Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Jejak Kekayaan Tapak Kejayaan

4/4/2018

0 Comments

 
Picture

Picture
Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Perniagaan
- Audit Premis Perniagaan
- Seminar Graf Hayat Tahap 1, 2, 3
- Kursus Strategi Hadapi Tahun 2019

TAHUN 2019 TAHUN VACUUM STAR (KRISIS KEWANGAN) UNTUK MALAYSIA

Sejak akhir2 ini dah mula dapat dikenalpasti klien2 yang dijangka melalui tahun 2019 dengan perit masalah kewangan.. sekarang ini pun baru awal 2018 dah goyah perniagaan2 mereka... yang bagusnya mereka dapat tahu awal 2018 ini dan dah merangka strategi2 bagi mengatasi masalah 2019... pada mulanya mereka merasa takut dengan pendedahan ini tetapi secara logiknya dalam perniagaan pasti ada turun/ kejatuhan maka bersedia sajalah tak kira bila pun sebenarnya... cuma yang kaedah penomboran ini meletakkan 2019 sebagai tanda aras berdasarkan pengalaman dari kiraan tarikh dan waktu lahir.

Picture
Menjalankan urusaniaga forex online adalah satu cara mendapatkan pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa... sepertimana mana2 perniagaan adalah BERISIKO terutamanya urusniaga forex yang lebih berisiko berbanding perniagaan konvensional... contoh, jika kita menjual sebotol air RM1 sudah tentu confirm kita dapat jualan RM1 tetapi dalam forex pula, modal RM1 boleh menjadi RM100 mahupun rugi RM1. Memang sedap melihat modal RM1 jadi RM100 tetapi kebanyakkannya masa modal RM40K rugi RM40K... jadi, untuk trade/ bermain jual beli forex online memerlukan strategi mengelakkan dan mengurangkan risiko kerugian. Walaupun terdapat pelbagai kaedah Technical Analysis tetapi Fundamental/ News/ Sentimen pasaran yang sukar dijangka memainkan peranan utama.

Bagi kaedah pernomboran, strategi mengelakkan atau mengurangkan risiko kerugian adalah mengenalpasti pelbagai faktor tempoh masa seperti perihal Vacuum Star yang berfungsi untuk sedut modal menyebabkan kerugian, faktor arah, faktor keserasian platform dan sebagainya. Juga, diperkenalkan kaedah Software Integrasi bertujuan untuk memilih hari dan waktu yang baik untuk berurusniaga dengan kurang risiko.. sebagai satu panduan tambahan.

Picture
Picture

Picture
Jika perkara kelajuan supersonic dibincangkan pada zaman kesultanan Melaka 1411 lalu, tentu ianya dikategorikan sebagai ilmu ghaib, pada zaman 1800an pula itu adalah metafizik iaitu menjelaskan sesuatu yang di luar fizik yang nyata. Pada 1970an pula, perkara supersonik menjadi sains fiksyen Star Trek/ Star Wars dan kini milenia 2018, supersonik merupakan satu teknologi sains.

Kebanyakkan teknologi sains lahir daripada idea pelik manusia, mula2nya dikategori metafizik kemudian fiksyen dan seterusnya menjadi teknologi.. banyak perkara metafizik seperti metafizik energi, pernomboran dsbnya mampu ditingkatkan menjadi teknologi satu hari nanti... bermula dari ramalan cuaca ikut jenis awan kini ianya menjadi sains meterologi menggunakan data, software, alat2 pengukuran, analisa kiraan dsbnya.


Picture

Picture
Potensi sudah ada tetapi masalah pula dalam tempoh yang tak kena... buat masa ini belum ada kaedah metafizik ataupun teknologi sains yang membolehkan kita "lompat" ke tahun yang baik tinggalkan tahun tak baik .. adalah kaedah sains fiksyen dari siri TV dulu2 bertajuk Quantum Leap ataupun filem Back To Future... tapi realitinya kita manusia kena tempuhi perjalanan kehidupan setiap saat ke hadapan.

Bagi kes anak ini, tempoh tekanan perlu dilalui namun dilalui dengan kegagalan2 pula. Sebaiknya kita ikhtiarkan strategi2 bagi membantu mengatasi tempoh menunggu lama tersebut sperti tukar arah dsbnya. Ataupun ikhtiarkan energi yang bersesuaian supaya sedikit sebanyak membantu daripada terbiar saja potensi berlalu.

Tips: bagi anak2 di universiti/ kolej, tambahkan potensi anda dalam aspek pengalaman dan pengetahuan tambahan. Contoh, anak Dato Eddy di UM terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan mengambil kelas Bahasa Mandarin.. pengalaman dan pengetahuan tambahan adalah nilai tambah kepada status akademik dan perkara sedemikian diteliti oleh bakal2 majikan.



Picture
Sekurang2nya kita dapat jawapan mengapa wanita berusia 52 tahun ini belum berkahwin dan tahulah ikthiar2 apa yang boleh dicuba dilakukan nanti seperti bertukar arah dsbnya. Kaedah pernomboran memberikan panduan, namun dikecam di media sosial oleh seorang "ustaz" bilamana perbincangan jodoh sebegini di lakukan di TV1 beberapa tahun lalu untuk kes wanita berusia 56 tahun yang belum berkahwin. Sehingga kini, ustaz itu atau sesiapa pun tak ada yang hubungi kami untuk bagi teknik2 mujarab superpower supaya wanita2 berusia dapat terus jodoh dengan mudah, dahlah kecam kaedah ini mengarut tetapi sekadar kecam tak bagi strategi penyelesaian kepada kami.

Di minta mana2 individu yang ada pengetahuan yang hebat untuk hubungi kami ajarkan kami kaedah yang superpower mujarab sekelip mata selesai masalah... bagi menggantikan kaedah pernomboran.

13 tahuni kami merantau ke sana sini mencari kaedah2 namun kebanyakkan melibatkan mistik seperti contoh seorang wanita berusia 44 tahun akhirnya berkahwin setelah berubat menggunakan sebilah kapak yang diperasapkan oleh seorang perawat.

​Baru2 ini bertemu dengan seorang klien wanita yang tinggal di Kuala Lumpur semenjak tamat persekolahan berusia 52 tahun belum pernah berkahwin. Pernah menyelurusi alam percintaan tetapi tidak menjadi. Bila diperiksa Graf Hayat, memang ada tempoh jodoh pada usia muda. Persoalannya, dah tiba masa mengapa tak menjadi? Apabila diperiksa lebih mendalam, rupanya beliau ini berada DI TEMPAT YANG SALAH selama ini. Padanlah juga beliau sering berpindah randah rumah sewa mahupun tempat bekerja selama ini, walhal beliau ada potensi kekayaan 769, 69, 729 dsbnya.

Oleh itu, faktor ARAH memainkan peranan dalam perihal jodoh serta alam perkahwinan... juga kehidupan dan perniagaan dsbnya.

Bagi perihal arah yang baik untuk klien ini adalah ke Rompin, Pahang... agak sukarlah bagi warga Kuala Lumpur ini disuruh pindah ke bandar kecil Rompin.

Jadi, ramai individu yang tersangkut potensi jodoh ataupun rezeki di sebabkan kerana berada di ARAH YANG SALAH dan cara untuk berpindah ke arah yang betul pula kurang sesuai citarasa mereka atau belum mampu untuk berpindah...  oleh itu, perihal arah ini sesuatu yang bukan mudah diperbetulkan... apa yang boleh dilakukan adalah strategi2 sementara dan ikhtiar2 seperti ikhtiar energi dsbnya supaya adalah juga sesuatu usaha dilakukan daripada terus sahaja menadah kehidupan begitu sahaja.. sekurangnya dah berusaha dan bermohon kepadaNya dan jika diizinkanNya boleh saja berjaya di tempat yang salah pun.




Picture
Lagi kisah "cincin misteri"... kali ini kami ditunjukkan oleh seseorang di Gua Kota Gelanggi, Jerantut yang beliau dihadiahkan sebentuk cincin yang diperoleh dari dalam sana oleh sekumpulan individu yang datang dari Kuala Lumpur. Tak pasti ceritanya sebab kami berada di luar berdekatan situ juga pada waktu kejadian... taklah mahu mengganggu urusan orang. Melihatkan jenis batu dan jenis sangkar berlainan daripada kebiasaan di kedai.




Semulajadi perjalanan manusia melalui tempoh baik dan tempoh mencabar... bagi yang melalui kitaran yang mencabar, antara cabaran adalah ujian emosi dan mental.

Bagi individu ini boleh dikatakan mempunyai semua keperluan asas yang baik.. kerjaya, keluarga, rumah, kereta... bukanlah cabaran untuk bisnes, jodoh seumpamanya... cuma bila melalui tempoh bermasalah terpaksa melaluinya.. apatah lagi jika individu yang perlu melalui tempoh bermasalah itu memiliki kehidupan yang serba mencabar seperti bisnes malap, kerjaya gelap, jodoh sentap, kewangan kedap .. lagilah mencabarnya! 

Jadi, apa yang boleh dibuat untuk melalui tempoh tahun bermasalah? Banyak perkara boleh dibuat yang penting adalah POSITIF. Bagi kaedah metafizik pernomboran dan metafizik energi, ianya perihal ENERGI... energi yang positif.

Picture

Picture
Kenangan,.. tahun 1995 lalu di Syracuse University, New York, USA... Department of Biology itulah tempatnya sebab ambil jurusan Biologi di situ.
​

Picture
1 Januari 1994.. jalan2 di Pittsburgh bersama isteri yg bertemu rakan2 beliau di sana.

Picture
Kenangan.. 1994.. kat tengah2 tu Twin Tower yang dah tinggal kenangan.. bergambar di bawah Statue of Liberty, New York, USA.

Picture

Picture
Metafizik: energi boleh dipindahkan tanpa sebarang bahan fizikal (maya/ ghaib).
Sains Fiksyen: Filem Hollywood Star Trek, Star Wars dll... energi dipindahkan secara pancaran/ satelit.
... kini yang ghaib, yang mengarut menjadi satu Teknologi Sains: elektrik dapat dipindahkan secara "maya/ ghaib" tanpa kabel dan tiang elektrik.

Metafizik adalah pemberi idea kepada teknologi Sains... teknologi sains merealisasikan idea metafizik dan sains fiksyen.

Picture

Picture

Picture

TAHUN 2015 PENUH KESULITAN KEWANGAN.. ITU TAHUN VACUUM (GRAF HAYAT MALAYSIA).. KALI INI TAHUN 2019 PULA TAHUN VACUUM STAR YANG SAMA... MAHU MERASAI KEPERITAN VACUUM STAR SEKALI LAGI 2019 NANTI? SERONOK TAK MELALUI TAHUN 2015 LALU? APA PERSEDIAAN UNTUK 2019?
Picture
Tahun 2015 menyaksikan ramai klien jatuh business disebabkan tahun 2015 tahun Vacuum Star bagi negara Malaysia. Walaupun Dato Eddy telah beri peringatan awal pada 2014 untuk bersedia hadapi tahun krisis 2015 Vacuum Star, namun klien2 yang terlibat didapati tidak bersedia dengan baik. Malah, seorang klien yang mengingkari cadangan untuk tidak keluarkan modal besar pada 2015 itu sehingga kini modal tersangkut RM20 juta. Jadi, salah kaedah pernomboran atau salah individu itu sendiri tak bersedia? Mulalah timbul viral mengecam kaedah pernomboran tak betul pulak pada 2015 itu.

Tahun 2019 akan berlaku lagi tahun krisis Vacuum Star, geram punya pasal ni tak kisah lah sama ada Malaysia dah bersedia atau tidak, atau Tuhan boleh takdirkan tak jadi apa2 nanti 2019, yang penting Dato Eddy dah bagi peringatan awal. Vacuum Star 2015 dulunya dipandang kecil tetapi realitinya impaknya terlalu besar kerana melibatkan Malaysia dan Dunia.. kejatuhan harga minyak mentah dunia, kejatuhan Ringgit Malaysia, jerebu 3 bulan dan macam2 lagi musibah.. yang paling teruk terjejas adalah industri Oil and Gas yang terpaksa menamatkan operasi dsbnya.

Yang seronoknya, ramai klien menjadi jutawan pada tahun 2014 tahun sebelum diuji dengan Vacuum Star 2015 itu... pada 2013-2014 lalu beberapa klien mendapatkan khidmat Dato Eddy dan mempunyai potensi Virtuous Star dapat merealisasikan potensi mereka menjadi jutawan pada 2014 memberi maklumbalas ada yang mampu meraih pendapatan puluhan ribu sebulan, ada yang sales sehingga RM1 juta sebulan dan seorang staf kerajaan mampu buat simpanan RM250 ribu dalam masa 6 bulan dengan perniagaan baru 2014 itu.... namun, semua itu jatuh terduduk pada tahun 2015 tahun Vacuum Star!

Jadi, apa strategi untuk hadapi tahun 2019 nanti? Bagaimana nak lalui tahun Vacuum Star 2019 dengan lebih baik? Apakah strategi dan ikhtiar untuk elak menjadi mangsa Vacuum Star 2019 nanti? Nak rasa lagi perit 2015 lalu sekali lagi pada 2019? Pada masa itu usah salahkan kerajaan, usah salahkan Tuhan, usah kecam pernomboran tak betul.... dah begitu perjalanan alam yang tersurat maka kita bersedia awal. Merancang dan berikhtiar!

Picture
Picture
http://www.remaja.my/pelajar-engineering-ini-dapat-4-0-2-kali-dekan-salah-satu-rahsia-kejayaannya-ialah-self-help/

Anak Dato Eddy - rekod rekolah SPM10A+ belum lagi dipecahkan.
Picture

Picture
Kulit ular yang bersalin kulit.. ditemui di rumah klien semasa Audit Premis Kediaman. Selain daripada membincang perihal potensi diri, juga meneliti perihal masalah mengapa seolah terdapat sebentuk "gangguan" di dalam dan di luar rumah. Semasa mencari2 petunjuk terjumpa kulit ular di satu bahagian di luar rumah di celah palang atas, mungkin baru lagi 3-4 hari, kena panjat gunakan tangga untuk tarik keluar.

Namun, bukan ini yang "menggangu" sebaliknya apabila berada di rumah beliau itu, terdapat banyak gambar2 foto2 keluarga di pelbagai sudut dinding rumah dan bila ditengok2 gambar2 tersebut terasa seperti "keluarga2" itu mahu menyanyi... apabila diperiksa menggunakan satu Apps dan beliau cerita pula yang arwah suami dahulu memang suka bernyanyi di rumah. .. mungkin gangguan yang dialami klien ini berupa sedemikian.

Tips: tidak digalakkan untuk meletakkan gambar2 foto2 keluarga terutamanya yang telah meninggal dunia di dinding rumah. Sebaiknya, simpan di dalam album. Memori adalah sebentuk energi juga dan di dalam metafizik energi, energi memori boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk energi lain. Jadi, dikhuatiri, memori2 silam mendatangkan sebentuk gangguan kepada penghuni rumah.


Picture
Taklah saya berentap dengan ular dan masuk dalam mimpi orang macam ahli silap mata... penggunaan "energi dalaman diri"

Picture
Ibu kucing yang beranak pada 8.3.2018 lalu... pola 83... ini kelahiran batch ke 6.. kesemua anak2nya yang kelahiran sebelum2 ini sama ada mati atau hilang cuma ada seekor anak jantan yang membesar dan kekal hingga hari ini dari batch 4.

Tabahnya ibu... "suaminya" jiran selang beberapa rumah sesekali ada datang menjengok... atau saja nak mengurat lagi :)


Picture

Bagaimana fenomena jodoh lewat ini berlaku? Dan bagaimana seseorang itu dapat mengatasi fenomena tersebut dengan baik?​

Bagi individu ini walaupun tergolong dalam tahun 1980 tetapi kerana bakal suami bersetuju untuk tinggal berdekatan dengan ibubapa beliau maka mungkin itu membolehkan beliau "terlepas" dari golongan jodoh lewat tersebut... sudah lebih 10 tahun berkahwin dengan harmoni.

Masih dalam peringkat kajian tentang pola 18 dalam perihal jodoh dan perkahwinan. Kemungkinan besar golongan 1980 ini ada kaitan dengan perihal "displin" (tema Hari Kebangsaan untuk tahun 1979 - 1982 berkaitan Dispilin)... atau berperwatakan maskulin yang menyebabkan sukar untuk lelaki mendekati atau sukar mereka mendekati lelaki?

Apa komen anda? 1980 Jodoh Lewat kerana pola 18?

Picture

Picture

Picture
Jodoh ada tempohnya.. bukan semua orang yang ada tempoh jodoh yang panjang iaitu boleh saja2 suka2 kahwin pada usia yang dimahukan dan boleh suka2 bercerai untuk kahwin lagi dengan mudah.

Bagi kes wanita ini yang sudah bercerai dan berkahwin lain kali kedua, kali ini perkahwinan kedua mula konflik pula... sekali lagi dalam hidup beliau takkan nak lalui konflik lagi... bila dilihat Graf Dekad 10 tahun baru mengerti bahawa beliau ini dalam tempoh tekanan dan tempoh jodoh sedia ada sudah tamat dan tempoh jodoh seterusnya pada usia 80 tahun... boleh saja wanita ini bercerai pada waktu ini dan berkahwin kali ketiga, namun apakah beliau boleh pasti kekal di perkahwinan ketiga itu?  Jika analisis tarikh lahir baik boleh saja namun analisis menunjukkan ada risiko besar untuk meneruskan perceraian yang merugikan kedua2 pihak suami dan isteri yang sama2 dah "expired" tempoh jodoh.

Apabila dalam sesi konsultansi bersama Dato Eddy menjelaskan beberapa perkara barulah beliau lebih positif, kebetulan suami beliau pun hadir dan sama2 menyedari bahawa konflik yang berlaku itu tidaklah kritikal sangat hingga untuk dibawa bercerai.... ikhtiarkan lah dahulu kerana Dia sentiasa bagi kita ruang dan peluang untuk ikthiar.


Keluhan seorang wanita yang alami tekanan perasaan dsbnya di tahun ini... rupanya kitaran tahun 8 (tahun stress) dan bila dilihat graf hayat dan graf dekad 10 tahun menunjukkan beliau baru masuk tempoh tekanan untuk 10 tahun.. jadi, seumpama baru menjejak masuk tempoh tekanan terasa sangatlah tekanan itu.

Pelbagai ikhtiar boleh dibuat bagi menguruskan tempph tekanan. Bagi kes wanita ini, untuk memudahkan berbincang dan menenangkan beliau, digunakan kaedah Zodiak bagi menjelaskan kaedah, straegi, keperluan. Boleh saja ditulis semua perkara tentang psikologi tetapi memerlukan masa maka digunakan kaedah khusus bagi memudahkan perbincangan.

Bila bercakap tentang zodiak terus saja orang kecam kerana meramal tapi zodiak yang digunakan ini adalah kajian tentang kelakuan manusia dalam kategori tertentu yang mana dikategori ikut bulan kelahiran. Memang ada kaedah zodiak yang berbentuk ramalan tetapi usahlah guna yang itu. Takkan sebab satu zodiak ramalan maka semua tentang zodiak adalah salah, kalau begitu harap diharamkan pengajian Fizik di sekolah kerana ada pengajian fizik yang menyalahi Tauhid (perihal Multiverse).

Berbalik perihal zodiak kelakuan, ianya sebagai satu panduan umum untuk memahami diri kita serta memahami pasangan dan orang lain. Memang betul semua orang perlukan kasih sayang tetapi lain orang lain cara kaedah kasih sayang... ada yang sukakan sentuhan, ada yang tak suka sentuhan sebaliknya perlu kawan bersembang, ada yang tak suka bersembang tapi suka kasih sayang secara mengembara dsbnya.. ada kategori yang telah dikaji memudahkan untuk terus menjawab atau menyelesaikan sesuatu isu secara khusus.
Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.