Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

30 Julai 2019 - Kekayaan di Puncak Kejayaan

7/30/2019

0 Comments

 
Picture
Tarikh nikah dan perjalanan tarikh nikah ada memberi kesan kepada seseorang. Ianya satu lagi perjalanan kehidupan yang selari dengan perjalanan kehidupan diri individu itu. Banyak kes yang ditemui individu yang bermasalah hidup tetapi kiraan perjalanan hidupnya adalah baik. Rupanya apabila dibincangkan lebih mendalam berkait dengan isu perkahwinan yang mana tarikh nikah atau perjalanan tarikh nikah atau gabungan tarikh lahir suami isteri adalah mempunyai unsur konflik di dalamnya.

Walaupun hakikatnya masalah tarikh nikah/ perjalanan tarikh nikah/ gabungan tarikh lahir suami isteri adalah perihal masalah perkahwinan tetapi ianya juga memberi kesan kepada perjalanan kehidupan individu itu juga yang mana akhirnya menyebabkan perkahwinan itu juga bermasalah. Kes individu yang berkahwin yang mengalami masalah kerjaya, masalah bisnes seumpamanya ada kaitan dengan tarikh nikah. Apatah lagilah tarikh nikah memberi kesan kepada isu2 perkahwinan itu sendiri.

Untuk menukar tarikh nikah tidak semudah menukar tarikh daftar syarikat. Jadi, perlu kaedah, strategi alternatif dan ikhtiar yang dilakukan bagi menguruskan perihal tarikh nikah/ perjalanan tarikh nikah/ gabungan tarikh lahir suami isteri yang membawa masalah kepada diri.

    Tarikh Nikah/Gabungan Tarikh Lahir Suami Isteri

Klik Utk Hantar

Apabila melalui tempoh 2-dalam-1 yakni tekanan dan halangan menyebabkan kesukaran dalam kehidupan dan perniagaan. Ini berdasarkan kepada kaedah Graf Dekad (ciptaan Dato Eddy sendiri). Dari mula menceburi diri dalam metafizik tahun 2004 lagi Dato Eddy mencari ubat mujarab yang boleh menyelesaikan masalah sebegini sekelip mata namun belum ditemui. Yang ada adalah strategi dan ikhtiar yang perlu dilakukan bagi mengenali isu yang timbul seterusnya membuat tindakan pembetulan.

Oleh yang demikian, adalah amat perlu kita mengenali perjalanan hidup kita bagi membina strategi yang sesuai. Umpama sebelum memulakan perjalanan di bandar besar, kita gunakan aplikasi Waze untuk mengetahui situasi trafik bagi kita merancang perjalanan. Begitulah kehidupan kita ini ada liku cabaran seperti tempoh usia tekanan dsbnya.

    Perjalanan Hidup/ Bisnes/ Kerjaya

Klik Utk Hantar

Picture
Cabaran untuk perniagaan sememangnya luas dan perniagaan mempunyai risiko besar. Sebagai usahawan sebaiknya mengetahui jenis2 cabaran dan risiko2 tersebut dan tentunya strategi untuk menguruskan cabaran dan risiko dengan baik.

Picture
Picture
PERHATIAN: Awas - ada individu2 yang mengaku sebagai Dato Eddy di alam maya. Mereka menggunakan slide2 Dato Eddy dan membuat kelas online pernomboran tanpa kebenaran Dato Eddy dan seterusnya menyamar sebagai Dato Eddy. Untuk makluman, nombor telefon Dato Eddy ada dua sahaja yang aktif untuk pernomboran: 017 769 7946 dan 016 624 9666. Jika anda berhubung dengan nombor telefon yang lain maka ianya bukan Dato Eddy. Sebelum ini ada pihak2 yang menjadi "wakil" Dato Eddy untuk kumpulkan duit dan lenyap. Sila sahkan dengan Dato Eddy dahulu di nombor2 phone tersebut atau rujuk laman web ini atau di laman Instagram datoeddyrosyadie untuk sebarang program berkaitan Dato Eddy.

Picture
Kajian dan penemuan Dato Eddy untuk pola 36, 63, 356, 653 berkaitan pelaburan.  Sejak 2009 lagi, kelas Pola 636 Pelaburan dianjurkan Dato Eddy. Perihal pelaburan juga sebaiknya mengikut potensi pola juga seperti kes ini potensinya berkaitan farmasi (juga potensi dalam dunia makanan dan francais).

Kini sudah banyak bahan2 slide yang dibentangkan Dato Eddy di laman weebly dan blogspot sebelum ini perihal pelaburan. Kita juga pernah melalui tahun 2011 tahun pelaburan 636 yang mana tahun itu pertama kali harga emas tertinggi dalam sejarah dunia. Tahun hadapan tahun 2020 juga adalah tahun pelaburan 636 apakah kita sudah bersedia untuk perihal pelaburan?

Perkhidmatan Dato Eddy (017 769 7946):
- Sesi Konsultansi Peribadi / Perniagaan.
- Kursus Pola 636 Potensi Pelaburan.
- Seminar InvestoMillionaire.


Pada 3.8.2019. Tarikh pola 38 yang mana pola 38 biasanya ditemui dalam fenomena kesultanan. Anak kedua Dato Eddy menerima watikah pentaulihan Diraja daripada TMJ. Kebetulan majlis tersbut adalah kali yang ke 38.

Sepertimana watikah Dato Eddy bersiri no 00238.

Anak kedua ini tiada pola 38 dalam petak tarikh lahir namun dalam tempoh Dekad 10 tahun sekarang ini ada pola 38+573 iaitu berkaitan kesultanan. Beliau ada pola potensi pasukan beruniform di sebelah petak ibu kebetulan saudara mara sebelah ibu ramai yang pasukan beruniform.

Kita teruskan doakan kecemerlangan untuk anak2 kita sebagai pelapis generasi akan datang.


Picture
Picture
Dua orang anak Dato Eddy yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.

Kedua2 adalah Tokoh Pelajar SMK Meru, Klang.

Sebenarnya, negara Malaysia dalam tahun kitaran 6 dengan pola 769 tahun 2019 ini. Sepatutnya rakyat-rakyat Malaysia kaya kan tetapi mengapa banyak pula pemberhentian kerja dan ekonomi perlahan dalam 2019 ini? Itu disebabkan oleh Malaysia perlu lalui fenomena 3 energi negatif - Vacuum Star + Blocking Star + Terminating Star pada 2019 ini. Sekadar angka sahaja adalah parameter, jadi diperlukan juga perihal energi supaya angka itu berpotensi baik. Kerana itu kaedah Dato Eddy adalah gabungan metafizik pernomboran + metafizik energi (graf hayat) dan itulah sebab kaedah ikhtiar energi dianjurkan di sini.

Jadi, dalam 2019 ini ada dua "kuasa" yang berkait ekonomi kepada Malaysia - pola 769 tentang duit masuk manakala Vacuum Star pula cuba gagalkan beberapa perkara lain duit keluar. Tentang Malaysia potensi 769 tahun 2019 dapat dilihat dengan berita2 tentang beberapa kejayaan kerajaan mendapatkan dana2 serta penjualan aset2 negara. Semoga potensi pola 769 tahun 2019 dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.
Picture
Picture

Picture
Picture
Satu fenomena metafizik energi yang sukar dibuktikan oleh teknologi sains. Sebelum ini ada fenomena2 sedemikian di kalangan client2 Dato Eddy tetapi tidak diketahui perihal "clairalience" pula rupanya fenomena sedemikian wujud di dunia ini apabila melayari internet. Apapun, metafizik energi bukan berkenaan agama sebaliknya energi alam secara universal (umum). Semoga energi yang baik2 yang diikhtiarkan membawa kebaikan kepada kita2 semua.

Picture
Picture
Picture
Seperti yang Dato Eddy bentangkan pada tahun 2018 lalu bahawa tahun 2019 adalah "tahun kesihatan". Memang banyak fenomena kesihatan/ perubatan berlaku dalam tahun 2019 ini.  Berita2 tahun 2019 ini menunjukkan fenomena2 tersebut.

Di kala ada kesukaran di situ ada peluang. Bukanlah saja2 menangguk di air keroh tetapi itulah hakikat dan realiti kehidupan. Ada potensi yang sebaiknya kita maksimakan dan konflik itu dikurangkan. Perkhidmatan dan industri serta institusi berkaitan kesihatan/ perubatan dimaksimakan untuk tahun 2018 ini.

Bagaimana pula potensi dan konflik untuk tahun 2019 depan?

Picture
Masjid Agung Karaton Pajang yang dalam pembinaan untuk dirasmikan pada 11 Ogos 2019 terletak di sebelah Balai Agung Kasultanan Karaton Pajang, Solo, Indonesia.
Picture
Foto Dato Eddy di satu majlis di Karaton Pajang pada 9 September 2018 yang lalu (Di Malaysia hari Keputeraan YDP Agong). Setahun kemudian,  11 Ogos 2019 ini Dato Eddy akan berada di sana semula untuk majlis perasmian masjid karaton dan sambutan Aidil Adha.
Pola 38 + 537 dijumpai Dato Eddy pada fenomena Kesultanan seperti tarikh Hari Pertabalan YDP Agong Malaysia ke 16 pada 30 Julai 2019 lalu serta tarikh lahir Oksana Petra, Meghan Markel (berkahwin Prince Harry), Fauziah Latiff (berkahwin kerabat Selangor). Kali ini 11 Ogos 2019 tarikh pola kesultanan, Dato Eddy berada di satu program yang baik di dalam kawasan Karaton (istana) Kasultanan Pajang.

Pajang merupakan satu kerajaan lama tetapi pendek usianya berada di antara kejatuhan kerajaan Majapahit dan kebangkitan kerajaan Mataram. Malah kerajaan Pajang yang berasal dari Majapahit dan berkhidmat dengan Kesultanan Demak, yang beri tanah jajahan kepada Mataram tetapi Mataram makin membesar dan menakluki Pajang pula. Kini ianya bahan sejarah yang dibangunkan semula sebagai warisan budaya dan energi kesultanan.

Program Energi Kesultanan dahulu dianjurkan oleh Encik Eddy (sebelum Dato) sekitar 2010-2012 lalu bilamana terdapatnya hari ulangtahun kelahiran Sultan2 di Malaysia seperti Sultan Johor, Raja Perlis, Sultan Kelantan dsbnya. Hasil energi sedemikian membawa Dato Eddy kepada kesultanan dan kepada Karaton di Jawa Tengah ini asal moyang dahulu. Satu ikhtiar untuk menjana energi kesultanan kepada mereka yang keturunan kesultanan (atau yang ada pola 38 atau 83 serta pola 38 + 357) yang kini hidup sebagai orang biasa dalam kehidupan dan berpendapatan biasa2 padahal potensi luar biasa yang tersembunyi untuk dijanakan.

Kes seorang suami mengaku ada wanita lain. Mudah saja kita kata dah nasib dah ditentukan. Namun, daripada perspektif metafizik adalah untuk memahami apa yang nasib itu dan apa yang dah ditentukan itu. Apabila dapat dijelaskan secara analisis maka dapatlah diusahakan dan diikhtiarkan tindakan bagi mengatasinya secara bersistematik.

Adalah mudah bilamana kedua2 suami isteri tahu dan memahami tentang cara metafizik ini. Malangnya, bukan semua suami/ isteri mahu menerima perihal sebegini. Jadi, apa yang boleh dilakukan selain bersedih terima kenyataan? 

Perjalanan hidup kita ada turun naik dan melalui tempoh yang ada konflik. Paling mujarab adalah hadapi konflik dengan kuat namun bukan semua orang dapat hadapi dengan tabah. Sudahlah dirinya kurang energi ditambah pula terjahan energi negatif datang menyergah. Disebabkan perihal2 metafizik ada kaitan dengan energi, maka kerana itulah Dato Eddy menganjurkan ikhtiar energi seperti ikhtiar energi Dikasih Sayang bagi membantu menguruskan perihal energi2 negatif seperti Widowed Star dsbnya. SETIAP ORANG ADA WIDOWED STAR dan Dato Eddy juga melaluinya syukur dengan baik selama ini.

Selain daripada ikhtiar energi, tentunya dapat juga dibina strategi2 dan usaha2 yang sewajarnya. Tapi perlulah dahulu menganalisa jenis2 konflik2 supaya tindakan sewajarnya itu lebih sesuai dengan situasi sebenarnya.
Picture

Picture
Terdapat banyak langkah pengiraan untuk memilih tarikh nikah. Jika anda melayari laman ini daripada awal akan mendapati banyak slide yang dipaparkan di sini atas kajian Dato Eddy untuk beberapa sudut perspektif untuk tarikh nikah. Diakui mengira dan memilih tarikh nikah yang baik adalah rumit kerana kadang kala tarikh yang disasarkan tiada yang baik dan ada yang jatuh pada hari biasa (Isnin - Khamis) melainkan kedua2 pihak pasangan dan keluarga bersetuju untuk berkahwin pada tarikh yang lebih lewat dari jangkaan atau pada hari biasa. Namun, terpulang kepada individu yang memilih kerana yang nak kawinnya adalah anda bukan kami. Tiada salah pun pilih apa tarikh sekalipun, jika diketahui lebih awal komponen2 potensi dan konflik dalam tarikh nikah yang dipilih itu boleh diusahakan untuk diatasi. Yang penting tahu menguruskan potensi dan konflik dalam tarikh tersebut.

Picture

Picture

Picture
Tahun ini 2019 adalah tahun elemen Api (2+0+1+9=3). Seperti yang Dato Eddy bentangkan tahun 2018 lalu tentang potensi 2019 industri elemen Api antaranya Telco (telecommunications). Berita ini menunjukkan fenomena tersebut,

Bagaimana pula dengan tahun depan 2020. Apakah elemen tahun tersebut? Apakah industri2 yang berkaitan untuk tahun 2020?

Usah menunggu Januari 2020 baru nak bermula kerana pengalaman Dato Eddy mendapati bulan Mei-Jun merupakan petunjuk tahun hadapannya manakala Oktober bermulanya momentum untuk tahun hadapan. Sudah bersedia untuk potensi dan konflik tahun depan 2020?

Perkhidmatan Dato Eddy (017 769 7946):
- Sesi Konsultansi Peribadi / Perniagaan.
- Seminar Strategi Tahun 2020.


Maklumbalas peserta ikhtiar energi. Kali pertama kes sebegini semenjak program ikhtiar energi dianjurkan Dato Eddy sejak tahun 2010 lalu (dulu dikenali sebagai program Doa Kekayaan). Boleh jadi tempias energi yang dijanakan untuk peserta kepada orang lain.

Apa yang pihak Dato Eddy cuba ikthiarkan adalah untuk menjana atau membangkitkan energi diri peserta. Setiap manusia sudah tersedia energi dirinya umpama satu bateri cuma ada turun naik termasuk kebocoran atau menipisnya tahap energi diri yang sedia ada tersebut. Malah terdapat juga energi diri yang telah tertutup (blocked) di sebabkan fenomena semulajadi yang berjadual mahupun tempias daripada interaksi dengan sekeliling menyebabkan rezeki dan kehidupan tersangkut tidak dapat berjalan lancar.

Banyak saja kaedah energi di pasaran yang boleh anda pelajari dan jana energi sendiri. Namun, sebelum bermula penjanaan diri anda itu, diri anda dan situasi sekeliling anda sebaiknya positif dahulu bagi menjana energi yang positif.

Perkhidmatan Dato Eddy (017 769 7946):
- Sesi Konsultansi Peribadi (Energi Diri)
- Kursus Pola 38 Energi Diri.
- Program Energi Riadah Outdoor Pola 38/ 769.
- Program Ikhtiar Energi.
Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly