun ini 2015 tahun "pergaduhan" (pola 18 dan tahun 8)... yang isteri marahkan nak cerai suami, yang suami pukul isteri, masing-masing curang cari pasangan di luar cari ketenangan... yang boyfriend tikam tunang, yang girlfriend merajuk cari boyfriend lain, yang belum berpunya masih tak berjumpa-jumpa... memang pening mahkamah syariah tahun ini, peguam syariah untung banyak fail perceraian tahun ini... tahun depan 2016 ada peluang kasih sayang dan... kecurangan, terlebih kasih sayang dah tu ... yang penting ada peluang kasih sayang terutama bagi yang bermasalah untuk berbaik semula atau yang belum berpunya untuk mendapatkan teman.

Seperti yang cikgu Ady biasa beritahu, bagi melihat tahun depan, biasanya bulan Mei dan Jun tahun ini iaitu bulan depan ini umpama "tingkap" (window) yang membayangkan apa yang berlaku tahun depan... maka pastikan bulan Mei dan Jun depan anda berada dalam situasi kasih sayang yang baik... pakailah lawa-lawa depan pasangan inikan tidak pakai selipar jepun dah tercabut kulit, pakai haruman segar ridsect, dan bersopan santun depan bakal mertua bancuh kopi kaw-kaw tapi kopi paket 3-in-1. Belek-beleklah majalah Pengantin dan datang ekspo Perkahwinan, suami isteri berbaik semula rancang pergi Langkawi untuk refresh energi perkahwinan berbulan madu asmara... ambil aura dan energi.. mudah-mudahan nanti tahun 2016 menjadi satu medan kasih sayang yang baik.   

Picture
Seperti yang cikgu Ady beritahu sebelum ini bahawa tahun 2015 adalah tahun yang mana negara Malaysia melalui tempoh Vacuum Star (duit disedut) yang mana cikgu Ady sarankan cari bisnes di luar Malaysia. Kebetulan cikgu Ady dilantik sebagai konsultan Pertubuhan Prihaatin yang mana ada satu projek luar negara iaitu projek kerja di Australia (3 bulan). Orang Malaysia sedang mengeluh GST tapi yang di Australia seronok makan anggur... jadi, orang yang positif yang berjaya... jika tak dapat ke Australia tapi dapat kenalkan orang untuk ke Australia dapat komisen maka ada kena mengena dengan bisnes luar negara.

Tengok kakak ini, tahun lepas buat bisnes dalam pertubuhan tapi kerugian, bila cikgu Ady dilantik jadi konsultan pertubuhan dan diminta untuk strukturkan semula (restructuring) pertubuhan tersebut, kini dah boleh mencapai kejayaan besar malah katanya sales terkumpul sudah cecah RM799 ribu tak sampai setahun, layak dapat hadiah umrah free pun... kerja kakak ini bukan pergi Australia pun tapi banyak di pejabat bertemu prospek introduce orang untuk pelbagai program pertubuhan.

Tu lah, mengeluh sangat pasal GST sampai nak berdemonstrasi di jalanan ... strategi kami bantu orang jadi kaya dan berjaya tak payah nak mengeluh dah... cuma mengeluh banyak sangat duit pulak! Nak berubah jadi kaya tak? Ada berani ke? Tak ada berani mengeluhlah sorang-sorang ye.
Picture
Tak perlu cerita panjang, ada berani nak ubah ekonomi diri dan keluarga, bangsa dan agama mari datang pejabat tengok sendiri... datang pejabat Cyberjaya lagi bagus dapat tengok Mini Market milik pertubuhan di sebelahnya... dalam WhatsApp/ Telegram bukan main viral tentang perjuangan ekonomi melayu/ agama / negara tapi yang viralkan tu bukan buat apa pun tak ada keberanian... bila sign-up dengan Prihaatin beritahu yang anda dari grup Cikgu Ady... atau jika anda perlukan team kami membentangkan perihal ini bolehlah beritahu untuk kami datang (En Nizam 012 769 3807 / Pn Alia  60 14-776 6427)
Picture
Picture

Journey - Anything Is Possible
Album: Eclipse

Up against the world as you face your destiny,

Don't let today's regrets affect tomorrow's dreams.
When you shoot for the moon and you miss your mark,
Baby you'll still end up so high among the stars.

Anyone can give up when it's time to risk it all,
Know it where you stand and you'll never fall.

If you can see how you imagine your life
You want to dream now and you know that anything is possible
It's not who you are, it's where you wanna go.
You don't need a miracle, believe that anything is possible.

Take it brick by brick, throw away the stone
Take a chance on something, build a castle you call home.
Live for the moment, you can't put into words.
Don't keep a song inside, let your voice be heard.

Find a true desire, don't be afraid to cry.
Better to reach for something, than to never have tried

It's time to see how you imagine your life.
You want to dream, you know that anything is possible.
It's not who you are, it's where you wanna go.
You don't need a miracle, believe that anything is possible.

It's not who you are, it's where you wanna go.
You don't need a miracle, believe that anything is possible.

It's time to see how you imagine your life.
You want to dream, anything is possible.

It's not who you are, it's where you wanna go.
You don't need a miracle, anything is possible.

It's the choice you make, it's the time you take
It's the risk you take, you know that anything is possible.
It's a choice you make, it's a time you take
It's a risk you take, believe that anything is possible.


Read more at http://www.songlyrics.com/journey/anything-is-possible-lyrics/#kcmJaqXqmfkskkgU.99

Assalamualaikum Cikgu. Ingin bertanya jika semasa berdoa kekayaan kita nampak sesuatu apa tindakan seterusnya utk merealisasikn yg kita nampak dan hajati. Mudah2an apa yg sy trlihat akan menjadi kenyataan...Sy nampak emas dan rumah banglo... ada cincin batu permata jade hijau dan batu pink

Picture
Pada 11 Apr 2015 lalu, cikgu Ady dapat satu deal yang baik tentang kewangan dan terus sahaja pelanggan menyerahkan cek.. Sebelah pagi 11 Apr tu juga deal dengan seorang prospek berlangsung dengan baik dan akan serahkan payment...urusan macam senang saja nak yakinkan orang...  Bila rujuk Diari Metafizik  11hb April 2015, padanlah! UNTUNG BESAR! Pola Dunia Kewangan 456, dengan energi Great Financier dan yang penting juga VIrtuous Star! Begitu mudah untuk dapat deal dan urusan kewangan.


Beginilah caranya kegunaan Diari Metafizik (atau Software Integrasi) satu kaedah gubahan cikgu Ady, satu-satunya dan pertama di dunia... Kan mudah buat sales macam ni, boleh pilih hari nak bekerja dan pilih hari nak bercuti...yang hari baik tu bekerja lah...  ini tidak, buat MLM sampai tengah malam hujung minggu tak de kat rumah tapi tak juga close tak juga kaya.. bila dicadang guna Diiari (atau Software) tak nak pula kerana mahal... memang lah mahal sebab kos programmer IT belajar kat universiti.... tapi ada pakej harga berpatutan, ada yang close puluhan ribu selepas guna Diari tak pula nak bagi komisen kat kami (memang tak minta pun)... mungkin lebih selesa buat sales main pakai hentam... kami ni ada sistem, kami ada strategi barulah hidup lebih dinikmati.

Picture
Pada awal bln syarikat sy umumkan pembayaran bonus dibuat pd hari smlm  tetapi ikut diari metafizik sy smlm 30.04.2014 RUGI. Rupa2nya bayaran dibuat pd 29.04.2014 sehari lebih awal. Bila sy lihat diari sy, 29.04.2014 UNTUNG BESAR!... Subhanallah... sesungguhnya begitu jelas Allah telah menetapkan bila sy akan mendapat kurniaNya walaupun kita telah merancang...


Alhamdulillah.. diary mmg membantu... exactly mcm GPS atau waze yg kita ada. Harini close senang cam kcg 2 prospek sign up.. networking juga betul, 1st prospek terus nak kumpulkan adik beradik dia yg ramai utk joint... terharu rasa... kita dipinjamkan dgn ilmu Allah ni utk senangkan keje kita.

Picture
Baru-baru ini cikgu Ady dan team singgah satu restoran... masuk dalam restoran, tetiba En Nizam rasa pening... lepas tu cikgu Ady pun pening... ini mesti ada kehadiran energi tidak baik... tapi tengok restoran penuh, makanan pun baik berselera... daripada "perisik" kami menyatakan ada sesuatu di sudut cashier dan kalau boleh jangan pergi ke cashier untuk bayar duit sebaliknya minta staff bawa bil.



Bila ditinjau, cikgu Ady ternampak satu tulisan/ lukisan di tempat cashier.... seperti lambang Swastika... itu adalah simbol yang digunakan oleh golongan Hindu atau Buddha namun ini restoran Islam siap dengan poster ayat Al-Quran dan Hadis nabi saw, jadi tak sesuai simbol sebegitu... tak pasti mungkin ada kanak kanak nakal sengaja tulis ke, atau tak perasan kotak cashier dah tertulis macam tu masa beli, atau sengaja disabotaj orang tulis macam tu atau tuan kedai sengaja tulis untuk pelaris ke dsbnya...kalaulah ini sengaja untuk pelaris mungkin tak tahu yang ianya menghalau orang juga atau kalaulah ini sabotaj maka rugi nanti restoran ini... Yang penting, ada energi tidak baik, jadi lepas ni team kami tak akan singgah di restoran ini dah... lagipun banyak sangat warna energi yang tidak baik di dalam restoran ini.. McDonalds pun merah dan kuning tapi tak pernah rasa pening pun.

tips: untuk saudara muslim, periksa premis kedai atau rumah anda... ada tak simbol2 yang pelik di dinding, di kalendar, di celah pintu, di depan pagar, kalau itu bukan anda yang tulis maka padamkanlah, kalaupun anda sengaja nak pelaris gunalah cara yang lebih baik... mungkin sebab tu banyak benor benda ganggu kedai/ rumah anda....membuka "pintu" mistik... Jika anda non muslim selesa dengan simbol tertentu tidak mengapa.

Di dalam Audit Premis Kediaman / Perniagaan, kami juga memeriksa "kehadiran" energi tidak baik bagi memastikan premis anda dalam suasana yang baik. 

Hubungi En Nizam 012 769 3807 untuk temujanji Audit Premis Kediaman/ Perniagaan.


Picture
Melangsungkan audit premis kediaman di Kota Kinabalu yang mana menjalankan perniagaan di dalam kediaman.


Picture
Program Berdoa / Energi kekayaan di Masjid Bandaraya di Likas, Kota Kinabalu pada 12 April 2015 lalu... menarik tempat ini tepi laut dan ada kolam air... memenuhi elemen alam yang dikehendaki.. macam masjid Muar...cuma tepi jalan yang sibuk agak bising tapi ada banyak gerai makan di tepi masjid... lain kali kita buat program berdoa di sini lagi ye.






Lokasi berdoa kekayaan (setakat 2015):
Masjid Sultan Ibrahim, Muar
Masjid Besar Johor Bahru
Masjid Negeri Shah Alam

Masjid Terapung Kuala Perlis
Masjid Terapung Pulau Melaka
Surau Pulau Besar, Melaka
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Masjidil Haram, Makkah

Masjidil Nabawi, Madinah



Picture
Rumah mendiang Lee Kuan Yew... No 38, Oxley Road.


Picture
Lagi filem Hollywood guna angka 38.. Fast and Furious 7!

 It made $392.2 million worldwide in its first three days of release, which is the fourth-highest opening of all time. It has grossed over $800 million at the box office, making it the highest-grossing film in the franchise after just twelve days, the highest-grossing film of 2015, and the 45th highest-grossing film of all time
.


Picture

Picture
Kelas Asas Pernomboran (Who Am I) berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 11 April 2015 lalu.

Picture
Selepas kelas, sesi rawatan kaedah jalur emas dijalankan oleh sdra Kasyfullah (Pak Lah). Kaedah ini eksklusif untuk grup metafizik cikgu Ady. Banyak testimoni yang baik hasil dari ikhtiar sebegini (sila lihat bawah untuk 2 testimoni). Kaedah ini ikhtiar untuk membetulkan aura/ gelombang dalam badan supaya energi yang baik membantu dalam urusan rezeki dan kehidupan kita.

Kali ini, bersempena hari Jumaat dan pola kekayaan 30 tahun pada 24 April 2015 serta "link" dari Makkah (seorang pelajar cikgu Ady berada di sana untuk umrah ke 5), satu rawatan khas jalur emas untuk 24 April 2015 nanti. Ambil peluang ini. 

Picture

Peserta pakej Energi Makkah Feb2015:
Salam cikgu. Saya nak beritahu salah satu doa yang saya minta doakan di Mekah telah termakbul cikgu. Syukur Alhamdulillah..Saya ada minta doakan saya dapat bonus 6 bulan pada 26.3.15. Pada 26.3.15 yang lepas bila saya check saya dapat lebih dari apa yang dihajati. Saya dapat bonus sbyk 7 bulan cikgu. Memang tak disangka-sangka. Tak pernah dapat sebanyak itu. Terima kasih banyak-banyak cikgu AD.

Picture
Inilah namanya ikhtiar. Teruskan berdoa cara biasa di masjid (muslim)/ tempat ibadat (non-muslim), solat hajat, solat Dhuha, Surah Al-Waqiah dsbnya dan ikhtiar juga berdoa cara alternatif sebegini... langsung terus ke Makkah lagi baik... Insyallah, seorang pelajar cikgu Ady, sdra Noredie (Edie Katmin) akan berada di Mekah pada 24 April bagi umrah kali ke 5... kita "link" energi doa kekayaan kita ke Makkah. Mudah-mudahan ikhtiar kita cara begini pula mendatangkan hasil yang baik.
Picture

Picture
Baru-baru ini cikgu Ady dijemput oleh satu organisasi untuk membuat audit premis perniagaan. Sampai di sana di dalam pejabat, terasa sangat pening menandakan ada "energi yang tidak baik". Jadi, cikgu Ady memeriksa satu persatu tempat di dapati di kawasan belakang (pantry) dan memeriksa kakitangan seorang demi seorang dan didapati ada seorang kakitangan yang disyaki. Setelah disiasat beiau mengakui sejak akhir-akhir ini rasa lain macam terutama di waktu malam... jadi beberapa ikhitar dicadangkan. Ketua organisasi menyatakan sejak pejabat dibuka, seorang demi seorang kakitangan mengalami masalah... mungkin biasalah tu "gangguan energi". Menggunakan sejenis kaedah, di dapati dua titik merah (kehadiran energi tidak baik) di kawasan yang disyaki.


Jadi, dalam kes sebegini mengajarkan kita tentang sesuatu perkara... walau di zaman moden ini, masih terdapat elemen energi / mistik yang menyumbang kepada masalah kerjaya, kehidupan malah perniagaan kita. Oleh itu, sangatlah dicadangkan apabila membina/ menyewa/ mengubahsuai pejabat/ rumah eloklah buatlah amalan orang tua-tua petua orang dulu-dulu seperti membaca Yasin sebelum menduduki premis dan beberapa perkara lain, juga termasuklah meneruskan "pendinding" seperti bacaan ayat Al-Quran di premis dan sebagainya. juga sudah tentu dengan audit premis, doa/ energi kekayaan dan sebagainya. Maksudnya, usahlah sekadar menyewa pejabat dan terus berniaga begitu sahaja,,, perlu ada elemen "kerohanian" diselitkan selalu.

Picture
Setelah proses "cleansing" di dalam pejabat, energi tidak baik (titik merah) sudah tiada lagi dan kehadiran titik hijau pula (energi yang baik).


Banyak faktor yang membawa kehadiran energi tidak baik;
1) lokasi premis rumah/ perniagaan yang berada di atas atau berhampiran kawasan energi tidak baik.
2) Premis yang lama kosong sebelum ini.
3) Kakitangan yang bermasalah energi.
4) Pelanggan yang bermasalah energi.
5) Bahan-bahan pejabat yang mengandungi masalah energi.
6) "Dihantar" energi tidak baik oleh seseorang.


Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly