Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Energi Kejayaan Destinasi Kekayaan

4/6/2016

0 Comments

 
Picture

Picture
Artikel di atas daripada Majalah IMAN Bil 50. Sila dapatkan majalah tersebut untuk penjelasan maklumat yang lebih jelas dan mendalam.

Sengaja artikel di atas di paparkan di sini bertujuan untuk menunjukkan bahawa amalan rawatan secara alternatif ada di dalam sirah Nabi saw. Terdapat satu komuniti dikenali sebagai Pseudoscience dan lain-lain seumpamanya seperti golongan ekstrem fundamentalis dll yang menolak amalan alternatif sebagai mengarut, tidak saintifik seumpamanya. Mereka tidak mengkaji lebih meluas tentang amalan alternatif melainkan mereka itu adalah non-muslim yang tidak memahami perkara berkaitan alternatif di dalam dunia Islam.  Sama ada muslim atau non muslim, seeloknya lakukan penyelidikan lebih meluas berbanding beri pendapat akal kepada apa yang dilihat secara fizikal. Nama pun kaedah  "metafizik" maka ianya tidak dapat disahkan melalui sains dan logik yang fizikal.

Walau bagaimanapun, kaedah alternatif juga perlu melalui kaedah sains moden bagi menjelaskan atau membuat penilaian sesuatu secara objektif. Seperti pesan beberapa ustaz ternama menyatakan usah salahkan jin atau syaitan semata-mata jika berlaku musibah/ masalah. Periksa dahulu menggunakan kaedah sains perubatan moden, sesi kaunseling psikologi seumpamanya. Kadang kala masalah berlaku adalah atas masalah "jiwa kosong" individu itu sendiri. Jika benar memang tidak dapat dikesan masalahnya secara sains maka penilaian objektif telah dibuat. Pernah satu kes seorang client yang mengadu diganggu mistik sukar tidur/ baring, sakit dada walaupun diperiksa doktor tetapi tiada apa-apa masalah ditemui dan mengharapkan pelbagai rawatan alternatif namun tidak berjaya sembuh. Setelah jatuh sakit yang kritikal dimasukkan wad hospital, doktor pakar mengesahkan masalah paru-paru berair dan setelah dirawat secara intensif barulah sembuh - mungkin pemeriksaan sebelumnya hanya doktor biasa di klinik biasa sepatutunya doktor pakar.

Memang perihal dunia alternatif seperti metafizik sumpamanya sukar diceritakan secara sains, namun hakikatnya memang wujud. Bagi Dato Eddy berkelulusan dalam sains Biology (Cell Biology and Genetics) dari USA melihat sesuatu dari sudut saintifik namun pengalaman melihat/ merasai sendiri fenomena alternatif yang sukar dijawab oleh sains menybebakan  menimbang antara kedua-dua bahagian saintifk dan metafizik dengan sebaiknya, lebih-lebih lagi sebagai muslim yang mana perihal metafizik/ alam ghaib seumpamanya ada di dalam Islam. Kaedah metafizik kami adalah kaedah IKTHIAR iaitu sebagai komplimentari kepada usaha-usaha tindakan secara saintifik. Contohnya, mengapa seseorang mampu berjaya walaupun rakannya juga buat perkara yang sama bersama-sama tetapi tidak berjaya. Mungkin elemen metafizik boleh menjelaskan tambahan kepada penjelasan secara saintifik.

Picture


Picture
Untuk ahli kelab Prihaatin, tidak lama kagi anda akan dapat kad sebegini untuk digunakan di kedai serbanika Prihaatin Groceries bagi membeli barangan keperluan.

Satu kelebihan adalah boleh topup RM90 tetapi mendapat nilai belanja RM110 dalam kedai serbanika itu.

Kelab masih dibuka bagi keahlian baru yang berminat untuk membina perniagaan dan menjana pendapatan aktif/ pasif.



Picture
Kelas yang berlangsung di Cyberjaya - HQ Prihaatin.

Kelas Asas dan Kelas Arah/ Susunan Atur pada 9-10 April 2016 lalu.


Picture
Lagi filem Hollywood memaparkan angka 38 atau 83... filem "Chappie"


PERHATIAN: terdapat individu/ kumpulan tertentu yang "menghentam" kaedah ini dengan copy paste ayat tertentu dalam blog ini dan dijadikan hujah di dalam komuniti/ laman sosial mereka bagi memburukkan kaedah metafizik. Sepanjang 12 tahun Dato Eddy menjalankan program ini belum ada individu yang tampil untuk berbincang dengan Dato Eddy sendiri secara intelek. Sebaliknya, mereka ambil gambar aktiviti kami dan letak di dalam laman mereka melabelkan kami sebagai kultus, jual agama dan sebagainya. Mereka ini tidak membaca keseluruhan aktiviti atau keseluruhan blog dan tidak pula merujuk kepada Dato Eddy. Dengan menggunakan nama samaran mereka bolehlah berani menyalak. Lihatlah kami dengan jelas memaparkan aktiviti kami di blog sini sebagai penilaian umum bukannya menyorok dengan nama samaran. 

Sudah beberapa kali diberitahu bahawa kaedah metafizik pernomboran dan energi adalah IKHTIAR! Kadang kala jawapan untuk sesuatu masalah itu ditemui dengan cara ikhtiar / alternatif.  Pernah sekali Dato Eddy muncul di RTM dan berbicara tentang pernomboran untuk satu masalah jodoh - wanita berusia 54 tahun belum berkahwin. Seorang "ustaz" menyerang di laman sosial, seperti biasa melabelkan kaedah ini sesat. Tidak pula ustaz tu jawab kenapa wanita itu umur 54 belum berkahwin... jawapan yang biasa: alah dah takdir, biarlah, jodoh kan di tangan Tuhan.. memang betul jodoh ketentuan Tuhan tapi kita cuba nak tahu dan cuba untuk IKHTIAR dengan izin Tuhan juga. Wanita tersebut punyai angka "tanggungjawab" dan ada hubungi semula Dato Eddy menceritakan kisah sebenar jodoh lewat.  Memang betul beliau ada satu tanggungjawab berat yang sukar dilepaskan.

Kaedah metafizik pernomboran yang sebenar-benar tidak perlu mengandungi elemen agama. Contoh, adakah perlu beragama Islam untuk mematuhi papan tanda yang memaparkan angka 110 di lebuhraya? (hadlaju 110 km/j). Namun, disebabkan kami sebagai muslim, maka kami perlu masukkan elemen berdoa kepada Allah swt seumpamanya supaya kami tidak memisahkan aktiviti dengan agama. Tapi pada masa yang sama kami tidak memberatkan amalan Islamik di dalam aktiviti kerana di dalam aktiviti kami seperti kaedah berdoa jarak jauh terdapat penganut agama lain sperti Kristian yang mana mereka bertoleransi dan bebas menggunakan kaedah ibadah mereka sendiri.

Sebelum2 ini kami tampil dengan gaya moden - tshirt Polo berseluar jeans dan bertopi Polo. Namun, setelah mempelajari satu kaedah berdoa munajat dengan seorang guru menyarankan kami berpakaian jubah dalam kehidupan kami dan jika anda perasan banyak aktiviti tahun 2014 kami tampil secara berjubah/berserban. Namun, kami ditegur oleh Pejabat Agama Islam Brunei kerana seolah mengelirukan aktiviti agama apatah lagi kami tidak punyai kelulusan Universiti Al Azhar seperti mereka, jadi, kami kembalilah menyarung baju t shirt dan jeans. Tidak ada sijil kelayakan taraf ustaz jadinya kami tak boleh buat aktiviti di masjid tak pelah kami berdoa tepi pantai juga boleh.

Seperkara lagi, komuniti tersebut mengecam kami yang melibatkan perihal misitik. Di dalam pengajian metafizik memang ada cabang tentang perihal kebatinan, mistik dan alam ghaib. Jadi, perihal mistik berkait dengan pernomboran atau energi. Malah untuk Muslim, sangat jelas tercatat perihal jin di dalam Al Quran, juga peristiwa Nabi saw yang pernah disihir oleh seseorang dan perihal rukyah oleh malaikat Jibrail as. Untuk masuk tandas perlu baca doa berlindung daripada syaitan. Jadi, perihal mistik ini memang wujud. Mungkin komuniti tersebut masuk tandas tak baca doa tandas. Namun, kami bukanlah memberatkan perihal mistik di sini dan bukanlah pakar perawat cuma membuka jalan/ cerita bagi memberi kesedaran kepada orang ramai (untuk IKHTIAR) dan seterusnya dapatkanlah rawatan sewajarnya daripada pakar.


Tentang perkara program outdoor di Mersing, Pulau Besar Melaka, Gunung Jerai, Gunung Ledang dsbnya biasalah kami digelar ajaran sesat - boleh kan berkelah, bermunjaat di kawasan sebegitu? Kami sebenarnya membawa pesan seseorang untuk membuat aktiviti di tempat sedemikian bagi memeriahkan suasana "islamik" di situ. Kami pernah terserempak dengan seorang bomoh siam di Padang Tok Syekh Gunung Jerai ianya mencemarkan tempat sejarah Islam di situ. Begitu juga di Pulau Besar Melaka, pernah terlihat individu  yang bersujud di perkuburan Sultan Ariffin. Jadi, jika tiada Muslimin yang menceriakan kawasan2 tersebut, ianya beri laluan menjadi tempt yang tercemar atas sejarah Islam.

Apapun, sila rujuk dahulu dengan Dato Eddy sebelum anda mahu mengulas bahan2 yang ada di sini ke komuniti anda. Seeloknya tidak perlu anda ulaskan sebaliknya buat link dari komuniti anda ke blog ini supaya lebih jelas berbanding sekadar copy paste satu-satu bahan yang separuh jalan cerita boleh mengelirukan diri sendiri dan orang ramai.

Picture

Picture

​..jam saya hilang masa di mersing masa tanam pasir haritu tu.. saya Ada satu lagi jam ..hadiah kahwin dulu.. dah rosak dah lama..tetiba harini teringin nak tgk jam tu balik.. miracle ... jam tu hidup semula... alhamdulillah.. jam hidup balik pada hari yg baik


rezeki tempahan baju sy masuk byk sgt... boleh dikatakan hari2..ada org cari Sy utk anta baju..alhamdulillah rezeki Allah beri.

Sblm dtg program ini saya mengalami tekanan yang teramat2 dikatakn teruk dgn pelbagai masalah perniagaan, hutang piutang syarikat dan masalah klient..tetapi setelah hadir program mersing ni saya mendapat ketenangan dan tidak rasa masalah yg sebelum ini saya rasa membebankan.Saya lebih rasa redha dengan apa yang Allah berikan ujian.. Mungkin inilah yang membuatkan kite lebih bersyukur pada NYA.
​

Picture
PERHATIAN: TULISAN DI RUANGAN INI MENCERITAKAN TENTANG NOMBOR RAMALAN. JIKA ANDA TIDAK SELESA BACA PERIHAL SEBEGITU, SILA ABAIKAN BAHAGIAN INI PERGI KE BAHAGIAN SETERUSNYA.

Screenshot di sini adalah komunikasi daripada Dato Eddy dengan seseorang bagi membantu dalam satu ujikaji tentang "energi diri"... yang digelar sebagai Aura 38, Energi Emas dll. Dengan adanya komunikasi ini adalah bukti ujikaji bukannya sesuatu yang direka sendiri. 

Seringkali kita biasa dengar bermacam cara yang orang gunakan untuk dapatkan nombor ramalan sehinggakan ada segelintir orang yang sanggup buat upacara  "menurun" di kubur. 


Bagi ujikaji ini, secara teori, dalam ilmu metafizik energi, jika kita berada pada tahap energi yang baik maka kita akan "serasi" dengan energi "alam semesta". Apabila serasi dengan energi alam, maka laluan untuk kejayaan itu lebih baik, seperti biasa orang gelarkan "Law of Atrraction", Mindpower, dsbnya. Bagi membuktikan teori ini, maka satu ujikaji dibuat dengan satu perkara yang dikatakan mustahil dari logik.

Selepas pulang dari program Energi Emas di Mersing pada 26 Mac lalu, ujikaji ini dijalankan.. tanpa sebarang upacara lain terus dapat "ilham" nombor tersebut. Jika dilihat hari yang kemenangan adalah salah satu hari yang disenaraikan untuk ikhtiar energi kekayaan iaitu 2 April 2016. Walaupun tidak mendapat kemenangan sebab tak beli, tetapi ujikaji ini menunjukkan bahawa
teori yang mana apabila energi kita tinggi maka kita serasi dengan energi alam untuk laluan kekayaan/ kejayaan.  Umum mengetahui Dato Eddy sering membuat program ikhtiar doa/ rawatan energi kekayaan, maka jika kita berterusan dalam suasana energi kekayaan, maka lorong kepada kekayaan itu adalah mudah, seumpama "money magnet".

Namun, ujikaji ini bukanlah  mengajak anda bermain nombor ramalan kerana perihal syariah dsbnya. Tetapi untuk menunjukkan bahawa sesuatu yang mustahil dari logik (tentang energi alam dsbnya) yang mana kita berupaya untuk ikhtiar dengan cara menjana energi dalaman diri dengan kaedah yang "bersih". Tentunya kita perlu buat berterusan  ikhtiar dengan menggunakan alam dan energi ciptaan Tuhan dan izin Nya.


Tony Robbins Says There’s One Trait Massively Successful People Like Richard Branson, Marc Benioff, And Oprah Winfrey All Share

For more than 30 years, Tony Robbins has established himself as the premiere performance coach, working with clients ranging from legendary investor Paul Tudor Jones to President Bill Clinton.

His access has allowed him to both teach and learn from people at the top of their fields, and he’s shared those lessons with millions of people through his books and seminars.

Among Robbins’ star friend group are Virgin chairman Richard Branson, Salesforce chairman and CEO Marc Benioff, and media mogul Oprah Winfrey.

Robbins told Business Insider that these three are a good illustration of what it takes to be massively successful. While they have starkly different personalities, they share one defining trait: They have an insatiable hunger -- to become, learn, do, share, and give more.

“Most people’s hunger has a limit,” Robbins said. The typical person will, for example, reach a point of financial success and stop striving, or hit a level of physical fitness and ease up on the routine that got them there.

The likes of Branson, Benioff, and Winfrey haven’t slowed down, though.

As Robbins explained, 65-year-old Branson is just as lively and focused today as he was when he started “Student” magazine at age 16.

Robbins said that “everybody gets what they tolerate” within themselves, in the sense that all people perform according to the limits they set.

The reason why Branson, Benioff, and Winfrey are billionaire entrepreneurs, Robbins said, is because they define themselves by the constant desire to push themselves further; they’re forever hungry.

“And when that never goes away, and you do that year after year, decade after decade, the level of concentration of power, the level of insight, the level of strategy, and the level of results you can get compound just like in investing,” Robbins said.


Picture

Picture

Picture
Lagi filem Hollywood yang menggunakan angka 38 atau 83... Batman Vs Superman: Dawn of Justice.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly