Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kekayaan Menuju Kejayaan

4/18/2018

0 Comments

 
Picture

Picture
Dilahirkan dengan pola 769 dan bila tiba tempoh masa yang baik, begitulah aksi semulajadi kehidupan, itupun jika seseorang yang ada potensi berusaha berada di jalan yang betul untuk kejayaan. Juga, ianya berkaitan dengan suasana, maksudnya bagi beliau yang berada di kelab bolasepak ternama tentulah kekayaan yang lebih besar berbanding berada di kelab bolasepak yang kecil.

Adalah sangat penting untuk kita memastikan diri kita (termasuk keluarga juga kerjaya kita) berada dalam situasi yang baik untuk Mei dan Jun kerana ianya menjadi asas permulaan/ petunjuk kepada apa yang berlaku untuk tahun hadapan. Daripada pemerhatian Dato Eddy selama 13 tahun mendapati bulan Mei dan Jun memberikan petunjuk untuk fenomena yang berlaku tahun hadapan. Tentu sahaja bagi Mei dan Jun tahun 2018 ini, bagi rakyat Malaysia, pastikan status dan energi kewangan anda adalah baik dalam dua bulan tersebut memandangkan Malaysia bakal melalui tahun Vacuum Star 2019 nanti iaitu sama seperti Vacuum Star 2015 lalu.

Dibawah ini disediakan satu senarai semakan status secara ringkas. Anda boleh saja kembangkan dengan detail2 yang sesuai atau tambahkan lagi perihal semakan. Jadikan senarai ini sebagai panduan dan pemantauan untuk sepanjang bulan... kita tunggu jawapan anda di awal bulan Jun nanti untuk melihat keputusan prestasi anda bulan Mei ini... selamat maju jaya!
Picture

Pendaftaran untuk join program Bulan Mei 2018 Ikhtiar Energi Rezeki/ Dikasih Sayang/ Cemerlang Akademik secara pakej 1 bulan. Boleh daftar dahulu untuk elak terlepas program bermula 2 Mei 2018.

Bulan Mei merupakan satu bulan yang penting kerana daripada pemerhatian Dato Eddy, merupakan bulan yang memberikan petunjuk untuk apa yang berlaku pada tahun akan datang iaitu tahun 2019. Disebabkan tahun depan 2019 dijangka Malaysia melalui tempoh Vacuum Star (Krisis Kewangan), adalah amat penting untuk memastikan kita berada dalam energi yang sebaiknya dalam bulan Mei ini iaitu ada asas energi yang kukuh untuk perjalanan kehidupan sehingga tahun depan 2019. Pengalaman melalui Vacuum Star 2015 lalu adalah perit, jadi kali ini kita bersedia dengan lebih awal.

Picture

Alhamdulillah cikgu..slps ikhtiar berdoa di mersing hr itu..allah bg jln pd sya utk selesaikan hutang2 saya..rasa sprt terlepas satu bebanan yg besar...tp sya ttp bersyukur..rezeki Alhamdulillah utk kami sekeluarga

Assamualaikum cikgu   Syukur alhamdulillah sgt² lepas wktu berdoa tadi saya dpt cll dn di maklumkan akn dptt shre payment tdk la juta cuma ribuan jer tp bersyukur sgt² 

Suami sya bgtau td ada dpt email.. So, sya tlg dia chek.. Alhamdulillah.. Dpt senarai kerja2 pembaikan utk bbrpa negeri.. Dlm rm600k lbh.. Senarai ni yg dia dok tggu.. Alhamdulillah syukur sgt2... Mgkn berkat berdoa hr tu & sya turut mendoakn utk dia.


Picture
Perkhidmatan Ikhtiar Energi diperkenal semenjak tahun 2010 lagi.. bermula dari satu ilham dan eksperimen pada tahun 2009 dan seterusnya diperluaskan sehingga kini. Tujuan ikhtiar energi dibuat disebabkan ramai peserta kursus didapati sukar untuk buat perubahan yang diperlukan bagi mencapai kejayaan daripada potensi mereka. Contohnya, ada peserta2 dah tahu mereka salah arah dan perlu berpindah tetapi untuk berpindah rumah bukan satu perkara yang mudah bagi mereka. Jadi, dengan ikhtiar energi sebagai satu usaha tambahan bagi meningkatkan kejayaan di kala terperangkap itu masih ada ikhtiar.

Ikhtiar Energi Rezeki juga untuk individu yang mencari ikhtiar dalam perihal2 tertentu seperti dalam situasi kitaran tahun atau fenomena bermasalah seperti Vacuum Star. Begitu juga bagi tingkatkan energi bagi merealisasikan fenomena kejayaan yang bakal datang. Seringkali didapati ramai individu terlepas masa kejayaan mereka. Semasa melalui tempoh kejayaan itu mereka tak perasan, daripada perspektif metafizik iaitu mereka itu kurang energi yang baik apabila sedang melalui tempoh yang baik, jadi terlepas peluang masa yang diberikan yang sepatutnya boleh berjaya.

Apapun, kita diberi peluang dan ruang untuk berusaha dan berikhtiar.. memohon izinNya jua.


Picture

Picture
Pada 12 April 2018 lalu, sempena program Ikhtiar Energi Dikasih Sayang, seorang wanita non-muslim menghubungi Dato Eddy untuk ikhtiar mendapatkan kembali hubungan beliau dengan teman lelaki yang telah terputus berbulan lamanya.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, non-muslim boleh saja join kaedah ikhtiar Energi kerana energi yang kami bawakan bersifat universal untuk semua manusia.

Pada mulanya, ingatkan kes beliau ini sekadar teman lelaki merajuk menjauhkan diri seketika tetapi setelah dibuat kiraan2 tarikh lahir mereka di dapati mereka ini punyai konflik halangan malah teman lelaki beliau dalam tempoh halangan. Rupanya, ianya melibatkan perihal keluarga teman lelaki yang tidak merestui perhubungan mereka kerana berlainan "darjat".

Apapun, bersyukur kepadaNya kerana dengan izinNya  ikhtiar sebegini dapat menggerakkan teman lelaki untuk mencari beliau semula untuk menjalinkan semula hubungan.... bagaimana kisah mereka ini seterusnya, dapatkah mereka berkahwin? Kita doakan mereka dapat atasi halangan2 dalam perjalanan mereka itu mencari kebahagiaan.




Picture
Terdapat beberapa produk yang menggunakan angka 769 dan lain2 pola seperti 696 dsbnya di pasaran namun kesemua itu BUKAN daripada pihak Dato Eddy. Majoriti pengamal kaedah pernomboran di Malaysia setakat ini adalah bekas peserta kursus Dato Eddy dan mereka menjalankan perniagaan sendiri menggunakan pola2 angka seperti 769 dsbnya. 

Tak mengapalah mereka menggunakan pola2 sedemikan, walaupun tidak beritahu lebih awal pihak kami, yang penting Dato Eddy dapat buka kesedaran kepada masyarakat tentang kaedah pernomboran versi anak tempatan Malaysia yang lebih mudah difahami dan berstrategi.

Tentang produk daripada pihak Dato Eddy adalah produk minyak wangi yang dienergikan (Minyak Wangi Energi Putih). Dato Eddy tidak memasarkan produk garam memandangkan banyak pilihan di luar sana dan lagipun tak berkesempatan masa untuk membuat energi bagi banyak bahan. Jadi, Dato Eddy lebih fokuskan untuk energikan minyak wangi ...terdapat satu kajian sains menunjukkan molekul air yang dibacakan ayat2 positif menjadi bentuk yang cantik... jadi, lebih mudah untuk Dato Eddy terus energikan cecair wangian... produk2 garam di pasaran adalah produk generik yang tidak dienergikan.

Lagipun, penggunaan garam bagi tujuan perubatan seperti mandi garam dsbnya kurang sesuai dibuat secara kerap bagi masyarakat Malaysia yang sememangnya mengambil makanan dengan garam. Pengalaman Dato Eddy tinggal di luar negara seperti China dan USA yang mana makanan di sana  adalah tawar2  tiada garam (kecuali makanan memang bergaram seperti fast-food dsbnya). Jadi, mereka perlukan bahan garam sebagai satu bentuk energi. Melainkan, gunakan mandian garam bagi tujuan kritikal atau dihadkan mungkin sebulan sekali dan kurangkan makanan bergaram.

Jika anda seorang peniaga produk berunsurkan kesihatan/ perubatan, bilamana anda kerap menggunakan garam seperti selalu mandi garam, frekuensi energi atau aura anda adalah sangat tinggi menyebabkan sukar untuk pelanggan2 yang mahu mendapatkan produk anda iaitu mereka2 yang bermasalah itu punyai frekuensi energi yang lemah, untuk "masuk" atau serasi ke perniagaan anda itu. Jadi, "lembutkan" frekuensi energi anda itu dengan bahan2 yang bersifat kelembutan atau kurangkan penggunaan mandian/ lampu garam bagi mengurangkan frekuensi energi anda itu supaya pelanggan2 yang punyai frekuensi energi yang lemah dapat serasi dengan anda untuk memudahkan anda berurusan dengan mereka2 itu.




Picture
Kelahiran pola 769.. juga, daripada pola2 tarikh lahir beliau ada potensi tentang dunia martial arts (persilatan) serta potensi dalam bidang pendidikan... kebetulan? Inilah penyelidikan yang Dato Eddy bawakan untuk menunjukkan bahawa satu cara untuk kenali potensi diri adalah mempelajari daripada pengalaman orang lain... supaya tidak membuang masa, tenaga dan wang tercari2 potensi diri.

Perkhidmatan yang disediakan:
- Sesi Konsultansi Peribadi
- Buku Kenali Potensi Diri (Biru dan Hijau)
- Kursus Asas Pernomboran Tahap 1, 2, 3, Intensif.


Picture
Formula tarikh Ikhtiar Energi Rezeki berdasarkan kepada pengalaman individu yang berjaya.. tengah mata angin 6... untuk ikthiar Energi Rezeki lebih mantap, pastikan anda berada di situasi yang sesuai untuk peroleh kekayaan.
​

Picture
As a teenager, Copperfield became fascinated with Broadway and frequently sneaked into shows, especially musicals featuring the work of Stephen Sondheim or Bob Fosse.... play the lead role in the musical The Magic Man in Chicago. ... Copperfield sang, danced and created most of the original illusions used in the show. The Magic Man became the longest-running musical in Chicago's history.




Itu cerita tentang kegemaran David Copperfield dalam dunia hiburan yang mana kegemaran itu menjadi pendapatan besar untuk beliau. Daripada graf hayat David Copperfield terdapat kod Great Entertainer iaitu "suka menghiburkan"... kebetulan? Kan mudah untuk kenali potensi diri serta apa bidang yang sesuai atau perkara apa yang boleh mendatangkan kekayaan dengan menggunakan strategi kaedah Graf Hayat ini.

Dapatkan Graf Hayat untuk mengenali potensi dan konflik diri anda, masa sesuai untuk bertindak atau tidak bertindak dsbnya. Cara dapatkan Graf Hayat:
1) Laporan Graf Hayat dalam 10 mukasurat. Pihak kami menyediakan laporan yang membentangkan tafsiran kod2 Graf Hayat untuk terus anda baca dan buat strategi... mudah, bukan? Laporan Graf Hayat adalah sekali seumur hidup (tapi boleh juga diupgrade kepada bahan2 yang lebih detail, jika perlu). Ianya di dalam bahasa Malaysia.
2) Kursus Graf Hayat (tahap 1, 2, 3 dan Intensif), yang ini lebih mendalam perihal Graf Hayat dan tafsirannya. Kursus sama ada berbentuk berkumpulan atau secara peribadi boleh diatur.
3) Sesi Konsultansi Peribadi/ Personal Coaching bersama Dato Eddy - penjelasan tentang tafsiran bagi zon utama seperti Wealth, Profession dan lain2 yang perlu dibentangkan (oleh kerana masa terhad sesi 2 jam).

Picture
Picture
Picture

Picture
Satu perkara utama dalam kehidupan adalah  perihal masa (time) iaitu tempoh masa. Bilamana kita dalam tempoh masa yang baik, biasanya banyak perkara baik dapat dicapai walaupun ada sedikit sebanyak cabaran. Bilamana berada di dalam tempoh masa yang kurang baik, banyak aspek kehidupan terjejas.

Sehingga kini, belum ada lagi ubat mujarab mutlak yang membolehkan kita keluar dengan mudah dari sesuatu tempoh (biasanya tempoh masa halangan/ tekanan) baik dari kaedah metafizik mahupun alternatif mahupun sains teknologi.. setakat ini penyelidikan sains teknologi fizik ada membentangkan teori untuk perihal "time-travel" (balik ke masa lalu) iaitu satu perkara yang lebih "advanced" pelik dari metafizik dan alternatif memandangkan kaedah metafizik tiada perihal "time-travel" sebaliknya lebih kepada untuk mengatasi masalah masa itu dengan ikhtiar dan strategi. Satu perkara mudah adalah berdoa dan bersabar tunggu sajalah tempoh masa yang bermasalah itu berakhir. Namun, itu bukan satu jaminan yang apabila tempoh masa bermasalah berakhir maka terus saja dapat kejayaan memandangkan pelbagai faktor seperti usia, situasi sekeliling/ teknologi mahupun ekonomi yang berubah.

Bagi kes individu ini yang sudah ada jodoh tapi  sudah 6 tahun menunggu tinggal berbaki 4 tahun lagi untuk menunggu tamat tempoh tekanan jodoh... tunggu saja? Ikhtiar untuk atasi? Buat perubahan? Bersabar?... banyak persoalan untuk 10 tahun penantian.

Picture

Picture
Sepertimana yang Dato Eddy sering berpesan, lihat suasana kita dalam bulan Mei-Jun untuk mengenalpasti konflik dan potensi untuk tahun akan datang... bagi tahun akan datang 2019 yang mana negara Malaysia bakal melalui tahun Vacuum Star sama seperti Vacuum Star Tahun 2015 lalu... dua konflik ini mampu beri kesan kepada negara... penghujung 2018 ini, minyak masak berasaskan kelapa sawit dari Malaysia/ Indonesia tidak lagi dijual di UK dsbnya. Juga, perang tekanan tarif USA-China sudah mula menunjukkan kesan tekanan kepada harga barang.

Apapun, memang kita berharap kerajaan akan melindungi kita dari masalah Vacuum 2019 itu tapi jika ianya melibatkan satu dunia seperti tahun 2015 lalu iaitu kejatuhan harga minyak mentah dunia, sedikit sebanyak kita terjejas jua terutama bagi usahawan.

Jadi, apakah strategi persiapan anda untuk 2019 nanti?
Picture
Picture
Picture

Picture

Picture
Semasa Dato Eddy mendalami perihal metafizik pada 2004 lalu, antara perkara yang diajar oleh seorang guru Cina tentang kepercayaan masyarakat Cina zaman dulu-dulu bahawa kehidupan manusia ada 5 tingkat usaha.

Tingkat 1 - Destiny - yang ini kita tak boleh buat apa sebab sudah ditentukan oleh Nya. Contoh, kita dilahirkan dalam keluarga ibu bapa taraf sederhana... mengapalah kita tak dilahirkan dalam keluarga Bill Gates yang kaya raya.

Tingkat 2 - Luck - Walaupun kita tidak dilahirkan kaya raya, kita diberi peluang untuk membina nasib yang baik untuk mendapatkan kekayaan. Maksud nasib adalah berada di tempat yang betul pada masa yang betul dengan orang yang betul dengan cara yang betul. Contoh, diceritakan penulis buku kanak-kanak Dr Seuss yang telah ditolak oleh ramai penerbit buku, terserempak dengan kenalan seorang penerbit buku di satu jalan dan dari situ bermula populariti buku Dr Seuss, kata beliau jika beliau berjalan di seberang jalan tak terserempak dengan kenalan itu, beliau sudah berputus asa untuk terbitkan buku.

Kaedah Metafizik Pernomboran adalah satu cara dalam Tingkat 2 ini iaitu mencari strategi bagi meletakkan kita berada di arah yang betul dengan jenis pasaran yang betul pada tempoh masa yang betul... dan hari yang betul, waktu yang betul. Namun, pada masa yang sama, ianya disulam dengan kaedah Tingkat 3 supaya gabungan lebih beri kesan.

​
Tingkat 3 - Endeavour - jika sukar untuk kita berada di arah yang betul, pada masa yang betul.. sepertimana yang berlaku kepada majoriti manusia sekarang... walaupun dah tahu arah tempat tinggal salah tetapi bukan mudah untuk berpindah begitu sahaja, begitu juga individu2 yang berada dalam tempoh masa bermasalah tak dapatlah nak melompat masa... jadi, tingkat 3 ini adalah perihal IKTHIAR. Contoh paling mudah dalam tingkat 3 ini adalah kaedah Feng Shui yang mana kita cuba dapatkan chi (energi) yang baik dari alam dengan berada di kedudukan tertentu supaya energi yang lalu di kedudukan itu bantu kehidupan kita jadi lebih baik.

Kaedah Metafizik Energi adalah tingkat 3 ini (contoh: ikhtiar energi rezeki/ dikasih sayang, upload energi, audit premis dsbnya). Tetapi pada masa yang sama, ianya digabungkan dengan kaedah Tingkat 2 iaitu strategi membina nasib yang baik iaitu pemilihan tarikh, arah dsbnya.
Tingkat 4 - Good Deeds - jika sukar menetapkan strategi nasib seperti tahu salah arah tapi tak dapat berpindah manakala kaedah ikhtiar seperti Feng Shui pula tak beri kesan sangat, maka berbuatlah kebajikan.. seperti bersedekah, bantu orang dsbnya... kebaikan2 itu membantu kita menguatkan peribadi kita dalam melalui perjalanann kehidupan yang ditakdirkan sukar/ serba kekurangan.

Tingkat 5 - Knowledge - iaitu sudahlah ditakdirkan lahir dalam perjalanan kehidupan yang susah, untuk tetapkan strategi nasib pun tak dapat buat, buat ikthiar pun kurang menyerlah dan berbuat baik dengan orang pun tak berapa menjadi sebab dibuli orang maka tingkat 5 adalah pergi belajar ilmu2 untuk tingkatkan diri. .. perbaiki diri dengan ilmu2 pengetahuan supaya diri jadi lebih kuat.

Namun, pesan guru bahawa sebenarnya ilmu pengetahuan, walaupun diletakkan di tingkat rendah oleh masyarakat Cina kuno, merupakan usaha dan ikthiar yang paling baik sebab merangkumi kesemua aspek. Mungkin pada zaman kuno itu, ilmu adalah sesuatu yang sangat mahal dan sukar didapati berbanding kini pelbagai bentuk ilmu boleh diakses dengan mudah (Google, You Tube dsbnya).

llmu pengetahuan itu sangat penting namun perlu juga strategi, ikhtiar, kebaikan dan sebagainya.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.