Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Apa Tahap Kekayaan Kita?

7/8/2013

0 Comments

 
Picture

Picture
Seingat cikgu Ady, selama 9 tahun membantu usahawan bermasalah membina strategi, satu jenis usahawan yang belum tampil dalam konsultansi/ kursus adalah usahawan dari bidang francais restoran makanan segera (melainkan mereka tidak beritahu cikgu Ady). Apakah ini menunjukkan bahawa usahawan francais makanan tiada masalah seperti usahawan lain - ada gangguan mistik la, masalah tiada pelanggan la, masalah vacuum la, masalah partner dsbnya.



Tak pernah pula dengar ada kes gangguan mistik dalam restoran KFC... apakah mistik tak suka lepak kat KFC ke? Atau ada "pendinding" di Mc Donalds seperti Ronald Mc Donald tu?

Satu persamaan francais makanan ialah pola 393... apakah pola itu menyelamatkan keadaan? Ini satu perkara yang menarik untuk dikaji dan dibincangkan.


Perhatian: Elakkan daripada memberi wang yang besar sebegitu sahaja bagi tujuan pelaburan/ perniagaan kerana ianya berpotensi palsu, terutamanya yang tidak melibatkan dokumentasi / peguam. Jika melibatkan jumlah wang besar pastikan wang itu telah masuk ke urusniaga yang betul dan sah. Periksa latarbelakang syarikat mahupun individu tersebut dengan mendalam sebelum meneruskan urusniaga.

Picture
Infak Ramadan
Sumbangan untuk Anak Yatim/ Pelajar Tahfiz di Perlis - Projek dana buka puasa dsbnya.
Diuruskan oleh Pak Lah untuk diserahkan ke Pak Habib.

Bank in sumbangan ke Maybank 1574-1001-3494 (Mohd Kasyfullah).
SMS Infak Ramadan RM (jumlah disumbangkan) nama anda ke 017 504 9786.


Picture
Tanpa pewarna dan perisa tiruan - UNIQ!

Pengasas dan pengilang:
Pn Yati: 013 697 4479 (JB)


Picture

Langkah AS potong bajet pertahanan RM118.18b
Washington: Langkah pemotongan perbelanjaan berskala besar Amerika Syarikat (AS) memberikan kesan langsung apabila Pentagon mula mengarahkan 650,000 kakitangan awamnya mengambil cuti tanpa gaji.  Kakitangan awam di Jabatan Pertahanan AS itu diberi cuti sehingga 11 hari dalam tahun fiskal berakhir 30 September. 

--------------------------------

Pattern masalah kewangan untuk tahun 2014 makin ketara... apakah anda sudah bersedia dengan tahun masalah kewangan 2014? 

    Persediaan Kewangan 2014

HANTAR

Picture

Picture
Tarikh daftar syarikat kini perlu diperiksa untuk prestasi 10 tahun bagi lebih berkesan.

Contoh di sini satu syarikat bermasalah yang berdaftar pada 2010 lalu dan buat perubahan pada 2013. Ianya perubahan yang baik namun masih tidak berkesan sepenuhnya. Jadi, tarikh yang lebih berkesan diperlukan.

Ada banyak cara untuk perihal tarikh daftar syarikat, yang penting tidak lagi menggunakan tarikh daftar yang kurang sesuai.

Kursus Berkaitan:
- Pola 966 Potensi Bisnes Menguntungkan.
- Pakej Daftar Syarikat di SSM.
- Konsultansi Perniagaan.


Picture
Untuk tahun 2013 ini, walaupun ramai klien/ peserta kursus dapat manafaat daripada program kami dan berjaya dapat projek / untung besar tetapi terdapat beberapa kes besar yang kami tidak dapat selesaikan sehingga kini kerana ia melibatkan kos besar dan kami tidak mahu paksa individu untuk keluarkan kos besar. Kesemua masalah adalah apabila seseorang itu memang telah berada di dalam tempoh kesukaran (seperti kitaran dekad 5 dsbnya) dan masalah mereka itu melibatkan kos besar juga, jadi ikhtiar lebih besar diperlukan.

Ada individu yang sekadar 2-3 sesi konsultansi, 2-3 kursus dan 2-3 kali berdoa/ jalur emas sudah dapat kejayaan namun ada yang perlu berterusan bergantung kepada tahap tempoh usia halangan.

Pencegahan adalah satu perkara yang penting kerana jika anda sudah berada dalam tempoh tekanan/ halangan maka agak sukar untuk mengeluarkan anda dengan kos yang rendah. Antara kes besar adalah seperti berikut;

Kes 1: masalah kewangan akibat membina rumah.
Seorang individu yang membina rumah kini bermasalah rumah tak dapat disiapkan dan kesemua simpanan telah habis. Daripada pengiraan didapati banyak halangan seperti nombor rumah berjumlah 8 dsbnya. Selagi rumah bernombor berjumlah 8, adalah sukar untuk buat perubahan yang cepat, jadi bagaimana ikhtiar yang lain dapat membantu dengan berkesan.
Pengajaran: sebelum buat/ ubahsuai rumah, periksa dulu perihal kitaran tahun, arah dsbnya.

Kes 2: masalah kewangan
Seorang individu mengalami masalah kewangan, kini dalam kitaran tahun 7 yang sememangnya kitaran "ujian". Walaupun telah ikhtiar konsultansi dan berdoa/ jalur emas, namun masih belum ada tanda-tanda positif. Difahamkan kes ini terjadi apabila beliau menyerahkan sejumlah wang yang besar kepada orang namun ditipu.
Pengajaran:  Pastikan kitaran tahun anda sesuai untuk persediaan dan untuk "pelaburan". Hati-hati dengan kitaran tahun 7. Jika anda ada Wealth AF dalam graf hayat, pastikan jangan sewenangnya beri duit kepada orang lain begitu sahaja.

Kes 3:  masalah perniagaan.
Seorang usahawan mengalami kemerosotan perniagaan. Beliau perlukan hampir RM30k sebulan untuk menampung perniagaan padahal bisnes hanya dapat jana kurang RM10k sebulan. Masalah arah yang salah, masalah Vacuum Star dsbnya, walaupun telah ikhtiar konsultansi/ rawatan jalur emas dsbnya masih belum dapat jualan yang tinggi. Selagi tidak dapat "alihkan" kedai ke tempat lain kerana masalah arah, bagaimana ikhtiar lain boleh berkesan.
Pengajaran: sebelum mula perniagaan/ pelaburan, periksa dahulu potensi, tempoh masa, arah dsbnya.

Kes-kes lain adalah seperti masih belum dapat jodoh, syarikat masih bermasalah dapatkan hutang dari pelanggan dsbnya... semua itu melibatkan perihal arah, gabungan, nombor rumah/ premis, tempoh masa kesukaran dsbnya.

Oleh itu, adalah amat penting untuk anda berada di halatuju yang betul SEBELUM memulakan tindakan, contohnya sebelum syarikat anda meterai perjanjian dengan pelanggan, periksa dahulu gabungan tarikh daftar syarikat. Jika masalah telah berlaku, cepat-cepat dapatkan ikhtiar atau janganlah pula masalah berlaku barulah nak berikhtiar... teruskan berdoa kekayaan, tambah ilmu, bina strategi... sama ada sedang ada masalah mahupun tiada masalah... jika masalah anda itu memerlukan kos besar tentu ikhtiar juga memerlukan kos besar untuk memulihkannya.

Oleh itu, adalah diingatkan sekali lagi di sini... antara langkah pencegahan adalah seperti berikut;
1. Jika anda ada pola angka 189 atau 198 dalam petak tarikh lahir anda, maka pastikan anda ada simpanan sekurangnya RM50K tidak berusik untuk stand-by waktu hidup susah yang bakal berlaku.
2.  Selalu rujuk kepada graf kitaran tahun dan graf prestasi bulanan (juga harian) untuk memastikan anda berada di dalam situasi sedar tentang kedudukan dan perjalanan kewangan anda.
3.  Bina strategi kewangan yang sesuai serta berdoa  /jalur emas/ pola 38 berterusan supaya energi kekayaan itu sentiasa ada berpanjangan untuk memudahkan hadapi tempoh cabaran atau kesukaran.


Picture

Picture
CIkgu Ady, Pak Lah dan Admin Johor sempat singgah di sebuah premis perniagaan/ pengeluar produk makanan di JB pada 7 Julai atas jemputan pemilik premis bagi tujuan energi dan berdoa kekayaan, serta membuat "audit" arah dan warna dalam premis perniagaannya. Sebelum ini, pemilik tersebut mengalami masalah perniagaan dan masalah peribadi. Setelah sesi konsultansi dan sesi rawatan jalur emas termasuk pakej daftar syarikat 2 Julai lalu, barulah nampak beliau begitu lebih positif dengan strategi dan harapan yang lebih baik dalam perniagaan dan kehidupan.

" Assalamualaikum, pagi yang ceria indah di sekeliling saya. Aura positive masuk penuh dengan rahmat Allah."

Untuk memberikan testimoni sebegitu indah dan berinspirasi ini bukanlah sesuatu yang mudah jika kita tiada ilmu strategi, sokongan, energi dan harapan untuk kejayaan. Apabila kita positif, maka hidup dan perniagaan kita jadi lebih positif dan ceria.

Adalah penting untuk seorang usahawan memiliki strategi dan pembinaan syarikat dengan nama yang betul, tarikh daftar yang betul, arah, warna dsbnya. Hidup kita ini memang perlu melalui tempoh sukar, jadi dengan persiapan dan strategi halatuju yang betul membolehkan kita sentiasa positif dalam perniagaan termasuk kehidupan kita.

Kursus/ Pakej berkaitan;
- Pakej Daftar Syarikat di SSM (termasuk periksa nama di SSM dan secara kaedah metafizik).
- Pakej Energi dan Doa Kekayaan di Premis Perniagaan.
- Kursus Pola 966 Potensi Bisnes Menguntungkan.

- Kursus Arah dan Pasaran Jualan dan Perniagaan.
- Konsultansi Perniagaan/ Kehidupan.


Picture
Sdra Noredie memberi ucapan berupa nasihat kepada peserta konvensyen. Sudah hampir 5 tahun berlalu semenjak beliau menjadi peserta kursus pernomboran pada tahun 2008. Perubahan baik yang begitu hebat  dan cepat walaupun dalam tempoh kitaran halangan dan graf gaung. 

Kehidupan yang begitu sukar pada tahun 2008 menjadikan beliau lebih kuat berusaha, tenang dan tabah. Jadi, kejayaan dan kekayaan beliau hari ini adalah kerana usaha beliau berterusan bermula dari inisiatif diri yang kuat.

Kini beliau ada 2 buah kereta: Alphard Vellfire dan Honda Accord serta 2 buah rumah... kalau 2008 lalu hidup beliau sukar - tiada duit, rumah kena lelong dan kereta kena tarik. Datang ke kursus cikgu Ady pada 2008 pun terpaksa pinjam duit kawan dan selama beberapa bulan sebelum itu hanya alas perut seharian dengan 2 keping roti canai. Berhutang hampir RM150 ribu dengan orang tetapi dalam masa 6 bulan selepas perubahan dapat langsaikan hutang semuanya.

Kehidupan kita ini perlu melalui tempoh sukar maka kita perlu sentiasa tabah, tenang dan berilmu untuk hadapi dan atasi perjalanan hidup dengan lebih berkesan... kita juga perlu ikhtiar untuk mendapatkan kejayaan... Oleh itu, janganlah kita susah hati apabila berada di dalam tempoh kesukaran kerana ada orang lain yang lebih teruk daripada kehidupan kita. Bersyukur dengan apa yang ada dan seterusnya redha dan bertindak untuk mencapai kejayaan.


PROGRAM KONSULTANSI & KONVENSYEN 2013 DI JOHOR BAHRU
Picture
Sesi konsultansi pada 6 Julai untuk beberapa individu berjalan lancar. Seperti biasa sesi konsultansi adalah untuk berbincang permasalahan dan strategi penyelesaian.

Picture
Program Konvensyen & Reunion pada 7 Julai. Banyak perkara baru (updates) diperkenalkan.

Dapat bertemu peserta/klien lama dan ada juga individu baru.

Picture
Sebelah petang diadakan program mini upload energi - terdapat 6 jenis energi diperkenalkan untuk semua peserta konvensyen. Kali ini, sdra Noredie turut hadir dan kami menggunakan energi kekayaan beliau untuk dikongsi bersama semua peserta kursus.

Kali ini 6 jenis energi berdasarkan beberapa ayat dari Surah Yasin (83 ayat).

Picture
Sebelah malam pula sesi majlis jamuan makan malan dan berdoa kekayaan di restoran steamboat Tok Cik 38 di Saleng, Kulai (berdekatan  7-eleven). Merupakan seorang klien kaedah pernomboran.

Sdra Noredie dan sdra Faez (www.uncangemas.com - master dealer Public Gold) turut hadir.



Picture
Mulai hari ini, untuk urusan pemilihan tarikh daftar syarikat adalah perlu memeriksa perihal potensi 10 tahun. Dari slide di atas menunjukkan bahawa tarikh daftar itu tidak sesuai malah potensi 10 tahun juga kurang baik. Melainkan jika terdesak tidak dapat  tunggu tarikh pendaftaran yang baik seperti 2 Julai 2013 atau 29 Julai 2013 (dan seterusnya 16 Januari 2014), maka boleh juga daftar pada satu tarikh tertentu dengan mematuhi beberapa SYARAT dan STRATEGI tertentu sebagai langkah pencegahan (perlu hadir sesi konsultansi untuk bincang perihal tersebut).

KUALA LUMPUR 7 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan syarat bagi pinjaman isi rumah termasuk mengehadkan tempoh pinjaman yang mana pakar ekonomi berpendapat dapat mengawal pinjaman berlebihan oleh pengguna dan membendung spekulasi hartanah.

BNM berkata, pihaknya kini hanya membenarkan pinjaman peribadi untuk tempoh sehingga 10 tahun manakala pembiayaan untuk hartanah kediaman dan bukan kediaman akan mempunyai tempoh bayaran balik maksimum 35 tahun.

Sebelum ini, pengguna dibenarkan memohon pinjaman peribadi dan hartanah masing-masing sehingga 25 dan 45 tahun.

Sementara itu, BNM turut mengumumkan pengharaman "produk pembiayaan peribadi pra-diluluskan", pinjaman yang tidak diminta dan menawarkan kad kredit, berkuatkuasa serta merta.

Walaupun tempoh pinjaman yang panjang boleh mengurangkan bayaran bulanan, ia menggalakkan pengumpulan hutang yang berlebihan dan pengguna dibebani dengan hutang keseluruhan yang lebih tinggi, kata BNM Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi Kumpulan dengan firma kewangan RAM Holdings, Yeah Kim Leng berkata, mengetatkan pinjaman kredit direka untuk membendung hutang isi rumah daripada kenaikan berlebihan.

"Sesetengah pengguna meminjam dengan sepenuhnya. Kerajaan mahu mengurangkan pinjaman berlebihan dan membendung spekulasi hartanah, "katanya.

Dalam pada itu, pakar ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi memberitahu tindakan tersebut sebagai positif untuk ekonomi kerana ia dapat mengelak daripada 'possible bubble burst' dalam pinjaman isi rumah jika pengguna terus menikmati pinjaman yang mudah.

Bagaimanapun BNM berkata, isi rumah yang mempunyai keupayaan kewangan untuk mengambil pinjaman akan terus menikmati akses kepada pembiayaan.


--------------------------------------------

Seperti yang cikgu Ady beritahu sebelum bahawa tahun 2014 dijangka tahun masalah kewangan, langkah BNM ini sangat dialu-alukan bagi membendung perihal tersebut. Langkah ini baik namun ia mengundang satu masalah lain iaitu ramai individu atau syarikat yang SEDANG dalam proses pemulihan kewangan mungkin memerlukan dana tambahan untuk tahun ini atau tahun depan namun mereka berdepan kesulitan untuk bantuan kewangan. Jadi, langkah tersebut adalah untuk menutup satu masalah tetapi masalah lain pula timbul, melainkan pihak berwajib mengimbangi peraturan tersebut dengan menyediakan satu cara untuk membantu mereka. Memang terdapat banyak geran kerajaan, difahamkan sebanyak RM1.5 billion tidak dituntut pada 2012 lalu mungkin kerana kesukaran untuk mendapatkan kelulusan dsbnya.

Bagaimana dengan kewangan anda dan kewangan syarikat anda? Jika anda atau syarikat anda sekarang bermasalah kewangan maka ketahuilah bahawa satu jalan telah "tertutup" untuk memulihkan anda. Bina strategi yang berkesan untuk hadapi tahun masalah kewangan 2014!


Kursus berkaitan:
- Pola 6 Potensi Kekayaan dan Kewangan.
- Pola 966 Potensi Bisnes Menguntungkan - Tahap 1, 2, 3 dan Bisnesberjayakaya (BBK).
- Pola 636 Potensi Pelaburan Berkesan.- Tahap 1, 2, 3 dan Investomillionaires.

Syarikat milik wanita digesa dapat persijilan ISO

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat atau pertubuhan milik wanita tempatan hari ini diminta menjalani proses Persijilan Pertubuhan Standard Antarabangsa (ISO) bagi mendapatkan pengiktirafan kerana mematuhi standard atau persijilan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif AJA EQS Certification (M) Sdn Bhd Jacqueline Francis berkata wanita perlu memahami keperluan pasaran yang pesat berkembang bagi membolehkan mereka melangkah jauh ke pasaran global. 

Ini boleh dilakukan jika perniagaan mereka memenuhi keperluan mengikut jangkaan pasaran tempatan dan antarabangsa, katanya kepada Bernama, sambil menyatakan bahawa walau pun wanita cemerlang di dalam pelbagai bidang, mereka masih ketinggalan untuk memiliki persijilan standard walau pun mereka menyediakan produk dan perkhidmatan yang baik. 

Persijilan standard kini didominasi oleh organisasi atau syarikat-syarikat milik lelaki.

Dalam hubungan ini, Jacqueline berkata syarikatnya, yang merupakan badan penyedia persijilan dan latihan antarabangsa tempatan, menyasarkan untuk mengeluarkan sijil akreditasi "Standard Malaysia" kepada 100 syarikat atau pertubuhan menjelang 2014.

Standards Malaysia adalah badan akreditasi negara yang dilancarkan pada 28 Ogos, 1996 di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. 

Jacqueline berkata syarikatnya mengeluarkan persijilan kepada kira-kira 150 syarikat setahun, yang terdiri daripada sektor awam dan swasta bagi kualiti, kesihatan, keselamatan dan pengurusan alam sekitar. 

Katanya, pada tahun lepas, syarikat itu mengeluarkan sijil kepada empat kapal Tentera Laut Diraja Malaysia di mana dua daripadanya telah menjalani proses standard hijau, iaitu yang pertama di dunia. 

---------------------------------------------------

Latarbelakang profesion cikgu Ady adalah dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti seperti ISO9001 seumpamanya. Dengan pengalaman sebagai "auditor" dan konsultan seta sebagai wakil pengurusan kualiti (QMR) membina sistem ISO untuk beberapa industri dan firma selama 15 tahun. Cikgu Ady bawakan pendekatan yang sama di dalam "sistem pengurusan kehidupan" iaitu sistem metafizik pernomboran dinamik untuk bisnes mahupun kehidupan seperti penggunaan data (Factual-based approach), kaedah pencegahan dan pembetulan (Corrective and Preventive Action), pemantauan prestasi (performance monitoring), peningkatan produktiviti (productivty enhancement) dan sebagainya. Setakat ini cikgu Ady adalah satu-satunya pengajar metafizik yang berpengalaman sebagai auditor dan konsultan sistem pengurusan kualiti, iaitu dengan kata lain membimbing peserta/ klien untuk membina sistem pengurusan kualiti kehidupan dan perniagaan dengan cara yang bersistematik.

Jika syarikat anda berminat untuk pengajian perihal sistem Pengurusan Kualiti seperti ISO9001 dan ISO13485 (bagi pengeluar bahan peranti perubatan - medical devices bersempena dengan penguatkuasaan akta Medical Device Act  2012 yang mana semua pengeluar berkaitan barangan kesihatan perlu disijilkan dengan ISO13485 atau pengarahnya boleh didenda/ dipenjara) boleh hubungi cikgu Ady bagi modul pengenalan, asas atau modul tertentu.



0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly