| Gambar: Google Image 19 Julai 2026. Dalam perjalanan dari KL ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut tidak semena2 saya terasa seperti puluhan bilah keris di belakang saya. Saya yang sedang pandu kereta hulurkan tangan kanan untuk berjabat dengan rakan lelaki yang duduk di seat belakang. Dan dipegang tangan buat seketika. Tak pasti apa berlaku. 2 hari selepas itu rakan lelaki itu beritahu saya yang dia dapat bayangan keris tanjong (gambar) semasa berjabat tangan saya. Baru saya teringat yang sekitar 2014 lalu saya bersama rakan2 pergi ke rumah guru kami. Tiba2 seorang rakan ternampak bayangan gerobok secara ghaib di belakang guru dan guru ambil batu2 cincin dari situ. Jadi, fenomena ini berlaku pada saya kali ini tapi bukan sekali sebaliknya sudah 2 kali. Maka betullah saya kumpul keris2 sampai sekitar 20 bilah sebab sebenarnya saya simpan keris2 secara "ghaib". Keris2 "ikut" saya ke mana saya pergi iaitu secara ghaib. Mungkin anda ada pengalaman sebegini. Cuma koleksi keris2 fizikal saya tiada Keris Tanjong. Jadi, mana datang Keris Tanjong ni? |
Apakah anda pola 769 sebegitu pengalamannya? Apakah strategi untuk mengelakkan/ mengatasinya?





















RSS Feed