Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Destinasi Kejayaan Pemulihan Kekayaan

8/16/2021

0 Comments

 
Picture
Picture
Tarikh 10 September 2021 ini istimewa dan unik. Kerana tarikh ini ada individu pola 769 menerima kekayaan (kitaran tarikh lahir pada 2021) - gambar kiri.

Juga, pola 10 September 2021 ini sama dengan pola (pattern) yang ada pada invdividu yang dapat kekayaan 10 tahun (dekad) - gambar kanan.

Oleh yang demikian, Dato Eddy Rosyadie anjurkan sesi Zoom kepada peserta2 yang join program 10 September 2021. Sesi untuk membincangkan perihal hari dan waktu energi untuk lebih kefahaman tentang kaedah metafizik energi.

Picture
Menjadi usahawan memang memenatkan. Memang 9/10 kekayaan daripada perniagaan. Tetapi bukan semua orang larat nak pikul bebanan berniaga yang berterusan. Tapi boleh saja ada orang boleh berniaga dengan baik. Macam mana pula tu? Dari perspektif metafizik adalah kerana individu2 tersebut ada PARAMETER dan ENERGI BERNIAGA.

Dalam kaedah pernomboran (kiraan tarikh lahir), ada satu pola berkaitan dengan usahawan. Ada pola tersebut maka boleh menjadi seorang usahawan yang berani ambil risiko.

Dalam kaedah Graf Hayat (kiraan waktu lahir), jika anda ada kod Wealth Great Treasurer maka boleh memikul bebanan berniaga berbanding mereka yang tiada kod tersebut.

Dato Eddy Rosyadie ada menyediakan Laporan Potensi Diri Dan Perniagaan 22 mukasurat yang antaranya memeriksa seseorang itu ada pola berniaga atau tidak serta peratus potensinya untuk jadi usahawan. Serta apa bidang yang boleh diceburi, lokasi perniagaan dsbnya.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) ada pola 769 kekayaan. Ayahnya memang mengusahakan restoran namun dengan pengurusan beliau menjadikan bisnes berbentuk francais. Bermakna kita boleh teruskan potensi dari generasi sebelumnya terutamanya jika kita ada pola tersebut. Dan tentunya buat yang lebih baik dari generasi sebelumnya.

Selalunya posting di laman ini tentang perihal dewasa dan kekayaan. Kadang kala menyentuh perihal jodoh. Namun boleh juga kaedah pernomboran digunakan untuk kenalpasti fenomena dan potensi anak. Bukan sahaja orang dewasa melalui tempoh tekanan tetapi juga kanak2/ remaja. Jadi dengan kenalpasti fenomena sebegini maka strategi2 dan ikhtiar energi dapat diusahakan.

Tips: apabila melahirkan anak, pastikan nama anak kiraan dan maksud nama yang baik, gabungan nama anda dan ibu yang baik, gabugan nama anak dan ayah yang baik, serta gabungan nama anak. ibu dan ayah adalah serasi,
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada potensi dalam bidang perundangan. Walaupun sebagai selebriti boleh juga merealisasikan potensi2 yang ada.

Picture
Kami dalam metafizik tak ada hasrat langsung untuk menghidupkan orang mati. Malah metafizik tiada kaedah pun untuk hidupkan orang mati (ada kaedah spiritual tapi tak dapat disahkan betul). Tapi sains yang menyatakan mereka punyai cara untuk hidupkan orang mati; jadi sains ini bukan mengarut la kan? Metafizik dikecam mengarut tetapi sains tak pula begitu?

Apapun, bagi orang Islam terdapat satu sejarah seorang Nabi yang menghidupkan orang mati dengan KuasaNya. 

Picture
Satu kursus yang dicadangkan kepada  satu kumpulan Thermomix Advisor. 

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie) atlet badminton Olympic ini punyai pola sukan dan pola masakan. Dua bidang yang sangat berbeza tetapi itu yang terdapat dalam potensi tarikh lahir dirinya. Seseorang itu boleh ada satu-satu bidang khusus atau punyai banyak bidang (multitasking) bergantung kepada pola potensi tarikh lahir.

Picture
Pada 31 Ogos 2021 lalu, Dato Eddy Rosyadie dijemput untuk bacaan doa di Majlis e-Pelancaran produk KYOUR7 keluaran AHDA Wellness.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan peluang perniagaan:

https://ahdawellness.com/eddy7699​
(copy-paste link ini di browser anda)

Graf Prestasi 2 bulanan Malaysia 2021 (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) menunjukkan bulan Julai-Ogos 2021 untuk Malaysia adalah dalam tempoh halangan. Pelbagai halangan, cabaran dan dugaan dihadapi bukan sahaja pemimpin2 negara tetapi juga rakyat Malaysia.

Untuk bulan September-Oktober 2021 pula ada potensi untuk rezeki masuk. Khabarnya, sudah banyak kelonggaran mula diberikan untuk ekonomi dibuka semula untuk September - Oktober 2021  ini jadi rezeki yang baik2 bakal masuk. Jadi, ini kesempatan kita rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan secara fizikal dan menjana energi rezeki secara metafizikal (ikhtiar energi rezeki).
Picture

Picture
Petak tarikh daftar syarikat Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) ada pola 769 kekayaan.  Dari sebuah syarikat biasa menjadi luarbiasa kewangannya. Satu pencapaian yang baik salah satunya ikhtiar berdaftar pada tarikh yang berpola 769 dan seterusnya tarikh tersebut punyai 10 tahun perjalanan tarikh yang juga ada pola 769 dan kitaran Dekad 6 Rezeki.

Senaman seperti Tai Chi untuk menjana energi tetapi kes ini terbalik energi menggerakkan anggota badan untuk Tai Chi. Boleh saja digerakkan badan mengikut rentak energi yang mengalir.

Dato Eddy Rosyadie pernah ada pengalaman 2 peristiwa pergerakan badan kerana energi;

Peristiwa 1 - sekitar 2016, Dato Eddy Rosyadie bertemu seorang guru yang memindahkan energi dari dirinya kepada Dato Eddy Rosyadie di bahagian pinggang. Kemudian dia memegang kedua2 tangan Dato Eddy Rosyadie dan mengerakkannya seperti tarian. Tak semena-mena Dato Eddy Rosyadie membuka langkah silat. Untuk makluman semua, Dato Eddy Rosyadie tidak pernah belajar mana2 silat perguruan. Setelah bertarung dengan guru, tetiba Dato Eddy Rosyadie terlintas bayangan Kaabah lalu Dato Eddy Rosyadie pun bertenang. Diberitahu guru tersebut yang Dato Eddy Rosyadie adalah keturunan Panglima yang bersilat menggunakan dua bilah keris.

Peristiwa 2 - Tahun 2018, Dato Eddy Rosyadie bertemu seorang guru yang lain. Memindahkan energi di belakang badan Dato Eddy Rosyadie dan meminta Dato Eddy Rosyadie berzikir. Sedang berzikir, tetiba perasaan membuak2 untuk bangun dan menendang pintu rumah hingga tercabut. Tetapi ditahan2 hinggalah bertenang.

Tapi kan, Dato Eddy Rosyadie ada buat ikhtiar energi tambah/ pindah energi. Apakah peserta akan mengamuk sedemikian juga? Tak. Sebab energi yang ditambah/ dipindahkan itu berbentuk ketenangan. Sebab itu, beberapa peserta energi merasa mengantuk apabila waktu energi kerana ketenangan untuk merehatkan dan segar semula untuk rezeki.

Picture

Picture
Kitaran tahun ini 2021 adalah 5 (halangan) menjelaskan fenomena peristiwa tersebut.
Sebagaimana dunia 2021=5 halangan kerana pandemik.


Picture
Program Ikhtiar Energi Rezeki kali ini dibuat sekali dengan sesi ZOOM. Terhad 30 orang.  Sesi taklimat dan tips2 bacaan doa rezeki.

Jika anda bandingkan Petak Kitaran Tahun 2021 (bawah sebelah kiri - kitaran tahun 6 Pola 769) dan Petak Dekad (bawah sebelah kanan - kitaran DEKAD 6 Pola 769), ianya berupa pola2 yang sama. Dan ini juga sama dengan tarikh 10 September 2021 nanti (program ikhtiar energi rezeki). Jadi sebeginilah kita IKHTIARKAN daripada kita tengok sahaja. Tak semestinya dapat rezeki iaitu duit fizikal jutaan RM tetapi lebih kepada ENERGI rezeki yang kita ikhtiarkan untuk kedua2 duit fizikal dan duit (atau kewangan) secara ENERGI.
Picture
Picture

Picture
Picture
Picture
Ogos-September 2021 kedua2 restoran ini ditutup.

Lihat carta Year Element Strategi 2021 ciptaan dan dilakarkan oleh Dato Eddy Rosyadie pada tahun lepas 2020 menunjukkan elemen FIRE berada dalam fasa CAUTION pada July-September 2021. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut.


Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini bukan sahaja ada pola 769 kekayaan tetapi kiraan Dekad (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) juga berada dalam tempoh dekad 6 Rezeki beserta pola 769 kekayaan. Ini jelas menunjukkan bahawa pola 769 boleh berperanan sama ada dalam Petak Tarikh Lahir ataupun tempoh Dekad yang mana paparan ini menunjukkan individu ini punyai2 kedua perihal tersebut 769.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi yang lama berterusan mengikuti program Dato Eddy Rosyadie. Kini dapat jana energi sendiri tanpa mengetahui waktunya dan tanpa bantuan Dato Eddy Rosyadie.

Memang pada hari tersebut (29 Ogos 2021) warna energi yang Dato Eddy Rosyadie dapat adalah warna hitam. Sepertimana individu ini dapat juga. Sebenarnya waktu energi adalah sebelum zohor seperti individu ini dapat merasakannya. Ini menunjukkan Dato Eddy Rosyadie bukan syok sendiri buat energi tetapi ada individu yang dapat hasil yang sama dengan buat energi sendiri.
Picture

Picture
Untuk dikenakan cukai jutaan ringgit tentu sekali pendapatan adalah jutaan ringgit juga. Petak tarikh lahir Statik dan Pembayang/ Warisan Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) ada pola 769 kekayaan dalam petak warisan/ pembayang. Tetapi pada tahun 2021 kitaran tahunnya adalah 8 tekanan.

Picture
.Kadang kala untuk meluahkan perasaan cinta ikut juga tempoh masa (bulan/ tahun) secara kaedah pernomboran metafizik. Apabila masa belum kena maka terjadi pelbagai bentuk tekanan.

Apapun, sebenarnya untuk kita bercinta, perlukan 4 perkara;
1. Kenali DIRI SENDIRI bagaimana untuk BERI cinta kepada pasangan.
2. Kenali pasangan bagaimana cara untuk dia BERI cinta kepada anda.
3. Kenali DIRI SENDIRI bagaimana cara untuk TERIMA cinta daripada pasangan.
4..Kenali pasangan bagaimana cara untuk dia TERIMA cinta daripada anda.

Keempat2 perkara ini ada terkandung dan dijelaskan secara mendalam dalam buku tulisan Dato Eddy Rosyadie bertajuk "Cinta, Jodoh, Perkahwinan secara Kaedah Pernomboran" setebal 383 mukasurat terbitan Buku Prima Sdn Bhd (anak syarikat Karangkraf) tahun 2008 dan 2009 lalu (kini tiada ulangan cetakan)

Picture
Program pertama untuk bulan September 2021. Energi metafizikal seperti energi rezeki sepatutnya dijana tiap2 hari sepertimana energi fizikal (makan/ minum/ tidur) dan energi spiritual, namun kerana kesibukan kita bekerja/ berniaga/ belajar maka kita pilih 1 hari dan waktunya yang dikira energi rezeki. Sekurangnya dengan ikhtiar sebegini dapat menampung bekalan energi rezeki untuk 1 minggu/ 1 bulan.

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) atlet paralimpik ini ada pola 769 kekayaan. Apabila ada pola 769 tidak mengira rupa, bentuk badan, perniagaan apa, kerjaya apa dsbnya, potensi untuk kekayaan berbentuk fizikal lebih terserlah.  Bagaimana anda yang punya pola 769 dalam tarikh lahir sudah dapat kekayaan atau belum? Masih berusaha? Bagaimana pula anda yang tiada pola 769 dalam tarikh lahir (seperti saya) apakah anda tidak berusaha atau tidak berikhtiar untuk kekayaan juga? Ada tahun tertentu pola 769 muncul untuk anda ambil peluang.

TERKINI:
Youtube: DATO EDDY ROSYADIE METAFIZIK MALAYSIA.

https://www.youtube.com/channel/UCMkD5rIixjMIxq8fxcGEtzg
LIKE, SUBSCRIBE, SHARE.

Semasa Dato Eddy Rosyadie menganjurkan seminar di Johor Bahru sekitar 2011 lalu, beliau ini datang ke seminar tersebut. Petang itu setelah habis kelas sempat bersembang dengan beliau dan Dato Eddy Rosyadie bertanya dimana beliau akan tinggal malam ini dan beliau menyatakan tidak tahu. Jadi, Dato Eddy Rosyadie menawarkan beliau untuk tumpang tidur di bilik hotel bersama Dato Eddy Rosyadie dan esoknya seminar bersambung. Kemudian pada tahun 2013, beliau menghadiri Program Energi Emas 38 di Pantai Sri Mersing, Johor. Beliau menyatakan belum dapat buat bayaran penuh tapi Dato Eddy Rosyadie membenarkan beliau hadir. Tak pasti bayaran dah dilangsaikan. Seterusnya beliau merujuk pada Dato Eddy Rosyadie untuk kiraan nama syarikat dan tarikh daftar syarikat.

Selepas itu beliau berubah. Beliau didapati menjual fotokopi buku Dato Eddy Rosyadie tanpa kebenaran Dato Eddy Rosyadie dengan harga lagi tinggi daripada harga buku asal yang dijual oleh Dato Eddy Rosyadie. Beliau juga memperli Dato Eddy Rosyadie dalam FB kerana pertikaikan petak tarikh lahir tiada hak eksklusif. Sejak itu, Dato Eddy Rosyadie mula meletakkan penyataan "Bentuk Petak ciptaan Dato Eddy Rosyadie" untuk kesemua slide petak tarikh lahir.

Apapun, kita semestinya perlu sentiasa menjana energi diri - energi fizikal, energi mental, energi spiritual dan energi metafizikal. Pengasas produk garam mandian Aura pun meninggal dunia akibat pandemik. 
Picture

Picture
Tak semestinya bila ada pola 769 kekayaan tetap kekal kaya sepanjang hayat. Apabila melalui tahun atau dekad bermasalah pun boleh hadapi masalah juga. Lebih lagi bilamana kerjaya/ bisnes/perkahwinan kita berkait dengan orang lain yang punyai masalah. Oleh yang demikian, merealisasikan potensi 769 satu hal dan mengekalkan PRESTASI pola 769 pula satu hal lain.

Picture
Malaysia 31+8+2021=8 tekanan.
Bulan 8 angka 8 tekanan.

Begitulah kita melalui tahun dan bulan tekanan. Kadang tu kita tidak stress pun. Tetapi disebabkan oleh sekeliling kita dan produk/ syarikat kita stress, kita pun terbabit sama lalu kita pun stress pula.

8 tekanan adalah untuk MENGUJI KETABAHAN kita. Tabah dan tenang. Serta janakan/ tambah/ pulih energi diri kita berterusan.

Dari FB Najib Razak.

Menunjukkan trend pemulihan untuk bursa saham dan matawang RM berbanding USD dalam bulan Ogos 2021 ini. Untuk masuk ke Septemberdan seterusnya masuk ke tahun 2022=6 rezeki meninggalkan tahun 2021=5 halangan dan Malaysia 31+8+2021=8 tekanan.

Kerana itu, bulan September dilihat sebagai bulan untuk pilihan bagi momentum tahun depan 2022=6 rezeki. Jadi, kita ambil peluang untuk berusaha bangkit semula kerjaya/ bisnes kita setelah tahun 2021=5 halangan. Juga ambil peluang jana/ tambah/ pulih energi rezeki apabila ekonomi makin meningkat.
Picture

Picture
Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) tiada pola 769 kekayaan. Namun, pada tahun 2021 ini tarikh lahir individu  berada dalam kitaran tahun 6 rezeki dan ada pola 769 kekayaan. Kebetulan untuk program Ikhtiar Energi Rezeki bulan September ada tarikh ini 19.9.2021.

Jadi, kita ikhtiarkan energi rezeki untuk hari tersebut tak adalah dapat jutaan RM sepertimana beliau jika dapat pun itu kira bonus. Yang penting kita jana/ tambah/ pulih ENERGI rezeki supaya kerjaya atau bisnes kita lebih luas terbuka aura kewangannya sepertimana individu ini perolehi. ENERGI rezeki tidak semestinya duit fizikal datang bergolek tetapi ENERGI yang memberikan kita aura kewangan.


Bulan Ogos angka 8 biasanya angka 8 dikaitkan dengan stress. Dengan Graf Prestasi Bulanan individu ini pada bulan Ogos adalah 8, maka berganda (double) stress. Apapun bagus juga stress ini kerana ianya MENGUJI KETABAHAN kita sejauh mana kekuatan kita yang terbina supaya kita dapat lalui hari-hari mendatang dengan lebih berpengalaman.
Picture

Picture
Berada dalam dekad 10 tahun halangan. Kebetulan tahun 2021 ini adalah 26+10+2021=5 halangan juga tahun pandemik menjejaskan dunia hiburan. Pastikan anda memiliki Graf Dekad (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) untuk meneliti perjalanan hidup anda (serta perjalanan tarikh daftar syarikat mahupun perjalanan tarikh nikah) dan membuat persiapan sewajarnya sebelum masuk ke dekad tekanan, dekad halangan, dekad masalah kewangan dan sebagainya.

Picture
Picture
Pada 26 Ogos 2021 lalu, adalah hari energi rezeki dan Dato Eddy Rosyadie menjana energi untuk peserta Grup Energi Ogos 2021. 26+8+2021=3 adalah warna merah.  Selepas waktu energi, maklumbalas peserta2 tentang sakit belakang. Chakra merah berada di dasar tulang belakang tentang energi untuk semua tahap (Google). Semoga penjanaan energi sedemikian memberi manafaat kepada peserta2.

Picture
Petak tarikh lahir Statik dan Pembayang/ Warisan Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 pada petak Pembayang/ Warisan. Secara teknikal, individu ini makan gaji dan boleh capai kekayaan besar. Jadi tak semestinya pola 769 perlu buat bisnes untuk dapat kekayaan. Makan gaji juga boleh diusahakan untuk kekayaan dengan USAHA bersungguh2, tambah ILMU, rancang STRATEGI dan IKHTIAR energi.

Sama seperti Malaysia 31+8+2021=8 tekanan. Memang negara Malaysia "sakit dan tenat" pada tahun 2021 ini (tekanan) - pandemik, ekonomi, politik dsbnya. Adalah UJIAN KETABAHAN untuk rakyat Malaysia.

Bagaimana untuk hadapi kitaran tahun 8 jika anda kitaran tahun 8 tahun depan pula? Syarikat? pernikahan?

Picture

Picture
Dunia 2021=5 halangan

Virus Covid-19 menjadi varian-varian dan varian Delta lebih mencabar daripada varian asal. Varian Delta mengandungi 300 kali virus untuk menghalang (2021=5 halangan) dari dunia untuk kembali pulih normal seperti sebelumnya. Nak berusaha atasi 300 virus! Begitulah halangan yang dihadapi  oleh dunia pada 2021 ini.

Picture
Petak Tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) menjelaskan fenomena2 yang dilalui oleh seseorang yang dijadikan kajian dan seterusnya panduan kepada orang lain. Ianya berdasarkan kepada fenomena sebenar kehidupan oleh orang yang sebenar. Kajian oleh Dato Eddy Rosyadie sejak tahun 2006 lagi sengaja dipaparkan dalam laman web ini mengumpulkan bukti2 kajian kepada ribuan orang dan ditunjukkan kepada orang awam berbanding kaedah Tajul Muluk dll yang tiada bukti sokongan. Kaedah ini tidak menggunakan bisikan jin. Digunakan untuk mencungkil potensi seseorang untuk bisnes dan kerjaya mahupun untuk kehidupan dan perkahwinan.

Picture
Tarikh 10 September 2021 adalah kitaran yang sama dengan individu ini. Jadi kita berikhtiar untuk ENERGI kekayaan - tak adalah dapat 100 juta tu tapi kalau betul dapat bonus la.  Yang kita ikhtiarkan adalah ENERGI bermaksud terbuka pintu dan padang rezeki dengan lebih luas untuk kita manafaatkan dalam bisnes mahupun kerjaya.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 9657 iaitu kategori 769 kekayaan. Boleh saja kekayaan melalui selebriti media sosial kerana zaman teknologi komunikasi sekarang sangatlah luas. Kepada yang ada pola 769 dalam tarikh lahir berusaha bersungguh2, berikhtiar energi, sentiasa tambah ilmu dan bina strategi untuk sukses. Bagaimana pula yang tiada pola 769? Boleh sahaja bina kekayaan kerana pola 769 boleh datang dalam dekad atau tahun tertentu juga.

Tahun ini 2021, Malaysia 31+8+2021=8 berada dalam kitaran tahun 8 tekanan. Disebabkan oleh tekanan oleh Pandemik dan Politik menyebabkan ekonomi terjejas dan ianya tentunya menjejaskan orang lain yang terbabit sama.

Bagaimana pula jika syarikat anda melalui kitaran tahun 8 nanti? Bagaimana pula jika anda melalui kitaran tahun 8? Bagaiamana pula jika pasangan atau rakan sekerjaya mahupun bos anda melalui kitaran 8?
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik dan Pembayang/ Warisan Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 di bahagian Pembayang/ Warisan Statik. Apa taknya, individu ini adalah cucu kepada pemilik Hotel Hilton seluruh dunia - maka tentunya warisan memainkan peranannya. Bagaimana pula pola menjual perfume sahaja berbilion dollar? Juga ada pola memasak (cooking show).

Picture
Apabila tekanan berlaku di tempat kerja, tentu sahaja anda nak berhenti kerja. Namun kadang kala mengubah arah meja kepada kedudukan yang betul dan beberapa strategi boleh digunakan untuk membantu anda lebih tenang bekerja. Munngkin dekad tekanan, mungkin tahun tekanan dsbnya. Nama pun K-E-R-J-A iaitu 5 huruf tentunya banyak halangan dan cabaran. Cuba jadikan KERJA anda sebagai R-E-Z-E-K-I iaitu 6 huruf. 

Gantikan apa kerja anda? dengan apa rezeki anda?



Picture
Picture
Picture
Program Ikhtiar Energi Bulan September 2021 telah dibuka dan anda boleh daftar dahulu sebelum 3 September 2021. Kelahiran2 individu2 yang mendapat kekayaan pada September 10 dan 19 yang dikira untuk kitaran tahun 2021 kerana ada pola 769 pada tahun 2021 ini. Kedua2 tarikh September 10 dan 19 tersebut ada dalam senarai program Ikthiar Energi Bulan September 2021. Jadi, kita ikhtiarkan energi rezeki yang baik2 - status kewangan, simpanan, pelaburan, jualan dan perniagaan serta kerjaya.

Picture
Individu ini TIADA pola 769 dalam Petak tarikh lahir Statik mahupun Petak Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Tapi pada awal 2021 beliau mendapat kekayaan. Rupanya tahun 2021 adalah tahun kitaran 6 rezeki berserta dengan pola 769 kekayaan. Jadi, jika anda TIADA pola 769 dalam Petak Statik mahupun Petak Statik Dorongan, kekayaan pun boleh berlaku pada tahun tertentu. Sekarang anda sudah tahu potensi 769 anda itu. Apakah Ilmu, Strategi, Usaha dan Ikhtiar yang anda lakukan untuk mencapai kekayaan? Walaupun Dato Eddy Rosyadie dan anda tidak ada pola 769 dalam Petak Statik mahupun Petak Statik Dua Dorongan, tetapi ikthiar energi rezeki 769 dibuat. Tentu juga usaha, ilmu dan strateginya.

Metafizik energi menggunakan terapi secara cahaya dan warna iaitu berbentuk gelombang. Namun metafizik energi digelar orang sebagai mengarut. Tetapi kini SAINS pula menyatakan sedemikian maka adakah sains juga mengarut? Sebab ianya sains maka diterima oleh ramai.

Metafizik pencetus idea sains dan teknologi.

Dalam proses menjana energi semasa program ikhtiar energi pada hari dan waktu tertentu, kehadiran warna2 seperti hijau, emas, merah dsbnya kepada Dato Eddy Rosyadie. Dan Dato Eddy Rosyadie pula memindahkan energi tersebut kepada peserta ikhtiar program. Mungkin ini salah satu manafaat penjanaan energi untuk peserta2 program. Energi yang Dato Eddy Rosyadie buatkan untuk peserta2 adalah energi ketenangan jadi apabila tenang kita jadi selesa untuk buat rezeki dengan lebih produktif dan tentunya kasih sayang lebih baik. Ada banyak lagi manafaat yang belum diketahui.

Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) ada pola 769. Dan pada tahun 2021 juga ada pola 769 serta kitaran tahun 6 rezeki. Pola 769 yang ada pada tarikh lahir kadang kala berlaku pada tahun tertentu. Tentang perihal itu kita tak dapat pasti bagaimana mekanisma mengapa ianya terjadi sedemikian rupa apapun bilamana ada pola 769 kita ikthiarkan lah. Dan tentunya dengan ilmu, usaha dan strategi.

Picture
Tinggalkan cara lama.

Begitulah disarankan oleh pakar2 ekonomi pada tahun 2021 ini. Sebenarnya 2021=5 adalah perubahan. Kita kena buat perubahan bilamana kita diuji dengan pelbagai cabaran kuat pada tahun kitaran 5 kebetulan 2021 ini cabaran pandemik, cabaran politik, cabaran ekonomi. Tukar benda yang lama dan gantikan yang baru (pun PM dan menteri kabinet juga?)

Metafizik sejak dahulu lagi mengkaji kitaran (cycle) kehidupan. Maka metafizik digelar mengarut. Tapi kini sains mendapati bumi ini ada kitaran juga. Apakah sains akan jadi mengarut untuk mengkaji kitaran (cycle)?

Metafizik pencetus idea sains dan teknologi.

Terdapat banyak kitaran (cycle) yang metafizik kaji. Seperti kitaran 60 tahun Kalendar Bulan Cina (Lunar Moon), kitaran 100 tahun pandemik, kitaran 10 tahun krisis ekonomi negara/global dan sebagainya. Terdapat institut yang mengkaji kitaran kehidupan manusia. Kita metafizik mengkaji kitaran untuk dijadikan panduan dan persiapan bagi menghadapi kitaran akan datang.

Contohnya, kitaran tahun pola pelaburan 2011 dan selepas itu 2020 yang mana harga emas naik melambung. Seterusnya harga emas naik melambung lagi pada tahun 2029. Itulah kitaran pola pelaburan dan ianya satu potensi yang kita persiapkan sewajarnya

Picture

Picture
​Fenomena 26 Ogos 2021:
It is a perfect constellation. It can bring us social success as well as material gains. We have a positive outlook on life; we are sincere and enjoy popularity

... helps us to preserve and increase money and material possessions. Security, compatibility, holding on to family are essential to us. These days we are very focused on our family and our home. And enjoyment in all areas is paramount.

https://www.astrosofa.com/horoscope/aspects/2021/8/26

Picture
Petak Tarikh Lahir Statik dan Pembayang/ Warisan Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) ada pola 6957 iaitu satu kategori 796 kekayaan. Yang ini memang kerja makan gaji bukannya berniaga. Jadi, boleh saja kita ikhtiarkan pola 769 untuk capai kekayaan (Usaha, Ilmu, Strategi, Ikhtiar Energi) walaupun bekerja makan gaji pun. Pola 769 kekayaan bukan hanya untuk yang berniaga/ melabur sepenuh masa.

Asyik2 Dato Eddy Rosyadie anjurkan program ikhtiar energi rezeki. Terdesak nak kaya ke?
.
Bukan. Tujuan program ikhtiar energi rezeki adalah untuk membantu masyarakat menggunakan kaedah ikhtiar tambahan kepada bekerja atau berniaga mahupun melabur. Sepertimana energi fizikal (makan. minum, tidur dan senaman) yang perlu dibuat SETIAP HARI begitulah energi metafizikal. Tetapi Dato Eddy Rosyadie sendiri pun tak terlarat nak buat tiap hari sebab ada tugasan, berniaga dan sebagainya. Jadi dipilih hari tertentu dan dikirakan waktu tertentu untuk energi rezeki.

Berbalik tentang kekayaan, yang kita nak ikthiarkan adalah ENERGI KEKAYAAN. Tidak semestinya perlu jadi kaya hartawan rumah besar kereta mewah dsbnya. Energi kekayaan itu bermaksud sentiasa berterusan dalam rezeki yang baik2. Tak logik sekarang ini belanja dapur untuk satu famili RM100 sebulan kan? Tapi secara metafizik ini boleh dicapai dengan cara yang tak masuk logik akal. Apapun kita perlukan rezeki yang baik2 tak semestinya duit berguni-guni bergolek. Hidup sihat tanpa Covid-19 adalah satu rezeki juga (tidak perlukan duit untuk merawat dsbnya).

Kini sains telah menyatakan bahawa DUIT MEMBAWA KEBAHAGIAAN. Jika metafizik energi rezeki dilabel mengarut tapi kini sains menyatakan sedemikian sebab tiada mekanisma logik dan fizikal untuk duit bawa kebahagiaan. Apakah sains juga mengarut? Yang kita ikthiarkan adalah energi rezeki tambahan kepada usaha berniaga, melabur dan berkerjaya. Kadang tu anda dapat pendapatan yang selesa tapi tak dapat menyimpan duit kerana perihal duit bocor sentiasa. Jadi selain berusaha menyimpan kita ikhtiarkan energi rezeki untuk itu.
Picture
Picture
KDYMM Tuanku ada pola 653 iaitu satu kategori pola 336 yang berkaitan dengan emas. Bukan sekadar jual beli emas di kedai/ online tetapi melombong emas. Mempunyai pola 769 kekayaan dalam petak tarikh lahir dan dekad sekarang adalah masa terbaik untuk usaha dan ikhtiar tambah rezeki/kekayaan.

Memang pola2 dalam tarikh lahir kita ini tidak logik pada kita semasa membacanya. Apatah lagi budak berusia 7 tahun kita tengok tarikh lahirnya dan kita beritahu ada potensi jadi Menteri Kewangan - mau budak tu gelakkan kita semula. Tapi bila budak itu nanti berusia 40 tahun bekerja di Kementerian Kewangan baru dia teringat balik apa yang kita beritahu dia semasa umur 7 tahun itu.

Maksud bidang atau yang Dato Eddy Rosyadie selalu gunakan adalah DUNIA seperti dunia makanan. Tidak semestinya kena masak tetapi termasuk pembekalan, peralatan, perkhidmatan, pengajar dsbnya berkait dengan dunia tersebut.

Dapatkan pola2 anda dari Laporan Potensi Dan Perniagaan 22 mukasurat. Hubungi Dato Eddy Rosyadie untuk tempahan:
017 769 7946
​016 624 9666
Picture

Picture
Sebelum ini Dato Eddy Rosyadie menggunakan Petak Statik individu ini memang ada pola makanan tetapi tiada pola tentang saham. Tapi dengan menggunakan Petak Statik Dua Dorongan ini (ciptaan Dato Eddy Rosyadie 2021) terdapatnya pola tentang saham. Jadi Petak Statik Dua Dorongan ini lebih detail untuk menjelaskan fenomena dan juga mengenali potensi diri.

Picture
Menggunakan data iaitu angka / nombor. Sepertimana kaedah pernomboran versi Dato Eddy Rosyadie menggunakan angka2 untuk dicari tafsirannya.

Data (angka2/ nombor2) dikutip dari lapangan (field) atau kajian (research) apabila disusun dalam bentuk analisa ianya menjadi maklumat (information) dan di situ kita buat keputusan (Decision). Jadi keputusan kita dibuat berdasarkan kepada maklumat2 data2 (angka2/nombor2).

Data --> Maklumat (information) --> Keputusan (Decision)

Jadi, kaedah pernomboran Dato Eddy Rosyadie adalah data daripada lapangan dan kajian dari fenomena yang berlaku dalam hidup orang sebenar yang dijadikan sebagai panduan. TIADA UNSUR2 BISIKAN JIN.

Picture
Tahniah Dato Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9. Semoga angka 9 membawa kejayaan yang baik untuk Malaysia pada tahun 2022 akan datang 31+8+2022=9 sukses dan Dunia 2022=6 rezeki.

Kita masuk ke era baru meninggalkan Perdana Menteri yang sebelum ini yang ke 8 (angka 8 stress) pada tahun ini Malaysia 31+8+2021=8 stress mengajar kita perihal ketabahan, perihal ikthiar, mencuba2 strategi (2021=5 halangan) supaya tahun 2022 kita dapat menikmati hasil dari ketabahan kita ini.

Pakej 1 Bulan Ikhtiar Energi untuk September 2021 telah dibuka. Anda boleh daftar dahulu sebelum 3 September 2021 untuk program bermula pada 4 September 2021 dan dimasukkan dalam Grup Whatsapp.

Bulan September adalah bulan ke 9 biasanya angka 9 tentang kejayaan. Bulan Ogos bulan ke 8 iaitu stress menyaksikan kemelut politik, banjir besar di Kedah dsbnya yang memberi tekanan kepada kita tetapi sebenarnya tekanan itu adalah untuk MEMBINA KETABAHAN kita. Dan bulan September (9) adalah bulan untuk kita menikmati hasil yang baik dari ketabahan kita tersebut. Oleh yang demikian, kita meneruskan ikthiar jana/ tambah/ pulih energi rezeki dan kasih sayang untuk bulan September.

Picture
Picture
Picture
Graf di atas adalah Graf Prestasi Bulanan Malaysia 2021 (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) menunjukkan bulan September 2021 graf prestasi kewangan/ kesihatan (biru) adalah jatuh pada paras 2. Jika anda masih ingat pada Jun 21 lalu yang banyak musibah dilihatkan Jun 21 adalah graf paling rendah (kedua2 biru dan merah). Jadi kita ikhtiarkan energi bagi meningkatkan prestasi kita di dalam kehidupan yang serba mencabar ini dek Pandemik dan lebih mencabar lagi pada September 2021. Manakala Graf Emosi (merah) adalah tinggi pada September 2021 tetapi kita perlu persediaan dalam September memandangkan Oktober-Disember 2021 adalah graf Emosi (merah) adalah rendah. Secara kesimpulannya, ikhtiar energi diperlukan untuk kita tingkatkan prestasi kewangan (perniagaan/ kerjaya) dan persediaan untuk emosi Oktober - Disember 21.

Picture
Petak tarikh lahir Statik dan Pembayang/ Warisan Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan.  Dan kekayaan itu bukan diwarisi sebaliknya dibina sendiri daripada perniagaan dan pelaburan (investment). Kedua2 pola perniagaan dan pelaburan ada dalam Petak Statik individu tersebut. Tentunya kekayaan boleh dibina oleh diri sendiri tetapi boleh jadi permulaan untuk kekayaannya itu disokong oleh keluarga.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi rezeki. Kita ikhtiarkan. Kadang tu rezeki dapat kepada ahli keluarga kita walaupun diri peserta yang join program. Itu juga tentunya salah satu bentuk rezeki juga.
Picture

Picture
Memang benar menjadi usahawan adalah perkara yang berat. Tetapi ada orang yang senang sahaja uruskan perniagaan tanpa bebanan. Disebabkan oleh sikap dan sifat keusahawanan tersebut.

Untuk mengenali sikap dan sifat keusahawanan, gunakan kaedah pernomboran versi Dato Eddy Rosyadie kerana petak tarikh lahir ada pola2 usahawan. Malah Dato Eddy Rosyadie juga membina senarai checklist untuk mengenalpasti seseorang itu layak menjadi usahawan atau tidak. Pemasaran dan jualan produk tidak semestinya adalah seorang usahawan.

Begitu juga kaedah Graf Hayat yang boleh menunjukkan seseorang itu mampu menjadi usahawan. Jika zon Wealth anda ada kod Great Treasurer adalah seorang usahawan iaitu yang mampu memikul bebanan perniagaan dengan baik dan tidak mudah lentur kepada kegagalan.

Apapun, dapatkan Laporan Potensi Diri dan Perniagaan (22 mukasurat) untuk kenalpasti tahap usahawanan anda itu.

Untuk tempahan, hubungi Dato Eddy Rosyadie:
0177697946
0166249666


Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Secara teknikalnya individu ini "bekerja makan gaji" bukannya berniaga atau bukannya buat pelaburan. Jadi, makan gaji juga boleh mendatangkan kekayaan besar. Oleh itu, kita berusahalah bersungguh2 (USAHA), tambah ilmu (ILMU), rancang dan jalankan strategi (STRATEGI) dan lakukan ikhtiar (IKHTIAR) seperti ikhtiar energi rezeki 769 untuk merealisasikan kekayaan bukan sahaja berniaga, pelaburan tetapi juga makan gaji.

Picture
Maklumbalas peserta ikhtiar energi. Individu ini telah lama berterusan join program ikthiar energi dan dapat membina energi secara sendiri. Menggunakan warna energi yang hadir sebagai pemulihan.

Picture
Kali ini fenomena hari yang jatuh pada 26 Ogos 2021 ada perihal "perserve and increase money and material possessions".  Ini pertama kali energi rezeki dibuat kebetulan jatuh pada hari fenomena sebegini. Jadi kita ikhtiarkan untuk menyimpan/ mengumpul (preserve) dan meningkatkan keuntungan/ pendapatan (increase money) pada hari 26 Ogos 2021.
Fenomena 26 Ogos 2021:
It is a perfect constellation. It can bring us social success as well as material gains. We have a positive outlook on life; we are sincere and enjoy popularity

... helps us to preserve and increase money and material possessions. Security, compatibility, holding on to family are essential to us. These days we are very focused on our family and our home. And enjoyment in all areas is paramount.

https://www.astrosofa.com/horoscope/aspects/2021/8/26


Picture
Kisah individu ini telah dibuang kerja kerana berlebihan pekerja di tempat kerjanya. Lalu dia menceburi dunia TikTok dan terus jadi fenomena dunia (video TikTok cara2 nak kupas pisang). Apapun, dia secara tidak sedar telah menggunakan potensi pola 769 apatah lagi jika anda yang membaca laman web ini tentunya sedar tentang pola 769. Maka kita buat perjalanan untuk mencapai kekayaan dan kejayaan pola 769 dengan ilmu, usaha, strategi dan ikhtiar energi.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi. Program energi yang selalu Dato Eddy Rosyadie anjurkan amenggunakan asas energi ketenangan. Apabila tenang, maka kita boleh bekerja lebih kuat (rezeki baik), kasih sayang yang baik (harmoni) dan sebagainya.
Picture

Picture
Tamat sudah tugasan PM ke 8. Angka 8 bermaksud stress. Dahlah Malaysia 31+8+2021=8 tahun 2021 ini adalah tahun 8 iaitu stress. Perletakan jawatan berlaku pada bulan Ogos iaitu bulan ke 8 stress. Dikala dunia 2021=5 halangan. Tempoh pemerintahan adalah 17 bulan (1+7=8 stress). Dilantik sebagai PM pada 29+2+2020=8 stress.

Tahun 2021 ini tahun kitaran 7 tahun kehilangan (jawatan) dan tahun ujian (dengan Parlimen, Kes pandemik Malaysia dsbnya). Dekad pula dalam tempoh halangan.

Begitulah kaedah pernomboran yang menjelaskan fenomena yang benar-benar terjadi kepada seseorang individu. Jadi, daripada penjelasan sebegini kita gunakan sebagai panduan untuk diri kita dan orang lain untuk buat pembetulan, peningkatan dan pencegahan serta persediaan sewajarnya. Kaedah pernomboran ini adalah sebentuk kajian kepada fenomena sebenar.

Seorang Sheikh yang amat terkenal di nusantara ini. Apapun, kita terima saja ilmu yang baik2 dari apajua punca kerana segalanya adalah milikNya jua. Kerana ilmu adalah lonjakan kepada kekayaan. 769 pola kekayaan adalah 7+6+9=4 ilmu.
Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly