Apa jua maklumat yang disampaikan oleh Cikgu A-D disini ada kes studi dan sikit-sikit Cikgu A-D cuba kumpul untuk dijadikan bahan bukti dan bahan kajian seterusnya.
Kata penulis artikel, kaedah tarikh lahir tidak boleh disamakan dengan kaedah ramalan kaji cuaca... pada cikgu A-D artikel dibawah ini ditulis oleh individu-individu yang tidak buat homework dengan mendalam dengan rasional sains hanya dengan menggunakan ayat-ayat yang subjektif.
Memang benar pada zaman dahulu Rasulullah saw menegah kita berjumpa dengan "penilik nasib" kerana pada zaman dahulu "penilik nasib" bukannya ada kelayakan saintifik (budak kecil pun boleh jadi pawang besar kerana "ilmu" ajaibnya) malah menggunakan kaedah yang tidak saintifik berasaskan kepercayaan seperti hari jadi sial jika ada kucing hitam lalu, meramal hari hujan melihat kelakuan ayam dsbnya. Dengan kata lain, pada zaman Rasulullah saw itu (dan sebelumnya) semua perkara berkaitan dengan "ramalan" adalah kepercayaan yang tidak berasaskan dari data-data penyelidikan (ujikaji, pemerhatian, sampling, alat pengukuran dsbnya mengikut standard diakui komuniti sains). Apabila teknologi dah makin maju, ramalan kaji cuaca ditukar menggunakan kaedah mengukur kelembapan (humidity), kajian pattern angin, bentuk awan dan sebagainya, dengan kata lain ramalan kaji cuaca menjadi lebih saintifik.
Begitu juga dengan kaedah tarikh lahir versi pernomboran dinamik, yang menggunakan pattern atau pola-pola angka dari fenomena alam... contohnya, dalam kajian cikgu A-D selama 8 tahun ini mendapati majoriti orang yang ada pola 599 dalam tarikh lahir mereka ada kena mengena dengan dunia polis/ tentera, ini menunjukkan bahawa sesiapa yang lahir dengan pola 599 ADA KECENDERUNGAN KUAT kepada dunia polis/ tentera, sama ada berlaku atau tidak, itu bergantung kepada pelbagai faktor lain jua, contohnya jika individu itu lahir di hutan Ulu Tembeling pada tahun 1957 lalu mana logik jadi Ketua Polis Negara kerana pada masa itu tiada fasiliti atau platform untuk individu itu jadi Ketua Polis. Tapi kini, semua orang ada akses kepada fasiliti sedemikian kerana TEKNOLOGI dsbnya. Cuba tengok satu contoh kajian dari gambarajah di bawah (iaitu pengacara TV3 rancangan 999 iaitu rancangan yang ada kena mengena dengan polis... beliau ada pola 599 padahal beliau adalah graduan kewangan sebelum tu).
Memang benar kita disuruh berdoa kepada Tuhan apabila kita berhajat kepada sesuatu dan apabila ditimpa musibah, tapi kalau asyik buat pelbagai bisnes dan asyik rugi puluhan ribu dan berhutang hidup berantakkan berterusan, masih lagi hanya sekadar berdoa lagi ke (padahal jika diperiksa dari kaedah tarikh lahir sebenarnya ada masalah status kewangan 3, dsbnya yang boleh kita ikhtiar penyelesaian tambahan kepada berdoa itu). Doa pun doa juga, sebab tu kami buat Majlis Berdoa Kekayaan tapi pada masa yang sama kami juga buat kajian kenapa seseorang itu berjaya atau tidak berjaya menggunakan angka sebagai asas kajian. Kalau nak kami kaji bentuk telinga ke, bentuk bulu kaki pun boleh tapi itu bukan bidang kami kerana kami adalah graduan sains - fizik, biologi dan kimia menggunakan statistik / matematik.
Jika ada yang masih mengatakan bahawa menggunakan angka dan nombor itu haram kerana boleh bawa syirik, sila JANGAN GUNAKAN ANGKA JAM untuk tahu waktu solat... kerana sifat jam yang kita gunakan hari ini tidak tepat secara saintifik kerana kita perlu adjust saat dalam setiap beberapa tahun (lagi-lagi jam yang kita pakai dibeli di pasar malam tak pernah diujilari ketepatannya secara berkala) dan jika kita gunakan jam maka boleh menyebabkan kita syirik (menduakan kuasa Tuhan) kerana kita solat tidak mengikut arahan yang mahu kita menggunakan kedudukan matahari. Dalam Islam, untuk tahu waktu solat kena tengok kedudukan matahari (perasan tak semua waktu solat 5 waktu ada kena mengena dengan kedudukan matahari). Tahukah anda jika anda berdiri di titik Kutub Utara/ Selatan, sebenarnya lokasi di situ tiada definisi masa kerana masalah longitud dan latitud adalah 0 di situ, jadi tiada garis panduan untuk tetapkan masa. Oleh itu, tiap kali nak azan atau solat, sila keluar dari rumah atau pejabat, dongak tengok kedudukan matahari dan kalau yakin dah masuk waktu barulah boleh solat (cuba kalau mendung)... tapi tak praktikal dan tak logik lah macam tu, sebab itu kita SANDARKAN penentuan waktu solat kepada angka-angka jam.
Jika anda ditanya esok bila masuk waktu zohor dan anda menjawab jam 1.30 petang maka itu juga seolah adalah sebentuk ramalan menggunakan nombor... apakah anda pasti esok zohor 1.30 petang? Apakah anda boleh jamin esok zohor 1.30 petang kerana anda berkuasa menentukannya? Cuba kalau matahari esok terbit dari Barat menyebabkan waktu Zohor bukan 1.30 petang... Hanya Allah swt yang tahu waktu masuknya waktu zohor esok, kita cuma andaikan / sandarkan (dengan kata lain "ramalkan") waktu untuk esok berdasarkan data-data selama ini.
Memang benar ada beberapa kaedah tarikh lahir di luar sana ada yang masih mengekalkan budaya ramalan pelik, tetapi jangan hukum kesemuanya seperti kami ini berjuang untuk menukarkan fenomena angka ke dalam bentuk lebih saintifik, sebagaimana kaedah ramalan kajicuaca yang dulu tengok ayam berjalan kini bertukar kepada meterologi - pengukuran menggunakan alat satelit dsbnya, kami cuba beralih kepada penggunaan data-data kajian berasaskan angka / nombor.
Pada zaman dulu individu yang dikategorikan sebagai "penilik nasib" sapa-sapa pun boleh tak perlu kelayakan pendidikan... sebab tu Rasullullah saw larang kita jumpa "penilik" pada zaman itu kerana penilik tu mungkin individu yang cuba menyesatkan kita... tapi kini untuk jadi seseorang yang boleh mentafsirkan sesuatu maksud / beri nasihat mestilah punya kelayakan / kredibiliti dari aspek akademik dan agama, serta kewarasannya... kalau nak ikutkan, ramai penceramah/ konsultan tarikh lahir di luar sana adalah orang yang tiada asas sains pun (tapi tak mengapalah mereka itu bukan graduan sains masih boleh teruskan "berkhidmat" dalam bidang tarikh lahir ini sekurangnya mereka dasarkan kaedah mereka kepada sumber yang betul, lagipun cikgu A-D tak dapat nak cover seantero dunia)... Beza! cikgu A-D adalah graduan dalam biologi, fizik, astronomi, statistik dsbnya, termasuk dalam Sains Kesihatan, Risk Management dsbnya juga latihan dalam perihal Halal dan berpengalaman sebagai Setiausaha Badan Pelajar Islam, Ketua Unit Agama dsbnya... jadi ini membezakan cikgu A-D dengan penceramah lain... sains dan agama.. bukan semata-mata tarikat agama tanpa sains, bukan juga sains moden tapi tanpa tauhid agama... Teknologi berubah maju maka kaedah dalam Islam perlu juga berubah maju kepada yang lebih saintifik.
Cuba baca dan hayati artikel ini, iaitu transformasi bahan yang haram... begitulah umpamanya jika nak dibandingkan dengan perihal angka/ nombor.. transformasikan apa yang dimaksudkan oleh Rasullullah tentang perihal "penilik nasib" itu - cuba lihat dari sudut yang berbeza dari sterotaip sekarang:
KUALA LUMPUR: Penggunaan suntikan pelalian quadrivalent meningokokal (ACYW 135) diperbuat daripada lemak babi dibenarkan dalam Islam kerana ia sudah melalui proses transformasi yang menjadikannya bahan lain, kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Presidennya, Dr Musa Mohd Nordin, berkata menerusi kaedah itu, gelatin diperbuat daripada tulang, kulit dan tendon haiwan yang tidak suci dibenarkan, begitu juga sabun daripada lemak babi dan haiwan mati..... “Vaksin ini diwajibkan ke atas jemaah haji dari seluruh dunia yang mengerjakan haji. Keputusan mengenai kebenaran menggunakan vaksin berasaskan lemak babi ini dibuat oleh kumpulan ulama fiqah terkenal dari seluruh dunia termasuk Yusuf Qardawi dalam Seminar Perubatan – Fiqh Kelapan pada 1995 di Kuwait,” katanya. “Jika berlaku keadaan darurat, maka sesuatu yang haram itu boleh menjadi halal. Ini termasuk kegunaan vaksin daripada lemak babi, yang jelas perlu bagi mengelak serangan penyakit meningitis,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Sesi Bertemu Pakar di Persidangan Kedua Pusat Perubatan Universiti Malaya: Perubatan Daripada Perspektif Islam, di sini semalam. Persidangan tiga hari bermula kelmarin disertai 450 pengamal perubatan itu, anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Seperkara lagi, artikel di bawah menyatakan "Kelakarnya, kalau pernah anda terfikir, jika betul nasib itu boleh diramal dan tuah atau bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu"...
... cikgu A-D yang digelar sebagai "master sifu" nombor pun bukan selalu bernasib baik dalam hidup kerana ada kalanya orang langgar kereta dari belakang walaupun cikgu A-D memandu dengan beretika... maksudnya, menggunakan kaedah ini bukan bererti kita sentiasa bernasib baik kerana banyak faktor yang perlu diambil kira (lagipun mana ada masa nak "kira" setiap langkah kita supaya sentiasa bernasib baik) tetapi yang penting cikgu A-D dapat kawal banyak perkara dalam hidup supaya hidup sentiasa dalam BERKEADAAN BAIK...Kaya, berilmu, berkebajikan...
--------------------------------------------------------ARTIKEL ASAL ----------------------------------------------------------
Jangan tipu, kalau tidak banyak sekalipun, sekelumit mesti ada rasa seronok dan senyum sinis membaca rahsia di sebalik tarikh lahir sendiri, lebih-lebih lagi yang memuji sakan. Hakikatnya, perbuatan itu (percaya dengan fakta) adalah haram! .... dan pelatih dari Kolej Universiti Islam... (... bahagian ini dipadamkan oleh cikgu A-D untuk tutup aib orang....), .... cuba mendekati realitinya.
Hakikatnya, perbuatan itu, membaca dan percaya akan setiap ramalan, menilik nasib sama ada melalui ilmu bintang, bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram dan boleh membawa kepada syirik.
Tapi perlu diingat sunnatullah, iaitu hukum alam boleh dipercayai. Maksudnya kita mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit, maka didapati kumpulan awan tebal di atas bumi Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
Allah SWT menyatakan, ertinya: "Andai kata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, nescaya akan rosaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)
Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca yang ada maklumat lengkap dari kedudukan awan dan angin menerusi alatan canggih moden dan visual satelit.
Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya.
Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang seumpamanya bukan dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.
Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi al -Nasai dan ibn Majah pernah berkata sebelum ini: "Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad."
Dengar memang menggigil. Muncul pula alasan baru: "Main-main sajalah, mana ada sampai percaya." Klise lagi.
Nabi Muhammad SAW sendiri pula pernah berkata: "Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diharamkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan itu."
Nyata, main-main saja pun tidak boleh.
"Sesiapa yang datang menemui 'arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari." (Riwayat Muslim). Maksudnya selama empat puluh hari pahala solatnya tidak diberikan. Walaupun begitu kewajipan solat tetap mesti dilakukan, jika tidak dia akan berdosa besar. Namun tiada pahala buatnya, denda atas dosa menyokong aktiviti khurafat dan karut.
Inilah amaran Islam bagi menentang kerja-kerja karut dan khurafat yang merosakkan minda seperti itu.
Kelakarnya, kalau pernah anda terfikir, jika betul nasib itu boleh diramal dan tuah atau bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu.
Islam dalam masa yang sama, tahu bahawa manusia amat gusar mengenai perjalanan masa depan mereka. Bimbang terhadap kejadian yang mendatang. Maka dengan itu begitu banyak Islam mengajar tawakal dan doa-doa untuk insan mengharungi kehidupan di alam ini.
Pohonlah langsung kepada Allah Yang Menguasai Segala Urusan!
SETIAP kanak-kanak dikurniakan bakat semula jadi sejak kecil lagi. Hakikatnya, tidak ramai golongan ibu bapa menyedari potensi anak-anak mereka.
Perkara itu turut diakui seorang bapa, Muhammad Kamarul Md. Zin, 34, yang tidak menyedari bakat anak lelakinya, Muhammad Zafri, yang berusia enam tahun.
“Saya hairan dia begitu berani setiap kali membuat persembahan di khalayak ramai berbanding dengan rakan yang seusia dengannya,” ujarnya ketika ditemui pada kempen Kenali Potensi Si Manja di Damansara, Selangor.
Menurutnya, keberanian yang ditonjolkan oleh anaknya itu tidak dilihat beliau secara serius, namun selepas melalui analisis cap jari, dia diberitahu anaknya itu lebih menggunakan otak kiri daripada otak kanan.
“Saya agak terkejut dengan keputusan itu memandangkan saya melihat dirinya menunjukkan minat dalam subjek bahasa dan tidak sangka dia mempunyai kecenderungan dalam bidang Sains dan Matematik.
“Mujur, saya tergerak hati membawanya untuk menjalani ujian tersebut sekurang-kurangnya boleh mengetahui di mana letaknya potensi Zafri,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Ketua Pembangunan Bahagian Psikologi Universiti Maranatha Christian, Indonesia, Efnie Indrianie berkata, analisis cap jari merupakan satu kaedah inovatif yang merekod kesemua 10 cap jari kanak-kanak untuk mengenal pasti potensi bakat dan cara pembelajaran mereka.
Kaedah tersebut boleh membantu ibu bapa untuk mengetahui bakat yang ada pada anak mereka sekali gus boleh membimbing mereka mengikut rentak gaya anak tersebut.
Analisis itu menggambarkan corak otak yang telah terbina bagi seorang kanak-kanak sejak dalam kandungan.
Potensi kanak-kanak boleh dikesan dengan menganalisis setiap jari dengan menggunakan alat pengimbas dan ia akan memaparkan bentuk cap jari di dalam komputer yang menggunakan perisian khas untuk mengesan cap jari.
Bertutur lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, langkah pemeriksaan itu akan dilakukan dengan mengambil cap ibu jari kiri ke kelingking kiri dan seterusnya pada sebelah kanan pula.
Kemudian, apabila cap jari diambil ia akan memaparkan bentuk iaitu lengkungan, simpulan dan lingkaran di monitor komputer.
Seterusnya, kesemua data cap jari yang diperoleh akan dimasukkan dalam sistem khas. Proses pengiraan akan dijalankan menerusi sistem itu.
“Proses yang mengambil masa sekitar 30 minit itu mampu mengenali perbezaan corak cap jari. Corak ini akan dapat dipadankan dengan susunan formasi saraf-saraf otak.
“Ia dapat mengenal pasti potensi seseorang kanak-kanak. Ini satu teknologi yang amat menarik kerana penemuan daripada kajian biometrik sebagai petunjuk sifat-sifat mental,” jelasnya lagi.
Begitupun, beliau menyarankan kepada golongan ibu bapa selepas mengetahui potensi anak-anak, mereka tidak membandingkan seorang anak dengan anak yang lain kerana setiap individu berbeza.
Sebaliknya, ibu bapa harus memberi sokongan moral agar mereka dapat mengembangkan potensi anak-anak serta mengatasi kelemahannya.
Ujian cap jari merupakan satu analisis saintifik dengan mengukur biometrik menerusi cap jari untuk mengenal pasti potensi seseorang individu.
Menyentuh mengenai ketepatan keputusan potensi itu, beliau memberitahu, kajian telah menunjukkan bahawa teknologi berkenaan mempunyai tahap ketepatan yang tinggi.
Terdahulu, satu tinjauan penelitian yang dijalankan di Indonesia oleh Makmal Psychobiometric (Spectrum Synergy Biometric) mendapati hampir 75 peratus kanak-kanak biasanya menunjukkan sifat-sifat yang selari dengan keputusan analisis cap jari.
Sementara itu, 25 peratus lebih cenderung kepada pengaruh dan pendidikan dari alam sekitar dan budaya.
Pensyarah daripada Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Mastura Badzis berkata, pada minggu ke-13 kehamilan, cap jari mula terbentuk pada janin.
Pada minggu ke-19, kedutan terbentuk di dalam otak dan dapat dilihat pada setiap 10 cap jari mewakili bahagian berbeza pada otak kanak-kanak.
Tambah beliau, susunan saraf-saraf pada bahagian-bahagian otak itu dianggap mempunyai simetri dengan corak dan bentuk cap jari pada setiap jari.
“Jadi, ia boleh mengenali pola kebolehan dalam otak manusia berdasarkan pertumbuhan saraf dalam bahagian otak tersebut,” katanya.
Ulasan cikgu A-D: penyelidikan tentang potensi manusia berkembang maju dengan teknologi. Matlamat tertinggi dalam kajian potensi manusia adalah apabila adanya satu teknologi yang mudah, cepat dan murah membolehkan kita mengetahui segala "blueprint" tentang diri kita dari DNA dan seterunya dikaitkan dengan pelbagai corak di fizikal badan kita. Dengan itu, kita dapat ketahui potensi kita dengan lebih mendalam.. buat masa ini kaedah di sini iaitu kaedah pernomboran dinamik menggunakan tarikh lahir mempunyai konsep yang sama iaitu meneliti corak dalam kehidupan manusia berasaskan angka atau nombor merupakan satu teknologi yang mudah kerana tidak memerlukan teknologi tinggi. Namun, gabungan kaedah pola tarikh lahir, pola cap jari, DNA mapping, psychobiometrik dsbnya merupakan satu kaedah yang komprehensif dan holistik dalam membina pemetaan potensi hidup kita. Kaedah cap jari, psikobiometrik dsbnya masih lagi berada pada tahap mengkaji potensi statik manusia manakala kaedah tarikh lahir pernomboran dinamik cuba mengkaji potensi statik dan dinamik manusia.
Program berdoa dan jalur emas kekayaan 24 Jan bersempena aura Maulid Rasul dijalankan dengan baik. Cuma di tempat cikgu A-D hujan lebat, jadi tak dapat nak buat senaman "cahaya nur" dari matahari tetapi rahmat sebaiknya dalam bentuk hujan dan mendung sehingga jam 1 ptg. Mudah-mudahan hujan rahmat memberi rahmat sebaiknya kepada peserta yang terlibat dalam program ini. Selepas majlis berdoa sebelah pagi, buka TV tengok KDYMM SPB Yg Dipertuan Agong sedang menyampaikan titah di satu majlis Maulidur Rasul. Padanlah 24 Jan ini ada pola 38! Kepada saudara Muslim, teruskan berselawat kepada baginda Nabi saw dan sebagai idol dan model kejayaan kita semua.
Beginilah ikhtiar dari kaedah-kaedah kami.. nak lawan jin gaban tak kuasa lah tapi sekurangnya ada kaedah-kaedah yang kita ikhtiarkan.. seperti teknik arah laluan gangguan, penggunaan minyak pyrite, berdoa 38 dsbnya... gabungkanlah kaedah-kaedah perubatan alternatif dan moden di luar sana dengan kaedah kami supaya ikhtiar bersama lebih bermakna...
Untuk kes di atas, beberapa kaedah tambahan dicadangkan kepada si pemakai itu supaya kehidupan/ perniagaan beliau dapat berjalan dengan baik di bawah perlindungan dari Nya jua...
.....yg kebetulannya walaupun sekarang x lagi bekerja atas sebab kesihatan, sekarang saya buat bisnes kek...alhamdulillah pendapatan sebulan sama seperti gaji sebulan saya semasa kerja...mungkin ada benar kata encik, rezeki saya lebih ke arah mknn/minuman....
kan kalau tahu potensi awal-awal kan senang tak perlu susah-susah kerja sampai sakit! Kali ini boleh kerja kat rumah lagi best...
Salam cikgu..saya saja nak test tengok tahap kesedaran dalaman saya pada petak kuning..bila tarik nafas letak je kat petak kuning mata masih tertutup asyik nampak nombor (?) je..2 kali try macam tu jugak..dan saya scrol kat bawah eik jawapan nombor (?).
Pelajarilah teknik pola 38 (ciptaan cikgu A-D) untuk punyai keupayaan luar biasa yang unik dapatlah membantu anda "melihat" banyak peluang-peluang kekayaan.
Teringat cikgu A-D berada di TJ Mart, Kulai tahun 2012 lalu, ketika itu hari Jumaat hujan lebat, cikgu A-D dan Admin Zon Selatan (Sdra Nizam dan Saiful) lepak di sebuah kedai mamak, tetiba cikgu A-D perasan restoran tu ada angka 38 dan rupa-rupanya kereta-kereta yang parkir sekeliling ada angka 38... seminggu lepas tu cikgu A-D dapat satu payment untuk satu projek dalam RM30 ribu CASH!.. duit tu masih ada sampai sekarang ini dah setahun tak terusik... power kan pola 38!
Tu belum lagi tengok kitab tu tentang maksud 83, 383, 833 dan 838... lagi hebat ultrapower! Nak tahu nanti dalam kelas Pola 38 cikgu A-D tunjukkan maksud-maksud tu, terutamanya sekali 838 ada pasal duit!
Foto di atas adalah Majlis Berdoa Kekayaan 769 pada 11 Mac 2012 dihadiri hampir 100 orang bersebelahan Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar. Di tengah foto individu pakai beg selempang bahu, itulah sdra Noredie dan beg itu mengandungi RM70 ribu cash, tu yang dia naik risau kalau beg itu terlepas pandang... nanti pada 16 Feb kita akan buat majlis berdoa di pejabat Noredie pula untuk tarik aura kekayaan beliau juga!
Salam Cikgu Eddy, berkat berdoa pada 3hb Jun di Muar, pembayaran yang tertangguh daripada 'business partner' telah saya terima pada 4hb Jun. Begitu cepat kesannya apabila kita berikhtiar dan berdoa dengan ikhlas ke hadrat Allah
As salam cikgu AD balik drpd majlis doa hari tu, pd hari isninsykt sy d tawarkan, lantikan sbg kontraktor bg perkhidmatan dgn satu perbadanan, walaupn tidak sebesar yg terdahulu tapi syukur alhamdulillah…
As salam Cikgu Ad, pg td dpt panggilan drpd 1 jabatan, sya diminta sediakn sebutharga bg kerja bersih kws & bngunan. Sdgkn yg peliknya sya x ada pohon apa2 pn… bru td sah sya dilantik sbg kontrak bg jbt itu unt 4 bln, .. Ini smu berkat bdoa dan jalur kekayaan tmpoh hari… terimakasih Cikgu Ad, terimakasih Pak Lah