| 19 Julai 2026. Gua Kota Gelanggi, Jerantut. Rawatan pemulihan untuk seorang wanita. Setelah dimandikan limau dan kemudiannya bunga2, wanita ini diurut oleh rakan wanita saya. Setelah itu dia pakai pakaian kurung dan bersanggul. Saya minta dia berzikir. Lama tu berzikir tiba2 dia tersentak. Katanya ada sesuatu bergerak laju di tepinya. Saya katakan itu fenomena biasa di situ. Katanya pinggang seolah2 berat seperti dipakaikan talipinggang besar dan seolah ditarik2 ke belakang2. Rakan lelaki saya pula mengatakan itu seolah dipakaikan bengkung. Tak pasti kenapa. Mungkin untuk melindungi bahagian perut. Wanita ini saya dapati ada fenomena "tulang wangi" iaitu fenomena tarik perhatian lelaki2. Biasalah untuk wanita yang tiada suami. Cuma, dikhuatiri bukan sahaja lelaki2 fizikal tertarik malahan entiti2 juga tertarik sebagaimana klien saya yang seorang lagi berlaku padanya. Itu yang sebabkan sakit misteri, mistik berpunca dari entiti2 itu. Juga, dikhuatiri lelaki2 selain suaminya turut tertarik kepadanya. Boleh jadi juga ada entiti lain yang nak pergunakan wanita ini bagi tujuan menundukkan lelaki2 fizikal demi kuasa. Sepanjang perjalanan kami dari KL ke Jerantut, rakan lelaki saya yang duduk seat belakang bersama2nya telah digoda berkali2 "ciumlah saya" padahal si wanita ini tak buat apa2 pun. Sampaikan diketap bibir menahan godaan itu. Saya diajar oleh tukang urut itu untuk melihat fenomena fizikal "tulang wangi". Caranya, cuba anda lihat di bahagian leher belakang badan. Di tengah2 hujung leher sebaris bahu ada satu benjolan. Jika benjolan tu tinggi, itulah fenomena "tulang wangi". Baru tau sebab tukang urut itu ada tulang wangi juga 🤭 memang tinggi benjolannya. Ingatkan dia gemuk tetapi bukan. Cuba check leher anda 🤔. Seperkara lagi si wanita ini kematian suami. Saat2 akhir kematian, mereka ada isu bercerai. Tapi si suami telah meninggal dahulu tanpa sempat uruskan perihal tersebut. Dikatakan semasa hidup si suami enggan lepakan/ceraikan wanita itu sehingga meninggal secara mengejut. Mungkin itu yang membelenggu wanita ini secara mistikal. |
Bagaimana dengan anda dan pasangan anda? Apakah berlaku ketidakseimbangan dalam rumahtangga anda dan pasangan setakat ini? Jadi bagaimana untuk diperbetulkan secara Strategi, Ikhtiar, Persediaan dan Ikhtiar (SIPU)?





















RSS Feed